Thursday 21 March 2013

Bab 2 Aku, Dia dan Stiletto


Datuk Rahman yang baru sahaja pulang ke rumah terus memanjat tangga menuju ke tingkat atas rumahnya. Wajah seseorang ingin dia tatapi. Rindu sangat dengan wajah jelita itu. Pintu bilik anak tunggalnya diketuk.

Tiada jawapan.

Sekali lagi tangan Datuk Rahman naik mengetuk pintu bilik berwarna putih itu.

Masih senyap.

“Sayang.”  Panggil Datuk Rahman dari luar.

Aulia diam membeku. Buat-buat tak dengar ketukan di pintu dan panggilan dari daddynya. Biar Datuk Rahman tahu dia sedang merajuk.

Mendengar tombol pintu dipulas oleh seseorang, Aulia cepat-cepat menarik selimut menutup kepalanya. Seluruh tubuhnya kini sudah dibungkus dengan selimut bercorak bunga-bunga kecil ala Inggeris itu. Dia sudah berjanji untuk melancarkan perang dengan daddynya.

“Anak daddy ni tak turun sambut daddy balik kerja pun hari ni.” Duduk dilabuhkan di sisi anaknya yang sedang berbaring di dalam comforter.

Diam.

“Lia dah makan? Jom makan dengan daddy dan mummy.”

Datuk Rahman cuba menarik comforter yang menutupi kepala anaknya namun segera ditarik semula oleh Aulia. Datuk Rahman tergelak kecil. Oh, merajuk rupanya anak kesayangan dia. Ingatkan sakit perut tadi.

“Alamak, anak daddy boikot daddy! Kenapa ni sayang?” Tubuh Aulia yang tenggelam dalam selimut tebal itu ditepuk-tepuk perlahan.

Masih diam. Aulia pura-pura pejam mata walaupun mulut dia rasa nak menjawab semua soalan Datuk Rahman namun segera ditahan. Kan dah janji dengan diri sendiri nak boikot. Kalau mungkir janji nanti berdosa, Tuhan marah.

Eh, kalau merajuk dengan bapa sendiri lagilah berdosa, kan? Alah, daddy okay. Daddy cool!

“Okay, kalau Lia tak nak cakap dengan daddy, daddy keluar dulu. Mummy dah tunggu nak makan dekat bawah tu. Perut daddy pun bukan main lagi lapar ni. ” Datuk Rahman menepuk bahu anak kesayangannya. Punggungnya di angkat mahu melangkah turun ke meja makan.

Belum sempat Datuk Rahman melangkah pergi, Aulia menarik comforter yang menutup kepalanya turun sehingga ke paras pinggang. Dia bingkas bangkit duduk bersila di atas katilnya.

 “Kenapa daddy ambil kad kredit Lia?! Lia nak beli kasut pun tak dapat tau tak? I hate you daddy!” Sebiji bantal kecil berbentuk empat segi berwarna merah hati dicampak ke arah Datuk Rahman.

Buk!

Tak sempat mengelak. Aulia tersenyum puas hati.

“Sayang nak kasut apa lagi? Ada berpuluh-puluh kasut dah dalam almari dekat bawah tu. Nak beli kasut apa lagi?” Datuk Rahman mengutip bantal berwarna merah jambu yang jatuh di hujung kakinya. Nasib baik campak bantal, kalau anak dia campak pasu tak ke pecah berderai kepala dia tadi? Haish!

Datuk Rahamn merapati katil Aulia. Dia kembali duduk di sisi Aulia. Bahu Aulia diusap penuh kasih sayang.
“Aulia nak beli apa lagi?”

Heels la. Cantik sangat tau daddy. Lia dah meleleh air liur dah tengok heels tu. Sebab daddy, melepas kasut tu. Semua daddy punya pasal.” Aulia tumbuk dada Datuk Rahman.

“Eh, kenapa salahkan daddy pulak. Lia yang tak beli, siapa suruh.” Datuk Rahman masih membela dirinya.

“Macam mana Lia nak beli, dia takde duit!” Aulia buat muka geram. Kenapalah daddy dia boleh tanya soalan yang separa bijak ni… Kalau dia ada duit, dah lama dia beli kasut merah tadi tu. Takdelah dia merajuk macam ni!

