Friday 7 December 2012

Bab 3 Kau Perempuan Itu



"Time is up. Sila letakkan pen anda. Pengawas peperiksaan akan memungut kertas jawapan. Sila pastikan nama dan angka giliran anda telah ditulis". Syukur Alhamdulillah.
Kedua-dua belah tangan diusap ke seluruh muka. Usahanya empat tahun akhirnya berbaloi. Peperiksaan kertas terakhir telah pun selamat dijawabnya. Doanya semoga dia dan rakan-rakan lulus dengan cemerlang. 

"Ibu tak kisah Arah nak kerja apa pun. Ibu cuma harap anak-anak ibu semuanya dapat tamatkan pengajian. InsyaAllah, ibu sentiasa doakan anak-anak ibu berjaya. Ibu tahu Arah tak setuju untuk menjadi seorang guru, tapi Arah kena ingat, jadi guru ni banyak pahalanya. Dan ibu yakin, Arah akan jadi guru yang baik, lemah lembut dan disukai oleh anak-anak murid Arah. Anak ibu ni lembut orangnya. Kalau Arah nak mintak kerja lain pun, ibu sokong apa sahaja kehendak Arah”. Terkenangkan ibu menyebabkan jiwanya sesak.

Dia tidak mahukan yang lain kecuali ibu sembuh dari penyakit kanser payudara. Dia tidak mahukan perkara lain kecuali melihat segaris senyuman di bibir abah. Abah sanggup berhenti kerja kerana mahukan kerja yang lebih fleksible untuk menjaga ibu. Abag sanggup buat segala-galanya untuk ibu dan kenapa dia tegar mahu melukakan hati ibunya. Tidak mungkin. 

Kalau nak diikutkan bukan Sarah minat sangat hendak menjadi guru. Dia mahu menjadi akauntan. Dia suka kepada duit. suka melihat duit. Suka bau duit. Suka warna duit. Suka pegang duit. Segala-galanya tentang duit dia suka. Mengenangkan ibunya yang beriya-iya mahukan dia menjadi seorang guru, dia turutkan juga. Dalam tak minat pun, dia tamat juga pengajian ijazahnya. Syukur Alhamdulillah. Bibirnya mengulum senyuman. Ibu juga seorang guru. Kalau ibu masih sihat, pasti ibu tengah mengajar Fizik di sekolah. Guru Fizik terbaik dia pernah ada. Guru yang menjadikan dia minat kepada Fizik. Guru yang menjadikan dia seorang bakal guru. Ahhh, akan menjadi gurukah dia? Sarah mengeluh kecil. 
'Sarah sayang ibu', bisiknya dalam hati. 

Melihat sesusuk tubuh itu dari jauh, Sarah pantas mengejar. Dia kenal tubuh tegap itu, Menghabiskan masa empat tahun bersama, masakan dia tidak kenal tubuh lelaki itu walaupun dari belakang.

"Am!" Laung Sarah dari jauh. 
"Ikram!!" Laung Sarah lebih kuar berbanding tadi. Tak dengar kah? 
Ikram berpaling. Langkah Sarah terhenti. Seram sejuk tubuhnya. Kalau boleh rasa nak pitam di bawah terik matahari. Bibir yang terkumat-kamit mahu menyatakan sesuatu, diam terkunci. Tadi bukan main lagi otaknya merangka pelbagai ayat untuk diucapkan kepada lelaki itu. Sekarang semua ayat-ayat tadi hilang melayang entah ke mana.  Matanya tertancap pada tangan Ikram yang kejap memaut tangan perempuan di sisinya. Perempuan itu hanya diam menunduk. Takutkah perempuan itu kepadanya? Bersalahkah mereka kepadanya? Sarah membuat perkiraan sendiri. Setiap persoalan yang menerjah dibenakya dijawab sendiri. 

