Wednesday 3 July 2013

Bab 10 Cinta Tak Akan Berakhir


Melihat suasana dalam dewan hotel Azara terkaku di sisi Razlan. Tangan Razlan yang masih memegang erat tangannya dibiarkan sahaja. Kalau Razlan tak pengang mungkin dia dah jatuh terjelopok agaknya sebab terkejut sangat.

Ya Allah, malunya!! Rasa nak sorok muka bawah meja bulat dalam dewan ni. Aduhai, kenapalah Razlan ni suka buat macam ni. Mati-mati dia ingat Razlan nak buat perkara tak senonoh pada dia sebentar tadi. Pasti Razlan ingat dia perempuan entah apa-apa. Fikir yang bukan-bukan pasal hotel. Aduh! Itulah Azara, paranoid sangat. Sekarang siapa yang malu?

Hey?”

Azara terkejut saat bahu Razlan menolak lembut tubuhnya dari sisi. “Ah? Yea?”

“Kenapa muka macam tu? Terkejut?” Azara tersengih kelat. Sembunyi malu jauh-jauh. Sumpah malu okay.
“Majlis siapa ni?”

“Majlis I lah.. Raikan anak-anak yatim.” Pegangan tangan pada tangan Azara masih tidak dilepaskan. Menarik Azara melangkah masuk ke dalam dewan yang agak hingar-bingar dengan ketibaannya.

Budak-budak suka sangatlah kalau dapat berjumpa dengannya. “Senyumlah jangan buat muka macam tu boleh tak?”

Buat muka macam mana? Dia buat muka apa sekarang ni? Buruk ke muka dia?

“Jangan terpinga-pinga. Just smile.” Oh. Dia tayang muka terkejut rupanya. Okay, dia senyum gembira sekarang ini.


Seronoknya dapat peluang beramah-mesra dengan budak-budak ni. Inilah kali pertama dia meraikan anak-anak yatim seumur hidup dia. Dah di sinilah kali pertama dia melihat senyuman yang maha ikhlas daripada Razlan. Kalau tak memanjang senyum sinis kepada pekerja-pekerja. Kalau tak senyum sinis langsung tak senyum pun. Berlagak!

“Suka?” Bisik Razlan ke telinga Azara.

“Suka sangat! Tak sangka Tuan ada aktiviti macam ni. Budak-budak cakap Tuan ke sini sebulan sekali.”
Razlan mengangguk. “Kalau tak ada apa-apa saya ajak dorang makan dua minggu sekali atau pun belanja main bowling di MITC, Melaka.” Azara membuat mulut berbentuk O. Baik gila hati Razlan. Sumpah dia rasa terpikat dengan kebaikan hati lelaki ini!

“Kalau ada lagi aktiviti macam ni saya nak ikut, boleh tak?”

Sure! Sangat dialu-alukan.” Razlan senyum manis. Ohoi hati, janganlah dikau berdebar laju sangat!

Azara rasa macam jatuh cinta dengan Razlan. Senyuman Razlan buat dia hilang ingatan tentang semua perlakuan garang Razlan terhadap dia semasa memberikan arahan. Hilang terus riak wajah sombong Razlan yang selalu melekat di kepalanya dan diganti dengan wajah Razlan yang kacak dengan senyuman. Gila! Oh Azara, kau gila.

“Jom kita ke sana. Sekejap lagi ada permainan.” Razlan menarik tangan Azara menuju ke arah pentas.

Takkan kena paksa masuk acara kot sekejap lagi? Kalau Razlan main sah dia pun kena paksa main juga dek budak-budak ini.

“Baiklah, sekarang kita akan teruskan dengan acara yang seterusnya iaitu permainan. Senarai nama pemain dah ada pada cikgu. Sesiapa yang cikgu sebutkan nama naik ke atas pentas ya.”

Mata Azara menyorot ke arah seseorang yang sedang berdiri di atas pentas. Cikgu Badariah yang berdiri di atas pentas bersuara dengan lantang sambil memegang mikrofon di tangan.

“Baik cikgu!” Serentak kanak-kanak menjawab dan menimbulkan satu sengihan di bibir Azara. Ya Allah, comelnya mereka ni semua!

