Bibir merah
jambu itu bersiul-siul kecil tanda senang hati. Hampir seminggu tidak bertemu
wajah kesayangannya rindu bukan main lagi. Dia memang sudah tangkap cinta habis
dengan gadis putih melepak itu. Volume
radio dikuatkan sedikit lagi. Lagu Marry You nyanyian Bruno Mars yang sedang
berkumandang di corong radio diikut nyanyi bersama. Jari-jemarinya sibuk
mengetuk stereng kereta mewahnya.
It’s a beautiful
night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.
Is it the look
in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.
Well I know this
little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we’re trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it’s on girl.
Don’t say no,
no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.
Cause it’s a
beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.
Telefon bimbit
yang berdering dicapai laju. Kepala yang bergoyang-goyang kecil terhenti
serta-merta.
“Hello.”
Mentadar suara Ari Aqashah.
“Sayang! You dekat mana? Lama betul I tak nampak batang hidung you.”
“I dekat luar ni. You nak apa?!” Ari Aqashah berdengus kasar. Langsung tiada mood mahu melayani model terkenal ini. Menyampah
betul dengan Atilia yang kerap menelefonnya dua tiga hari kebelakangan ini. Dak
takde kerja agaknya!
Atilia mengeluh
kecil. Selepas hampir seminggu, ini kali pertama Ari Aqashah menjawab panggilan
telefon daripadanya. Sakit betul hatinya dilayan seperti sampah oleh lelaki
ini. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh hendakkan lelaki ini. Ah, memang ya pun
dia mahukan lelaki ini! Mahu sangat-sangat!
“I rindu you. Jom kita pergi lunch
sama-sama hari ini. Lepas makan, I
ingat nak ajak you tengok wayang.”
Rengek Atilia.
Ah, rimas betul
dengar suara manja Atilia kalau merengek. Naik berbulu telinga. “Sorry Ati, I can’t make it today. I ada
hal hari ni.” Muncung panjang sedepa. Atilia mengeluh hampa. Pujukkannya kali
ini tidak berhasil.
“I
got to go. Talk to you later!” Panggilan dimatikan.
Atilia merenung
skrin telefonnya yang sudah berubah menjadi kelam. Bibir diketap geram. Atilia
menghempaskan tubuhnya ke tilam. Bantal tidur ditarik ke dalam pelukan. Dush! Dush! Dush! Bantal tidak bernyawa
itu ditumbuk berkali-kali. Puas hatinya. Rasa macam tumbuk muka Ari Aqashah.
Teringatkan
peristiwa di apartment Ari Aqashah
beberapa minggu yang lalu membangkitkan kemarahan di hatinya. Tak guna punya
perempuan! Teringat wanita yang memakai berbaju kurung keluar bersama Ari
Aqashah dan beberapa orang lelaki dari perut lif. Bengkak betul hatinya ketika
itu. Apa perempuan itu buat di rumah lelaki kesayangannya?!
“Siapa perempuan
itu? Sial punya perempuan!” Marah Atilia seorang diri.
Sampai sekarang
dia belum dapat menyiasat siapa sebenarnya perempuan itu. Kalau dia tahu memang
dia cincang lumat perempuan itu!
Bunyi loceng di
pintu menggangu lamunan Atilia. Dengan perasaan malas yang amat sangat dia
bangkit untuk membuka pintu rumahnya.
Ari Aqashah
membelok kereta ke kawasan perumahan mewah itu. Sudah beberapa kali dia sampai
ke sini, tidak mungkin dia akan sesat. Kereta berhenti di depan pintu pagar
berwarna coklat gelap.
Pinnn! Pinn!
Ternampak
kelibat gadis yang hanya memakai dress
singkat separas lutut itu keluar, Ari Aqashah membuka pintu keretanya dan
bergerak ke tempat pintu penumpang.
“Sayang!” Tubuh
tegas Ari Aqashah dirangkul manja. Pelukan Suzila dibalas lebih erat. Rindu!
