Saturday 27 July 2013

Bab 14 Cinta Tak Akan Berakhir


Lampu-lampu yang menerangi jalan raya dipandang dengan pandangan kosong. Sekejap matanya dibuka dan kemudian ditutup semula. Mahu membuang bayangan lelaki yang cuba memperkosa dia sebentar tadi.

Kalaulah dia benar-benar diperkosa, entah bagaimana hidup dia selepas ini. Sumpah Azara langsung tidak dapat membayangkan kehidupan dia seterusnya. Meneruskan hidup denga titik noda yang terpalit dek kerana perbuatan jahat orang lain?

Atau berkahwin dengan sesiapa sahaja pilihan Puan Nona? Ah, ada ke  lelaki yang nakkan dia? Bekas orang.

Bibir bawah digigit halus. Nafas yang turun naik cuba dikawal sebaik mungkin.

Are you okay?”

Lambat-lambat kepala Azara mengangguk.

“Azara, kalau you nak ke klinik I bawa you ke klinik dulu.”

“Saya nak balik.”

Dia tidak tahu bagaimana dia perlu melayani Razlan. Jika bukan kerana Razlan yang memaksa dia menyiapkan semula laporan itu pada hari ini juga, dia tidak akan balik selewat ini. Jika Razlan tidak meninggalkan dia di pejabat seorang diri pada malam ini, dia tidak akan diserang oleh lelaki bertopeng itu.

“Azara, kalau you marahkan I, I minta maaf okay. I betul-betul tak sangka akan jadi macam ni. Please jangan senyap macam ni.”

“Saya okay, Tuan jangan risaukan saya.” Suara Azara mendatar. Kepala masih lagi tidak menoleh ke arah Razlan yang sedang memandu.

Suasana menjadi senyap sunyi semula. Masing-masing diam melayan perasaan. Azara menarik jaket kulit Razlan menyelimut tubuhnya yang terasa dingin disapa penghawa dingin.

“Sejuk ke?”


Azara menggeleng. Dah terang-terang tubuh dia menggigil kecil pun masih nak menipu. Razlan menaikkan suhu penghawa dingin keretanya.

“Selesa?”

Hanya anggukan kepala Azara menjawab pertanyaan Razlan. Razlan hanya mendiamkan diri. Biarlah Azara bertenang dahulu. Mungkin masih terkejut dengan kejadian tadi.

Nasib baiklah dia terus ke pejabat semula selepas keluar melepak dengan Firdaus sebentar tadi. Kononnya mahu mengambil laporan yang disiapkan oleh Azara tapi tak sangka dia ternampak Azara bergelut dengan seorang lelaki bertopeng. Jeritan dan rayuan Azara benar-benar mengejutkan dia.

Sumpah kalau dia tahu kejadian ini akan berlaku dia takkan tinggalkan Azara di pejabat seorang diri. Dia akan menemani Azara ke keretanya seperti selalu.

Dia pasti Azara masih trauma dan terkejut akibat diserang oleh lelaki tadi. Andai sahaja kalau dia tidak singgah ke pejabat sebentar tadi, entah apa yang akan berlaku kepada Azara. Nak haraplan CCTV di tempat letak kereta itu pun bukannya berguna. Lelaki itu bertopeng, langsung tidak nampak mukanya.

Razlan cuba menarik tepong lelaki itu ketika mereka bergelut tetapi lelaki itu lebih pantas meninggalkan kawasan tempat letak kereta.

Azara terus memeluk Razlan ketika Razlan melutut di hadapannya. Dia dapat rasakan tubuh Azara yang menggigil ketika itu. Walaupun tiada satu patah perkataan pun yang terbit dari mulut Azara dia tahu Azara lega yang teramat sangat.

“Azara, dah sampai.”

Azara kelam-kabut mahu menanggalkan tali pinggang keledar. Tangannya berlaga dengan tangan Razlan yang turut mahu membantunya menanggalkan tali pinggang keledar. “I buka untuk you.” Azara pantas menarik tangannya semula.

