Monday 18 March 2013

Bab 26 Kau Perempuan Itu



Sarah menarik selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Tangannya diluruskan ke atas untuk meregangkan tubuhnya yang sedikit keletihan. Mulut yang tiba-tiba ternganga luas kerana menguap segera ditutup dengan telapak tangannya. 

Telefon bimbit di atas meja kopi yang terletak betul-betul dihadapan sofa berangkai tiga itu dicapai. Pukul 6.15 pagi. Mudah benar dia terjaga pagi ini.

Mata dialihkan ke arah katil bersaiz king. Tubuh Ari Aqashah yang masih lena dibaluti selimut tebal diperhatikan. Nafas dihela berat. Kenapalah dia yang terkurung dalam bilik ini bersama lelaki ini?

Ah, kenapa dia asyik mengeluh sahaja semenjak akhir-akhir ini? Kalau asyik mengeluh sahaja pasti dia cepat tua! Muka cantik macam Nora Danish pun boleh jadi tua macam nenek kebayan kalau banyak sangat merungut! Ya, hidup perlu diteruskan dengan ceria dan bahagia.

Rambut yang kusut masai akibat baru baru dari tidur dikumpul menggunakan tangan kiri. Getah rambut di atas meja dicapai menggunakan tangan kanan dan mengikat rambut panjang separas ketiaknya.

Photo: Wednesday

“Mari solat Subuh.” Kaki melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat Subuh.

Selesai membersihkan diri, Sarah keluar dari bilik untuk bersolat.

Lama tangannya menadah tangan memohon doa untuk kesejahteraan semua insan kesayangannya. Memohon agar Allah swt menunjukkan jalan yang benar kepadanya. Memohon agar semua kebenaran terbukti bahawa dia tidak bersalah, dia tidak pernah memerangkap Ari Aqashah agar berkahwin dengannya.

Selesai menadah tangan memohon doa, tangan naik meraup mukanya yang basah dek kerana air mata. Biarlah dia menangis pada ketika ini, hanya dengan mengadu kepada Allah swt sahaja yang mampu menenangkan dirinya. Hanya Allah swt sahajalah tempat Sarah bergantung dan mengadu. Hanya Allah swt sahaja yang memahami segala keperitan yang Sarah lalui ketika ini.


“Dah selesai drama kau?” Sarah terkejut dan kalut berpaling ke belakang. Terkejut melihat Ari Aqashah sudah duduk bersila di atas katilnya sambil merenung tajam wajahnya. Bila lelaki ini bangun? Khusyuk betul dia berdoa, langsung tidak sedar suaminya sudah terjaga.

“Saya dah sediakan tempat solat. Encik Ari mandilah dulu.”

“Kau doa apa eh tadi?” Ari Aqashah buat muka jelik.

Tak payah la buat muka buruk macam tu. “Doa yang baik-baik untuk kita semua.” Rasanya tak perlu terangkan secara terperinci kot butiran doa dia tadi.

“Hmm, apa-apalah. Kau ni memang kuat berdrama. Nak menangis bagai. Tuhan dengar ke doa orang macam kau ni?” Tanpa memandang ke arah Sarah, Ari Aqashah terus berlalu ke tandas.

Sarah ketap bibirnya kuat.

“Drama?” Bisik Sarah kepada dirinya sendiri. Mereng ke suaminya? Takkanlah berdoa dengan bersungguh-sungguh pun dikatakan sebagai drama? Takkan dia tidak pernah menangis semasa berdoa?

Ari Aqashah yang muncul dari tandas dengan hanya bertuala separas lutut. Sarah berpaling ke tempat lain. Malu mahu melihat keadaan Ari Aqashah yang tidak berbaju. Memanglah bukan aurat tapi tak malu ke tak pakai baju? Ari Aqashah bukan lagi tinggal seorang diri dalam bilik ini seperti dahulu. Dia perlu sedar akan kehadiran Sarah dalam bilik ini.

“Kau tak payah nak buat-buat malu. Aku rasa perempuan macam kau ni lebih daripada ni kau dah pernah tengok, kan?” Ari Aqashah membuka almari dan menarik sehelai kain pelikat dan sarungkan ke tubuhnya.

