Monday 14 October 2013

Bab 26 Aku, Dia dan Stiletto

Pagi-pagi lagi Aulia sudah mengurung dirinya di dalam tandas. Ya Allah, rasa terseksa betul dia sejak mengandung ni. Langsung takde selera nak makan apa-apa. Makan sikit aje dah muntah. Sakit kepala jangan cakaplah, rasa nak pecah terburai otak dalam kepala dia ni.
Satu.. Dua.. Tiga. Uwek!
Aulia terduduk di sisi mangkuk tandas. Seksanya mengandung. Agaknya macam inlah yang mummy dia rasa semasa mengandungkan dia dua puluh lima tahun dulu.
Air mata yang bertakung di kelopak mata tumpah lagi. Rasanya dalam tempoh seminggu dia dikurung di rumah dah berapa ratus kali dia asyik menangis.
Aulia sentuh lembut perutnya yang ada isi. Masih kempis. Sudah empat minggu usia kandungannya hari ini.
Mak Bib dan Datin Zahrah tidak habis-habis memujuk dia supaya akur dengan kehendak Datuk Rahman. Bukan dia tidak mahu tapi dia memang tak boleh. Tiba-tiba sahaja dia kena kahwin lepas tu paksa hati dia mencintai ‘suami’ segera tu? Ya Allah.. Tak mungkin dia dapat buat semua tu.
Bila dia mencadangkan kepada Datuk Rahman yang dia mahu keluar negara, mati-mati ditentang oleh daddynya. Kononnya dia hanya memalukan keluarga.
Daddy tak sangka Lia yang baru dua puluh lima tahun sanggup malukan mummy dan daddy. Sanggup buang keluarga Lia masa buat perkara terkutuk macam ni.” Aulia menarik nafas lemah. Bersandar lesu di dinding sambil mengusap perut.
Kalau ikutkan hati dia memang mahu membuang benih yang sedang bernyawa dalam rahimnya tetapi selepas bersolat dan memohon petunjuk daripada Allah swt, dia rasa tidak sampai hati. Entah apa dosa bayi itu sehingga diaperlu dibunuh, langsung tidak diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah.
“Lia! Jangan jadi bodoh. Mak Bib tak setuju cadangan Lia. Lia, dengar cakap Mak Bib, Lia kena kuat.. Kena tabah. Jangan tambah dosa Lia..”
“Lia tak nak anak ni Mak Bib.” Lirih hati Aulia. Tiada sesiapa yang menyokong dia ketika ini. Mak Bib tidak menentang dia tetapi tidak juga menjadi penyokong dia. “Mak Bib, Lia takut kalau Lia tak boleh mendidik anak Lia dengan baik.”
“Aulia sayang, dengar sini. Hati Lia bukan keras macam batu. Mak Bib kenal Lia bukan sehari dua. Kalau Lia sayangkan mummy dan daddy, Lia ikutlah cakap dorang. Tak kesian ke dengan mummy? Asyik sedih aje fikirkan Lia.” Mak Bib usap belakang Aulia. Memujuk Aulia supaya mengalah.
Rasa mual sekali lagi menyerang membuatkan lamunan Aulia terus padam dari ingatan.
Uwek!
Uwek!
‘Ya Allah, kau kurangkanlah azab seksaanmu kepadaku.’ Aulia mengesat air mata yang merembes keluar bersama isi perut.
“Lia.. Okay tak dekat dalam tu? Kenapa kunci pintu ni?” Aulia membuka paip air. Air paip dikumur dan disapu ke seluruh mukanya.
“Lia okay. Kejap, Lia dah nak keluar.” Aulia menggangahkan dirinya bangkit meninggalkan mangkuk tandas. Sahabat karibnya sejak seminggu yang lalu.
Aulia pulas tombol pintu bilik air. Bibirnya tersengih. “See, Lia takde apa-apa pun.”
Datin Zahrah mengeluh kecil. Bukannya dia tidak pernah mengandung. Dia faham sangat alahan yang sering dihadapi semasa awal-awal mengandung. Lagi-lagi semasa dalam trimester pertama memang azab Ya Allah. Rasa tak sanggup nak mengandung lagi.
Tapi itu semua pengalaman yang sangat bermakna. Bila dah tengok anak depan mata, rasa macam nak mengandung lagi. Bila lihat cara layanan suami, memang rasa sangat-sangat dihargai.
Datin Zahrah membontoti Aulia yang menuju ke katil. Nak tidur lagi lah tu. “Sakit kepala lagi?”
“Sikit je.” Aulia membalas lemah. Padahal kepala dia ni sakit rasa macam nak pecah. Rasa nak berguling-guling sakit kepala pun ada jugak.
“Sikit apanya kalau muka pucat lesi sampai macam ni sekali. Ni dah berapa kali muntah?” Aulia sengih manis. Pucat ke muka dia? Tak perasan pula.
Tangan tua Datin Zahrah automatik naik memicit kepala Aulia. Otaknya masih berkira-kira mahu berbincang dengan Aulia.
Mummy nak cakap apa ni? Mulut tu terkumat-kamit aje Lia tengok.” Datin Zahrah berdehem sedikit. Aulia memang boleh baca gerak hati orang! kalau nampak pelik sikit aje memang perasan.
Daddy dah jumpa calon untuk suami Lia.” Aulia tolak tangan Datin Zahrah yang sedang memicit kepala dia. Seminggu aje cari calon suami untuk dia?
