Wednesday 20 March 2013

Bab 1 Aku, Dia dan Stiletto


Sakit hati dan perasaan geram tak mampu dibendung lagi. Aulia merenung tepat ke wajah lelaki itu. Tangannya digenggam kemas. Sakit hati dengan sikap lelaki di hadapannya ini. 


Tak boleh jadi ni! Ini Aulia okay. Jangan harap dia akan mengalah. Kalau dah namanya Aulia, dia akan dapatkan juga apa yang dia nak!

“Puan, saya yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh mintak yang lain.” Lelaki di hadapan Aulia bermati-matian mempertahankan kasut yang berada di tangannya. Berkali-kali Aulia cuba merampas kasut itu namun tidak berjaya.

“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah chop dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” Suka-suka hati datuk nenek dia aje panggil Aulia puan. Aulia mencuri pandang wajahnya dalam cermin di sisinya. Nampak tua ke? Ish, buta betul lelaki ini.


Mungkin blouse dan skirt pendek ni buat dia nampak gemuk? Takkan lah? Atau punggung dia dah mengembang macam perempuan dah bersalin? Tak mungkin! Dia bersenam seminggu sekali, takkanlah berat badan dia naik cepat sangat. Hari ni baru hari Selasa, maknanya baru tiga hari lepas dia bersenam dengan Kartini.

“Maaflah adik manis. Mana saya tahu cik ni dah berkahwin ke belum. Kasut ini saya punya ye. Kalau cik nak juga, cik boleh pilih kasut lain.” Ashraff terus mengangkat kasut yang hanya dipamerkan sebelah tinggi sedikit ke udara. Sengaja nak layur dia dengan kasut cantik depan mata.

Aulia ketap bibir. Rasa nak gigit pipi mamat sombong ni. Sumpah meluat gila. Langsung tak gentleman. Kalau lelaki lain dengat dia merayu manja macam ni terus aje setuju berikan kasut itu untuk dia.

Tangan melambai-lambai memanggil pelayan. Nak minta kasut sebelah lagi lah tu! Menyampah! Sumpah dia menyampah dengan Ashraff.

“Kasut ni hanya tinggal sepasang aje! Saya dah lama tengok kasut ni. Saya nak kasut ini…. awak faham tak?” Aulia menekankan perkataan ‘ini’ supaya lelaki ini tahu bahawa dia hanya mahukan kasut ini, bukan kasut lain! Bibirnya diketap kuat. Rasa nak tarik rambut lelaki di hadapannya ini.

Ashraff buat tak endah. “Miss, bungkuskan kasut ni ye. Terima kasih.”

Mata Aulia membuntang. Kurang asam boi punya lelaki. Langsung tak boleh mengalah! Memang tak gentleman langsung! Perangai hodoh macam orang perempuan! Hati batu. Sombong. Ahh, kenapa salahkan perangai hodoh macam perempuan pulak?!

Lelaki ini perangai hodoh macam muka dia yang hodoh tu. Tapi muka kacak juga. Macam orang putih sikit-sikit. Lantak kaulah muka macam siapa pun, janji dia mahukan kasut berwarna merah yang berada dalam tangan lelaki itu sekarang jugak!

“Encik yang budiman. Saya nak kasut ini. Bolehkah encik yang budiman bertolak ansur dengan saya seorang gadis yang manis dan manja?” Mata dikedip-kedip persis cuba menggoda Ashraff. Mana tahu kot-kot Ashraff cair dengannya kali ini.

“Cik, saya belikan kasut ini untuk kekasih hati saya. Jadi maaflah cik, saya tak boleh bagi kasut ini kepada cik, tak perlulah nak kedip mata sampai macam tu sekali, saya takkan tergoda.” Malas mahu melayan kerenah gadis tinggi lampai ini sebenarnya. Banyak lagi kasut lain. Pergilah pilih kasut lain! Apa yang susah sangat nak beli kasut entah. Pilih, cuba, bayar. Kenapa nak berebut jugak kasut merah ni dengan dia? Tak faham betullah.