Sarah hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertekak dengan Ari Aqashah. Takkan pagi-pagi dah nak bertekak? Nak mulakan hari pun dengan mood yang baik elok.

Ari Aqashah yang ternampak Sarah berpaling ke tempat lain buat-buat tidak tahu. Kalau tak suka dengan sikapnya dalam bilik ini, boleh berambus ke bilik lain. Kalau bukan sebab papa yang paksa, jangan harap dia mahu berkongsi bilik dengan perempuan murahan ini.

Ikutkan hati malam semalam jugak dia nak ajak Sarah berpindah ke apartment milik dia tapi nak buat macam mana papa berkeras menghalang.

Paling menyakitkan hati ialah malam semalam. Bukan dia tidak nampak drama sebabak Sarah dengan Arif Shah malam semalam di kolam ikan. Bukan main lagi Alongnya menarik tangan Sarah ke dalam genggamannya. Dasar perempuan murahan! Haikal! Papa! Along! Dan kini dia pula yang menjadi mangsa Sarah.

Ari Aqashah memandang muka Sarah dengan perasaan benci. “Berambus!”.
“Encik Ari nak saya keluar ke?”

“Kau pekak ke aku kata berambus!” Tengkingan kuat Ari Aqashah membuatkan Sarah cepat-cepat keluar dari bilik tidur mereka.

Ari Aqashah berdengus kasar. Tuala yang tersangkut di leher dicapai dan mengelap rambutnya dengan kasar. Tuala kembali disangkut ke tempat asalnya. Sehelai baju t-shirt berwarna biru muda ditarik keluar dari almari dan disarungkan ke tubuhnya. Tersedar jam sudah menunjukkan angka 6.45 pagi, Ari Aqashah cepat-cepat menunaikan kewajipannya.



“Assalamualaikum Mak Som.” Mak Som yang sedang menggoreng sesuatu dalam kuali berpaling. Senyuman manis seperti biasa dilemparkan menyambut kedatangan Sarah ke dapur.

“Waalaikummussalam, pengantin baru. Sihat?” Sarah hanya tersenyum malu. Terdengar perkataan pengantin baru yang disebut oleh Mak Som menyedarkan Sarah bahawa dia sudah pun menjadi seorang isteri pada jam 11.00 pagi kelmarin.

“Sihat, Alhamdulillah. Berseri-seri Mak Som hari ini ye?”

“Seronok sangat dapat dua orang menantu sekaligus! Alhamdulillah, Mak Som seronok sangat bila Arah kahwin dengan Ari.” Tubuh Sarah ditarik ke dalam pelukan tuanya. Sarah membalas pelukan hangat Mak Som. Air mata mengalir tanpa dipinta. Terharu dengan pelukan ikhlas yang diberikan oleh Mak Som. Terasa seperti Puan Aida yang sedang memeluknya saat ini.

“Mak Som.. Karipap dah nak hangus!”Sarah menunjukkan karipap yang berada dalam kuali sudah bertukar warna kepada coklat gelap.

“MasyaAllah! Arah punya pasallah ni sampai hangus karipap Mak Som!” Aik, dia pula yang disalahkan? Mak Som ni, dia yang sibuk peluk orang tadi.

Sarah tergelak kecil. Comel sangat Mak Som ni kalau buat-buat garang. “Mak Som masak nasi lemak? Biar Sarah tolong Mak Som ye.”

“Jangan! Arah kan sebahagian dari keluarga ini. Arah bukan macam dulu lagi. Nanti Ari marah Mak Som pulak.”

Sarah memegang kedua-dua belah bahu Mak Som. “Arah tetap kawan Mak Som sampai bila-bila. Arah tetap akan buat kerja dalam rumah ini macam biasa, tak kiralah siapa pun Arah pada masa akan datang.” Sekali lagi Sarah tenggelam dalam pelukan Mak Som. Baik sungguh gadis di hadapannya ini.

“Bertuah Ari Aqashah.” Mak Som ketawa gembira. Sarah hanya tersengih kelat. Bertuahlah sangat lelaki itu… kan?

Tangan Sarah lincah menyediakan bahan untuk membuat nasi lemak. Sarapan pagi yang wajib di masak jika semua anak-anak Tuan Ramlee berkumpul di rumah.

