Monday, 23 September 2013

Bab 31 Kau Perempuan Itu

“Assalamualaikum, Sarah. Pak Razak dah ada dekat bawah sekarang.”
“Waalaikummussalam. Sekejap ye pakcik. Arah turun sekarang.”

Beg pakaian yang sudah tersedia segera dicapai. Selepas mendapat panggilan telefon daripada Ari Aqashah sebentar tadi, dia segera mengemas pakaian untuk dibawa. Mana dia tahu suaminya suka pakaian yang bagaimana, apa yang ada dalam almari itulah yang dicapai. Harap-harap takde lah dia kena tengking hanya sebab pakaian. Bukan boleh kira sangat sikap pelik Ari Aqashah ni.
Wajah Pak Razak yang sudah siap sedia membuka pintu kereta BMW itu dipandang dengan pandangan pelik. Ini kereta Puan Khalisah selalu naik. Baiknya hati Puan Khalisah benarkan Pak Razak menjemput dia pada hari ini dengan kereta kesayangannya ini. Wow! Terkejut macam nak luruh jantung. Adakah Puan Khalisah sudah jatuh sayang kepadanya? Hehee! Beranganlah kau Sarah!
“Sarah?” Panggilan Pak Razak menyelamatkan Sarah daripada terus mengelamun depan pintu kereta. Pak Razak menunjukkan isyarat supaya masuk ke dalam perut kereta.
Wajah tua Pak Razak dipandang lembut. Sarah tersenyum. “Arah duduk depan ye. Bukan puan besar pun.” Pintu penumpang dibuka sendiri. Ah, siapalah dia. Jangan nak berlagak macam orang kaya pula.
Pak Razak tersenyum. Pintu kereta yang dibukanya tadi kembali ditutup. Kaki berlari-lari kecil ke tempat duduk pemandu. Besedia untuk kembali pulang ke rumah banglo Tuan Ramlee. Baru tiga hari lepas dia pulang ke rumah Ari Aqashah, hari ini dia sudah dipaksa pulang ke rumah banglo itu semula.
“Kenapa pak cik yang jemput Arah? Mana Encik Ari?” Wajah Pak Razak dipandang.
Pak Razak diam seketika. “Encik Ari dah ada di rumah Tuan Ramlee.” Sarah hanya mengganggukkan kepalanya.
“Ada apa-apa berlaku kepada Tuan Ramlee ke pak cik?”
Wajah Pak Razak berubah serta-merta. Nampak keruh wajah tua itu. Sarah memusingkan tubuhnya memandang Pak Razak. Adakah tekaannya tepat? Ya Allah, lindungilah bapa mertuaku Ya Allah.
Melihat Pak Razak hanya diam tidak menjawab soalan Sarah, Sarah semakin resah. “Pak cik?”
“Pak cik pun tak pastilah Arah. Nanti Arah tanya dengan Puan ye.” Sarah menggangguk. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Pak Razak. Selalunya orang tua ini bukan main ceria bercerita itu ini tentang kehidupannya dan tentang keluarga Tuan Ramlee. Kali ini Pak Razak nampak sugul. Nampak berbeza sangat!
Perjalanan dari rumah Ari Aqashah ke rumah Tuan Ramlee mengambil masa kurang lebih tiga puluh lima minit. Dalam tempoh masa tiga puluh lima minit inilah hati Sarah resah. Bimbang. Berteka-teki terhadap apa yang sedang berlaku.
Suara Ari Aqashah juga kasar semasa menelefonnya lewat petang tadi. Siap menengking lagi suruh dia bersiap bawa semua pakaian yang dibawa semasa berpindah balik semula ke rumah Tuan Ramlee. Pelik sungguh sikap suami dia ni. Hari tu bukan main lagi nak pindah sangat, sekarang ni baru tiga hari pindah ke rumah sendiri dah nak balik rumah mak ayah dia?
Takkanlah tiba-tiba sahaja mahu dia pulang ke rumah banglo milik orang tuanya? Puan Khalisah bukan main menghalau dia dari rumah itu tiga hari lepas. Langsung tidak menjenguk ke bawah semasa dia dan Ari Aqashah berpindah keluar. Sarah memegang kepalanya yang tiba-tiba pening. Rasa macam nak pitam pun ada.
“Arah? Okay tak ni?” Tanya Pak Razak.
Sarah hanya menggangguk. Tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab soalan Pak Razak. Rasa pening sangat-sangat! Tas tangannya diseluk. Sepapan ubat dikeluarkan.
“Ada air tak pak cik?” Pak Razak menggangguk. Kereta diberhentikan seketika. Pak Razak keluar membuka boot kereta. Tidak lama kemudian dia kembali semula ke tempat duduk pemandu.
Sebotol air mineral yang masih belum dibuka dihulurkan kepada Sarah. Tanpa menunggu lebih lama, Sarah menelan ubat berwarna biru muda itu. Mata dipejamkan rapat.
“Ubat apa Arah makan tu? Arah sakit ke?” Sarah membuka matanya semula.
“Ubat sakit kepala. Kalau stress macam ni memang selalu sakit kepala.”
“Kalau Arah sakit, Arah jangan simpan seorang diri. Pak cik dan Mak Som ada untuk Arah.” Sarah menggangguk lemah. Matanya kembali dipejam rapat. Mahu melelapkan mata sekejap.
Pak Razak meneruskan pemanduannya. Sarah yang terlena di sebelahnya dikerling sekilas. Wajah itu nampak murung. Mungkin masih bersedih atas kehilangan orang tua dan adik-adiknya. Pak Razak turut bersedih atas kehilangan Encik Sulaiman. Lelaki itu terlalu baik dan selalu membantunya menyiram pokok bunga.
Pak Razak yang sebelum ini hanya tukang kebun di rumah Tuan Ramlee kini menjadi pemandu kedua Tuan Ramlee dan Puan Khalisah. Tempat Encik Sulaiman sebagai pemandu peribadi keluarga telah diambil alih oleh Nazim, seorang lelaki muda yang baru beberapa bulan menamatkan pengajiannya. Akibat tekanan menganggur, Nazim akhirnya memohon jawatan sebagai pemandu peribadi Tuan Ramlee.


