Izreen meletakkan semula cawan
berwarna putih di atas meja. Angin sepoi-sepoi yang menampar perlahan pipinya
tidak mampu mententeramkan jiwanya. Sebaik sahaja tahu Azara pulang semula ke
Malaysia, Izreen terus mengambil penerbangan paling awal pagi tadi dari Sabah
ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan adiknya.
Sebaik sahaja sampai ke Kuala
Lumpur Encik Idris meminta dia supaya berjumpa dengan salah seorang klien
penting terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Tak ada apa yang perlu dikejar
di rumah kata Encik Idris.
Siapa kata tak ada? Azara tu salah seorang yang penting untuk dia bersemuka. Sangat-sangat penting! Nak merungut pun tak boleh sebab memang kerja dia. Macam tahu-tahu pula dia nak balik ke Kuala Lumpur hari ini. Akhirnya petang hampir pukul enam baru dia berpeluang balik ke rumah mak dan abahnya.
Siapa kata tak ada? Azara tu salah seorang yang penting untuk dia bersemuka. Sangat-sangat penting! Nak merungut pun tak boleh sebab memang kerja dia. Macam tahu-tahu pula dia nak balik ke Kuala Lumpur hari ini. Akhirnya petang hampir pukul enam baru dia berpeluang balik ke rumah mak dan abahnya.
Nafas dihembus kasar. “Kenapa
tiba-tiba balik?” Wajah cantik Azara dipandang dengan pandangan jengkel.
Menyampah sangat dia dengan adiknya. Anak kesayangan Puan Nona!
“Kenapa Zara tak boleh balik ke?”
Tangan yang memeluk tubuh dilepaskan ke bawah. Melihat kepada cara kakaknya
berbual pun dah tahu gaya macam nak ajak bergaduh. Mereka dua beradik sahaja
tapi kakak dia tak pernah kisah pasal dia. Tak pernah sayangkan dia.
“Aku tanya kau soalan kan? Yang kau
tanya aku soalan semula buat apa? Kau ni harap aje ada master tapi bebal.” Kan dah cakap. Memang nak ajak cari gaduh.
Cakap tak pernah baik-baik pun dengan dia. Asyik nak hentam aje!
“Rumah Zara di sini, jadi tak salah
kalau Zara nak balik rumah Zara.”
Izreen ketawa halus. “Sejak bila
baru kau sedar yang rumah kau di sini?” Azara sudah mula panas punggung. Malas
sebenarnya mahu bergaduh dengan kakak dia. Baru dua hari dia balik, takkan
macam ini cara kakak dia sambut kepulangan dia?
“Zara rasa kita tak ada masalah
pun.. kenapa kakak nak cari pasal dengan Zara? Kali ini apa pula yang kakak tak
puas hati dengan Zara?”
Meja kayu di depan mata ditampar
kasar oleh Izreen. “Kau balik sini sebab kau dah tahu aku putus tunang kan? Kau
balik sebab kau ingat nak rampas Zakri daripada aku, kan?”
Sumpah Azara rasa mahu ketawa
bergolek-golek atas rumput karpet Puan Nona. Apa Izreen merepek ni? Dia pun
baru tahu yang Izreen putus tunang.. Kalau dia tahu Izreen baru putus tunang
sumpah dia tak balik! Sekarang dah jadi isu pula..
“Zara tak tahu pun kakak dah putus
tunang. Mak baru je cakap pagi tadi. Kalau kakak putus tunang sekalipun takde
kaitan dengan Zara. Hidup kakak, bukannya hidup Zara.” Riak wajah Azara masih
bersahaja. Malas nak emosional macam kakak dia sekarang ini. Entah apa-apa buat
muka ketat macam tu. Ingat elok kot!
