Thursday 7 March 2013

Bab 23 Kau Perempuan Itu



Terasa seperti baru semalam Sarah mendengar maki hamun Ari Aqashah di apartment miliknya. Masih terngiang-ngiang jerit pekik suara Puan Khalisah. Rupa-rupanya sudah hampir dua minggu kejadian dia dan Ari Aqashah di tangkap khalwat berlalu.

Tuan Ramlee berkali-kali menelefon bertanyakan keadaannya. Adakah dia okay. Adakah dia sihat. Kenapa abah tiba-tiba berhenti kerja. Bagaimana dengan keadaan abah. Adakah ibu tahu tentang kejadian yang berlaku. Adakah Sarah sedih. Ya Allah, kenapa baik sangat Tuan Ramlee ni? Rasa bertuah pula bakal mendapat bapa mertua sebaik Tuan Ramlee.

Mendengar rengusan kasar orang sebelah, Sarah membetulkan duduknya. Kalau tak suka datang ke sini, tak perlu jemput dia di rumah tadi. Dia boleh pergi sendiri ke butik pengantin yang disuruh oleh Puan Khalisah.

“Kau ingat aku suka sangat datang sini temankan kau? Kalau bukan sebab papa, aku memang takkan setuju untuk kahwin dengan kau!”  Ari Aqashah berbisik keras di telinganya.


“Kalau encik tak suka, encik boleh balik. Saya boleh cuba baju sorang-sorang.” Ari Aqashah geram. Amboi, menjawab! Majalah di tangan di tutup kasar.

“Kalau bukan sebab kau, semua ni takkan terjadi tau. Kenapa kau tak berkeras dengan papa aku yang kau tak nak kahwin? Kenapa kau tak cakap kau nak batalkan perkahwinan bodoh ni!” Sarah telan air liur.

“Perkahwinan bodoh apa? Encik ingat saya suka dengan semua ni? Saya buat semua ni untuk Tuan Ramlee.”

Ari Aqashah tergelak kecil. “Sebab kau dah sayangkan papa aku?"

Yes, saya sayangkan papa encik macam saya sayangkan abah saya.”

Ari Aqashah bangkit berdiri. Sudah tidak betah lagi untuk duduk kerana darahnya sudah membuak-buak. Nasib baik dalam butik pengantin kalau tak dah lama dia lempang mulut celupar Sarah. Bukan main lagi menjawab dengan dia hari ini.

Sarah mengeluh perlahan.

Susah benar berkahwin dengan anak orang kaya, berkali-kali perlu tengok baju. Ini sudah kali ketiga Sarah menjejakkan kakinya ke Butik Pengantin Exora. Entah apa yang tidak puas di hati Puan Khalisah kali ini.

Okay dear, baju you dah siap. Mari kita cuba. Cantik tau Alex buat baju ni untuk you.” Elly, lelaki separa perempuan yang berambut kemerah-merahan yang dari mana muncul membawa sehelai baju pengantin berwarna ungu cair.

Amboi siap cover baju dengan plastik lagi. Memang betul-betul ekslusif baju kahwin dia nanti. Tak sangka pula semua ini akan berlaku dan kehidupannya.

Tapi itulah kehidupan. Ada benda yang kita tidak minta, Allah tetap kurniakan kepada kita dan ada benda yang kita minta daripada Allah tapi Allah masih belum memberikan tapi Sarah yakin lambat-laun semuanya akan diberikan oleh Allah.

Darling, jom ikut I.” Lelaki separa perempuan itu mencuit bahu Sarah.

“Ari, I ambil bakal isteri you yang cantik ni sekejap ye? Kejap lagi I pulangkan semula dekat you.”  Ari Aqashah memaniskan mukanya sambil mengangguk. Hah, tahu pun nak jaga air muka orang lain. Ingatkan dah tak reti lagi dah nak beradab.

Tanpa banyak soal Sarah bangkit mengikut langkah Elly. Sudah tiga kali datang ke sini rasanya semua pekerja sudah di kenal. Elly, Zetty, Mila dan Alex. Semuanya ramah bukan main lagi. Tak pernah sekali pun dia datang mereka semua buat muka masam. Semua ceria bukan main lagi meyambut kedatangannya ke sini.

Walaupun banyak menyoal pendapat Sarah tentang pakaian yang ingin direka, namun Sarah tidak banyak membantu. Bukan tidak mahu membantu dan memberi idea tentang pakaian yang direka sebaliknya takut untuk bersuara.

