Sunday 23 December 2012

Cerpen : Jodoh Pengapit Pengantin.


Dania meraih tangan sahabat karibnya. Diusap lembut tangan Amelia. “Kau rileks je okay. Jangan risau sangat pasal Hakim. Pandailah dia nak jawab dengan bapak kau kejap lagi. Sejuk betul tangan kau ni, aku takut kau beku pulak karang.” Remote air-cond di atas laci dicapai dan dinaikkan suhunya.

Sebenarnya memang sejuk pun! Ada ke bukak enam belas darjah celcius?.Ei, nak kena betul tau budak Raziah ni. Jangankan Amelia yang beku, kang dengan dia dia sekali beku dalam bilik pengantin ni.

Amelia senyum lebar. Belum sempat buka mulut, Dania cepat-cepat mencelah. “Kau jangan senyum lebar sangat beb, nanti merekah make up kau tu. Kak Rose dah balik dah, aku mana reti nak make up pengantin ni. Kang kalau aku bagi sentuhan aku dekat muka kau, habis cabut lari semua tetamu kau.” Tangan Dania sibuk membetulkan vail yang terletak elok di atas kepala Amelia. Bukan senget pun, saja je nak sentuh vail cantik ni.

“Tak sangka kalau jadi pengantin kena make up tebal-tebal macam opera cina eh. Aku tengok Kate Middleton dengan Putera William kahwin hari tu rileks aje. Entah-entah Kate make up sendiri aje kot. Macam make up aku hari-hari pergi kerja. Kira cun jugak aku make up kan.” Pot pet potpoet mulut Dania kompelin itu dan ini. 

Ada sahaja benda yang nak ditegurnya. Majlis kahwin besar-besaranlah, baju banyak sangat labucilah, vail tak matching colorlah, bulu mata palsu tebal sangatlah, shading hidung kurang mancunglah, itulah inilah. Banyak lagilah mak cik sorang ni kompelin.

“Kau diam kejap boleh tak? Kang aku sepit mulut kau dengan penyepit baju baru kau tau!” Dania lekas-lekas tekup mulutnya. Takut kena sepit dengan Amelia. Bukan boleh kira sangat Amelia ni, kalau tak sepit dengan penyepit, dapat sepit dengan tangan pun dia dah puas hati.

Dania senyap. Seminit. Dua minit. Ish, tak tahan betul kalau tak bercakap. Rasa macam orang bisu pulak
“Aku dah diam dua minit dah ni Mel, sekarang aku sambung cakap, boleh?”

Amelia sembunyi senyum. Kepalanya diangguk perlahan. Geli hati dengan sikap sahabatnya.

“Cantik tak baju aku, Mel?” Adoi! Apa kes tanya pasal baju dia pulak, patutnya Amelia yang tanya dia cantik ke tidak hari ini. Ini kan hari pernikahan dia! Sengal punya Dania.

“Aku yang sepatutnya tanya kau, aku ni cantik ke tidak. Aku yang nak kahwin, bukan kau! Eiii, kau ni Nia, memang buat aku geram betullah!” Dania membulatkan matanya. Mulutnya terbuka membentuk bulatan, O.

“Kau jangan cakap banyak Mel! Nanti muka kau buruk. Make up kau comot nanti!” Dania mengipas Amelia. Tangan Dania bergerak ke bahu Amelia, memicit lembut bahu sahabatnya. “Sabar Mel, sabar. Jangan jadi The Hulk.”

Amelia ketap bibir. Tadi Dania jugak yang tanya baju dia cantik ke tidak. Sekarang suruh dia diam pulak. Budak ni memang nak kena cepuk ni!

“Aku keluar jap tengok apa Hakim buat dekat luar sana. Kau tunggu sini jap tau. Raz, kau tengokkan akak kau ni, jangan kang dia lari pulak. Hilang pengantin perempuan, siapa nak ganti tempat dia? Takkan Kak Nia pulak?”

Mata Amelia membuntang. “Kau nak ganti tempat aku? Kalau nak merasa kena kapak kepala kau tu, kau berani buat la tengok.” Dania tersengih macam kerang busuk.

