Thursday 25 April 2013

Bab 13 Aku, Dia dan Stiletto



Nasi dalam pinggan di kuis perlahan. Entah idea siapa nak makan malam sama-sama ni. Kalau dari awal lagi dia tahu yang daddy nak makan dengan keluarga Ashraff, sumpah dia tak ikut.


“Kenapa uncle tengok Lia asyik kuis aje nasi dalam pinggan tu? Tak sedap ke Aunty Lydia masak?”

Ashraff pandang wajah jelita yang duduk bertentangan dengan dirinya. Langsung dia tak perasan nasi dalam pinggan Aulia masih penuh. Ashraff pandang pinggan dia yang sudah hampir licin. Takkan diet kot minah ni?

“Takde lah uncle.. Sedap.. Pandai aunty masak.” Segan pulak bila lima pasang mata itu serentak memandang wajahnya ketika ini.

“La.. Banyak lagi nasi dalam pinggan Lia ni. Lia takde selera ke?” Datin Zahrah menggosok lembut tangan kanan Aulia yang masih berada di dalam pinggan di atas meja.

“Ke Lia segan nak makan banyak-banyak depan Ash?” Aulia pantas menggeleng. Ah, bukan segan nak makan tapi tak lalu nak makan kalau tengok muka mamat senteng depan dia ni.

“Bukan macam tu.. Ada pulak segan nak makan. Aunty masak sedap sangat ni tapi perut Lia ni macam tak berapa sedap sangat sebab tu takde selera nak makan.” Rasa keras muka dia nak mengukir senyum sekarang ni. Segan sangat-sangat dengan Tan Sri Ahmad dan Puan Sri Lydia yang nampak bimbang sebab dia makan terlalu sedikit.  

Ashraff yang sedari diam sahaja rasa dia perlu mencelah. “Rasa tak sedap perut sebab nampak muka kacak I ke? Its like ada rama-rama terbang dalam perut? Nervous?” Aulia rasa nak termuntah! Kenapa Ashraff ni suka perasan sangat? Siap buat tangan di udara seperti rama-rama terbang tu yang tak boleh blah!

Tan Sri Ahmad, Puan Sri Lydia serta mummy dan daddy Aulia tergelak. Dorang ingat Ashraff tengah buat lawaklah tu padahal mamat tu saja nak kenakan dia depan parents’ mereka.

Ya Allah, spesis lelaki apa dia ni? Kuat perasan gila-gila! Tak apa.. Kau nak kenakan aku sangat? Kau tunggu! Banyak rahsia kau dalam tangan aku tau… Siap kau Ashraff!

Datin Zahrah menyiku Aulia yang sudah jauh mengelamun. “Kalau dah takde selera tu pergi basuh tangan. Asyik kuis aje nasi dalam pinggan tu, mummy yang tengok Lia takde selera pun boleh hilang selera nak makan tau.”

“Lia tumpang dapur kejap ye aunty.” Datang rumah orang kenalah bersopan-santun sikit. Tapi jangan ingat dia nak ambil hati pulak, tak ingin dia jadi menantu Puan Sri Lydia dan Tan Sri Ahmad atau lebih tepat jadi isteri mamat senteng tu. Oh, please!

“Allah.. Lia, pergi ajelah. Buat macam rumah sendiri aje. Aunty lagi suka kalau Lia selalu datang sini. Aunty pun bukannya ada anak perempuan.”

Masa untuk kenakan Ashraff! “Alaaa, memang la aunty takde anak perempuan tapi bakal menantu aunty mesti selalu datang sini, kan?” 

Ashraff tersedak. Ah, peritnya hidung dia tersedak sambal sotong. Ya Allah,pedihnya! “Air..” Puan Sri Lydia segera menghulurkan segelas air anggur kepada Ashraff.

“Makan elok-elok sikit. Ya Allah, kan dah tersedak.” Ashraff memandang tajam wajah Aulia. Aulia sengaja nak kenakan dia! Bukannya Aulia tak tahu yang mama dia tak berapa gemar sangat dengan Helinna tapi sengaja nak tanya jugak.

“Gelojoh sangat Ash ni. Buat malu aje depan Uncle Man dengan Aunty Zah. Aulia bukannya cakap pasal kamu, dia cakap dengan mama.” Tan Sri Ahmad menambah. Papa pun sengaja nak menangkan Aulia nampak gayanya.

