“Kau
nak minum apa-apa tak?” Tangan Ashraff ligat mengutip fail di atas mejanya yang berselerak.

Hilman
menggeleng. “Dah nak balik pun. Kejap lagi aku singgah minum dengan cik puan
tunang aku aje.” Ashraff ketawa. Bukan dia tak tahu Saffiya tu tunang Hilman
tapi memang sikap dia kerjaya dan peribadi tidak perlu dicampuradukkan.
"Sibuknya kau. Banyak kerja ke?" Ashraff angguk kepala mengiyakan soalan yang terbit dari mulut Hilman.
"Biasalah kerja aku, mana pernah sedikit. Selagi boleh longgokkan kerja untuk aku, papa aku confirm tolak semua projek untuk aku. Sekarang ni tengah sibuk dengan projek terbaru di Sungai Buloh tu."
"Biasalah bro.. kerja ni sampai mati pun memang takkan habis. Hari-hari kerja. Takpelah, asalkan rezeki yang halal. Kau tu jangan asyik nak berparti siang malam sampai abaikan kerja." Amboi..amboi Hilman ni bukan main lagi nak nasihatkan dia.
"Bila masa aku berseronok sampai aku abaikan kerja? Hello, this is Ashraff okay. Dalam dunia bisnes siapa yang tak kenal aku? Semua orang berebut nak kenal aku.. nak bekerjasama dengan aku, tau?!" Ashraff tayang riak angkuh.
Hilman ketawa senang. Sahabat baik dia ni kalau bercakap memang nak menang aje kerjanya. Tak pernah nak mengaku kalah. Kalau salah pun nak menang jugak.
"Man, kau tu bila plan nak kahwin dengan
Saffiya?”
Hilman
sengih panjang. “Kalau ikutkan hati aku ni memang aku nak kahwin cepat-cepat
tapi belum sampai masa lagi. Kerja aku pun berlambak lagi dekat cawangan baru
kita tu.. Jadi mungkin setahun lagi kot.”
Ashraff
angguk mengiyakan. “Aku faham.. tapi kalau kau nak cuti kahwin, jangan risau.
Aku sedia luluskan bila-bila masa untuk Saffiya. My best friend wedding kot, takkan aku nak halang.” Hilman ketawa
besar.
“Mungkin
kau kahwin dulu kot. Aku dengar khabar Helly nak balik Malaysia. Tak cerita
dekat aku pun!”
“Habis
kau dengar cerita ni daripada siapa?” Ashraff tergelak kecil.
“Siapa
lagi, Adi la cerita dekat aku. Dah la lunch
tak ajak aku. Siot punya member!”
Ashraff
mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah memprotes kata-kata
Hilman. “Aku bukan tak nak ajak kau tapi
aku tanya Saffiya tadi dia cakap kau ada mesyuarat dengan klien di Subang Jaya.
Takkan aku nak ajak kau jugak sedangkan aku dah tahu kau sibuk.”
“Amboi
bukan main sekarang ni kalau nak selidik aku tanya dekat Fiya je kau eh.” Hilman bangkit mengutip surat
khabar yang berterabur di atas lantai. “Apahal kau campak-campak surat khabar
ni? Mengamuk dekat tunang aku ke?”
“Kau
ni gaya cakap macam aku ni layan Saffiya tu teruk sangat aje!”
“Hoi
Ash! Gambar kau dalam newspaper. Again?!”
Hilman pandang Ashraff dengan riak terkejut. Kalau tak silap dia baru dua hari
lepas keluar gambar Ashraff berparti di rumah Clara takkan hari ni dah keluar
gambar dia berparti di rumah Melissa semalam kot?! Cepatnya berita tersebar.
Ashraff
tayang riak menyampah. “Kalau bukan kerja si Zamani gila glamer tu, siapa lagi punya kerja.”
“Memang
kerja dia pun, ni ada tulis ni berita sensasi oleh ‘Zamani Yang Glam’. Geli
aku!” Giliran Hilman tayang riak meluat. Siapa tak meluat kalau muka menggerutu
dengan jerawat batu lepas tu claim
diri sendiri kacak dan glamer. Eww,
geli!
“Kalau
aku dapat Zamani tu memang aku kerjakan dia habis-habisan. Tak habis-habis nak
ganggu hidup aku. Papa aku pun dah bising sebab muka kacak aku ni asyik masuk
dalam surat khabar. Melentinglah orang tua tu.”
