Sunday 14 April 2013

Bab 10 Aku, Dia dan Stiletto



Aulia pandang wajah jelita di hadapannya. Baru tiga hari lepas dia melepak dengan Helinna di Restoran Inang-Inang, hari ini sekali lagi Helinna ajak dia makan malam bersama. Amboi, tak puas-puas Helinna nak tengok muka cantik dia agaknya.

“Kau ni dah kenapa yang asyik pandang muka aku ni? Aku cantik sangat atau muka aku dah macam Demi Moore?” Aulia rasa ketawa mahu tersembur keluar.

“Perasan sangat kalau aku pandang muka kau eh? By the way, Demi Moore tu dah tua sangat kalau nak dibandingkan dengan muka kau tu. Kenapa, dah tak sabar nak ada wrinkle dekat mata?”


“Kau ingat aku duk kacau-kacau air dalam gelas ni aku tak nampak muka kau pandang aku? Mata aku ni ada kepala tau! Pasal Demi Moore tu… walaupun dia ada wrinkle, ex-husband dia kacak sangat!” Ketawa Aulia tidak mampu ditahan lagi.

“Kacak sangat sebab tu cari perempuan lain yang muda dan cantik.” Ada keluhan dalam nada Helinna. Dah kenapa pulak dengan kawan dia seorang ni!

“Kau asyik ajak aku lepak aje ni, kenapa? Ada masalah dengan jejaka kacak kau tu?” Helinna mencebik. Rasa meluat kalau nak bersembang pasal Ashraff.

“Malaslah cakap pasal dia. Selama aku balik sini, kalau keluar dengan dia tak pernah buat hati aku ni rasa aman, tenteram atau bahagia. Pandang muka dia aje aku rasa nak cakar-cakar muka dia tu!” Aulia membuntangkan matanya.

“Kenapa?”

Helinna menghela nafas kuat. Mungkin Aulia adalah pilihan yang tepat untuk dia berbual. Masa dia berjumpa dengan Aulia tiga hari lepas mereka lebih banyak berbual tentang masa lepas dan zaman sekolah, sekarang ni mungkin masa untuk bercerita tentang masa depan.

“Aku rasa aku takde masa depan dengan dia.” Aulia rasa potongan kentang KCF yang masuk dalam mulut dia dah macam sebiji kentang dah. Rasa penuh satu mulut sampai susah nak menyampuk cakap Helinna.

“Kau biar betul Helly. Jangan main-main. Kau cakap tu fikir sikit jangan ikut sedap mulut kau aje. Ingat sikit kata-kata tu semua doa tau!” Ah, pandailah dia. Yang dia duk kutuk Hazrul dekat Fazri tu tak ingat pula yang semua kata-kata tu doa.

“Aku tak main-main dengan kau Lia. Aku tak tahu nak cakap dengan siapa-siapa lagi dah. Kau tahulah kan aku ni bukannya ada kawan yang betul-betul kawan. Semua yang berkawan dengan aku sebab kepentingan masing-masing. Kalau tersalah cakap sikit aje, masuk newspaper.” Aulia mengangguk faham.

“Kenapa kau rasa dia bukan Mr. Right kau?” Ah, dah nampak gaya macam dia ni kapochi sangatlah pulak. Eh, tapi kalau tak tanya nanti Helinna ingat dia tak sudi mendengar pulak. Lantaklah kalau nak kata dia menyibuk pun. Lagipun dia sibukkan hal kawan baik dia, apa salahnya.

“Kau rasa dia setia dengan aku tak?” Aulia tarik gelas air pepsi di depannya.

“Manalah aku kenal siapa sebenarnya Ashraff tu.” Sebatang hirisan kentang KFC disumbat lagi ke dalam mulutnya. Malam ni Helinna cakap dia teringin sangat nak makan KFC, jadi Helinna paksa dia datang sini. Tapi sekarang ni nampak gayanya macam dia seorang aje yang sibuk menyumbat makanan ke dalam mulut.

“Kejap, kejap. Aku rasa makanan kau tu belum berusik lagi. Bukak mulut aku tolong suapkan.” Mahu tidak mahu Helinna terpaksa juga nganga mulut apabila ayam goreng KFC sudah dilayurkan dia depan matanya. “Okay, teruskan cerita kau tu.”

“Kau ni.. Aku tengah serius ni, kau jangan buat lawak boleh tak?” Aulia ni kalau dah buat perangai manja brutal dia tu memang kelakar sangat!