"Sarah... Aku..." 
" Apa salah aku? Why Ikram, why?" Belum sempat perempuan itu menghabiskan ayatnya, Sarah terlebih dahulu memintas. 
" Sarah, saya mintak maaf. Saya rasa takde sesiapa yang bersalah dalam soal ni. Ini soal hati dan perasaan. Saya yang jatuh hati pada Tina. Saya tak sedar sejak bila. 'Maafkan saya, Sarah". Mudahnya.
'Maafkan saya Sarah'. Sarah mencebik dalam hati. Sakit hatinya hanya Tuhan yang tahu. Sanggup kawan sendiri mengkhianati dia. Sarah tergelak perlahan. Bodoh benar dia rasakan. 
" Since when?" Ya, itu soalan yang patut dia tanya. Semenjak bila dia telah diperbodohkan. Semenjak bila? 
" Almost a month ago.. Sarah, aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tak sangka perkara ni akan jadi macam ni...". Sudah la cuaca panas, Tina pulak bikin panas dalam hatinya. Memang dia rasa nak tarik-tarik rambut blonde Tina. Sungguh. Disabarkan hatinya. Sarah cuba berfikir dengan waras. Tidak mahu terus menampakkan kebodohannya. 
"Aku doakan korang berdua bahagia", Ujarnya dan terus berlalu pergi. 

Tina dan Ikram berdiam diri. Tidak mengambil keputusan untuk mengejar atau menerangkan apa-apa kepada Sarah. Biarlah masa yang menyembuhkan Sarah. Sarah perlukan masa untuk menerima semua ini. Suatu hari nanti, Sarah pasti akan faham bahawa Tina dan Ikram sememangnya saling mencintai. Biarlah. Sarah tidak peduli. Dia tidak mahu melihat muka dua manusia itu lagi. Kisah mereka tamat di sini. 

Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi. Entah banyak mana dia telah membazirkan air matanya hari ini. Terlalu bodoh rasanya. Diperbodohkan. Ikutkan hati, mahu saja dia menjerit di padang universiti. Sarah cuba menyabarkan hatinya. Patutlah Ikram dan Tina asyik menghilang. Kenapa dia tidak perasan akan semua itu? Kenapa dia terlalu mempercayai mereka berdua untuk keluar bersama? Kenapa tidak sedikit pun timbul perasaan curiga terhadap Ikram dan Tina? Mudahnya dia diperbodohkan. Nasib mukanya tidak ditempek sebarang mekap. Kalau bermekap, pasti sememeh mekap di mukanya. Macam badut. 

Malu. Dia malu kepada dirinya sendiri dan Ikram. Pelbagai mesej cinta dihantar kepada Ikram. Sangkanya Ikram merajuk kerana dia menolak pelawaan lelaki itu untuk makan malam di rumah keluarganya, rupanya hati Ikram sudah berpaling arah kepada kawan baiknya sendiri. Malu. Malu! Dia malu. Sarah mengetuk kepalanya sendiri. 

Sarah menarik nafas dalam-dalam. Hari ini merupakan hari terakhir dia di universiti. Dia perlu membuang jauh-jauh segala kenangan indah dan kenangan pahit dia bersama Ikram dan Tina. Tidak mahu mengusung kisah cinta dan kisah dukanya ke masa depan. Masih panjang kisahnya di masa depan. Masih banyak kenangan yang bakal dia lakarkan kelak. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari sini, semua kisah-kisah lalu akan ditinggalkan di sini. Itu azamnya. Dia perlu kuat. Dia perlu kuat untuk ibu, abah dan adik-adiknya. Dia mahu menjadi guru yang kuat dan berjaya. 


*********************************

 


Sudah tiga minggu dia meninggalkan kerjayanya sebagai pelajar. Menggalas jawatan penganggur menjadikan dia resah. Abah memang tidak pernah menyoal tentang kerja tapi dia malu sendiri. Susah betul nak dapat kerja sekarang ni. Aduhai. Takkan nak kerja sebagai orang gaji pulak? Dia ada ijazah. Kalau jadi orang gaji. sekurang-kurangnya dua ribu gaji dia akan demand. Amboi, bukan main lagi. Demand. Sarah tergelak sendirian. Jangankan orang gaji, satu tawaran kerja pun dia belum terima sekarang ni. 

