Monday 29 April 2013

Bab 15 Aku, Dia dan Stiletto



Gosip : Ashraff Tan Sri Ahmad Ada Kekasih Baru?

Ashraff mencampakkan helaian surat khabar di atas meja. Sakit hati betul dia dengan Zaman Glam-glam tu. Kalau dia boleh bunuh orang dah lama dia tembak kepala Zamani sampai terburai. Tak habis lagi nak sibuk pasal kehidupan peribadi dia. Gila ke apa! Dia bukannya selebriti.

Tak pasal-pasal keluar lagi gosip pasal dia. Ingatkan selepas parti di rumah Melissa tidak lama dahulu akan terus senyap cerita pasal dia memandangkan Helinna sudah pulang semula ke Malaysia dan dia juga tidak lagi menghadiri apa-apa parti anjuran kenalan dia.

Alih-alih timbul pula satu gosip lain.

Argh!”

Meja kayu ditumbuk kuat. Melepaskan perasaan amarah yang bersarang dihati.

Pintu bilik yang diketuk membuatkan Ashraff bertambah naik angin. Kan dah pesan tidak mahu diganggu! Tak faham bahasa ke?

“Masuk!” Saffiya menelan air liur sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Ashraff. Takut kalau kena sembur dengan ayat pedih. Dah tahu yang bos dia memang bad mood sebab muka masuk surat khabar lagi hari ni.

Patutnya Ashraff melonjak gembira sebab Zamani Glam-glam masih lagi ingatkan dia.. Lagi pun dah lama muka bos dia tak masuk surat khabar. Kenalah seronok. Dia sekali pun tidak pernah masuk surat khabar.

“Nak apa?” Saffiya memberanikan matanya bertentang dengan anak mata Ashraff walaupun dalam hati dia kecut gila.

“Tuan, Tan Sri …”

Belum sempat Saffiya menghabiskan ayatnya Ashraff dah mencelah lebih awal lagi. “Cakap dengan Tan Sri I sibuk. I ada urusan di Sungai Buloh.”

“Tapi Tuan…”

You ni tak faham bahasa ke Saffiya?” Tepukan kuat di meja Ashraff menyentakkan Saffiya. Sumpah kecut perut kalau kerja dengan bos yang kepala angin macam Ashraff ni. Tapi rasanya dah lama juga Ashraff tak nak angin macam ni.

Ini mesti kes pasal muka dia masuk dalam surat khabar dengan Cik Aulia. Itulah, siapa suruh menggatal dengan perempuan lain sangat! Padanlah muka tu.

“Tuan..”

“Get out!” Sekali lagi Ashraff menengking Saffiya. Tanpa menunggu lebih lama, Saffiya melangkah keluar dari bilik Ashraff.

“Tak guna punya bos. Asyik nak marah orang aje. Sendiri yang buat hal sendiri yang nak marah orang!” Saffiya membebel seorang diri. Memang patut dia marah pun. Dia langsung tidak ada kaitan dengan Ashraff dan Aulia, kenapa pula dia yang kena marah.

Dia buat kerja dia aje. Dah Tan Sri Ahmad nak jumpa, memanglah dia kena sampaikan. Yang bos dia ni pun satu jugak, kalau dah tahu Zamani tu asyik intip dia siang malam, tak perlulah nak cari pasla lagi. Sakitnya hati dia!!

Kalau dia mengadu dengan Hilman pasti Hilman minta dia bersabar. Ya Allah, cepatlah sikit kahwin dengan Hilman. Dia memang dah gatal sangat tangan nak hantar surat berhenti kerja dekat Ashraff. Memang esok kahwin, seminggu sebelum dia hantar surat perletakan jawatan.

Fail di atas meja di hempas kuat. Ha, kan dia pun dah terkena penyakit Ashraff juga, baran tak kira masa. Sekarang dia pun dah lepaskan rasa sakit hati dia pada fail-fail yang bertimbun depan muka ni.

“Assalamualaikum, Saffiya.” Saffiya angkat kepala. Terkejut!

“Cik Aulia.” Tubuh genit Saffiya berdiri tegak di hadapan Aulia.

“Encik Ashraff ada?” Dahi Saffiya berkerut. Aulia nak jumpa dengan bos dia dalam waktu macam sekarang ni? Dia yang baru keluar sepuluh minit ni pun masih lagi terasa panas bilik itu, Aulia nak masuk.