“Kau kenal tak siapa Ashraff tu sebenarnya?” Aulia membetulkan kedudukannya. Takkan dia nak beritahu dengan Helinna yang syarikat daddy dia ada buat usahasama dengan The Legacy pasal projek perumahan di Sungai Buloh tu dan dia ada bekerja bersama Ashraff kot?

Aulia berfikir dalam-dalam sebelum bercakap. Takut kalau Helinna tersalah sangka dengan hubungan dia dan Ashraff. Tapi sumpah dia memang baru tahu yang Ashraff juga terlibat sama dalam projek tu. Kalau lah dia tahu yang Ashraff ialah COO The Legacy yang terlibat sama dalam projek perumahan tu memang dia takkan jadi pengurus projek itu.

“Aku tak kenal dia sangat. Yang aku tahu dia tu COO The Legacy. Papa kau ada share dalam company tu kan?” Helinna angguk.

“Jadi kau tak kenal siapa Ashraff?” Aulia menggeleng. “Dia anak Tan Sri Ahmad.” Aulia terbatuk beberapa kali. Air pepsi yang baru melalui rongga tekaknya terasa perit. Sumpah rasa perit sangat-sangat!

Anak Tan Sri Ahmad? Tan Sri Ahmad Salleh? Uncle Ahmad? Biar betul! Takkanlah dia anak kawan daddy dia kot? Ya Allah, kecilnya dunia ni. Sumpah dia rasa tak percaya dengan berita yang disampaikan oleh Helinna.

“Oh…” Hanya perkataan itu yang mampu diucapkan oleh Aulia. Kenapa semasa dia ke The Legacy dia tak dengar Ashraff panggil Unlce Ahmad dengan panggilan papa atau ayah atau daddy atau apa-apalah yang menunjukkan mereka tu anak-beranak.

 “Kau ingat lagi kan yang aku cakap dengan kau pasal jodoh aku dengan dia memang dah ditentukan oleh parents aku dan parents dia?”

“Kau dah cakap dulu masa zaman sekolah. Aku ingat sampai mati agaknya sebab aku rasa parents kau paling kolot sekali waktu tu. Zaman sekarang ni mana ada lagi dah orang yang nak jodohkan anak-anak dia dengan pilihan dorang. Semua orang dah cari pilihan hati sendiri.” Aulia tergelak kecil.

Sorry, aku takde maksud nak kutuk family kau. Aku just rasa ..”

Belum sempat Aulia habis bercakap, Helinna sudah mencelah. “Aku faham. Aku pun rasa mama dan papa aku kolot. Kau pernah nampak muka dia dalam surat khabar?” Aulia garu kepala. Surat khabarlah bahan media bercetak yang sumpah dia memang malas gila nak baca. Kalau dia nak tahu perkembangan dunia bisnes terus tanya dengan Atiya aje, setiausaha dia.

“Aku malas maca newspaper la, babe.” Helinna mengeluh.

“Kau ni teruk betul! Patutlah selalu kena marah dengan cikgu masa zaman sekolah dulu sebab tak tahu perkembangan dunia semasa. Ingatkan bila dah habis belajar ni berubah, sama aje!”

“Aku sibuk la, masa ada masa nak baca newspaper. Lagipun apa guna ada Atiya kalau tak boleh bagitau aku perkembangan terkini tanah air.” Aulia gelak mengekek. “Apa kaitan Ashraff dengan newspaper? Takkan dia tu usahawan hebat sangat sampai selalu masuk dalam surat khabar kot?”

Helinna menjeling. “Bukan masuk surat khabar sebab dia tu usahawan berjaya tapi masuk paper sebab lain.”

Riak muka Aulia berubah seratus dua puluh peratus. “Dia mengedar dadah ke, babe?” Aulia berbisik perlahan.

Helinna tampar lengan Aulia. “Adoi, kenapa tampar aku?”

“Ei.. Kau ni kan.. Mulut tu! Ada ke cakap macam tu.” Helinna tunjuk-tunjuk mulut Aulia sebelum Aulia menarik tangan Helinna dan meletakkan tangan itu di atas meja semula.

“Habis tu.. Kau jugak yang cakap dia masuk paper tadi kan..”

“Memanglah tapi bukan sebab urusan bisnes atau kes jenayah. Ini pasal lain.” Aulia bertambah pening. Sebab utama yang menjadikan sesuatu berita itu disiarakan dalam akhbar mestilah cerita itu sensasi. Ashraff masuk paper sebab apa pulak?

“Kaki parti.” Aulia rasa rahang gigi dia dah jatuh berterabur di atas lantai. Rupanya Ashraff tu suka berparti rupanya.

