Tuesday 9 April 2013

Bab 9 Aku, Dia dan Stiletto


Aulia masih dengan sikap degilnya mahu menyedeng dengan Datuk Rahman. Bukan sekali dua Datuk Rahman menegur dia supaya bersikap lebih professional dalam bekerja namun dia masih lagi dengan sikap degil dan keras kepala.

Nak tunjuk manja tak kena tempat pun ada juga anak dara dia seorang ni.

Datuk Rahman menolak tangan Aulia yang mencakuk lengannya. “Ini pejabat, bukan kita pergi berjalan-jalan. Dekat sini bukan tempat nak bermanja dengan daddy. Apa pula orang kata nanti kalau Lia asyik nak berkepit dengan daddy macam ni.” Aulia tarik muka masam.

“Mana orang yang berani sangat nak tegur perangai Lia? Mari sini tunjuk muka tu.” Aulia berbisik keras di telinga Datuk Rahman.

“Degil!”

“Biarlah.”

Sudahnya Datuk Rahman membiarkan sahaja rangkulan tangan Aulia dilengannya. Anak dia ni manja tak kira tempat. Ikut suka hati dia aje. Kalau dah kata nak yang itu, yang itu jugaklah yang dia nak.

“Kita datang sini nak jumpa siapa, daddy?” Rasanya inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sini.

My old friend.” Ikutkan hati memang nak aje Aulia menjawab dengan Datuk Rahman tapi bila fikir semula malas pulak nak menjawab. Daddy dia pun kalau dah tunjuk gaya malas-malas nak bercakap tu kang diam aje tak menjawab soalan dia.

Mata Aulia melirik ke arah nama yang tergantung di muka pintu. Rasa macam pernah dengar nama lelaki ini. Aulia terlopong. Tan Sri Ahmad Salleh? Daddy nak jumpa dengan presiden The Legacy? Nak buat apa jumpa Presiden The Legacy? Oh my God!

Takkan daddy ada usaha sama dengan syarikat ini kot? Eh.. kejap. Bukan ke tadi daddy cakap ‘my old friend?’ Wow!

“Silakan Datuk.” Seorang perempuan muda yang cantik berselendang mempelawa Aulia dan Datuk Rahman ke dalam bilik itu.

“Man! Masuk.. Masuk. Ya Allah, lamanya tak jumpa.” Datuk Rahman dan Tan Sri Ahmad Salleh saling berpelukan.

Gaya lama tak berjumpa dan gaya peluk tadi tu macam dia peluk dengan Helinna. Yang bezanya ialah kalau dia berpelukan dengan Helinna sambil terlompat-lompat sambil menjerit panggil nama masing-masing tak hirau orang sekeliling. Buat-buat macam langsung tak wujud. Okay, memang kelakar.

Tan Sri Ahmad mengisyaratkan tangannya kepada Aulia. Ala, tanya ‘siapa ni’ tapi tak keluar di mulut.

“Ini anak dara aku. Aulia.” Aulia menghulurkan tangan dan tunduk menyalami Tan Sri Ahmad. Bukan kali pertama dia melihat wajah ini. Wajah yang selalu menghiasi ruang-ruang dalam akhbar. Wajah antara jutawan Melayu di Malaysia.

“Ya Allah, dah besar panjang anak kau Man. Cantik! Macam mama dia.” Aulia tayang sengih konon-konon malu.

“Duduk Man.” Datuk Rahman dan Aulia membontoti Tan Sri Ahmad ke sofa kulit berwarna coklat gelap. Aulia duduk menghadap ke luar tingkap. Memang tak nampak apa yang ada diluar tapi kalau dapat tengok langit membiru pun okay dah. Takdelah jemu sangat asyik nak pandang suasana pejabat aje. 

Datuk Rahman dan Tan Sri Ahmad leka berbual tentang zaman muda-muda. Sampaikan zaman bujang pun cerita jugak. Eh, maksudnya daddy dah lama lah kenal dengan juwatan Tan Sri Ahmad ni?

Adoih, kenapa dia langsung tak tahu menahu tentang ini? Tak sangka daddy ada kawan yang berjaya sampai macam ni sekali. Hebat!


“Lia, kalau Lia nak tahu Uncle Ahmad ni selalu usik Lia masa Lia kecik-kecik dulu. Kalau datang rumah kita aje suka sangat nak culik dia bawak balik ke rumah dia. Kononnya nak buat Lia jadi menantu dia bila Lia dah besar. Mad.. Mad. Aku ingat lagi semua tu sampai sekarang ni.” Datuk Rahman ketawa besar dan Aulia malu sendiri.