Kali pertama datang ialah pada minggu lepas, puas dia diherdik oleh Puan Khalisah. Awal-awal lagi dah warning jangan banyak songeh dan ikut sahaja semua perancangan yang dia aturkan. Mulut terkunci rapat tidak mampu melawan kata-kata sinis Puan Khalisah.

Marliana, Jihan, Arif Shah dan Ari Aqashah hanya diam membatu saat itu. Tiada sesiapa yang berani membela Sarah. Ah.. mungkin mereka sendiri tidak akan membela Sarah. Ari Aqashah bukan main marah lagi kerana terpaksa mengambil cuti sehingga majlis perkahwinan selesai.

Hanya tinggal empat hari sahaja lagi majlis akan berlangsung. Langsung tiada riak ceria pada wajah-wajah bakal pengantin kecuali Marliana. Arif Shah juga sudah mengelakkan diri daripada Sarah. Jika bertembung mata sekalipun, lekas-lekas Arif Shah mengelak pandangan matanya ke tempat lain.

Kelakuan Arif Shah menyentap tangkai hati Sarah. Perlukah lelaki itu melayani dia seperti orang asing? Ya Allah, macam mana aku mahu menghadapi mereka semua pada masa akan datang. Aduh.. tidak sanggup rasanya!

Hello, bakal pengantin. I am talking to you. You berangan apa ni? Teringat cik abang you dekat luat sana ke?” Tangan 'patah' Elly melambai-lambat di depan muka Sarah sebelum menunjuk ke arah Ari Aqashah yang duduk membaca majalah di sebalik pintu kaca sebelah sana.

Sarah hanya tersenyum kelat. Teringat Ari Aqashah? Hmmm, teringatkan abang Ari Aqashah adalah. Nak ingat Ari Aqashah buat apa, buat sakit hati aje.  

Baju pengantin yang dipegang oleh Elly sudah bertukar tangan. Sarah masuk ke dalam bilik persalinan. Sarah melihat dirinya dalam cermin besar di dalam bilik persalinan itu. Matanya jatuh melihat baju pengantin yang berada dalam genggamannya. Matanya dipejam rapat-rapat. Dia harus kuat. Ini semua dugaan dari Allah swt. Dia perlu kuat!

Baju kurung moden yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan. Baju kurung moden berwarna ungu muda yang telah disiapkan oleh Alex disarung ke tubuh langsingnya. Tiba-tiba bibir cantik  milik Sarah mengukir senyuman.

“Cantiknya baju ni!” Akhirnya terbit juga kata-kata pujian dari bibir Sarah. Lebih cantik jika dia berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Bukannya dengan Ari Aqashah. Tapi jika dia tidak berkahwin dengan Ari Aqashah, tidak mungkin dia mampu menempah pakaian semahal ini.

Sarah menyandarkan tubuhnya di dinding dalam bilik persalinan itu. Siapakah jodoh dia yang sebenarnya? Mungkinkah lelaki itu sebenarnya Ari Aqashah? Adakah jodohnya sudah ditakdirkan dengan Ari Aqashah sehingga akhir hayat dia nanti?

Ah, tidak mungkin! Lelaki itu terlalu sombong dan ego untuk bergandingan dengan Sarah yang lebih cepat mengalah. Lelaki itu terlalu mudah melenting dan tidak sesuai dengan Sarah yang berhati lembut.

‘Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah. Sesungguhnya aku yakin dengan perancanganMu untukku Ya Allah..’ bisik Sarah perlahan. Cuba memujuk hatinya yang mula kucar-kacir supaya lebih tenang dan redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya akhir-akhir ini.

Jeritan kuat diluar mengejutkan lamunan Sarah. Cepat-cepat dia menyelak tirai yang menjadi penghadang bilik persalinan dengan bahagian luar. Tercegat Ari Aqashah dengan muka masam mencuka.

Tahulah menyampah sebab perlu temankan dia hari ini tapi tak perlulah tunjuk muka menyampah sangat-sangat tu depan semua pekerja dan pengunjung butik hari ini! Nanti orang ingat kena kahwin paksa pulak. Eh, memang kena paksa pun. Kena paksa dengan Tuan Ramlee gara-gara mereka di tangkap khalwat dua minggu lalu.