“Jangan la marah. Aku main-main aje. Aku keluar kejap ye Cik Puan Amelia. Jangan lari tau.” Nak lari pergi mana, dia dah tak sabar-sabar nak kahwin ni. Ish, lambat pulak pengantin lelaki nak datang sini. Tapak tangan kanan dah gatal sangat dah nak terima cincin berlian ni.

“Beb! Beb! Dah nak salam dah tu beb! Shuuu. Senyap-senyap! Semua dengar lafaz akad kejap lagi! Eiii, tak sabarnya aku Mel…!” Tangan digawang-gawang kepada tetamu di dalam bilik itu supaya semua orang senyap. Teruja macam dia pulak nak kahwin.

“Kau ni bawak bersabar sikit. Meh sini duduk sebelah aku, ambil berkat banyak sikit.” Tangan Dania diraih supaya duduk rapat dengannya. “Jangan la duduk atas kaki aku, sakitlah!”

Dania menekup mulut. “Tak sengaja.” Dania ketawa kecil. Amelia menjeling sekilas. Perangai dari kolej, sampailah dah kerja sekarang ni tak pernah berubah langsung si Dania ni.

"Aku terima nikahnya Hana Amelia binti Khalid dengan mas kahwinnya lima ratus tunai". 

Dania mengesat air matanya. Ah, dia pula yang terlebih-lebih. Amelia nangis sikit-sikit aje. Dia pulak yang menangis macam hilang anak. Tangan pantas memeluk Amelia. “Syukur, Alhamdulillah. Aku doakan kau bahagia hingga ke syurga.”

“Aku doakan kau cepat-cepat kahwin.” Dania melepaskan pelukan. Dania pandang Amelia dengan wajah yang dibuat-buat garaang. Tiba-tiba tawa dua sahabat itu pecah. Nak kahwin dengan siapa? Calon pun belum ada.

“Aku tunggu Lee Min Ho datang pinang aku.” Amelia mencebik. Menyampah. Tak habis-habis gila dengan hero drama Korea.

“Kau semua hero drama kau jatuh cinta. Kalau datang pinang betul-betul macamlah kau nak dekat dorang tu!” Dania jungkit bahu. Malas mahu melayan Amelia. Mentang-mentang dia dah kahwin, sekarang nak paksa Dania pun kahwin sekali? Erghh. Sorry!

“Assalamualaikum. Dania, boleh jauh sikit dengan Mel tak? Kejap aje ye. Majlis batalkan air sembahyang.”  Dania angguk perlahan sambil tersenyum manis kepada Tan Sri Khalid. Handsome bapak si Amelia ni. Kenapalah bercerai. Sayang betul. Rungut Dania dalam hatinya.

Matanya meliar mencari kelibat bekas isteri Tan Sri Khalid. Tiada. Eh, takkan Puan Linda tak datang kot? Kesian Amelia, harap sangat mamanya datang ke majlis pernikahan dia. Mungkin Puan Linda sayang nak tinggalkan suami baru dia kot? Eh, pandai-pandai pulak dia buat hipotesis sendiri. Ops!

Mata Amelia membulat besar sebaik sahaja melihat kilau-kilau di jari Amelia. Mak oi, besarnya batu berlian cincin kau Mel! Bertuah betul Amelia, dah la kaya, dapat kahwin pun dengan anak orang kaya jugak! Dia ni, siapalah yang nak. Takpelah, tunggu ajelah putera kacak dari kayangan.

Lega! Tinggal majlis bersanding sahaja pada esok hari. Tak sabar menunggu hari esok. Majlis perkahwinan yang gilang gemilang! Maklumlah kali pertama buat kenduri. Anak pun dua orang aje Tan Sri Khalid ni. Kalau tak habiskan duit untuk anak-anak, nak habiskan duit untuk siapa lagi. Takkan untuk dia pulak? Eh, boleh jugak. Dia pun anak Tan Sri Khalid jugak. Hihi.

“Mel, aku naik atas dululah. Mengantuk dah ni. See you tomorrow.” Bahu Amelia dicuit. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Amelia. Sengaja mahu bermanja dengan sahabatnya.

“Nia, kau kalau nak manja dengan wife aku, sorry! Sekarang Mel aku punya. Aku cadangkan kau cari suami. Lepas kahwin, kau manja puas-puas dengan suami kau.” Amelia ketawa besar. Dania mencebik. Hakim ni pun sama jugak macam Amelia. Tak penat ke suruh dia cari suami. Ingat beli ikan dekat pasar ke, huh?