“Ada… ada. Tuan ada tapi …”

Aulia kerut kening. “Tapi?”

Saffiya kelihatan serba salah mahu menjawab pertanyaan Aulia.

“Tapi apa Saffiya?” Aulia menyoal sekali lagi.

Adoi, nak cakap ke Ashraff tengah bengang ni? Kang Aulia ingat dia tak benarkan Aulia jumpa Ashraff pula. Aduhai! Pening kepala dia.

“Takpelah, saya masuk jumpa Ashraff sendiri.”

Saffiya yang baru sahaja mahu menghalang terkaku sebaik sahaja pintu bilik dikuak dari dalam oleh Ashraff.  “Tuan..”

“Ash, saya nak bercakap dengan awak sekejap.” Aulia terus pandang muka Ashraff yang masam mencuka. Mesti pasal surat khabar tu.

I sibuk. Kita cakap lain kali aje.” Aulia tercengang. Ashraff tak mahu jumpa dia? Eiii, kurang asam betul. penat-penat dia datang sini, macam tu aje Ashraff layan dia? Apa Ashraff ingat dia suka sangat datang sini? Dah la sepanjang jalan dia jumpa orang asyik pandang dia aje. Naik segan pula!

“Eh, takde masa lain kali saya nak jumpa awak. Saya nak jumpa awak sekarang ni. Sekarang jugak!” Ashraff buat tak endah dan terus melangkah. Dia mahu berjumpa dengan Zaidi sekarang ni.

I nak keluar jumpa kawan. Nanti bila I free kita jumpa.” Saffiya berdiri kaku di belakang Ashraff. Tak mahu masuk campur… Takut!

Aulia tarik lengan Ashraff. “Hey! Awak dengar tak saya tengah bercakap dengan awak, bukan dengan meja tu!” Bibir dijuihkan ke arah meja kerja Saffiya. Tangan Aulia masih kemas memaut lengan Ashraff.

“Tak malu ke pekerja I tengok you macam ni?” Ashraff berbisik keras di telinga Aulia. Aulia melepaskan pegangannya di lengan Ashraff. Ahhhh, bodoh betul dia. Kenapalah dia pegang tangan Ashraff!

“Saya nak bercakap dengan awak, right now!” Giliran Aulia pula berbisik keras kali ini.

I nak keluar, you tak faham bahasa ke?”

“Kalau macam tu saya tunggu awak dalam pejabat. Biar semua pekerja awak anggap yang gosip dalam surat khabar tu betul.”

Ashraff buat muka tak puas hati. Aulia mengugut dia? Berani betul Aulia! “Fine! Meet me in my room right now!” Ashraff melangkah laju masuk ke dalam bilik pejabatya semula dan Aulia sengih kemenangan.

Kot di tubuh di tanggalkan dan disangkut di belakang kerusi. Ashraff menghempas tubuhnya di atas kerusi kulit berwarna hitam itu semula. “Ada apa yang tiba-tiba muncul dekat office I?” malas dia mahu melayan Aulia sebenarnya. Langsung tiada mood.

Panggilan ke telefon bimbit Helinna beberapa kali dimatikan. Pasti Helinna sengaja mahu mengelak daripada dia. Merajuklah apa lagi!

Pintu bilik Ashraff ditutup rapat.

Mata Aulia menyorot kepada surat khabar yang renyuk di hujung kakinya. Aulia tunduk mengambil helaian surat khabar itu. “Kalau marah pun tak perlulah nak kedutkan muka I yang masih muda ni.” Tangan sibuk membetulkan surat khabar yang sudah direnyuk.  

Haish, Aulia ni buat lawak bodoh pula. Dia tengah panas satu badan dekat Zamani gila tu, Aulia boleh datang sini nak hiburkan dia dengan lawak tak laku dia tu. “Tak lawak okay. Apa you nak ni?”

Aulia menarik kerusi depan Ashraff. Dah tak jemput dia duduk terpaksalah dia buat macam pejabat sendiri. “Jemput duduk Aulia. Silakan duduk ye. Terima kasih.” Aulia bercakap seorang diri. Ashraff rasa ini memang lawak dan tergelak kecil.



“Jangan buat lawak bodoh boleh tak? You tak baca surat khabar ke apa yang muka ceria sangat ni?”