“Hanisah, Intan, Aminah, Amanina, Suhaili dan Liyana bagi murid perempuan. Murid-murid lelaki pula Faris, Kamal, Junid, Rizwan, Faiz dan Amirul. Sila naik ke pentas dan pilih pasangan anda masing-masing.” Kanak-kanak lain yang berada di bawah terus bersorak suka bila mendengar Cikgu Badarian menyebut pilih pasangan masing-masing.

Mungkin dalam fikiran mereka pasangan itu seolah-olah mereka yang akan berkahwin nanti bila besar. Biasalah budak-budak memang suka sangat kalau bab kenenkan rakan mereka dengan orang ni. Azara menggelengkan kepalanya perlahan.

“Kenapa geleng kepala?”

“Takde, tergelak tengok budak-budak dekat atas tu, pening kepala nak buat pilihan siapa pasangan mereka. Padahal bukannya nak kahwin pun.. Nak masuk permainan aje.”

“Nak main?”

Apa? Main permainan apa pun tak tahu.. “Tak naklah. Saya tak pandai main permainan, nanti kalah je.”
“Jomlah. Sekejap I cakap dengan Kak Bada.” Razlan berjalan naik ke atas pentas dan Azara hanya memerhatikan Razlan tanpa kedip.

“Baiklah murid-murid semua, kita ada satu lagi penyertaan daripada Abang Raz. Abang Raz nak main dengan Kak Zara. Dipersilakan Kak Zara kita naik ke pentas untuk bermain permainan dengan murid-murid yang lain.”

Mata Azara terbeliak saat namanya disebut oleh Cikgu Badariah. Mati! Satu tepukan gemuruh didengari oleh Azara. Riuh-rendah suara kanak-kanak di dalam dewan bersorak gembira mendengar nama dia disebut oleh Cikgu Badariah.

“Kak Zara, cepatlah naik..”

“Eh, Hafiz, kakak tak pandai mainlah permainan. Tak naklah.” Azara menarik semula tangannya yang ditarik oleh Hafiz.

“Pergilah Kak Zara, kesian Abang Raz.” Umairah pula menolak belakang Azara. Aduh. Masaklah dia kali ni. Kalau semua budak-budak dekat bawah ni sepakat nak tolak dia naik memang terpaksalah juga dia naik.

“Dipersilakan Kak Zara naik. Baikah murid-murid semua berikan tepukan kepada Kak Zara.” Cikgu Badariah bersuara kuat di mikrofon dan bunyi tepukan gemuruh bergema di seluruh dewan.

Mahu tidak mahu Azara melangkah naik juga ke atas pentas.

“Kenapa Tuan ajak saya main?” Bisik Azara kepada Razlan dengan muka ketat. Dia tak suka main apa-apa jenis permainan.

“Saja.”

Azara memandang tajam ke arah Razlan. “Janganlah pandang I macam tu, takut you jatuh cinta dengan I nanti, Zara.”

Tersedar dengan tindakannya yang agak memalukan, Azara terus menghalakan pandangan matanya ke tempat lain. Ralit sangat tengok muka kacak Razlan sampai kena tegur. Aduh, kenapa kau suka memalukan diri sendiri Zara?!

“Baiklah kepada semua peserta, permainan kita pada hari ini ialah menyusun gambar. Ada dua puluh keping gambar yang perlu anda semua susun dengan betul. Pasangan yang paling cepat menyiapkan susunan gambar akan menang. Faham?”

Semua peserta mengangguk tanda faham dengan arahan yang diberikan.

“Masa bermula sekarang!” Wisel ditiup dan semua peserta berlari laju mengambil satu bakul kepingan gambar yang diletakkan hampir dua puluh meter di hadapan mereka. Orang yang paling semangat sekali pastilah Azara. Laju sahaja kaki Azara melangkah mengambil bekas berwarna merah di hadapannya.

Bekas itu kemudian di bawa ke arah Razlan yang sudah sedia menunggunya di papan susun gambar.

“Cepat Tuan! Cepat!” Razlan rasa mahu menghambur ketawa melihat Azara yang semangat mahu mengalahkan budak-budak yang lain. Tak padan dengan tua!

“Yang ni letak dekat mana?” Razlan mengambil sekeping kad gambar dan menunjukkan ke arah Azara.

“Ish, Tuan ni lambatlah! Bak sini saya buat.” Azara segera merampas kad gambar di tangan Razlan. Razlan tergelak kecil. Memang semangat betul Azara ni bermain. Semangat kesukanan tinggi ni.