Anak rambut Suzila yang berjuntai di dahi ditolak ke tepi. Mahu melihat wajah
kesayangannya dengan lebih jelas. Suzila
senyum meleret. Ikutkan hati Ari Aqashah, mahu sahaja dia mencium pipi gadis
itu bertalu-talu. Ah, dia tidaklah sebebas itu. Bab pegang-pegang sikit aje.
Alah, bukan luak pun.
“Rindu I tak?”
“Gila I tak rindu you? Mestilah I rindu.”
Suzila ketawa mengekek. Senang hati melihat kekasih hati berada di depan mata.
Rasa mahu peluk tak nak lepas-lepas lagi dah.
Ari Aqashah
mengisyaratkan Suzila masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak soal, Suzila masuk ke
dalam perut kereta. Pintu kereta ditutup perlahan. Ari Aqashah berlari-lari
anak ke tempat duduk pemandu.
“Sayang I ni nak lunch dekat mana?” Soal Ari Aqashah sebaik sahaja kereta meluncur
meninggalkan kawasan perumahan mewah itu.
“Kalau I nak lunch di bulan, you sanggup
ke bawak I ke sana?”
Ari Aqashah
tergelak besar. “Kalau you nak lunch
di Pluto pun I sanggup bawak you ke sana. Anything for you,
baby!” Suzila mencubit lengan Ari Aqashah.
“Kalau sampai ke
Pluto you sanggup bawak I, memang I sayang you sangat-sangat!”
“Kalau sayang I
sangat-sangat maksudnya you dah bersedia untuk jadi isteri I?” Sengaja mahu
menduga Suzila. Mana tahu kalau-kalau kali ini berjaya. tidak sanggup gadis ini
jatuh ke tangan lelaki lain.
Suzila terdiam.
Mencari nafas yang hilang seketika. Bibir mengukir senyuman kelat. “Laparnya! By the way, lama betul tak nampak you. Siap ambil leave for ten days! Mana you
pergi?” Anak mata Suzila mencari wajah Ari Aqashah.
Ari Aqashah
mencapai tangan Suzila yang terletak elok di atas pehanya. Dielus lembut tangan
gadis itu sebelum dibawa ke bibirnya. Suzila tersenyum segan. Bukan tidak biasa
dengan semua ini cuma kali ini sedikit segan sebab hampir seminggu tidak bertemu
dengan Ari Aqashah.
“Mana ada I pergi mana-mana. I sengaja ambil cuti nak rehat di rumah.” Berdebar sebenarnya mahu
menjawab soalan Suzila.
“Ye ke sengaja
ambil cuti? Ke you ambil cuti
kahwin?” Terkejut dengan dengan tekaan Suzila, Ari Aqashah tertekan pedal brek
secara tiba-tiba! Suzila menjerit ketakutan.
“Sayang!” Jerit
Suzila.
Terdengar hon
kereta secara bertubi-tubi, Ari Aqashah bergerak ke kiri jalan. Kereta
dihentikan sebentar di bahu jalan. Tangan naik melurut dadanya yang terasa
sempit. Terkejut dengan tekaan Suzila dan terkejut dengan tindakan drastik yang
dilakukan secara tiba-tiba.
“You okay?” Cemas suara Ari Aqashah.
Pipi, tangan dan bahu Suzila disentuhnya kalut untuk melihat kalau-kalau ada
terluka di mana-mana.
“You ni kenapa? Dah gila ke? You
nak bunuh I ke? Hey, I
belum nak mati lagi okay!” Tengking
Suzila. Dah macam orang hilang akal gayanya. Mungkin terkejut yang amat sangat.
“Sayang. Im so sorry. I tak sengaja.” Jari-jemari
Suzila sekali lagi dibawa ke bibir. Belum sempat bibir Ari Aqashah menyentuh
bibirnya Suzila pantas menarik kasar tangannya.
