Beg tangan Balenciaga yang dibeli
ketika bercuti ke London hampir setahun yang lalu semasa tinggal di Amerika
Syarikat dicampakkan ke atas katil. Sebal dengan sikap Razlan yang suka
menuduh!
Tak guna punya bos! Dah la mulut
macam longkang lepas tu cakap ikut sedap hati dia aje nak cakap apa pun. Tak
fikir perasaan orang lain langsung. Bengang gila dengan sikap Razlan ni!
Meluatnya!!
“Jangan suka sangat mengadu dengan
Haleda. I tak suka. Dia tu setiausaha
I bukan setiausaha you. Kalau terasa nak ada setiausaha you boleh jadi bos. Kerja tekun sikit
untuk naik pangkat lepas tu I will hire a
new staff untuk jadi setiausaha you.”
Sumpah rasa macam nak sumbat peha
ayam dalam mulut Razlan.
“Tak guna punya bos!” Azara
mencampak sebiji bantal ke lantai. Ei, bengangnya!
Razlan ingat dia hebat sangat ke
bila jadi CEO dia syarikat ayah sendiri? Kalau dia hebat, dia akan kerja
sendiri. Azara tak perlu pun menyibuk nak kerja di syarikat Encik Idris
sedangkan kalau dia nak kerja di sana boleh aje! Bila-bila masa pun boleh tapi
sebagai pembancuh teh. Ni semua Izreen punya kerja! Ada ke dia pemegang Ijazah
kelas pertama nak disuruh bancuh teh. Teruk betul perangai kakak dia!
Bila masa pula dia mengadu yang
bukan-bukan dengan Haleda. Dia yakin bukan Haleda yang bercakap dengan Razlan
pasti ada salah faham di sini. Bukan dia baru kenal Haleda hari ini, dah lama
dia berkawan dengan Haleda. Dah macam kakak dia sendiri dah Haleda tu.
Azara mengerling jam di atas meja kecil
sebelah katil. Dah pukul 12.20 tengah malam. Esok pukul 9.00 pagi dah kena
masuk kerja. Dia belum mandi lagi. Letihnya.. Rasa nak mahu bangkit dari katil
lagi dah. Nak tidur terus dengan mekap yang bertempek di muka.
“Jangan malas Zara, nanti muka naik
jerawat baru pada muka tu. Mandi!” Kata-kata Puan Nona bagaikan kejutan
elektrik kepada Azara.
Huh?
Azara bangkit duduk di atas katil.
Hish, macam dengar Puan Nona bercakap dengan dia pula tadi.
Kaki bingkas berjalan menuju ke
ampaian tuala. Sehelai tuala merah jambu ditarik dan tubuh diloloskan ke dalam
bilik mandi.
Selesai mandi, Azara berbaring
semula di atas katil. Mata sudah bersedia untuk pejam pada bila-bila masa. Tak
mahu fikir hal dunia lagi dah.. Masa untuk rehat yang secukupnya!
Baru dua minit mata terpejam,
deringan telefon bimbit mengejutkan Azara.
Private
number?
Razlan? Eh, mana pula Razlan dapat
nombor telefon dia? Ni mesti sebab nak minta maaf pasal cakap yang bukan-bukan
tentang dia tadi. Itulah cakap main sedap mulut aje, sekarang ni kan dah
menyesal.
“Hello, Assalamulaikum.” Nada suara Azara seperti biasa, lembut dan
sopan. Yakin Razlan yang menelefon dia ketika ini.
“Waalaikummussalam.. Zara..”
Azara terkedu. Zakri! Apa lelaki
ini nak daripada dia?
“Zara sihat?”
Senyap.
“Zara.. Abang rindukan Zara.”
Rindu? Pergi mati. Tak kuasa dia
nak rindukan Zakri semula. Apa lagi lelaki ini nak daripada dia? Tak puas-puas
lagi nak kacau hidup dia. Ni siap buat private
number lagi, apa hal?