Kanak-kanak yang lain menjerit sakan di bawah pentas. Macam-macam nama yang mereka sebutkan. Semua peserta ada peminat dan penyokong masing-masing.

Azara menoleh ke arah kumpulan sebelahnya. Wah dah separuh gambah dah mereka susun? Lajunya!

 “Tuan, janganlah asyik nak berangan.. Tengok kumpulan Amirul dengan Suhaili tu dah separuh dah dorang susun. Kita ni baru berapa keping aje!” Azara terbongkok-bongkok menyusun kepingan kad gambar di atas meja.

Geram dengan Razlan yang asyik membelek-belek kepingan kad gambar tapi tak tahu nak susun di mana. “Tuan ni reti buat ke tidak? Takkan saya nak susun semua kot?” Azara dah mula geram dengan Razlan. Sekejap letak sekejap lagi angkat semula. Geramnya!

“Tahulah…” Razlan berdiri tegak. Rasa lenguh badannya.

Tiba-tiba Azara menjerit kuat.

Mata Razlan tertancap pada kepingan gambar yang sudah bersepah di atas lantai pentas. Sumpah dia tak sengaja tertolak meja mereka.

“Tuan!” Azara bersuara keras. Geram yang amat sangat terhadap Razlan agaknya.

Wisel penamat berbunyi.

“Baiklah semua peserta boleh berhenti kerana kita sudah ada pemenangnya. Kepada Abang Raz dan Kak Zara bawa bersabar ya..” Kanak-kanak lain di bawah tergelak mengdengar kata-kata Cikgu Badariah.

Azara pula rasa nak tarik-tarik rambut Razlan. Dah tinggal berapa keping aje lagi kot.. Kalau tak kerana Razlan yang sibuk nak mengeliat tadi mereka dah menang dah!

“Semua Tuan punya pasal. Kalau tak tadi kita dah memang dah.” Azara berjalan laju menuruni pentas. Bengang betul dia.

You ni macam tak pernah kalah aje.”

“Tak pernah sebab tu saya tak suka main permainan. Saya tak suka kalah.” Razlan terkebil-kebil memandang Azara. Jadi Azara tidak boleh menerima kekalahan? Menarik! Fakta pertama dia tahu tentang Azara.

So you tak suka main permainan sebab you tak boleh menerima kekalahan? Macam tu?”

Azara senyap. Razlan betul tapi takkanlah dia nak mengaku pula.

“Azara?”

“Takde lah. Saya okay je. Kalah tu perkara biasa.” Azara senyum segaris kepada Razlan. Dah kalah, biarlah. Balik nanti sambung tension di rumah.

“Sekejap lagi ada satu lagi permainan. I dah register nama kita dah. Kali ni bagi menang ya?” Ha ini yang dia tak suka pasal Razlan. Suka sangat buat keputusan tak tanya dia dulu. Main redah aje tak tanya langsung!

“Kenapa tak tanya saya dulu..?”

“Perlu tanya ke?”

Huh.. dah agak. Kuku besi! Diktator. Kalau buat suami memang tak sesuai lelaki macam ni dengan dia. Dia akan jadi mangsa sebab hati dia lembut dan dia bukan jenis yang suka bertekak. Okay, Razlan kacak tak sesuai jadi suami dia walaupun dia dah mula terjatuh hati sikit-sikit pada Razlan sebab sikapnya yang penyayang melayani anak-anak yatim pada hari ini.

Tubuh bersandar lesu di tempat duduk penumpang. Apalah Razlan ni, memang tak reti main permainan langsung! Ada ke waktu lari-lari tadi Razlan boleh sepak wayar atas pentas dan jatuh tergolek kek yang dibawa oleh Razlan. Azara baru aje siap menghias kek itu dah tergolek.

Salah Razlan dan sekali lagi mereka kalah. Dua kali hampir menang kot. Memanglah main dengan kanak-kanak sekolah rendah tapi sekali-sekala nak menang dengan budak-budak apa salahnya.

Azara menarik muka masam. Dua kali dia kalah hari ini. Memang super tension!
“Marahkan I ke?”

Azara buat-buat pejam mata. Tak nak berbual dengan Razlan. Geram!

“Alamak, ada orang marahkan I sebab kalah dalam main permainan. Ala, dengan budak-budak aje pun takkan itu pun you nak marah?” Razlan menoleh sekilas ke aras Azara yang masih kaku memejamkan matanya.

