Friday 26 April 2013

Bab 14 Aku, Dia dan Stiletto




Kalau bukan sebab Aunty Lydia yang pujuk dia untuk keluar dengan Ashraff memang sumpah dia takkan keluar dengan lelaki ini.

“Kalau Lia dah maafkan aunty, Lia keluar dengan Ashraff petang ni. Boleh?” Aulia terkedu. Keluar dengan anak bujang dia buat apa. Baik mereka keluar berdua aje! lagipun dia sendiri pernah beberapa kali keluar dengan Puan Sri Lydia dan ternyata langsung tidak berasa janggal untuk keluar lagi dengan wanita cantik itu.

“Kenapa bukan keluar dengan aunty?” Eh, nampak gaya macam dia nak ambil hati Puan Sri Lydia tak? Tapi serius dia memang pelik kenapa dia perlu keluar dengan Ashraff bukannya Puan Sri Lydia. Kalau keluar dengan mama Ashraff boleh juga mereka membeli-belah. Kalau keluar dengan Ashraff dia nak buat apa?

“Sebab aunty nak Lia keluar dengan Ash. Boleh ya?” Aulia diam berfikir sejenak.  “Takpelah kalau Lia tak sudi nak maafkan aunty pasal malam tu. Aunty faham.. Lia masih terasa hati dengan aunty.”

Aulia garu kepala yang tidak gatal. Bila masa pula dia terasa hati. Rasanya dia beberapa kali dia keluar dengan Puan Sri Lydia untuk makan bersama selepas dia makan malam di rumah Ashraff. Takkan sampai dua minggu pun masih nak bercerita hal yang sama kot?

Tangan bergerak ke dagu pula. Mengusap dagu sambil berfikir. Nak jawab apa ya?

“Eh tak. Tak. Bukan macam tu aunty..Lia seganlah nak keluar dengan Ash berdua aje. Lagipun apa pula kata Helinna nanti. Kalau Helinna tahu Lia keluar dengan Ashraff nanti bergaduh pula dorang berdua tu.” Kalau bergaduh tak melibatkan dia tak  apa juga, kalau tiba-tiba aje Helinna serang dia, mampus!

“Pasal tu Lia jangan risau. Aunty kenal sangat Helly tu. Bukan jenis ambil kisah pasal Ash.. Ash nak buat apa pun dia langsung tak kisah. Kejap lagi pukul 2 Ash ambil Lia okay.”

Panggilan telefon dimatikan. Okay ke tak okay ke dia tetap kena pergi jugak. Tak ampai hati pula mahu melukakan hati Puan Sri Lydia sebab wanita itu baik sangat-sangat.

Aulia kerling jam berwarna putih yang tergantung di dinding. Pukul 11.30 pagi. Nasib baik dah bangun tidur, kalau masih tidur buat malu aje dengan Aunty Lydia sebentar tadi.



Rasa mengantuk yang amat sangat mula bertandang di kelopak mata. Ya Allah, syaitan macam mana yang bergayut di kelopak mata dia ni. Tangan naik menggosok kelopak mata untuk ke seratus lima puluh enam kali.

“Mengantuk ke?” Aulia menoleh sedikit ke sisinya. Akibat terlalu dekat kedudukan antara Aulia dengan Ashraff, hidung Aulia berlaga dengan hidung mancung Ashraff.

Terkejut bagai nak gila, Ashraff segera menjauhkan wajahnya dari kedudukan tadi. Aulia menggeleng dan memandang semula ke skrin besar di hadapan mereka.

Sebal dengan Ashraff yang sengaja ambil couple seat untuk tengok wayang. Itulah yang dia kata lelaki ini mereng, otak senteng. Couple seat ni kan untuk pasangan bercinta aje. Yang dia ambil couple seat untuk dorang ni buat apa.

Peristiwa semasa membeli tiket kembali terlayar di minda. Nak beli tiket pun boleh bergaduh bagai nak rak.

“Kenapa awak pilih couple seat ni? Macam mana nak duduk?” Ashraff menonong berjalan ke hadapan. Meninggalkan Aulia yang masih bising di depan kaunter tiket.