“Zara.. Zara masih di sana?”
Senyap lagi.
Akhirnya Azara menamatkan panggilan
tanpa berbual sepatah pun dengan Zakri. Tak mahu lagi dah ada apa-apa kaitan
dengan Zakri. Nanti Izreen serang dia membuta tuli aje. Izreen bukannya pernah
percaya atau dengar apa dia cakap. Yang Izreen nampak semua kesalahan adalah
salah Azara bukannya orang lain. Kalau Zakri yang menghubungi dia satu hari pun
yang jadi mangsa ialah Azara.
Kalau dah cinta mati sangat dengan
Zakri tu, kahwin ajelah. Takde lagi dah orang lain nak kacau Zakri tu. Izreen
pun akan rasa lebih selamat selepas Zakri memang milik dia sepenuhnya. Habis
cerita. Itu pun gedik tinggalkan Zakri dan bertunang dengan orang lain lagi.
Hergh! Siapalah tunang kakak dia
dulu memang malang! Lelaki yang paling malang sebab macam tu aje kena dumped dengan kakak dia. Alasan tak
cinta. Gila. Senang aje Izreen main-mainkan perasaan orang lain.
Sumpah dia pun memang tak faham apa
yang ada dalam hati dan kepala otak Izreen. Malas nak cuba memahami kakak dia
sebab semakin dia cuba faham situasi kakak dia semakin dia yang menjadi mangsa.
Dia dengan Zakri dah merancang
untuk bertunang kot, alih-alih Izreen mengadu dengan Encik Idris yang selama
ini dia menjalinkan hubungan serius dengan Zakri. Tanpa usul periksa Encik
Idris membatalkan perancanga pertunangan dia dengan Zakri.
Siapa tak marah? Siapa tak kecewa?
Hati yang parah dibawa ke Amerika
Syarikat. Mahu berada jauh daripada semua orang. Mahu lari daripada masalah
yang menyakitkan!
Ingatkan selepas tiga tahun dia
pulang semula, kakak dia dah kahwin sebab Puan Nona ada beritahu yang Izreen
dah bertunang. Alih-alih bila dia sampai ke Malaysia, Hanis beritahu yang kakak
dia dah putuskan pertunangan dengan lelaki yang dia sendiri tak kenal dan tak
tahu nama. Kesian!
Azara mengeluh kuat. Tubuhnya
terlentang mengadap siling berwarna putih. Tubuh yang terasa sedikit menggigil akibat suhu penghawa
dingin yang sejuk segera menarik selimut tebal membaluti tubuhnya sehingga ke
separas dada.
“Lantaklah kakak.. Zara tak nak
ambil tahu pasal hidup kakak..” Azara memejam matanya rapat. Mahu tidur dengan
tenang. Telefon bimbit diset kepada mood
senyap. Tidak mahu Zakri menelefon sekali lagi.
Mata yang masih kelat ditenyeh
perlahan. Azara terjaga pukul 8.45 pagi. Kelam-kabut dia menolak selimut tebal
yang menutup sehingga ke paras kepala. Adoi, macam mana dia boleh terlajak
tidur ni? Tak dengar pun alarm
telefon bimbit dia berbunyi.langsung tak dengar.
Iphone
5 dicapai kasar. “Damn! Silent rupanya.” Iphone dicampak ke atas katil semula. Dia kena hantar semua laporan
semalam pukul 9.30 pagi hari ini. Janganlah stuck
dalam jammed!
Azara mandi dengan kelajuan
maksima. Laju gila tak sampai lima minit dah keluar semula dari tandas. Sehelai
baju berwarna merah ditarik keluar. “Pakai baju ini ajelah, tak payah gosok lagi
dah!”
Pengering rambut dihalakan kasar ke
kepala. Adoi, habislah rambut dia..
Siap bermekap ala kadar, kunci dan
beg tangan diacapai kasar. Kaki Azara melangkah laju menuju ke pintu rumah.