Aulia bangkit duduk bersandar di katil. Rasa sakit kepala tolak ke tepi dulu. Ada benda lain yang lebih penting untuk diselesaikan sekarang ni. “Mummy, kan Lia dah cakap Lia tak nak.. Kalau lelaki tu nak aniaya Lia, macam mana? Anak dalam perut ni, nak ke dia mengaku anak dia?”
“InsyaAllah, mummy yakin dengan pilihan daddy. Lagipun Lia pun kenal orangnya.” Dia kenal? Siapa? Takkan Fazri kot? Ya Allah, janganlah daddy minta tolong Fazri mulut puaka tu yang tolong tutup aib dia!
“Siapa?” Melihat senyuman meleret Datin Zahrah, Aulia rasa cuak tiba-tiba. “Mummy, bagitau Lia siapa orangnya.” Memang dia terdesak untuk tahu siapa lelaki yang sudi menjadi pak sanggup untuk anak dalam perut dia ni.
“Lia jangan risau, mak ayah dia akan pujuk dia untuk terima Lia.”
“Maksudnya dia tak nak terima Lia sebagai isteri tapi daddy paksa?” Dia rasa macam dia dah tahu siapa orangnya.
“Bukan dia tak sanggup cuma dia perlukan masa untuk terima Lia. Dia minta sedikit masa untuk fikir sebelum bagi apa-apa keputusan. Tapi Lia jangan risau sebab mummy yakin dia akan terima Lia dengan ikhlas.”
“Kalau Faz tak sudi terima Lia, tak perlu paksa dia mummy. Kami pun hanya kawan baik. Faz anggap Lia macam adik-beradik dia. Tak mungkin Faz boleh terima Lia sebagai isteri.”
Datin Zahrah terkejut. “Kenapa Lia teka Faz pulak?” Kan, dah agak dah. Tengok muka terkejut mummy dia pun dia dah tahu Fazri memang tak mahu terima dia. Ah, biarlah. Dia langsung tak kisah. Kalau dia kahwin dengan Fazri pun dia tak tahu macam mana nak layan lelaki itu. Dah la cakap pun aku kau aje.
“Dah la, Lia nak berehat. Mummy tak payah picit kepala Lia lagi.” Aulia menarik selimut membaluti seluruh tubuhnya. Rasa kecewa dengan tindakan Datuk Rahman. Selama seminggu ini setiap hari dia bertekak dengan Datuk Rahman gara-gara tidak mahu berkahwin.
“Nanti Lia akan tahu jugak siapa bakal suami Lia. Mummy yakin Lia akan bahagia.”  Aulia tidak membalas. Matanya dipejam erat. Biarlah. Kalau mummy dengan daddy nak dia berkahwin, baik. Dia akan turutkan kemahuan mereka.
Aulia menangis di dalam selimut. Rasa sedih sangat. Kalaulah Ashraff tak buat semua ni dekat dia, dia takkan mengandung anak lelaki tu!
Dia tidak tahu apakah perasaan dia yang sebenarnya terhadap Ashraff. dia sayangkan Ashraff tetapi dalam masa yang sama dia bencikan lelaki yang telah menodai kesucian dirinya. Dia benci Ashraff!
Aulia mengesat air hidung yang meleleh. Iphone 5 yang tiba-tiba sahaja berbunyi dicapai.
‘Jumpa you malam ni 8.00 p.m di Intai Bora. – Ashraff’
Buat apa Ashraff nak jumpa dia? Intai Bora? Restoran tepi laut tu? Bukan tempat tu romantik gila ke? Buang tebiat ke Ashraff nak jumpa dia di tempat yang romantik macam tu?
‘Ada apa hal? – Aulia’
Malas dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Lantaklah. Bukannya takde telefon. Kalau ada apa-apa yang penting Ashraff boleh cakap dengan dia melalui telefon aje. Kata jangan muncul depan muka dia. Poorah!
‘Datang je jangan banyak tanya. – Ashraff’
Aulia ketap bibir. Kurang ajar sangat mamat ni tau! Kalau ada apa-apa tu cakap ajelah. Tak paksa-paksa dia datang buat apa? Nak lamar Helinna depan mata dia? Biar semua orang menjadi saksi cinta dorang?
Hati mula diusik perasaan cemburu yang teramat sangat. Betul kata Ashraff, dia cemburukan Helinna. Ya, dia cemburukan Helinna yang berjaya mendapat tempat dalam hati Ashraff. Dia sendiri tidak sedar sejak bila dia mula jatuh cinta kepada Asharff kerana terlalu sibuk mahu menang dalam setiap pertengkaran dengan lelaki itu.
‘Kalau saya tak nak datang? – Aulia’
I tahu you akan datang jugak sebab you dah rindukan I. – Ashraff’
Sumpah dia rasa nak campak telefon bimbit dia sekarang ni. Geram yang teramat sangat dekat lelaki otak senteng ni. Cakap ego melangit bukan main lagi jangan muncul depan dia lah, jangan ganggu hidup dia dengan Helinna lah apa lagilah, tetapi sekarang ni siapa yang cari siapa!
Sudahnya Aulia mendiamkan diri. Tidak membalas mesej Ashraff. Biarlah lelaki itu tunggu dia malam ini. Tak kuasa dia nak pergi ke sana. Lagipun dia dah kena perintah berkurung oleh Datuk Rahman. Kalau nak ke mana-mana semuanya kena minta kebenaran dari daddy dahulu.
Kepala yang masih berdenyut-denyut, menyebabkan Aulia akhirnya terlelap.


