Sunday, 27 April 2014

Bab 14 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Bau haruman yang dipakai oleh Zafril membuatkan Alissa tidak senang duduk. Kenapa lelaki ni nak duduk dekat sangat dengan dia ni!

“Encik Zafril boleh tak kalau..”

Zafril angkat kepala. “Yes.”

Alissa telan air liur. Dekatnya hidung Zafril dengan dia. Nak gigit pun boleh ni.

Hoi Alissa, apa kau merepek ni? Kau tak ingat ke Zafril cakap dia balik sebab nak balas dendam pada kau?
“Ah, takde apa-apa. Saja nak ambil udara sekejap.” Kerusi kulit ditolak ke belakang sedikit.
Sure!” Zafril turut melangkang sedikit ke belakang. Menjauhkan dirinya dari Alissa sambil tersenyum sedikit. Mesti Alissa rasa tidak selesa dengan cara dia sekarang ini. Sengaja dia membiarkan Alissa keliru sendiri.
Alissa keluar dari bilik mesyuarat. Lega!
Tadi dia rasa seperti tidak bernafas duduk begitu hampir dengan Zafril. Kalaulah Pak Omar tahu dia duduk dengan lelaki rapat-rapat macam ni habislah dia kena ceramah percuma tiga hari tiga malam di rumah abahnya nanti.
Lima belas minit Alissa habiskan masanya duduk sambil minum kopi di pantry dengan ditemani oleh Adelia. Pekerja baru di syarikat ini.
“Cik Lisa dah lama kerja di sini?”
“Takde lama sangat pun.. Baru dua tahun lebih aje.”
“Oh, Nampak macam Cik Lisa rapat dengan Encik Zafril..”
Mug berwarna putih diletakkan di atas meja kaca berwarna jernih itu. “Nampak macam rapat yang macam mana?”
“Macam dah lama kenal.. Macam pekerja yang rapat dengan bos.” Sengihan Adelia menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Takdelah. Saya dengan Encik Zafril tu baru aje jumpa. Dia pun baru masuk kerja tiga minggu lepas.. Kiranya awal seminggu daripada awak.”
“Kacak kan bos kita tu!”
Alissa rasa mahu ketawa kecil namun ditahan. Dia tahu gadis yang masih muda seperti Adelia pasti mahukan lelaki seperti Zafril. Ya, dia akui ketika dia muda remaja dahulu pun dia dambakan lelaki kacak dan kaya seperti Zafril. Kononnya mampu menjamin kehidupan dia tapi dia silap.
Perhubungan tanpa rasa cinta tak mungkin bahagia.
Mungkin lebih dikenali sebagai bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
“Adelia, baik awak tumpukan perhatian awak pada kerjaya yang baru nak mula ni daripada awak sibuk nak bercinta. Saya sebagai kakak hanya boleh nasihatkan awak aje..”
“Tapi dia kacak sangat! Hati saya macam nak melompat keluar bila dia sebut nama saya yang kita ni satu kumpulan nanti..”
“Dah ada kekasih.. Awak takde peluanglah nampaknya.”
“Iye ke?” Ah, Alissa dah agak yang Adelia akan kecewa. Tak payah nak kecewa sangat dik sebab Zafril takkan pandang kita yang dekat bawah ni.
“Kecewa ye?”
Adelia tergelak kecil sambil berseloroh. “Rasa macam satu organ dalam badan berkecai. Hati saya remuk sekarang ni Cik Lisa.”
“Baik remuk sekarang daripada remuk nanti.. Manalah tahu kot-kot bos tu ada taburkan apa-apa janji pada awak lepas tu dia tinggalkan awak.. Lagi merana, kan?” Alissa senyum sedikit.
Ada benarnya juga kata-kata Alissa. Baik kecewa sekarang daripada kecewa nanti.
“Betul tu Cik Lisa.. Saya sokong kata-kata Cik Lisa. Mungkin bos bukan jodoh saya.. Saya pasti ada yang lebih baik untuk saya nanti!”
Amboi, bunyi macam kecewa benar aje Adelia ni.
Frust menonggeng ke ni?”
Adelia tergelak kecil. “Main-main ajelah.. Tapi bos Nampak padan sangat dengan Cik Lisa. Kalau bos dengan Cik Lisa saya memang tiada bantahan langsung!”
“Merepeklah awak ni. Dah, jom kita masuk dalam.. Entah apa yang dorang bincangkan tanpa kita..”
“Amboi, lamanya you ambil udara. Habis sedut semua udara dekat luar sana ke?” Ei, tak habis-habis nak peril dia Zafril ni!
Roslan pula bukan main seronok gelakkan dia. Suka ye bila Zafril kenakan dia.
“Roslan, macam mana dengan permainan kayak nanti?”
“On boss! Saya dah semak kayak-kayak yang available pada hari itu ada dua puluh semuanya. Kita hanya nak gunakan lapan belas kayak sahaja.. Jadi memang cukup untuk kita semua. Don’t worry boss!”
Alissa tidak berkelip memandang Zafril. Sukan kayak? Kata tiada aktiviti air! Ini yang dia tidak gemar ni. Dia bukannya pandai berenang buatnya kalau kayak dia terbalik nanti macam mana?
“Kenapa pandang I macam tu, Lisa?”
Terkejut namanya dipanggil, Alissa terpingga-pingga. “Ah, takde apa-apa. Saya okay.”
“Ada apa-apa you nak cakap ke?”
“Ahh..” Serba salah. Dia tidak mahu dikatakan sebagai punca kepada masalah pula nanti. Dia memang tak suka dengan sukan kayak!”
“Kalau ada apa-apa masalah spit it out. Jangan nanti bila dah sampai masanya ada pula yang membantah tak setuju itu dan ini.” Lembut suara Zafril. Ayat itu ditujukan kepada semua pekerja yang akan mengikuti Hari Keluarga nanti.
Nafas ditarik perlahan. “Hari tu bukan ke kita dan bincang yang family day kita ni takde sukan air? Kenapa ada kayak pula..?” Berjaya juga dia tanya soalan ini kepada Zafril.
“Hari tu kan cakap kalau kayak takde kita batalkan aje tapi memandangkan Roslan dan team permainan yang kita wujudkan ni dah bertungkus-lumus mendapatkan kayak, jadi why not kita on aje dengan permainan ni. Tak salah kan?”
“Memang tak salah tapi hari tu cakap takde..” Suara sedikit meninggi.
“Bila masa pula I cakap takde? I kata kalau takde kayak secara automatik takde pertandingan kayak pada hari tu nanti.. Faham?”
“Saya tak nak faham. Saya tak nak terlibat dengan permainan ni!” Alissa mula geram. Tadi kata kalau ada apa-apa masalah luahkan. Konon jangan timbulkan masalah akan dating. Sekarang bila dia cakap dia pula yang kena hentam. Memanglah Zafril tak tinggikan suara tapi dia tahu Zafril geram dengan dia yang suka membantah.