Sekarang pun pukul 4.30 petang. Tadi dah solat jamak di hotel, sekarang bolehlah mereka berdua berjalan dengan tenang di sekitar Melaka. Kereta dibelok ke menghala ke Pantai Puteri. Alang-alang dah sampai ke Melaka apa salahnya ke pantai. Kalau di Kuala Lumpur memang tak jumpa pantai melainkan Lembah Pantai.  Itu pun bukannya ada pantai.

Bahu yang terasa lenguh dipicit sendiri. Penat juga melayan kerenak budak-budak tadi. “Sedih ke nak tinggalkan budak-budak?”

Azara melepaskan keluhan. “Sedih jugaklah..” mindanya segera terbayang wajah Hafiz, Sara, Aminah, Amanina, Umairah dan ramai lagi kanak-kanak comel yang memikat hatinya sebentar tadi.

“Dulu I pernah bawa kawan I ke sini tapi dia tak minat dengan budak-budak. Tak sangka you suka budak-budak.”

“Budak baik macam dorang tu siapa yang tak suka Tuan..” Suara mula serak. Mengawal air mata daripada gugur. Sedih lah pula nak tinggalkan budak-budak tu!

“Nanti I bawa you ke sini lagi.”

Azara membuang pandang ke luar tingkap. Pantai! Seronoknya kalau dapat ambil angin di pantai. Kalau boleh memang nak suruh Razlan berhenti tapi segan pula nak menyuruh. Tak apalah.. nanti kalau ada peluang ke Melaka lagi


Melihat kereta Razlan membelok ke arah pantai, hati Azara berbunga riang. Hilang rasa sedih dan tekanan akibat kalah dalam permainan dengan budak-budak tadi.

“Nak ke pantai ke?”

Razlan tidak memberikan reaksi. Melihat reaksi Azara yang super excited Razlan tahu tindakannya membawa Azara ke pantai memang tidak sia-sia. Gadis ini kelihat sangat-sangat seronok!

Tanpa disuruh, Azara laju membuka pintu dan berjalan ke arah gigi pantai. Membuka kasut timut tinggi yang tersarung di kakinya apabila beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya. Dia tak bodoh sangat nak ke pantai dengan kasut tumit tinggi. Kalau dia tahu Razlan nak singgah ke pantai dia bawa kasut lain. Selipar mungkin yang lebih sesuai.

“Kenapa tak cakap nak singgah pantai, kalau tak saya bawa selipar aje. Segan tau bila ada mata yang pandang saya dengan heels ni.” Azara angkat heels tinggi sedikit ke udara sebaik sahaja Razlan berdiri di sisinya. Razlan tergelak kecil melihat muka Azara yang merajuk.

“Jangan buat muka macam tu boleh tak? Geram I tengok. Rasa nak cubit je bibir tu.”

Azara menjuih bibirnya. Sengaja mahu mengusik Razlan dan ternyata bibirnya berjaya membuatkan Razlan tergelak besar. “Oh, nak kenakan I ya?”

Azara berlari laju meninggalkan Razlan yang mahu menangkapnya di belakang. “Tak dapat!”

Seronoknya dapat ketawa dengan Razlan. Harap-harap lusa masuk kerja Razlan dah mula ramah dengan dia. Janganlah buat muka sombong dia lagi di pejabat! Amin!


Berjalan beriringan di gigi pantai seperti ini memang membuatkan Azara dan Razlan seperti pasangan kekasih. Sebijik sama macam pasangan yang sedang bercinta.

You suka pantai?”

Azara mengangguk. “Sangat suka! Tenang dan mendamaikan.”

“Banyak sangat ke kesedihan dalam diri?”


Azara memandang wajah Razlan. Dia tidak cukup kenal Razlan untuk dia membuka pekung di dada. Cukuplah dia ada Puan Nona, Hanis, Haleda dan Khairul. Cukuplah mereka berempat sahaja yang memahami apa yang ada dalam hati Azara.

“Tak adalah.. Apa yang nak disedihkan? Live life to the fullest! Rugilah orang yang asyik nak layan sedih..” Konon! Kau cakap bolehlah Azara, padahal kau pun tak kuat macam yang kau cakap. Kau pun selalu aje tersungkur di kaki Izreen.

“Kenapa suka sangat dengan pantai?” Razlan mencuri pandang ke arah Azara yang sibuk mencekak rambutnya yang sudah berterbangan ditiup angin. Ya Allah.. cantiknya Azara!