“Dah la, aku naik dulu. Good night newly birds!” Hakim dan Amelia mengangguk serentak.


Buk!

“Sakitlah!” Dania menggosok dahinya. Adoi laaa.. Terbau haruman yang dipakai oleh insan yang melanggarnya, Dania terbuai-buai seketika. Wanginya! Anak siapalah yang wangi sangat ni.

Sorry kak. Saya tak sengaja.” Suara lelaki.

What? Kak? Tak boleh jadi ni, dah la langgar orang, panggil dia kak pulak tu! Dia perlu bersemuka dengan lelaki ini. Keadilan mesti ditegakkan!

Dania mendongak. Liur ditelan. Payau. Matanya tidak berkedip memandang seraut wajah itu. Bibirnya bergerak-gerak mahu berkata sesuatu namun tiada suara yang keluar. Alahai, apahal pulak suara ni tiba-tiba malu nak keluar ni?

“Kak okay ke?” Soal lelaki itu lagi.

Kak lagi? Lagi sekali? Dania gigit bibir bawahnya.Geramnya!!! Takkanlah dia nampak tua sangat kot? Dia baru dua puluh enam tahun. Lambat lagi nak masuk dua puluh tujuh tahun! Bukan tua sangat pun. Kalau dah masuk siri tiga puluhan boleh tahanlah jugak telinga dia kalau nak panggil kak pun. Ini belum lagi tiga puluh dah panggil dia kak?! Adoi, sakitnya hati. Harapkan muka aje kacak, mata buta. Sayang betul.

“Ye dik, akak okay. Adik jangan risau ye!” Balas Dania geram. Kaki terus melangkah meninggalkan Amirul sendirian.

“Dia panggil aku adik? Aish, takkan aku nampak muda sangat kot?” Amirul menggaru dagunya. Amirul ketawa lucu. Adik. Buta ke apa perempuan tu?

“Kau dah kenapa ketawa sorang-sorang ni?” Bahu Amirul ditepuk perlahan. Ketawa Amirul mati. Automatik Amirul pusing ke belakang. Nasib baik manusia ada kepala, kalau pusing nampak makhluk tak ada kepala terus pitam dia dekat sini.

“Tadi ketawa, sekarang ni terkejut pulak dah. Dah mereng ke kau ni Am?”

“Yang kau terkejutkan aku ni kenapa? Nasib baik jantung aku ni tak melompat keluar tau tak? Kalau tak jenuh nak tangkap masukkan balik dalam badan aku.” Bebel Amirul. Hakim ketawa melihat gelagat Amirul yang sedang memarahinya. Siap dengan gaya tangan lagi. Tak boleh blah betul.

Anak mata Amirul dilarikan melihat seraut wajah cantik yang berdiri di sisi Hakim. “Tahniah Mel. Semoga bahagia sampai ke syurga.” 

Thanks Am. Semoga kau pun cepat-cepat dapat jodoh.” Amirul ketawa kecil mendengar doa yang keluar dari bibir Amelia. Amin. Amin. Amin.

Nak dapat jodoh dekat manalah. Mama dekat rumah pun dah bising, umur dah dua puluh lapan tahun tapi masih bujang. Mama, anak mama handsome sangat, takde orang berani dekat.

“Aku balik dululah, Esok aku datang lagi. Mama dah lama balik tu.” Dania dan Hakim pantas mengangguk. Amirul segera berpaling meninggalkan pasangan pengantin baru itu.

“Abang!” Lengan sasa Hakim ditampar kuat.

“Adoi. Sakitnya Mel tampar lengan abang. Mel ni, manja-manjalah sikit dengan abang. Baru sejuk sikit hati abang ni. Kejap lagi abang dah kena balik. Esok pulak baru dapat tengok muka isteri abang yang cantik ni.” Hakim mencuit dagu Amelia. Geram betul tengok Amelia mala mini. Cantik sangat!

Amelia tarik muncung. “Gatal! Benci.”

Hakim merangkul bahu Amelia menarik isterinya ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Amelia dicium penuh kasih. “Apa yang Mel nak cakap dengan abang tadi?”

