Thursday 4 April 2013

Bab 8 Aku, Dia dan Stiletto




Ashraff hanya memerhati kelakuan Tan Sri Ahmad yang sedang makan dengan penuh berselera dengan anak matanya. Amboi, bukan main berselera lagi papa dia makan malam ni. Mama masak sedap sangat agaknya.

"Tambah lagi Ash?" Ashraff segera menolak pinggan tambah yang dihulurkan oleh Puan Sri Lydia. 

“Dah kenyang ma. Tadi lunch lewat sikit dengan Helly. Kenyang lagi ni.” Puan Sri Lydia tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala.

“Jadi macam mana hubungan Ash dengan Helly? Ash dah cakap dengan Helly yang Ash nak kahwin dengan dia?” Seleras makan Ashraff mati tiba-tiba. Lagi-lagi topik pasal kahwin.

“Pa, Ash dah cakap dengan Helly pasal ni, Helly belum sedia lagi. Masih banyak lagi perkara yang Helly nak capai dalam hidup ni. Lagi pun kami masih muda.” Tan Sri Ahmad menghentikan suapan nasi ke mulutnya.

“Ashraff! Dah dua puluh enam tahun kamu cakap masih muda? Apa nak jadi dengan kamu ni Ash? Dah penat mulut papa ni bercakap dengan kamu.” Ashraff menolak kerusi dan bangkit berdiri.

“Nak ke mana pula? Papa belum habis cakap dengan kamu lagi.” Ashraff buat tidak endah. Pinggan di atas meja diangkat dan kaki menapak ke dapur.

Bukan mahu bersikap kurang ajar dengan papa sendiri tapi kalau setiap hari asyik tanya soalan yang sama, sakit juga telinga dia ni. Mulut pun dah penat nak menjawab.

“Ashraff!”

“Dah la tu bang, biarkan aje lah budak tu. Abang tu makan ajelah. Lydia temankan abang.” Tan Sri Ahmad menghulrkan tangan kanannya meminta bekas mencuci tangan.

“Abang dah kenyang. Makin melampau anak awak tu!” Eh, dia pula yang disalahkan?

“Kenapa abang nak salahkan Lydia pula? Abang tu yang suka sangat bertegas dengan Ash, sekarang dia dah meberontak, tunjuk keras kepala dia tu. Padanlah muka abang tu. Perangai sebijik macam abang jugak!”

Kedengaran Tan Sri Ahmad merengus kasar. “Tak baik abang layan Ash macam tu. Dia dah besar panjang dah. Tahulah dia pilih jalan yang terbaik untuk hidup dia nanti.”

“Awak ingat saya buat ni saja-saja aje ke? Awak tahukan apa kepentingan Tan Sri Faruk tu dalam syarikat kita? Cuba awak bayangkan kalau Helinna berkahwin dengan Ashraff. Bila Tan Sri Faruk serahkan semua saham-saham miliknya kepada Helinna, siapa yang untung kalau bukan Ashraff?”

Puan Sri Lydia mengeluh kecil. “Harta yang kita ada ni pun tak habis makan abang. Sampai anak cucu pun takkan habis. Apa yang abang nak kejarkan sangat hal-hal keduaniaan ni?”

Jelingan tajam dihadiahkan kepada isterinya. Buat-buat tak faham atau pun memang tak faham isteri dia ni? Takkan tak tahu apa kepentingan The Legacy kepada dia? Berpuluh tahun dia membina nama The Legacy untuk menjadi semegah ini, takkan semudah itu dia mahu melihat The Legacy berkubur.

“Cuba awak tengok perangai Ash tu sekarang ni, bukan main lagi dia seronok usung perempuan ke sana ke mari. Awak suka tengok awak bujang awak buat benda tak senonoh? Buatnya kalau ada yang nak menganiaya dia, datang mengaku yang dia mengandungkan anak Ash, awak nak terima perempuan lain jadi menantu awak?” Puan Sri Lydia menggeleng.

“Tahu pun awak tak nak. Sebab itulah saya nak Ash tu cepat-cepat menikah dengan Helinna. Helinna tu baik budaknya, saya yakin dia boleh membimbing Ash ke jalan yang diredhai.” Puan Sri Lydia mencebik.

“Saya tengok Helinna tu pun pakaian lebih kurang jugak dengan perempuan-perempuan yang Ash usung ke hulu ke hilir tu abang oi, Tak ada bezanya. Tutup tang atas terbukak tang bawah, tutup bawah, terbukak tang atas. Sama aje lah!” Tan Sri Ahmad merengus kasar. Tidak suka dengan cara isterinya mengata Helinna.