“Arah.. Dah sampai.” Mendengar namanya dipanggil, Sarah membuka matanya lambat-lambat.
“Dah sampai rumah.”
“Oh.. terima kasih pak cik.” Sarah cepat-cepat turun dari kereta.
Melihat suasana rumah yang masih tidak berubah, Sarah lega. Sangkanya sesuatu telah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga barunya. Kereta yang tersadai masih lagi kereta Audi TT milik Jihan, kereta Porsche Cayyenne milik Arif Shah, kereta Polo GTI milik Marliana, kereta BMW milik Ari Aqashah dan dua buah kereka mewah Puan Khalisah dan Tuan Ramlee. Sarah menghembuskan nafas lega.

Dia membayangkan apabila dia tiba di rumah, banyak kereta yang sedang terparkir di luar rumah dan orang ramai berkerumun di rumah Tuan Ramlee. Ternyata sangkaan buruknya tidak tepat! Jahat betul hati ini, selalu sangat negatif. Cepat sangat melatah.
Sandal di kaki ditanggalkan. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dengan debaran hebat di dadanya. Kenapa dia dipanggil balik ke rumah ini? Mulut tidak berhenti-henti membaca bismillah.
“Dah sampai pun Puan Sarah Sulaiman! Lama betul kami tunggu puan..” Sindir Jihan sebaik sahaja ternampak muka Sarah.
Kenapa gadis ini berubah seperti ini. Mana hilangnya gelak tawa dan kenangan manis mereka bersama sepanjang Sarah bekerja di sini? Kenapa semudah ini Jihan menghukum dirinya?
Jihan mencari wajah Ari Aqashah. Lelaki itu duduk di sisi Puan Khalisah. Mata sembab Puan Khalisah menarik perhatian Sarah.



p/s : Sedutan bab 31. Mesti ramai yang rindu, kan? Hihi. Nah, untuk yang merindui Sarah. :D

31 comments :

  1. Huhu suspenny ape yg jdi?? Sri....
    Sri nk lgi... Huhu siany sara
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, sabar je.. Kalau boleh lagi untuk up teaser nanti Sri up lagi yea. Thanks for your support! Appreciate!

      Delete
  2. Alaaaa....cket nye sri!xcukup Ni....huhuhu...ble nk publish citer ni?ADDS skali....best sgt2!ari2 masuk cni tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, lari laju tak masuk ke sini? Datang selalu okay! Tak boleh janji entry hari-hari dan tak boleh janji bila up entry. Ada masa, adalah entry. ;)
      Love,
      Sri.

      Delete
  3. mmg rindu pon...................... ble nk terbit ni,... lama menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, kite pun belum tahu bila terbitnya.
      Sabar & doakan ya.

      Delete
  4. pendeknye bab cite sarah ni...
    blh tak panjangkan sket..pless..
    xpon slalu update pn jadi laa..
    mmg rndu sgt cite ni laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, ni teaser aje. Tak boleh bagi panjang-panjang.. Tu dah 1 bab kang. Hihi

      Delete
  5. rindu sgt2 kat KPI ni...thanks cz updated cite ni...tak sabar la nk tahu cite sarah seterusnya...penantian penuh penyeksaan..wwuaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Kak! Sri faham perasaan penantian satu penyiksaan tu. Akak lagilah dah lama baca cerita ni kan. Sian akak.. ;p

      Delete
  6. Ala ciput nyer..tpi best larh..nk next n3..skali dgn ADDS tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe. Asmar Hana, thank you!
      Waaa, ade permintaan nih! ;p

      Delete
  7. Xde n3 lg ke? Shortnya n3 ni :(

    ReplyDelete
  8. blh dikatan tiap2 ari mst jgk blok ni..xsabar nk n3 seterusnya..klu ada novel lg besttt...

    ReplyDelete
  9. xsbar nk tggu n3 seterusnya...best cita ni..tiap2 ari mst jenguk blog ni..:)

    ReplyDelete
  10. hi..setiap hari check blog sri ni.. ada entry baru ke x.. :) mmm...

    ReplyDelete
  11. salam sis,novel ni da terbit ke?

    ReplyDelete
  12. salam sis,da terbit ke novel ni?

    ReplyDelete
  13. Salam. Sis,novel ni da terbit ke?

    ReplyDelete
  14. salam sis,novel ni da terbit ke?

    ReplyDelete
  15. Nak baca sambungan dia. Tak sabooo nieee

    ReplyDelete
  16. Haduii!! Kenapalah baru sekarang saya buka this blog.. bestlah Sri this story.. sekarang dh 2017! Mane nak cari ek novel ni!! Harap2 ade lah yg baik hati nak meminjamkan pada sy.. heheh~
    #XPUASHATI
    #XDAPATHABISKANBACE
    #CHAIIYOKKWRITER

    ReplyDelete
  17. Haduii!! Kenapalah baru sekarang saya buka this blog.. bestlah Sri this story.. sekarang dh 2017! Mane nak cari ek novel ni!! Harap2 ade lah yg baik hati nak meminjamkan pada sy.. heheh~
    #XPUASHATI
    #XDAPATHABISKANBACE
    #CHAIIYOKKWRITER

    ReplyDelete