“Takkan Lia takde cash langsung?”

Aulia pantas menggeleng.

“Bukan mummy bagi duit ke sebelum Lia keluar pagi tadi?” Rasanya macam dia nampak isteri dia hulur duit dekat Aulia sebelum Aulia keluar tadi. Takkanlah mata tua dia dah tersilap tengok?


Mummy bagi Lia lima puluh ringgit aje nak pergi kerja hari ni!” Bentak Aulia. Sakit hati betul dengan sikap mummynya. Ada ke patut bagi dia duit RM50 sahaja? Nasib baik makan tadi Izara yang belanja dia. Kalau tak memang makan nasi lemak restoran murah-murah ajelah jawabnya.

“Siapa suruh Lia boros sangat, padan muka Lia. Kalau ikutkan hati mummy, mummy nak bagi Lia duit sepuluh ringgit aje tadi. Tapi kesian pulak dekat anak mummy ni.” Datin Zahrah yang baru muncul terus menghentam anak gadisnya.

Aulia tarik muncung lima belas inci.

I want my credit card and my bank card back!” Aulia menjeling Datin Zahrah. Bukan main tajam lagi jelingan Aulia.

“Lia nak buat apa nak semua tu? Nak shopping macam orang gila lagi? Berapa kali mummy nak cakap dengan Lia, rumah kita ni dah boleh bukak butik jual semula semua baju-baju Lia tu. Tu.. dalam almari tu, ada yang belum pakai lagi. Dekat bawah tu, kasut berpuluh-puluh pasang. Nak buat apa?” Dah mula dah ceramah percuma Datin Zahrah.

“Lia tak kira, Lia nak mummy bagi balik kad Lia. Tu Lia punya!” Aulia masih tidak berpuas hati. Kali ini dia akan bermati-matian untuk dapatkan kad-kad kredit miliknya semula. Ohhh, hidupku tidak sempurna tanpa kalian!

No!Mummy tak setuju! Nanti berapa puluh pasang kasut lagi Lia nak beli? Kasut-kasut dekat bawah tu pun dah boleh bukak kedai kasut, tau tak?” Marah Datin Zahrah.

Bukan boleh layan sangat anak dara dia ni. Suami dialah manjakan sangat si Aulia sampai naik lemak. Ikutkan hati dia mahu aje dipiat-piat telinga Aulia sampai putus. Ada ke patut menjeling dia tadi. Korek biki mata tu baru tahu!

“Dah, jom turun makan. Mummy dah masak dah lauk kegemaran Lia. Daging masak hitam. Sedap sangat mummy masak hari ni.” Sengaja mahu memancing anak daranya. Marah macam mana pun terhadap Aulia, itulah satu-satunya permata hati dia. Itulah racun, itulah penawar.

“Tak nak!” Laju Aulia menjawab. Selagi dia tidak mendapatkan kembali kad kredit dan kad bank yang telah dirampas oleh Datin Zahrah, dia akan terus melancarkan mogoknya.

“Betul Lia tak nak makan dengan mummy dan daddy?” Aulia angguk laju. Dalam hati berdoa semoga mummy dia akan lembut hati dan menyerah kembali ‘sahabat’ karibnya. Auu, tak sabar!

“Ikut suka Lia lah. Kalau lapar jangan salahkan mummy sebab tak ajak Lia makan. Jom bang.” Tangan Datuk Rahman ditarik keluar dari bilik Aulia. Sengaja mahu mendera anak gadisnya. Bukan apa, melampau sangat dalam berbelanja. Ish!

Mata Aulia rasa nak tersembul keluar. Biar betik mummy dia kali ni. Takkanlah sampai macam tu sekali kot kali ini?

Melihat Datuk Rahman yang mahu melangkah pergi, Aulia menjerit separuh mati.
Daddy!!!”

Datuk Rahman hanya jongket bahu. Dia keluar mengikut Datin Zahrah. Aulia ketap bibir. Ei, geramnya dengan daddy!

Aulia kembali menghempas tubuhnya di atas katil mewah miliknya. Comforter ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Harap-harap esok dia sakit perut, biar mummy rasa bersalah sebab tinggalkan dia dekat atas sorang-sorang malam ni.