Aulia garu kening sebelah kiri dengan tangan kanannya. Hilang akal mahu memujuk lelaki ini. ikutkan hati mahu aje dia rampas sebelah kasut yang dipegang oleh Ashraff. Melihat Ashraff menuju ke kaunter pembayaran, Aulia cepat-cepat membontoti Ashraff.

‘Jangan mengalah Aulia. Perjuangan masih diteruskan!’ Hati Aulia berbisik memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Miss, kalau you dengar orang merayu-merayu nak beli kasut ni, you akan beri kepada orang tu tak?” Aulia cuba meminta simpati daripada cashier.

Cashier yang bernama Zehra itu hanya diam dan mengukir senyuman. Takut nak menjawab soalan Aulia sebab tengok Ashraff ni kacak sangat agaknya. “Saya tak faham kenapa encik ni keras kepala sangat? Apa yang susahnya nak berikan kasut tu kepada saya?” Aulia mula hilang sabar.

Adoi, sumpah dia tak faham dengan perangai perempuan cantik yang berdiri di depan dia sekarang ni. “Macam mana lagi saya nak terangkan dekat cik adik yang saya dah beli kasut ni?” Ashraff menghulur sekeping kad kredit kepada Zehra.

Tanpa banyak soal, Zehra menyambut huluran kad daripada Ashraff. Aulia segara menarik tangan Zehra dan merampas kad kredit milik Ashraff. “Tolonglah, saya suka sangat dengan kasut merah ni. Please.”

“Bagi balik kad saya tu. Saya takde masa nak layan cik.” Ashraff sudah mula hilang sabar. Rasa macam tengah berdepan dengan perempuan meroyan pun ada jugak. Takkan lah sebab kasut sepasang ni Aulia dah boleh jadi gila kot?

Aulia masih berkeras tidak mahu memulangkan kad kredit Ashraff. “Kalau cik tak nak pulangkan kad tu, saya buat report dekat manager butik ni. Nak masuk lokap ke?” Aulia menggeleng laju.

“Saya nak kasut tu.” Ashraff merengus kasar. Dompet kulit miliknya dibuka sekali lagi. Sekeping kad kredit lain ditarik keluar dan dihulurkan kepada Zehra.

Make it fast. I takde masa nak layan perempuan gila macam ni.” Arah Ashraff kepada Zehra. Zehra hanya berdiam diri dan melakukan tugasnya sepantas yang boleh.

Melihat Ashraff yang sudah selesai membayar dan mahu berlalu pergi, Aulia berlari-lari anak mengejar Ashraff dari belakang. “Kad awak ni tak nak ke?”

Ashraff berhenti dan menoleh. “Kalau awak nak sangat kad tu ambillah. Tunggu polis datang cari awak nanti. Seluruh mall ni akan ada muka awak sekejap lagi.”

Aulia kecut perut. Tak nak lah glamour dengan cara macam tu, dia pun bukannya anak orang miskin sampai perlu mencuri kad kredit orang. Memanglah sekarang ni dia langsung tidak mempunyai kad kredit tetapi nanti dia aka nada semua tu. Tak perlu nak mencuri.

Aulia menghulurkan semula kad krdit milik Ashraff. Ashraff mencapai kad redit itu tanpa banyak soal. Kaki mula melangkah meninggalkan Aulia.

“Encik, please. Saya bayar dua kali ganda harga kasut yang encik beli. RM179.. dua kali ganda, maknanya RM358. Saya bayar RM360 kepada encik. Ha, bagus tak tawaran saya? Encik boleh beli dua pasang kasut lepas ni.”

Ashraff menjegilkan biji matanya. Tidak percaya dengan gadis yang menarik-narik bungkusan di tangannya. Ada jugak manusia yang macam ni? Ya Allah, apa pelik sangat perempuan ni? Mental ke budak ni? Kesian. Muka lawa macam ni tapi gila.

“Awak ni baru terlepas dari ward Tampoi ke? Yang awak tergila-gila nakkan sangat kasut ni kenapa? Kan banyak lagi kasut dalam kedai tu, kenapa nak kasut ni jugak? Ya Allah, tak faham betullah saya dengan awak. Dah, saya nak masuk office pulak ni.” Ashraff merentap tangannya. Dia merengus kasar. Malas betul nak layan orang gila macam ni.