“Hantar I balik. Hilang selera I nak makan.” Ari Aqashah berubah riak.
Terkejut dengan perubahan Suzila secara tiba-tiba.
“Sayang.. baby. Apa salah I? I am so sorry pasal tadi okay.
I tak sengaja. You lapar kan, jom
kita pergi makan.”
Suzila membuang
pandang ke luar tingkap. Terkejut betul dengan tindakan Ari Aqashah. Gila ke break tengah-tengah jalan? Nak mampus?
Sakit betul hatinya. Hilang rasa selamat bersama lelaki kacak ini. Ohh, tak
sanggup mati awal!
Tanpa menunggu
lebih lama, Ari Aqashah memberi singal untuk membuat pusingan-U. Biarlah Suzila
menenangkan dirinya dahulu. Kalau pujuk sekarang pun bukan makan saman gadis
ini, dah kenal sangat. Esok-esok beli hadiah sikit senyumlah semula.
Sepanjang
perjalanan balik ke rumah Suzila, Ari Aqashah tidak putus-putus memohon
kemaafan daripada gadis tersebut. Bukan main mahal lagi maaf gadis itu,
langsung tidak dilayan. Siap ajak nak belanja makan ais krim pun tak sudi. Ish!
Keras hati pulak kali ini. Sabar Ari Aqashah, Sabar! Bukan senang nak dapatkan
gadis ini dulu, jadi kali ini dia perlu bersabar sedikit.
Tidak sanggup
Suzila meninggalkan dia. Dia memang sayang sangat-sangat dengan Suzila.
Habislah kehidupannya tanpa Suzila. Ohhh Suzila!
Sampai sahaja di
hadapan rumah, Suzila turun dan menghempas pintu kereta Ari Aqashah dengan
kuat. Bukan main lagi merajuk dia kali ini. Nasib baik Suzila, kalau orang lain
yang menghempas pintu keretanya macam itu, memang siaplah orang itu!
Melihat Suzila
hilang ke dalam rumah, Ari Aqashah memandu tanpa hala tuju. Hajat mahu
melepaskan rindu bersama Suzila sepanjang hari ini nampaknya tidak kesampaian.
Sang kekasih merajuk lah pulak!
Gugusan kunci
ditarik keluar dari poket seluar. Kunci berwarna perak itu dimasukkan ke dalam
lubang pintu. Dua saat kemudian pintu terbuka. Mata meliar mencari kelibat
seseorang dalam rumah itu.
“Sarah!” Laung
Ari Aqashah kuat.
“Sarah!!!” Suara
naik terus ke oktaf yang keempat.
Mendengar
namanya dilaung kuat, Sarah terkocoh-kocoh keluar dari biliknya.
“Pekak?” Sarah
menggeleng perlahan.
Malas mahu
melayani muka ‘baik’ Sarah, Ari Aqashah berdengus kasar. Muka baik hati busuk!
“Masak apa?”
Sarah menggigit bibir. Masak apa? Kan baru pagi tadi mereka berpindah masuk ke
rumah ini, mana sempat beli apa-apa dan masak apa-apa.
Melihat Sarah
yang hanya diam membisu memandang lantai, Ari Aqashah sakit hati. Kebisuan
Sarah pun boleh mengundang perasaan meluat di hatinya. Kalau dah benci, buatlah
apa pun dia tetap akan benci!
“Aku lapar.
Pergi masak.” Sarah rasa mahu ketawa. Pergi masak? Aik? Kata kita buat hal
masing-masing, kenapa pula hal ‘perut’ dia kena jaga?
Sarah sembunyi
senyum. Kalau menjawab mampus kena bambu
dengan ‘suami kesayangannya’ ini.
“Hoi! Pergi masak!”
Dahi Sarah ditunjal kasar. Sarah membuang pandang ke tempat lain. Rasa sakit
hati dibuang jauh-jauh. Itulah, masa duduk dengan Puan Khalisah sibuk nak
pindah, sekarang dah menggagau cari makanan!