“Minum ke?” Helinna jongket bahu. Mulut Aulia ternganga sedikit. Tak sangka. Muka tu memanglah nampak sangat gaya buaya darat tapi tak sangka perangai pun teruk.

“Habis.. Kau dah tanya dia ke?”

“Nak tanya apa lagi kalau bukti dah ada depan mata aku. Kau ingat aku perlu baca paper ke nak tahu pasal cerita dia tu? Dalam internet pun belambaklah, babe!” Nada suara Helinna sedikit meninggi kali ini.

“Aku bukan nak sebelahkan Ashraff tu tapi dalam internet atau dalam paper yang kau tengok tu semua mungkin super-imposed. Kau tahulah kan sekarang ni zaman 2013, semua dah canggih. Macam-macam orang boleh buat.” Helinna menggeleng.

“Aku kenal sangat siapa Ashraff tu. Bukan sehari dua aku berkenalan dengan dia, dah lama. Bertahun-tahun dah. Aku faham sangat kerenah dia tu.”

“Habis tu kau nak buat macam mana sekarang ni, Walau apapun yang berlaku, kau tetap kena kahwin dengan dia sebab mama dengan papa kau dah pilih dia adalah calon suami yang paling sesuai untuk kau.”

Helinna menghela nafas berat. “Aku ni cukup cantik untuk pilih jodoh aku sendiri Lia. Aku rasa aku tak nak kahwin dengan Ashraff.”

“Rasa?” Aulia angkat kening.

“Aku yakin yang aku masih belum bersedia untuk terima Ash dalam hidup aku. Aku belum rasa nak kahwin lagi sekarang ni. Lagi pun mama dia tak berapa suka sangat dengan aku ni.”

“Mama dia?” Aunty Lydia tak sukakan Helinna yang cantik dan sopan-santun ni? Biar betik! Langsung dia tidak percayakan Helinna. Kenapa pula Aunty Lydia tak sukakan dia? Pelik.

Helinna angguk.

“Kenapa  mama dia tak suka kau?” Wajah itu masih menayang riak yang sama. Langsung tidak terusik dengan pertanyaan Aulia.

“Aku bercakap dengan kau, bukan dengan ayam dalam pinggan kau tu, Helly!”

“Sebab aku cantik sangat kot?” Dah mula lawak bodoh dah Helinna ni..

“Aku bukan buat lawak bodoh dengan kau, babe. Aku tanya betul-betul ni kenapa mama dia tak suka denga kau yang cantik ni?”

“Sebab aku model. Mama dia suka perempuan yang duduk rumah boleh jaga anak dia. Aku suka merayap ke luar negara sebab kerja. Mama dia tak suka.”

“Ah.. pasal tu boleh bincang lagi. Kau quit ajelah kerja kau tu. Lagipun tiada apa yang lebih penting bila kau dah kahwin. Duduk rumah jaga anak. Ha.. Ashraff tu cukup jutawan nak sara kau anak-beranak. Kalau kau nak suruh dia sara aku sekali pun dia mampu.” Aulia tergelak sambil bercakap. Bukan main lagi nak suruh sara dia juga. Nak bermadu ke?”

“Kau nak bermadu dengan aku?”

“Kau sanggup?” Aulia masih gelak sakan.

“Kalau kau madu aku, aku tak kisah sebab aku sayang dekat kau.”Giliran Helinna pula bergelak sakan. Seronok berbual dengan Aulia. masing-masing kuat menyakat. Sekali disoal, berbelas jawapan yang keluar.

“Helly, kau kisah ke mama kalau dia tak suka kau?” Kepala Helinna digelengkan. Suasana kembali sedikit tegang.

Aulia menarik tangan Helinna yang diletakkan di atas meja berwarna putih. Tangan kawan baiknya digenggam erat. “Kau memang tak kisah apa yang mama dia fikir pasal kau?”

“Aku dah besar Lia.. aku ada hidup aku sendiri. Jalan aku sendiri. Kau tahukan betapa aku bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang ni. Takkan semudah tu aku nak lepaskan apa yang aku ada, aku belum cukup puas lagi!”

“Rileks.. Aku faham perasaan kau. Aku sokong apapun keputusan yang kau buat asalkan kau bahagia. Tapi aku nak tanya kau satu benda.. Kau yakin dengan hati kau yang kau memang takde apa-apa perasaan terhadap Ash?”

Helinna membuang pandang keluar tingkap. Menarik nafas dalam-dalam dan berfikir seketika sebelum menjawab soalan Aulia. “Aku dah fikir berhari-hari.. No! Bertahun-tahun pasal benda ni. Aku tak sampai hati nak lukakan hati sesiapa.”

