Sunday 24 March 2013

Bab 5 Aku, Dia dan Stiletto



Wajah jelita di sisinya dipandang sekilas. Tangan Ashraff masih erat menggenggam tangan Helinna. Rindunya dia pada Helinna.

I happy sangat you dah balik ke Malaysia. So happy!” Ashraff tak tipu. Melihat Helinna yang semakin jelita, hatinya bertambah riang. Memang tak malu kalau nak bawa Helinna ke majlis-majlis korporat. Orang gila aje yang tak mahu berdampingan dengan model jelita ini.


Rambut panjang mengurai separas pinggang dan kulit putih melepak bersama sepasang anak mata hitam yang sangat memukau. Memang boleh cair!

“Iye ke you suka I dah balik sini? Bukan you rasa kaki dan tangan you macam kena ikat ke?” Ashraff telan liur. Glup!

Woih, air liur ke air sabun dalam mulut ni. Apasal susah sangat nak telan.

 Ashraff sengih kelat. “Mana ada macam tu, I suka sangat you dah balik Malaysia sebab I dah rindu sangat dekat you.” Tangan Helinna yang masih berada dalam genggamannya di bawa ke bibir. Dikucup perlahan tangan Helinna.

So, how was London? Dah puas dah you menjelajah London?” Ashraff masih tidak lekang dengan senyuman. Ah.. siapa tak suka kalau berada di samping gadis secantik Helinna. Orang gila aje yang cakap tak jatuh cinta dengan Helinna.

“London? Macam tu jugak. Takkan rasa kehilangan I pun.”

“Takpe, dah lama sangat you dekat sana. Sekarang you boleh bina nama you di sini pulak. I yakin dengan pengalaman yang you ada sepanjang you dekat London tu, you boleh berjaya dekat Malaysia. Nanti berebut-rebut semua company nak ambil you jadi model produk dorang.” Melihat Ashraff yang bersungguh-sungguh meyakinkan dia, Helinna ketawa kecil.

“Pandai aje you ni. Dengan pengalaman yang tak seberapa tu bukan menjamin apa-apa untuk I dekat sini. Lagipun ramai lagi model-model jelita dekat Malaysia ni ha. I ni apa lah sangat.”

No.. no. Model dekat Malaysia takkan boleh kalahkan kecantikan you Helly. You is the most beautiful women that I ever seen.” Betul ke? Tapi perempuan yang dia jumpa petang tadi tu cantik jugak. Helinna dan perempuan gila petang tadi siapa lagi jelita?

Ashraff mula mengingati wajah gadis jelita yang pernah bergaduh dengannya kerana sepasang kasut dan mereka bertemu sekali lagi petang tadi kerana hampir kemalangan. Macam ada jodoh pulak. 

Siti Habibah. Cute betul nama perempuan tu. Bibah... oh Bibah. 

“Ni apasal senyum sorang-sorang? Ingatkan siapa?” Ashraff kalut mencari wajah Helinna yang berada di sisinya.

“Mana ada. I senyum sebab teringatkan you. Walaupun you ada sebelah I sekarang ni but I still miss you. Rasa macam tak percaya pulak you dah balik Malaysia. Nak-nak kali ni.. for good!”

“Iyelah tu.. teringatkan I ke teringatkan perempuan mana-mana yang you jumpa petang tadi.” Wow! Helinna ni ada magis ke?

“Macam mana you tahu I teringatkan perempuan lain?”

Helinna membulatkan matanya. Wajah Ashraff yang sedang memandu ditenung tajam. “What? You teringatkan perempuan lain depan I?”

“Saja je nak acah you. Sayang jugak you dekat I rupanya. Ingatkan dah lupakan I dah.. tapi kan Helly, I bukan teringat depan you tapi sebelah you.” Tangan Helinna pantas mencubit lengan Ashraff yang sedang tekun memandu.