“Zara, lambatnya.. Encik Razlan dah
minta laporan semalam. Dia cakap nak semua sekali.” Haleda muncul di belakang
Azara yang sedang berjalan laju menuju ke biliknya.
“Kak, Zara overslept sebab semalam balik lewat. Penat sangat-sangat. Tuan
marah tak?”
“Entahlah. Cakap okay aje dengan akak tadi cuma dah
banyak kali dia tanya akak mana Zara pergi tak sampai-sampai lagi. Risau
agaknya.”
Azara mencemik. Risau apa jadahnya,
mesti tunggu masa nak sembur dialah tu sekejap lagi.
“Kak, Zara nak jumpa Tuan dulu.
Nanti lunch kita borak lagi ya.”
Pintu bilik Adib Razlan Bin Latif
diketuk dua kali. Mendengar laungan masuk dari dalam bilik, Azara melangkah
masuk. Rasanya dekat seratus kali mulutnya berzikir dan memohon doa agar Razlan
tak bengang dengan dia.
“Office bapak you ke?”
“Bukan.”
Menjawab?! Bengangnya. Razlan tegak
memandang Azara. “Kalau sedar diri yang this
is not your father’s office, can you please tunjuk sikap elok sikit? Baru
kerja satu hari dah nak tunjuk besar kepala?”
Azara diam membatu. Menelan satu per
satu kata-kata pedas Razlan. Dia dah biasa kena maki lagi teruk daripada ini. Kalau
setakat kena herdik macam ni apalah sangat dengan hati dia yang dah kebal ini.
“Tadi menjawab sekarang senyap
kenapa?”
“Tuan, ini fail yang tuan minta
tapi saya minta maaf sebab saya hanya sempat siapkan lima laporan. Lagi satu
laporan saya hantar tengah hari nanti.”
Razlan menepuk mejanya kuat. “You jangan ingat you pula bos dekat sini Azara! I
nak laporan tu sekarang. Dah la pukul 10.30 baru masuk office, kerja pun tak siap!”
“Bagi saya satu jam, saya akan
siapkan segera.”
“Forty
minutes in my desk!”
“Sure.”
Azara melangkah keluar dengan bibir
yang terukir senyuman. “Hai kak.”
“Zara okay ke?”
Dah agaknya mesti Haleda risaukan
dia. Memang kuat pun Razlan menempik tadi mestilah Haleda dan yang berada di
luar ni dengar.
“Okay aje kak. Sikit je tu, Zara pernah kena marah lagi teruk
daripada tu. Jangan risaulah kak. Nanti lunch
kita makan sama ya?” Azara menepuk lembut bahu Haleda.
Haleda memerhatikan Azara yang
melangkah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Kental betul
hati Azara! Kalaulah dia yang ditengking oleh Razlan sebentar tadi agaknya dah
menangis dah dia.
Fail berwarna hitam dibuka satu
muka surat ke satu muka surat yang lain. “Kalau macam inilah cara you buat kerja, I tak faham kenapa papa I
puji you melambung-lambung sampai ke
langit. Tak nampak ke ni salah eja?”
Pensel 2B jenama Standard ditekan kuat di atas beberapa
perkataan yang salah. Azara gigit bibir bawah melihat tangan Razlan yang dah
keluar urat-urat. Memang dia tak perasan langsung ada kesalahan ejaan dalam
laporan ni.
“Tuan, saya minta maaf sebab saya
memang langsung tak perasan kesalahan ejaan dalam laporan ni. Tak apa saya akan
semak semula lepas lunch saya akan
serahkan semula kepada Tuan.”
“I want it now!”
Azara kerling jam tangannya. Pukul
12.05 tengah hari. Takkan dia tak boleh keluar makan kot? Dah la pagi tadi
langsung tak sempat nak sarapan apa-apa pun, sekarang pun tak makan. Perut dia
bukannya tahan sangat kalau tak makan.. Nanti mesti muntah-muntah.
