Ketukan
di pintu membuatkan Aulia melompat terkejut. Dah la tak kunci pintum pakai
tuala separas peha aje sekarang ni.
“Sekejap!!”
Aulia segera menyarung baju tidur bercorak hello
kitty ke tubuhnya. “Lia baru lepas mandi, seminit aje!”
Sikat
di atas meja di capai dan rambut panjang mengurai separas belakang disikat ala
kadar. Asal tak nampak macam hantu Kak Limah sudah lah.
Kaki
melangkah ke pintu. Tombol pintu kayu berwarna putih itu dipulas. “Daddy. Ada apa?”
Datuk
Rahman melangkah masuk ke dalam bilik Aulia. Aulia membontoti Datuk Rahman dari
belakang. “Baru lepas mandi ke?” Aulia angguk
“Lia
balik lambat tadi, pergi mana?”
Aulia
mengeluh lemah sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna putih itu di
sisi Datuk Rahman. Kepalanya dilentokkan di bahu Datuk Rahman. “Lia
terserserempak dengan orang gila petang tadi.”
Datuk
Rahman kerut dahi. “Orang gila betul-betul ke? Lia okay ke tidak? Dia buat apa
dekat Lia? Kalau dah tahu gila kenapa Lia layan?”
Aulia
terkebil-kebil pandang wajah Datuk Rahman. “Banyaknya soalan daddy.”
“Aulia
Rahman, daddy bukannya buat lawak
dengan Lia sekarang ni. Macam mana Lia boleh terserempak dengan orang gila tu?
Dia buat apa-apa tak dekat Lia?” Aulia menggeleng. Bahu Datuk Rahman dirangkul
erat.
“Takde
apa-apalah daddy. Kalau Lia tahu dia
tu gila. Lia tak layan dia. Daddy, you
know what? Thay guy lah yang berebut kasut dengan Lia tempoh hari! Sakit
hati betul tengok muka dia tadi.” Aulia kepal penumbuk.
“Janganlah
kepal penumbuk tu, macam orang lelaki tau. Tak elok anak dara buat perangai
kasar macam tu.” Aulia sengih panjang.
“Bukan
buat betul-betul pun. Lia acah aje.”
“Tadi
Lia cakap that guy beli kasut? Heels?” Aulia angguk. “Dia beli heels untuk apa? Lelaki mana pakai heels.” Aulia tepuk dahi.
“Aduh
daddy ni, bukan beli untuk dia.
Mestilah dia beli untuk teman istimewa. Apalah daddy ni.”Mulut Datuk Rahman berubah bentuk, o.
“Habis
Lia tak cakap dengan dia yang Lia nak kasut tu ke?” Darah Aulia menyirap
tiba-tiba. Teringat aje pasal peristiwa dia terpeluk Ashraff beberapa hari yang
lalu terus rasa nak marah aje hati dia ni.
“Lia
dah mintak tapi dia tak bagi. Teruk kan lelaki macam tu. Sepatutnya as a good and sebagai menunjukkan dia tu gentleman, dia kenalah tunjuk contoh yang
elok sikit. Ini tidak, ada ke dia
siap bergaduh dengan Lia dalam shopping
mall tu! Sakitnya hati Lia.” Datuk Rahman tayang riak teruja mahu mendengar
cerita anak gadis kesayangannya.
“Betul
ke lelaki tu bergaduh dengan Lia?”
Aulia
angguk rakus. “Betul daddy! Lia dah
pegang dah kasut tu, memang nak beli dah. Boleh ke dia datang rampas kasut tu
lepas tu nak pergi bayar. Terukkan? Malang betul siapa yang kahwin dengan
lelaki macam tu.”
“Kenapa
Lia tak call daddy masa tu? Boleh daddy terus ke sana tengok Lia. Biar daddy ajar sikit lelaki yang berani buli
anak kesayangan daddy ni!” Aulia
tersengih puas. Padan muka Ashraff. Dah kena kutuk dengan dia dekat daddy.