Amelia mendongak mencari sepasang mata milik suaminya. Bibir Amelia mengukir senyuman. “Mel dah tahu siapa lelaki yang sesuai untuk Nia. Paling sesuai untuk Nia.” Hakim mengerutkan dahinya.

Dania mengeliat malas. Malas ke tak malas ke dia tetap kena bangun awal hari ini. Demi sahabat yang paling baik di dunia dan di akhirat. Jika bukan kerana Amelia, dia tidak mungkin berjaya seperti hari ini.

Selimut tebal yang membaluti tubuhnya ditarik ke tepi sebelah kanannya. Kaki melunjur keluar menuruni katil. Kedua-dua belah tangannya bersentuhan antara satu sama lain dan diregangkan ke atas kepala. “Yaaaaagh!”

Mengedari keterlanjurannya, Dania pantas menekup mulutnya. Dia bukan berada di apartment miliknya pada hari ini sebaliknya berada di rumah banglo mewah milik keluarga Amelia. Eh, milik bapa Amelia.

Tuala berwarna putih yang tersangkut di dinding dicapainya laju dan terus berlalu ke bilik mandi. Perlu mandi dan solat kemudian bersiap cantik-cantik untuk majlis persandingan Amelia pada hari ini. Tak sabarnya! Mesti banykak gila fresh flowers dalam majlis persandingan nanti. Amelia gila bunga!

Selesai mandi, Dania menunaikan kewajipan kepada penciptanya. Selesai bersolat, Dania menadah tangan memohon doa ke atas kedua-dua ibu bapanya yang telah pergi meninggalkannya lima tahun yang lalu. Walaupun sebatang kara, Dania bersyukur dengan kehidupannya kini.  Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat dan kesihatan yang engkau berikan kepadaku Ya Allah. Semoga aku terus dekat dengan-Mu. Terima kasih atas segala limpahan rezeki-Mu kepadaku. Amin. Amin Ya Rabbal ‘alamin.’

Tekelung dan sejadah dilipat dan diletakkan semula di tempat asalnya.

“Raz, bangun! Pergi mandi lepas tu solat Subuh. Dah pukul 6.30 pagi dah ni.” Lengan kecil Raziah ditepuk perlahan. Ha, bab nak kejutkan si Raziah ni yang paling dia geram. Tidur macam orang makan pil tidur lima belas bijik! Sakit hati betulnak kejutkan anak bongsu Tan Sri Khalid ni.

“Kak Nia kira sampai enam, kalau tak bangun Kak Nia simbah katil besar Raz ni dengan air sejuk. Biar rasa macam tidur dalam kolam renang.” Ugut Dania.

Tak jalan jugak? Baik!

“Empat!”

Diam tidak bergerak. Dania ketap bibir. “Raz, dah pukul 6.40 pagi ni. Bangunlah!” Raziah bergerak sedikit. Aih? Ingatkan nak bangun rupanya kalih ke kanan aje?

“Lima!” Kiraan Dania semakin kuat. Siap menjerit betul-betul tepi telinga Raziah.

Okay. Kak Nia dah ready air ni. Tunggu nak simbah aje atas katil Raz.”

Melampau betul budak Raziah ni. Geramnya Dania! “E….. e… na..”

“Dah bangun! Tak payah nak membazir air.” Raziah terus menarik tuala di dinding dan berlalu ke bilik air. Dania melopong. Kalau tahu Raziah dah jaga, dia seret aje Raziah ke bilik mandi sejak tadi lagi. Tak payah dia penat-penat test vocal pagi-pagi buta macam ni.

Dania mengenakan baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang miliknya. Masih awal lagi untuk pakai pakaian yang dihadiahkan oleh Amelia kepadanya.  Nanti belum sempat bersanding dah berbau pula.

Dania mengetuk perlahan pintu bilik Amelia. “Masuk!”

“Pukul berapa make up?” Amelia yang sedang membaca majalah mengangkat mukanya memandang Dania. “Sepuluh. Awalnya kau siap?”

Dania tersengih kelat. “Aku nampak cantik ke?” Amelia angguk. Siap pakai kurung moden rambut sanggul macam nak pergi majlis memanglah cantik.

“Ini belum make up lagi aku dah cantik. Kejap lagi kalau Kak Rose dah make up aku, terus aku cun melecun macam Emma Maembong! Kau mesti kalahlah Mel!” Amelia mencebik. Menyampah betul kalau puji Dania. Memang perasan tahap dewa! Dania ketawa kuat. Tapi Dania memang cantik, cantik macam pelakon Filipina, Kristen Hermosa.