Izreen tunjuk riak bengang. Sejak
ada master ni bukan main lagi Azara
melawan cakap dia. Dulu bukan main lagi menikus. Kalau dia kata hitam maka
hitamlah. “Hey, sejak bila kau dah
pandai menjawab cakap aku ni Zara? Aku ni kakak kau tau tak, jadi hormat aku
sikit!”
Azara melepaskan tawa halus. “Zara
hormat pada orang yang tahu hormat orang lain. Kakak pun tak hormat Zara macam
mana Zara nak hormat pada kakak?”
“Kau ni kurang ajar eh Zara!”
Izreen berjalan laju mendapatkan Azara. Rambut panjang milik Azara ditarik
kasar. “Kurang ajar!!”
Azara menjerit kesakitan.
“Kau ingat kau dah besar sangat ke
Zara? Kau rasa kau hebat daripada aku bila kau belajar tinggi berbanding aku?
Kau memang sengaja nak lawan dengan aku kan?” Rentapan di rambut Azara makin
kuat dan suara Azara menjerit nyaring menahan sakit di kulit kepala.
“Lepaslah! Sakit!” Azara memegang
kuat tangan Izreen yang semakin kuat mencengkam rambutnya.
“Kau rasakan. Hati aku ni lagi
sakit bila tengok muka kau tu Zara!”
Puan Nona yang berada di dapur
terkocoh-kocoh berlari keluar kerana mendengar anaknya saling menjerit.
“MasyaAllah… Reen!! Apa yang Reen
buat ni..” Tangan Izreen ditampar kuat oleh Puan Nona kerana mahu Izreen
melepaskan tangannya yang mencengkam kuat rambut Azara.
“Mak, anak mak ni dah kurang ajar
dengan Reen. Apa Reen cakap semua dia balas. Dah tunjuk besar kepala!” Izreen
melepaskan rambut Azara dengan kasar. Sebal!
Azara mengesat air mata yang
mengalir. Sakit gila kot kakak dia tarik rambut dia tadi.“Apa yang Zara kurang
ajar dengan kakak? Part mana?” Azara
tidak puas hati. Dia mesti membela dirinya.
“Mak tengok tu, masih lagi nak
melawan! Dulu bukan macam ni.. Apa kau belajar dekat Amerika tu Zara? Belajar jadi
kurang ajar baik tak payah balik!” Sekali lagi tangan Izreen menunjal kepala
Azara.
“Jangan main kepalalah!” Azara yang
baru mahu membalas perbuatan Izreen terhenti apabila Puan Nona menjerit
nyaring.
“Ya Allah.. sudah! Sudah! Penat mak
nak layan perangai kamu berdua ni.. Dah besar panjang pun bergaduh macam
budak-budak!” Puan Nona menampar tangan Izreen yang berdiri depannya.
“Sakitlah mak.. Kenapa mak pukul
Reen? Mak sepatutnya pukul anak mak yang tak sedar diri ni. Dia balik sini
sebab nak goda Zack mak! Dia memang sengaja balik sebab nak rosakkan hubungan
Reen dengan Zack.”
Puan Nona menggeleng dengan tuduhan
Izreen. “Apa yang Reen merepek ni Reen oi.. Zara tak tahu apa-apa langsung
pasal hubungan Reen dengan Zack.”
Izreen menjuihkan bibirnya. Tak
tahu atau buat-buat tak tahu! Dia yakin adik dia memang sengaja balik ke sini
sebab nak merosakkan hubungan dia dengan Zakri. “Kau ingat eh Zara, kalau kau
ada hati nak rosakkan hubungan aku dengan Zack, aku tak teragak-agak untuk
bunuh kau!”
“Izreen Fatiha!! Astagfirullah
hal’azim. Apa yang Reen merepek ni. Ya Allah, mulut tu jaga sikit Reen, jangan
main cakap ikut sedap mulut saja! Ini adik Reen, sampai hati Reen nak bunuh
adik sendiri?” Puan Nona melepaskan amarahnya. Izreen memang melampau kali ini.
