Thursday 18 April 2013

Bab 11 Aku, Dia dan Stiletto




Wajah Aulia  mencuka.  Sebaik sahaja dia sampai di pejabat wajah kacak Ashraff sudah menyapa pandangan matanya. Dengan jaket kulit berwarna hitam dan sehelai tshirt putih yang dikenakan pada bahagian dalam, lelaki ini nampak santai.

Tak kerja ke hari ini? Ah.. anak  bos besar. Suka hati dial ah nak kerja bila-bila masa pun. Janji duit tak pernah luak.

“Lia, kejap lagi nak pergi site Lia pergi dengan Ashraff ya?” Ha… Ini yang dia menyampah ni. Kenapalah daddy beriya-iya sangat suruh dia tumpang kereta Ashraff sedangkan bukan jauh sangat Sungai Buloh dengan Damansara. Bukan sampai dua tiga hari perjalanan pun. Tak sampai tiga jam pun.

“Kenapa?” 

“Lia pergilah dengan Ashraff, kesian dia dah datang sini jemput Lia, tak kesian ke dengan dia?” Aulia menggeleng.

“Lia boleh bawa kereta sendiri. Lagipun kalau Lia bawa kereta sendiri senang kalau Lia nak singgah di mana-mana nanti.” Buat apa nak kesian dengan Ashraff ni, bukan dia yang suruh Ashraff datang jemput dia pun. Lelaki itu yang terhegeh-hegeh datang pejabat dia pagi-pagi macam ni.

“Lia, tak baik buat orang macam ni tau. Kalau Lia pergi dengan Ashraff takdelah daddy risau sangat. Jauh Sungai Buloh tu. Daddy nak lepaskan Lia pergi seorang diri, susah hati daddy ni.”

Ya Allah, kenapa dengan daddy dia ni? Selalunya takde pun risau sangat kali ini risau macam terlebih-lebih pulak. “Daddy, Lia bukannya tak biasa buat semua ni sorang-sorang. Masa projek dekat Melaka dulu, Lia selalu aje ulang-alik ke Melaka sorang-sorang. Takde apa-apa pun, kan?”



“Aulia, I bukannya nak menyibuk tapi memandangkan kali ni kita bekerjasama jadi tak salah kalau kita pergi tapak projek tu sama-sama, kan? Lagipun bukannya menyusahkan I pun. I memang tak kisah nak tumpangkan you ke sana.” Kau dengar betul-betul ayat Ashraff, tak kisah nak tumpangkan dia?

Hoi, bila masa pula dia nak sangat tumpang dengan Ashraff? Dia pun tak kisah nak pergi sendiri. Lagi senang!

“Lia, Lia pergi dengan Ashraff ye, please. Jangan buat daddy susah hati dengan sikap keras kepala Lia ni. Kalau jadi apa-apa nanti daddy jugak yang sedih.” Datuk Rahman menggosok kepala Aulia. Masih tidak berputus asa mahu memujuk anak daranya.

Daddy, kalau daddy fikir benda yang buruk jadi dekat Lia, memanglah benda tu akan jadi. Itu kan doa. Lagipun buat apa nak susahlan Ashraff, mungkin dia nak singah tempat lain lagi nanti.” Aulia masih berkeras tidak mahu pergi dengan Ashraff. Gila ke? Mau mati keras dia dalam kereta tak tahu nak berbual apa dengan lelaki itu.

Ashraff mencelah. “Tak, I memang singgah sini sebab nak ajak you pergi sekali dengan I. At least takdelah bosan sangat dalam kereta tu nanti sebab ada jugak teman nak berbual, kan uncle?” Datuk Rahman segera menggangguk mengiyakan kata-kata Ashraff.

“Betul kata Ashraff tu Lia. Lia pergi dengan Ashraff ya?”

Nak ke tak nak ke akhirnya Aulia terpaksa mengalah juga. Kalau dia buat keras kepala sekali pun, kali ini dia takkan berjaya sebab Ashraff macam dah beri rasuah kepada daddy dia. Entah apa yang Ashraff cakap dengan daddy dia pun tak tahu sampai daddy suka sangat dengan dia!

Aulia masih menyepi dalam kereta Mitsubhi Evoque milik Ashraff. Rasa sebal dalam hati masih lagi menebal gara-gara sikap lelaki ini yang tetap mendesak supaya mereka pergi bersama-sama. Semua nak kena ikut cakap dia.  Yang daddy pun sama jugak, sokong sangat cakap Ashraff tu.