“Kau tak jawab soalan aku pun.”

Helinna pandang wajah Aulia. “Kau kawan aku yang paling aku percaya sejak zaman sekolah sampailah sekarang ni. Aku perlukan pertolongan kau.”

Aulia kerut kening. Janganlah minta tolong yang bukan-bukan. Doa Aulia dalam hatinya. “Anything for you.”  Ahhh! Sepatutnya dia cakap apa sahaja asalkan bukan yang menyusahkan aku.

Thank you. Aku tahu aku memang boleh harapkan kau.” Helinna bangkit mendapatkan Aulia. Tubuh Aulia dipeluk erat.

“Dah, makanlah. Kau jugak yang teringin sangat nak makan KFC tadi kan. Sekarang ni aku yang pulun makan sorang-sorang. Ayam kau tu tergolek cantik lagi dalam pinggan. Nah!” Sekali lagi Aulia memaksa Helinna membuka mulut.

“Eh, lama akau tak dengar cerita pasal Kartini. Apa khabar mak cik tu?”

“Bukan mak cik lagi tapi dah mak orang.” Mata Helinna membulat.

“Bila?” Ya Allah, banyaknya benda yang dia terlepas. Kawan baik sendiri kahwin pun dia langsung tidak tahu. Menghilangkan diri ke London lama sangat sampai langsung tidak berhubung dengan kawan-kawannya dia Malaysia.

“Itulah kau, kalau boleh nak terus hilang ditelan bumi London sampai kami dekat Malaysia ni langsung tak dapat jejak kau. Tini dah kahwin dengan Hairil. Husband dia pun doktor macam dia jugak.”

“Sebaya?” Aulia menggeleng.

“Tua empat tahun daripada aku kalau tak silap aku. Lebih kurang tu lah, empat lima tahun macam tu.”

“Dah lama ke dia kahwin? Alahai, anak dia mesti comel macam dia.” Helinna terbayang wajah bulat Kartini semasa zaman mereka belajar dahulu.

“Ehhh, kau mesti ingat dia gemuk lagi kan?” Helinna pantas mengangguk.  “Hello, tolong sikit ya. Tengok siapa jurulatih paksa dia kurus. Ini tau!” Aulia menunding jari ke arah diri sendiri sambil ketawa besar.


“Dia dah kurus? Kau biar betul Lia!”

Eh, buat muka tak percaya pulak Helinna ni. “Kau ni, kang sekali aku debik kang!” Aulia sibuk mengeluarkan Iphone 5 dari tas tangan Channel miliknya. “Ni, tengok ni. Ni gambar beberapa minggu lepas masa aku pergi jogging dengan dia. Tak percaya sangat yang dia tu dah kurus.”

Mulut Helinna ternganga luas. Memang sukar dipercayai. “Tini dah pakai tudung ke?”

Aulia angguk. “Lepas dia kahwin terus dia pakai tudung.”

Sekali lagi mulut Helinna ternganga. Bagusnya suami Kartini dapat membimbing dia ke arah kebaikan. “By the way kau ke yang paksa dia kurus sampai macam ni? Takkan lepas dia bersalin pun tak gemuk kot?”

“Lepas bersalin jangan cakaplah macam tong drum dah gayanya, aku paksa dia pergi bersenam la. Bukan aku tak bagi dia ambil pil kurus, tapi ada sekali masa zaman universiti dulu dia pengsan sampai masuk hospital sebab pil kurus. Lepas aje daripada kejadian tu memang aku pangkah terus pil kurus!”

“Nak pulak dia ikut kau pergi jogging? Masa zaman belajar dulu kalau kita turun jogging bukan main liat lagi dia nak ikut.”

Aulia tayang gigi putih. “This is Aulia okay.” Helinna ketawa besar.

“Kau memang kalau dah memaksa orang memang tak pernah kalah. Kau aje yang yang nak menang setiap masa.”

Suka sangat kalau melepak dengan Aulia sebab dia tahu Aulia seorang yang kelakar dan akan membuatkan dia rasa mahu ketawa dan terus ketawa. Kalau melepak dengan rakan-rakan sekerja dia semuanya suka sangat nak tayang barang berjenama, hadiah dari kekasaih itu ini, kereta mewah dan macam-macam lagilah. Semuanya bagaikan satu pertandingan buat kawan-kawan modelnya.

Aulia pun kaya juga tapi tak pernah menunjuk. Sikap rendah diri yang ada dalam diri Aulia buat dia rasa suka sangat-sangat berkawan dengan Aulia. Kartini pun kaya, tetapi langsung tidak kisah jenama kasut yang tersarung di kaki dan jenama baju yang membaluti tubuh.