Entah bila masa Tan Sri Ahmad datang ke rumah mereka pun dia tak tahulah.. Yang dia tahu dia langsung tidak mengenali lelaki yang bernama Tan Sri Ahmad ini sebelum ini. Mungkin dia terlalu kecil ketika itu.

Tan Sri Ahmad ketawa lepas. “Aku pun ingat lagi semua tu. Masa tu anak bujang aku tu selau sangat duduk dengan Mak Ngah dia di London. Aku dengan Lydia pula sibuk nak membina The Legacy sampai terpaksa abaikan anak sendiri.”

“Sekarang ni usaha kau berbaloi kan? Macam mana anak kau? Kerja dengan kau ke Mad?” Tan Sri Ahmad mengangguk dengan persoalan Datuk Rahman.

“Kerja dengan akulah, nak kerja dengan orang buat apa? Aku bina The Legacy ni untuk anak menantu dan cucu aku, Man.”

“Betul tu Mad. Aku pun setuju sangat dengan pendapat kau tu. Dengar tu Lia, daddy pun bina Megah Holdings untuk Lia dan anak-anak Lia, bukan untuk orang lain.” Wajah Aulia merona merah. Belum apa-apa lagi dah cakap pasal anak.. Daddy ni, gelojoh!

By the way, Lia dah ada calon ke?”

Aulia curi pandang wajah Datuk Rahman. Nak cak apa ni daddy? Ada ke takde? Help me please!

“Kalau dia tu adalah tu kan? Uncle doakan Lia dengan pasangan bahagia sampai bila-bila. Insyaallah.” Sudahnya Datuk Rahman hanya tersengih sumbing. Rasa serba tak kena mahu membantu Aulia sebentar tadi.

Apapun yang ada dalam fikiran Tan Sri Ahmad, biarlah.

“Eh, kau bila nak ajak anak isteri kau datang makan dekat rumah aku? Datanglah, lama aku tak jumpa dengan Zahrah. Kau pun kot lah nak bawak dia pergi rumah aku sekali-sekala. Langsung takde!” Amboi, takkan tua-tua pun pandai merajuk kot Uncle Ahmad ni?

“Bukan macam tu Mad, Zahrah tu bukan suka sangat nak keluar pergi mana-mana. Aku ni sejak dulu lagi kalau ada majlis apa-apa, memang anak aku lah yang jadi mangsa temankan aku. Memang Zahrah tu jenis suka duduk rumah.”

Bawak anak dara cantik macam ni pasti ramai yang nak bagi projek, kan? Kau ni saja je nak pancing projek juta-juta ni.” Datuk Rahman dan Tan Sri Ahmad gelak mengekek. Aulia hanya tayang senyuman. Nak mencelah celah mana dalam perbualan ini pun dia tidak tahu.

Sudahnya dia hanya mendiamkan diri dan layan perasaan. Kalau menyampuk nanti Tan Sri Ahmad ingat dia ni tak beradab sangat pula. Kesian daddy nanti.  

Telefon bimbit ditarik keluar dari tas tangan Prada berwarna coklat kekuningan itu.

‘Kenapa lama tak call saya? Mana awak Arul? Saya cari awak di office tapi awak takde.’

Hantar.

Aulia memejamkan matanya seketika. Mungkin sudah sampai masanya untuk dia berbincang dengan Hazrul tentang hala tuju hubungan mereka? Kalau Hazrul mahu putus dengan dia, cakaplah. Dia bukannya buta hati sangat sampai nak paksa Hazrul terus setia dengan dia no matter what.

Kalau tak suka, cakap. Dia akan cuba faham apa yang terbuku dalam hati Hazrul. Kalau lelaki itu terus mendiamkan diri macam ni, macam mana nak selesaikan masalah. Mummy pula asyik cakap Hazrul tu tak sesuai untuk dia.

Aulia tak nampak mana kurangnya Hazrul. Lelaki itu baik, beriman dan bertanggungjawab. Tidak pernah sekali pun Hazrul mengambil kesempatan terhadap dia sepanjang mereka berkawan. Walaupun dia sering memujuk Hazrul supaya menerima projek daripada syarikat daddy namun Hazrul masih tetap dengan pendiriannya bahawa dia mahu berdikari.

“Dia bukan lelaki yang baik untuk Lia. Kalau dia nak kahwin sangat, biar mummy carikan suami yang sesuai untuk Lia. Kawan-kawan anak mummy tu banyak yang ada. Lia cakap aje Lia nak lelaki yang macam mana.” Kenapa mummy tak boleh faham perasaan dia?