“Lia. Bangun.dah pukul 11.30 pagi ni. Bangun.. Dah lama sangat Lia tidur.” Aulia pisat matanya.
“Tak boleh sambung tidur lagi ke?”
Datin Zahrah menampar punggung Aulia perlahan. “Dah, bangun.. Jom turun makan nasi lepas tu makan ubat. Kalau asyik nak tidur aje macam mana nak dapat anak soleh?”
Aulia duduk bersila di atas katil. Anak soleh? Macam mana kalau anak yang bakal lahir ni ikut perangai Ashraff? Ya Allah.. Minta simpang malaikat empat puluh empat. Tak sanggup rasanya dia jika anaknya mewarisi sikap buruk Ashraff yang kaki perempuan.
Mummy..” Datin Zahrah yang hendak berlalu keluar berpaling semula. “Lia bukan anak solehah mummy, kan?” Ya Allah, kenapa anak dia buat dia rasa sebak macam ni.
“Lia, jangan cakap macam tu. Lia tetap anak mummy yang terbaik.” Datin Zahrah mememluk anak tunggalnya.
“Tapi Lia dah malukan mummy.”
“Takde sesiapa yang tahu pasal kandungan Lia kecuali mummy, daddy dan Mak Bib.Lia jangan risau sebab kami semua keluarga Lia. kami akan lindungi Lia sebab kami sayangkan Lia.” Aulia menangis dalam pelukan Datin Zahrah.
“Maafkan Lia sebab selalu bantah cakap mummy. Lia banyak dosa dengan mummy. Ampunkan Lia..” Alahai, sebaknya dada dia dengan anak tunggal dia kebelakangan ini. Asyik menangis aje.
“Lia kahwin ya?” Aulia angguk.  
“Lia yakin dengan pilihan mummy dan daddy. Lia takkan persoalkan apa-apa.Lia janji.” Syukur. Datin Zahrah melepaskan nafas lega. Anak dia sudah bersetuju untuk berkahwin. Memanglah kalau Aulia tidak setuju sekalipun mereka tetap akan memaksa dia tapi jika Aulia sendiri yang rela, dia rasa lega untuk melepaskan anak dia kepada orang lain.
“Malam nanti Pak Halim hantar Lia jumpa bakal suami Lia.” Lega! Tak perlulah dia rasa bersalah sebab tak jumpa dengan Ashraff. Misi malam ini lebih penting daripada Ashraff. Dia mahu mengenali bakal suaminya dengan lebih dekat. Mahu tahu sama ada lelaki itu ikhlas mnerima dia atau ada udang disebalik batu.
Manalah tahu kalau-kalau daddy dia tawarkan kontrak sejuta ringgit macam yang dia lakukan terhadap Hazrul. Manusia kalau dengan duit, kasih sayang pun boleh lesap entah ke mana.
Pasal perjumpaannya dengan Ashraff, dia bertekad bahawa lelaki itu akan dipadamkan dari hatinya selepas dia berkahwin dengan pilihan daddy. Jika dia pergi sekalipun, tiada apa-apa yang akan berubah. Ashraff tetap juga orang yang sama dan jika Ashraff mahu melamar Helinna pada malam ini, ia tetap akan berlaku.
Aulia pejam mata. ‘Helly, semoga kau bahagia.’
Ketukan di pintu menyentakkan Aulia dan Datin Zahrah yang sedang berpelukan. “Mak Bib! Ada apa?”
“Cik Helinna ada dekat bawah. Nak Mak Bib panggil dia ke atas?”
“Lia rasa peninglah nak turun. Mak Bib suruh Helly naik ke bilik Lia ajelah.” Mak Bib berlalu keluar dari bilik Aulia.
Mummy keluar dulu. Kejap lagi mummy suruh Helly bawakan makanan untuk Lia.” Aulia hanya mengangguk.
Babe!!!” Helinna meletakkan makanan di atas almari kecil di sebelah katil dan meluru memeluk Aulia. “You look so pale. Kau sakit ke?”
Nampak pucat sangat ke muka dia? Nampak macam orang sakit? “Mana ada. Aku sakit kepala dua tiga hari ni. Asyik muntah aje.”
“Ha… kau mengandung eh?” Aulia berubah wajah. “Hoi, aku melawak ajelah. Kalau tak kahwin macam mana boleh mengandung, kan?” Gila! Kalau nak melawak pun agak-agaklah sikit.
Aulia tumbuk bahu Helinna. “Lawak kau tu lawak bodoh. Lame.” Helinna ketawa besar.
