Gosip : Ashraff Tan
Sri Ahmad Ada Kekasih Baru?
Ashraff
mencampakkan helaian surat khabar di atas meja. Sakit hati betul dia dengan
Zaman Glam-glam tu. Kalau dia boleh
bunuh orang dah lama dia tembak kepala Zamani sampai terburai. Tak habis lagi
nak sibuk pasal kehidupan peribadi dia. Gila ke apa! Dia bukannya selebriti.
Tak
pasal-pasal keluar lagi gosip pasal dia. Ingatkan selepas parti di rumah
Melissa tidak lama dahulu akan terus senyap cerita pasal dia memandangkan
Helinna sudah pulang semula ke Malaysia dan dia juga tidak lagi menghadiri
apa-apa parti anjuran kenalan dia.
Alih-alih
timbul pula satu gosip lain.
“Argh!”
Meja
kayu ditumbuk kuat. Melepaskan perasaan amarah yang bersarang dihati.
Pintu
bilik yang diketuk membuatkan Ashraff bertambah naik angin. Kan dah pesan tidak
mahu diganggu! Tak faham bahasa ke?
“Masuk!”
Saffiya menelan air liur sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Ashraff. Takut kalau
kena sembur dengan ayat pedih. Dah tahu yang bos dia memang bad mood sebab muka masuk surat khabar
lagi hari ni.
Patutnya
Ashraff melonjak gembira sebab Zamani Glam-glam masih lagi ingatkan dia.. Lagi
pun dah lama muka bos dia tak masuk surat khabar. Kenalah seronok. Dia sekali
pun tidak pernah masuk surat khabar.
“Nak
apa?” Saffiya memberanikan matanya bertentang dengan anak mata Ashraff walaupun
dalam hati dia kecut gila.
“Tuan,
Tan Sri …”
Belum
sempat Saffiya menghabiskan ayatnya Ashraff dah mencelah lebih awal lagi.
“Cakap dengan Tan Sri I sibuk. I ada urusan di Sungai Buloh.”
“Tapi
Tuan…”
“You ni tak faham bahasa ke Saffiya?”
Tepukan kuat di meja Ashraff menyentakkan Saffiya. Sumpah kecut perut kalau
kerja dengan bos yang kepala angin macam Ashraff ni. Tapi rasanya dah lama juga
Ashraff tak nak angin macam ni.
Ini
mesti kes pasal muka dia masuk dalam surat khabar dengan Cik Aulia. Itulah,
siapa suruh menggatal dengan perempuan lain sangat! Padanlah muka tu.
“Tuan..”
“Get out!” Sekali lagi Ashraff menengking
Saffiya. Tanpa menunggu lebih lama, Saffiya melangkah keluar dari bilik
Ashraff.
“Tak
guna punya bos. Asyik nak marah orang aje. Sendiri yang buat hal sendiri yang
nak marah orang!” Saffiya membebel seorang diri. Memang patut dia marah pun. Dia
langsung tidak ada kaitan dengan Ashraff dan Aulia, kenapa pula dia yang kena
marah.
Dia
buat kerja dia aje. Dah Tan Sri Ahmad nak jumpa, memanglah dia kena sampaikan.
Yang bos dia ni pun satu jugak, kalau dah tahu Zamani tu asyik intip dia siang
malam, tak perlulah nak cari pasla lagi. Sakitnya hati dia!!
Kalau
dia mengadu dengan Hilman pasti Hilman minta dia bersabar. Ya Allah, cepatlah
sikit kahwin dengan Hilman. Dia memang dah gatal sangat tangan nak hantar surat
berhenti kerja dekat Ashraff. Memang esok kahwin, seminggu sebelum dia hantar
surat perletakan jawatan.
Fail
di atas meja di hempas kuat. Ha, kan dia pun dah terkena penyakit Ashraff juga,
baran tak kira masa. Sekarang dia pun dah lepaskan rasa sakit hati dia pada
fail-fail yang bertimbun depan muka ni.
“Assalamualaikum,
Saffiya.” Saffiya angkat kepala. Terkejut!
“Cik
Aulia.” Tubuh genit Saffiya berdiri tegak di hadapan Aulia.
“Encik
Ashraff ada?” Dahi Saffiya berkerut. Aulia nak jumpa dengan bos dia dalam waktu
macam sekarang ni? Dia yang baru keluar sepuluh minit ni pun masih lagi terasa
panas bilik itu, Aulia nak masuk.