Aulia ketap bibir.

Perlahan-lahan tangan Aulia keluar dari celah-celah comforter. Aulia meraba-raba permukaan almari kecil berwarna putih di sebelah katilnya mencari sesuatu. Ish, mana pulak ni.

Jumpa pun!

Benda itu ditarik masuk ke dalam comforter. Aulia menekan-nekan sesuatu.


Hello, Fazri.”

“Kau ni tak boleh bagi salam ke Lia?” Aulia senyap. Eleh, buat-buat alim pulak. Yang dia tu kalau call yoyo Lia, what’s up, what’s up, takpe lah pulak?

Aulia merengus kecil.“Ye lah, Assalamualaikum!” Kasar suara Aulia.

“Waalaikummussalam wbt. Kalau ye pun nak bagi salam lembutlah sikit. Muka cantik, lembutt aje aku tengok. Kalau tengok muka, sejuk hati orang tua-tua. Tapi bila tengok perangai Ya Allah, cancel nak buat menantu.” Tadi Datin Zahrah dah membebel, sekarang kau pulak nak membebel? Ahhh!

“Aku takde mood nak dengar kau membebel la Faz. Sibuk aje nak nasihatkan aku. kau pun sama, kalau mummy dengan daddy aku tengok kau tak hingin nak buat menantu, tahu!” Nah amek sebijik. Takde masa nak berlembut dengan Fazri.

Fazri geleng kepalanya. “Aku pun tak hingin jadi menantu mak bapak kau tu Lia oi. Kau ingat senang nak layan kepala batu kau ni? Hoiii, mintak simpang!”

“Hoi!” Aulia separuh menjerit.

Fazri tergelak besar. “Kau ni tak boleh ke kalau berlembut, sopan santun, cakap baik-baik, tak degil. Boleh tak?”

Aulia gigit bibir kuat-kuat. Ya Allah… dia bukan telefon Fazri nak mendengar mamat ni membebel dekat dia. Aduhai! Rasa nak hentak-hentak kepala Fazri dengan kasut tumit tinggi dia. Ah, kenapa teringat pasal kasut pulak. Terus rasa sedih sebab kasut kesayangan sudah disambar orang.

“Hah, ni diam pulak. Kalau call nak diam macam ni baik kau tak payah call aku, Lia.” Sekali lagi Fazri sound dia.

Aulia ketap bibir bawahnya kuat. Sakitnya hati. Kalau Fazri ni ada depan dia sekarang ni memang dah kena ketuk dengan tumit kasut dia sekarang jugak!

“Aku call bukan nak dengar kau membebel, Faz. Kalau nak bagi ceramah free kau tunggu nanti aku ada depan muka kau, haaa time tu kau cakap puas-puas. Itu pun kalau kepala kau kebal nak merasa tumit kasut aku lah.” Sekali lagi Fazri tergelak besar. Terhinjut-hinjut bahu dia dengar marah Aulia.

“Iyelah, aku berheti cakap sekarang. Bye.”

Belum sempat Fazri menamatkan panggilan, Aulia sudah menjerit.

“Woiii! Nantilah.” Fazri melakar senyum. Acah aje tadi, bukan nak letak betul-betul pun.

“Kau ni boleh tak kalau cakap perlahan sikit volume tu? Aku belum pekak lagi tau.” Aulia menghela nafas perlahan. Adoi, macam-macamlah Fazri ni. Cakap lembut sikitlah, cakap perlahanlah, itulah, inilah.

“Sorry.. Aku ingat kau dah letak tadi.” Volume suara direndahkan sedikit. Tak sengaja terjerit tadi.

“Aku maafkan kau tuan puteri. Ni kenapa suara sedih aje ni?” Ah..Fazri. Lelaki ini seolah-olah tahu apa yang sedang dia lalui. Kenapa Fazri seolah-olah sangat memahami dirinya?

 “Mana ada aku sedih. Aku call kau ni sebab aku nak tanya kau ada dekat mana? Kau ada nampak Hazrul tak hari ni? Aku call langsung tak jawab.” Takkan nak cakap dengan Fazri dia sedih kasut merah dia nak beli tu kena sambar dengan orang lain. Maunya Fazri gelak sampai meleleh air mata nanti.