Jangan putus asa Aulia! Seperti terdengar bisikan di telinganya, Aulia pantas mengejar lelaki itu. Tangan lelaki itu diraih. “Tolonglah encik. Saya merayu. Saya nak sangat kasut tu.”

Ashraff terasa seperti hilang sabar. Jam ditangan dikerling sekilas. Dah dekat pukul 2.00 petang ni. Dia kena masuk kerja pulak. “Cik yang cantik, saya kena masuk kerja sekarang. Saya pergi dulu ye.” Dia masih ingat lagi pesanan Zaidi, kalau dengan orang gila kena cakap lembut-lembut. Kalau berkeras mereka akan bertambah gila sebab tekanan.

“Saya tahu saya memang cantik. Tapi sekarang saya nak kasut tu encik, bukan nak encik puji saya.” Aulia langut sedikit memandang Ashraff. Tinggi pulak lelaki ini. Tadi tak sedar pun. Lenguh nak pandang dia lama-lama macam ni. Takpe, janji lelaki ini tergoda dengan renungan dia. Nanti boleh dapat kasut itu semula.

Melihat Ashraff yang hanya mendiamkan diri Aulia mula memasang strategi. Nampak sangat lelaki ini sepsis gatal tak bleh tengok perempuan cantik, pasti tergoda. Aulia menyentuh perlahan bahu Ashraff. Lantaklah orang nak kata dia miang dalam mall ni pun janji dia dapat kasut merah tu.

“Boleh tak kalau saya nak kasut tu? Please.” Aulia rasa nak termuntah dengan kelembutan dirinya sendiri. Tak pernah dia cakap lembut macam ni dengan mana-mana lelaki. Harap-harap dia takkan jumpa lelaki ini lagi sampai mati!

Ashraff terkesima. Berani gila perempuan ni buat macam ni in public! Tak sangka ada perempuan yang sanggup menggoda lelaki hanya kerana sepasang kasut. Fuh.


Otaknya mula merencana rancangan jahat. Nak mainkan aku ya? Baik, jom kita tengok siapa nak kalah dengan siapa. Ashraff menunduk sedikit. Wajahnya didekatkan kepada wajah Aulia yang masih memandangnya. Cuba menggoda dia? Baik, mari kita lihat siapa yang goda siapa sekarang.

Dada Aulia yang mula berkocak kencang cuba ditahan sebaik mungkin. Bibirnya masih mengukir senyuman manis untuk tatapan Ashraff. Tangan Aulia yang menyentuh bahu Ashraff terasa menggeletar. Sumpah dia rasa seolah-olah dirinya terbang di udara. Lemah seluruh urat sendi.

Wajah tampan Ashraff yang pelahan-lahan mendekati wajahya membuatkan Aulia gugup. Rasa nak melompat keluar jantungnya. Belum pernah mana-mana lelaki yang berani sedekat ini dengannya.

Gila! Lelaki ini gila! Sah dia gila seks. Aulia jadi takut tiba-tiba. Wajahnya ditoleh ke sebelah kiri, kosong! Alamak, dah sampai ke tempat letak kereta dia ikut lelaki ini?

Glup! Tadi bukan mereka bedua dalam mall ke? Bila masa pulak dia ikut Ashraff sampai tempat letak kereta?

Dia langusng tidak sedar rupa-rupanya dia dan Ashraff berada di tempat letak kereta yang sunyi sepi. Langsung takde orang lalu lalang dekat sini. Mana pergi semua manusia? Takkan dah pupus kot?

Rasa cuak menyerang seluruh tubuh Aulia. This is crazy. Kalau lelaki ini apa-apakan dia, macam mana? Sunyi pulak tempat letak kereta Sunway Pyramid ni. Hoi, orang ramai hoi! Datanglah ke tempat letak kereta beramai-ramai sekarang! Seru Aulia dalam hatinya.

Ashraff yang perasan Aulia sudah melarikan pandangan matanya cuba menarik pinggang Aulia rapat kepadanya. Aulia hilang keseimbangan lalu terpeluk tubuh tegap Ashraff. Buat beberapa saat Aulia berada dalam pelukan Ashraff sebelum dia kembali ke dunia realiti. This is super crazy!