“Ada…
ada. Tuan ada tapi …”
Aulia
kerut kening. “Tapi?”
Saffiya
kelihatan serba salah mahu menjawab pertanyaan Aulia.
“Tapi apa Saffiya?” Aulia menyoal sekali lagi.
Adoi,
nak cakap ke Ashraff tengah bengang ni? Kang Aulia ingat dia tak benarkan Aulia
jumpa Ashraff pula. Aduhai! Pening kepala dia.
“Takpelah,
saya masuk jumpa Ashraff sendiri.”
Saffiya
yang baru sahaja mahu menghalang terkaku sebaik sahaja pintu bilik dikuak dari
dalam oleh Ashraff. “Tuan..”
“Ash,
saya nak bercakap dengan awak sekejap.” Aulia terus pandang muka Ashraff yang
masam mencuka. Mesti pasal surat khabar tu.
“I sibuk. Kita cakap lain kali aje.”
Aulia tercengang. Ashraff tak mahu jumpa dia? Eiii, kurang asam betul. penat-penat
dia datang sini, macam tu aje Ashraff layan dia? Apa Ashraff ingat dia suka
sangat datang sini? Dah la sepanjang jalan dia jumpa orang asyik pandang dia
aje. Naik segan pula!
“Eh,
takde masa lain kali saya nak jumpa awak. Saya nak jumpa awak sekarang ni.
Sekarang jugak!” Ashraff buat tak endah dan terus melangkah. Dia mahu berjumpa
dengan Zaidi sekarang ni.
“I nak keluar jumpa kawan. Nanti bila I free kita jumpa.” Saffiya berdiri
kaku di belakang Ashraff. Tak mahu masuk campur… Takut!
Aulia
tarik lengan Ashraff. “Hey! Awak
dengar tak saya tengah bercakap dengan awak, bukan dengan meja tu!” Bibir
dijuihkan ke arah meja kerja Saffiya. Tangan Aulia masih kemas memaut lengan
Ashraff.
“Tak
malu ke pekerja I tengok you macam ni?” Ashraff berbisik keras di
telinga Aulia. Aulia melepaskan pegangannya di lengan Ashraff. Ahhhh, bodoh
betul dia. Kenapalah dia pegang tangan Ashraff!
“Saya
nak bercakap dengan awak, right now!”
Giliran Aulia pula berbisik keras kali ini.
“I nak keluar, you tak faham bahasa ke?”
“Kalau
macam tu saya tunggu awak dalam pejabat. Biar semua pekerja awak anggap yang
gosip dalam surat khabar tu betul.”
Ashraff
buat muka tak puas hati. Aulia mengugut dia? Berani betul Aulia! “Fine! Meet me in my room right now!”
Ashraff melangkah laju masuk ke dalam bilik pejabatya semula dan Aulia sengih
kemenangan.
Kot
di tubuh di tanggalkan dan disangkut di belakang kerusi. Ashraff menghempas
tubuhnya di atas kerusi kulit berwarna hitam itu semula. “Ada apa yang
tiba-tiba muncul dekat office I?”
malas dia mahu melayan Aulia sebenarnya. Langsung tiada mood.
Panggilan
ke telefon bimbit Helinna beberapa kali dimatikan. Pasti Helinna sengaja mahu
mengelak daripada dia. Merajuklah apa lagi!
Pintu
bilik Ashraff ditutup rapat.
Mata
Aulia menyorot kepada surat khabar yang renyuk di hujung kakinya. Aulia tunduk
mengambil helaian surat khabar itu. “Kalau marah pun tak perlulah nak kedutkan
muka I yang masih muda ni.” Tangan
sibuk membetulkan surat khabar yang sudah direnyuk.
Haish,
Aulia ni buat lawak bodoh pula. Dia tengah panas satu badan dekat Zamani gila
tu, Aulia boleh datang sini nak hiburkan dia dengan lawak tak laku dia tu. “Tak
lawak okay. Apa you nak ni?”
Aulia
menarik kerusi depan Ashraff. Dah tak jemput dia duduk terpaksalah dia buat
macam pejabat sendiri. “Jemput duduk Aulia. Silakan duduk ye. Terima kasih.”