“Main-mainkan I ye..” Ashraff ketawa besar. Seronok juga sekali-sekala mempermainkan buah hati tersayang.

I really..really love you, Helinna.”

Helinna terdiam tidak membalas kata-kata Ashraff. Riak wajahnya kembali serius.

“Banyak mana you sayangkan I?” Ashraff pandang wajah Helinna. Soalan apakah ini? Tak pernah-pernah Helinna tanya dia soalan macam ini.. Ashraff masih menyusun ayat  yang paling sweet untuk dimuntahkan.

Belum sempat dia nak cakap, Helinna dah potong. “Sebanyak koleksi perempuan yang you ada ke?” Bibir cantik itu masih mengukir senyuman. Perli ke nak naik angin ni? Dulu-dulu kata tak kisah, takkan sekarang ni kisah pulak kot…?

Ashraff garu keningnya yang tidak gatal. “Eh, mana ada perempuan keliling pinggang. You salah info ni, sayang.”

Senyuman meleret Helinna buat hati dia kecut. Sumpah cuak woiii! Tingkah Ashraff serba tidak kena. Adoi, rasa seram sejuk badan ni. Rasa macam nak demam pun ada jugak sekarang ni. Takkanlah nampak muka Helinna aje terus nak demam?

Tangan Ashraff kembali menggenggam jari-jamari runcing milik Helinna. Otak ligat memproses topik perbulana seterusnya. Tak boleh cakap pasal hati dan perasaan dah, kang kena sembur dengan ayat pedih.
 “You rasa kereta I ni macam panas tak?” Helinna pandang wajah Ashraff. Pelik.

“Panas yang macam mana maksud you?”

Air cond kereta I rosak kot?” Tangan kiri yang menggenggam tangan Helinna dirungkaikan dan dihala ke arah penghawa dingin kereta. Takkanlah rosak pulak. Kereta baru beli tiga bulan aje ni.

Helina tergelak kecil. “You panas sebab I dah balik sini kot? Takut pecah tembelang you.” Pergh, ini ayat Helinna yang paling power sekali malam ni. Memang kena sebijik dekat muka dia.

“Ish.. you ni.. Merepek je. Mana ada I sembunyikan apa-apa daripada you. Tembelang apanya… merepek aje you ni Helly.” Hati tengah berdebar bagai nak gila jangan cakaplah. Rasa cuak aje nak tunggu ayat yang keluar dari mulut Helinna.

Ashraff sengaja nak tukar topik bersembang pasal lain, tak habis-habis pasal perempuan yang dia kena hentam. Padan muka kau Ashraff! Sendiri cari pasal sekarang rasakan.

Ashraff melarikan pandangannya ke jalan raya. Kembali fokus kepada pemanduannya yang hampir hilang fokus kerana ayat-ayat berbisa Helinna.

“Papa you sihat ke?” Ashraff mengangguk dengan pertanyaan Helinna.

Fuh! Nasib baik dah tukar topik lain. Kalau tidak jenuh menggelabah dia nak menjawab setiap soalan yang meluncur keluar dari bibir Helinna.

“Nanti I jemput you untuk makan malam dengan family I, okay? But not this week sebab I busy sangat minggu ni. Maybe end of next week. Boleh?”

“Kalau bertahun-tahun I sanggup tunggu you Ash, takkan minggu depan I tak boleh tunggu, kan?”
Thud!

Sekali lagi. Kali ini lebih menusuk kalbu.

Rasa macam kena panah sampai ke jantung. Tajam gila sindiran Helinna. Amboi, bukan main lagi mulut Helinna malam ni, beracun! Takut dia nak cakap melebih-lebih. Kang kena sembur dengan Helinna pasal rahsia-rahsia dia di Malaysia pula, jenuh.

Eh, tapi takkanlah Helinna baca surat khabar Malaysia kot? Dia kan baru sampai malam ni aje. Ishh, tak mungkin Helinna tahu pasal party baru-baru ini.