“Ashraff!! Awak dengar tak saya cakap dengan awak ni!” Suara Aulia sedikit meninggi. Jerit ajelah. Mamat ni pekak badak.

Perasan ada mata-mata yang melihat dia sedang membebel, Aulia berjalan pantas mendapatkan Ashraf. Baju Ashraff ditarik memaksa lelaki itu berhenti.

“Eii, saya cakap dengan awak ni, bukan dengan tiang ni!” Aulia tunjuk tiang di sebelah kanannya.

“Kalau boleh bercakap dengan tiang tu pergilah cakap dengan tiang.” Ashraff ingat dia tengah buat lawak bodoh ke? Dia betul-betul sakit hati sekarang ni.

Dah la depan kaunter beli tiket pun boleh bergaduh sebab nak pilih tempat duduk yang paling best, alih-alih Ashraff pilih atas sekali dan ia adalah couple seat! Tak pernah tau dia duduk belakang sekali masa tengok wayang.kali pertama seumur hidup dia.

“Jawab soalan saya. Kenapa awak pilih tempat duduk belakang sekali! Kalau skrin tu kecil, tak nampak, macam mana?” Siap dengan tangan-tangan sekali naik bercakap sama rancak dengan mulut yang membebel.

“Jangan risau, kalau hantu keluar nanti you nampak dengan jelas. Sebesar-besarnya dekat skrin tu. Kenapa, takut ke kalau tengok cerita hantu?” Ashraff angkat sebelah keningnya.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Ashraff, Aulia hentak kaki. “Bukan masalah hantu sekarang ni, masalah sekatang ni ialah saya tak nak duduk sebelah awak! Kan tadi saya dah pesan beli seat asing-asing!”

“Kalau macam tu I call mama sekarang cakap you tak nak temankan I, lepas tu you berjalan sendirian. Lagi pun tadi sebelum keluar mama dah pesan make sure jangan tinggal you dekat mana-mana.” Ashraff menarik keluar Iphone 5 miliknya dari poket seluar jeans.

“Ya Allah, tensionnya saya dengan awak ni!” Aulia merampas telefon bimbit dari tangan Ashraff. “Saya campak telefon ni baru awak tahu!”

You ni memang suka rampas barang I eh? Hari tu kad kredit, sekarang ni phone pulak?” Teringat kelakuan diri sendiri semasa kali pertama bertemu Ashraff Aulia rasa muka dia kebas gila! Telefon bimbit yang dirampas segera dihulurkan kepada Ashraff semula.

Tak guna betul! Dah berapa kali dah dia pesan jangan ungkit pasal cerita lama tu lagi tapi masih juga nak cakap pasal tu. Benci betul!

Popcorn yang tiba-tiba dihulurkan di depan muka menghilangkan lamunan sepanjang karangan PMR. “Nak?” Aulia pantas menggeleng.

“Makanlah sikit.” Ish, Ashraff ni suka bisik dekat-dekat macam ni tau! “Ambil atau I cium you?” Aulia merampas satu bekas popcorn yang dipegang oleh Ashraff.


“Puas hati sekarang ni?” Suara Aulia sedikit keras.

“Belum sebab you belum makan.”

Sakitnya hati dengan mamat ni! Ya Allah.. Ya Allah. Tangan menyeluk kotak popcorn. Segenggam bertih jagung disumbat ke dalam mulutnya.

Ashraff tergelak kecil melihat gelagat Aulia. Bukannya dia tak perasan yang Aulia asyik tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Memang dia sengaja pilih cerita seram sebab nak takutkan Aulia. Rupa-rupanya Aulia tak menjerit langsung. Tengok tanpa perasaan. Siap menguap lagi berpuluh-puluh kali.

Entah spesis apa Aulia ni dia pun tak tahu. Dah la garang nak mampus, lepas tu suka membebel pulak tu. Lagi satu yang dia suka tentang Aulia ialah keriangan. Aulia suka buat dia nak tergelak tapi dalam masa yang sama geram yang amat sangat. Perasaan yang dia tak pernah ada ketika bersama dengan orang lain.