Melihat Razlan yang turut keluar dari kereta, Azara terpinga-pinga.

“Jom, I temankan you sampai depan pintu rumah. Risau nak biarkan you naik sorang-sorang.” Azara hanya menganggukkan kepalanya. Elok juga kalau Razlan temankan dia sampai depan pintu rumah kerana dia pun masih bimbang kalau-kalau lelaki tadi tahu di mana dia tinggal.

Lif berhenti di tingkat lima belas. Azara melangkah keluar dari perut lif kemudian diikuti oleh Razlan.

Beg tangan Balenciaga diseluk. Segugus kunci rumah dikeluarkan dan tangan pantas membuka grill.

“Azara, biar I buat.”

“Saya boleh buta sendiri.” Tangan masih lagi kalut mencari kunci yang betul. Bukannya banyak sangat kunci yang tergantung pada key-chain Melaka ini tapi entah kenapa rasa semua kunci tidak dapat masuk ke dalam lubang kunci grill rumahnya.

Melihat Azara yang kelam-kabut, Razlan menggelengkan kepalanya.

“Bagi kunci tu.”

Azara masih berkeras. Buat-buat tidak dengar arahan Razlan.

Razlan mengambil kunci rumah dari tangan Azara. Mungkin gadis ini masih ketakutan sampaikan nak buka grill rumah pun cari kunci tak jumpa dan tangan masih menggeletar.

“Nak I temankan you sampai you tidur?”

Azara pantas menggeleng. Dia perlu berhati-hati dengan Razlan walaupun Razlan sudah menolong dia sebentar tadi. Dia tidak boleh terlalu mempercayai lelaki.

“Azara, I won’t harm you.”

“Saya okay, Tuan jangan risau.” Azara bergerak ke depan pintu kayu rumahnya. Lama pintu itu ditenung sebelum dia menolak daun pintu. Kaki bagaikan digam di tempat Azara berdiri. Dada berombak kencang. Memikirkan kemungkinan lelaki jahat tadi berada di dalam rumahnya.

Sentuhan lembut Razlan dibahunya membuatkan Azara tersentak hebat. “Sorry, I terkejutkan you.”

Azara bergerak setapak ke belakang. Macam mana dia nak masuk dalam rumah sendiri kalau hati dia penuh dengan rasa curiga dan otak dia asyik berfikir perkara buruk? Ya Allah.. kenapa semua ini berlaku pada dia?

“Jom, I temankan you masuk.” Razlan menanggalkan kasut di depan pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam rumah. Melihat Azara yang masih berdiri kaku di depan pintu, Razlan menapak keluar semula. “Zara, I takkan apa-apakan you. You can trust me.”

Lambat-lambat kasut di kaki ditanggalkan. Azara memerhatikan suasana sekeliling rumah. Masih lagi sama dan tidak ada apa-apa yang berubah langsung. Mungkin dia saja yang suka berfikiran buruk.

Where is your room? Biar I check dulu.” Tangan Azara lurus menunjukkan arah kanan.

Razlan melangkah ke bilik yang ditunjukkan oleh Azara.

Okay, takde apa-apa pun. You jangan takut okay?” Azara senyap. Jangan takut? Senanglah Razlan pesan dengan dia jangan takut tapi dia yang terpaksa melalui semua ini. Kalau takut sekalipun hanya dia yang merasai ketakutan itu!

“Baliklah, saya boleh jaga diri saya.”

“Zara, you ada kunci spare kan?” Melihat wajah Azara yang tidak memahani soalannya, Razlan menerangkan semula. “Maksud I, I will take these keys, esok I pulangkan semula.”

Why?”

I tunggu sampai you tidur lepas tu I balik. Nanti I kunci rumah you semula. Esok  I datang sini pulangkan kunci you.”