Aulia bercakap seorang diri. Ashraff rasa ini memang lawak dan tergelak kecil.
“Jangan
buat lawak bodoh boleh tak? You tak
baca surat khabar ke apa yang muka ceria sangat ni?”
“Tak
baca pun, tapi lepas Atiya cakap dengan saya yang muka saya ada dalam surat
khabar barulah saya baca. Kalau tak sampai tahun depan pun saya tak tahu yang
saya ni sangatlah fotogenik, kan?”
Ashraff
ketap giginya kuat. Aulia ni spesis tak boleh nak serius ke kalau bercakap. Semua
benda nak buat lawak! Masa sekarang ni pun masih lagi nak berlawak. Kalau Tan
Sri Ahmad dah panggil tu mestilah sebab dia marah!
“You jangan buat lawak boleh tak? Papa dah
panggil I. Lepas ni dia mungkin akan
panggil you pulak!”
“Eh,
apasal pulak Uncle Mad nak panggil
saya jumpa dia? Saya takde kaitan dengan semua ni.. Lagipun manalah saya tahu
yang Zamani Glam-glam tu nak tangkap gambar kita. Kalau saya tahu, semalam saya
berjalan jauh sebatu dari awak tau!” Mendengar Aulia sebut nama Zamani
Glam-glam, Ashraff tergelak besar. Comel betul mimik muka Aulia sebut nama
Zamani.
Siap
dengan mata terbeliak besar dan bekelip beberapa kali.
“Masalahnya
sekarang ni papa dah tahu. Satu Malaysia dah tahu. Habislah I lepas ni”
Aulia
bermain dengan pen di atas meja Ashraff. Diketuk-ketuk pen itu di atas meja.
“Semalam awak cakap awak tak takut kalau Helinna tahu.. Takkan hari ni awak
takut kot?”
Ashraff
merampas pen dari tangan Aulia. “Bising tau tak! You ni boleh tak serius sikit?”
Aulia
terdiam. Garang pulak. Tadi gelak, lepas tu garang. Kejap lagi menangis kot?
“Helly call saya tanya pasal hubungan
kita.”
Mulut
Ashraff ternganga luas. “What?!”
“Tak
perlulah buat muka terkejut macam tu. Buruk tau tak.”
“Aulia!
I takde masa nak buat kacak depan you okay! Apa Helly cakap dengan you? Dia tanya apa? You jawab apa? Dia cemburu ke? Dia ada marah you? Atau sebut nama I?”
Nampak sangat Ashraff menggelabah bagai nak gila sekarang ni.
“Awak
rasa saya cakap apa dengan Helly?” Aulia sengaja tayang sengih mahu menyakitkan
hati Ashraff. Ini peluang dia untuk sakitkan hati lelaki itu.
“Aulia!
I tak melawak dengan you sekarang ni!” Meja tepuk kasar.
Tubuh
Aulia tersentak sedikit mendengar tengkingan Ashraff. Tak perlulah menempik,
cakap baik-baik tak boleh ke?
“Kalau
awak nak tempik saya macam ni, saya balik dululah. Buat penat aje datang sini.”
Aulia menolak kerusi mahu meninggalkan Ashraff.
Ashraff
bingkas bangkit mahu menahan Aulia. Mulut dia ni, memang tak boleh nak kawal
bila dengan Aulia.
“Lia, I minta maaf okay.” Ashraff memaut tangan
Aulia.
Aulia
menolak perlahan tangan Ashraff yang melekat di pergelangan tangannya. “Dah la,
saya nak balik.”
Melihat
Aulia yang masih berkeras mahu meninggalkan pejabatnya, Ashraff merentap tangan
Aulia dengan kasar sehingga Aulia terdorong ke belakang. Tubuh Aulia terpusing
sedikit dan .. Kedua-dua mereka terkaku seketika.
“Ash!
Lia!!!”
Ashraff
segera menolak tubuh Aulia yang berada kemas dalam pelukannya menjauhi dirinya.
“Helinna!”
“Apa
korang berdua buat ni? Lia, sanggup kau buat aku macam ni! Kau cakap kau takde
hubungan dengan Ash!” Helinna menolak bahu Aulia.
“Helly,
I can explain this.” Ashraff menarik tubuh Helinna menjauhi Aulia.
Keadaan menjadi kalut seketika.
