Friday 22 March 2013

Bab 3 Aku. Dia dan Stiletto


Saffiya yang ternampak kelibat Ashraff yang baru kembali ke pejabat segera berdiri. “Tuan.” Ashraff pantas menoleh. Keningnya diangkat sedikit sebagai tanda ‘ya, ada apa?’

“Tan Sri mahu Tuan ke biliknya sekarang.”

Ashraff mendekati Saffiya. “Macam mana Tan Sri tahu I dah balik ke pejabat semula?”


“Maksud saya Tan Sri nak Tuan berjumpa dengannya bila Tuan dah balik ke pejabat.” Ashraff mengangguk faham.

Pintu biliknya dikuak dan Ashraff menghilang ke dalam biliknya. Saffiya duduk dan melepaskan keluhan berat.

‘Dah balik tu terus jelah jumpa dengan Tan Sri. Kang aku jugak yang kena marah dengan Tan Sri. Tak sampaikan maklumatlah, tak cekap lah, tak call boss lah, itulah ini.’ Saffiya membebel perlahan. Sangat perlahan. Takut kalau ‘bos’ dengar. Mampus!

Tidak sampai seminit selepas Saffiya membebel, Ashraff keluar dari biliknya. Saffiya spontan berdiri. Takkan dengar kot?

I jumpa Tan Sri. Kalau ada sesiapa cari I ambil pesanan.” Saffiya angguk rakus. Melihat Ashraff yang berlalu dari meja kerjanya, Saffiya terduduk di kerusi semula.

Dadanya diusap perlahan. Fuh, gila. Mati-mati Saffiya ingat dia nak kena marah tadi.



Tan Sri Ahmad bin Salleh. Pintu bilik berwarna hitam itu diketuk perlahan. Yakin orang di dalam mendengar ketukan itu. “Masuk!” Laung Tan Sri Ahmad.

“Assalamualaikum, pa.” Tan Sri Ahmad yang sedang tekun membuat kerja terus panggung kepala memandang anak bujangnya yang sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Waalaikummussalam. Ash. Dari mana ni? Lambat masuk office hari ni.” Tan Sri Ahmad sempat melirikkan matanya ke jam yang tergantung di dinding. Almost 3.10 p.m.

“Ash keluar makan dengan Adi tadi tak sedar bersembang lama sangat sampai pukul 2.30 petang. Sambil balik tu Ash singgah solat dekat masjid kejap.”

Tan Sri Ahmad angguk lagi. “Berborak apa sampai tak sedar nak masuk kerja?”

Ashraff sengih segan. “Berborak pasal Helly. She’s coming back from London tonight.”

For good?” Ashraff mengangguk. Senyuman mekar terukir di bibirnya.

Tan Sri Ahmad sengih melebar. Suka dengan khabar berita yang dibawa oleh Ashraff. “Baguslah. Boleh papa dan Tan Sri Faruk berbincang pasal perkahwinan Ash dengan Helly. Lagipun kamu berdua dah lama sangat berkawan. Papa tak nak nanti Helly dikebas orang lain.”

Ashraff melepaskan keluahan berat. Dah agak dah kalau bercakap pasal Helinna pasti perkara utama yang timbul dalam perbincangan ialah tentang perkahwinan. Adoi, dia bukannya nak sangat berkahwin tapi kalau dah kena paksa kahwin memang terpaksalah dia turutkan juga.

“Pasal kahwin, Ash kena bincang dulu dengan Helly. Papa tahu kan Helly tu nak sangat jadi model antarabangsa. Sekarang masa untuk Helly cipta nama di Malaysia. Ash tak boleh paksa Helly kalau Helly belum bersedia.”

“Macam mana Helly nak bersedia kalau kamu pun masih tak bersedia. Papa tengok Ash bukan main lagi usung perempuan ke hulu ke hilir. Kita ni jangan jaga solat aje Ash tapi akhlak tak terjaga.”

Dah mula dah ceramah percuma Ustaz Ahmad. “Mana ada Ash buat macam tu. Ash hanya ..”

Sekeping surat khabar dicampak ke atas meja. Ashraff telan air liur. Ah, paparazzi mana pulak yang menyibuk ambil gambar dia berparty di rumah Melisa ni?!

“Ash apa? Berseronok? Ashraff, kamu anak tunggal papa. Pewaris The Legacy. Papa tak mahu kerana sikap sambil lewa Ash merosakkan reputasi The Legacy!”