“Tuan baliklah sekarang, saya takde apa-apa.”


“Zara, you pergilah masuk tidur. Esok I akan pulangkan kunci you semula. Esok you tak perlu datang kerja. Rehat aje dekat rumah. Lepas habis kerja I singgah rumah you.” Razlan melabuhkan punggungnya di atas sofa Azara.

“Tuan, tolonglah balik. Tak elok kalau ada orang nampak Tuan dekat sini.”

“Kondo ni takde siapa yang kisah hal orang Zara. Dahlah, you pergi tidur. Lagipun pintu rumah terbuka luas, apa yang kita boleh buat?” Razlan angkat kening kepada Azara yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Wajah pucat Azara diperhati dengan hati yang serba salah. Sangat-sangat bersalah terhadap Azara. Bukan ini yang dia harapkan berlaku terhadap Azara. Dia tidak berharap Azara ditimpa dengan kejadian seperti ini.
“Pergilah tidur. I akan jaga you.”

Kaki Azara masih lagi kaku di tempat dia berdiri. 

Pelahan-lahan Razlan menapak ke arah Azara. "Muka I nampak macam perogol ke?" Perlahan Azara menggeleng. "You takut dengan I?" Sekali lagi kepala digeleng. "Kalau tak takut, go sleep. I will be here for you. I tak mahu ada apa-apa yang buruk berlaku pada you."

I will be here for you? Apa maksud Razlan?

"Azara, pergi tidur." 

"Tuan akan tunggu sampai saya tidur ke?"

Razlan angguk. 

Faham dengan sikap keras kepala Razlan, lambat-lambat kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Dia memang perlukan rehat yang secukupnya. Rasa serik nak balik lewat dari kerja selepas ini. Ya Allah, lindungilah aku.

Selepas mandi dan menyalin pakaian, Azara melangkah keluar dari bilik semula. Razlan masih tegak di atas sofa sambil membelek majalah pengantin di tangan. Azara kembali melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tidak pasti sama ada dia perlu mempercayai Razlan atau tidak. Adakah lelaki ini mempunyai niat yang tidak baik terhadap dia? Bagaimana Razlan boleh tiba-tiba muncul?

Ah,kusutnya fikiran dia sekarang ini! Tangan naik memegang kepala yang kian memberat. Sakit kepala! Sudahlah Razlan layan dia macam lalang. Sekejap okay, sekejap macam singa lapar dan kadang-kadang terlalu mengambil berat seperti seorang kekasih. 

Apa yang ada dalam fikiran Razlan? 

Kepala Azara digeleng perlahan. Tak guna dia fikir semua itu. Lebih baik dia tidur sekarang. Selimut tebal ditarik membaluti tubuhnya. Dia mahu tidur sampai esok. Tak mahu fikir apa-apa lagi sekarang ini.



Mulut yang tiba-tiba ternganga luas ditutup dengan tangan kasarnya. Jam di pergelangan tangan dikerling. Ya Allah, dah pukul 2.40 pagi? Tangan lurus ke atas kepala. Mengeliat sakan. Pergh! Leganya.

Kaki melangkah menuju ke bilik Azara. Perlahan-lahan tombol bilik dipulas. Melihat wajah Azara yang sudah terlena, Razlan menutup semula pintu bilik Azara. Kaki melangkah mendekati pintu utama. Dia pun dah letih bekerja seharian hari ini.

Pintu utama berwarna putih ditutup rapat dan dikunci. Selepas memerhati keadaan sekeliling yang dia yakin selamat untuk dia meninggalkan Azara, kaki melangkah menuju ke lif.

Enjin kereta Porsche Cayman berwarna hitam itu dihidupkan seketika sebelum kereta bergerak ke arah pondok pengawal. “Kalau ada sesiapa nak masuk untuk berjumpa dengan Azara Fatiha 15-08, tolong jangan benarkan kecuali saya, Razlan.”

