Tuesday 5 November 2013

Bab 27 Aku, Dia dan Stilleto

Aulia tersandar lesu di mangkuk tandas sambil mengurut dadanya yang terasa perit. Ya Allah, memang dia tak tahan lagi dah asyik keluar masuk tandas aje. Bukannya dia makan apa sangat petang tadi, makan buah epal aje itu pun bukan sampai satu biji.
“Takkan makan sebiji epal pun muntah macam makan selori buah epal kot?”
Uwek!
Baru aje merungut sekali lagi Aulia kalih tubuhnya ke mangkuk tandas. Paip air dibuka keras membasuh muka dan mulutnya.
Uwek!
Terhinjut-hinjut tubuh Aulia memuntahkan isi perut yang masih ada. Kalau nak ikutkan bukan dia muntah apa sangat pun, air aje yang keluar.
Ketukan pintu untuk kali ke lima kedengaran ketika Aulia berada di dalam tandas. Rasanya badan dia ni memang dah lemah habis dah sebab asyik muntah sepanjang hari.
“Lia..” Aulia tidak kekuatan mahu menyahut panggilan Datin Zahrah yang sedang menetuk pintu biliknya.  “Mummy masuk ni.” Aulia masih membisu di dalam tandas.
Melihat Aulia yang tiada di dalam bilik, Datin Zahrah melangkah ke bilik air. Mana lagi anak dia nak pergi selain bilik air.
“Lia okay ke tak ni?” Wajah Datin Zahrah muncul di depan pintu bilik air.
Mummy, Lia tak larat nak keluar. Rasa pening sangat kepala Lia ni macam nak pecah aje.” Wajah dia memang tak perlu nak buat-buat sakit lagi dah sebab memang dah pucat habis.
“Kalau Lia tak larat mummy cakap dengan daddy suruh batalkan perjumaan Lia malam ni. Mungkin esok-esok boleh jumpa.” Aulia bersyukur di dalam hati.
“Lia! Tunggu apa lagi tu?” Sergahan di muka pintu membuatkan Aulia dan Datin Zahrah kaget. Mesti daddy dah mengamuk sebab Pak Halim dah lama tunggu dalam kereta. Rasanya sejak pukul 8.00 malam tadi lagi Pak Halim dah tunggu. Sekarang ni dah pukul 8.40 malam.
“Bang, Lia ni tak sihat. Nanti ajelah jumpa.. Malam ni tak boleh.” Datuk Rahman tayang riak tidak puas hati.
“Mana boleh macam tu Zah. Budak tu dah tunggu dah nak kenal Lia dengan lebih rapat, kenapa tak jadi pula?”
Datin Zahrah serba salah. Takkan nak paksa Aulia pergi juga sedangkan keadaan Aulia memang tak mengizinkan. “Abang, abang nampak sendirikan Lia ni asyik muntah aje.”
Datuk Rahman merengus kasar. “Muntah tu sebab bala cari sendiri. Kalau tak cari penyakit takkanlah penyakit tu nak datang!” Aulia rasa hati dia tersiat-siat dengan kata-kata Datuk Rahman. Mana daddy dia yang penyayang? Kenapa sekarang ni ayat yang keluar semuanya sinis belaka?
“Abang..”
“Zah! Masa sihat kita tak perlu nak paksa dia keluar boleh aje dia keluar sendiri. Bila dah jadi macam sekarang ni macam-macam alasan dia nak bagi. Tak sihatlah, sakit lah, apa lagi dia nak buat lepas ni!” Datin Zahrah pula yang menjadi mangsa amukan Datuk Rahman.
Mummy, takpelah. Kalau daddy nak Lia pergi jugak. Lia bersiap sekarang.” Datin Zahrah terkejut dengan kata-kata Aulia.
“Tak, tak. Mummy tak setuju. Kalau Lia pengsan dekat sana tu nanti macam mana? Siapa nak tolong Lia?” Aulia gosok lengan Datin Zahrah.
“Jangan risau, mesti ramai orang dekat sana yang nak tolong Lia. Mummy jangan risau ya.”
“Lia, Lia kena rehat dekat rumah.” Datin Zahrah masih bertegas menghalang Aulia. Dia risau dengan keadaan diri Aulia yang lemah sekarang ni.
“Zah, budak tu dah nak pergi awak nak halang dia buat apa lagi? Sepatutnya awak halang dia sebelum dia malukan kita dulu!” Aulia rasa kasihan dengan mummy nya yang asyik kena marah dengan daddy.
Sejak akhir-akhir ini hubungan mummy dan daddy pun nampak tegang dan selalu bermasam muka. Ada sahaja ayat-ayat sinis yang keluar dari mulut Datuk Rahman untuk memarahi isterinya.
Aulia menolak Datin Zahrah dan Datuk Rahman keluar dari bilik. “Lia nak bersiap kejap.” Aulia bersandar lesu di belakang pintu biliknya. Rasa mual masih bergayut di tekaknya namun ditahan juga.
“Lia!” Ketukan di pintu tidak dihiraukan. Dia perlu menamatkan semua ini. Jika dia tidak berkahwin pasti hubungan mummy dan daddy bertambah keruh. Puncanya ialah dia.
Pintu almari pakaian berwarna putih itu dibuka. Aulia menarik keluar sehelai gaun labuh tanpa lengan berwarna biru tua. “Pakai ini ajelah.” Aulia mengajukan pakaian itu ke tubuhnya.
Pakaian yang tersarung ditubuh ditanggalkan dan gaun labuh tanpa lengan disarung ke tubuhnya. Tangannya menyentuh lembut perut yang masih kempis. “I promise that I will keep you forever.”
Sebelum kaki mahu melangkah keluar dari biliknya, Aulia sekali lagi pandang ke dalam cermin. Melihat tangan dan ketiak yang terdedah menimbulkan satu rasa asing dalam hati Aulia. Kaki melangkah semula mendekati almari pakaian.
Sehelai cardigan labuh separas lutut berwarna mustard ditarik keluar dan dipadankan dengan gaun labuh berwarna biru gelap yang tersarung ditubuh langsingnya. Rugi beli cardigan mahal-mahal tapi tak pakai. Berpuas hati dengan cara penampilannya yang lebih sopan, Aulia melangkah keluar dari bilik.
“Dah siap dah anak mummy?” Aulia tayang senyum kepada Datin Zahrah. Lipstik merah jambu yang dioles ke bibir mengurangkan pucat di wajahnya.
“Nampak cantik sangat anak mummy macam ni. Mesti bakal suami Lia tu terpikat. Siap jatuh tergolek-golek dari kerusi kejap lagi.” Aulia paksa senyum sekali lagi. Terpikatlah sangat. Kalau lelaki itu tanya dia mengandungkan anak siapa, sumpah sampai kiamat pun dia takkan bagitau!
“Merepek aje mummy ni. Siapalah nakkan Lia ni.” Sumpah dia memang rasa rendah diri sangat-sangat sekarang ni.
“Kalau sedar diri tu baguslah tapi menyesal sekarang ni takde guna sebab Lia yang rosakkan diri sendiri.” Senyuman di bibir Aulia mati tiba-tiba. Suara Datuk Rahman menusuk hingga ke dalam dasar hati.
“Lia pergi dulu. Janganlah dia dah balik.” Padahal dalam hati Aulia berdoa sakan semoga ‘bakal suami’ dia itu sudah pulang dan tidak menunggu dia lagi.
“Dia masih tunggu Lia datang. Jangan risau.” Amboi, yakin sangat mummy dia ni. Tapi kalau Fazri memang dia yakin lelaki itu akan tunggu dia sebab dia tahu Fazri mesti ada banyak soalan nak ditanya kepada dia.
Datin Zahrah menghantar Aulia ke depan pintu. Aulia kerling Datuk Rahman yang sedang duduk malas di kerusi. Entah bila marah daddy dia akan surut.
“Hati-hati, sayang. I love you.”
Aulia menyalami tangan Datin Zahrah sebelum Datin Zahrah menarik dia ke dalam pelukan. “Jaga diri.” Aulia mengangguk dan berlalu pergi.