“Kalau
aku jadi papa kau, aku pun marah jugak.
Merosak reputasi syarikat aku aje.”
Selumber aje Hilman sembur Ashraff.
Ashraff
berdengus. “Kau pun sama aje macam papa aku. Rileks lah, aku bukannya buat
apa-apa pun. Ada nampak aku pegang air kencing setan? Takde kan?”
“Memanglah
takde pegang air kencing setan tapi kau pegang perempuan lain. Kalau aku buat
macam ni, mampus aku kena cincang dengan Fiya tau! Kalau Helly nampak ni, aku
tak tahulah macam mana kau nak selamatkan diri.” Surat khabar ditangan di
ketuk-ketuk dengan jari sambil tunjuk muka Ashraff.
“Kalau
ye pun marahkan aku janganlah tunjal kepala aku dalam paper tu!” Melihat jelingan sahabat baiknya, Hilman gelak besar.
Tahu pun terasa.
“Aku
bukan marahkan kau, tapi aku rasa dah masanya kau tu berubah sikit. Helly tu baik
orangnya. Kalau dia tinggalkan kau, kau nak kahwin dengan siapa? Clara?”
“Why
not? Cun apa Clara tu..” Ashraff terbayang susuk tubuh Clara yang genit. Gadis
comel yang nakal.
Hilman
campak surat khabar ke arah Ashraff. “Kau ingat Puan Sri Lydia nak terima
perempuan tu jadi menantu? Itu bukan menantu, itu hantu kau tahu!”
“Alah,
aku main-main ajelah. Kau ingat aku nak kahwin dengan Clara tu? Ewww, sorry!” Clara tu buat teman keluar
berparti bolehlah. Kalau nak buat teman tidur, teman seumur hidup, ahhh tak
sudi dia. Bukan seorang dua yang pernah pakai, entah-entah berpuluh orang dah.
“Kau
cakap Helly balik malam ni, habis yang kau tercongok dekat sini lagi buat apa?
Pergilah balik rumah bersiap.”
“Kejap
lagilah, Kerja aku banyak lagi belum siap ni.”
Hilman
bangun dari kerusi. “Aku rasa aku chow dululah. Dah pukul 6.10 ni, kesian Fiya
tunggu aku dekat luar. Agaknya dah tertidur dah dia.”
Ashraff
berdiri bersalaman dengan Hilman. Melihat Hilman yang sudah hilang disebalik
pintu biliknya, Ashraff duduk kembali. Memandang kosong ke dalam dokumen di
hadapannya.
“Arghh, malasnya nak buat kerja!” Tanpa
disedari tangan pantas menyusun kembali dokumen projek perumahan baru di Sungai
Buloh di rak bekalang tempat duduk dia sekarang ini.
Kot
berwarna hitam yang tersangkut di kerusi dicapai kasar dan kaki melangkah
keluar dari bilik pejabatnya.
“Saiful,
you belum balik lagi?” Saiful yang
masih leka memandang komputer ribanya terkejut mendengar sapaan seseorang.
Ashraff
tergelak besar. Penakut rupanya.
“Belum
balik lagi Tuan. Ada kerja sikit.” Saiful tayang sengih. Malu sebab terkejut
depan bos besar.
“Jangan
duduk lama-lama sangat dekat office
ni nanti ada yang lain muncul.”
Thud!
Hai,
bos dia ni kalau nak buat lawak pun janganlah buat lawak halus macam ni, kecut
perut dia nak tunggu buat kerja seorang diri.
“Takde
apalah Tuan, saya dah biasa buat kerja sampai malam-malam, tak pernah ada
apa-apa pun.. Tuan saja je nak takutkan saya!” Ashraff sambung gelak. Kalau dah
biasa buat apa takut dengan lawak dia tadi. Bukan Ashraff tak perasan riak wajah
kecut Saiful sebentar tadi.
“I main-main aje. Office ni manalah ada hantu. Kalau ada pun hantu yang takut dengan you, bukan you yang takut dengan hantu, kan?”
Thud!
Kali
ini bos dia lagi melampau. Siap sebut ‘hantu’ terus. Memang hantu betul Ashraff
ni.
Saiful
sengih menggigil. “Takde apa-apa Tuan.. Takde apa-apa.” Hoi hati.. Janganlah
kecut!
“I balik dulu. Assalamualaikum.” Saiful
jawab salam dalam hati.
Punat
lif ditekan dan Ashraff bersiul senang hati melangkah masuk ke dalam lif.