“Kenapa diam aje? Tak suka naik kereta dengan I?” Aulia menjeling ke sisi kanannya. Memang, memang meluat sangat nak kena naik kereta sama-sama dengan lelaki ni!

Harap muka aje kacak tapi perangai ke laut!

“Takde apa yang nak cakap. Diam aje lah.” Sekadar berbasa-basi.

“Tanya ajelah apa-apa dekat I. I memang suka berbual dengan sesiapa pun.” Ashraff tayang sengih. Aulia menjeling sedikit.

Aulia menghembus nafas pelahan. Buat-buat menguap sedikit. “Takkan pagi-pagi lagi pun dah menguap. Kalau tak kena pergi tapak projek ni agaknya pukul sebelas baru you masuk office kot?” Ashraff berseloroh namun tidak dilayan oleh Aulia. Gelak sorang-soranglah kau Ashraff oi.

Aulia buat-buat pejam mata. Malas nak layan Ashraff yang mahu memancing dia untuk berbual. Daripada dengar dan pandang muka lelaki ini baik dia senyap dan tidur lagi best. Nak sampai ke Sungai Buloh pun agak perlahan kerana banyak kereta di jalan raya.

Lagipun selepas mendengar cerita Helinna tentang sikap Ashraff, hati dia bertambah meluat dengan lelaki ini.
Tiba-tiba matanya dicelik luas. Dia teringat tentang sesuatu. “Kasut merah yang awak beli tu, untuk Helinna ke?”

Ashraff menoleh sedikit ke sisi. Wajah jelita Aulia menjamu pandangan matanya. Cantik sangat-sangat Aulia ni!

“Kenapa?”

Kenapa dia tanya aku? Oh, maksudnya kasut tu untuk perempuan lainlah? “Saja tanya. Ingatkan untuk Helly.. Kalau untuk perempuan lain tak apalah. Kasut awak, suka hati awaklah nak hadiahkan untuk siapa pun, kan?”

Ashraff tergelak kecil. Aulia mencebik. Meluat dengar Ashraff gelak seolah-olah mengejek dia yang terhegeh-hegeh nakkan kasut tumit tinggi itu suatu ketika dahulu.

Argh!! Kenapalah dia bertemu dengan lelaki ini lagi. Meluatnya!

You minat sangat ke dengan kasut tu?” Aulia malas mahu menjawab.

 “Tak minat sangat pun. Saja nak beli tambah koleksi kasut dalam rak.” Kalau dia tak minat takdelah separuh gila dia merayu dengan Ashraff. Apa ke bengong sangat soalan Ashraff tu.

“Mesti banyak kasut dalam rak kasut you dekat rumah kan? Silap-silap dalam kereta you pun penuh dengan kasut jugak, kan?” Aulia membuang pandang ke luar tingkap. Ashraff ni tak faham bahasa ke yang dia ni langsung tak berminat nak berbual dengan lelaki itu.

Semakin dia buat tak tahu semakin galak soalan yang terbit dari mulut lelaki itu. Cakap banyak sangat!

Daddy you memang sengaja suruh you pergi Sungai Buloh tu dengan I sebab dia tak harapkan you memandu ke sana ke?” Aulia merengus geram.

Bukan ke tadi pagi lelaki ini dah terpacak dengan pintu pejabat dia dan sekarang ni dia nak cakap daddy yang suruh dia ikut Ashraff. Kau tu yang beriya-iya suruh aku ikut kau tau. Kalau tak dia pun tak ingin naik kereta dengan Ashraff. Rasa sempit nak bernafas dan kereta ni.

“Yang awak ni banyak cakap ni kenapa? Salah makan ubat ke?” Ashraff buat muka pelik. Dia cakap banyak? Memang dia suka berbual pun, kalau tak nak cakap baik bisu aje.

“Allah bagi mulut untuk berbual. Lagi satu I ni kalau memandu memang suka berbual untuk elak mengantuk. Tambah-tambah kalau ada perempuan cantik macam you dekat sebelah I ni.” Aulia kalih sedikit tubuhnya ke sebelah kiri. Nah, tengok belakang dia ni.