“Kau nak duduk dalam tu sampai esok ke?” Ari Aqashah tayang muka menyampah.

Sarah senyap. Malas mahu membalas kata-kata Ari Aqashah. Kalau dia membidas kata-kata lelaki itu sekalipun, apa yang dia dapat? Tiada apa-apa kecuali herdikan pedas bahawa dia yang terhegeh-hegeh memerangkap Ari Aqashah kerana tergila-gilakan Ari Aqashah dan harta keluarga Tuan Ramlee.

Kalau mulut dia ni dah penat nak memberikan penjelasan yang dia langsung tidak tahu apa-apa tentang pencengah maksiat itu, takkan lah mulut mereka ini langsung tak penat nak herdik dia sepanjang masa? Ei, tak letih ke senaman mulut selalu? Lenguh tau!

Sarah sudah lali dan masak dengan herdikan dan cacian Ari Aqashah. Bukan setakat Ari Aqashah sahaja, Puan Khalisah punya makian lebih hebat dan pedas. Siap sangkut-paut dengan ibu bapanya sekali. Kalau nak maki pun, cukuplah sedakar maki hamun Sarah seorang sahaja. Ibu bapanya tidak pernah melakukan kesalahan terhadap Tuan Ramlee dan Puan Khalisah.

“Dah, aku nak pergi jumpa kawan aku sekarang. Aku rasa baju kau dah okay. Nanti kau balik sendiri.”
Sarah angguk.

“Dengar ke tak dengar? Ke dah jadi pekak sekarang ni? Bisu?” Sedikit kuat suara Ari Aqashah kali ini. Mungkin sakit hati kerana Sarah tidak membalas kata-katanya.

“Baik, Encik Ari.” Jawab Sarah lambat-lambat. Ingat bercakap dengan tunggul ke apa? Dia bukan pekak dan bukan juga bisu. Kan dah angguk tadi? Ke Ari Aqashah yang buta?

Ya Allah, kenapalah dia berjumpa dengan lelaki seperti ini. Kadang-kadang terbit rasa menyesal kerana menerima pelawaan Encik Sulaiman untuk bekerja di rumah Tuan Ramlee. Jika dia tidak bekerja di sana, semua perkara ini tidak akan terjadi. Hubungannya dengan Jihan pasti masih baik. Pasti Jihan tidak membenci dirinya seperti sekarang.

Selesai menyalin pakaian, Sarah menyerahkan semula baju pengantin yang direka khas untuknya kepada Elly.


You suka tak baju ni?”

“Suka. Cantik sangat. Terima kasih.” Ikhas dan jujur pujian Sarah terhadap pakaian yang direka khas untuknya.

You memang cantiklah Sarah. Pakai apa pun memang akan cantik.” Sarah pusing ke belakang.

Hi! Alex. Thanks for the baju, Suka sangat!” Sapa Sarah kepada Alex yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba. Dah tu mencelah perbualan dia dan Elly macam tahu hujung pangkal pula.

Mother in law you yang design. Mestilah cantik! Sayang sangat dekat you.” Sarah telan air liur. Bibirnya mengkir senyuman terasa sumbing secara tiba-tiba. Puan Khalisah sayangkan dia? Rasa nak ketawa guling-guling dalam butik milik Alex Hong ini.

“Mana Mr. Ari? Tak datang dengan you?” Liar mata Alex mencari kelibat lelaki kacak yang sering menemani Puan Khalisah ke butiknya.

Bertuah Sarah dapat memiliki lelaki itu. Yang pasti ramai pekerja butiknya makan hati dengan perkahwinan Ari Aqashah dan Sarah nanti. Hilang sudah seorang lagi lelaki bujang yang kacak di Malaysia kerana bakal menjadi suami orang. Nasib baik bakal isteri bukan main lagi cun melecun! Memang padan sungguh Ari Aqashah dan Sarah.

“Datang sekejap. Dah balik sebab ada hal. I pun dah nak balik ni.”

You pun dah nak balik ke? Okay lah kalau macam tu. Thanks for dropping by.”

Sarah angguk. “Bye Alex! Bye Elly!”

Sarah menapak keluar meninggalkan butik pengantin itu. Hati yang ingin pulang ke rumah beralih arah. Mahu menenangkan fikirannya. Mahu makan ais krim sekarang! Sudah lama benar rasanya dia tidak memberikan peluang kepada diri sendiri untuk bersendirian. Banyak masa dihabiskan dengan menemani orang lain.