Melihat
Ashraff yang sudah hilang dari pandangan mata, Saiful sambung buat kerja yang
tergendala sebentar tadi. Bibirnya sibuk menyanyi lagu untuk mententeramkan
hatinya yang gundah-gulana.
Prangg!
Tangan
yang ligat menaip sesuatu di komputer riba terhenti beberapa saat. “Bunyi apa
tu?” Saiful menoleh ke kiri dan ke kanan.
Saiful
menoleh ke belakang. Erk, rak fail tu terbalik? Takkan ada angin dalam pejabat
ni kot?
“Jangan
duduk lama-lama sangat dekat office
ni nanti ada yang lain muncul.”
Thud!
Pesanan
Ashraff sebentar tadi terngiang-ngiang di cuping telinga. Komputer riba pantas
di rapatkan. Beg di bawah meja di tarik keluar dan komputer riba disumbat ke
dalam beg. Lantaklah bunyi apapun tadi yang penting sekarang ni dia nak balik rumah. Kalau hati tengah kecut macam sekarang ni apa kerja pun memang takkan jalan punya!
Terkocoh-kocoh kaki Saiful melangkah keluar dari The Legacy.
Tak
nak dia tunggu dalam office
lama-lama. Dah nak masuk waktu Maghrib dah ni. Kalau ada Harun kerja sama-sama
malam ni beranilah jugak dia. Ini kena tinggal seorang diri, tak mahulah dia.
Ashraff
mengetuk stereng kereta dengan hujung jari tangannya. Tidak tahu mahu menghala
ke mana. “Balik rumah mama dululah.”
Mitsubhi
Evoque yang baru sahaja membelok ke kanan berhenti mengejut. Ashraff
terkocoh-kocoh keluar dari keretanya. Kaki terus berlari ke depan belakang
kereta.
Ashraff
menghela nafas lega. Fuh. Nasib baik takde apa-apa. Ingatkan dah remuk kereta
dia tadi.
“Saya
minta maaf.” Perempuan rupanya, patutlah bawak kereta macam orang gila aje.
Ashraff toleh ke belakang.
Aulia
dan Ashraff sama-sama terkejut. Tak sangka akan bertemu lagi dengan manusia
yang sama. Aulia rasa nak berlari masuk ke dalam kereta semula.

“Saya
tak langgar kereta encik kan? Saya balik dulu.” Aulia yang baru sahaja mahu
melangkah pergi terhenti ketika tangannya dipaut oleh Ashraff.
Amboi…amboi
mamat ni, takde adab langsung! Suka hati aje pegang tangan anak dara orang. “Encik
ni tak reti nak beradab sikit ke?” Mata Aulia melirik ke tangannya yang masih
dipaut oleh Ashraff.
Ashraff
tersengih malu sambil melepaskan pautan dia lengan Aulia. “Sorry.”
Aulia
mengeluh kecil. Kenapalah dia masih terjumpa dengan mamat mereng ni. Kan dia
dah minta doa supaya tak bertemu lagi dengan mamat ni. Adoi, malangnya nasib
dia.
“Awak
nampak terkejut. Awak okay ke?” Aulia
menjeling. Kau gila tak terkejut, Nasib baik break berfungsi dengan baik, kalau tak dah makan kaca dia tadi
gamaknya. Pecah berderai cermin kereta dia..mungkin.
“Saya
okay, jangan risau.” Sekali lagi
Aulia berpaling untuk melangkah pergi dari menghadap muka Ashraff.
Ashraff
berlari kecil berdiri di depan Aulia. “Saya Ashraff.”
Aulia
menjeling sedikit. Nak mengoratlah tu. Salah orang lah abang oi, kalau tak
silap Aulia hari tu lelaki ni cakap dia beli kasut untuk buah hati. Ada hati
nak berkenalan dengan dia lagi? Dasar lelaki buaya darat!
Tidak
mempedulikan Ashraff yang menghulurkan tangannya, Aulia berjalan mengelak dari
Ashraff.
Sekali
lagi Ashraff berlari ke hadapan Aulia. Kening diangkat sedikit. “Nama you?”
“Takde
nama.”
Ashraff
kerut kening. “Takde nama? Anonymous?”
Nak
buat lawak bodoh pulak lelaki depan
dia ni. Kalaulah hari tu lelaki ni bagi dia kasut berwarna merah tu mungkin dia
akan memberitahu nama dia yang paling sedap di dunia kepada lelaki ini tapi
sekarang ni dia takde masa nak melayan lelaki tak gentleman macam yang ada depan mata dia sekarang ni.