“Cik Lisa, saya rasa bos dah berikan penerangan yang jelas pada hari kita bermesyuarat minggu lepas jadi tiada apa-apa yang pelik berlaku di sini. Cik Lisa ada apa-apa masalah ke dengan kayak?” Eiii, Roslan ni tutup mulut boleh tak? Rasa nak sumbat aje pen di tangan dia ke dalam mulut Roslan!
“Encik Roslan, ini hal antara saya dengan bos bukan dengan Encik Roslan..”
“Lisa, I yang lantik Roslan sebagai ketua untuk setiap permainan yang akan dijalankan semasa hari keluarga syarikat kita jadi I rasa dia ada hak untuk bersuara. Come on, hargai usaha orang lain. You bukannya buat apa-apa… Bawa diri aje.”
Bawa diri aje? Kalau ikutkan hati dia diri pun dia tak mahu bawa ke sana.
Fine.”
Malas mahu bertekak. Dia tahu bukan dia akan menang pun kalau mereka bertekak sampai naik urat leher sekali pun! Dia takkan dapat apa-apa.
Sudahnya dia kena terima semua keputusan yang dibuat sebulat suara. Bos kacak! Cakap apa pun semua orang akan ikut. Kalau dia cakap takde siapa nak dengar.
“Baiklah, sekarang ada sesiapa nak membantah tentang pembahagian kumpulan?”
“Saya!” Alissa mengangkat tangan ke sisi bahunya.
“Ada apa lagi Lisa?” Malas mahu melayan Alissa. Kerjanya asyik nak membantah apa sahaja yang dia buat.
“Saya tak mahu kumpan dengan Encik Zafril.”
Roslan terlopong. Begitu juga dengan Suhana, Suhaila, Adelia, Mukhriz, Mimie, Izul dan semua yang ada dalam bilik mesyuarat. Nasib baik Encik Ibrahim dan beberapa ahli lembaga pengarah lain tidak turut serta dalam hari keluarga yang dirancang oleh Zafril ini. Kalau tidak mungkin gigi palsu mereka akan jatuh di atas meja mendengar kata-kata Alissa yang tidak mahu sama kumpulan dengan Zafril.
“Wh…at?!!”
Kuat gila Roslan menempik. Hei, kau tak puas hati apa dengan aku Roslan?
Ikutkan hati mahu saja dia menyoal seperti itu kepada Roslan. Nak tempik buat apa bukannya dia tidak dengar!
“Saya rasa semua di dalam bilik ini dengar apa yang saya cakap tadi.. So, siapa nak gantikan tempat saya? Kita tukar kumpulan.”
Belum sempat satu dua tiga, semua pekerja perempuan dari kumpulan lain sudah mengangkat tangan. Laju!
“Dah.. dah. Turunkan tangan. Saya ketua di sini. Saya berhak buat keputusan siapa yang saya nak pilih untuk bersama dengan saya dalam kumpulan saya..” Semua manusia yang berada di dalam bilik itu senyap. Bernafas pun perlahan dan berhati-hati. Tidak mahu terlepas dengar nama yang disebut oleh Zafril. “Sorry, saya masih mahukan Alissa dalam kumpulan saya. Muktamad.”
Heh.
Kecewa.
Alissa kecewa dan yang lain juga kecewa. Ingatkan boleh tukar kumpulan.
“Helmi, Alissa, Adelia dan saya masih satu kumpulan. Jadi kita ada sembilan kumpulan semuanya. Setiap kumpulan ada empat orang ahli.” Ujar Zafril tegas.
Alissa jeling maut kepada Zafril.
Sengaja!
Zafril memang sengaja nak kenakan dia.
“Alissa, see me in my office now. Yang lain boleh bersurai. Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan di Pulau Perhentian.”
Depan Zafril dia mengeluh kuat. Menyampah!