“Sikap Ash takde kena mengena dengan The Legacy. Semua orang kenal Ash dan cara kerja Ash.. Kehidupan peribadi Ash takde sangkut paut dengan kerjaya Ash, pa.” Ashraff memandang tajam wajah Tan Sri Ahmad. Ingat papa dia aje boleh menempik?

Tan Sri Ahmad mula berdiri di hadapan Ashraff. “Sikap sambil lewa kamu ni boleh menjatuhkan The Legacy. Macam mana orang ramai nak percayakan Ash kalau Ash tunjuk akhlak yang tak elok?”

Ashraff merengus kasar. “Wartawan kat luar sana tu dah kna suap dengan pesaing kita. Dorang dah takde modal nak jatuhkan The Legacy sebab tu dorang keluarkan cerita-cerita karut macam ni, pa. Now, papa pun dah terpengaruh dengan newspaper?”

Tan Sri Ahmad menggeleng rakus. “Ini bukan sebab pesaing kita atau tak Ash. Ini sikap buruk yang patut Ash ubah. Takkan dah umur dua puluh enam tahun masih lagi nak buat perangai macam budak-budak? Bersuka ria sana sini? Kalau Helly tengok gambar kamu berpelukan dengan perempuan lain, apa perasaan Helly nanti!” Tempik Tan Sri Ahmad.

Dia sudah mula hilang sabar dengan sikap anak lelaki tunggalnya ini. Kalau dibiarkan sahaja sikap Ashraff mungkin akan merosakkan reputasi syarikatnya kelak.

Ashraff garu kepalanya yang tidak gatal. Kalau lagi lama dia tunggu dalam bilik ini boleh runtuh meja kerja papa dia asyik kena tepuk. Sekali dua tepuk boleh tahan lagi kalau seratus dua puluh kali tepuk mau sakit jugak tangan ni malam nanti.

 “Ash keluar dulu.”

Tidak berpuas hati dengan sikap anaknya, Tan Sri Ahmad menambah. “Duduk dulu. Papa masih ada banyak perkara lagi nak bincang dengan Ash.”

Mendengar suara Tan Sri Ahmad yang sudah berubah kendur, Ashraff duduk semula.  Nafas ditarik dua kali. Bertenang Ashraff, bertenang. “Papa, Ash dah besar. Ash boleh uruskan kehidupan Ash sendiri. Please jangan interfere dalam kehidupan Ash.”

Tan Sri Ahmad mengeluh berat. “Papa hantar Ash ke London untuk jaga Helinna. Untuk Ash kenal Helinna lebih mendalam sebab papa nak jodohkan Ash dengan Helinna. Dia orang yang paling layak berada di sisi Ash.”

“Pa, Ash dan Helly sama-sama dah matang. Kami tahu tentang penjodohan kami oleh keluarga masing-masing. Helly nak jalani kehidupan dia dan Ash pun nak enjoy life Ash jugak. Kami dah sepakat untuk tidak masuk campur dalam urusan masing-masing.”

Tan Sri Ahmad menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan sikap terbuka yang diamalkan oleh anak bujang dan bakal menantunya. “Papa tak mahu kamu dan Helly tersalah langkah. Papa tak mahu kamu kehilangan Helly.”

Ashraff senyum sumbing. Kehilangan Helinna? Tidak mungkin. Dia kenal sangat dengan Helinna. Helinna tetap akan kembali kepadanya walau sejauh mana pun wanita jelita itu terbang menjauhinya.

“Ashraff? Are you listening to me?” Tan Sri Ahmad melambai-lambaikan tangannya di depan muka Ashraff.

“Aaa.. ah. Yeah!”

“Papa dengan Tan Sri Faruk tu dah lama berkawan. Papa bukannya apa, memang teringin sangat kalau Helinna tu jadi menantu papa. Orangnya lemah-lembut, sopan, memang sesuai sangat dengan Ash.”

Ashraff senyap.

“Baiklah, papa harap kamu menjaga hubungan baik kamu dengan Helinna dan keluarga Tan Sri Faruk.”

Ashraff mengangguk lemah. “Ash keluar dulu.” 

Tan Sri Ahmad menghantar susuk tubuh anaknya yang melangkah keluar dengan keluhan berat. Susah betul bercakap dengan anak bujang dia yang seorang ni. Entah apa yang ada dalam fikiran anak dia pun dia tak boleh baca.