“Peti ais
kosong..” Jawab Sarah lambat-lambat.
“Habis takkan
kau tak reti pergi beli! Kan Pak Razak dah hantar kereta kau dekat bawah tu,
bodoh!” Bodoh?
Sarah menarik
nafas dalam-dalam. Sedalam yang mungkin untuk bertenang. “Saya takde keizinan
suami saya untuk keluar.”
Ari Aqashah
terasa mahu gelak berguling-guling di atas karpet biru gelap yang sedang
dipijaknya ketika ini. Tiada keizinan suami? Geli betul!
“Kenapa kau suka
sangat tunjuk baik, hah? Aku meluat tau tak? Meluat dengan gaya kau konon-konon
baik sangat! Kau ingat kau selalu pakai baju kurung, kau baiklah? Alimlah?
Macam tu?”
Sarah terasa
tercabar. Boleh tahan juga mulut lelaki sombong ni! “Siapa kata pakai baju
kurung alim? Mana Encik Ari dengar fakta tu?”
Err, melawan
suami ke kalau macam ni? Alamak! Nanti kena minta ampunlah macam ni? Sarah bermain
dengan jari-jemarinya. Terasa menyesal dengan kata-kata yang meluncur keluar
dari bibirnya. Kenapa bibir comel ini sering sangat mendustai tuannya?
“Kalau dah
perangkap aku sampai macam tu, kau nak kata apa lagi? Baik ke? Kau ni berlagak
alim je!”
“Jadi,
terbuktikan berbaju kurung tak semestinya baik. Saya perangkap Encik Ari,
bermakna saya jahat.”
“Kau jangan
mencabar kesabaran aku, Sarah! Jangan sampai tangan aku naik ke muka kau!”
Sarah menapak dua langkah ke belakang. Takut dengan Ari Aqashah yang mara
setapak ke hadapan. Kalau terkena penampar Ari Aqashah, boleh berdarah
bibirnya. Dah pernah rasa.
Kepala masih
tunjuk melihat lantai. Kalau boleh mahu berkurung aje dalam bilik. Bukankah Ari
Aqashah yang suruh dia jangan keluar dari bilik kecuali dipanggil? Okay, memang dia panggil tadi.
“Kalau Encik Ari
nak makan, izinkan saya keluar ke kedai untuk beli barang.” Skema ke ayat dia
ini? Izinkan saya? Ah, macam minta kebenaran guru kelas untuk ke tandas aje
gayanya!
“Aku makan dekat
luar. Kau boleh mampus dalam rumah ni!”
Ari Aqashah
berlalu keluar. Pintu rumah dihempas sekuat hatinya. Tak pernah dia menghempas
pintu rumah sendiri. Kali ini marah betul dengan Sarah. Sarah mengeluh hampa.
Layanan Ari Aqashah tidak pernah berubah. Makin teruk adalah.
Jika dia
berkahwin dengan Arif Shah, mungkin dia akan berbahagia seperti Marliana. Bukan
main romantik lagi Arif Shah. Siap suapkan makanan, tarikkan kerusi dan bukakan
pintu kereta lagi. Bertuahnya Marliana.
Andai saja dia
ditempat Marliana…
p/s : Siapa rindukan Ari Aqashah, nah ini untuk anda semua.
rindu tapi kan geram.
ReplyDeleteBaby mio geram dekat siapa ni??? Ari ke Sarah? hihi
Deletehuarghhh...xckp kak sri
ReplyDeletewant more .. sob sob
-yoozara-
Ala, kita baca citer lainlah pulak Yoozara. Hahaha.