“Menantu kesayangan saya tu, jangan nak mengata.”

“Saya tak sokong sangat kalau abang nak jodohkan Helly tu dengan Ash. Saya rasa biarlah Ash cari sendiri pilihan hidup dia. Lagipun Ash tu bukannya budak-budak. Dah dua puluh enam tahun dah anak kita tu bang. Dah boleh fikir baik buruk dalam tindakan dia.”

Tan Sri Ahmad menepuk meja makan. Tersentak sedikit tubuh Puan Sri Lydia kerana terkejut. “Abang ni jangan nak tampar-tampar meja tu! Terkejut saya tau tak!” Kali ini sound aje. Kalau ada lemah jantung dah pengsan dan dia tadi.

“Manalah abang tahu awak tu nak terkejut.” Melihat jelingan maut isterinya, Tan Sri Ahmad tergelak kecil. “Dah la, pasal Ashraff tu kita pula yang bertekak dekat sini. Yang dia tu duk memekak dekat atas tu. Pergi suruh dia tutup radio tu. Sakit telinga saya ni.”

“Abang lah pergi tegur dia. Malas saya nak naik atas.” Puan Sri Lydia mengutip pinggan di atas meja makan.

“Kalau abang yang naik degan radio tu sekali abang hempuk atas kepala dia. Kalau awak naik lain sikit.” Mendatar suara Tan Sri Ahmad separuh mengugut isterinya.

“Iyelah! Iyelah. Kejap lagi saya naik. Nak hantar pinggan ni ke dapur kejap.” Tan Sri Ahmad mengukir senyuman.



Pintu bilik anak tunggalnya diketuk dua kali sebelum Ashraff datang membuka pintu untuknya. “Lambatnya anak mama buka pintu.”

Ashraff terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam biliknya semula. “Tak perasan ada orang ketuk pintu tadi.” Puan Sri Lydia mendekati radio yang diletakkan di atas meja di suatu sudut. Volume radio diperlahankan sedikit.

“Rasa cair tahi telinga mama ni dengar muzik kuat sampai macam ni. Mari mama nak tengok telinga Ash, agaknya dah melimpah keluar tahi telinga tu.” Puan Sri Lydia menarik tangan anak lelakinya.

“Mama adalah ma! Ash cuci telinga setiap hari tau! Tak sempat ada tahi telinga pun.” Puan Sri Lydia ketawa kecil. Memang anak dia ni jenis pembersih pun. Sebiji perangai macam suami dia. “Mama nak bincang apa dengan Ash?”

Puan Sri Lydia sembunyi senyum. Anak dia ni memang pandai. Dah tahu-tahu aje dia memang masuk ke sini dengan hajat. Kepala Ashraff diusap manja. “Pandai anak mama ni kan!”

“Eleh.. Macamlah Ash tak kenal mama tu. Tengok muka mama pun Ash dah tahu yang mama memang ada something nak tanya dengan Ash kan? Pasal Helly?”

Thud!

Riak wajah Puan Sri Lydia berubah sedikit. “Mama nak tanya apa?”

 Puan Sri Lydia berdehem beberapa kali. “Mama nak tanya pasal hubungan Ash dengan Helly.” Ashraff mengeluh kasar. Tangan Puan Sri Lydia yang melingkari bahunya ditolak perlahan.

“Macam biasa ajelah. Kenapa?”

“Ash takde kawan perempuan yang lain ke?” Ashraff terkebil-kebil.

“Maksud mama?”

Puan Sri Lydia sengih. “Mama tanya-tanya aje. Manalah tahu kot-kot Ash ada kawan perempuan lain yang lebih bagus dari Helly ke. Boleh bawak jumpa mama.” Mendengar butir-butir perkataan yang terkeluar dari mulut mamanya, Ashraff rasa rahang gigi macam nak terkeluar dari tempat asalnya.

Tiba-tiba ketawanya meledak kuat. “Mama merepek apa ni? Selalunya kalau Ash pergi parti kawan-kawan perempuan Ash, mama bising. Sekarang ni bila Helly balik Malaysia, mama risau pula. Mama tak suka Ash kawan dengan Helly ke?”

“Suka.. Suka. Mana ada mama tak sukakan Helly tu. Mama tanya aje kalau-kalau Ash ada kawan perempuan lain yang lagi cantik dan sopan berbanding Helly tu, bolehlah kenalkan dekat mama.”