Erkkk, bukan Mary masukkan gambar dalam facebook ke? Ah, mampus aku!

Akhirnya Ashraff mengambil sikap mendiamkan dirinya. Volume radio dikuatkan sedikit sebelum dia kembali memandang ke depan.

Perjalanan balik dari KLIA ke rumah Helinna di Kota Damansara mengambil masa lebih kurang satu jam. Tidak banyak yang Ashraff dan Helinna bualkan sepanjang perjalanan. Masing-masing lebih suka mendiamkan diri.

Kereta milik Ashraff membelok ke dalam rumah banglo mewah milik ibu bapa Helinna. “Dah sampai pun.”
Ashraff mematikan enjin dan membuka pintu sebelah pemandu. Kaki berlari-lari anak ke arah pintu sebelah penumpang.

“Silakan, my lady.”

“Thank you, my prince.” Kembang kuncup hati Ashraff mendengar Helinna memanggilnya puteraku. Itu bermaksud dia masih lagi berada dalam hati wanita itu.

Helinna melangkah menuju ke arah pintu utama rumahnya. Tubuh Tan Sri Faruk dan Puan Sri Juliana sudah berdiri tegak di hadapan muka pintu menanti kepulangan anak tunggal mereka.

“Mama.. papa..” Tubuh Helinna tenggelam dalam pelukan Puan Sri Juliana.

“Papa.. tengok mama ni. Setiap kali Helly balik sini aje mesti nangis. Ma, Helly dah balik sini untuk selama-lamanya. Mama nak nangis buat apa lagi ni?” Air mata Puan Sri Juliana dikesat lembut.

“Ju, sudah lah tu. Anak kita dah balik ni. Helly dah puas merantau, takkan pergi mana lagi dah. Lepas ni Helly ada depan mata awak setiap masa.” Helinna pantas mengangguk.

“Betul tu mama. Helly dah tak nak pergi mana-mana lagi dah. Helly nak duduk Malaysia, nak bermanja dengan mama dan papa.” Puan Sri Juliana mengucup dahi anaknya.


 


“Dah..dah. Jangan nak bersedih depan pintu rumah ni. Buat malu aje Ash tengok tu. Mari masuk dalam. Ash, jemput masuk.” Ashraff senyum seraya menanggalkan kasut yang tersarung di kakinya.

Puan Sri Juliana masih lagi menangis. Puas Helinna memujuk mamanya supaya bertenang. “Mama, kenapa mama nangis ni?”

“Mama sedih.. Helly dah balik Malaysia tapi mama masih lagi sedih.” Helinna mengusap lembut belakang Puan Sri Juliana.

“Kenapa mama nak sedih? Helly kan dah balik ni? Mama ni.. tak malu ke Ash tengok mama nangis macam ni?” Ashraff tersenyum sengan sambil mencapai segelas air oren yang terhidang di depan mata.

“Malu apanya.. Ash tu kan bakal menantu mama.”

Ppsssst!

Helinna automatik berdiri. “Ash! You okay ke?” Helinna segea menggosok belakang tubuh Ashraff.

“Ya Allah.. kenapa minum sampai tersembur ni?” Ashraff menggelengkan kepalanya. Hidung dia rasa perit gila sekarang ni.

“I okay.. sikit aje ni.” Kau gila nak cakap tak okay depan bakal mak dan bapak mentua?

Yang Puan Sri Juliana ni pun agak-agaklah sikit.. sebut bakal menantu pun sambil menangis. Macam bakal hantu aje gayanya.

“Betul ke you okay ni?” Ashraff angguk.

“Ash terkejut sangat ke aunty sebut bakal menantu?” Puan Sri Juliana memandang Ashraff yang masih terbatuk kecil.

“Mama! Sudah la. Kesian Ash tau.” Helinna meningkah kelakuan Puan Sri Juliana.