Ashraff gelak besar dengan perangai Aulia. Macam budak-budak.”Okay, kalau you tak nak cakap dengan I takpe, I dengar radio ajelah.” Tangan Ashraff tekan punat radio.

If I was your boyfriend, I’d never let you go
I can take you places you ain’t never been before
Baby take a chance or you’ll never ever know
I got money in my hands that I’d really like to blow
Swag swag swag, on you
Chillin by the fire why we eatin’ fondue
I dunno about me but I know about you
So say hello to falsetto in three two

Masing-masing senyap melayan lagu Justin Bieber yang berkumandang di corong radio. Bibir Ashraff turut sama bergerak-gerak menjadi penyanyi latar kepada Justin Bieber.

Aulia mula sakit hati. Kalau nak dengar radio dengar ajelah, tak payah menyanyi. Memekak aje! Aulia menjerit marahkan Ashraff di dalam hatinya.

Tak sangka Aulia yang akan mengambil alih tugas sebagai pengurus projek di Sungai Buloh, sangkanya Datuk Rahman akan melantik seseorang yang lebih berkelayakan berbanding Aulia.

Mulut yang terkumat-kamit mengikut iringan muzik terdiam seketika. Dia tahu Aulia tidak berminat untuk berbual dengan dia namun dia perlu tahu tentang sesuatu tentang Aulia. “Kenapa Datuk Rahman lantik you sebagai pengurus projek?” Aulia automatik kalih tubuhnya sambil memandang tajam wajah Ashraff.

“Apa maksud awak?” Ashraff masih fokus dengan pemanduannya di jalan raya.

I ingatkan Datuk Rahman akan pilih seseorang yang lebih berkelayakan berbanding you. Mungkin Encik Rafidi atau Encik Hamdan sebab mereka antara orang yang dikenali dalam dunia hartanah.”

Nafas Aulia turun naik. Ashraff memandang rendah terhadap kebolehan dirinya? Amboi…Amboi, belum lagi bekerjasama dan mula nak cari pasal dengan dia? “Awak pernah buat kerja dengan Encik Rafidi dan Encik Hamdan?” Ashraff menggeleng.

“Habis tu kenapa awak nak pandang rendah terhadap kebolehan saya?”

I tak cakap I pandang rendah terhadap you. Cuma kalau nak dibandingkan you dengan Encik Rafidi, I prefer Encik Rafidi since dia pun dah ada banyak pengalaman. Lagipun projek perumahan di Sungai Buloh ni bukannya projek kecil.”

Aulia rasa nafasnya lintang pukang. Memang pantang betul kalau ada orang nak membandingkan dia dengan orang lain. “Awak belum kenal pun siapa saya, sekarang ni awak dah pandai-pandai nak judge saya ni macam mana?”

“Bukan macam tu maksud I Cik Aulia, I cuma pelik aje kenapa Datuk Rahman pilih you. Atau mungkin sebab you anak dia, jadi dia sengaja serahkan projek ni dekat you?”

“Mulut awak tu beli insurans berapa juta? Cakap ikut sedap mulut aje!” Aulia mula naik angin. Hubungan darah antara dia degan Datuk Rahman bukan sebab dia mendapat projek itu tetapi kerana kebolehan dia sendiri.

Daddy pilih saya sebab dia tahu saya layak untuk uruskan projek ini bukan sebab saya anak dia! Takkan itu pun awak tak boleh fikir?” Suara Aulia sedikit meninggi.

I just curios.. Apa kelebihan yang you ada. Kalau nak dibandingkan you dengan Encik Rafidi, I rasa dia jauh lebih layak daripada you.” Ashraff sengaja mahu menyalakan api kemarahan Aulia.

“Aak rasa awak layak sangat ke pegang jawatan besar tu di The Legacy? Awak rasa awak hebat sangat?.” Hah, kau ingat mulut kau aje puaka Ashraff?

I tak cakap I hebat. I tengah bercakap pasal you, bukan pasal jawatan I atau apa-apa pasal diri I sekarang ni. Jadi jangan terkeluar dari landasan perbualan ya Cik Aulia.”

“Kalau tak tahu pasal saya jangan banyak cakap! Lagi pun kita bukan kawan dan saya pun tak berminat nak berkawan dengan orang macam awak.” Melihat Aulia yang mula menyinga, Ashraff mengukir senyuman. Ini baru kena provoke sikit aje dah bising. Kalau dia provoke habis-habisan memang Aulia telan kepala dia hidup-hidup.