Aulia yang terkejut dengan tindakan berani Ashraff pantas menolak dada bidang Ashraff. Kakinya pantas memijak kaki Ashraff sekuat hati.

“Auuuu! Sakitlah!” Saat Ashraff terduduk menahan sakit, Aulia melarikan diri.

Tangan putih melepaknya diseluk ke dalam beg tangan jenama Prada miliknya. “Mana pulak kunci ni!” Aulia membebel seorang diri.

Kunci dikeluarkan dan tangannya masih terketar-ketar membuka pintu kereta. Tubuh langsingnya dibolos ke dalam perut kereta. Pintu kereta di tarik kuat dan dikunci dari dalam. Nafas Aulia tercungap-cungap. Kus semangat dia.

Aulia bernafas dengan kuat. Rasa tak cukup tanah melarikan diri daripada lelaki itu sebentar tadi. Tak pernah dia berpeluk dengan mana-mana lelaki seumur hidup dia. Kalau ada pun dengan daddy dia sahaja. “Kurang ajar betul mamat tu! Berani dia peluk aku?”

Aulia mengepal penumbuk. Sakitnya hati dia. Dah la tak dapat kasut merah yang dia termimpi-mimpi semalam, hari ini terjumpa dengan mamat gila pulak. Malang betul hari dia. Daddy punya  pasal lah ni!

Aulia sudah merancang dalam kepada otaknya, dia akan melancarkan perang dengan daddy selama dua hari. Daddy, you wait and see. Bibirnya diketap geram.

Kejadian yang berlaku beberapa minit tadi kembali berlegar di mindanya. “Bodohnya lelaki tu!!” Aulia masih sakit hati dengan peristiwa sebentar tadi. Berani lelaki itu menarik pinggang Aulia. Ambil kesempatan betul. Nasib baik dia melarikan diri, kalau tidak tak tahulah apa yang akan berlaku.

Aulia mengeluh berat. Hilang mood untuk masuk kerja semula. Tak nak pergi kerja hari ini. Sudah dua hari dia perhatikan kasut itu. kasut merah idaman kalbu. Berkali-kali dia berpesan kepada Jasmin supaya menyelamatkan kasut itu untuk dia.

Jasmin pun satu, dah pesan dah supaya simpan kasut itu untuk dia. “Takpe, takde orang nak beli kasut merah macam ni Lia. Kau sorang aje yang suka kasut macam ni. Kalau kau datang minggu depan pun kasut ni still ada di tempat yang sama. Tunggu kau.”

Teringat akan kata-kata Jasmin, Aulia ketap gigi. Stereng digenggam kuat. “Kepala hotak kau takde orang nak beli! Kan dah ada orang lain kebas.” Melepas dia kali ini. Bentak Aulia dalam kereta.

“Kasut… kasut merah.. Maafkan mummy. Mummy tak sempat beli.” Aulia menyandarkan kepalanya di stereng kereta Audi TT miliknya. Rasa nak menangis pun ada sekarang ni. Dah macam emak kehilangan anak gaya Aulia sekarang ini.

Renungan mata tadi.. sungguh menggoda. Nasib baik dia tak hanyut dengan godaan lelaki tadi. Fuhh, lemah semangat. Terasa berpeluh-peluh badan dia tadi. Haish, bikin malu betul! Membahang muka Aulia teringat tentang kejadian goda menggoda sebentar tadi.

Kalaulah orang lain tahu dia pernah berpelukan dengan lelaki lain dan berkahwin dengan lelaki lain, hilang seri pengantin dia. Haish, janganlah ada sesiapa yang nampak dia terpeluk lelaki sombong itu tadi.

Aulia mengangkat kedua-dua belah tangannya. “Janganlah aku jumpa dia lagi. Amin!” Aulia meraup kedua-dua tapak tangan ke seluruh mukanya.

Pukul 2.30 petang. Kunci dipusing ke kanan. Enjin kereta dipanaskan selama tiga puluh saat sebelum Audi TT itu meluncur laju meninggalkan kawasan tempat letak kereta B3, Sunway Pyramid.


Punat pada remote kereta ditekan rakus. Ashraff membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut Range Rover Evoque berwarna putih miliknya. “Adoi, sakit betul perempuan gila tu pijak kaki aku.” Kasut di kaki ditanggalkan.