“Orang sakit yang jelita, mari aku suapkan kau makanan. Ini arahan keras dari Mak Bib, kalau kau tak makan aku tak boleh balik tau! Baik kau makan.” Ya Allah, Aulia rasa nak menangis. Kenapa Helinna ni baik sangat? Kalaulah Helinna tahu Ashraff dah rogol dia.. Tak. Helinna tak boleh tahu sebab dia takkan biarkan Helinna tahu!
Aulia buka mulut sedikit. Bubur yang baru tiga suap masuk ke dalam perutnya dah minta dikeluarkan semula. Aulia tolak tubuh Helinna dan berlari ke bilik air.
Uwek!
Uwek!
Babe.. Kau kenapa ni?” Helinna gosok belakang Aulia. “Kau sakit apa ni Lia? Ya Allah, takutnya aku tengok kau macam ni.”
Aulia mengesat air mata yang merembes keluar bersama muntahnya. “Aku okay.” Tangan Helinna yang masih berada di bahunya disentuh lembut. “Muntah sebab takde selera nak makan tapi paksa makan jugak. Sebab tu jadi macam ni.” Helly, maafkan aku sebab terpaksa tipu kau.
Helinna memapah Aulia kembali ke katil semula. “Kau ada salah makan ke sampai sakit teruk macam ni?”
“Mungkinlah. Aku pun tak pasti.”
“Dah lah, kau rehat dulu. Aku singgah sini sebab dah lama sangat tak jumpa kau. More than a month tau tak! Aku tanya Ash pasal kau dia cakp dia pun dah lama tak nampak kau.” Penipu! Baru minggu lepas dia jumpa dengan Ashraff masa mesyuarat pasal projek baru di Nilai.
Sorry.. Aku ingatkan kau sibuk dengan kerja kau lagi.”
“Memanglah aku sibuk but aku still ada masa nak jumpa kawan baik aku ni. Bukan macam kau tu!” Helinna menampar perlahan tangan Aulia. Saja nak melawak.
“Lepas ni kau ke mana?” Kalau tak silap dia dua hari lepas Helinna baru balik dari Paris sebab ada pertunjukan fesyen di sana.
Back to London. Aku ingatkan aku takkan jejak kaki dekat London lagi dah tapi tak sangka rezeki kali ni dekat sana pulak. Two months. Waaaa, terpaksa berjauhan dengan Ash for two months! Lamanya. Dah la haritu pergi Paris dua minggu.” Kali ini mungkin Helinna akan pergi dengan senyuman sebab Ashraff akan melamar dia pada malam ini.
“Lamanya dua bulan..” Aulia mengeluh kecil.
“Itu kata company itulah.. Kalau ada kerja lagi mungkin sampai enam bulan. Aku pun tak pasti berapa lama aku dekat sana tapi setakat yang aku tahu sekarang ni dua bulanlah.”
“Mungkin lepas balik dari London kau akan bawak berita gembira untuk aku, kot?”
Helinna buat muka pelik. “Berita apa?”
“Perkahwinan kau dengan Ash?” Aulia angkat kening sambil bibirnya mengukir senyuman. Hati sahaja yang berdarah.
Auuuu! Tak sabar!” Helinna memeluk Aulia erat. “I just can’t wait for that day! Doakan aku.”
Always.”
“Dah la, kau rehat. Aku memang singgah kejap aje nak jenguk kau sebab dah lama sangat tak nampak muka kau tu.” Helinna menepuk perlahan bahu Aulia.
“Aku minta maaf sebab buat kau risau.” Aulia meraih tanagn Helinna dan menggenggam tangan itu.
“Bukan risau tapi rindu!” Aulia dan Helinna ketawa serentak.
“Aku nak gerak balik dulu. Lepas aku balik dari London aku datang jenguk kau lagi. By that time make sure kau dah sihat.”
Masa tu kau akan terkejut beruk tengok perut aku yang dah mula menonjol. Aulia bisik dalam hati.
Helinna cium pipi Aulia. “Helly. Aku sayang kau.”
“Aku sayang kau jugak. Sayang sangat-sangat sebab kau dah buat aku jatuh cinta dengan Ash. Thanks, babe. Kau kawan aku dunia dan akhirat!” Aulia tersenyum kelat. Dia berjaya buat Helinna jatuh cinta dengan Ashraff dan dalam masa yang sama dia juga mencintai lelaki yang sama seperti Helinna. Dia memang kawan tak guna!