Hampir setahun dia berkawan dengan Hazrul, Datin Zahrah langsung tidak boleh menerima hakikat itu.

Sekarang bila Hazrul dah tinggalkan dia, lagilah macam-macam yang ditaburkan Datin Zahrah terhadap Hazrul. “Mummy dah cakap he is not a good guy, Lia tak nak percaya cakap mummy. Dia tu Cuma nak tumpang kesenangan Lia.”

Mummy, kalau dia nak tumpang kesenangan Lia, dia takkan buka syarikat tu. Kalau dia betul-betul nak duit Lia, dah lama dia ajak Lia kahwin kemudian kikis harta benda kita ni, mummy.”

Datin Zahrah masih tidak berpuas hati. “Itu kata Lia. Nanti bila dia dah buat betul-betul baru Lia tahu langit tu tinggi ke rendah. Mummy cakap ni sebab mummy dah berbual dengan Hazrul tu, dia bukannya sukakan Lia sangat. Saja je seronok-seronok.”

Aulia ketap bibir bawahnya kuat. Dia tahu Datin Zahrah sengaja mahu melaga-lagakan dia dengan Hazrul.

“Kalau betul dia sayangkan kamu, mana dia sekarang ni? Daddy cakap dah dekat dua bulan Hazrul tu senyap tanpa khabar.”

Ah daddy ni langsung tak boleh simpan rahsia. Ingatkan bila luahkan perasaan dekat daddy bolehlah dia rasa lega sedikit, sekarang ni mummy pulak yang sengaja nak tambah sakit hati dia terhadap Hazrul.

Aulia masih leka memandang ke arah luar tingkap sehinggalah dia terkejut apabila melihat burung kemalangan dengan cermin. “Oh my God!” Kenangan yang dikarang berjela-jela sebentar tadi terus hilang dibawa angin.

Aulia terus bangkit dari tempat duduknya dan bergerak pantas ke arah cermin yang dlanggar oleh burung tadi.

“Kenapa Lia?”

Aulia menoleh ke belakang. “Ada burung accident dengan cermin kaca ni. Nasib baik tak tumbang office uncle ni kena langgar dengan burung tadi.” Tan Sri Ahmad spontan ketawa.

Bukan main lagi berdekah-dekah Tan Sri Ahmad ketawakan dia. Lawak sangat ke ayat dia tadi tu? “Lia ni memang lawak sangatlah! Kalau Lia kahwin nanti uncle rasa pecah perut husband Lia asyik gelakkan Lia.”

I am just 25. Masih muda. Long way to go, uncle.” Ayat nak sedapkan hati sendiri, padahal kalau Hazrul lamar dia nak aje dia terus katakana ‘ye, saya sudi!’

“Apa yang mudanya. Elok sangat dah tu kalau boleh kahwin sekarang ni. Masa tengah muda ni kahwin, boleh bersalin banyak-banyak. Tengok macam uncle ni, anak pun sorang aje. Lia pun sorang aje. Kalau ada anak ramai, meriah sikit rumah tu.” Aulia angguk setuju dengan kata-kata Tan Sri Ahmad.

“Walaupun Lia anak tunggal, Lia tak pernah rasa sunyi sebab dekat rumah tu selalu bergaduh dengan mummy.” Sekali lagi tawa Tan Sri Ahmad meledak kuat. Bukan main suka lagi Tan Sri Ahmad gelak hari ni.

Mummy Lia tu mesti tak sebulu dengan Lia, kan? Uncle tahu sangat dah perangai mummy tu.. Mummy tu lembut orangnya, Lia ni pula nampak kasar sikit.”

“Anak aku ni kasar sedikit, tak macam Zahrah, lembut. Entah perangai siapa yang dia ikut aku pun tak tahu. Nak kata aku ni kasar, takdelah kasar sangat dengan dia.” Tan Sri Ahmad menepuk bahu Datuk Rahman.

“Takpe Man. Biarkan dia, asalkan dia masih tahu tatasusila, tahu hormat orang tua dan masih berpakaian macam seorang perempuan, biarlah. Lia dah besar panjang, boleh jaga diri sendiri. Kan sayang?”  Aulia yang masih terpacak di sisi cermin tingkap Tan Sri Ahmad lekas-lekas mengangguk.

Uncle, Lia nak pergi toilet sekejap, boleh?”  

“Boleh. Apa pulak yang tak bolehnya. Lia keluar, tanya dengan Fatiha. Yang pakai tudung tadi tu setiausaha uncle. Tanya dia ya?”