“Sebab dapat pahala free. Bila tengok laut kan dapat pahala sebab tu saya suka tengok laut!” Azara senyum meleret kepada Razlan. Oh Azara, please don’t smile like this!

Yeah. Betul juga.. I ingatkan tadi kehidupan you penuh dengan duka lara. Manalah tahu kot-kot you ni perempuan bermasalah ke..”

“Maksud Tuan?”

“Er.. maksud I macam bermasalah keluarga. Ada masalah dengan adik beradik, kawan-kawan, kekasih atau pun rakan office you.”

“Tak adalah.. Saya simple aje orangnya. Takde masalah dengan sesiapa pun.” Perlahan suara Azara antara dengar dan tidak kerana dibawa angin petang.

“Oh ya, pasal budak-budak tadi asyik meruntun dengan you, I harap you tak ambil hati ya. Kids memang suka sangat kalau I bawa kawan I ke sini.”

Hati Azara dicuit rasa cemburu. “Kawan perempuan?”

“Pernah once but she seems don’t really like them so lepas tu I tak pernah bawa dia ke sini lagi. I bawa kawan lelaki I. Tapi lelaki biasalah bukan suka sangat dengan aktiviti yang macam ni. Datang pun buang masa aje. Sekejap aje dah ajak I balik. ”

Azara tergelak semula. “Nanti Tuan ajaklah saya ke sini lagi.”

Tersedar macam melebih-lebih Azara segera berdehem kecil. “Maksud saya kalau Tuan takde kawan bolehlah ajak saya temankan Tuan ke sini.. Lagipun saya suka dengan dorang semua. Comel!”

“Betul you suka dengan dorang semua?”


“Suka sangat! Kali pertama saya ke majlis seperti ini. Tak sangka dalam masyarakat yang semakin moden dan kaya-raya masih ada manusia yang tercicir dan diuji dengan lebih hebat oleh Allah. Menyedarkan hati saya yang kadangkala berasa marah dengan ujian Allah sedangkan ada orang lain yang ujiannya lebih berat daripada apa yang Allah berikan kepada saya.” Kelopak mata mula bergenang mengingatkan nasib anak-anak yatim. Masih kecil tetapi sudah hilang tempat bermanja. Sedihnya!

“Allah menguji manusia setanding dengan kemampuan manusia itu sendiri, Azara.” Razlan.. tak pernah memanggil dia Zara sebaliknya lebih selesa dengan panggilan Azara. Terasa jauh pula bila Razlan memanggil dia dengan nama itu.

Yeah.. Saya tahu tu Tuan. Semoga kita semua tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah.” Bibir kembali mengukir senyuman manis kepada Razlan. Tak naklah bersedih hati.. Lagipun tak baik kalau selalu mengeluh nasib diri. Seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Allah swt.

“Naik ais krim tak?”

“Boleh juga.”

Wait here.” Razlan segera berjalan ke arah satu motosikal yang menjual ais krim. Penuh kon-kon ais krim tergantung di bahagian belakang tong ais krim yang diletakkan di atas motosikal itu.

Azara tersenyum kecil melihat Razlan yang sedang membeli ais krim daripada pak cik tua yang menjual ais krim itu. Jika hendak dilihat pada usia lelaki tua itu mungkin anak-anaknya sudah besar dan bekerja namun dia masih juga mencari rezeki di usia senja begini.

Semoga Allah merahmati pak cik itu. Azara berdoa di dalam hatinya. Sedih melihat di usia emas yang sepatutnya dia duduk berehat menikmati masa tuanya tetapi masih gigih mencari rezeki.  Bumi Allah terlalu luas, semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada semua umat manusia.

This is your ice-cream.”

Azara menyambut huluran daripada Razlan. “Thanks!”


6 comments :

  1. sukanya dah bnyk hari sy buka dok tunggu n3 baru
    apa pun thanks sy suka bab ni..
    mcm mana dgn ADS?.. lamanya menanti

    ReplyDelete
  2. like seribu kali~~~ hahahhaha seronok sweet sesangat dorang~ hee :D

    ReplyDelete
  3. bestnya...next bab..diaorg bercinta plak yee..hehehe...or kawin terus..kahkahkah...iya la masing2 kan penah terluka...jgn peduli izreen n ayah...

    ReplyDelete
  4. nak lagi...please...aads jugak....

    mimi

    ReplyDelete