“Explain what?” Helinna bertempik dalam
bilik Ashraff. Tak kisah kalau pekerja The
Legacy dengar, biarlah! Dia peduli apa!
“Lia,
kau cakap kau nak tolong baiki hubungan aku dengan Ash, sekarang ni apa yang
kau buat? Kau yang ada affair dengan
bakal suami aku? Kawan apa kau ni Lia!”
“Helly,
ni bukan macam apa yang kau nampak. Aku takde hubungan istimewa dengan Ash..
Sumpah!” Aulia meraih tangan Helinna namun ditolak kasar oleh Helinna.
“Kau
penipu! Kau tipu aku. Kau memang sukakan Ash kan? Kau sukakan dia.. Kau cuma
reka cerita pasal Hazrul tu kan?” Aulia menggeleng
“Aku
tak pernah tipu kau Helly. Please,
jangan percaya apa yang kau nampak tadi tu. Aku ..”
“Stop it! Kau bukan kawan aku lagi. Kau
cakap kau akan buat apa aje untuk aku tapi sekarang ni aku takkan percayakan
kau lagi!”
“Helly,
Aulia tak salah. Jangan sebab salah faham you
nak hukum Lia dengan I.” Helinna
menggeleng kepalanya sambil menangis. Tubuh Ashraff dipukul dengan beg tangan.
“Sekarang
you dah pandai nak membela Aulia kan?
You ingat selama ni I tak tahu apa
yang you buat? Keluar dengan perempuan
lain.. Pergi parti sana sini. You
ingat I diam, I tak tahu?”
“I minta maaf Helly.. Tapi I dah tak buat lagi semua tu sekarang. Since you balik dari London, I dah tinggalkan semua tu sebab you! I
sayangkan you, Helly.”
“We are over. Jangan cari I lagi.”
Helinna
bergegas meninggalkan pejabat Ashraff.
“Ini
semua salah you!” Ashraff menunding
jari telunjuk lurus ke muka Aulia.
Aulia
mengesat air mata. Kenapa pula dia yang disalahkan. Dia cuma mangsa keadaan
sekarang ni. Bukan salah dia kalau Helinna marahkan Ashraff.
Beg
tangan Givenchy Medium Nightingale berwarna oren yang terjatuh di atas lantai
diambil dan berlalu meninggalkan pejabat Ashraff. Dia perlu kejar Helinna.
“Cakaplah
nak cakap apa. Aku takde banyak masa untuk kau.”
Aulia
menyentuh tangan Helinna di atas meja sebelum Helinna menarik kasar tangannya.
“Helly, aku bersumpah aku memang takde apa-apa hubungan dengan Ash. Sumpah.. Memang
takde!”
“Tadi
masa dalam telefon memang aku percayakan kau Lia tapi lepas nampak kau berpeluk
dengan dia aku tak tahu sama ada aku masih boleh percayakan kau atau pun tak..”
“Aku
kawan kau.. Kau kena percayakan aku. aku takkan tipu kau Helly.”
Helinna
memandang tepat wajah Aulia. Mencari keikhlasan dan kebenaran dalam kata-kata
Aulia. “Habis tu kau kenapa kau berpeluk dengan dia tadi?”
Aulia
terdiam. Mulutnya bergerak ke kira dan ke kanan berfikir satu alasan yang
munasabah. “Sebab…”
“Sebab
apa?!”
“Kasut
tumit tinggi tertanggal. Kaki terpelecok.” Aulia beriak tenang. Berbohong demi
menyelamatkan dua hubungan. Hubungan dia dengan Helinna dan hubungan Helinna
dengan Ashraff.
“Betul?”
“Betul!
Tak tipu. Kau tengok muka aku betul-betul, mana ada aku tipu kau. Lagipun kau
kan tahu taste aku macam mana.. Bukan
lelaki nakal macam Ashraff sebab aku tahu aku tak cukup hebat untuk jinakkan
dia macam yang kau buat.” Helinna sengih melebar dipuji sebegitu oleh Aulia. Kembang
kempis hidungnya mendapat pujian kerana berjaya menjinakkan Ashraff yang kaki
perempuan.
“Kan
aku dah pesan dengan kau jangan lebih-lebih dengan Ashraff. Aku cuma mintak kau
rapat dengan dia sebab aku nak pastikan perasaan aku yang sebenarnya terhadap
dia. Tapi bila tengok kau rapat sangat dengan dia, mestilah aku cemburu.” Aulia
tergelak kecil.