“Yang awak sengih-sengih ni kenapa? Suka sangat kalau mengata saya?” Seronok?!” Aulia masih menyinga. Tak puas hati dengan sikap Ashraff yang tersengih tiba-tiba. Tadi serius sangat masa kritik dia.

“Suka tengok you marah. Comel!” Aulia berdengus kasar.

“Jangan nak main-main. Saya takde masa nak layan kepala otak awak yang gila ni.” Aulia kembali duduk dengan posisi yang lebih selesa. Memandang tajam kenderaan yang tidak penah surut di jalan raya.

“Garang jugak you ni kan. Hari tu bukan main lagi manja melintuk-liuk dekat I.”

 Argh. Tekanan. Kenapa nak cakap pasal ‘haritu’. Dia tak suka dan kalau boleh tak mahu ingat langsung pasal kejadian dia terhegeh-hegeh dekat Ashraff. Itulah,padan muka dia jugak.

Sekarang ni siapa yang malu dengan Ashraff. Nasib baik terpeluk, kalau dia tercium pipi Ashraff atau apa-apa yang lebih melampau, kan lagi malu.

“Tapi nasib baik tak berlubang kaki I kena pijak dengan you tau.” Ashraff masih murah dengan senyuman. Lawak pula bila teringat pasal kaki dia kena pijak dengan Aulia.

“Boleh tak kalau awak diam sekejap? Sakit telinga saya ni dengar suara awak.”

Ashraff masih belum puas mengenakan Aulia. Dia suka dengar suara comel Aulia. Kalau nak berbual dengan cara baik Aulia tidak sudi, jadi satu-satunya cara dia mahu berbual dengan Aulia ialah mencari pasal dengan gadis jelita itu.

You rasa you ni ada kebolehan untuk mempengaruhi orang ke?”

“Apa masalah awak ni Encik Ashraff? Saya tak pernah ganggu hidup awak, boleh tak kalau awak jangan nak sakitkan hati saya?” Aulia masih memandang tepat ke jalan raya. Harap muka aje kacak tapi mulut pun macam puaka juga. Ingatkan selama ini Fazri seorang aje yang mulut puaka, rupanya Ashraff pun sama juga.

“Eh, siapa cakap you tak ganggu hidup I? Papa I suruh I bekerjasama dengana you yang kepala angin macam ni, itu masalah kepada I tu.”

Aulia ketap bibirnya geram. Ya Allah, sabarkanlah hatiku untuk berdepan dengan lelaki ini. “Kalau awak tak suka bekerjsama dengan saya, awak boleh tolak untuk jadi pengurus projek ni untuk syarikat awak. Mungkin boleh bagi peluang untuk Saiful.”

Mendengar nama Saiful yang meniti di bibir gadis jelita ini, Ashraff tersentap. Kalau Saiful yang uruskan projek ni dan mendapat peluang untuk menghabiskan masa bersama Aulia, dia sanggup pecat Saiful asalkan projek ini diuruskan olehnya.

“Saiful banyak projek lain nak kena urus.. Lagipun ini memang projek I sejak awal lagi.”

Sekali lagi Alia toleh kepalanya ke sisi sebelah kanan. “Encik Ashraff yang budiman, kalau awak rasa awak sangat layak urus projek besar macam ni, sama juga macam saya. Saya rasa saya layak untuk uruskan projek ini. Faham?”

Wah, Aulia mempunyai keyakinan yang sangat tinggi! Suka dengan gadis di sisinya ketika ini. Suka sangat-sangat!

By the way, kita tutup topik pasal projek ni. I rasa mungkin kita akan banyak menghabiskan masa bersama-sama lepas ni, jadi eloklah kalau kita saling mengenali dengan lebih rapat. Kan?”

Aulia mencebik. Tak hingin dia kenal Ashraff dengan lebih rapat. Cukup sekadar tahu lelaki ini kaki perempuan pun dah buat dia rasa meluat dengan bakal suami Helinna ni. Apalah malang sangat nasib Helinna. Kesian kawan baik dia tu.

“So, you ada apa-apa soalan nak tanya dengan I?”

Aulia senyap.

“Nampaknya you takde soalan nak tanya pasal I. Mungkin you dah tahu banyak pekara pasal I agaknya. Biasalah orang glamer macam I ni memang ramai stalker.” Ashraff tengah tuduh dia ni stalker ke?