“Mak Som. Boleh Arah tanya sikit?” Mak Som angguk.

“Mak Som bencikan Arah?” Wajah wanita tua dihadapannya ini dipandang dengan pandangan sayu.

“Arah, Mak Som anggap Arah macam anak Mak Som sendiri. Mak Som percaya Arah takkan buat perkara terkutuk seperti itu.”

Tangan yang sibuk mengacau sambal ikan bilis dalam kuali terhenti. Sarah mendekati Mak Som.Air matanya menitis mendengar pengakuan Mak Som.

“Terima kasih Mak Som.” Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa dia masih mempunyai seseorang yang berdiri kuat dibelakangnya. Yang mempercayai dirinya dengan sepenuh hati.

“Masak lekas, nanti dorang dah turun tak sempat siap pulak makanan ni.” Mak Som menyiku Sarah yang masih melayan perasaan.



Suasana di ruang makan keluarga Tuan Ramlee mula riuh rendah dengan suara anak-beranak Tuan Ramlee. Sesekali terdengar suara Jihan yang menjerit kerana geram dengan usikan daripada abangnya. Puan Khalisah tidak henti-henti gelak melihat gelagat anak-anaknya.

“Assalamualaikum.” Tuan Ramlee yang baru turun menyertai mereka di meja makan menyapa anak-anaknya.

“Waalaikummussalam, papa!” Ceria suara Jihan menjawab salam papanya.

Satu kucupan hangat singgah di pipi Puan Khalisah. Puan Khalisah tersenyum manja. Walaupun sudah lebih daripada tiga puluh tahun mereka berkahwin, Tuan Ramlee dan Puan Khalisah masih lagi bersikap romantis. Anak-anak hanya tersenyum melihat gelagat mama dan papa mereka.

“Mama dengan papa ni selalu je romantik. Jeles tau Jee tengok papa sayang sangat dekat mama.” Wajah Puan Khalisah sudah berona merah. Segan pula ditegur seperti itu oleh anak daranya sendiri.

“Kena tunjuk kasih sayang terhadap isteri baru isteri tahu yang suami ni sayang sangat dekat dia. Kan Lis?” Puan Khalisah angguk mengiyakan kata-kata suaminya.

Memang tidak dinafikan sejak berkahwin Tuan Ramlee memang seorang yang sangat penyayang dan romantis.

“Mana Mar, Along?” Mata Tuan Ramlee pandang tepat ke muka Arif Shah.

“Belum bangun lagi pa. Letih sangat kenduri kelmarin agaknya. Lagipun semalam Mar tidur lewat.” Jelas Arif Shah yang serba salah kerana isterinya tidak mahu bangun untuk bersarapan.

“Isteri kena bangun awal. Mama pun letih juga dengan majlis kelmarin. Semua orang di sini letih tapi masih boleh bangun awal pagi.” Bidas Tuan Ramlee.

“Ala, takpe bang. Mar banyak tolong Lis buat persiapan majlis kahwin. Biarlah dia rehat sekejap.” Puan Khalisah cuba membela menantu kesayangannya. Ya, memang dia sayang sangat dengan Marliana. Bukan sahaja cantik tetapi juga rajin dan baik hati. Tidak seperti Sarah yang sering sahaja menyakitkan hatinya.

Pandang muka perempuan tu pun dah cukup untuk sakitkan hati dia. Kalau dia boleh ganyang-ganyang muka Sarah memang dah lama dia buat macam tu.

Kedatangan Sarah yang menatang air masuk ke ruang makan menimbulkan suasana senyap sepi. Tiba-tiba sahaja semua orang diam tidak bersuara. Cepat-cepat Sarah berlalu dari ruang makan selepas meletakkan air.

“Jemput makan ye. Nasi lemak special pagi ni.” Mak Som masuk membawa nasi lemak dan sambal ikan bilis.

“Duduk makan sekali Som.” Ajak Tuan Ramlee.

“Saya makan di dapur dengan Sarah, Tuan.”

“Panggil Sarah ke sini. Makan dengan keluarga.” Tegas suara Tuan Ramlee.