“Tuan..”
“Do
it now. Get out.”
Nafas dihela berat. Kaki melangkah
keluar semula dari bilik Razlan. Razlan memang sengaja nak menyiksa dia!
Kalau ikutkan hati memang dia rasa
nak melalak sekarang ni. Lapar gila!
“Zara, jom makan. Dah sepuluh minit
akak tunggu Zara tau..” Haleda menegur Azara sebaik sahaja Azara masuk ke dalam biliknya.
“Kak, Zara ada kerja nak siapkan
ni. Akak makan dengan Azam ya hari ni? Zara tak boleh keluar makanlah kak..”
“Habis Zara nak makan apa?”
“Bungkuskan nasi goreng ikan masin
untuk Zara, boleh?”
“Okaylah. Air nanti ambil di pantry lah ye.” Haleda menarik nafas dan
menghembus perlahan. Kesian Azara. Kaki melangkah keluar semula dari bilik
Azara menuju ke meja kerjanya semula.
“Mana Zara?”
“Zara ada kerja nak buat pula Zam.
Kita makan berdua ajelah hari ni..”
“La, awak tak pujuk dia ke? Habis
tu nanti dia nak makan apa pula?”
“Dah pujuk tapi Zara tak nak keluar
jugak. Dia minta saya bungkuskan nasi
goreng ikan masin aje untuk dia.” Haleda mengambil beg tangan di bawah meja
kerjanya.
Melihat Azam seakan-akan menarik
muka kecewa Haleda tergelak kecil. “Hai, nampaknya macam ada orang kecewa
aje..”
Azam menarik muka hampa. Ingatkan
dia boleh makan bersama Azara hari ini memandangkan semalam dia ada temu janji
dengan klien. “Semalam masa Zara keluar makan pun saya tak sempat nak temankan
sebab ada temujanji ingatkan hari ni dapat makan sama-sama. Dah lama saya tak
berborak dengan dia.”
“Takpe, esok-esok ada lagi.
Bukannya Azara tu nak berhenti kerja esok. Jangan risaulah.” Haleda memujuk
Azam. Dia tahu Azam memang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Azara.
Sejak gadis itu menjalani latihan praktikal di sini tiga tahun lepas lagi.
“Oklah Leda. Jom.” Azam berjalan
mendahului Haleda. Hampa hati.. hampa hati.
Betul juga kata Haleda, Azara masih
lama lagi di sini. Azara akan sentiasa berada di depan matanya. Azam tersengih
panjang.
Melihat sebungkus makanan yang
diletakkan di atas mejanya, Azara panggung kepala. “Apa ni?”
“Nasi goreng kampung. I tak tahu you nak makan apa, I main beli ajelah apa yang I rasa okay.” Er… kenapa
Razlan belikan nasi untuk dia pula? Kan tadi dia dah pesan dengan Haleda.
Haleda tak belikan nasi untuk dia ke?
“Untuk saya ke, Tuan?”
Razlan mengangguk.
“Er tapi saya tak kirim pun makanan
dengan Tuan.”
“Memang la you tak kirim tapi I takut
pula kot-kot you pengsan sebab tak
makan tengah hari. Makanlah, I nak
masuk bilik I semula.” Azara
memerhati susuk tubuh Razlan yang sudah menghilang ke luar.
Belikan makanan untuk dia? Azara bersandar
di kerusi. Biar betul bos dia ni! Sewel ke apa? Pagi tadi mengamuk macam orang
gila kot sekarang ni baik pula? Salah makan ke masa lunch tadi? Makan lipas? Lepas tu mereng?
Pipi kanan yang terasa gatal digaru
dengan tangan kanan. Nak makan ke tak nak ni? Bos ada masukkan apa-apa dalam
makanan kot? Hish, tak nampak muka Razlan ni macam jahat pun. Rasa macam lelaki
kacak yang sombong tapi baik hati adalah. Baik hati?