“Betul apa yang mama cakap tu Helly. Memandangkan Helly pun dah balik Malaysia, papa rasa eloklah kalau kita bincang pasal majlis kahwin Helly dengan Ash. Lagipun dah lama sangat Helly dengan Ash berkawan. Kan lebih elok kalau ada ikatan yang sah. Papapun seronok..”

“Mama lagi seronok!” Puan Sri Juliana menambah. Amboi, tak sabar-sabar.

Tan Sri Faruk ketawa terbahak-bahak. “Mama ni.. papa belum habis cakap lagi mama dah menyampuk.”

Puan Sri Juliana menjeling suaminya. “Memang la mama tak sabar-sabar lagi dah nak terima menantu. Masa mama sebaya dengan umur Helly sekarang ni, mama dah bersalinkan Helly tau! Helly dah umur dua puluh enam tahun pun masih tak kahwin lagi.”

Hellina angguk faham. Faham sangat dengan hajat mama dan papanya. “Helly dah penat sangat ni, nak naik atas. London ke Malaysia ni bukan macam Kuala Lumpur ke Melaka ma.. Helly nak naik atas rehat. Ash, jumpa you nanti ya.”

Ashraff yang baru berkira-kira untuk bangkit meninggalkan ruang tamu terhenti. “Kita belum habis bincang lagi pasal majlis kamu ni.”

“Mama.. Helly ni baru balik. Penat lagi tau!” Hellina menarik muncung panjang sedepa.

“Itulah Helly ni. Kalau cakap pasal kahwin sikit aje suka mengelak. Entah bila nak kahwin mama pun tak tahu. Kalau Ash tinggalkan kamu nanti baru padan muka tu!”

“Aunty, biarlah Helly rehat dulu,, lagipun Helly kan baru aje balik. Banyak masa lagi nak bercakap pasal hal ni. Ash pun dah nak balik dulu ni.” Puan Sri Juliana merengus kecil.

“Korang berdua ni sama aje. Kalau cakap pasal kahwin aje macam-macam alasan! Dah la, mama nak naik atas dulu.”

Helinna, Ashraff dan Tan Sri Faruk ketawa serentak. Ingatkan muncung Helinna aje yang panjang rupanya muncung Puan Sri Juliana pun panjang jugak.

Sorry Ash, mama I merajuk pulak malam ni. Jumpa you nanti ya.”

No problem. You jangan lupa rehat, tidur awal okay.” Ashraff bangkit meninggalkan ruang tamu mewah milik Tan Sri Faruk.

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati


Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima


Tangan Ashraff pantas menguatkan volume radio keretanya. Lagu kegemaran dia! Bibir merah merekah Ashraff turut sama menyanyikan lagu yang sering bersiulan di bibirnya.

Siap bahu pun bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Gaya menyanyi dah macam nanyi lagi rock aje!

Deringan telefon merencatkan konsert Ashraff. Hands free disumbat ke dalam telinga.

Hello, mama.”

“Asf baru hantar Helly balik rumah. Tak.. tak. Ash balik rumah Ash. Letih lah nak mengadap papa. Nanti mesti papa tanya pasal hubungan Ash dengan Helly lagi. Tak larat nak jawab lagi dah ma.” Ashraff masih tekun mendengar suara di talian hujung sana. Mata masih fokus ke jalan raya yang kian lengang.

“Esok petang lepas kerja Ash balik jenguk mama ya. Ya.. Ash pun rindu mama jugak. Lagi banyak dari mama rindukan Ash!” mendengar suara di sebelah sana ketawa halus, Ashraff lega, sekurang-kurangnya mama dia tidak menangis kerana rindukan dia malam ini.

I love you more. Assalamualaikum ma.”

Panggilan telefon ditamatkan. Tidak mahu pulang ke rumah Tan Sri Ahmad, Mitsubishi Evoque menghala ke kondominium mewah miliknya di Damansara Perdana.


No comments :

Post a Comment