Kiosk Baskin Robin sudah kelihatan dari jauh. Langkah kaki dilajukan supaya tuntutan nafsu segera dipenuhi. Kali ini tidak mahu lagi memikirkan duit yang bakal melayang kerana makan ais krim mahal. Sekali-sekala. Bukan! Sekali untuk kali yang terakhir sebelum bergelar isteri.

Isteri kepada lelaki yang tidak dikenali secara mendalam. Lelaki yang langsung tidak diketahui apa-apa tentang latar belakang pendidikannya, teman wanitanya, kerjayanya, hari lahirnya dan banyak lagilah! Yang Sarah tahu tentang lelaki yang bakal menjadi suaminya hanyalah nama penuh, tempat tinggal, kereta yang dipandu, dan pekerjaan lelaki itu.

Itu pun hanya tahu secara luarannya sahaja. Kalau tanya dia dengan mendalam tentang pekerjaan Ari Aqashah sumpah dia langsung tidak tahu!

Ais krim perisa coklat dan strawberry menjadi pilihan. Sarah berpaling mahu mencari tempat duduk. Memandangkan hari ini ialah hari Sabtu, orang agak ramai di Baskin Robin. Kalau dah namanya hari minggu, mana-mana tempat pun akan ramai.

Mata meliar mencari tempat yang masih kosong. Nafas terasa seperti direntap tiba-tiba. Degupan jantung berentak kencang. Pegangan ais krim ditangan terasa longgar.

Buuuk!

“Buta ke?!” Jeritan yang agak kuat mengejutkan Sarah. Dia kembali ke dunia nyata. Manusia yang berdiri dihadapannya dipandang dengan penuh rasa bersalah.

“Saya minta maaf, puan.” Terasa kebas seluruh muka Sarah kerana dimarahi oleh wanita itu. Matanya menangkap tompokan ais krim yang terkena pada baju wanita itu. Ya Allah, cuainya!

You ingat baju I murah ke? Kalau nak berjalan, mata dekat kepala, bukan lutut you!” Beberapa pasang mata sudah mulai memandang ke arah Sarah dan wanita yang dilanggar olehnya.

“Saya minta maaf.” Tiada kata-kata lain yang mampu terbit dari mulut Sarah saat matanya berlaga dengan sepasang anak mata hitam seseorang.

“Sayang! Kenapa ni?”

I tak tahu perempuan ni siapa dengan you, tapi dia langgar I. Tengok sekarang ni baju I dah kotor terkena ais krim dia. Berjalan guna mata, bukan guna hidung!” Marah wanita itu kepada lelaki yang merangkul bahu Sarah.

Kalau guna hidung takkan lah dia boleh sampai ke sini. Kalau nak mengata pun agak-agaklah sikit perempuan ni. Tak segan ke maki hamun dia di tempat awam macam ni. Bukannya kena api pun, kena ais krim aje kot!

My girlfriend. Sorry sebab dia dah susahkan you. Girlfriend I ni memang cuai sikit orangnya. Kalau you nak I boleh bayar ganti rugi.” 

Bibir Sarah bergerak-gerak mahu berkata sesuatu kepada lelaki di hadapannya ini namun tiada suara yang keluar. Sarah terdiam kaku.

 “Since you dah minta maaf, I dah rasa okay sikit sekarang ni.  Lagipun I dah nak balik. By the way, tolong jaga sikit girlfriend you ni, jangan nanti langgar orang lain pulak!”

Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum manis kepada wanita di hadapannya itu.

Wanita itu terus berlalu pergi meninggalkan Sarah masih termanggu-manggu. Tubuhnya dijarakkan sedikit menjauhi lelaki yang masih kejap memeluk bahunya.

Sorry!” Ucap lelaki di dihadapannya ini.

Sarah meneliti wajah lelaki yang berdiri dihadapannya ini. Otak ligat memproses maklumat tentang lelaki ini.

Tiada!

“Awak siapa?”

“Saya Haikal. Saya nampak awak macam ketakutan tadi. Jadi saya tolong selamatkan awak.” Selamatkan dia?! Selamatkan dia dari apa? Bukankah lelaki itu memeluk bahunya sebentar tadi? Ambil kesempatan!

