Saturday 6 April 2013

Bab 27 Kau perempuan Itu


Deringan kuat telefon bimbit mengejutkan lena Sarah. Mata yang masih terasa mengantuk dipisat-pisat sedikit mahu mengusir rasa mengantuk yang masih bergayut di kelopak mata.

 Rizal!

Kenapa lelaki ini menelefon pada waktu-waktu sebegini? Kepala ditoleh sedikit ke arah katil Ari Aqashah. Lelaki itu sudah terlena. Terbit sedikit perasaan marah terhadap sikap Rizal yang langsung tidak prihatin dengan statusnya sebagai seorang isteri sekarang ini.

“Kenapa?” Jawab Sarah agak keras.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Ada apa ni abang? Malam-malam call Arah. Dah pukul 11.45 malam ni. Arah dah tidur.”


Rizal menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan perlahan.

“Arah…” Lembut Rizal memanggil namanya seperti selalu. Lelaki ini tidak pernah berkasar dengan dia.
Sarah diam.

“Arah. Abang harap Arah sentiasa kuat dan tabah. Abang tahu Arah anak yang baik.” Rentak jantung bertukar sedikit laju.

“Apa yang abang nak cakap ni? Straight to the point!”  Suara Sarah sedikit meninggi namun masih cuba dikawal agar tidak mengejutkan lena Ari Aqashah.

“Abang harap Arah tenang…”

“Cakap apa yang abang nak cakap!” Potong Sarah.

“Abah..”

“Abah? Kenapa dengan abah? Apa yang berlaku kepada abah? Mana abah?” Bertubi-tubi soalan Sarah. Kedudukannya yang tadi sedang duduk bermalas-malasan sudah bertukar bimbang. Sarah berdiri tegak.
“Abang!” Panggil Sarah.

“Abah.. Abah…” Tergagap-gagap suara itu mahu menghabiskan kata-katanya.

“Cakap abang! Cakap! Kenapa dengan abah?” Jeritan Sarah sudah bergema segenap bilik tidur Ari Aqashah. Ari Aqashah bingkas bangun.

“Kenapa ni?” Marah Ari Aqashah yang sudah bangun dari tidurnya. Sarah tidak menoleh ke Arah Ari Aqashah. Esakan sudah mulai kedengaran.

“Cakaplah abang.. Kenapa dengan abah?” Rayu Sarah. Esakan semakin kuat.

“Abah kemalangan. Ibu dan adik-adik..” Suara Rizal tersekat lagi. Nafas ditarik lemah.
Sarah senyap. Sabar menanti ayat seterusnya.

“Abang ada di Hospital Kajang. Arah datanglah sini.”

Genggaman telefon bimbit di tangan telepas. Terasa lemah lutut Sarah pada saat ini. Sarah jatuh terjelopok ke lantai.

Raungan Sarah yang sedikit kuat mengejutkan lena Ari Aqashah. Daripada keadaan berbaring, Ari Aqashah duduk malas. Terkejut melihat isterinya yang terduduk sambil menangis di atas lantai, Ari Aqashah bingkas bangun mendapatkan Sarah.

“Kenapa?” Soal Ari Aqashah cemas.

“Abah kemalangan. Encik Ari, tolong hantar saya ke Hospital Kajang.” Sarah menggenggam kemas kedua-dua belah tangan Ari Aqashah. Hanya Ari Aqashah yang boleh menolongnya ketika ini.

Ari Aqashah tersedar akan perbuatannya. Dia menolak Sarah yang berada begitu hampir dengannya. Dia tidak boleh lalai! Dia ada rancangannya yang tersendiri. Dia mahu menyiksa wanita ini.

“Aku takkan hantar kau dan aku tidak izinkan kau ke sana.”

Sarah terdiam. Rasa tidak percaya dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut suaminya.

“Dia abah saya! Bapa mertua Encik Ari!”

Ari Aqashah tergelak sinis. Melihat air mata yang mengalir di pipi wanita itu cukup untuk menggambarkan bahawa wanita ini sangat terseksa pada saat ini. Ari Aqashah kembali ke katilnya. Tubuhnya direbahkan ke tilam seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Aku tak izinkan kau keluar dari rumah ini tanpa aku.” Pesan Ari Aqashah sambil menekan suis lampu tidurnya. Suasana bilik kembali samar-samar.