Aunty belum ada bakal menantu lagi. Kalau Lia nak jadi menantu aunty, boleh juga.” Nah, kali ini giliran Aulia pula terkaku. Kalau dia pun makan sambal sotong macam Ashraff mungkin dia pun akan tersedak juga.

Aulia tersengih kelat. “Ish.. Aunty ni, ada pulak ke situ.”

“Ha’ah, kalau you teringin nak jadi menantu mama I boleh jugak. Nak ke?” Muka Aulia merona merah. Gila ke Ashraff ni? Kalau keluarga dorang ingat Ashraff serius macam mana? Tak nak dia kena kahwin paksa. Ini zaman 2013. Zaman moden. Semua orang ada pilihan sendiri! Dia pun dah ada pilihan hati dia sendiri. Dia hanya akan berkahwin dengan Hazrul.

Eceh. Konon! Hazrul dah menghilang ke mana pun dia tak tahu. Hilang tanpa jejak. Dah mati jatuh gaung agaknya. Astaghfirullah hal ‘azim. Tak baik betul dia doakan yang buruk-buruk terhadap Hazrul.

“Kenapa, awak nak kahwin dengan saya ke?” Aulia sengih kemenangan bila tengok muka kelat Ashraff. Ingat dia nak mengalah? Hello, salah orang okay.

“Boleh juga.” Ya Allah, gila ke mamat ni? Tak segan cakap macam ni depan mak ayah dorang?

“Ash ni, kalau nak melawak pun janganlah provoke Lia sampai macam tu sekali. Dah masam mencuka muka tu.” Tan Sri Ahmad mencelah. Kesian tengok muka Aulia yang kemerah-merahan. Ashraff pun sengaja, nak jugak mengusik.

“Lia, uncle minta maaf pasal Ashraff. Memang keras kepala sikit anak uncle ni. Tak nak mengalah langsung.”

“Tapi bang, kalau Lia nak jadi menantu kita pun apa salahnya. Lydia pun bekenan dengan Lia. Ash suka?” Aulia rasa macam nak pengsan. Ini lamaran ke main-main ni? Tak pernah lagi dia menghadiri majlis makan malam sempoi macam ni.

Inilah kali pertama. Mummy dan daddy pun asyik ketawa aje. Suka sangat kalau Ashraff si senteng tu jadi menantu dorang? Oh, please lah! Please lah! Tak sanggup nak berdepan dengan mamat gila ni setiap hari. layan mulut puaka Ashraff saban masa. Tak sanggup!

Aulia pandang wajah Datin Zahrah di sisinya. Amboi mummy, jangan nak sengih melebar sangat. Lia tak sudi jadi menantu dorang mummy oi.. Tak sudi!

Aulia pandang wajah Ashraff yang terkejut dengan Puan Sri Lydia. Ha, padan muka. Kau nak kenakan aku sangat sekarang kau yang dah terkena! Muka macam ayam berak kapur. Takut kalau Aulia kata ‘ye…ye, kahwin dengan Ashraff. Lia suka!’.

Aunty ni janganlah ambil serius sangat cakap Lia tadi tu..” Rasa macam nak tak nak keluar aje seuara dia ni. Cakap pun sambil tersengih-sengih. Rasa pelik sangat muka dia sekarang ni.

Aunty serius ni Lia. Kalau Lia sudi, aunty nak masuk meminang.” Riak wajah Puan Sri Lydia langsung tidak menunjukkan ciri-ciri bahawa wanita di hadapannya ini sedang bergurau-senda. Aulia kalut. Rasa menggelabah tak tentu pasal.

“Awak ni Lydia, terkejut Aulia. Entah-entah Aulia ni dah ada yang punya, manalah kita tahu. Lagipun Ashraff mungkin dah ada pilihan sendiri.” Tan Sri Ahmad tidak boleh membiarkan isterinya melalut yang bukan-bukan. Dia sudah berjanji dengan Tan Sri Faruk, dia tidak boleh mungkir janji yang mereka bina sejak berbelas tahun yang lalu.

“Kalau Lia sudi, apa salahnya.. Kan Lia?” Pandangan lembut yang menikam wajahnya membuatkan Aulia rasa serba salah. Langsung tidak dapat meneka sama ada Puan Sri Lydia serius atau pun sedang mengusik dia sekarang ni.