Sarah yang kebetulan membawa karipap masuk ke ruang makan terpaku dengan arahan Tuan Ramlee.
“Takpe Tuan, saya makan di dapur dengan Mak Som. Tuan makanlah.” Jawab Sarah lembut.

“Papa cakap duduk di sini. Makan dengan keluarga. Som, ambil pinggan ke sini.” Wajah Tuan Ramlee tidak lagi memandang wajah Sarah. Mungkin marah barangkali kerana ingar dengan arahnnya.

Akur dengan arahan Tuan Ramlee, Sarah menarik kerusi di sebelah Jihan.

“Jee takut kalau terkena tempias hati busuk dekat sini. Busuk badan Jee nanti. Boleh duduk tempat lain tak?” Tarikan di kerusi terhenti serta-merta. Sarah menggigit bibirnya. Terasa kebas mukanya diperlakukan seperti itu oleh Jihan.

Dia perasan dengan riak wajah Puan Khalisah yang tersenyum sinis kepada dia.

“Itulah, kalau hati busuk sampai luaran pun berbau busuk!” Puan Khalisah tersenyum sinis.

“Arah boleh duduk sini.” Arif Shah bingkas bangun menarik kerusi di sebelahnya untuk Sarah. Sarah serba salah.Wajah Ari Aqashah yang masih beriak tenang diperhatikan.

“Biar Mak Som duduk sebelah Jee ye. Sarah duduk sebelah Mak Som. Mana tahu sekejap lagi Puan Marliana turun dia boleh duduk di sebelah Arif.”  Sarah mengangguk. Jihan diam membisu.

Suasana sarapan pagi senyap sunyi. Hanya sesekali terdengar suara Tuan Ramlee yang menyoal tentang perniagaan kepada Jihan. Puan Khalisah menarik muka masam mencuka. Pantang betul kalau bercakap soal perniagaan di meja makan.

“Projek anak-anak yatim tu Jee boleh uruskan ke? Kalau Jee perlukan bantuan, papa rasa Kak Arah mungkin boleh bantu Jee.” Suapan Jihan terhenti. Papa memang sengaja mahu membantutkan selera makannya.

“Kalau Jee susah sekali pun pa, Jee takkan minta bantuan perempuan tu. Habis busuk projek Jee nanti.”

Mendengar jawapan Jihan yang seolah-olah sangat membenci dirinya, suapan nasi lemak ke dalam mulut terasa seperti pasir. Nasi dalam pinggan dikuis lemah. Hilang selera untuk bersarapan. Mata melirik sedikit ke arah Ari Aqashah. Lelaki itu nampak bersahaja menyuap nasi ke dalam mulutnya.


“Sedap ke Ari?” Soal Mak Som sambil tersenyum. Seronok melihat lelaki itu bukan main berselera lagi menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Sedap. Pandai Mak Som masak hari ni. Macam tah-tahu aje Ari teringin nak makan nasi lemak. Sambal ni rasa lain sikit kali ini.”

“Apa pulak Mak Som pandai masak. Isteri kamu yang masak.”

Nasi yang hampir masuk ke dalam mulut terhenti dan dicampakkan semula ke dalam pinggan.

“Patutlah rasa loya semacam tekak ni! Entah-entah ada racun dalam makanan ni!” Air basuh tangan dicapai. Segera tangannya dibersihkan. Ari Aqashah bingkas bangun. Mati terus selera makannya. Sarah yang masak? Ergh!

Mak Som mencapai tangan Sarah di bawah meja. Lembut tangan itu digenggam supaya bersabar. Melihat Jihan dan Puan Khalisah turut meninggalkan meja makan, hati Sarah terasa seperti disiat-siat. Perlukah dia dilayan seperti ini?

Morning!” Sapa Marliana yang baru muncul di meja makan.

“Eh! Mama, dah habis makan ke?” Soal Marliana yang terserempak dengan ibu mertuanya yang mahu meninggalkan meja makan.

“Makanan tu ada racun tikus. Jom kita makan di luar. Mar nak ikut?” Laju Marliana angguk.
“Arif? You tak pergi?” 

You pergilah dengan Mama dan Jee. I dah kenyang.”

You makan racun tikus ke sayang?!” Marliana menerpa mendapatkan Arif Shah.