Sarah masih duduk terjelopok di lantai. Tegarnya Ari Aqashah melakukan dia seperti ini. Abahnya mungkin sedang bertarung dengan maut. Ibu dan adik-adiknya juga mungkin menerima nasib yang sama. Ya Allah, selamatkan mereka Ya Allah. Semoga ibu dan adik-adik tidak bersama dengan abah ketika kejadian.

Jam menginjak ke angka dua pagi. Sekali lagi deringan telefon bimbit Sarah berbunyi. Entah sudah kali yang ke berapa Rizal asyik menghubunginya. Sarah menekan butang merah. Dia tidak mahu menjawab panggilan itu. Jika Rizal bertanya di mana dia sekarang, apa yang perlu dia jawab? Di rumah? Suaminya sedang nyenyak tidur? Dan dia sedang terleku di atas tikar sejadah membaca Yassin memohon perlindungan untuk keluarganya.

Teeet. Teeet.

Sarah mencapai telefonnya. Mesej dari Rizal.

Arah di mana? Please come here atau Arah takkan berjumpa dengan keluarga Arah lagi. Ibu rindukan Arah. Buang ego Arah. Datanglah. Mereka perlukan Arah sekarang ini.”

Air mata yang semakin mengering selepas membaca Yassin kembali menitis. Ya Allah, aku anak yang derhaka Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.

Sarah menoleh ke katil. Dia perlukan bantuan Ari Aqashah. Dia perlu berjumpa dengan keluarganya.

“Encik Ari.”

Tidak bergerak.

Sarah menggoncang sedikit tubuh Ari Aqashah. Masih tidak bergerak. Geram dengan tidur lena Ari Aqashah, Sarah menarik selimut tebal yang membaluti tubuh suaminya itu. Lengan Ari Aqashah disentuh lembut.

“Encik Ari, bangun.”

Ya Allah, tidur ke mati ni? Suis lampu tidur dipetik. Suasana bilik menjadi lebih terang berbanding tadi yang hanya samar-samar. Muka Ari Aqashah dapat dilihat dengan jelas.

Sekali lagi tangannya menggoncang tubuh Ari Aqashah. Wajahnya dirapatkan ke telinga Ari Aqashah. .
“Encik Ari, tolonglah bangun.”

Tiba-tiba tangannya ditarik kasar. Sarah terjatuh ke atas tilam. Ari Aqashah bingkas bangun dan menindih tubuh Sarah.

Sarah kalut. Dia cuba untuk bangun. Wajah Ari Aqashah yang mendekati wajahnya ditolak. Tangan naik menolak kasar dada bidang Ari Aqashah.

“Apa Encik Ari nak buat ni.” Tangan Sarah memukul dada Ari Aqashah.

“Kau kejut aku tengah-tengah malam buta macam ni, bukan ini yang kau nak? Hah?!” Sarah menggeleng laju.

“Kau nak apa?” Ari Aqashah bangun dari menindih tubuh Sarah. Jam di sebelah lampu tidur di kerling. 2.35 pagi.

“Tolonglah. Saya nak ke hospital. Saya janji saya akan apa sahaja yang Encik Ari nak.” Ari Aqashah diam. Apa sahaja?

Anything?” Sarah mengangguk laju. Dadanya yang tadi berombak kencang mulai surut dan jantung mula mengepam darah seperti biasa.

Ari Aqashah mengukir senyuman. “Siap sekarang.”

Sarah bingkas bangun bersiap untuk ke hospital. Sehelai skirt labuh bersama kemeja berwarna putih ditarik keluar. Sarah menghilangkan diri ke dalam tandas. Tidak sampai sepuluh minit dia kembali semula. Rambut diikat tocang kuda. Jam tangan di atas meja solek dicapai laju.

Ari Aqashah hanya memakai seluar jeans dan t-shirt POLO lengan pendek berwarna putih. Nampak sedondon pula pasangan pengantin baru ini.