“Lia, kau apa cerita? Sejak zaman sekolah aku tak pernah dengar cerita kau jatuh cinta. Takkan sampai sekarang pun belum ada?” Helinna meletakan seketul ayam goreng KFC ke dalam pinggan Aulia.

“Hoi, apa ni. Aku dah kenyanglah.”

“Ala, aku tengok kau kurus sangatlah Lia. Makanlah lagi satu. Aku dah kenyang ni.. Please.” Tidak tahan melihat Helinna merayu, Aulia mengalah juga. Membiarkan seketul ayam KFC tergolek ke dalam pinggannya.

“Kau nak cerita apa? Habis semua cerita dah aku cerita dekat kau. Kan aku dah cakap Fazri tu kawan univeristi aku aje. Mana ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia pun. Kawan baik. Fullstop.”

“Ehhh, jangalah letak nokhtah lagi. Mana tahu boleh pergi lebih jauh.” Aulia mencebik. Tak kuasa dia. Kalau bercinta dengan Fazri tu dia lagi sanggup bercinta dengan Saiful, pekerja di syarikat The Legacy tu. Kacak jugak. Cakap pun sopan santun aje. Fazri tu dah la mulut mengalahkan puaka. Kalau nak mengata dia ikut suka sedap mulut dia aje.

“Kau dengar tak aku cakap dengan kau ni? Aku tengok Fazri tu okay aje. Boleh tahan jugak handsome dia tu. Sesuai dengan kau.” 

“Kalau kau nak, kau ambillah. Aku dengan Fazri tu dah lama kawan, dah kenal busuk kentut dia tu. Tak mahulah aku kalau nak kahwin dengan dia.” Helinna ketawa besar. Suka hati dia aje cakap pasal kentut sekarang ni.

“Kau ni tak senonoh betul! Mana kau tahu Fazri tu kentut busuk? Kau pernah bau kentut dia?” Aulia rasa nak menjawab aje dekat mulut dia yang Fazri tu suka kentut merata-rata memanglah dia tahu kentut Fazri tu busuk!

“Aku teka aje.” Aulia malas nak panjang cerita.

Babe, kau takde boyfriend ke?”

“Ada tapi aku tak tahu dia pergi mana?” Helinna pandang wajah tenang Aulia dengan pandangan pelik sebelum dia ketawa.

“Kau ni boleh tak kalau jangan buat aku gelak macam orang gila dekat sini? Semua orang asyik pandang aku aje sebab dari tadi asyik ketawa…ketawa dan ketawa.”

“Habis tu janganlah gelak. Kalau rasa nak tergelak tu kau tutup mulut cepat-cepat.” Hai la Aulia, slumber badak aje dia bercakap. Kalau boleh tahan ketawa ni memang dia pun tak nak ketawa macam orang kurang siuman dalam KFC ni.

“Kenapa kau tak tahu dia pergi mana?” Aulia jongket bahu. “Aku tanya kau ni, janganlah jongket bahu macam tu. Tak menjawab persoalan aku tau tak.”

“Ish kau ni, aku memang tak tahu dia pergi manalah. Lepas jumpa parents aku dia terus senyap sampai sekarang ni. Rasanya dah dekat dua bulan dah dia diam aje. Jadi aku anggap hubungan kami halimunan. Ada tapi macam tiada.” Mudahnya cara pemikiran Aulia.

“Habis kau tak pergi cari dia ke?” Aulia pandang ayam di dalam pinggan. Rasa muak dah nak makan ayam ni. Maaflah ayam, aku tak dapat sumbat kau dalam perut aku lagi dah.

“Pergi tapi dia elakkan diri daripada aku. Lama-lama aku pun dah malas nak pergi cari dia lagi. Macam aku aje yang tergedik-gedik nakkan dia sedangkan dia langsung tak ingatkan aku pun.”

Helinna setuju dengan cara Aulia. Pemikiran Aulia yang mudah dan tidak mahu menyerabutkan kepala otak memang sangat-sangat disokong! “Asalkan kau bahagia, aku sokong semua cara yang kau buat.”

“Jom balik. Nanti mama dengan papa kau risau pulak. Ayam ni aku dah tak larat nak habiskan dah. Aku harap ayam ni maafkan kita sebab tak makan dia.” Tawa Helinna pecah sekali lagi. Adoi, nanti orang ingat dia model yang gila pulak sebab asyik ketawa berdekah-dekah.

Aulia dan Helinna bergerak ke sinki mencuci tangan sebelum mereka berdua meninggalkan Restoran KFC.

3 comments :