Thursday 28 March 2013

Bab 6 Aku, Dia dan Stiletto



Ketukan di pintu membuatkan Aulia melompat terkejut. Dah la tak kunci pintum pakai tuala separas peha aje sekarang ni.

“Sekejap!!” Aulia segera menyarung baju tidur bercorak hello kitty ke tubuhnya. “Lia baru lepas mandi, seminit aje!”

Sikat di atas meja di capai dan rambut panjang mengurai separas belakang disikat ala kadar. Asal tak nampak macam hantu Kak Limah sudah lah.

Kaki melangkah ke pintu. Tombol pintu kayu berwarna putih itu dipulas. “Daddy. Ada apa?”

Datuk Rahman melangkah masuk ke dalam bilik Aulia. Aulia membontoti Datuk Rahman dari belakang. “Baru lepas mandi ke?” Aulia angguk

“Lia balik lambat tadi, pergi mana?”

Aulia mengeluh lemah sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna putih itu di sisi Datuk Rahman. Kepalanya dilentokkan di bahu Datuk Rahman. “Lia terserserempak dengan orang gila petang tadi.”

Datuk Rahman kerut dahi. “Orang gila betul-betul ke? Lia okay ke tidak? Dia buat apa dekat Lia? Kalau dah tahu gila kenapa Lia layan?”

Aulia terkebil-kebil pandang wajah Datuk Rahman. “Banyaknya soalan daddy.

“Aulia Rahman, daddy bukannya buat lawak dengan Lia sekarang ni. Macam mana Lia boleh terserempak dengan orang gila tu? Dia buat apa-apa tak dekat Lia?” Aulia menggeleng. Bahu Datuk Rahman dirangkul erat.

“Takde apa-apalah daddy. Kalau Lia tahu dia tu gila. Lia tak layan dia. Daddy, you know what? Thay guy lah yang berebut kasut dengan Lia tempoh hari! Sakit hati betul tengok muka dia tadi.” Aulia kepal penumbuk.

“Janganlah kepal penumbuk tu, macam orang lelaki tau. Tak elok anak dara buat perangai kasar macam tu.” Aulia sengih panjang.

“Bukan buat betul-betul pun. Lia acah aje.”

“Tadi Lia cakap that guy beli kasut? Heels?” Aulia angguk. “Dia beli heels untuk apa? Lelaki mana pakai heels.” Aulia tepuk dahi.

“Aduh daddy ni, bukan beli untuk dia. Mestilah dia beli untuk teman istimewa. Apalah daddy ni.”Mulut Datuk Rahman berubah bentuk, o.

“Habis Lia tak cakap dengan dia yang Lia nak kasut tu ke?” Darah Aulia menyirap tiba-tiba. Teringat aje pasal peristiwa dia terpeluk Ashraff beberapa hari yang lalu terus rasa nak marah aje hati dia ni.

“Lia dah mintak tapi dia tak bagi. Teruk kan lelaki macam tu. Sepatutnya as a good and  sebagai menunjukkan dia tu gentleman, dia kenalah tunjuk contoh yang elok sikit. Ini tidak, ada ke dia siap bergaduh dengan Lia dalam shopping mall tu! Sakitnya hati Lia.” Datuk Rahman tayang riak teruja mahu mendengar cerita anak gadis kesayangannya.

“Betul ke lelaki tu bergaduh dengan Lia?”

Aulia angguk rakus. “Betul daddy! Lia dah pegang dah kasut tu, memang nak beli dah. Boleh ke dia datang rampas kasut tu lepas tu nak pergi bayar. Terukkan? Malang betul siapa yang kahwin dengan lelaki macam tu.”

“Kenapa Lia tak call daddy masa tu? Boleh daddy terus ke sana tengok Lia. Biar daddy ajar sikit lelaki yang berani buli anak kesayangan daddy ni!” Aulia tersengih puas. Padan muka Ashraff. Dah kena kutuk dengan dia dekat daddy.

“Alah, sikit aje. Lia malas nak bergaduh dengan lelaki otak senteng macam tu. Takde guna bergaduh dengan dia sebab kasut. Banyak lagi kasut lain yang Lia boleh beli. Bukan cantik sangat kasut tu..” Hati Aulia menangis. Tak cantik? Cantik gila kot kasut tu.

Ini semua Ashraff punya pasal. Kalau bukan sebab lelaki tu berkenan dengan kasut tu mesti kasut tu dah jadi hak milik dia sekarang ni.

Puas dia protes dengan Datin Zahrah untuk dapatkan kembali kad kredit dan kad ATM miliknya dan tidak sia-sia sakit perut dua hari lepas. Akhirnya dia dapat semula kad kredit dan kad ATM. Yebedabedo!

“Habis tu tadi macam mana Lia boleh terserempak sekali lagi dengan lelaki tu?” Aulia kalut. Takkan nak cerita yang dia hampir melanggar Ashraff sebab dia sibuk berbual di telefon dengan Fazri kot? Kau nak mampus.

Silap hari bulan lepas ni pergi balik kernja berjemput dengan Pak Halim. Oh.. no!
“Lia?”