“Hospital mana?” Soal Ari Aqashah semasa di dalam kereta.

“Kajang.” Ari Aqashah diam.

Sepanjang perjalanan dari Damansara ke Kajang, Ari Aqashah hanya diam membisu. Sarah pula asyik melekat dengan telefon bimbitnya. Jam sudah menginjak ke pukul 3.00 pagi. Debaran di hari kian terasa. Rasa seperti sesuatu yang buruk menimpa keluarganya.

Hospital Kajang. Kereta BMW hitam milik Ari Aqashah membelok masuk ke dalam kawasan hospital. Tangan kanannya menyentuh dada. Duppp dapp dupp dapp. Terasa seperti mahu pecah hatinya.

Teeett! Teeett!

Rizal ni langsung tak reti nak bersabar! Orang dalam perjalananlah sekarang ni. Dah sampai pun. Omel Sarah sendirian. Tangan menyeluk beg tangannya. Telefon bimbit di keluarkan.

“Allah lebih menyayangi mereka. Bersabarlah. Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Abang sentiasa ada di sisi Arah.”

Buat seketika, dia terlupa bagaimana untuk bernafas. Dunianya terasa gelap gelita. Sekelip mata dia hilang semuanya. Tangisan tidak mampu dikawal. Sarah meraung dalam kereta. Ari Aqashah keluar membuka pintu kereta di bahagian penumpang.

Hey, kenapa ni? Kita dah sampai ni. Jom.” Tangan Sarah ditarik keluar.

“Mereka dah takde. Mereka dah tinggalkan saya.”


Ari Aqashah terkedu. Membiarkan Sarah menenangkan dirinya untuk seketika, Dia berdiri di sisi kereta.

Beberapa minit kemudian, Sarah menapak keluar dari perut kereta. Rizal muncul di depan pintu hospital. Sarah menerpa ke arah Rizal. Tubuh lelaki itu dipeluknya erat. Menangis semahu-mahunya di dada Rizal yang sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Sabarlah. Abang sentiasa ada untuk Arah.” Rizal menggosok lembut belakang tubuh Sarah.

Ari Aqashah yang melihat perlakuan Sarah naik berang. Tubuh Sarah yang tenggelam dalam pelukan Rizal ditarik kasar.

“Mana mereka?” Soal Ari Aqashah kasar. Rizal berjalan mendahului Sarah dan Ari Aqashah.


“Anak derhaka! Anak kurang ajar!” Mak long Fadhilah memukul Sarah dengan tangannya.

“Mak long.. Arah minta maaf. Arah minta maaf mak long..” Lutut Mak Long Fadhilah dipaut erat.

Mak Long Fadhilah menarik semula kakinya yang dipeluk oleh Sarah. Laila turut membantu mamanya untuk melepaskan diri.

“Kak Arah, baliklah. Mereka tak perlukan akak lagi. Laila dan keluarga boleh uruskan semuanya di sini.”
“Laila… akak nak tengok mereka. Akak nak tengok ibu, abah, Suraya dan Syamir!” Tegas Sarah.

“Balik! Aku kata balik!’ Jeritan Mak Long Fadhilah cukup untuk merentap hati Sarah. Kenapa dia dilayan seperti ini?

“Adik aku mati sebab kau! Kau penyebabnya!”

“Apa salah Arah, mak long. Apa salah Arah?” Sarah masih melutut di kaki MakLong Fadhilah.

“Apa salah kau? Adik aku sesak nafas sebab terkejut dengar berita kau dah kahwin dengan anak orang kaya sebab kau nak bolot harta orang.. tergamak kau Sarah.. tergamak kau buat macam ni! Sulaiman tergesa-gesa bawa dia ke hospital dan mereka kemalangan. Sekarang mereka dah mati! Puas hati kau Arah? Puas?!”

Tangisan Sarah semakin rancak. Ari Aqashah hanya diam menjadi pemerhati. Tiada simpati yang tumpah kepada Sarah. Semuanya balasan Allah swt kepada Sarah yang telah memerangkap dirinya ke kancah perkahwinan mereka.

Rizal menarik Sarah supaya berdiri. Laila menolak kasar tubuh Sarah supaya menjauhi mamanya.
Go away!” Tengking Laila.