“Tak baca pun, tapi lepas Atiya cakap dengan saya yang muka saya ada dalam surat khabar barulah saya baca. Kalau tak sampai tahun depan pun saya tak tahu yang saya ni sangatlah fotogenik, kan?”

Ashraff ketap giginya kuat. Aulia ni spesis tak boleh nak serius ke kalau bercakap. Semua benda nak buat lawak! Masa sekarang ni pun masih lagi nak berlawak. Kalau Tan Sri Ahmad dah panggil tu mestilah sebab dia marah!

You jangan buat lawak boleh tak? Papa dah panggil I. Lepas ni dia mungkin akan panggil you pulak!”

“Eh, apasal pulak Uncle Mad nak panggil saya jumpa dia? Saya takde kaitan dengan semua ni.. Lagipun manalah saya tahu yang Zamani Glam-glam tu nak tangkap gambar kita. Kalau saya tahu, semalam saya berjalan jauh sebatu dari awak tau!” Mendengar Aulia sebut nama Zamani Glam-glam, Ashraff tergelak besar. Comel betul mimik muka Aulia sebut nama Zamani.

Siap dengan mata terbeliak besar dan bekelip beberapa kali.

“Masalahnya sekarang ni papa dah tahu. Satu Malaysia dah tahu. Habislah I lepas ni”

Aulia bermain dengan pen di atas meja Ashraff. Diketuk-ketuk pen itu di atas meja. “Semalam awak cakap awak tak takut kalau Helinna tahu.. Takkan hari ni awak takut kot?”

Ashraff merampas pen dari tangan Aulia. “Bising tau tak! You ni boleh tak serius sikit?”

Aulia terdiam. Garang pulak. Tadi gelak, lepas tu garang. Kejap lagi menangis kot? “Helly call saya tanya pasal hubungan kita.”

Mulut Ashraff ternganga luas. “What?!”

“Tak perlulah buat muka terkejut macam tu. Buruk tau tak.”

“Aulia! I takde masa nak buat kacak depan you okay! Apa Helly cakap dengan you? Dia tanya apa? You jawab apa? Dia cemburu ke? Dia ada marah you? Atau sebut nama I?” Nampak sangat Ashraff menggelabah bagai nak gila sekarang ni.

“Awak rasa saya cakap apa dengan Helly?” Aulia sengaja tayang sengih mahu menyakitkan hati Ashraff. Ini peluang dia untuk sakitkan hati lelaki itu.

“Aulia! I tak melawak dengan you sekarang ni!” Meja tepuk kasar.

Tubuh Aulia tersentak sedikit mendengar tengkingan Ashraff. Tak perlulah menempik, cakap baik-baik tak boleh ke?

“Kalau awak nak tempik saya macam ni, saya balik dululah. Buat penat aje datang sini.” Aulia menolak kerusi mahu meninggalkan Ashraff.

Ashraff bingkas bangkit mahu menahan Aulia. Mulut dia ni, memang tak boleh nak kawal bila dengan Aulia.
“Lia, I minta maaf okay.”  Ashraff memaut tangan Aulia.

Aulia menolak perlahan tangan Ashraff yang melekat di pergelangan tangannya. “Dah la, saya nak balik.”

Melihat Aulia yang masih berkeras mahu meninggalkan pejabatnya, Ashraff merentap tangan Aulia dengan kasar sehingga Aulia terdorong ke belakang. Tubuh Aulia terpusing sedikit dan .. Kedua-dua mereka terkaku seketika.

“Ash! Lia!!!”

Ashraff segera menolak tubuh Aulia yang berada kemas dalam pelukannya menjauhi dirinya. “Helinna!”

“Apa korang berdua buat ni? Lia, sanggup kau buat aku macam ni! Kau cakap kau takde hubungan dengan Ash!” Helinna menolak bahu Aulia.

“Helly, I can explain this.”  Ashraff menarik tubuh Helinna menjauhi Aulia. Keadaan menjadi kalut seketika.

Explain what?” Helinna bertempik dalam bilik Ashraff. Tak kisah kalau pekerja The Legacy dengar, biarlah! Dia peduli apa!

“Lia, kau cakap kau nak tolong baiki hubungan aku dengan Ash, sekarang ni apa yang kau buat? Kau yang ada affair dengan bakal suami aku? Kawan apa kau ni Lia!”

“Helly, ni bukan macam apa yang kau nampak. Aku takde hubungan istimewa dengan Ash.. Sumpah!” Aulia meraih tangan Helinna namun ditolak kasar oleh Helinna.