Arif Shah tergelak melihat gelagat Marliana. Percaya sangat dengan cakap mama yang kononnya ada racun tikus. Apalah isterinya ni!

“Racun tikus mananya sayang? Takde racun tikus pun. Mama saja nak makan dekat kopitiam. You nak ikut, pergilah. I tak nak ikut.” Arif Shah menggosok kepala Marliana. Isteri yang baru dia kahwini kelmarin.

Marliana hanya mengangguk. Laju kakinya berlari anak mendapatkan ibu mertua dan adik iparnya yang sudah menunggu di pintu utama.

Tuan Ramlee yang memerhatikan keadaan itu tidak berkata apa-apa. Susahnya mahu memujuk anak dan isterinya.

“Makanlah Arah, biarkan dorang tu.” Sarah angguk perlahan.

Photo: Plain feelin

Air mata yang hampir tumpah dikawal sebaik mungkin. 

17 comments :

  1. Sedih sangat dengan nasib sarah ni....

    ReplyDelete
  2. thanks sri..terasa cm lama je nk tunggu entry baru ni..hehehe....mmg sedih kan..huhu...sabar la sarah...

    ReplyDelete
  3. X SUKA KESIAN DNG SARAH BILA ARI NAK SEDAR HI X SANGGUP SAYA BACA.

    ReplyDelete
  4. SETIAP X BACA MESTI BERDEBAR-DEBAR.

    ReplyDelete
  5. Alahai....kesian kt Sarah!cpt2 hupdate yunk...xsabo ni:)

    ReplyDelete
  6. Anonymous - Kesiankan dengan Sarah ni. Sri memang sengaja nak tulis cerita yang macam sedih-sedih sikit sebab nak tengok readers sedih sekali tak. Hihi. :)

    ReplyDelete
  7. Nira Md. Jaffar - Erk.. lama ke? Rasa macam baru dua tiga hari tak update. hikhik

    ReplyDelete
  8. Baby mio - Alaa, nangis tak baca cerita Sarah ni? T_T'

    ReplyDelete
  9. Syuhada Syuu - Sabo.. Sabo.. InsyaAllah lusa ada entry baru k. Sabaq sat naa. Hihi. :p

    Terima kasih membaca. Hugs!

    ReplyDelete
  10. Sri...bile cite best...mestilah terasa lambat sgt entry baru....hehehe....pandai sri mainkan watak sarah...mmg berkesan....seriusly...sy sendiri pun rasa sedih sgt kat sarah...dan setiap kali ada entry baru mesti berdebar2 bile bc...hehehe...tol kata baby mio...mmg berdebar2......entah la bile la si ari tu nak jth cinta kat sarah...geram dgn perangai si ari tu...

    ReplyDelete
  11. Sri...bile cite best...mestilah terasa lambat sgt entry baru....hehehe....pandai sri mainkan watak sarah...mmg berkesan....seriusly...sy sendiri pun rasa sedih sgt kat sarah...dan setiap kali ada entry baru mesti berdebar2 bile bc...hehehe...tol kata baby mio...mmg berdebar2......entah la bile la si ari tu nak jth cinta kat sarah...geram dgn perangai si ari tu...

    ReplyDelete
  12. Nira Md. Jaffar - Nanti Sri update special entry kat sini k. Sekali sekala mesti ada punya.. Kalau tak nanti akak lupa dekat Sarah dengan Sri. Hikhikhik. :)

    ReplyDelete
  13. sri...rindunya dgn sarah...huhu...
    nanti bagi tahu ye..jika novel ni bile boleh dipasarkan...tak sabar nk tahu kisah sarah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Akak dah rindu sangat ke dengan Sarah. Okay..okay. Nanti kite up bab seterusnya! Promise. ;p

      Delete
    2. Mesti rindu sbb hati akak nk th hidup sarah yg rumahtangga dgn ari...bile time ari mula jth cinta dkt sarah...huhu...sayang sri....tak sabar nk tunggu..

      Delete
  14. Kalau hidup macam tu,mesti terseksa..Hanya disebabkan satu kejadian semua jadi benci kat Sarah..Buat apa nak benci,mujur ada orang masak dan sediakan juadah..Kalau tak memang kebulur mati terus..Hehehe..Joking only maa

    ReplyDelete