“Merepek aje mama ni. Kawan-kawan Ash mana ada yang cantik daripada Helly. Helly yang paling cantik dan paling sopan antara semua. And I love her, mama.” Puan Sri Lydia angguk. Kalau dah mengaku sayang, memang dia tak boleh nak kata apalah.

Tapi bab paling sopan antara semua tu dia tak berapa nak setuju sangatlah sebab semua kawan perempuan Ashraff yang dia tengok pakaian memang ke laut! Entah apa fesyen pakaian yang dorang pakai pun dia tak faham. Seksi sangat sampai terdedah sana sini.

“Mama tak sukakan Helly ke?” Ashraff mencapai ipad di atas meja kopi. Sambil sembang boleh layan Twitter! 



“Eh.. Tak adalah macam tu. Mama suka. Maksud mama tadi kalau Ash jumpa yang lebih baik dari Helly, kenapa Ash nak lepaskan perempuan tu, kan?”

 “Kalau Ash tak kahwin dengan Helly, mama tak kisah?”

Puan Sri Lydia angguk. “Mama tak kisah siapa pun pilihan Ash asalkan perempuan tu menjaga solat dan pandai uruskan Ash.”

“Tapi papa nak Ash kahwin dengan Helly. Lagipun kami dah lama kenal. Sejak kecil lagi. Mama pun tahukan macam mana sikap papa. Ash memang tak kisah pasal harta benda ni semua tapi kalau hitam kata papa, maka hitamlah.”

“Ash, yang nak kahwin tu Ash, bukannya papa.”

Ashraff tergelak kecil. Dah lama rasanya tak mengusik Puan Sri Lydia. “Kalau yang nak kahwin tu papa, memang mama takkan masuk bilik Ash sekarang ni. Habis pinggan mangkuk dekat bawah tu dicampak ke lantai.”

“Siapa kata mama nak campak pinggan mangkuk? Mahal tau mama beli!”

Ashraff sengih melebar. “Habis mama nak campak apa?”

“Kain baju papa, halau pergi rumah bakal bini muda dia tu lah..” Ketawa Ashraff tidak mampu disembunyikan.

“Ala.. Mama tu sanggup ke berenggang dengan papa?”

“Dah.. Dah. Jangan nak merepek. Kalau papa berani buat macam tu, siaplah dia mama kerjakan. Sekarang ni mama tengah cakap pasal Ash, bukan pasal papa.” Ashraff bangkit berjalan mundar-mandir depan Puan Sri Lydia.

“Ma, agak-agak mama.. Perempuan macam mana Ash patut pilih buat isteri?”

Puan Sri Lydia rasa mahu mencekik batang leher anak sendiri. “Berapa puluh kali mama nak kena ulang ayat yang sama dekat anak bujang mama ni?”

Ashraff garu lengan kanannya tang tiba-tiba terasa gatal. “Ulang untuk kali yang ke lima puluh enam kali, please.”

“Ash, yang nak kahwin tu Ash. Mama tak kisah siapa pun pilihan Ash tapi kalau boleh mama harap wanita pilihan Ash sentiasa menjaga solat dan tahu macam mana nak layan Ash. Bukan sekadar ada otak, belajar tinggi melangit tapi tak pandai hormat suami.”

Aulia.. Aulia mungkin bijak tetapi gadis itu terlalu ego dan bongkak. Suka bercakap agak kasar dan sombong.

“Kalau boleh biarlah cantik.. Sedap mata memandang. Seorang isteri itu seharusnya berhias untuk tatapan suami sahaja, bukannya jadi supermodel dan membiarkan dirinya dipertonton ratusan lelaki diluar sana.” Mama dia ni menyindir Helinna ke apa?

Cantik? Kepala Ashraff segera terbayang wajah Aulia. Gadis itu memakai seluar panjang dan sehelai kemeja berwarna kuning cair hari ini. Sungguh jelita!

Ahhh, gila! Mama cakap perempuan lain selain Helinna, kenapa pula kepala otak dia terbayang wajah Aulia. Takde kena mengena langsung! Dah la suka hati mak bapak dia aje menipu nama dia Siti Habibah! Mati-mati dia ingatkan nama tu nama sebenar rupanya dia kena tipu hidup, hidup! Cis! Kurang asam punya budak.

“Ni berangan apa pulak ni? Mama tengah cakap dengan dia boleh pulak dia berangan teringatkan benda lain!” Puan Sri Lydia menampar lengan sasa anaknya.