Pengawal berbangsa Cina yang bernama Ah Chung itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Ingat tu. Jangan benarkan sesiapa pun yang mahu berjumpa dengan Azara Fatiha 15-08.” Ulang Razlan. Takut jika lelaki bertopeng itu menyerang Azara di rumah. Tadi berkali-kali lelaki itu mengulang dia akan mendapatkan apa yang dia mahu. Azara takkan terlepas dari genggaman dia.

Yes, bos. Saya ingat.” Lelaki Cina itu memberikan jaminan kepada Razlan.

Berpuas hati dengan jaminan pengawal itu, kereta Razlan memecut laju meninggalkan kawasan perumahan mewah milik Azara.



Hampir pukul 3.50 pagi barulah Razlan tiba di rumahnya. Keadaan dalam rumah sudah gelap-gelita. Pasti mama dan papa sudah lama tidur. Kaki pantas melangkah ke tingkat atas. Mahu menuju ke bilik tidurnya. Penat gila!

Tubuh yang keletihan dihempas ke katil. Peristiwa siang tadi menganggu fikirannya. Dia terserempak dengan Izreen bersama kekasihnya, Zakri. Kecil betul Kuala Lumpur ni. Sakit hati teramat sangat bila melihat Izreen bukan main lagi nak tayang kekasih yang kononnya romantis! Sakit mata dan sakit hati bila Izreen sengaja melentok-liuk dengan Zakri di hadapannya.

“Hai, Raz. Macam mana hidup you sekarang? Bahagia?” Bukannya nak tanya khabar dia tapi lebih berminat dengan hidup dia. Izreen harap sangat ke dia tak bahagia dah melutut merayu pada gadis itu?

Come on, this is Adib Razlan. Kecewa tahap langit ke tujuh sekalipun dia takkan merayu supaya Izreen balik ke pangkuannya. Sorry!

Memang kalau boleh dia nak elakkan daripada bertembung empat mata dengan Izreen sebab malas mahu menegur tapi Izreen terlebih dahulu menegur dia.

“Sangat bahagia. Thanks for asking.”

“Oww, really? Baguslah kalau bahagia sebab I pun bahagia sangat-sangat. By the way, InsyaAllah empat bulan lagi I dengan Zack akan kahwin. Kan sayang kan?” Mata Izreen melirik ke arah Zakri yang berdiri di sisinya.

“Baguslah. Tahniah.”

“Thank you. Itulah, sekarang pun tengah sibuk buat persiapan perkahwinan. Biasalah nak kahwin ni memang banyak betul kerja kena buat.. Penat sangat tapi rasa berbaloi sebab I akan kahwin dengan lelaki paling romantis di dunia. You bila lagi nak tamatkan zaman solo you?”

Sumpah kalau ikutkan hati dia, memang dia rasa nak ketuk kepala Izreen. Dulu cakap tak kisah dia tak romantis, bila bercinta merungut itu ini. Memang dia tak faham langsung apa yang Izreen nak daripada dia.

Tidak mahu menalah dengan Izreen, Razlan cuba membakar hati wanita yang pernah menjadi kesayangannya suatu ketika dahulu. “InsyaAllah, soon. Mungkin lebih awal daripada you.” Riak wajah Izreen bertukar terkejut.

Wow. Dengan siapa yang bertuah sangat tu?” Bertuah? Izreen perli dia ke apa sekarang ini? Jika bertuah kenapa Izreen meninggalkan dia?

“Nanti you tahulah bila I hantar kad jemputan pada you. Sekarang ni biarlah rahsia.”

“Wah.. Tak sangka you dah jumpa orang yang ada minat yang sama dengan you. Dia suka ke lawat anak-anak yatim kesayangan you di Melaka tu?” Izreen tayang riak jelek. Agaknya Izreen memang geli dengan anak-anak yatim di sana kot. Patutlah Izreen tak berbual dengan kanak-kanak itu.