“Aa.. Aa.. Lia..” Apasal gagap pulak sekarang ni.

“Lydia, kesian Aulia tu. Dah tergagap nak menjawab soalan awak tu.” Tan Sri Ahmad tayang riak garang sedikit. Aulia rasa takut pula nak angkat muka. Kalau dia tak melawan cakap Ashraff tadi tak mungkin merepek sampai macam ni sekali.

Entah apa yang Tan Sri Ahmad fikirkan tentang dia. Sengaja mahu menduga Ashraff atau mahu merampas Ashraff dari Helinna? Oh.. Tidak! Dia langsung tak pernah terfikir nak jatuh cinta dengan Ashraff. Hazrul masih kukuh di hatinya walaupun lelaki itu menghilang entah ke mana.

“Saya main-main aje lah bang. Aulia jangan ambil hati ye, aunty saja je acah Lia tadi tu.” Lega. Ingatkan Puan Sri Lydia bersungguh-sungguh tadi. Kalaulah dia memang nak masuk meminang Aulia, memang Aulia sanggup lari ke luar negara. Haish, tak sanggup dia kahwin dengan Ashraff.

Bakal suami sahabat baik dia sendiri kot. Tak mungkinlah dia nak buat macam tu. Lagipun dia dah ada Hazrul. Suatu hari nanti mungkin Hazrul akan balik ke sisinya semula. Walaupun dia cuba membuang Hazrul dari hidupnya namun lelaki itu masih lagi menjadi raja di dalam hatinya sehingga kini.

“Eh, Lia tahu aunty bergurau aje tadi tu. Lia tak ambil hati pun. Lia pergi dapur dulu ye.” Ketawa kecil terbit dari bibir comelnya. Nasib baik tak perasan melebih-lebih. Aulia angkat pinggan nasinya dan berlalu ke ruang dapur.



“Nak termenung depan sinki tu sampai esok ke?” Tubuh yang tersentak kalut kalih ke belakang. Rasa melayang dua tahun nyawa dia.

“Tak boleh bagi salam ke?” Nasib baik manusia ada kepala dan kaki walaupun manusia ini bermulut puaka. Kalau masa dia kalih tadi tu takde kepala, mau pitam seminggu dia dekat sini.

Hello cik adik, you tu yang termenung sampai ke London tanya I tak bagi salam ke?” Ashraff menolah tubuh Aulia yang masih membatu di depan sinki.

“Tepi sikit I nak basuh tangan.” Hek eleh, cakap ajelah tepi sikit tak perlulah nak tolak-tolak dia. Macamlah dia ni tak reti bahasa sangat!

“Kalau nak suruh saya ke tepi sikit tu cakap aje, tak perlu nak bercakap pakai badan.” Dengan Ashraff ni kena mulut longkang sikit biar dia terasa. Kalau cakap lembut-lembut memang kena pijak kepala.

Patutlah Helinna pun sejak dua menjak ni mulut bukan main laser jugak. Boleh tahan juga sikap Helinna sejak dia berjumpa dengan Helinna semula. Mulut boleh tahan dahsyat kalau nak menyembur.  

“Sebab you ni tak reti bahasa, kalau cakap pakai mulut buat letih mulut aje.” Aulia menjeling tajam. Suka hati Ashraff aje nak cakap dia ni tak reti bahasa. Teruk sangat ke dia ni? Macamlah mereka saling-mengenali sangat!

“Jangan cakap macam awak tu kenal saya sangat. Kalau nak tegur orang tu tengok diri sendiri dulu.” Aulia yang baru hendak melangkah meninggalkan ruang dapur terhenti ketika lengannya dipaut kasar oleh Ashraff.

Aulia terdorong ke belakang semula. Sakitnya Ashraff tarik tangan dia! “Mulut you tu boleh tak kalau cakap elok-elok sikit dengan I?”

“Awak ni siapa sampai saya nak kena hormat awak sangat?” Aulia jongket kening sebelah. Ego masih menggunung dalam hati.

Ashraff berdengus kasar. Aulia ni suka sangat melawan cakap dia. Cakap sepatah dia lawan dua puluh lima patah. Kadang-kadang sakit jugak hati dia ni tapi tak puas hati kalau tak mengusik Aulia.

“Jangan sampai suatu hari nanti I buat you melutut dekat kaki I.”