“Jom kita balik.” Sarah memandang muka Ari Aqashah dengan riak terkejut. Sampai hati Ari Aqashah. Dia masih belum sempat melihat wajah ibu, abah dan adik-adiknya buat kali terakhir.

“Ha.. pergilah balik! Pergi berambus ikut laki kau tu Arah!” Mak Long Fadhilah masih lagi menengking kuat.
Sarah menggeleng perlahan. Tangan Ari Aqashah yang menarik lengannya ditolak lembut. Ari Aqashah terasa tercabar. Sarah memalukan dia di hadapan ahli keluarganya!

“Balik!” Lengan Sarah direntap kasar supaya mengikutnya.

“Ari. Ari. Relax okay. Bagi Sarah peluang untuk stay dekat sini kejap lagi. Dia baru sampai. Jenazah pun masih belum keluar. Sekejap je.” Pujuk Rizal.

“Aku mengantuk. Aku nak balik tidur. Kan tadi Laila dah cakap mereka akan uruskan semuanya. So takde guna aku dan Sarah nak stay kat sini.”

“Kau pergilah balik ikut suami kaya yang kau nak sangat tu! Sampai sanggup buat perkara terkutuk macam itu. Buat malu keluarga aje!” Mak Long Fadhilah masih lagi menghalau Sarah.

Sarah melepaskan pegangan Ari Aqashah yang kian longgar. Tubuh Mak Long Fadhilah sekali lagi dipeluk erat.

“Arah minta maaf. Arah minta maaf.”

“Maaf kau takkan mampu untuk kembalikan adik aku! Berambus!” Tengkingan Mak Long Fadhilah lebih kuat sehingga memaksa jururawat datang untuk menenangkannya.

“Akak baliklah. Tolong jangan buat kacau dekat sini.” Rayu Laila.

“Akak ada hak. Mereka keluarga akak, Laila.”

“Hak kau gugur sebaik sahaja kau berkahwin dengan lelaki itu.” Lurus jari telunjuk Mak Long Fadhilah ke arah muka Ari Aqashah. Nafas Mak Long Fadhilah naik turun. Tiba-tiba Mak Long Fadhilah rebah ke bumi. 
“Mama!” Jerit Laila.

“Suruh dia balik. Mama tak nak tengok muka dia. Adik suruh dia balik..” Laila akur dengan permintaan mamanya. Laila memandang muka Sarah memohon pengertian.

“Bagi Arah peluang cium mereka. Arah janji Arah akan pergi dan takkan ganggu mak long sampai bila-bila. Tolonglah mak long.” Tangan tua Mak Long Fadhilah dicapai dan dikucup bertalu-talu.

Mak Long Fadhilah hanya diam. Rizal menarik tangan Sarah supaya mengikutinya. Sarah hanya mengikut sahaja.

Sarah menarik kain putih yang menutup wajah yang terbaring kaku di hadapannya. Suraya! Terhinjut-hinjut tubuh Sarah menahan esakan. Wajah Suraya yang luka akibat kemalangan diperhatikan penuh perasaan sedih. Kasihan adik akak. Pasti sakit kerana luka-luka ini. Wajah Suraya diusap perlahan. Dahi Suraya dikucup lama. Tidak puas dengan kucupan itu, Sarah sekali lagi mengucup ubun-ubun Suraya.

“Akak sayang Su. Sayang sangat-sangat!” Bisik Sarah ditelinga Suraya.

Masih ingat Suraya segak berpakaian kurung moden berwarna putih semasa majlis perkahwinannya empat hari yang lalu. Itulah kali terakhir dia berjumpa dan memeluk erat adiknya. Pada hari ini dia telah kehilangan Suraya untuk selama-lamanya.

Sarah menarik kain putih menutup semula wajah Suraya. Dia bergerak ke katil sebelah. Melihat tubuh terkujur kaku diselimuti kain putih sehingga ke kepala, dia yakin ini Syamir. Tubuh kecil adiknya dirangkul ke dalam pelukannya. Kali terakhir dia bertemu dengan Syamir ialah sehari sebelum perkahwinannya.