Aulia meloloskan dirinya ke dalam perut Jaguar berwarna hitam yang sedia menunggu di porch kereta. “Maaf Pak Halim, Lia pening sikit tadi.”
“Takpe, kalau Lia nak Pak Halim tunggu sampai esok pun boleh.” Pak Halim ketawa kecil. Saja mahu berseloroh dengan Aulia yang nampak murung dan sedih. Bukan dia tidak tahu Aulia dipaksa untuk menghadiri perjumpaan jodoh yang diaturkan oleh Datuk Rahman.
“Kita nak ke mana ni Pak Halim?”
“Lia tak tahu ke kita nak ke mana?” Kalau nak jumpa bakal suami tu dia tahulah tapi dekat mana tu dia tak tahu. “Kita nak jumpa siapa Lia tahu ke?” Aulia angguk.
“Pandai betul Datuk carikan bakal suami untuk Lia. Kacak orangnya. Pak Halim pernah jumpa orangnya.” Kacak? Fazri memang kacak tapi nama lelaki itu tidak pernah singgah lebih daripada seorang kawan dalam hati Aulia.
“Dah kawan Lia, memanglah Pak Halim pernah jumpa. Memang kacak pun tapi mulut tu ada bau longkang sikit Pak Halim. Itu yang Lia tak tahan tu.” Pak Halim kerut dahi.
“Mulut dia busuk ke Lia?” Aulia tergelak besar.
“Bukan busuk tu Pak Halim tapi mulut tu kalau bercakap takde insurans! Suka hati dia aje nak mengata Lia itu ini. Kadang-kadang sakit jugak hati Lia ni.” Aulia sentuh dadanya yang berdebar. Berdebar sebab nak jumpa dengan Fazri?
Eh betul ke bakal suami dia Fazri? Fazri nak ke terima dia sebagai isteri?
“Pak Halim, boleh Lia tanya satu soalan?”
“Tanyalah sepuluh soalan pun Lia.”