“Ahh.. ah. Tadi tu Lia terserempak dengan dia dekat kedai makan. Sibuk panggil Lia sebab nak minta maaf pasal kejadian hari tu la. Lia memang malas nak layan dia.”

“Habis tu Lia tak terima maaf dia? Tak baik buat orang macam tu, sedangkan nabi pun ampunkan umatnya, takkanlah Lia tak boleh maafkan orang yang buat salah dekat Lia.lagi pun kasut tu kan boleh beli lagi nanti.”

Aulia berdehem kecil. “Eh, mana ada. Ini Aulia Rahman tau. Mestilah Lia dah maafkan dia. Lia ni kan anak daddy yang baik hati, haruslah sedia memaafkan orang lain.”

Datuk Rahman menarik nafas lega. “Good girl! Macam tulah anak daddy.” Datuk Rahman gosok kepala Aulia. “Mmm, daddy datang sini nak tanya Lia sikit ni.” Aulia pandang wajah Datuk Rahman. Liur ditelan. Ah sudah… mesti pasal tengah hari tadi!

Daddy nak tanya apa?” Aulia menyembunyikan riak gusar yang bertamu di wajahnya.
“Kenapa Lia bergaduh dengan Salina petang tadi.”

Duh! Dah agak dah mesti Salina tu pergi report dengan daddy dia. Dasar perempuan manja! Mengada-ngada. Menyampah!

“Mana ada bergaduh. Dia buat report tu salah, Lia just minta dia betulkan semula aje. Takkan tu pun salah kot?” Aulia menjeling sedikit ke arah Datuk Rahman. Tiba-tiba aje jadi beremosi sekarang ni. Rasa macam Datuk rahman dah lebihkan orang luar daripada dia sendiri.

“Bukan..bukan macam tu maksud daddy.”

“Habis tu?” Aulia mencelah dengan nada merajuk.

“Lina datang jumpa daddy sambil menangis. Kenapa Lia campak fail dekat muka dia?” Aulia automatik tegak berdiri di depan Datuk Rahman. Salina cakap dia campak fail?

“Habis tu daddy percaya cakap dia?”

Datuk Rahman mengeluh perlahan. Susah betul nak berbincang dengan anak dara dia ni, kepala batu. Tegur sikit aje dah melenting. “Kalau Lia tak buat macam tu takkan Salina nak datang bilik daddy sambil menangis teresak-esak, kan?”

“Kalau daddy percaya cakap dia, terpulang. Tapi apa yang berlaku petang tadi tak sama macam Lina cakap tu. Memang dia tu sepupu Lia tapi Lia takkan bertolak ansur dengan orang yang kurang ajar macam Lina tu, daddy!”

Datuk Rahman bangkit mendapatkan Aulia yang sudah berpeluk tubuh. Garang sungguh anak dara dia ni. “Janganlah garang dengan daddy. Daddy minta maaf sebab tuduh Lia yang bukan-bukan tapi daddy cuma nak Lia sedar yang tindakan Lia tu kadang-kadang salah.”

Aulia merengus kasar. “Kalau daddy tak tahu apa yang berlaku, jangan tuduh macam Lia yang salah. Daddy patutnya tanya Lia apa yang Lina buat dekat Lia sampai Lia campak fail tu dekat kaki dia, bukan dekat muka!”

Datuk Rahman mengusap belakang anak gadisnya. Mata Aulia yang sudah mula berkaca diperhati dengan hati yang pedih. Kalau anak dia dah mula menangis dia pun sedih. Lagi suka kalau anak dia mengamuk tak tentu pasal daripada melihat anak gadisnya menangis.

I am sorry okay. Daddy janji kita takkan cakap pasal benda ni lagi ya.” Aulia masih tayang merajuknya. Keras kepala Aulia ni boleh tahan jugak.

“Janganlah merajuk lagi. Kalau anak kesayangan daddy ni merajuk, siapanak berbual dengan daddy? Dah la daddy kena makan dengan mummy aje tadi, anak daddy takde. Makan pun tak kenyang tau sebab risaukan Lia entah merayap ke mana.”

“Mana ada Lia merayap!” Datuk Rahman ketawa dalam hati. Dah tahu dah anak dia ni pantang kalau kena tuduh yang bukan-bukan pasti mulut tu berbunyi.

“Iyelah.. iyelah. Lia terserempak dengan lelaki gila, kan? Yang buli Lia sebab nak beli kasut yang Lia suka tu kan?” Aulia angguk manja.

Datuk Rahman menarik Aulia ke dalam pelukannya. “Kan mummy dah pulangkan kad kredit Lia semula, Lia pergilah beli kasut baru.”

Aulia sengih penuh makna. “You don’t have to tell my daddy.”

Datuk Rahman menjarakkan pelukan. “Berapa pasang kasut baru Lia dah beli tadi?” Aulia angkat jari dua. “Dua pasang?” Suara Datuk Rahman yang sedikit kuat menyebabkan Aulia lekas-lekas menekup mulut daddynya.