“Kalau awak marah saya sentuh awak tadi, saya minta maaf. I’m really sorry. Saya cuma nak tolong awak dari perempuan tadi. Awak nampak takut.” Tambah lelaki yang cakap namanya Haikal.

Teringat akan sepasang mata hitam tadi, Sarah kalut berpaling. Adakah lelaki itu turut melihat kejadian yang berlaku dari awal sehingga akhir? Melihat tubuh lelaki itu berdiri betul-betul dibelakangnya, Sarah terkejut.

“Haikal!”

Bro!” Kedua-dua lelaki ini saling berpelukan. Saling mengenali?
Glup.

“Kau datang dengan siapa?” Soal Haikal.

Jari telunjuk diluruskan ke arah seorang wanita seksi yang duduk di meja bulat yang hanya beberapa kaki dari kedudukan Haikal, Sarah dan lelaki itu. Suzila melambai-lambaikan tangannya kepada Haikal.

“Kenalkan, ni kawan saya. Ari Aqashah.” Haikal memperkenalkan Ari Aqashah kepada Sarah. Sarah hanya menganggukkan kepalanya. Renungan tajam Ari Aqashah menakutkan Sarah. Liur yang ditelan terasa seperti pasir saat ini.

Join us?” Laju Sarah menggeleng. Gila!

“Jomlah. I dengan girlfriend I dekat sana.” Ajak Ari Aqashah. Sengaja mahu memancing Sarah supaya menyertai mereka.

“Jomlah ke sana. Boleh awak kenal-kenal dengan Ari Aqashah, anak salah seorang jutawan di Malaysia.” Haikal gelak besar.

Ari Aqashah menumbuk bahu Haikal. “Merepek aje. Bukan aku yang kaya.”

“Terima kasih tapi saya ada hal. Saya kena balik dulu.” Sarah terus meninggalkan Ari Aqashah dan Haikal. Haikal mengejar Sarah. Pergelangan Sarah diraih supaya Sarah berhenti.

Sorry!”


“Awak memang suka ambil kesempatan, kan? Kalau awak nak tahu, saya bukan perempuan yang suka-suka aje awak boleh sentuh!” Marah Sarah. Nada suara masih cuba dikawal supaya tidak ada mata yang memandang pelik. Air muka orang lain perlu dijaga.

“Saya minta maaf. Saya tak sangaja. Kenapa awak tak nak sertai kami?”

“Saya tak kenal awak, kenapa saya perlu sertai awak dan kawan-kawan awak?”

“Sebab tak kenallah awak kena sertai kami.” Pujuk Haikal.

“Saya minta maaf Encik Haikal, saya tak kenal awak dan saya tak mahu kenal awak. Terima kasih sebab tolong saya tadi.” Sarah terus berlalu. Kali ini bukan berjalan sebaliknya terus berlari meninggalkan Haikal.

Haikal mengangkat tangannya ke paras dada sambil menjongket bahu. “See you again, baby.”


Haikal kembali ke Baskin Robin untuk menyertai Ari Aqashah dan Suzila.

“Kau kenal ke perempuan tu?” Soal Ari Aqashah sebaik sahaja punggung Haikal mencecah kerusi.

“Mestilah kenal. Girlfriend aku!” Jawab Haikal penuh yakin. ‘Girlfriend aku tidak lama lagi…’ Sambung Haikal dalam hatinya.

“Bukan main you sekarang ye! Girlfriend pakai baju kurung! You dan insaf ke?” Perli Suzila sambil ketawa. Ari Aqashah turut ketawa.

Haikal hanya tersenyum. That girl… She is so interesting! Dalam diam, Haikal memasang angan-angan untuk mendapatkan Sarah. Dia pasti boleh mendapatkan Sarah. Hatinya sudah dicuri oleh gadis itu walaupun baru pertama kali bersua muka.

Haikal janji dia akan meninggalkan semua sikap playboy yang sudah sebati dengan hidupnya jika dia berjaya mendapatkan Sarah. Hanya Sarah yang akan bertakhta dalam tempat paling tinggi dalam hatinya kelak.

Ah! Macam mana nak dapatkan gadis itu? Nama pun dia tidak tahu. Aduh!

“Hoi! Takkan ingatkan girlfriend kot?” Sergah Ari Aqashah. Girlfriend? Haikal ketawa kuat.

“Bila kau dengan Suzy nak kahwin ni?”