Aulia menarik nafas dalam-dalam sebelum melontarkan soalan.Lama tak berbual dengan Pak Halim. “Kalau seseorang tu betul-betul cintakan kita, dia akan terima semua baik buruk tentang kita ke?”
Aulia dengar Pak Halim ketawa kecil. “Lia, kalau yang buruk tu boleh diubah, kita kena ubah diri kita untuk nampak lebih sempurna kepada pasangan kita tu, tak bolehlah nak dia terima semua keburukan kita tu.”
“Maksudnya?”  Adoi, terasa dungu sangat pula dia malam ni.
“Maksud Pak Halim macam ni.. Kalau kekurangan kita tu misalnya tak pandai memasak, Lia kan boleh belajar memasak. Benda tu boleh diubah.. Jadi Lia tak bolehlah asyik malas aje dan cakap dekat suami Lia yang Lia memang tak pandai masak jadi dia kena terima kekurangan Lia.”
“Tapi Lia pandai masak Pak Halim.” Rasa bersalah jika dia tidak membela dirinya.
“Betul Lia pandai masak. Pak Halim bagi contoh aje tadi tu. Maksudnya Lia boleh tutup kekurangan diri Lia tu dengan belajar. Semua kelemahan diri kita boleh dibaiki dari semasa ke semasa. Sama juga dengan pasangan Lia. Orang lelaki ni biasanya nakal sikit Lia.”
“Kalau dia asyik usung perempuan ke hulu ke hilir takkan Lia nak terima lelaki macam tu jadi suami Lia?”
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Allah swt kepada umatnya. Tetapi tidak semestinya orang jahat akan berkahwin dengan orang jahat kalau si jahat tadi dah berubah menjadi baik. Faham?” Aulia menggeleng kepala.
Pak Halim gelak sambil matanya masih fokus dengan jalan raya yang lurus. “Macam ni, katakanlah seorang lelaki itu adalah perogol. Jahat kan? Dia rogol anak orang. Kemudian dia terlepas dan sedar akan kesalahan dia, lalu berubah menjadi orang yang lebih baik di mata Allah swt. Mungkin Allah akan kirimkan jodoh yang baik untuk dia pada masa depan.”
“Tak adil! Kenapa pula perogol tu akan kahwin dengan orang baik. Dia kan dah pernah rosakkan anak dara orang. Mungkin dia dah musnahkan seluruh kehidupan perempuan yang jadi mangsa dia tu!” Aulia jadi emosi tiba-tiba. Rasa macam tidak adil jika perkara seperti ini berlaku!
Ya memang sedang berlaku. Ashraff seorang yang kejam dan Allah swt kirimkan wanita sebaik Helinna untuk dia. Memang tidak adil! Sedangkan dia terpaksa mengharungi semua ini sendirian. Masa depan dia sudah musnah. Daddy bencikan dia.
“Lia, takde yang tidak adil dalam kehidupan kita kecuali kita yang membuatkan sesuatu itu jadi tidak adil. Kita kena redha dengan apa yang Allah swt tetapkan untuk kita. Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya milik Allah.”
“Tu Lia tahu Pak Halim tapi …”
“Lia, apa yang Allah berikan kepada kita semuanya adalah nikmat atau ujian dari Allah. Kalau kita lemah, kita akan gagal. Sebab itulah semua manusia mesti ada iman yang teguh dalam diri.” Aulia rasa terpukul dengan kata-kata Pak Halim. Dia bercakap seolah-olah dia seorang yang tiada iman. Asyik mahu menentang apa yang Allah sedang uji dia sekarang ni.
“Tapi Lia tak nak kahwin.. Lia belum bersedia.” Pak Halim menggeleng.
“Sedia atau tak bukan persoalan utama Lia. Lia kena ingat yang restu Allah datang melalui restu ibu bapa. Kalau Lia berkahwin dengan pilihan Datuk dan Datin, Lia dah mendapat satu restu dari Allah iaitu restu dalam pernikahan Lia. InsyaAllah.”
Aulia terdiam memikirkan kata-kata Pak Halim. Ada benarnya kata-kata orang tua itu. Dia dah banyak sangat buat dosa selama dua puluh lima tahun hidup dia. Mungkin sudah sampai masa untuk dia berubah sedikit demi sedikit.
“Lia, ingat pesan Pak Halim tadi, restu yang paling utama ialah restu dari Allah swt.” Aulia angguk. “Okay, dah sampai ni.” Aulia pandang restoran di hadapannya.
“Intai Bora?” Pak Halim angguk.
“Dia tunggu Lia dekat sini.Sejak pukul 8.30 malam tadi lagi tau!”
“Pak Halim tahu siapa orangnya?”
“Mestilah Pak Halim tahu. Kan Pak Halim dah cakap tadi orangnya kacak.”
Aulia rasa berdebar kencang. Takkan orangnya Ashraff? Gila ke daddy nak satukan dia dengan Ashraff?
Ohhh, kalau dengan Ashraff dia tak setuju! Memang dia akan membantah sekeras-kerasnya pilihan daddy.