“Kau penipu! Kau tipu aku. Kau memang sukakan Ash kan? Kau sukakan dia.. Kau cuma reka cerita pasal Hazrul tu kan?” Aulia menggeleng

“Aku tak pernah tipu kau Helly. Please, jangan percaya apa yang kau nampak tadi tu. Aku ..”

Stop it! Kau bukan kawan aku lagi. Kau cakap kau akan buat apa aje untuk aku tapi sekarang ni aku takkan percayakan kau lagi!”

“Helly, Aulia tak salah. Jangan sebab salah faham you nak hukum Lia dengan I.” Helinna menggeleng kepalanya sambil menangis. Tubuh Ashraff dipukul dengan beg tangan.

“Sekarang you dah pandai nak membela Aulia kan? You ingat selama ni I tak tahu apa yang you buat? Keluar dengan perempuan lain.. Pergi parti sana sini. You ingat I diam, I tak tahu?”

I minta maaf Helly.. Tapi I dah tak buat lagi semua tu sekarang. Since you balik dari London, I dah tinggalkan semua tu sebab you! I sayangkan you, Helly.”

We are over. Jangan cari I lagi.”

Helinna bergegas meninggalkan pejabat Ashraff.

“Ini semua salah you!” Ashraff menunding jari telunjuk lurus ke muka Aulia.

Aulia mengesat air mata. Kenapa pula dia yang disalahkan. Dia cuma mangsa keadaan sekarang ni. Bukan salah dia kalau Helinna marahkan Ashraff.

Beg tangan Givenchy Medium Nightingale berwarna oren yang terjatuh di atas lantai diambil dan berlalu meninggalkan pejabat Ashraff. Dia perlu kejar Helinna.




“Cakaplah nak cakap apa. Aku takde banyak masa untuk kau.”

Aulia menyentuh tangan Helinna di atas meja sebelum Helinna menarik kasar tangannya. “Helly, aku bersumpah aku memang takde apa-apa hubungan dengan Ash. Sumpah.. Memang takde!”

“Tadi masa dalam telefon memang aku percayakan kau Lia tapi lepas nampak kau berpeluk dengan dia aku tak tahu sama ada aku masih boleh percayakan kau atau pun tak..”

“Aku kawan kau.. Kau kena percayakan aku. aku takkan tipu kau Helly.”

Helinna memandang tepat wajah Aulia. Mencari keikhlasan dan kebenaran dalam kata-kata Aulia. “Habis tu kau kenapa kau berpeluk dengan dia tadi?”

Aulia terdiam. Mulutnya bergerak ke kira dan ke kanan berfikir satu alasan yang munasabah. “Sebab…”

“Sebab apa?!”

“Kasut tumit tinggi tertanggal. Kaki terpelecok.” Aulia beriak tenang. Berbohong demi menyelamatkan dua hubungan. Hubungan dia dengan Helinna dan hubungan Helinna dengan Ashraff.

“Betul?”

“Betul! Tak tipu. Kau tengok muka aku betul-betul, mana ada aku tipu kau. Lagipun kau kan tahu taste aku macam mana.. Bukan lelaki nakal macam Ashraff sebab aku tahu aku tak cukup hebat untuk jinakkan dia macam yang kau buat.” Helinna sengih melebar dipuji sebegitu oleh Aulia. Kembang kempis hidungnya mendapat pujian kerana berjaya menjinakkan Ashraff yang kaki perempuan.

“Kan aku dah pesan dengan kau jangan lebih-lebih dengan Ashraff. Aku cuma mintak kau rapat dengan dia sebab aku nak pastikan perasaan aku yang sebenarnya terhadap dia. Tapi bila tengok kau rapat sangat dengan dia, mestilah aku cemburu.” Aulia tergelak kecil.

“Aku kan dah janji dengan kau yang aku akan buat apa sahaja untuk kau asalkan kau bahagia. Dah, jangan nak merajuk lagi. kesian Ashraff tau! Dia ingatkan kau betul-betul marah pasal gosip dalam surat khabar tu.”

“Mula-mula memanglah aku marah sebab muka kau cun sangat dalam surat khabar tu! Jeles aku.” Aulia tergelak besar. Dia pun terkejut tengok muka dia dengan pelbagai reaksi semasa keluar dengan Ashraff semalam.