“Aku turun bawah tadi tengok pelamin kau. Cantik. Semalam Azril and the gang buat pelamin baru eh?” Azril ialah wedding planner untuk majlis persandingan pada hari ini.

“Kau dah masuk tidur. Dorang pukul satu pagi tadi baru set up semua tu. Aku pun tak larat tunggu sampai siap. Kalau tunggu jugak, bengkak mata pengantin hari ni tau!” Amelia buat aksi mata kuyu. Tawa Dania meledak kuat. Kelakar betul muka Amelia.

“Aku happy kau akhirnya dah kahwin. Happy sangat-sangat!” Amelia menarik Dania ke dalam pelukannya. Dania rasa sebak. Air mata yang mahu menitis cuba sedaya upaya ditahan daripada gugur ke pipi.

“Aku always di sisi kau. Bila-bila masa kau perlukan aku.” Amelia faham perasaan Dania. Dania rasa kehilangan. Mereka berkawan sudah hampir tujuh tahun. Dah macam adik-beradik. Dania takut Amelia akan melupakannya.

“Kalau aku call kau masa kau tengah projek dengan Hakim, kau tinggalkan projek kau tak?” Amelia tampar bahu Dania. Sempat lagi buat lawak bodoh dia.

Raziah yang tiba-tiba muncul di muka pintu terus menerjah kedua-dua orang kakaknya. “Kak Mel, Kak Rose dah sampai.” Amelia dan Dania angguk serentak.

“Masa untuk diconteng!” Jerit Amelia dan Dania serentak.


Kriuk. Kriuk.

Perut dah berbunyi tanda diri ini sangat lapar. Tadi dah makan semeja dengan pengantin baru, tapi lauk pauk pengantin susah nak makan. Harapkan udang aje besar ibu jari kaki, tapi kulit bukan main keras lagi! Nak makan sangat-sangat dah tapi takut udang hidup pulak. Melompat jatuh ke tanah nanti, bikin malu muka cantik Dania aje.

Ayam pulak siap letak seekor. Nanti cincang la bagi kecil-kecil senang sikit dia nak makan. Apa punya malas tukang masak ayam ni. Siap ada ketam lagi atas meja pengantin. Kau gila nak makan ketam guna sudu garfu. Silap-silap ketam masuk dalam pinggan jiran sebelah nanti. Kalau lompat pergi pinggan jiran sebelah tu kira okay lagi, kalau pergi pinggan jiran depan? Buat malu aje!

Kriuk! Kriuk!

Tak boleh jadi ni. Kena makan lagi. Lapar tahap dewa dewi. Dania pantas melangkah menuju ke khemah tetamu.

Buk!

Benjol semalam pun masih ada, kali ini siapa pulak yang dah tambah benjol dekat kepada dia ni!

“Sakitlah!”

“Kakak! Sorry. Tak perasan. Kecil sangat.” Amirul ketawa kecil.

Mamat ni lagi? Dania ketap bibir. Bengkak betul hatinya dengan sikap mamat buta kayu ni. Ada ke patut panggil dia kakak? Tak nampak ke dia pakai baju kurung moden, muka make up macam remaja umur lapan belas tahun ni?!

“Bila I jadi kakak you? Your father ayah I ke?” Bentak Dania.

Amirul menyambung ketawa yang masih bersisa Amboi, marah betul gadis ini. Panggil kakak pun marah. Muka putih melepak Dania sedikit kemerahan kerana terkena pancaran matahari yang terik.

Nak bergaduh pun agak-agaklah sikit mamat ni. Panas ni oi. Ajaklah pergi bawah khemah.

“Panas ni. Jom pergi sana.” Amirul menarik tangan Dania. Dania membeliakkan matanya dengan tindakan Amirul. Berani gila dia pegang aku. Nak kena karate ni!

“Lepaslah!”

“Oh, sorry! Awak jangan salah faham, saya bukan nak ambil kesempatan dekat awak.”  Amirul rasa serba salah.

“Bukan nak ambil kesempatan konon! Dah ambil pun. Tak malu.” Giliran Amirul pula bengang dengan mulut Dania. Eleh, pegang sikit aje, bukan luak pun.