Aulia melangkah dengan hati yang berdebar-debar masuk ke dalam Restoran Intai Bora yang didekorasi cantik. Sungguh cantik. Memang sesuai untuk pasangan bercinta datang ke sini.
Matanya melilau sekeliling kawasan restoran yang agak penuh dengan manusia. Agaknya di mana kedudukan lelaki itu sekarang ini. Dihujung sudut restoran? Berdekatan dengan pantai?  Aulia sentuh dadanya yang sedang menahan debaran menggila.
Hati dia dah tahu yang dia akan berjumpa dengan Ashraff sebentar lagi sebab Ashraff memang ajak dia berjumpa di sini malam ini.
Rasa sakit kepala yang masih mencengkam urat-urat dalam kepala memang buat Aulia rasa nak pitam sangat-sangat sekarang ni. Tambah bila hati dia mula mengagak yang dia akan berjumpa dengan Ashraff bukannya dengan Fazri buat kepala dia melayang-layang.
Kaki pun fah macam tak berpijak di bumi yang nyata. “Daddy memang dah takde lelaki lain nak buat menantu. Terdesak sangat agaknya.” Bibir comel Aulia masih lagi mahu menyalahkan Datuk Rahman. Memang terdesak pun.
Oh, ini semua kerja gila. Takkan daddy tak tahu yang Ashraff berhubungan dengan Helinna? Takkan masih mahu paksa dia berkahwin dengan bakal suami kawan baik dia sendiri kot? Aulia pegang kepalanya yang terasa pening.
Kaki yang mula melangkah lemah berhenti seketika dan berpaut di kerusi berdekatan. “Miss are you okay?”
Aulia panggung kepala memandang pelayan wanita yang berdiri di hadapannya sebelum menganggukkan kepalanya.
“Mr. Fazri, please.” Pelayan wanita itu angguk kepala dan berjalan di hadapan Aulia untuk menunjukkan tempat duduk Fazri.
“Silakan.”
Fazri yang terkejut melihat kehadian Aulia spontan berdiri tegak. “Lia, kau buat apa dekat sini?”
Fazri soal dia buat apa dekat sini? Jangan buat lawak bodoh boleh tak sekarang ni sebab kepala dia rasa pening bagai nak gila nak nak termuntah sangat-sangat sekarang ni.
“Aku datang sini nak beli baju. Kau?” Fazri tergelak besar.
“Buat lawak bongok kau eh. Aku betul-betul ni, kenapa kau datang sini?” Aulia garu kepalanya yang tidak gatal. Dia main hentam sebut aje nama Fazri tadi sebab ingatkan Fazri tiada dekat sini tapi tak sangka yang daddy dia betul-betul aturkan perjumpaan Fazri dengan dia malam ini bukannya Ashraff.
Banyak betul yang Aulia dah salah faham. Sekarang semuanya terjawab yang Fazri akan berkahwin dengan dia. Lega sikit, sekurang-kurangnya bukan Ashraff otak senget tu.