Akhirnya Tan Sri Ahmad kembali fokus kepada kerja yang masih menimbun.



Tubuhnya dihempas lemah di atas kerusi kulit berwarna hitam itu. Ashraff memeluk tubuh. Bingkai gambar yang memuatkan gambar Helinna bersamanya di Kota London hampir enam bulan yang lalu diambil.


Helinna sudah pulang ke Malaysia. Hampir dua tahun dia dan Helinna berjauhan kerana wanita itu masih mahu menetap di Kota London untuk mengembangkan kerjayanya di sana.  Dan dua tahun jugalah hidupnya di Malaysia seperti syurga. Tanpa Helinna di sisi tetapi dikelilingi oleh wanita-wanita jelita lain.

Ashraff melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Kedua-dua belah tangan naik memegang kepalanya. “Helinna.” Sebaris nama itu sebutnya.

Dia akan menjemput Helinna malam ini. Helinna akan pulang ke sisinya. Bingkai gambar ditarik rapat ke dadanya.

 “You kena letak gambar I atas meja you. Kalau you rindukan I, kiss me on this picture!” Kata-kata Helinna semasa datang ke pejabatnya beberapa bulan yang lalu masih diingatinya. Helinna yang meletakkan gambar mereka di sini. Kalau harapkan dia, memang jangan haraplah.

Gambar Helinna dalam bingkai gambar berwarna putih itu dicium “I love you, Helly. I love you so much!” Adakah Helinna percaya bahawa cinta dia hanya untuk Helinna seorang sahaja sampai bila-bila walaupun dia suka menyendeng dengan wanita lain?

Bingkai gambar kembali diletakkan di tempat asal. Surat khabar di atas meja yang masih belum sempat diusik sejak pagi tadi disambar kasar.

Gambar dia merangkul erat bahu Melissa. Ahh, wanita jelita itu memang sukar untuk dijauhi. Dah Melissa yang menyendeng dekat dia, takka nak tolak? Gila ke apa?

“Kurang ajar! Ini mesti kerja Zamani si reporter gila tu! Dah takde cerita lain nak buat gamaknya. Asyik kacau hidup aku aje.” Surat khabar ditangan di campak kasar ke lantai. Menyampah dengan surat khabar yang memuatkan cerita-cerita sensasi tentang dirinya.

 Butang interkom ditekan. “Saffiya, masuk bilik I.” 

Tidak sampai tiga puluh saat pintu bilik Ashraff diketuk. “Masuk!”

Tanpa menunggu lebih lama, Saffiya melangkah masuk ke dalam bilik Ashraff. “Tuan perlukan apa-apa?”
“Mana dokumen projek perumahan baru di Sungai Buloh?” Saffiya mengecilkan matanya.

“Kenapa buat mata macam tu? Tak faham soalan I?”

Saffiya lekas-lekas menggeleng. “Bukan.. bukan macam tu. Dokumen tu saya dah letak atas meja Tuan pagi tadi.”

“Kalau dah letak atas meja I, takkan I nak tanya you?” Amboi..amboi. Kasar nampak bos dia hari ni. Sah kena basuh dengan Tan Sri Ahmad la kejap tadi tu.

Saffiya bergerak sedikit ke hadapan meja Ashraff. Sebuah fail berwarna biru muda ditarik keluar dari celah-celah fail di atas meja Ashraff. “Mungkin Tuan tak perasan kot masa saya letak pagi tadi.”

Ashraff berdehem beberapa kali. Alahai, nak cover malulah bos aku ni! Padan muka. Itulah cari dengan batang hidung lagi. Allah dah bagi mata tapi mulut jugak yang sibuk nak bekerja.

I tak perasan yang dokumen ni dah ada atas meja.! You boleh keluar.” Saffiya mengangguk dan melangkah keluar.



You are welcome!” Saffiya mengajuk sambil duduk di tempatnya. Nak cakap terima kasih pun susah. Teruk betul bos dia ni. Masa jadi setiausaha Tan Sri Ahmad dulu takde lah stress sampai macam ni.

“Patutlah Heliza letak jawatan. Harapkan muka aje kacak..” Saffiya masih belum puas mengutuk bos kesayangannya. Memang dia tak puas hati betul dengan cara Ashraff layan dia. Ingat dia ni kuli ke apa. suka hati aje nak marah. Dah la senyum pun tak nak.

Interkom yang tiba-tiba berbunyi mengejutkan Saffiya.