“Alah,
sikit aje. Lia malas nak bergaduh dengan lelaki otak senteng macam tu. Takde
guna bergaduh dengan dia sebab kasut. Banyak lagi kasut lain yang Lia boleh
beli. Bukan cantik sangat kasut tu..” Hati Aulia menangis. Tak cantik? Cantik
gila kot kasut tu.
Ini
semua Ashraff punya pasal. Kalau bukan sebab lelaki tu berkenan dengan kasut tu
mesti kasut tu dah jadi hak milik dia sekarang ni.
Puas
dia protes dengan Datin Zahrah untuk dapatkan kembali kad kredit dan kad ATM
miliknya dan tidak sia-sia sakit perut dua hari lepas. Akhirnya dia dapat
semula kad kredit dan kad ATM. Yebedabedo!
“Habis
tu tadi macam mana Lia boleh terserempak sekali lagi dengan lelaki tu?” Aulia
kalut. Takkan nak cerita yang dia hampir melanggar Ashraff sebab dia sibuk
berbual di telefon dengan Fazri kot? Kau nak mampus.
Silap
hari bulan lepas ni pergi balik kernja berjemput dengan Pak Halim. Oh.. no!
“Lia?”

“Ahh..
ah. Tadi tu Lia terserempak dengan dia dekat kedai makan. Sibuk panggil Lia
sebab nak minta maaf pasal kejadian hari tu la. Lia memang malas nak layan
dia.”
“Habis
tu Lia tak terima maaf dia? Tak baik buat orang macam tu, sedangkan nabi pun
ampunkan umatnya, takkanlah Lia tak boleh maafkan orang yang buat salah dekat
Lia.lagi pun kasut tu kan boleh beli lagi nanti.”
Aulia
berdehem kecil. “Eh, mana ada. Ini Aulia Rahman tau. Mestilah Lia dah maafkan
dia. Lia ni kan anak daddy yang baik
hati, haruslah sedia memaafkan orang lain.”
Datuk
Rahman menarik nafas lega. “Good girl!
Macam tulah anak daddy.” Datuk Rahman
gosok kepala Aulia. “Mmm, daddy datang
sini nak tanya Lia sikit ni.” Aulia pandang wajah Datuk Rahman. Liur ditelan.
Ah sudah… mesti pasal tengah hari tadi!
“Daddy nak tanya apa?” Aulia
menyembunyikan riak gusar yang bertamu di wajahnya.
“Kenapa
Lia bergaduh dengan Salina petang tadi.”
Duh!
Dah agak dah mesti Salina tu pergi report
dengan daddy dia. Dasar perempuan manja!
Mengada-ngada. Menyampah!
“Mana
ada bergaduh. Dia buat report tu
salah, Lia just minta dia betulkan
semula aje. Takkan tu pun salah kot?” Aulia menjeling sedikit ke arah Datuk
Rahman. Tiba-tiba aje jadi beremosi sekarang ni. Rasa macam Datuk rahman dah
lebihkan orang luar daripada dia sendiri.
“Bukan..bukan
macam tu maksud daddy.”
“Habis
tu?” Aulia mencelah dengan nada merajuk.
“Lina
datang jumpa daddy sambil menangis. Kenapa Lia campak fail dekat muka dia?”
Aulia automatik tegak berdiri di depan Datuk Rahman. Salina cakap dia campak
fail?
“Habis
tu daddy percaya cakap dia?”
Datuk
Rahman mengeluh perlahan. Susah betul nak berbincang dengan anak dara dia ni,
kepala batu. Tegur sikit aje dah melenting. “Kalau Lia tak buat macam tu takkan
Salina nak datang bilik daddy sambil
menangis teresak-esak, kan?”
“Kalau
daddy percaya cakap dia, terpulang.