Kaki naik ke tempat duduknya. Ashraff menggosok-gosok jari kaki yang terkena pijakan Aulia sebentar tadi. Nasib baik Aulia pakai kasut tumit tinggi yang bertumit lebar, kalau tumit halus macam kasut berwarna merah yang dia beli ini, mau tembus kasut kulit yang dia pakai.

Memang gila betullah Aulia tu. Sanggup merayu bagai sebab nakkan kasut ni? Ish, pelik sungguh manusia zaman sekarang ni.

Ashraff menggelengkan kepalanya. Tak pernah jumpa dengan orang yang sanggup kejar orang lain demi sepasang kasut yang dia nak sangat-sangat. Teringat kejadian sebentar tadi, Ashraff tersenyum seorang diri. Berani sangatlah konon nak goda dia, kan dah terkena balik. Padan muka! Kelakar pulak muka Aulia tadi. Sampai telan air liur pun dia boleh dengar. Tau pun cuak.

Sebenarnya dia langsung tidak berniat untuk memeluk Aulia, tapi Aulia yang terpeluk dia sebab terkejut dengan tindakan dia sebentar tadi. “She is so wangi.” Ashraff mengulum senyuman.

Namun diia memuji sikap berani yang ada dalam diri Aulia. Sangat-sangat berkeyakinan. Kalau orang lain mungkin dah menangis nakkan kasut ni tapi Alia sanggup besusah payah kejar dia sampai ke tempat parking ni semata-mata nak memujuk dia menjual kasut ini kepadanya. Alahai, memang takkanlah.

Dalam banyak-banyak kasut yang ada dalam butik itu memang kasut ini yang paling menarik perhatiannya. Mungkin sebab kasut ini berwarna merah dan ia melambangkan keghairahan dan keberanian pada pemakainya.

 “Hope to see you, again. Soon. ” Bibir Ashraff mengukir senyuman.

Ashraff melirik pada jam dipergelangan tangannya. Apa? Dah pukul 2.45 petang? Ah sudah! Dia dah terlambat masuk ke pejabat. Dah la belum solat Zuhur lagi ni. “Ah, solat kat pejabat kejap lagilah. Move Ashraff, move!”

Enjin kereta dihidupkan dan keretanya melunjur laju menuju ke syarikat.

p/s :  Assalamualaikum darlings. Sri dah siap tulis Kau Perempuan Itu sampai ending. So, buat masa sekarang ni Sri stop dekat Bab 26 dulu..Manalah tahu kalau ada rezeki dapat bukukan KPI kan..doakan Sri ye! Kalau manuskrip KPI tak diterima, Sri akan sambung semula di alam maya ini. 

So untuk all my kesayangans, kita layan cerita baru ye. Sri up entry baru Aku, Dia dan Stilleto. Slowly merangkak tulis cerita ni pulak. :) Disebabkan rasa jatuh cinta tergolek-golek dekat Henry Golding, kita kasik dia jadi hero kali ni. Ehiks!

9 comments :

  1. cerita terlebih dahulukan siar kat penulisan2u...eeemmm leh jd salah satu my fav novel ni...masih lg bersabar utk tunggu new entry for KPI..akak doakan KPI ni dpt dibukukan so leh la akak miliknya dlm gengaman...

    ReplyDelete
  2. Best2...tp awat ttiba stop KPI Sri syg oiiii...ari2 ckp nk post arini...alahai keciwaa nye:(

    P/s: hupdate sampai bab27 pon hokeyy yunk...lame lg tu nk kena tggu:(

    ReplyDelete
  3. Nira Md. Jaffar - Lama nak tunggu tersiar di P2U. Kat sini mungkin updatenya akan lebih cepat. Hihi. :)

    ReplyDelete
  4. Syuhada Syuu - Alaaaa yangg. Hihi.. Nanti kite buat special entry kat sini k. Hiks. Hugs.

    ReplyDelete
  5. Kak na - Alahai. So Sweet. Thanks Kak! :)

    ReplyDelete
  6. baby mio - Thanks! Jangan lupa baca lagi tauu. Peluk!

    ReplyDelete