“Ye, Tuan.” Saffiya cuba menyembunyikan gugup di hatinya.

Thanks!” Apaaaa? Thanks? Saffiya pantas menekup mulutnya. Biar betul bos dia hari ni.. tersilap makan ubat ke?

You there?”

Aa..aa.. ya. Sama-sama.” Nah, terus gagap nak menjawab.

Saffiya mengurut dadanya. Ya Allah, rasanya boleh kena penyakit lemah jantung kalau hari-hari ada kejutan macam ni oleh bos dia. Dah la kalau dia mengumpat dalam hati pun boleh dia macam tahu-tahu aje.

Tak boleh jadi ni, takkanlah pakai ilmu hitam pulak bos dia ni? Tak mungkinlah.

“Hoi!”

“Opocot mak kau jadi mak aku!” Hilman ketawa besar.

“Amboi, tak sabar-sabar nak mak saya jadi mak awak ke?” Saffiya merampas fail di tangan Hilman dan menampar lengan Hilman dengan fail itu. Padan muka!

“Biar sakit! Siapa suruh awak terkejutkan saya macam tu. Kalau sakit jantung dah lama gol tau tak!” Hilman masih ketawa.

“Awak tu yang cepat sangat terkejut. Berangan ingatkan bos baru awak tu ke?” Tangan Hilman lurus menunjuk ke arah pintu bilik Ashraff. Siapa tak cemburu kalau makwe kerja dengan bos yang kacak macam Ashraff tu oiii.

Amboi, cemburu nampak. “Tak payah nak cemburu. Sekacak mana pun Tuan Ashraff tu, awak tetap yang satu dalam hati saya.”

Hilman senyum lebar. “Saya tahu dah. Awak memang dah gila bayang dengan saya, kan?”

Saffiya menjeling tajam. “Dah, jangan nak perasan sangat. Ni apahal datang office saya awal sangat ni? Baru pukul 5.20 petang. Belum boleh balik lagi.” Saffiya duduk kembali di kerusi.

Hilman menarik kerusi di hadapan Saffiya. Tanpa dijemput Hilman melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. “Saja nak datang skodeng kekasih hati saya ni buat apa.”

Saffiya membulatkan matanya. “Awak jangan nak buat lawak Pak Pandir dekat sini eh. Kalau bos saya keluar nanti mampus saya kena marah tau!”

“Takkanlah Ash tu nak marahkan saya kot. Lagipun dah lama saya tak berbual dengan bos kesayangan awak tu. Dia ada dekat dalam ke?”

Ha, ini soalan bodoh. “Kalau bos takde, dah lama saya balik awak oi. Takkan nak tunggu jadi patung dekat sini sampai pukul enam. Ingat saya ni lurus bendul sangat ke?”

“Ooo, ada hati nak balik kerja awal?”

Zap!

Automatik tubuh Saffiya berdiri. Kepalanya di toleh ke sisi. Ralit sangat berbual dengan Hilman sampai tak sedar bos berdiri di tepi pintu. Saffiya tersengih malu. “Bukan macam tu Tuan..Saya lawak aje tadi tu.” Bibirnya masih mengukir senyuman.

Hilman bangkit menolak kerusi. Tangan dihulurkan kepada Ashraff. “Lama tak nampak kau!”

Ashraff menyambut huluran tangan Hilman. Tubuh Hilman berlaga seketika dengan tubuh Ashraff. “Dah kau tu datang tak naik atas memang la tak nampak aku. Jom masuk bilik aku.” Ashraff menepuk perlahan bahu Hilman.

Hilman ketawa besar. “Memang datang tunggu dekat bawah aje jemput cik kak sayang ni.” Hilman menjeling manja ke arah Saffiya yang masih tersengih kepada Ashraff. Sumpah malu kutuk bos dia tak habis lagi.

“Kejap lagi tunggu saya tau!”  Saffiya pantas menganggukkan kepalanya.

Sekali lagi terkejut dengan bos dia hari ini. kan dah kata kalau kutuk aje bos dia ni mesti dia muncul. Macam tahu-tahu aje kena kutuk.

Silly you!” Saffiya ketuk kepala sendiri dengan pen yang masih melekat di tangan.



4 comments :

  1. Thank you baby mio. Lepas ni baca lagi tau. Kena tahu apa yang jadi dekat Aulia dan Ashraff. Hihi. :)

    ReplyDelete
  2. You inspired me! Splendid anyway!

    ReplyDelete