Tapi apa yang berlaku petang tadi tak sama macam Lina cakap tu. Memang dia tu
sepupu Lia tapi Lia takkan bertolak ansur dengan orang yang kurang ajar macam
Lina tu, daddy!”
Datuk
Rahman bangkit mendapatkan Aulia yang sudah berpeluk tubuh. Garang sungguh anak
dara dia ni. “Janganlah garang dengan daddy.
Daddy minta maaf sebab tuduh Lia yang
bukan-bukan tapi daddy cuma nak Lia sedar yang tindakan Lia tu kadang-kadang
salah.”
Aulia
merengus kasar. “Kalau daddy tak tahu
apa yang berlaku, jangan tuduh macam Lia yang salah. Daddy patutnya tanya Lia apa yang Lina buat dekat Lia sampai Lia
campak fail tu dekat kaki dia, bukan dekat muka!”
Datuk
Rahman mengusap belakang anak gadisnya. Mata Aulia yang sudah mula berkaca
diperhati dengan hati yang pedih. Kalau anak dia dah mula menangis dia pun
sedih. Lagi suka kalau anak dia mengamuk tak tentu pasal daripada melihat anak
gadisnya menangis.
“I am sorry okay. Daddy janji kita takkan cakap pasal benda ni lagi ya.” Aulia masih
tayang merajuknya. Keras kepala Aulia ni boleh tahan jugak.
“Janganlah
merajuk lagi. Kalau anak kesayangan daddy
ni merajuk, siapanak berbual dengan daddy? Dah la daddy kena makan dengan mummy aje tadi, anak daddy takde. Makan pun tak kenyang tau sebab risaukan Lia entah
merayap ke mana.”
“Mana
ada Lia merayap!” Datuk Rahman ketawa dalam hati. Dah tahu dah anak dia ni
pantang kalau kena tuduh yang bukan-bukan pasti mulut tu berbunyi.
“Iyelah..
iyelah. Lia terserempak dengan lelaki gila, kan? Yang buli Lia sebab nak beli
kasut yang Lia suka tu kan?” Aulia angguk manja.
Datuk
Rahman menarik Aulia ke dalam pelukannya. “Kan mummy dah pulangkan kad kredit
Lia semula, Lia pergilah beli kasut baru.”
Aulia
sengih penuh makna. “You don’t have to
tell my daddy.”
Datuk
Rahman menjarakkan pelukan. “Berapa pasang kasut baru Lia dah beli tadi?” Aulia
angkat jari dua. “Dua pasang?” Suara Datuk Rahman yang sedikit kuat menyebabkan
Aulia lekas-lekas menekup mulut daddynya.
“Janganlah
kuat sangat! Kalau mummy dengar nanti
dia ambil balik kad Lia, Lia ambil kad daddy!”
Ugut Aulia separuh berbisik. Bukan main, dia pula yang ugut daddy dia sekarang ni.
“Lia
beli kasut apa lagi ni Lia? Kat dalam rak kasut tu, tolak kasut daddy, mummy
dengan Mak Bib semua kasut Lia. Tak cukup lagi?” Aulia geleng kepala. “Tak
cukup?” Bisik Datuk Rahman sedikit keras. Eh, dia pun dah cakap berbisik-bisik
macam Aulia padahal isteri dia ada di dapur dengan Habibah.
“Bukan
tak cukup tapi Lia stress tadi sebab tu Lia pergi shopping. Mula-mula tak nak
beli tapi sebab nampak muka Lina dekat kasut tu, jadi Lia belilah. Ingat nak
pijak-pijak muka dia sebab geram sangat.”
“Tu
baru sepasang. Lagi sepasang Lia beli sebab apa pula?”
“Lagi
sepasang tu Lia beli sebab Lia geram dekat lelaki gila yang berebut kasut
dengan Lia hari tu. Lia asyik terbayang-bayang aje muka dia dekat kasut tu tau,
daddy. Lia dah jalan pergi tempat
lain dah tapi Lia patah balik sebab teringat-ingat dekat kasut tu. Sebab tu Lia
beli. Kalau tak memang Lia tidur tak lena malam ni.”