Aulia tergelak kecil. Kalau boleh nak gelak guling-guling sampai mummy dan daddy dengar tapi memandangkan dia berada di rumah orang, kenalah hormat sikit tuan rumah. “Nonsense!” Aulia merentap kasar tangannya yang masih dipegang Ashraff. “Lepaslah Ash!”

“Kalau I tak nak lepaskan you?” Ni apsal nak kena cakap muka dekat-dekat ni?

“Saya menjerit biar satu rumah ni tahu yang awak tu cuba buat tak baik dekat saya.” Ashraff tergelak kecil.

“Kalau setakat jeritan perempuan tu I tak larat nak dengar. Tapi dorang semua jerit sebab suka. Seronok bila bersama dengan I.” Aulia mengecilkan matanya memandang Ashraff. Tak faham. “Nak cuba?”

“Awak merepek apa ni?”

“Kalau nak, I boleh ajar you tapi kena masuk bilik dulu. Kalau dekat sini nanti orang nampak..I boleh bagi jaminan yang you akan berpuas hati.” Ya Allah.. dasar mulut puaka, perangai pun buruk!

Ah.. Bodohnya dia! Menjerit suka sebab seronok. “Awak ni dah tak tahu halal haram ke Ash? Ingat saya ni hadap sangat dekat awak tu? Oh, please cermin muka awak depan sinki tu!”

“Belum cuba, belum tahu, Aulia.” Ashraff sengaja berbisik dekat di telinga Aulia.

“Tak perlu goda saya sebab saya takkan tergoda dengan awak sampai mati. Jangan mimpi nak sentuh saya sebab awak takkan berjaya. Never once!” Ashraff sumpah seranah Aulia dalam hati. Setakat ini belum ada perempuan yang menolak dia untuk ke bilir tidur.

Aulia orang pertama. Dengan Helinna memanglah langsung dia tak pernah cuba sebab dia sayangkan Helinna. Dia akan menjaga kesucian wanita kesayangannya itu sehingga hari perkahwinan mereka.

“Lepaskan saya encik despereto!” Aulia kata dia desperate? Aulia ingat muka dia tu lawa sangat sampai Ashraff terhegeh-hegeh nakkan dia? Tolong sedar diri sikit!

Ashraff membiarkan Aulia berlalu dengan pandangan geram. Ei, sakit hati betul dengan perangai keras kepala Aulia ni! Mulut pun boleh tahan puaka jugak.kalau sekali dia cakap berpuluh-puluh  patah kata yang Aulia akan membalas untuk menyakitkan hati dia.

Macam langit dengan bumi kalau nak bandingkan Aulia dengan Helinna. Helinna seorang yang sopan-santun dan sentiasa bertenang boleh diibaratkan sebagai ombak yang memukul pantai dengan kadar yang perlahan. Namun sejak akhir-akhir ini sahaja perangai Helinna nampak sedikit pelik pada pandangan mata dia.

Helinna nampak seperti api. Kalau ada sahaja yang tidak kena pada matanya Helinna akan terus terbakar. Mudah naik angin dan kuat melenting. Entahlah. Mungkin itu sikap Helinna yang kian menonjol atau sengaja mahu menyakitkan hati Ashraff.

Kalau Aulia? Memang macam angin, ribut dan petir. Bila-bila masa boleh ubah sikap dan mood dia yang gila tak kira masa! Masa berlembut, manja mengalahkan kucing, tapi kalau dah menyinga, macam nak retak cermin tingkap kereta dia! Suara dah macam peluru, macam petir, semua adalah!

“Aulia Rahman.” Ashraff senyum sumbing.




“Man, kau kenal Tan Sri Faruk?” Datuk Rahman berfikir sejenak. Rasa macam pernah dengar nama tu tapi tak perasan sangat.


“Lia pernah sebut ke nama tu dekat daddy?” Wajah Aulia yang duduk di sebelah Datin Zahrah dipandang.

“CEO Bina Jaya Holdings kan uncle?” Aulia buat-buat tanya padahal dia kenal sangat Tan Sri Faruk tu. Takkan lah tak kenal sebab ayah Helinna. Memang dia kenal teramat sangat cuma Tan Sri Faruk aje yang tak kenal dia.

“Ha’ah, Lia kenal ke?” Aulia sengih sedikit.