Ewww, tolong sedar diri sikit. Dia langsung tidak berminat dengan kehidupan peribadi Ashraff. Lantak kaulah nak jadi apa pun. Dia tidak berminat dengan lelaki itu. Kacaklah macam Henry Golding atau Brat Pitt sekalipun, dia tidak berminat. Nokhtah!

“Senyap tu tandanya betullah apa yang I cakap tadi kan? You memang stalked life I?” Kalau dah jenis tuduh sesuka hati ni memang dia tak suka. Cakap ikut sedap mulut dia aje.

“Awak rasa awak hebat sangat ke sampai saya nak kena skodeng hidup awak tu?” Ashraff angguk. “Oh.. Awak bukannya anak raja atau artis pun.. Tolonglah jangan nak perasan sangat, boleh tak?”

“Tak boleh sebab I tahu you berminat dengan I kan?”

Aulia rasa nak termuntah. “Kalau ada pasaraya tolong berhenti sekejap. Saya nak beli cermin besar nak hadiahkan untuk awak.”

“Buat apa?” Ashraff pandang wajah Aulia dengan pandangan tertanya-tanya.

Aulia tergelak sinis.”Suruh awak cermin muka awak tu sikit.. Perasan sangat!”
Ashraff tergelak besar. Boleh tahan lawak jugak Aulia ni. “Tak sangka yang you ni pandai buat lawak jugak eh.”

Aih, bila masa pulak dia buat lawak? Memang dia bersungguh-sungguh pun nak Ashraff cermin diri sendiri supaya jangan kuat perasan sangat. Suka sangat perasan yang dia tu hebat.ei, nak termuntah.

“Kalau you tak sukakan I, you sukakan siapa?”

“Awak ni jangan sibuk sangat boleh tak? Suka hatilah sayalah saya nak sukakan siapa pun yang penting orang tu bukan awak!” Kalau dah garang memang tak boleh nak mencelah langsung Aulia ni. Cakap macam peluru.

“Malang betul siapa yang sukakan you ni, garang! Mesti selalu kena marah, kan?” Aulia genggam tangan kiri dan kanannya. Ya Allah, kalau dia boleh tumbuk mulut Ashraff ni memang dah lama dia tumbuk. Biar terburai gigi tersusun cantik dalam mulut lelaki itu.

Don’t be busy body.” Ashraff ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya yang terasa senak akibat gelak melampau-lampau. Sengaja gelak biar nampak over sikit sebab nak sakitkan hati Aulia.

Tangan Aulia pantas menguatkan volume radio. Meluat mendengar ketawa Ashraff yang sedang mengejek dia. I hate you, Ashraff!

Kenapalah perjalanan dari Damansara ke Sungai Buloh rasa macam perjalanan nak ke Jepun. Rasa lama sangat dalam kereta mamat senteng ni. Kalau dia ada pistol memang dah lama dia tembak kepala Ashraff.

“Oh ya, lagi satu I nak pesan untuk masa akan datang, kalau dah tahu nak pergi site tak perlulah nak pakai cantik-cantik sangat ya. I rasa banyak koleksi seluar panjang dalam almari you, jadi lebih elok kalau pakai seluar panjang berbanding mini skirt.”

Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM

Hai.. memang tercabar betul kali ini. siap nak tegur cara dia berpakaian memang silap besarlah Ashraff ni!
“Awak ni siapa nak kritik apa saya nak pakai? Suka hati saya lah nak pakai skirt labuh ke, belah sana sini ke, panjang ke, pendek ke.. Awak sibuk sangat kenapa?”

Ashraff melepaskan nafas berat. Degil! “Site tu ramai lelaki, saya tak nak nanti kaki awak tu jadi tumpuan pekerja pula. Nanti ralit sangat tengok kaki awak tu tak sedar salah ikat bata. Manalah tahu.. kan?”
Aulia ketap bibirnya geram. Ya Allah.. Ya Allah.. Sabarkanlah hati aku!

“Lelaki mata keranjang memang suka tengok perempuan pakai skirt pendek kan?”

“Dah you yang tunjuk takkan orang tak tengok?”

Aulia menghadiahkan jelingan maut kepada Ashraff. Dasar lelaki miang! Buaya darat. Gatal!


4 comments :