“Am. Nia. La, rupanya korang dah kenal?” Dania pandang muka Amelia dengan pandangan pelik. Dah kenal?

“Belum lagi Akim. Aku tak kenal pun dia ni. Kawan kau ke?” Hakim mengangguk.

“Kenalkan kawan aku, Dania binti Fakrullah. Dania, kenalkan Amirul Izham bin Razali. Abang aku.”

What? Abang kau? Mata Dania terbeliak. Terkejut sangat. Amelia menyiku Dania. Damn. Kenapa kau tak cakap kau ada abang yang kacak gila macam ni? Siot punya Hakim!

“Amirul.” Amirul menghulurkan tangannya kepada Dania. Dania telan air liur. Tidak menyambut huluran tangan Amirul sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.

“Dania.” Bibirnya mengukir senyuman. Amirul turut membalas senyuman Dania. Malu aje bertengkar macam kucing dengan anjing tadi. Eh, siapa anjing ni? Bertengkar macam Tom and Jerry. 'Jatuh saham aku!' Bisik Dania dalam hatinya.

“Tadi awak laparkan? Jom saya temankan awak makan. Kesian pengapit makan tak kenyang di meja pengantin tadi.” Seloroh Amirul. Muka Dania merona kemerahan. Siot punya Amirul.. bikin malu dia depan Amelia dan Hakim aje!

“Jom, Nia. Saya pun lapar jugak ni.” Dania mengekori langkah Amirul.



Nafas ditarik perlahan dan dihembuskan. Suasana angin petang di rumah banglo ini sungguh mendamaikan hatinya.

Dania mengusap perlahan perutnya yang sudah memboyot. Teringat detik pertemuan dia dan Amirul, Dania tersenyum sendirian. Tak sangka perkenalan singkat dengan Amirul lima tahun yang lalu mengubah seluruh kehidupannya. Menjadikan dia seorang wanita yang sempurna kini. Alhamdulillah.

 “Termenung apa ni sayang?” Amirul yang baru pulang dari kerja merangkul bahu Dania. Dania menyalami tangan suaminya. Sebuah ciuman dihadiahkan di kedua-dua belah pipi Dania.

Amirul duduk melutut di kaki Dania. “Anak papa apa khabar hari ni? Jangan nakal-nakal dalam perut mama tau.” Kandungan Dania yang sudah mencecah tujuh bulan diusap perlahan.

“Mana Danial?” Amirul memanjangkan lehernya mencari anak sulungnya.

“Ada dalam rumah, mandi dengan nenek dia.”

Dania merenung wajah suaminya. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang kacak. Walaupun tak kacak macam Lee Min Ho, tapi boleh tahan jugalah kacaknya, macam Adi Putra. Berkulit sedikit gelap, berhidung mancung dan mempunyai sepasang mata hitam yang sangat memukau hatinya.

“Abang kacak sangat ke?”

Dania yang malu tertangkap kerana merenung suaminya tergelak kecil. “Perasan! Danial lagi kacak daripada abang.”

“Anak abang mestilah kacak macam abang.” Amirul mencuit hidung mancung milik Dania.

“Papa!” Laung anak kecil berusia tiga tahun itu. Danial berlari-lari mendapatkan Amirul. Tangan Amirul disalam dan pipi Amirul dicium. Amirul membalas ciuman di pipi si kecil itu.

“Wanginya anak papa.” Amirul mengangkat Danial duduk di ribanya.

“Thank you for choosing me. Thank you for loving me. Abang sayang Nia.” Tangan Dania dicium penuh kasih.

“Thank you for finding me.” Sebuah ciuman mendarat di pipi suaminya. Dia bersyukur dengan kehidupannya kini. Dia bersyukur kerana Amelia, Hakim, Amirul, ibu dan bapa mertuanya sentiasa ada di sisinya.

‘Terima kasih atas segala nikmatMu, Ya Allah.’


4 comments :

  1. best2.. klau boleh part lepa kahwin biar pnjg sikit.. hehe, suka cita yg sweet mcm nih.. ♥

    ReplyDelete
  2. nape cite nyer pndek???????????? n npe x cite time diorg tgh couple? tp k la cite nyerr. sweet gk..

    ReplyDelete