Datuk
Rahman menyelerakkan rambut di kepala Aulia sehingga menyebabkan Aulia menjerit
geram. “Anak daddy ni ada aje
alasannya. Nampak muka Lina lah, muka lelaki gila lah, tak boleh tidur lah..
macam-macam. Akal ni banyak!”
“Betul,
Lia bukan reka-reka cerita dekat daddy.
Kalau ada tipu-tipu sikit tu semua tipu sunat, bukan tipu betul-betul pun.” Datuk
Rahman gelak besar. Ada-ada aje anak dara dia ni.
“Dah
la, daddy nak masuk tidur. Esok
kerja. Jangan masuk lambat.” Aulia angguk bersungguh-sungguh.
“Good night daddy. I love you.”
Sebuah
ciuman dihadiahkan di pipi kiri dan pipi kanan Datuk Rahman.

Mata
Ashraff terkebil-kebil memandang siling. Memang mata dia dah mengantuk macam
nak gila tapi susah gila nak terlelap malam ini. Tak tahulah dia teringatkan
siapa.. Helinna atau gadis bernama Siti Habibah yang sangat jelita.
Serius
dia langsung tidak sangka nama si jelita yang hampir langgar dia petang tadi
ialah Siti Habibah. “Comel jugak nama perempuan tu. Siti Habibah…” Ashraff
mengukir senyum.
Sumpah
ini kali pertama dia jumpa perempuan yang berani gila macam perempuan tu.
Selalunya perempuan memang akan mengalah dengan dia. Muka kacak macam Henry
Golding kot.. Takkan tak cair. Tapi peliknya perempuan petang tadi langsung tak
tergoda dengan dia tapi lebih tergoda dengan kasut tumit tinggi sampai sanggup
nak bayar dia lebih harga.
“Saya
sanggup bayar berapa aje yang encik minta. Tolonglah.. saya nak sangat kasut
tu. Nyawa saya tu!” Dan dia.. jangan harap mahu mengalah.
Ini
Ashraff Tan Sri Ahmad tau, tak pernah mengalah dengan mana-mana perempuan.
Helinna? Pun tak pernah dia mengalah dengan wanita jelita itu.
Tidak
puas asyik memandang siling, Ashraff duduk bersila di atas katilnya.
“Argh! Kenapa tak boleh tidur malam ni?
Takkan kena sumpah dengan perempuan gila tadi kot?” Ashraff menggaru kasar
kepalanya yang tidak gatal.
Sumpah
dia rasa tak boleh terima keadaan dia malam ni.
“Dah
pukul 1.40 pagi ni Ashraff oi, tidur! Tidur!” Ashraff sekali lagi merebahkan
kepalanya di atas bantal.
Terlupa
membuat sesuatu. Ashraff panggung kepalanya sedikit. Bantal ditepuk tiga kali.
“Semoga tidur lena, Ash.” Kepala dilabuhkan di atas bantal bercorak asbtrak
berwarna biru muda.
Matanya
di pejam beberapa kali.
“Arghhh!
Tekanan jiwa betul aku malam ni! Kenapa tak boleh tidur ni?!” Ashraff bangkit
dari katil. Kaki melangkah keluar dari bilik. Kaki melangkah menuruni satu per
satu anak tangga.
Suis
lampu dapur dipetik. Beberapa saat kemudian ruang dapur yang tadinya gelap
diterangi cahaya lampu.
Segelas
mug berwarna merah hari dicapai. Peti sejuk dibuka. Susu dalam kotak dituang ke
dalam gelas. Ashraff masih berdiri di depan pintu peti sejuk sambil meneguk rakus
segelas susu.
“Harap-harap
boleh tidur.”
Suis
lampu dapur dipetik dan serta-merta ruang dapur menjadi gelap kembali. Kaki
menapak ke tingkat atas.