p/s : Hadiah selamat hari raya Aidil Adha buat semua! Kepada yg tak balik kampung macam Sri, selamat bekerja dan selamat berhari raya di perantauan! Barulah rasa macam anak perantau sikit, ehek! 

Kepada yang rindukan Aulia dan Ashraf, nah, this is for you bebeh! :DD Thanks kepada yang masih sudi melawat belog yang bersawang. *Angkat tangan buang sawang kiri dan kanan. I is tahu yang korang menanti entry terbaru tapi I is super busy bila akhir tahun menjelma. 

Bila tekanan kerja banyak, Sri memang nak menulis dan up entry baru tapi bila masa yang sangat mencemburi diriku maka dahku akan terlena di katil tanpa menulis.. Maka tekanan berlalu pergi bersama mata yang kelam. 

Kena buat perjanjian dengan diri untuk semangat menulis!!!! Kalau lama sangat terhenti memang susah nak dapat idea nak menulis. :(

Apakah ini panjang sangat mesej akhir ni? Apa ni.. Okaylah, selamat hari raya Qurban. Semoga masih dipanjangkan usia untuk hari raya yang akan datang 2014 nanti. Banyakkan berdoa dan memohon yang terbaik dari Allah SWT. Semoga semua doa kalian dimakbulkan oleh Allah. Amin. 

Thank you supporters, silent readers & semua yang singgah di sini. 
Sayang semua.

Love,
Sri Sarah. 

8 comments :

  1. best2 tapi kesian sngat kat Lia nnti

    ReplyDelete
  2. Thanks u sri.. Luv u sbb ubt rindu .... Cant wait for ur novel...
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sweetheart87.
      Terima kasih sebab sudi baca.
      Pasal novel belum ada date lagi.. ;)

      Delete
  3. BEST..SIAPA YA BAKAL SUAMI LIA JANGAN ASH SUDAH X NAK.

    ReplyDelete
  4. terima kasih utk n3 br ni.. makin berdebar tumpang simpati buat Lia.. kesiannya tp sapa yea?

    ReplyDelete