Melihat kotak popcorn yang bergoyang-goyang ditangan Aulia, Ashraff menjeling sedikit wajah di sebelahnya. Tidur!

“Lia..”

“Hmmmm..”

Ashraff mengukir senyuman. Tak pernah dia keluar tengok wayang dengan perempuan sampai perempuan tu tertidur  dalam panggung. Ini kali pertama.

Melihat popcorn yang hampir terlepas dari tangan Aulia, Ashraff segera mengambil popcon itu. Fuh, nasib baik tak jatuh. Kalau tak bertambah kerja cleaner lepas habis cerita ni. Kepala Aulia yang tersengguk ke depan ditarik rapat ke tubuhnya. Membiarkan Aulia melentok di bahu dia.

Berada sedekat ini dengan Aulia membuatkan dia teringat kali pertama dia dan Aulia berpelukan. Aulia memang gadis yang sangat menarik! Kalaulah dia dapat Aulia.. Mungkin Aulia gadis yang paling lama melekat dengan dia.


Ashraff memejamkan matanya. Menikmati saat ini untuk seketika. Bukan senang nak tengok Aulia diam macam ni. Kalau dalam keadaan sedar Aulia nak melentok dekat bahu dia macam sekarang ni? Kau nak mampus!

Tangan Aulia digenggam kemas. Kenapa hati dia berdebar kencang sangat ni? Dengan Helinna pun dia tak pernah macam ni walaupun Helinna sangat manja dengan dia. Tak pernah rasa dup dap dup dap macam sekarang ni.

Oh jantung, jangan nak berdegup laju sangat. Kita bukan lumba lari seratus meter pun.

Ashraff kalih sedikit ke sisinya. Kepala Aulia dicium. Dia tak tahu kenapa dia berbuat demikian tapi dia rasa sangat tertarik dengan Aulia yang berada dalam keadaan senyap macam sekarang ni. Macam ada tarikan magnet antara dia dengan Aulia.

You are so pretty!’ Getus Ashraff dalam hatinya.

Kalaulah masa boleh terhenti, dia mahu duduk lebih lama macam ni dengan Aulia. Kalau boleh terhenti dua puluh empat jam pun jadilah. Kejap lagi bila Aulia dah sedar sah jadi singa!

Gambar yang ditayang di skrin besar di hadapan dia sudah tidak berasa menarik lagi. Aulia lebih menarik daripada segala-galanya ketika ini. Ashraff mula membayangkan kalau dia boleh membawa Aulia seperti Jane, Rianti, Hennah, Zulia dan banyak lagi perempuan yang pernah dia usung ke bilik tidur, indahnya dunia.

Orang cakap perempuan garang biasanya manja bila di bilik tidur. Mungkin Aulia juga manja? Ashraff menggigit bibir bawahnya. Menahan nafsu yang mula bergelora. Kenapa kau menarik sangat, Aulia!

Tangan naik mengusap pipi mulus Aulia. nasib baiklah dia dalam panggung wayang, kalau berdua-duaan dengan Aulia di tempat lain mungkin dia tidak dapat menahan dirinya untuk mendapatkan Aulia.

Lampu panggung mula terpasang semula. Cerita dah tamat. Tidak sedar berapa lama dia asyik leka dengan Aulia yang terlena bukan main lagi.

“Lia, wake up.” Ashraff menggoncang sedikit tubuh Aulia.

“Hmmm…” Ya Allah, orang dah kejut boleh dia ‘hmmmm ’aje?

“Lia!” Ashraff mengelus lembut pipi Aulia.

“Hmmm…”

“Aulia Rahman, bangun. Cerita dah habis.” Kali ini tubuh Aulia digoyang sedikit kuat. Susah betul nak kejutkan Aulia. Memang mengantuk sangat la gamaknya.

Aulia terpisat-pisat sedikit. “Cerita dah habis?” Masih belum sedar yang kepala dia masih melentok baik di bahu Ashraff.