“Sangat sukakan kanak-kanak dan mempunyai hobi sama macam I, Suka susun gambar. Mungkin I dah jumpa orang yang serasi dengan jiwa I macam you dah jumpa pasangan you semula. Tak sangka, kan?”

Sengaja Razlan mahu membakar hati Izreen. Mahu menyalakan api cemburu dalam hati Izreen yang melihat dia bahagia. Izreen ingat dia seorang sahaja boleh bahagia?

Okay Reen, I balik dulu. Banyak hal yang nak diselesaikan di pejabat.” Razlan berlalu meninggalkan Izreen dan Zakri.

Sangkanya selepas hampir dua bulan dia sudah boleh melupakan semua yang Izreen lakukan terhadap dia, ternyata dia masih bengang dengan peristiwa lama. Masih menyimpan dendam terhadap Izreen.

Marahkan Izreen habis semua pekerja kena sembur. Marahkan Izreen, Azara jadi mangsa makiannya. Nasib baik fail tadi melayang ke hujung kaki Azara, kalau kena dahi mau berdarah dahi gadis itu.

Ah. Tak faham betul kenapa dia melepaskan semua perasaan marahnya terhadap Azara! Kalaulah sesuatu yang buruk betul-betul terjadi kepada Azara pasti dia rasa bersalah seumur hidupnya!



p/s: curi masa untuk up entry baru. Sri nak ucapkan selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya. Nanti Sri akan up lagi entry baru ya. Untuk KPI & ADDS belum ada apa-apa news lah darlings. Sorry, Sri memang ad atanya but belum ada results lagi. Kita sabar sikit lagi ye semorang. Doakan yang terbaik. Sri pun harapkan novel-novel ni dibukukan, tapi kalau takde rezeki kita baca di sini ajelah ye. :D

Untuk CTAB ni pula Sri masih lagi menulis. Kali ni idea tak mencurah-curah ke ladang gandum sebab Sri memang sangat amat tersibuk. Ha tengok ayat tu punya nak bagitau betapa sibuknya diriku ini. Hehhehe. Kalau ikutkan plan Sri memang nak siapkan cepat-cepat sebelum raya tapi nampaknya tergendala semua plan ku ini.. Kita merancang tapi Allah swt yang tentukan yang lebih baik untuk kita. Kerja memang bertimbun-timbun sekarang sebab dah nak menjelang hujung tahun kan.. 

Sekian untuk entry & coretanku kali ini. Terima kasih kepada yang singgah dan yang sudi memberikan kome. 

Love,
Sri.

12 comments :

  1. Fuhhhh nasib baik Azara selamat. Diharap pasni Razlan kurangkan sikap nak menyembur Azara. Kesian Zara tauuu. Yg c Razlan ni pun satu.. Yg die hadap sgt kat pompuan cm Izureen tu apa kes? Dh tau pompuan mcm tu tak penyayang kanak2 tu pon dia nak gak ish ish bukak mata la bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, cinta mati agaknya dekat Izreen tu. :)
      Kita tunggu ye nanti jadi apa.

      Delete
  2. Sebab marahkan Razlan lupo lak nak komen psl KPI n ADDS. Takde special entry atau teaser ke Sri buat2 kite nunggu ni? Pls pls... Dh lama takde cete esp KPI

    ReplyDelete
  3. suka2 update lagiii !

    ReplyDelete
  4. Aahh la sri... Bgla we all teaser coz da rindu sgt ngn KPI n ADD.... Bg lpas rindu... Sri nye karya mmg best la.. Thumbs up dear... Slma ni juz jd silent reader..... By the way razlan jgnla dera azara... Huhu sedihnyer...
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, Razlan ni blank lagi apa perasaan dia terhadap Azara neh. ;p

      Delete
  5. Kak windu ngn ADDS & KPI... Bg teaser bole.... X sbr nk tggu novel nye..
    -sweetheart87-

    ReplyDelete