Deletesmbng lagiiii... xnak marah2
ReplyDeleteRuunna Qizbal,
DeleteSabau nahh. Hihihi, Ari ni memang jenis suka marah-marah pun sejak awal dia kenal dengan Sarah, haruslah dia bengis. haha
Ek eleh pokcik bengis ni.. Penting perut dia je. Dahla duit tak kasi.. camne nak beli brg
ReplyDeleteItulah kan, kata nak keluar makan dengan Suzila buat apa balik rumah lagi. Hihi.
DeleteIngatkan makan dekat luar aje, saja je dia nak cari pasal dengan Sarah ni kan.
Huhu....sabar sarah.... Sedihnye.... Bilala rahsia nk terbongkar... Xsbar nk bc next n3... Best la sume cite writer... Thumbs up
ReplyDelete-sweetheart87-
Assalam & hi sweetheart87,
DeleteTerima kasih sudi singgah baca semua karya saya. Segan saya! :)
Masih banyak lagi yang kena belajar ni. ;p
Wah....ganasnya..
ReplyDeleteWoa, apa yang ganasnya ni Kiki Wafa? :P
DeleteMr ari kite ler.... Bile nak smbung...
Deletedah jadi novel ker
ReplyDeleteAssalam joijoi80,
DeleteBelum lagi. Takde apa-apa berita lagi.
Diriku juga masih sabar menanti. :P
alaaa..sri syg...sikit nya cite yg ada bab sarah ni..tak leh nk lepas rindu kat sarah lg ar...huhuhu.....apa2 thanks utk entry ni....tak sabar nk tahu bile la si ari ni nk jatuh cinta kat sarah....wuaaa...wuuaaa...tak sabar tau..
ReplyDeleteHihihihi, Ari ni ada banyak agenda tersembunyi. :)
Deleteapa la agenda tersembunyi ari tu sri..huhu
Deletelepas juga rindu kt sarah...tp skt je entry kali ni..xpuas baca..;)
ReplyDeleteharap sarah jgn lah diperbodohkan oleh ari tu..tak suka tau..mcm nampak lemah je si sarah ni..
ReplyDeleteAgaknya Sarah ni ingat pesan ayah dia agaknya. :p
Deletenk lg hehe
ReplyDeleteCik Anon doakan Sri dapat terbitkan karya ni ya! :)Lepas tu boleh peluk buku. Hihi
Deletebila lg nak continue..........
ReplyDeleteSekarang ni Sri tengah tulis enovel ketiga, Cinta Tak Akan Berakhir.
DeleteBila nak continue lagi cerita ni mungkin lambat lagi kot. Sebab Sri tengah tunggu keputusan dari manuskrip yang Sri hantar. :)
xsbar nk tggu novel kuar..cita yg menarik...sambung lg cik writer...:)
ReplyDeleteHi Anon.
DeleteTerima kasih..
Sri masih tengah belajar menulis lagi. Ini karya pertama yang Sri tulis & publish di blog. Hihi.
bila nak sambung lg niee....
ReplyDeleteni bakal jd novel ke atau enovel..huhuhu
ReplyDeleteya allah bestnya cita nie akak .. bila nak smbung blik bleh jadi gila duk tnggu eheheh... atau dah nk kluaq ke kak .. nak sngt best sngt ...
ReplyDeleteSambung larh lagi.....best sangat.....
ReplyDeleteSalam, saya sgt3 suka cerite ni. Bila nk keluar lagi? Atau dh ada buku novel? Please,mcm craving food pulak tggu cerita ni.hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak bila nak keluar novel ni. Penantian itu satu penyiksaan. Kak next chapter kat sini ada lgi tak......
ReplyDeleteSakit sakit sungguh dgn Ari & mama dia & kecewa dgn Jihan,abah Sarah...knpa la Sarah tk ckp perkara sebenar kt Arif kn Arif dh benci kt Sarah...emmm
ReplyDeleteSakit sakit sungguh dgn Ari & mama dia & kecewa dgn Jihan,abah Sarah...knpa la Sarah tk ckp perkara sebenar kt Arif kn Arif dh benci kt Sarah...emmm
ReplyDelete