“Nanti kalau akak balik rumah Amir takde, kakak jangan sedih tau!” Terngiang-ngiang kata-kata Syamir pada malam sebelum dia berpindah ke rumah Tuan Ramlee.

Dia berbohong kepada Syamir. Dia beritahu kepada Syamir bahawa dia akan ke rumah Tuan Ramlee selama tiga hari sahaja kemudian dia akan pulang semula. Dia berbohong kepada adik kesayangannya. Syamir seolah-olah tahu bahawa dia akan pergi selama-lamanya.

Syamir mencium pipinya banyak kali pada malam itu. Syamir mencium hidungnya! Dia rindukan Syamir yang suka mengusiknya. Dia rindukan Syamir yang suka mencium hidungnya. Dia rindukan segala-galanya tentang Syamir.

I love you, Amir.” Tangan Amir dikucup penuh syahdu. Tangan kecil itu yang selalu mencuit hidungnya.

Melihat dua lagi tubuh yang kaku tidak bergerak, esakan kembali bergema. Insan yang paling dia cintai. Insan yang terluka kerana dirinya. Sarah mengusap perlahan wajah ibunya.

“Arah berdosa. Arah berdosa dengan ibu. Maafkan Arah..” Rintih Sarah.

“Abah, ampunkan Arah. Arah anak derhaka. Ampunkan Arah.”

Esakan semakin kuat. Rizal sudah memapah Sarah.

“Arah, Arah kena bersabar. Ini semua ujian daripada Allah.Abang yakin Arah kuat!” Sarah menggeleng kepalanya.

“Apa salah Arah? Apa salah Arah?”

“Mengucap Arah. Istighfar banyak-banyak. Allah swt sayangkan mereka.” Pujuk Rizal lagi. Kepala Sarah digosok perlahan. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menenangkan gadis yang paling dicintainya.

“Arah tak sangka dorang akan tinggal Arah.. Abang.. Arah anak yatim piatu bang…Arah anak derhaka.” Rizal masih lagi menggosok belakang Sarah.

“Jangan macam ni. Arah kena banyak sedekahkan ayat-ayat Quran dekat dorang. Kalau Arah lemah macam ni, macam mana Arah nak mengaji? Kuat okay? Abang tahu Arah kuat.”

Sarah menyembamkan mukanya di dada Rizal. “Arah tak sempat jumpa dorang..”

“Dah habis? Jom balik.” Ari Aqashah muncul dengan muka merah padam. Meluat dengan gelagat Sarah dan Rizal.

Tubuh Sarah yang berada dalam pelukan Rizal di rentap kasar. “Tak payah nak sedih sangat, bukannya dorang semua boleh hidup balik kalau kau menangis sebaldi pun!”

“Kau ni kenapa? Apa masalah kau? Kau nampak tak isteri kau tengah sedih sekarang ni?” Nafas Rizal sudah turun naik. Sakit hati dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Ari Aqashah. Dia tidak faham kenapa Sarah memilih untuk berkahwin dengan lelaki ini sedangkan dia sudah lama menunggu Sarah.

Okay. Nanti balik rumah aku pujuk dia. Kau jangan risau. Aku tahu macam mana nak pujuk isteri kesayangan aku.” Sengaja dia menekankan perkataan isteri kesayangan kerana dia mahu Rizal tahu bahawa Sarah ialah haknya sekarang ini. Tangannya memaut erat lengan Sarah dan mengheret Sarah supaya mengikutnya.

Sarah akur. Dia tiada pilihan. “Utamakan suami. Minta izin suami.” Masih terngiang-ngiang pesanan abah kepadanya pada hari perkahwinannya beberapa hari yang lalu.


p/s - Yeayy, mari bersorak gembira sebab Sri dah up special entry dekat sini. Sobss, ada yang tersentap tak baca entry kali ini?  

30 comments :

  1. SEDIH GILER X TAHAN SAYA TETAP KELUAR JUGA AIR MATA.

    ReplyDelete
  2. KALAU BOLEH CEPATLAH KELUAR NOVEL YA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tol tu baby mio...harap leh la cpt terbit kan novel ni dlm versi bercetak....tak sabar nk th kisah sarah hingga akhir....