“Janganlah kuat sangat! Kalau mummy dengar nanti dia ambil balik kad Lia, Lia ambil kad daddy!” Ugut Aulia separuh berbisik. Bukan main, dia pula yang ugut daddy dia sekarang ni.

“Lia beli kasut apa lagi ni Lia? Kat dalam rak kasut tu, tolak kasut daddy, mummy dengan Mak Bib semua kasut Lia. Tak cukup lagi?” Aulia geleng kepala. “Tak cukup?” Bisik Datuk Rahman sedikit keras. Eh, dia pun dah cakap berbisik-bisik macam Aulia padahal isteri dia ada di dapur dengan Habibah.

“Bukan tak cukup tapi Lia stress tadi sebab tu Lia pergi shopping. Mula-mula tak nak beli tapi sebab nampak muka Lina dekat kasut tu, jadi Lia belilah. Ingat nak pijak-pijak muka dia sebab geram sangat.”

“Tu baru sepasang. Lagi sepasang Lia beli sebab apa pula?”

“Lagi sepasang tu Lia beli sebab Lia geram dekat lelaki gila yang berebut kasut dengan Lia hari tu. Lia asyik terbayang-bayang aje muka dia dekat kasut tu tau, daddy. Lia dah jalan pergi tempat lain dah tapi Lia patah balik sebab teringat-ingat dekat kasut tu. Sebab tu Lia beli. Kalau tak memang Lia tidur tak lena malam ni.” 

Datuk Rahman menyelerakkan rambut di kepala Aulia sehingga menyebabkan Aulia menjerit geram. “Anak daddy ni ada aje alasannya. Nampak muka Lina lah, muka lelaki gila lah, tak boleh tidur lah.. macam-macam. Akal ni banyak!”

“Betul, Lia bukan reka-reka cerita dekat daddy. Kalau ada tipu-tipu sikit tu semua tipu sunat, bukan tipu betul-betul pun.” Datuk Rahman gelak besar. Ada-ada aje anak dara dia ni.

“Dah la, daddy nak masuk tidur. Esok kerja. Jangan masuk lambat.” Aulia angguk bersungguh-sungguh.
Good night daddy. I love you.”

Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi kiri dan pipi kanan Datuk Rahman.



Mata Ashraff terkebil-kebil memandang siling. Memang mata dia dah mengantuk macam nak gila tapi susah gila nak terlelap malam ini. Tak tahulah dia teringatkan siapa.. Helinna atau gadis bernama Siti Habibah yang sangat jelita.

Serius dia langsung tidak sangka nama si jelita yang hampir langgar dia petang tadi ialah Siti Habibah. “Comel jugak nama perempuan tu. Siti Habibah…” Ashraff mengukir senyum.

Sumpah ini kali pertama dia jumpa perempuan yang berani gila macam perempuan tu. Selalunya perempuan memang akan mengalah dengan dia. Muka kacak macam Henry Golding kot.. Takkan tak cair. Tapi peliknya perempuan petang tadi langsung tak tergoda dengan dia tapi lebih tergoda dengan kasut tumit tinggi sampai sanggup nak bayar dia lebih harga.

“Saya sanggup bayar berapa aje yang encik minta. Tolonglah.. saya nak sangat kasut tu. Nyawa saya tu!” Dan dia.. jangan harap mahu mengalah.

Ini Ashraff Tan Sri Ahmad tau, tak pernah mengalah dengan mana-mana perempuan. Helinna? Pun tak pernah dia mengalah dengan wanita jelita itu.

Tidak puas asyik memandang siling, Ashraff duduk bersila di atas katilnya.

Argh! Kenapa tak boleh tidur malam ni? Takkan kena sumpah dengan perempuan gila tadi kot?” Ashraff menggaru kasar kepalanya yang tidak gatal.

Sumpah dia rasa tak boleh terima keadaan dia malam ni.

“Dah pukul 1.40 pagi ni Ashraff oi, tidur! Tidur!” Ashraff sekali lagi merebahkan kepalanya di atas bantal.

Terlupa membuat sesuatu. Ashraff panggung kepalanya sedikit. Bantal ditepuk tiga kali. “Semoga tidur lena, Ash.” Kepala dilabuhkan di atas bantal bercorak asbtrak berwarna biru muda.

Matanya di pejam beberapa kali.

“Arghhh! Tekanan jiwa betul aku malam ni! Kenapa tak boleh tidur ni?!” Ashraff bangkit dari katil. Kaki melangkah keluar dari bilik. Kaki melangkah menuruni satu per satu anak tangga.

Suis lampu dapur dipetik. Beberapa saat kemudian ruang dapur yang tadinya gelap diterangi cahaya lampu.

Segelas mug berwarna merah hari dicapai. Peti sejuk dibuka. Susu dalam kotak dituang ke dalam gelas. Ashraff masih berdiri di depan pintu peti sejuk sambil meneguk rakus segelas susu.

“Harap-harap boleh tidur.”

Suis lampu dapur dipetik dan serta-merta ruang dapur menjadi gelap kembali. Kaki menapak ke tingkat atas. 

4 comments :