“Hazrul ada dekat mana kau tanya aku? Nak ada dekat mana lagi, kerja la kak, kerja! Nak kahwin dengan anak orang kaya macam kau, kenalah kerja kuat.” Tawa Fazri masih bersisa. Aulia dengar dia ketawa.

Aulia senyap lagi.

“Lia, kau dengar tak aku cakap ni?”

Aulia tidak membalas. Hilang mood nak berbual dengan Fazri.

“Kau kalau nak diam, baik kau letak je telefon. Buat pening kepala aku aje cakap sorang-sorang. Aku nak buat kerja ni.”

“Hmmm…” Balas Aulia.

Fazri seolah-olah memahami gelodak hati Aulia. Mesti sebab Hazrul lah ni. “Okay Lia, take care. Chiow!”

Tanpa menunggu lebih lama, Aulia menamatkan panggilan. Telefon bimbit diletak semula di atas almari kecil di sebelah katilnya. Aulia kalih ke sebelah kiri. Mengiring sambil memeluk teddy bear miliknya.

Kerja? Sampai lewat malam begini? Benarkah lelaki itu sibuk dengan kerja? Banyak sangatkah kerja Hazrul di pejabat sekangkang siamang itu? Bukan hendak menghina tapi memang sebuah pejabat yang kecil dan mempunyai lapan orang pekerja sahaja. Takkan banyak sangat kerja Hazrul sampai terpaksa bekerja lewat malam.

Rasanya selama dia kenal Hazrul, jarang lelaki itu pulang lewat malam. Sejak bila pula pejabat lelaki itu ada projek sampai berpuluh-puluh? Dulu nak dapatkan satu-satu projek pun susah bukan main lagi.

Dan yang paling peliknya sikap Hazrul terhadap dia memang berubah seratus peratus! Puas dia cuba mencari apa kesalahan yang dia lakukan namun tidak berjaya. Ahh, kenapa lelaki itu!

Sejak Hazrul datang ke rumahnya sebulan lepas, sikap Hazrul nampak lain sangat. Hubungan dia dan Hazrul pun dah tak semesra dahulu. Hazrul langsung tidak pernah menghubungi dia lagi selepas peristiwa itu. Melainkan dia yang sentiasa menelefon lelaki itu untuk bertanya khabar dan mengajak Hazrul berjumpa.

Kalau nak harapkan Hazrul, mimpilah. Mummy ada bercakap sesuatu dengan lelaki itu? Atau daddy? Atau Hazrul sendiri yang terasa hati dengan sikap dia? Ahhh, pening! Kalau banyak sangat fikir boleh lebam otak dia nanti.

Silap-silap otak mengembang sampai meletup kepala dia nanti. Serabut. Serabut. Bercinta pun serabut tak bercinta pun serabut jugak.

Baik dia tidur sekarang sebelum perut dia meragam lapar! Mogok dengan mummy dan daddy, mana boleh turun makan. Bikin malu okay.

Selagi mummy tak serahkan semula kad kredit kesayangannya, dia takkan berbaik semula dengan mummy. Daddy pulak bukan main lagi back up mummy sekrang. Dia bukan lagi anak manja kesayangan daddynya. Sedihnya hati ini.

Adakah kerana dia sudah menginjak usia dua puluh lima tahun pada minggu hadapan jadi mummy dan daddy dah tak sayangkan dia lagi?

Nasib baik hanya kad kredit yang ditarik semula oleh mummy, kalau tarik kereta Audi TT kesayangan dia, macam mana? Takkan dia nak pergi kerja naik teksi? Ewww, langsung takde class! Buat malu dengan pekerja dia sahaja.

Aulia menutup suis lampu tidur yang menerangi biliknya. Sekelip mata biliknya menjadi kelam. Topeng mata yang sudah menjadi kebiasaannya dipakaikan ke kepalanya. Dunianya gelap gelita sekarang. Masa untuk tidur sebelum perut mula menangis meminta makanan.

2 comments :

  1. baby mio - Terima kasih sebab setia dengan karya Sri. Hehehe. :) Tulis cerita ni laju-laju. Update selalu! hiks!

    ReplyDelete