“Lia kenal lah Tan Sri Faruk tu tapi Tan Sri Faruk ajelah tak kenal Lia.” Tan Sri Ahmad gelak besar. Memang lawak sugguh anak dara sahabat baiknya. Kalaulah dia tidak terlanjur berjanji dengan Tan Sri Faruk, dah lama dia paksa Ashraff untuk berkahwin dengan Aulia.

“Buat lawak pulak Lia ni kan. Tan Sri Faruk tu bakal besan aku, Man. Anak dia Helinna, model terkenal tanah air tu.” Datin Zahrah rasa air teh yang masuk ke dalam mulut dia kelat semacam.

Helinna anak kepada Tan Sri Faruk? Aulia langsung tak pernah cakap dengan dia pun yang Helinna tu anak kepada usahawan yang berjaya dia Malaysia. Helinna kekasih Ashraff? Sejak bila! Alahai, terlepaslah peluang dia nak bermenantukan Ashraff yang kacak ni.

“Bakal menantu kau model jelita tu? Ala, terlepaslah peluang aku nak berbesan dengan kau Lydia.” Datin Zahrah meletakkan semula secawan teh di atas meja.

“Ashraff boleh kahwin dua. Kalau kau nak bolehlah lagi..” Aulia tidak berminat dengan topik ini. Ashraff pun langsung tidak  wajah Aulia. “Lia nak jadi menantu kedua aunty?”

Adoi, Aunty Lydia ni tak habis lagi ke bab nak kahwinkan dia dengan Ashraff? Ingatkan dah habis di meja makan, sekarang ni sambung di meja kopi pulak?

“Lia dah ada pilihan Lia sendiri. Mungkin dah bukan jodoh Lia dengan Ash.” Aulia masih tayang senyum manis. Rasanya tak perlulah dia nak bersikap kurang ajar dengan Puan Sri Lydia sebab mungkin mama Ashraff sekadar bergurau dengan dia.

“Lia dah ada pilihan sendiri? Siapa yang bertuah sangat tu? Rugi aunty tak dapat bermenantukan Lia.” Ala, tak payah la tayang riak sedih sangat aunty.

“Lia saja aje tu merepek. Kau jangan nak percaya sangat cakap dia. Umur dah dua puluh lima tapi belum ada teman lelaki. Risau juga aku dibuatnya.” Aulia pandang Datin Zahrah. Apa mama dia ni? Kenapa cakap macam tu.. Macam dia ni terdesak sangat nak kahwin dengan Ashraff aje!

Dia tak nak lah. Sanggup kahwin dengan Fazri daripada kahwin dengan Ashraff. Sekurang-kurangnya dia tahu mulut puaka Fazri setakat mana dan dia tahu kentut busuk Fazri tu. Itu lebih bagus berbanding kahwin dengan Ashraff yang menyakitkan hati dia dua puluh empat jam!

“Lia sakit kepala. Jom balik.” Aulia berbisik perlahan kepada Datin Zahrah. Tak mahu duduk lama-lama dekat sini. Nanti entah apa lagi yang mummy dia merepek. Silap-silap nama Hazrulpun muncul sama dalam perbulan yang langsung tiada kena mengena dengan lelaki itu.

“Kenapa berbisik-bisik tu Lia?” Alamak, nampak ke? Aulia pandang Tan Sri Ahmad.

“Lia ni sakit kepala katanya. Nak ajak baliklah tu.” Datin Zahrah menggosok belakang tubuh Aulia.

“Lia nak ubat ke? Lydia, cuba pergi cari panadol untuk Lia ni. Kang melarat pula sakit kepala tu.” Aulia segera menegah.

“Tak perlu aunty, uncle. Kejap lagi balik tidur okay lah ni.”

“Betul Lia tak nak makan ubat ni?” Puan Sri Lydia menyoal Aulia.

“Yes, aunty. Lepas tidur okay lah ni.”

Nasib baik boleh balik jugak. Tak sanggup nak menghadap muka Puan Sri Lydia dan muka Ashraff di kerek tu lagi!

3 comments :

  1. cpt nya sri updated..suka2...
    aduiii si ash...ingat senang ke nk tackle si aulia tu....kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Nira!!
      Lamanya tak nampak komen akak di belog ni. Ingatkan akak dah tak jenguk belog ni lagi dah. kihkihkih.. :)

      Delete