“Apa masalah you ni Lisa?”
“Takde masalah.” Buku catatan yang sering dibawa ke hulu ke hilir di pandang. Tak mahu tengok muka Zafril.
“Takde masalah.. Habis tu kenapa memalukan diri sendiri sewaktu meeting tadi? Sengaja nak cari publisiti murahan?”
Pen diletakkan di atas buku catatan berwarna hitam itu. “Encik Zafril, saya rasa rasa ni dikenali juga dalam kalangan pereka fesyen jadi tak perlu kot saya nak cari publisiti murahan yang Encik Zafril maksudkan tu..”
“Habis tu kenapa tak nak kumpulan dengan I?”
“Saja.. Muak tengok muka Encik.”
Mulut Zafril ternganga.
Amboi! Nak kena betul Alissa ni. Mulut bukan main lancar lagi ye sekarang ni. “Lisa, I ni bos you. You ni memang jenis yang menentang bos ke?”
“Tak kalau bos saya bukan Encik Zafril.”
Selamba!
“Apa masalah you ni?”
“Takde masalah apa-apa. Saya hanya tak suka berkayak dan tak suka sama kumpulan dengan Encik Zafril.”
Well, so sorry because I am your boss. So, I have the right to make any decisions. Kesian you, kan?” Sengaja mahu menambah sakit di hati Alissa. Hari pertama jumpa Alissa bukan main menikus. Ingatkan Alissa masih lagi Alissa yang sama seperti dulu.. Rupanya dia tahu Alissa ialah Alissa yang baru selepas bertemu dengan wanita itu kali kedua.
Dan sekarang, makin kuat Alissa menentang dia.
You tahu kan walau macam mana pun you menentang I, you tetap akan kalah sebab I tahu apa kelemahan you.”
Alissa mengambil kasar buku catatan di atas meja Zafril. Dia tahu apa yang Zafril nak cakap. Dia tahu Zafril nak ugut dia lagi! “Don’t you dare to see my brother again!”
Zafril melepaskan tawanya sedikit kuat. “Orang tak sabar ni cepat kalah.. Jangan hilang sabar, Lisa..”
Alissa berlalu keluar dengan hati yang bengkak.
Ya Allah, berikanlah aku sedikit kesabaran untuk berdepan dengan lelaki seperti ini!
p/s : Nak bagi awak semua gembira petang ini! Yay.
Thanks kepada yang sudi drop komen kepada Sri. InsyaAllah Sri balas bila ada masa ye.. Sri sangat sibuk uruskan sesuatu kebelakangan ini. InsyaAllah June nanti dah tak sibuk lagi. Heee. ;)

15 comments :

  1. Alorrrhhh... Suka suspen dong.. Nk lgggg...!! Pleasee... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kita up entry baru hari ini jugak!
      Thank baby.
      Love you.

      Delete
  2. Alorrrhhh... Suka suspen dong.. Nk lgggg...!! Pleasee... >.<

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ahaaa, lama kan sis hilang. Okay, up entry baru hari ini juga.

      Delete
  4. Elehhhh zafril ni asik mengendeng dekat Lisa jer.. Eee tak malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaril muka tembok. Sila ambil tahu hal ini.
      Hahahah!

      Delete
  5. bestnya..nak lagi..x sabar nak baca next entry..
    keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab sukakan cerita ini. ;)

      Delete
  6. Replies
    1. Sri sambungggg. Sri sambung. Baca selalu tau! :)

      Delete
  7. Sri...cepat la sambung..

    ReplyDelete