“Takkan
nak cakap nama pun tak boleh? Sombongnya?”
Aulia
menjegilkan matanya. Sombong? Kepala hotak dia! “Ehhh, kenapa encik ni sibuk
sangat nak tahu nama saya?”
“Iyelah,
I kena tahu nama you sebab kalau I jumpa you lagi senang I nak panggil you.” Aulia
merengus kasar.
“Awak takkan jumpa saya lagi sebab saya akan berdoa
setiap hari supaya saya tak jumpa muka awak lagi.” Ashraff tergelak besar. Garang betul
perempuan depan dia ni. Muka cantik aje tapi perangai nampak kasar walaupun
pakai skirt separas lutut berwarna
pink terang. Menyerlah gitu.
“You janganlah garang sangat, nanti cepat
tua. Let me guess, umur you mesti dah tiga puluh dua tahun,
kan?” Aulia rasa nak tampar mulut celupar Ashraff. Suka hati je teka umur dia.
Dah tu salah pulak tu!
“Yang
awak ni suka hati nak teka umur saya ni kenapa? Dah takde kerja lain nak buat?
Tepi! Saya nak balik rumah.” Aulia menyinga tiba-tiba.
“Sebab
you ni garang macam singa. Selalunya
orang perempuan terlebih had umur berkahwin memang macam ni.. garang! Hormon
tak stabil agaknya.”
Aulia
gigit bibir bawah kuat. Nafas juga sudah turun naik. Sudah la dia bengkak
dengan sikap lelaki ni tak habis-habis lagi, sekarang ni lelaki ini memang sengaja
nak tambah bengkak di hati dia. “Encik ni dah gila meroyan ke? Dah takde kerja
lain lagi dah buat sampai nak kacau orang perempuan?”
“Mana
ada I kacau you. I saja aje nak
berkenalan dengan you tapi you ni sombong sangat. Nak tahu nama pun
tak boleh.”
“Kenapa
nak tahu nama saya?” Aulia bercekak pinggang. Sibuk sangat nak ambil tahu pasal
dia kenapa? Macamlah nak jumpa lagi lepas ni. Tak hingin dia!
“Manalah
tahu kalau terjumpa lagi nanti.. dekat restoran ke.. kan? Takkan nak panggil you puan pulak? Nanti tak pasal-pasal kena ketuk dengan heels!”
“Kan
dah cakap tadi saya takde nama. Kenapa tak faham-faham sangat ni?”
“Mana
ada manusia takde nama. Meja pun ada nama tau!”
Aulia
garu dagunya. “Bila masa pulak meja ada nama? Siapa bagi nama meja? Siti Meja?
Nur Meja?”
Ashraff
menggeleng. “Meja kayu, meja bulat, meja empat segi, meja kaki dua dan
macam-macam nama lagilah. Jadi takkan you
sebagai salah seorang wanita tercantik di Malaysia ni takde nama kot?”
Bukan
main lagi Ashraff puji dia. Salah seorang wanita tercantik di Malaysia konon. Rasa
nak tempeleng muka Ashraff sekarang ni jugak. Kalau nak memuji dia pun
agak-agaklah sikit. Over sangat nak puji.
“Saya
ni bukan gila pujian sebab tak kenyang pun kena puji. Lagi satu, kalau awak tak
bagitau saya ni cantik pun saya dah tahu yang saya ni memang cantik. Sekarang
ni, tepi sikit. Saya nak masuk kereta.”
Ashraff
masih menekan kuat pintu kereta Aulia. Takkan beri peluang kepada Aulia untuk
masuk selagi Aulia tidak memberitahu namanya kepada Ashraff.
“Siti
Habibah!” Aulia menjerit geram.
Ashraff
ternganga kecil. Riak wajah terkejut memang tidak dapat disembunyikan lagi.
“Siti Habibah?” Rasa gagap mulut dia mahu menyebut sebaris nama itu. Ashraff
pandang Aulia dari atas hingga ke hujung kaki. “Habis I nak panggil you dengan nama apa? Nama pendek you?”
Banyak
soallah pulak lelaki ni. Tadi tanya nama apa sekarang ni tanya nama pendek pulak? “Suka hati awaklah nak panggil nama saya apa pun. Siti Nurhaliza ke, Siti Mariani ke, Siti Sarah ke, Siti Nordiana pun boleh.”