      Delete
    2. Alamak, Sri pun masih tunggu lagi keputusannya. Kalau ada rezeki dapat terbitkan, Alhamdulillah. Pray ya! :)

      Delete
  3. Bukak blog sri..terkejut n excited nk bc kisah sarah...dh lama tunggu...tut..tut..tut...bc...wawawa...nk nangis...sedih sgt..nape malang sgt kisah sarah ni...family dh tiada ...mak long n laila pun dh benci sarah...aduhhh..sebak dada...bile la sarah nk happy ni..huhuhu....tiba2 ada nama rizal..sapa plak rizal ni..rupa2nya sepupu sarah.. .oooo rizal ni pun ada hati kat sarah....ari nampak cam jeles je...tol ke sri??

    ReplyDelete
  4. akn ada smbungan ag ker citer ni kat blog?ke kena tunggu versi novel?best la citer ni.....tp ari tu jahat nak mampus...takde peri kemanusiaan langsung....benci ari sangat2....btw...ada jual e novel tak?bilik saya kecik la....banyak da novel2 saya terpaksa di let go sbb nk clear space...lau jual e novel best sikit....blh smpn dlm lptop....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ada sambungan lagi dari semasa ke semasa tapi tak kerap la sebab nak tunggu keputusan sama ada berjaya publish atau tak. Kalau tak berjaya insyaAllah akan sambung di sini. Jika berjaya syukur Alhamdulillah. Doakan Sri ya. Hugs.

      Delete
  5. berair mata saya di buat nya =_=''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, Yaya pun sedih jugak? Kesian nasib Sarah ni. Mari sama-sama doakan novel ni dapat diterbitkan. :)

      Delete
  6. bile nk dibukukan citer ni...x sbr rsnyer...bg la teaser skit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anonymous.
      Alaaa, kite pun tak tahu cite ni akan dibukukan ke tidak. Doakan ya. :)

      Delete
  7. haii,
    dear u up jela sambungan dia, sementara tunggu berjaya ke tak? i do love the story n sabar nk tunggu sambungan .. wish this story berjaya diterbitkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will do.:)
      Nanti akan up bab 28.
      Tak janji bila but akan ada. Hihi

      Delete
  8. bila akkak nak sambung kisah sarah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah ni akak hantar untuk penilaian manuskrip. But will update bab 28 soon!

      Love!

      Delete
  9. macam mana dah lulus ker? ups sket teaser nanti esok terlupa plak pada yg tertunggu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi joijoi80. Belum tahu lagi.. But will update. Memang nka update tapi bukan hari ni.. Esok atau lusa insyaAllah. :)

      Delete
  10. semoga cerita ni cepat dibukukan.

    ReplyDelete
  11. sedih tul bc kisah ni....xsabar nk dpt kan novel ni bila keluar nanti...cepat ye miss writer..:)

    ReplyDelete
  12. Kak, kluar novel x? Serius mug sedih giler! Kluar airmata bila bc! Best sgt karya akak. Klu Ada novel bgtau tau. Nk grab 1... Love ----aira riea z---

    ReplyDelete
  13. sedihnyee...biler nk sambung..harap2 dpt kluar bentuk novel

    ReplyDelete
  14. Nasib baik terbaca kat P2U.... Best giler. Tak baca benda lain dah....siap mengular nak habiskan dr chap1 sampai habis... Semoga cepat dibukukan....teruja bangat.

    ReplyDelete
  15. memang tersentap gila...tahan2 air mata tp jatuh juga...cik writer boleh masukkn cket lg?..plzzz...

    ReplyDelete
  16. cik writer gaya penulisan awk sgt bagus!!.tak sabar nak baca dlm bentuk novel sebenarnya.cepat2 lah terbitkan

    ReplyDelete
  17. so sad...mgalir air mata...writer bjaya mehuruharakan prsan sye huhuhu...plis add me kat facebook roza_mamat@yahoo.com...

    ReplyDelete
  18. Novel ni dah kluar ka?

    ReplyDelete
  19. Novel ni dah kluar ka?

    ReplyDelete