Dia mahu membantu abah. Dia tidak mahu abah terbeban dengan kehadiranya di rumah. Memang abah tidak merungut tentang kerja atau perbelanjaan rumah, tapi dia bukan lagi pelajar macam adiknya, Syamir dan Suraya. Dia sudah berusia dua puluh empat tahun. Dia sepatunya sudah bekerja dan boleh memberikan wang kepada ibu dan abah. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku Ya Allah. Murahkanlah rezekiku ya Allah. Sarah tidak putus-putus memohon supaya mendapat kerja. 

Teringat akan beberapa permohonan kerja yang dimohon dalam talian, Sarah berlalu ke biliknya. Butang on pada komputer riba yang telah empat tahun menemaninya itu ditekan dengan jari telunjuk. Mahu melihat perkembangan dunia dan permohonannya. Berada di rumah menyebabkan dia hilang komunikasi dengan dunia luar. Malas nak keluar dari rumah dan malas nak online. Sim City dia pun dah lama musnah. Malas nak main lagi. Kalau main, leka. Nanti tak jadi kerja. Silap-silap takde sesiapa nak memasak untuk adik-adiknya. Mau kebulur budak dua orang tu selepas balik dari sekolah. 

You have four notifications. Mentang-mentang sudah habis belajar, banyak rakannya yang telah menamatkan zaman bujang. Baru tiga hari lepas dia mendapat panggilan dari Maya, rakan sekuliahnya yang menjemput dia dan keluarga ke majlis perkahwinannya dua minggu lagi. Alahai, dah nak kahwin dah gadis kacukan Cina dan Melayu itu. Teringat dia kepada Maya. Gadis kurus dan tinggi itu memang menarik. Alis mata terbentuk cantik, suara yang comel, bulu mata yang lentik dan kulitnya yang putih melepak memang memukau mata yang memandang. 

Notification di facebok ditekan. Baiklah. Kali ini jemputan dari siapa pulak? Mata dibeliakkan. Nafasnya bagaikan terhenti seketika. Hati berdegup pantas dari kadar normal. Tiba-tiba matanya terasa panas. Tangan kanannya menekup mulut. Kedua-dua lutut dirapatkan ke dada dan dipeluknya erat. 

Ucapan-ucapan tahniah di wall facebook bakal pengantin itu dibaca dengan perasaan bercampur baur. Otak tidak dapat memproses tulisan-tulisan di wall jemputan itu. Tiga minggu dia mengasingkan diri dari facebook, kenapa perkhabaran ini yang dia terima. Perkembangan inikah yang dia inginkan? Sesungguhnya hati Sarah terluka. Parah. 

"Kak Arah...Amir lapar ni.." Laungan Syamir dari luar mengejutkan Sarah. Komputer riba jenama Compaq  berwarna hitam itu pantas dirapatkan. Tangannya bekerja mengesat air mata yang mengalir di pipi. Sarah menarik nafas dalam-dalam.
'I must be strong', Sarah cuba bertoleransi dengan hatinya supaya kuat. Dia harus kuat. Selamat pengantin baru. Semoga kau bahagia Tina. Semoga kau bahagia Ikram. 

Sarah yang menapak keluar dari bilik menuju ke dapur mencari kelibat adik bongsunya, Syamir. Tangannya pantas bekerja menghidangkan lauk-pauk yang sudah sedia dimasak hampir tiga puluh minit yang lalu. Kalau tadi bukan main dia berselera melihat sambal sotong yang dimasaknya, kini selera hilang terbang entah ke mana. Jiwanya kosong. Dia mahu memulakan hidup yang baru. Dia mahu bekerja dan sibuk supaya dapat melupakan kisah-kisah lalu. 

No comments :

Post a Comment