“Zara memang tak tahu apa-apa pun, kenapa Reen nak salahkan Zara dalam hal ni?”
“Apa yang dia tak tahu mak? Reen
baru pututs tunang seminggu lepas, tiba-tiba hari ni dia dah muncul. Mesti
sebab dia dah ada rancangan jahat dia sebab tu dia balik ke sini! Bertahun-tahun
tak balik, hari ni muncul dekat sini buat apa? Menyemak aje!” Izreen masih
tidak puas hati dengan Azara cuba bergerak ke hadapan untuk menyerang Azara
sekali lagi namun berjaya ditegah Puan Nona.
“Mak nak Reen masuk dalam. Pergi
mandi! Sekejap lagi dah nak masuk Maghrib. Syaitan banyak petang-petang macam
ni sebab tu cakap pun merapu aje. Dah, pergi masuk!” Tubuh genit Izreen ditolak
supaya melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau jangan nak seronok sangat
Zara!” Izreen menjerit kuat di muka pintu sebelum menghilang ke dalam rumah.
Azara kembali duduk di meja santai.
Penatnya nak layan kerenah kakak dia. “Mak..” Puan Nona yang baru mahu
melangkah masuk semula berpaling. “Zara nak berbual dengan mak.”
“Dah nak Maghrib ni Zara, malam
nantilah kita berbual. Sekejap lagi abah balik dari jogging..”
“10 minutes je mak. Please.”
Mahu tidak mahu Puan Nona melangkah melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu.
“Zara nak cakap apa?”
“Zara rasa Zara nak pindah keluar
dari rumah ni.”
Puan Nona menjerit kecil. “No way! Mak tak setuju!” Melihat reaksi
emaknya Azara memang dah agak pun penerimaan emak dia sebab tu masa dia ke
Amerika Syarikat dulu dia terus blah
macam itu aje sambil tinggalkan sekeping nota untuk mak dan abah. Kalau minta
izin jangan harap dia boleh ke sana.
“Please mak. Zara tak rasa yang kakak akan layan Zara dengan baik
dalam rumah ni.” Lemah suara Azara. Dah penat dah nak layan semua ini. Dua
puluh enam tahun dia berdepan dengan semua ini. Penat sangat-sangat dah!
“Kalau kakak tak layan Zara dengan
baik, mak kan ada. Mak boleh berbual dengan Zara kalau Zara bosan. Mak boleh
siapkan makanan apa yang Zara nak makan.. Mak nak anak mak selalu ada depan
mata mak.” Puan Nona menggenggam tangan Azara. Dia rindu sangat-sangat dengan anak
dara dia yang seorang ini. Sangat rindu!
“Mak, abah akan lebihkan kakak.
Kalau bergaduh abah akan menangkan kakak. Kali ni tolonglah bagi Zara pindah.
Zara pasti abah mesti tak kisah kalau Zara keluar dari rumah ni sebab abah
bukannya kisah sangat pasal Zara.”
“Mak tak setuju!” Kasar nada suara
Puan Nona.
“Untuk kebahagiaan Zara, kali ini
aje Zara minta dengan mak. Zara tak pernah minta apa-apa daripada mak.. Sekali
je, tolonglah Zara mak.. Zara tak sanggup lagi nak bertekak dengan kakak setiap
hari. Nak dengar caci maki kakak.. Jiwa ni tak tenang mak.” Jari telunjuk
ditunding ke dada sendiri.
“Dah tak ada cara lain lagi ke
Zara?”
Azara menggeleng lemah. Ini sahaja
cara yang dia ada. Mungkin cadangan Hanis sejak berkurun lama dulu adalah
cadangan yang terbaik. Sepanjang tiga tahun dia berada di Amerika Syarikat,
jiwa dia tenang. Tenang yan teramat sangat walaupun dia rindu tahap menggila
kepada Puan Nona.