“Aku
kan dah janji dengan kau yang aku akan buat apa sahaja untuk kau asalkan kau
bahagia. Dah, jangan nak merajuk lagi. kesian Ashraff tau! Dia ingatkan kau
betul-betul marah pasal gosip dalam surat khabar tu.”
“Mula-mula
memanglah aku marah sebab muka kau cun sangat dalam surat khabar tu! Jeles aku.”
Aulia tergelak besar. Dia pun terkejut tengok muka dia dengan pelbagai reaksi
semasa keluar dengan Ashraff semalam.
Sampaikan
aksi dia tengah tunjuk tiang pun ada jugak, dengan ekspresi muka yang tak boleh
blah langsung! “Kan.. Aku pun
terkejut tengok muka aku sendiri. Tak sangka cun jugak aku dalam surat khabar.”
Aulia sambung ketawa.
“Babe, aku memang betul-betul tak sangka
yang Ashraff tu glamer sampai macam tu sekali. First time aku tengok
muka dia dalam surat khabar tau! Memang gila betullah Zamani Glam-glam tu kan.
Sampai gambar Ash tunggu aku depan toilet
pun ada jugak.” Aulia
bersungguh-sunggung bercerita. Teruja sangat dengan cara Zamani bekerja. Sanggup
ikut sampai ke pintu tandas! Hebat.
Helinna
turut ketawa. “Aku pun pernah kena jugak kes macam kau ni. Memang Zamani tu
kerja dia jadi paparazzi kacau hidup
Ash.” Aulia angguk faham. Tapi kalau Helinna dia tak pelik sangat sebab Helinna
memang model terkenal jadi memanglah semua wartawan terkejar-kejar cerita
peribadi dia.
“Aku
rasa kau dengan Ash patut umum pasal majlis pertunangan korang tu cepat-cepat
sikit. Biar Zamani tu tak ganggu hidup Ash lagi. Selagi Ash bujang, selagi itulah
dia takkan berhenti ganggu Ash.” Aulia ikhlas namun entah kenapa dia cemburu
bila mencadangkan supaya Ashraff dan Helinna bertunang.
“Itulah,
papa aku pun dah bising dah. Tengoklah macam mana. Aku memang sibuk gila
sekarang ni. Job mengalahkan Perdana
Menteri.”
“Jangan
sampai kau terlepas Ash sudahlah. Aku dah tolong kau rapat semula dengan dia
tapi kau asyik nak cari pasal dengan dia aje.”
Helinna
meneguk air coke di depannya. “Aku
bukan cari pasal, aku saja nak uji perasaan dia dekat aku.”
Bibir
Aulia bergerak-gerak mahu menyoal sesuatu tentang Ashraff namun hasrat itu
dilupakan sahaja. Tidak mahu Helinna salah sangka pula kononnya dia lebih
mengetahui tentang Ashraff berbanding Helinna sendiri.
“Esok
aku dengan Ash ada kerja dekat Bukit Tinggi, kau nak ikut tak?”
“Alaaaa,
nak! Tapi aku kerja esok. Pergi Kuantan dua hari. Berapa lama korang dekat
sana?”
“Sampai
hari Khamis. Tiga hari aje. Kau balik hari Rabu, kan? Sempatlah kau ke sana
hari Khamis tu. Boleh balik sekali dengan kitorang. Meeting habis hari Khamis petang. Jom la.. Jom la.”
“Ala,
mesti penat sebab baru habis shooting.”
“Jom
la babe. Dah lama kita tak spend time sama-sama. Boleh kau
berbaik-baik dengan Ash semula. Tak baik tau gaduh lama-lama.”
“Bolehlah.
Nanti aku nak pergi aku call kau okay.” Aulia bersorak gembira.
“Aku
tak janji tau.. Tapi kau jangan bagitahu Ashraff yang aku akan ke sana. Biar dia
terkejut!”
Hubungan
Helinna dan Ashraff akan pulih semula. Dia suka melihat Helinna yang nampak
seronok dilamun cinta dengan Ashraff.
Semoga
hubungan Helinna dan Ashraff cepat-cepat diikat ke peringkat yang seterusnya. Dia
dah tak boleh nak berdepan dengan Ashraff lagi dah.