“Mama! Macam mana perasaan kalau kita dah jatuh cinta dengan seorang perempuan?”

Puan Sri Lydia tepuk dahi. Bukan baru kejap tadi ke anak dia buat pengakuan depan dia yang Ashraff cintakan Helinna? Tak sampai satu jam dah tanya dia soalan macam mana perasaan jatuh cinta?

“Macam yang Ash rasa dengan Helly. Ash tak mahu berpisah dan tak nak berjauhan dengan dia.” Erk, iye ke dia tak boleh berjauhan dengan Helinna? Rasanya takde apa perasaan pun kalau dia berjauhan dengan Helinna. Helinna pun selalu aje hantar khabar berita kepada dia ketika mereka berjauhan jadi tiada ruang untuk dia merindui gadis itu.

“Mama, Ash dah mengantuk ni. Mama keluar dulu okay.” Ashraff bangkit menarik tangan Puan Sri Lydia, memaksa wanita itu keluar dari biliknya.

“Awal lagi ni takkan dah nak tidur?” Ashraff pura-pura menguap.

“Mengantuknya.” Mahu tidak mahu Puan Sri Lydia mengalah juga. Orang dah nak tidur takkan nak paksa bersembang lagi.

“Iyelah.. mama keluar sekarang ni.” Kaki melangkah keluar dari bilik anak bujangnya. bukan selalu anak bujang dia balik ke rumah, sekali-sekala tidur di rumah dia, rasa seronok pula.

Hello sayang. You buat apa tu?”

Hello. Hai Ash. I tengah lepak dengan Aulia dekat Restoran Inang-Inang. Ada apa you call I?” Ashraff bangkit berdiri tegak di depan televisyen dalam biliknya. Matanya melirik ke arah jam yang tergantung di dinding.

“Dah pukul 9.30 ni, you lepak lama lagi ke?”

“Mungkin lama lagi kot. Lagipun esok I tak kerja. Kalau esok kerja mungkin balik awal sikit. Alang-alang dah lama tak jumpa Aulia, nak berbual lama sikit. Why?”

Ashraff menggelabah tiba-tiba. “Oh. Takde apa. Saja je tanya you dekat masa. Tiba-tiba aje rasa rindu pulak dekat you.”

Helinna ketawa perlahan. “You takde party ke malam ni sampai banyak sangat masa nak rindu dekat I?” Ashraff terasa macam ketawa Helinna ialah ketawa yang sedang mengejek dirinya.

Okaylah, I nak tidur dah. Kirim salam dekat kawan you tu.”

“Takkan dah nak tidur. Belum pun pukul 10.00 malam. Bukan selalu you jadi burung hantu ke sebelum I balik Malaysia?”

“Salah ke kalau I nak tidur awal?” Helinna terdiam. “Good night.”

Ashraff pandang telefon bimbit yang kian kelam. Geram betul!  “Ini mesti kes banyak sangat kawan dengan Aulia. Mulut pun dah jadi macam mulut Aulia. cakap ikut sedap dia aje!”

Ashraff mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil. Sakit hati betul dengan sikap Helinna sejak dua menjak ini. Mulut bukan main lagi takde insurans! Kalau sebelum ini bukan macam ni sikap Helinna. Selalunya lemah lembut aje.

Memanglah dia baru tiga kali bertembung dengan Aulia tapi walaupun tiga kali dia dah cukup kenal dengan mulut Aulia yang pot pet pot pet mengalahkan burung belatuk tu! Memang bercakap ikut sedap dia aje. Takde tapisan langsung.

Grr!

Janganlah Helinna terbawa-bawa sikap Aulia. Dia lebih suka sikap Helinna yang dulu, manja dan lemah-lembut. Ah, pelik betul sikap Helinna sekarang ni. Suka sangat menyindir!

6 comments :

  1. kenapa tiba-tiba ade nama ari aqashah kat cni?mesti terfikir nak sambung cerita sarah ni...he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahaha, Anon... Saya dah perasan nama ni masa saya buat editing untuk ADDS few weeks ago tapi masa tu edit dalam manuskrip aje tak edit di belog. Hikhikhik.

      Okay la saya dah edit dah nama tu. Kuangkuangkuang. :D

      Delete
  2. ari aqashah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu hero lama dalam Kau Perempuan Itu. kihkihkih

      Delete
  3. siapa nama lelaki dalam gambar tu hehe??

    ReplyDelete