Yes, dah habis. Bangun cepat. Bahu I dah rasa senget sebelah tahan kepala you yang berat macam batu tu.” Ah! Ashraff rasa nak tampar mulut sendiri. Kenapa lah mulut dia suka sangat nak mengata Aulia!

Aulia bingkas menegakkan kepalanya bila tersedar yang kepala dia sedang landing baik di atas bahu Ashraff.  “Macam mana saya boleh tidur dekat bahu awak?!” Mesti Ashraff yang sengaja ambil kesempatan dekat dia!

“Kalau dah nak goda I tu cakap ajelah tak payah nak soal I macam mana you boleh tertidur atas bahu I pulak.” Aulia membulatkan matanya menjegil Ashraff.

“Awak yang nak ambil kesempatan sentuh saya kan?”

Ashraff tergelak kecil.”Kalau I nak sentuh you, dah lama I bawak you pergi rumah I. Lagi selesa.”  Ei, mulut puaka ni memang buat dia rasa nak tumbuk aje!

“Jangan mimpi. Sampai kiamat pun awak takkan dapat.”

“Kalau I nak sesuatu, selalunya I dapat apa yang I nak.” Aulia tergelak sinis mendengar kata-kata Ashraff. Kalau nak bergaduh dengan Ashraff memang di mana-mana pun boleh bergaduh. Tak perlu tunggu semasa bekerja.

“Kalau sesuatu itu mungkin dari perempuan lain but not me. Teruskan bermimpi sampai ke bintang.” Aulia bangkit meninggalkan Ashraff di dalam panggung. Bukan boleh cakap baik-baik sangat dengan spesis macam Ashraff ni.

“Aulia Rahman!” Ashraff memaut tangan Aulia. “You jangan cabar I sebab you tahu apa kemampuan I, Lia.”

“Memang saya cabar awak. Kalau boleh dapatkan saya, saya akan melutut merayu dekat kaki awak sambil menangis.”

Ashraff ketap bibir kuat. Sakitnya hati dengan mulut Aulia. Rasa nak cium-cium sampai bisu! Geram sangat dengan mulut yang macam beli insuran lima belas juta! Cakap tak fikir perasaan orang lain langsung. Masa cakap dengan mama dia bukan main lagi sengih sana sini. Lembut macam apa aje. Kalau dengan dia aje terus macam singa betina!

Fine! You jangan lupa yang I boleh cakap dengan mama I yang I nak kahwin dengan you. I am so sure that your parents pun akan setuju, kan?”

“Jangan nak perasan sangat okay! Kalau saya membantah habis-habisan dan parents saya takkan setuju dengan cadangan gila awak tu.” Ashraff ni spesis lelaki gila perasan! Aulia terus berjalan meninggalkan Ashraff di belakangnya.

Ashraff tergelak besar. Kakinya berlari-lari kecil mengejar Aulia di hadapan. “You ingat I nak sangat ke kahwin dengan you? Helinna I nak campak mana? You know how much I love her, kan?” Kening diangkat sebelah.

“Tahu! Sebab tu muka awak asyik keluar masuk dalam newspaper sebab ada skandal dengan perempuan lain. Malang sangat Helinna tu dapat bakal suami macam awak ni. Kalau saya..Hish!”  Aulia tayang muka jelik.

“Kalau saya apa?”

Aulia pandang tempat lain. Alamak, macam melampaulah pulak kutuk Ashraff. Dah memang terang-terangan pilihan Helinna ialah Ashraff, dia tak boleh nak buat apa lagi dah. Helinna pun dah mengakui dia dah mula sukakan Ashraff macam dulu-dulu sejak dua menjak ni.

“Cakaplah kalau saya apa? Kecut nak cakap?”

Aulia rasa tercabar dengan mulut puaka Ashraff yang tak habis-habis nak hentam dia. “Kalau saya jadi Helly, dah lama saya tinggal lelaki tak guna macam awak ni. Siang malam berkepit dengan perempuan.”

“ Kalau dah tak suka dengan I, kenapa keluar dengan I hari ni?”