p/s: Ni untuk yang merindui Aulia & Ashraff. Hihihi. Jangan mintak lagi okayyy!
Selamat menyambut Maal Hijrah. :)
Xoxo.

13 comments :

  1. Ahla bole la mintak lagiiii plssssss pretty plssss. Tunggu satu bulan pun sanggup utk nx entry tu klu sdh itu takdirnya hehe. Betul betul ke aulia kena kenen kn ngan fazri?? Jgn ckp Ashraf ada kat meja sebelah ke belakang n tengah tunggu aulia jugak. Aiiyark bnyk saspen la Sri.
    Salam Maal Hijrah semua!

    ReplyDelete
  2. salam kenal, saya anisa dari indonesia, saya suka cite ini nak lagi boleh....

    ReplyDelete
  3. salam kenal, anisa dari indonesia
    saya suka cite ni nak lgi boleh,,,bestlah

    ReplyDelete
  4. Lah, x sempat jgk nk sampai scene jumpe ashraff. Pape pn. Best.. :)

    ReplyDelete
  5. Another blog yg worth utk sy bookmark!! Yay...!
    Hope to c ur novels on d shelves soon! ;)

    ReplyDelete
  6. Xde n3 baru ke?
    Lamanyaaa tgu.....huhuhuhuuuu..

    ReplyDelete
  7. Nak mintak tolong Sambung satu bab aje lagi..x puas baca..citer kali ni pendek..

    ReplyDelete
  8. alarggggghh.. kasih sepuluh bab lagi lah kak.... kalau nak habis kan terus cite ni sampai habis dekat blog ni pun takpe.. sy sanggup tunggu.. tengok blog akak hari2 pun sy sanggup, demi Aulia dan Ashraff yang dinanti2kan kisah mereka seterusnya.. termasuk bakal baby diaorang.. huhu... please lah kak... jangan hampakan sy... kesian lah dekat sy kak.. sy reader akak dari negeri sebelah, Brunei Bumi Darussalam.. Penggemar gila dekat Aulia ngan Ashraff... Sy merayu kakk.. Puhlease! :'))

    ReplyDelete
  9. alarggggghh.. kasih sepuluh bab lagi lah kak.... kalau nak habis kan terus cite ni sampai habis dekat blog ni pun takpe.. sy sanggup tunggu.. tengok blog akak hari2 pun sy sanggup, demi Aulia dan Ashraff yang dinanti2kan kisah mereka seterusnya.. termasuk bakal baby diaorang.. huhu... please lah kak... jangan hampakan sy... kesian lah dekat sy kak.. sy reader akak dari negeri sebelah, Brunei Bumi Darussalam.. Penggemar gila dekat Aulia ngan Ashraff... Sy merayu kakk.. Puhlease! :'))

    ReplyDelete
  10. alarggggghh.. kasih sepuluh bab lagi lah kak.... kalau nak habis kan terus cite ni sampai habis dekat blog ni pun takpe.. sy sanggup tunggu.. tengok blog akak hari2 pun sy sanggup, demi Aulia dan Ashraff yang dinanti2kan kisah mereka seterusnya.. termasuk bakal baby diaorang.. huhu... please lah kak... jangan hampakan sy... kesian lah dekat sy kak.. sy reader akak dari negeri sebelah, Brunei Bumi Darussalam.. Penggemar gila dekat Aulia ngan Ashraff... Sy merayu kakk.. Puhlease! :'))

    ReplyDelete
  11. salam. bila novel ni dah ada dalam bentuk cetak ke ?

    pm saya ye kalu dah ada keluaran, shaaffz@gmail.com

    ReplyDelete