“Assalamualaikum.” Fatiya angkat kepala.

“Waalaikumussalam. Boleh saya bantu Cik Aulia?” Fatiya tayang senyum. Cantik!
“Saya nak pergi tandas.”

“Mari saya tunjukkan. Dekat hujung sana.” Fatiya sudah bangkit dari kerusi namun segera ditegah oleh Aulia.

“Fatiya, jangan risau. Saya boleh pergi sendiri. Lagi pun office ni bukanlah besar sampai macam Stadium Bukit Jalil, jangan risau saya tak sesat.”

Fatiya tersenyum manis. Suka dengan sikap Aulia yang bijak membawa diri. Patutlah dia sering mendengar cerita yang baik-baik sahaja tentang Aulia dalam kalangan ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan wanita ini.

Oh.. Cik ikut je lorong ni sampai hujung sana, sebelah kiri. Dekat dengan pantry.”

Thanks!” Aulia separuh berbisik kepada Fatiya dan terus berlalu.


Bum!

Aulia kelam kabut mengibas bajunya yang sudah tertumpah air kopi. Aduhai, kenapalah cuai sangat ni!

“Cik, saya minta maaf.”

Melihat wajah dihadapannya yang serba salah, Aulia rasa serba salah pula kerana membuatkan lelaki ini menggelah tak tentu pasal. Padahal dia yang salah sebab jalan main redah aje tadi. Kan Fatiya dah pesan ada pantry dekat sini jadi sepatutnya dia lebih berhati-hati semasa berjalan tadi.

“Sikit aje ni.. Kopi sejuk bukannya kopi panas. Jangan risaulah.”

“Ada apa yang kecoh-kecoh dekat sini, Saiful?” Aulia memusingkan tubuhkan ke arah suara yang datang. Allah, dah pupus ke semua lelaki di dunia ni sampai dia asyik nampak muka lelaki ni aje.

“Aulia.” 

Aulia buat tidak endah dengan panggilan Ashraff. Rasa nak pergi tandas hilang tiba-tiba. “Saiful, awak jangan risau ya, sikit aje tadi tu. Jangan rasa serba salah pula dengan saya.”

“Betul Cik Aulia takde apa-apa? Kalau cik nak saya ganti semula baju cik tu, saya boleh usahakan.” Aulia menggeleng perlahan. Memanglah baju Dressing Paula ini antara koleksi baju kesayangan dia, tapi kalau dah tak mampu nak diselamatkan lagi tak apalah, bukan rezeki dia baju ni.

You langgar dia le Saiful?” Saiful angguk perlahan. Wajah itu masih lagi menunjukkan riak bersalah yang amat sangat padahal Aulia yang langgar dia dulu. Itulah jalan membuta tuli aje.

It’s okay Saiful. Jangan buat muka serba salah macam tu. Saya yang jalan tak tengok kiri kanan tadi. Awak tak perlu rasa bersalah dengan saya pun.” Saiful masih diam menanti ayat yang ingin keluar dari mulut Ashraff. Terkumat-kamit mulut Ashraff yang seperti ingin memaki hamun dia.

“Hal ni takde kena-mengena dengan awak pun, jadi jangan sibuk sangat. Tepi sikit saya nak bersihkan baju ni.” Aulia memberi arahan kepada Ashraff. Amboi, rasa macam duduk dalam pejabat sendiri pulak, padahal datang pejabat orang.

Selesai membersihkan sedikit bajunya di sinki, Aulia bergerak menuju ke bilik Tan Sri Ahmad semula. Ashraff hanya memerhati dari jauh dalam keadaan yang bingung. Kenapa Aulia datang ke sini? Ada urusan perniagaan? Siapa wanita jelita ini dalam dunia harta tanah? Kenapa dia langsung tak kenal?

Pintu bilik Tan Sri Ahmad diketuk sebelum mendengar laungan ‘masuk’ oleh Tan Sri Ahmad.

Ashraff melangkah masuk ke dalam bilik Tan Sri Ahmad sambil tangannya memegang sebuah fail berwarna biru muda. “Ashraff. Come in.” Aulia yang melihat Ashraff tersengih-sengih macam kerang busuk mencebik. Dah masuk dah pun, Tan Sri nak pelawa apa lagi.


“Duduklah. Ini Aulia dan Datuk Rahman. Pemilik Megah Holdings. Mereka akan bekerjasama dengan kita dalam projek perumahan baru di Sungai Buloh.” Ashraff senyum meleret. Pemilik nama Aulia Datuk Rahman rupanya wanita jelita ini.