Berjauhan dari Izreen buat hati dia
rasa tenang sangat. Tak perlu dengar jerit pekik kakak dia setiap hari. Kalau
jerit saja tak apa ni siap dengan pakej maki hamun lagi. Siapa yang tak sakit
hati?
“Boleh ya mak?”
Puan Nona mengeluh lemah. Berat
sangat hati hendak memberikan kebenaran. “Zarakan baru aje balik, duduklah lama
sikit lagi. Nanti mungkin kakak akan okay
dengan Zara.”
Azara menggeleng lagi. Memang
takkan okay! “Dua puluh enam tahun
mak, pernah tak mak nampak kakak layan Zara dengan baik? Bercakap dengan nada
lembut pada Zara?” Tangan Puan Nona digenggam erat. Memohon simpati wanita
berusia awal lima puluhan itu.
Thud!
Puan Nona rasa seperti mahu
menangis semahu-mahunya. Kesiannya Azara! Mangsa keadaan Izreen yang selalu
mengambil kesempatan terhadap sikap lembut Azara.
“Kalau itu yang terbaik untuk Zara,
mak doakan Zara bahagia. Jangan lupa selalu balik jenguk mak. Kalau boleh
setiap hari.”
Azara menjerit kegembiraan. Tubuh
Puan Nona segera dipeluk erat. “Thank you
mak! You are the best mom in the
world!”
Puan Nona tersenyum pahit. Azara
mungkin suka, dia yang akan berduka.. Memendam rasa rindu yang amat sangat
terhadap Azara. “Nanti mesti mak rindukan Zara.”
“I will visit you often, mak!
Very often!” Kepala Puan Nona dicium berkali-kali. Lega sangat selepas Puan
Nona memberikan kebenaran untuk dia tinggal sendiri. Sukanya!
Razlan menghempas tubuhnya ke atas
katil. Sunyinya hidup dia sekarang ni. Cakap megah depan mama dan keluarganya
yang dia takkan rindukan Izreen tapi yang berlaku sekarang ialah sebaliknya.
Izreen tinggalkan dia sebab nak
balik dengan bekas kekasih?
Mengenangkan sikap Izreen sepanjang
tempoh pertunangan mereka memang buat dia rasa sakit hati yang amat sangat tapi
dia benar-benar ikhlas mencintai gadis itu. Dia tidak pernah jatuh cinta dengan
wanita lain selain Izreen. Hanya Izreen seorang sahaja pengarang jantung dia
selama dia mengenali wanita itu.
“I tak sayangkan you lagi
Raz. Hubungan kita setakat ini aje sebab you
sangat-sangat membosankan I.”
Razlan bengang! Baru balik dari
kerja terus singgah ke office Izreen
untuk membuat kejutan alih-alih dia nampak Izreen sedang keluar berpimpin
tangan dengan lelaki lain? Apa ni?
“Macam ini aje you nak tamatkan hubungan kita? Reen, selepas apa yang kita lalui
selama tujuh bulan, macam ini aje you nak
putus dengan I?”
Izreen tergelak kecil. “I dengan Zakri bercinta dua tahun
sebelum I kenal dengan you. Sepanjang bertunang dengan you pun I masih lagi berkawan dengan Zakri. I minta maaf sebab tak jujur dengan you tapi I kena cakap
dengan you yang I tak sayangkan you, Raz.
Pertunangan kita dulu satu kesilapan. I marah pada Zakri waktu tu.. Tapi
rupanya selama ini hati I ada pada
Zakri, not you.”
Kalau ikutkan hati dia yang bengang
teramat sangat memang dia nak aje tumbuk muka comel Izreen tapi macam dayuslah
pula pukul perempuan. Dia bukan pemarah jauh sekali menjadi kaki pukul.
“I akan ke rumah you untuk
pulangkan cincin. I harap mama you tak kisah pasal ni.. Kalau boleh I tak mahu libatkan orang tua I, jadi nanti I akan cakap sendiri dengan mama you.”