Sampaikan aksi dia tengah tunjuk tiang pun ada jugak, dengan ekspresi muka yang tak boleh blah langsung! “Kan.. Aku pun terkejut tengok muka aku sendiri. Tak sangka cun jugak aku dalam surat khabar.” Aulia sambung ketawa.

Babe, aku memang betul-betul tak sangka yang Ashraff tu glamer sampai macam tu sekali. First time aku tengok muka dia dalam surat khabar tau! Memang gila betullah Zamani Glam-glam tu kan. Sampai gambar Ash tunggu aku depan toilet pun ada jugak.” Aulia bersungguh-sunggung bercerita. Teruja sangat dengan cara Zamani bekerja. Sanggup ikut sampai ke pintu tandas! Hebat.

Helinna turut ketawa. “Aku pun pernah kena jugak kes macam kau ni. Memang Zamani tu kerja dia jadi paparazzi kacau hidup Ash.” Aulia angguk faham. Tapi kalau Helinna dia tak pelik sangat sebab Helinna memang model terkenal jadi memanglah semua wartawan terkejar-kejar cerita peribadi dia.

“Aku rasa kau dengan Ash patut umum pasal majlis pertunangan korang tu cepat-cepat sikit. Biar Zamani tu tak ganggu hidup Ash lagi. Selagi Ash bujang, selagi itulah dia takkan berhenti ganggu Ash.” Aulia ikhlas namun entah kenapa dia cemburu bila mencadangkan supaya Ashraff dan Helinna bertunang.

“Itulah, papa aku pun dah bising dah. Tengoklah macam mana. Aku memang sibuk gila sekarang ni. Job mengalahkan Perdana Menteri.”

“Jangan sampai kau terlepas Ash sudahlah. Aku dah tolong kau rapat semula dengan dia tapi kau asyik nak cari pasal dengan dia aje.”

Helinna meneguk air coke di depannya. “Aku bukan cari pasal, aku saja nak uji perasaan dia dekat aku.”

Bibir Aulia bergerak-gerak mahu menyoal sesuatu tentang Ashraff namun hasrat itu dilupakan sahaja. Tidak mahu Helinna salah sangka pula kononnya dia lebih mengetahui tentang Ashraff berbanding Helinna sendiri.
“Esok aku dengan Ash ada kerja dekat Bukit Tinggi, kau nak ikut tak?”


“Alaaaa, nak! Tapi aku kerja esok. Pergi Kuantan dua hari. Berapa lama korang dekat sana?”

“Sampai hari Khamis. Tiga hari aje. Kau balik hari Rabu, kan? Sempatlah kau ke sana hari Khamis tu. Boleh balik sekali dengan kitorang. Meeting habis hari Khamis petang. Jom la.. Jom la.”

“Ala, mesti penat sebab baru habis shooting.”

“Jom la babe. Dah lama kita tak spend time sama-sama. Boleh kau berbaik-baik dengan Ash semula. Tak baik tau gaduh lama-lama.”

“Bolehlah. Nanti aku nak pergi aku call kau okay.” Aulia bersorak gembira.

“Aku tak janji tau.. Tapi kau jangan bagitahu Ashraff yang aku akan ke sana. Biar dia terkejut!”

Hubungan Helinna dan Ashraff akan pulih semula. Dia suka melihat Helinna yang nampak seronok dilamun cinta dengan Ashraff.

Semoga hubungan Helinna dan Ashraff cepat-cepat diikat ke peringkat yang seterusnya. Dia dah tak boleh nak berdepan dengan Ashraff lagi dah.


7 comments :

  1. Replies
    1. Itulah, kali ini Ashraff bernasib baik. Kita tunggu bab 16 nanti Ashraff ni bernasib baik ke tidak. Agaknya nak kenakan Ashraff tak?
      Iyelah suka sangat buat jahat kan..

      Delete
  2. adakah aulia sudah mula suka pada ashraff ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aulia rasa dia gila sekarang ni. Suka ke? Tak suka? Ish, takkan suka kot, Ashraff kan kekasih Helinna mana boleh dia jatuh cinta pada Ashraff. Ha.. gitu! :)

      Tapi masalahnya sekarang Ashraff tu suka ke dekat Aulia? Hiks!

      Delete
  3. Replies
    1. Ashraff ni nak tunjuk hebat sangat depan Aulia kan.. Sekali hambek!

      Tunggu sambungan bab 16 ya.

      Delete