“Kahwin? You gila ke Kal? Ohh, I belum terfikir lagi soal kahwin.” Jawab Suzila tegas.

“Ha, kau dah dengar dah jawapan dari cik adik manis ni. Jangan tanya-tanya lagi sampai Suzy sendiri yang ajak aku kahwin. Aku tunggu dia lamar aku je. Kan sayang kan?”  Ari Aqashah mencuit dagu runcing Suzila.

Haikal, Suzila dan Ari Aqashah ketawa. Suzila menampar manja lengan sasa Ari Aqashah. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Ari Aqashah. Manja. Macam kucing Parsi! Haikal yang menjadi pemerhati merpati dua sejoli ini hanya tersenyum-senyum. Masak sangat dengan sikap Suzila yang manja mengalahkan kucing Parsi.

Dan otaknya terus melayang mengenang seraut wajah lembut yang telah berjaya mencuri hatinya.

12 comments :

  1. Aduhhhh...baca kisah sarah ni...hati ni plak yg berdebar2...tak sabar nak tahu sambungan seterusnya....harap cpt la sambung...adakah ari akn cemburu sbb member dia dh jatuh cinta dgn sarah?...thanks utk cite yg best ni...setiap hari sy menunggu entry baru...dh angau dh dgn novel ni...hehe....muuaahhhh

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh...baca kisah sarah ni...hati ni plak yg berdebar2...tak sabar nak tahu sambungan seterusnya....harap cpt la sambung...adakah ari akn cemburu sbb member dia dh jatuh cinta dgn sarah?...thanks utk cite yg best ni...setiap hari sy menunggu entry baru...dh angau dh dgn novel ni...hehe....muuaahhhh

    ReplyDelete
  3. Aduhhhh...baca kisah sarah ni...hati ni plak yg berdebar2...tak sabar nak tahu sambungan seterusnya....harap cpt la sambung...adakah ari akn cemburu sbb member dia dh jatuh cinta dgn sarah?...thanks utk cite yg best ni...setiap hari sy menunggu entry baru...dh angau dh dgn novel ni...hehe....muuaahhhh

    ReplyDelete
  4. Aduhhhh...baca kisah sarah ni...hati ni plak yg berdebar2...tak sabar nak tahu sambungan seterusnya....harap cpt la sambung...adakah ari akn cemburu sbb member dia dh jatuh cinta dgn sarah?...thanks utk cite yg best ni...setiap hari sy menunggu entry baru...dh angau dh dgn novel ni...hehe....muuaahhhh

    ReplyDelete
  5. Thanks for this entry...lepas rindu kat sarah....baca cite ni buat sy berdebar2 aje...hehehehe....tak sabar nk th kisah sarah seterusnya....adakah ari jeles sbb haikal sdh jatuh ati kat sarah...ohhhh novel ni buat sy jd angau sudahhhh....setiap hari menunggu entry baru...thanks again for best story....love u...muaaahhhhh....

    ReplyDelete
  6. Thanks for this entry...lepas rindu kat sarah....baca cite ni buat sy berdebar2 aje...hehehehe....tak sabar nk th kisah sarah seterusnya....adakah ari jeles sbb haikal sdh jatuh ati kat sarah...ohhhh novel ni buat sy jd angau sudahhhh....setiap hari menunggu entry baru...thanks again for best story....love u...muaaahhhhh....

    ReplyDelete
  7. kesian sarah x suka la ari tu haikal pun ok apa.

    ReplyDelete
  8. Nira Md. Jaffar - Alaaaa, so sweet. Terima kasih sebab selalu bukak pi balik pi balik belog ini. :) Sabar naaa, nanti insyaAllah akan ada entry baru! :)

    ReplyDelete
  9. baby mio - Ari memang buat orang meluat dengan dia. He is so mean! Jahat gila sbab suka buat Sarah geram.

    ReplyDelete
  10. Memori maya : suka sgt watak sarah yg tabah....hope dlm bab2 yg akn dtg sarah bangkit dr terus di herdik maki oleh family ari tu....sakit hati bile sarah di maki...terlebih emosi plak...hehehe...biar diorg tahu sarah pun manusia yg ada hati perasaan harga diri jgk...bangkit sarah bangkit...fight untuk diri sendiri....peduli kan perasaan org lain.....kihkihkih....lebih sudaaaa...

    ReplyDelete
  11. @nurul syafiqah - Yay dah up entry.

    ReplyDelete