Hoi, Ashraff ni ingat dia hadap sangat ke nak keluar? “Kalau bukan sebab Aunty Lydia, saya pun tak inginlah keluar dengan awak.”

“Jadi you keluar dengan I ni sebab mama I yang suruh?”

“Mestilah.” Ashraff ingat dia suka-suka aje nak keluar dengan lelaki ni? Oh, sila cermin diri sendiri!

 “Apasal mama I suruh I keluar dengan you? Banyak lagi benda lain I boleh buat hujung minggu macam ni tau! Kalau ada wartawan nampak I keluar dengan you, macam mana?”

“Takut?” Aulia sengaja mahu panaskan hati Ashraff yang sedih panas.

You berani ke nak berdepan dengan Helly kalau dia tahu you keluar dengan I? Berani nak bersoal jawab dengan dia?”  Aulia menjeling Ashraff.

Bukannya dia buat apa-apa dengan Ashraff pun. Kalau Helinna tanya cakap ajelah terserempak lepas tu keluar makan bersama. Bukan susah pun.

“Helly mungkin serang awak, bukan saya.” Ashraff rasa nak cubit mulut Aulia. Senangnya dia menjawab.

“Kalau you berkeras dengan mama I yang you tak nak keluar, I tak perlu nak berdepan dengan you sepanjang hari ni.” Ashraff menarik kerusi meja makan duduk bertentangan dengan Aulia.

“Dah la, awak senyap sekejap boleh tak? Saya dah lapar ni, nak makan. Kang kepala awak tu saya telan.” Ashraff berdengus perlahan. Senang aje Aulia cakap.


Selepas Helinna balik ke Malaysia dia memang sentiasa menjaga batas pergaulannya dengan sesiapa sahaja sebab mahu menjaga hati Helinna. Zamani si gila glamer tu mungkin berada di mana-mana sahaja untuk menjatuhkan dia.

“Berangan lagi. Nak makan apa?” Aulia ketuk buku menu di depan muka Ashraff.

“Makan you, boleh?”

“Jangan nak buat lawak bodoh awak tu dekat sini, tak laku. Cepatlah sikit pilih nak makan apa, lepas tu kita boleh balik.” Ashraff tergelak kecil apabila melihat muka Aulia yang sudah berona merah. Tahu pun segan.

“Kalau dapat makan you mesti kenyang sampai tiga hari, kan?”

“Ash, awak ni boleh tak jaga sikit mulut awak tu. Kang saya tepuk mulut tu baru awak tahu!” Ashraff masih lagi ketawa.

Aulia menjeling tajam. Ingat lawak sangat ke?

“Nak makan ke tak nak ni? Kalau tak nak makan saya makan sorang!” Dah hilang sabar dah nak berdepan dengan Ashraff yang gila ni. Lepas ni kalau kena paksa keluar lagi memang dia takkan keluar dah dengan Ashraff. Menyampah teramat sangat!

“Janganlah buat muka menyampah macam tu, tak baik tau..” Aulia menjeling.  “I nak makan ni. You dah pilih?” Melihat anggukan di kepala Aulia, tangan Ashraff dilambai sedikit memanggil waiter.

Mahu makan laju-laju dan balik rumah. Tak sanggup lagi nak tengok muka Ashraff! 

6 comments :

  1. best2.. smbng lagi
    tapi nnti klau helinna tau mesti dia marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itulah. Tak sabar nak tahu apa reaksi Helinna bila tahu Ashraff keluar dengan Aulia.
      Agaknya Helinna marahkan siapa? Ashraf.. atau Aulia.
      jeng jeng jeng. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sabar ye yang.. Memang tengah tulis laju-laju. InsyaAllah esk atau lusa up entry Bab 15 pulak. Hihi. :)

      Delete
  3. best2...alah kesian aulia...knp aulia tak cerita kat hellina yang dia bkerjasama dengan ashraf..bru hellina tak salah faham hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Takpe, Helinna ni baik sangat orangnya. Aulia pula yang selalu rasa serba salah sendiri. :)

      Delete