Hergh! Azara, jangan nak merepek
fikir pasal Razlan ya. Bos kau.. Bos kau. Bos kau sombong! Kau benci lelaki
sombong. Benci. Benci. Benci.
Tangan menolak laju makanan di
depan muka ke hujung meja. Tak mahu makan makanan yang dibeli oleh Razlan.
Tunggu makanan dari Haleda sekejap lagi. Sabar Azara. Sabar itu separuh
daripada iman.
Kriukk.. kriuk..
Azara sentuh perutnya yang kempis.
Laparnya!
Jam di dinding dipandang kosong.
Pukul 1.45 tengah hari dah, mana makanan yang dia kirim dengan Haleda ni? Makan
batu ke apa yang lama sangat ni!
Bau nasi goreng kampung memenuhi
segenap rongga hidungnya. “Makan nasi ni ajelah! Takkanlah bos nak racun aku pulak.”
Polisterin dari bungkusan merah
ditarik keluar. Sedapnya!! Laju tangan Azara menyuap nasi goreng ke dalam
mulutnya. Memang lapar gila sekarang ni sebab langsung tak makan sejak pagi
tadi. Segelas air pun tak minum lagi sebab sibuk bagai nak gila.
“Zara!” Azara panggung kepala. Sudu
ditangan diletakkan semula ke dalam bekas polisterin.
“Ada apa Azam?”
Maat Azam menyorot memandang bekas
polisterin di atas meja Azara. Sudah hampir separuh nasi dalam polisterin itu
dimakan. “Haleda suruh saya hantar makanan dekat awak, tak sangka pula awak dah
ada makanan.”
Azara tersengih segan. Sumpah
segan! Dah la kirim makanan dengan Haleda lepas tu makan makanan yang dibawa
oleh Razlan pula.
“Tuan Razlan yang belikan untuk saya
tadi. Agaknya sebagai tanda minta maaf kot sebab marahkan saya pagi tadi.
“Oh.. baiknya Tuan Razlan dengan
awak. Tak pernah lagi dia belikan makanan untuk mana-mana staff sebelum ini.”
Ye ke? Alamak! Janganlah ada gosip
dia dengan Razlan pula lepas ni. “Mungkin dia pesan lebih kot tadi Zam..
Entahlah, saya pun tak pasti.” Azara menyembunyikan riak gusarnya. Bimbang juga
kalau Azam tersalah sangka tentang hubungannya dengan Razlan.
“Tak pe, awak makanlah. Makanan ni
saya bagi dekat orang lain aje nanti. Sorry
ganggu awak makan, Zara.”
Azara serba salah. Dia nampak muka
Azam macam berubah sangat bila dia cakap Razlan yang belikan makanan ni untuk
dia. Adoi, janganlah ada suara-suara cakap belakang yang tak seronok pasal dia
nanti! Sumpah dia memang tak suka suasana kerja yang macam tu..
“Saya minta maaf ye Zam. Saya
memang tunggu makanan dari Kak Haleda tapi saya lapar sangat-sangat.. Bila Tuan
Razlan bagi saya makanan rasa macam rezeki jatuh dari langit pula.” Azara
buat-buat ketawa. Konon macam lawaklah tu..
“Tak pe, saya tak kisah pun. Awak
makanlah. Saya keluar dulu.”
Pintu biliknya kembali di tutup
rapat oleh Azam. Azara duduk semula di atas kerusi. Hilang selera nak makan.
Kenyang terus!
Nasi yang masih berbaki hampir
separuh dibungkus semula.
“Sorry nasi, aku dah kenyang.” Bekas polisterin ditolak ke tepi
meja.
Dokumen kembali ditarik ke depan
mata. Masih banyak kerja perlu dia selesaikan sekarang ini.
best nak lagi.
ReplyDeleteSabarrr.
Deletenak lagiiiiiiii
ReplyDeleteSabar itu separuh daripada iman. remember? Haha! Thank you for reading this chapter.
DeleteWill up new entry soon.