Rasa kecil betul dunia perniagaan ni. Dalam banyak-banyak orang Ashraff langsung tidak pernah menyangka yang dia akan bertemu dengan Aulia dan menjalankan projek bersama wanita itu. Langsung tidak pernah terfikir bahawa Aulia juga merupakan salah seorang yang mempunyai latar belakang seperti dia.

“Jadi macam mana Man? Boleh kita tandatangan kontrak kita sekarang?” Datuk Rahman terus mengangguk tanda setuju.

“Aku rasa bolehlah sebab aku pun dah lama datang sini ganggu kau buat kerja. Entah dah berapa puluh ribu melayang sebab masa kau yang dah terbuang layan aku anak beranak sejak tadi. Silap-silap puluhan juta.”

“Kau ni Man, merepek aje! Sekali-sekala kau datang berbual dengan aku, apa salahnya. Lagipun sekarang ni aku semak dan tandangan projek aje. Kerja-kerja lain banyak dah diserahkan kepada COO aku.” Datuk Rahman mengangguk tanpa ada perasaan ingin bertanya siapakah gerangan COO di The Legacy.

Aulia dan Ashraff menjadi pemerhati kontrak yang terikat antara Megah Holdings dan The Legacy.

“Alhamdulillah. Lepas berpuluh tahun akhirnya termeretai juga usaha sama antara kita, Mad. Aku bersyukur sangat ada kawan macam kau yang banyak membantu aku dalam naik turun dunia perniagaan.”

Tan Sri Ahmad menepuk bahu sahabatnya. “Apalah sangat bantuan aku kalau nak dibandingkan dengan persahabatan kita ni Man. Insyaallah projek di Sungai Buloh tu akan berjalan lancar seperti yang kita harapkan.”

Aulia sudah berdiri tegak di sisi Datuk Rahman sambil menjeling. Baju dia dah kena mandi dengan air kopi sekarang ni, takkan nak berbual lagi kot? Sambung la esok-esok pulak daddy oi. Kalau nak cerita semua peristiwa tiga puluh tahun lepas satu hari memang takkan habis.

“Lia dah jeling sampai nak terkeluar biji mata dia tu. Nak baliklah tu.”

Aulia menyiku perut daddynya. “Bukan macam tu uncle. Lia rimas sikit dengan baju ni ha. Kalau Lia cantik-cantik macam tadi takpe, Lia tak kisah kalau daddy nak berbual sampai esok pun.” Padahal dia langsung tidak selesa dengan cara Ashraff pandang wajah dia sekarang ni.

Dia tahulah dia ni memang cantik tapi tak perlulah nak menjamah setiap inci muka dia ni. Bilik Tan Sri Ahmad pun dah rasa sesak bila ada muka Ashraff depan mata dia.

Tak suka. Tak suka tak suka!

“Lia pakai apa pun cantik jugak. Okaylah, uncle minta maaf sebab curi banyak sangat masa Lia dengan daddy. Man, thank you very much!” Tan Sri Ahmad berjabat tangan sebelum kedua-dua orang tua itu saling berpelukan.

Ashraff tunduk menyalami tangan tua Tan Sri Ahmad.

“Terima kasih Datuk.” Ashraff bersalam dengan Datuk Rahman.

“Apa pula nak panggil datuk, panggil uncle aje.” Ashraff senyum seraya mengangguk.

Tan Sri Ahmad menghantar kedua-dua kelibat manusia itu sehingga hilang disebalik pintu kayu biliknya.

“Ash tak pernah tahu pun papa ada kawan bernama Datuk Rahman.” Tan Sri Ahmad menoleh mencari wajah anak tunggalnya.

“Kawan lama papa. Sama-sama belajar di London dulu. Dah lama papa tak jumpa dengan dia. Yang perempuan tadi tu anak dia. Cantik! Tapi sayang dah ada yang punya. Kalau tak boleh jodohkan dengan Ash.”

“Helinna?” Sengaja menyebut sebaris nama itu sebab dia tahu papa dia suka sangat dengan Helinna. Kalau papa tahu yang Aulia dan Helinna berkawan baik, agaknya pengsan tak papa dia?

“She is still my future daughter in law.”

“Kalau Ash pilih Aulia?” Tan Sri Ahmad yang menyisip perlahan kopi, terhenti perbuatannya.

“Merepek aje. Macamlah Aulia tu nakkan kamu.” Kopi di tangan disua ke bibirnya.

Ashraff senyum penuh makna. Belum cuba belum tahu!


4 comments :