Kata-kata Izreen hanya bagaikan
angin lalu kepada Razlan.
“Why?” Razlan tidak tahu kenapa dia masih mempersoalkan kepada
Izreen ‘kenapa’ gadis itu mahu memutuskan pertunangan mereka..
“Raz, I told you already yang I
tak ada perasaan pada you lagi.. Hati
I masih ada pada Zakri. I sayangkan Zakri dan I harap you faham.”
Izreen yang baru mahu melangkah pergi terhenti
apabila Razlan menarik tangan gadis itu. “Apa silap I, Reen? Apa yang tak kena pada hubungan kita selama ini? Sebab I bukan lelaki romantik yang you nak selama ni? Just because of that?” Kalau itu yang menjadi puncanya dia boleh
berubah. Izreen mahu bunga berbakul-bakul setiap hari? Boleh, dia boleh surih
Haleda selesaikan hal itu dengan florist.
“No.. Bukan pasal tu aje Raz. Banyak.. banyak sangat masalah kita!
Terutamanya pasal perasaan. I rasa
terabai bila you gila kerja. You rasa selamat bila I jadi tunang you sedangkan dulu waktu you
kejar cinta I you sanggup tunggu
depan office I berjam-jam lamanya. Bila you
dah dapat apa yang you nak, you buat I macam tunggul.”
What?
Bila masa dia buat Izreen macam
tunggul? Setiap malam dia akan hubungi gadis itu sebelum tidur. Setiap malam
mereka bergayut di telefon walaupun dia penat menggila. Kalau Izreen harapkan
dia bermesej dua puluh empat jam memang dia tak boleh buat sebab dia ada
komitmen lain!
“Walaupun I dengan Zakri pernah putus tapi Zakri akan hantar bunga pada I setiap hari. Zakri akan tarik kerusi
untuk I duduk bila kami keluar makan
bersama. Zakri belikan I hadiah
setiap bulan pada ulang bulan perkenalan kami. Sampai sekarang pun Zakri masih
buat pelbagai kejutan untuk I.. Dan I rasa dihargai. Perasaan yang
sangat-sangat bahagia!”
Jadi selama ini Izreen
membandingkan dia dengan Zakri? Zakri baik. Zakri romantis. Zakri itu, Zakri
ini.. Semuanya Zakri.
Razlan mengepal penumbuk. Geram
sangat-sangat dengan sikap Izreen. “Fine.
Kalau itu kata you, I harap you akan bahagia.”
Razlan mengeluh lemah. Itulah kali
terakhir dia bertemu dengan Izreen. Tiga hari lepas gadis itu ada datang ke
rumahnya namun ketika itu dia masih bengang dengan Izreen jadi dia tidak turun
ke bawah. Sekarang dia sudah mula terasa kehilangan Izreen.
Tujuh bulan kenal dengan Izreen
setiap malam bergayut telefon kot sebelum tidur. Sekarang ni senyap sunyi takde
sesiapa lagi nak berbual. Betullah kata orang bila dah kehilangan baru akan
terasa memerlukan.
Kenapa hati dia terpaut pada
Izreen? Sedangkan sikap Izreen langsung tidak sama seperti yang dia bayangkan.
Izreen selalu berkasar dengan dia. Suka melawan apa yang dia cakap dan langsung
tidak suka menerima pendapat orang lain.
Satu lagi keluhan terbit dari bibir
Razlan.
Bantal panjang berbentuk silender
ditarik dan dikepit di celah kangkang. Dia rindukan Izreen. Sungguh dia sangat
rindukan gadis itu tapi dia takkan mengalah dengan Izreen. Izreen memilih untuk
bersama Zakri jadi biarkan! Tengok sampai bila Zakri boleh bertahan dengan
Izreen.
menarik...
ReplyDeletejahatnya izreen..benci la dia tu...ksian zara
ReplyDelete