"I am so damn serious, Siti Habibah."
"Tu, awak dah panggil nama saya, kan? Siti Habibah." Aulia membalas acuh tidak acuh. Nak panggil nama apa pun masalah ke? Panggil ajelah apa-apa pun. Kalau Ashraff nak panggil dia Bella Swan pun boleh. Atau.. Mila Kunis. Memang dia langsung tak kisah pun.
"You nampak muka I main-main ke sekarang ni?" Ashraff buat muka serius tapi Aulia sikit pun tak gentar. Setakat muka macam Ashraff ni langsung dia tak takut. Lainlah muka macam gangster, pakai subang kiri kanan, rantai besi bagai.. takut jugaklah.
"Saya pun tak main-main dengan awak. Kalau awak rasa nak panggil saya Megan Fox pun boleh. Saya sedia terima apa-apa sahaja panggilan daripada awak."
"Kalau macam tu, I panggil you sayang, boleh?" Ashraff mendekatkan bibirnya ke wajah Aulia. Kurang ajar betul mamat ni! Nak ambil kesempatan pulak.
"Hey, kalau awak ni buat perangai senonoh sikit boleh tak?" Suara sudah naik satu oktaf. Kalau cari pasal lagi sekali dia jerit terus dekat muka Ashraff. Gatal! Miang!
"Kalau macam tu cakap ajelah I nak panggil you apa. Susah sangat?" Kening diangkat sebelah.
"Bibah! Puas hati?"
"Bibah?" Ashraff ulang perkataan yang sama. Aulia angguk rakus. Malas dah nak lawan bertekak dengan mamat senteng ni. Kalau siang lagi takpe jugak, ni dah malam.Kalau jadi apa-apa dia juga yang susah.
“Sekarang
boleh saya balik? Dah malam ni, muka awak pun saya dah tak boleh nampak lagi.
Kelam sangat dekat tepi jalan ni.” Ashraff tersenyum sumbing. Rasanya tadi masih
agak terang, tak sangka sekejap aje dah malam.
“Take care Bibah. Drive carefully.” Aulia rasa nak tergelak guling-guling depan
Ashraff namun segera ditahan. Tak pasal-pasal nama dia dah bertukar jadi Bibah.
Bibah, comel jugak nama tu.
Enjin
kerea Audi TT segera dihidupkan dan membelah malam yang kian kelam. Tak
pasal-pasal aje dia balik lambat hari ni sebab kena tahan dengan Ashraff. Tak
guna punya lelaki. Ada ke patut guna cara macam tu sebab nak tahu nama orang!
Tak
romantis langsung. Nasib baiklah otak dia cepat aje terfikir nama Mak Bib dekat
rumah. Kalau tak entah nama siapalah dia nak hentam. Takkan nak hentam nama mummy dia kot?
“Senang
je kena tipu rupanya mamat tu. Padan muka kau Ashraff!” Aulia ketawa senang
hati. Rasa puas hati dapat kenakan Ashraff kali ini.
Pedal
minyak ditekan kuat, mahu cepat sampai ke rumah.
Siti Habibah? OMG Aulia ni memang kelakar!
ReplyDeleteKan! Selumber badak aje dia hentam nama dia Siti Habibah.
Deletehahahaa..kelakar gak cite ni...aduiii....suka watak aulia yang cute miut tu...
ReplyDeleteKali ni saja nak try buat watak yang comel-comel sikit sebab KPI buat watak Sarah tu lembut, sopan dan penuh dengan air mata. Aulia ni gangster sikit! :D
Deletebest2..gangster yg cute...hehehe...padan muka si ashraff buaya darat tu...si aulia tak layan...kihkihkih...
DeleteSri tak ada wat group kat FB ke?? apa2 updated novel or cerpen..leh ar sy tahu dgn cpt...suka dgn karya dr Sri..sbb Sri sll mengangkat watak heroin yg kuat..tak suka kalu watak heroin yg asyik kena tindas je..huhu
ReplyDeleteAlaaa, belum lagi sis. InsyaAllah akan datang. Segan aje nak buat. Hihi.
Deleteada perubahan dari segi ruangan comment kat sini...that is good...akak dh jd salah sorg fans karya sri..sblm ni dh ada ke novel sri yg dh diterbitkan?...leh la wat koleksi..
Deletebest.....
ReplyDeleteHikhik. Thanks darling!
Delete