Suasana di sekeliling diperhati dengan muka yang masih memerah dan kebas. Tak sangka dia akan berdiri di taman ini dengan suasana malam yang romantik seperti ini. Razlan berpakat dengan siapa untuk siapkan semua ini? Adoi!
“Raz, awak buat apa ni?” Kaki melangkah selangkah ke belakang. Terkejut dengan tindakan Razlan yang melutut di hadapannya tiba-tiba sahaja.
Sebuah kotak cincin emas putih beratatahkan berlian dihulurkan ke paras pinggangnya. “Azara Fatiha, binti Idris, will you marry me?”
Pitam!
Sumpah dia rasa seperti mahu pitam sekarang ini. Razlan ajak dia kahwin? Razlan tengah lamar dia ke sekarang ini? Oh my God!
Bibir Azara bergerak-gerak tetapi langsung tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Terkejut bagai nak gila bila tengok Razlan yang bukan main sombong dan bongkak melutut di kaki dia. Gila. Memang sumpah gila. Kalau ada mana-mana peminat Razlan di syarikat tengok aksi Razlan sekarang ni memang pitam seminggu!
“Zara, I am so badly in love with you. I want to grow old with you.” Bohonglah kalau dia kata dia langsung tidak terkesan dengan kata-kta Razlan. Dia memang terkesan dengan ayat manis lelaki ini.
“Raz.. Saya..” Kelu lidah untuk berkata-kata ketika ini. Hati dia menjerit mahu mengatakan ya saya sudi tapi dia takut. Takut dengan ancaman Izreen terhadap dia.
“Zara, biar I jaga you.”
Mata meliar memerhati sekeliling taman. Jantungnya berombak kuat apabila perasan ada berpuluh-puluh pasang mata yang sedang memerhatikan dia dan Razlan ketika ini. Takkan dia nak malukan Razlan yang sudah berhempas pulas menyediakan semua kejutan ini untuk dia?
“Yes, saya sudi. Saya sudi!” Ujar Azara sambil senyum manis dan menganggukkan kepalanya beberapa kali. Teruja!
Razlan menarik tangan Azara mahu menyarungkan cincin di jari manis Azara namun dihalang oleh wanita jelita itu. “Biar mama awak atau umi yang sarungkan cincin tanda ni di jari saya.”
Razlan senyum dan mengangguk. “I akan pastikan ia berlaku dengan pantas.”
Tepukan bergema kuat daripada orang awak disekeliling mereka. Sumpah Azara rasa wajah dia panas dan memerah sekarang ini. Malunya! Siaplah Razlan, sekejap lagi dia akan jadi polis pencen soal siasat tentang semua ini. Dia mahu tahu Razlan berkomplot dengan siapa untuk siapkan semua ini.
Razlan berdiri tegak. Kaki melangkah ke depan dan belakang bahagikan orang hilang arah. “Zara, thank you for accepting me in your life. I janji I akan jaga you dengan baik!”
Azara angguk beberapa kali. Dia masih lagi terkejut dan kelu. Tak tahu nak kata apa dan apa yang perlu dia kata ketika ini. Memang terkejut gila!
“I am the happiest man in the world, Zara. I am so happy to have you around me.” Tolonglah jangan nak romantik lagi Razlan.. Dia dah rasa kaku, terpaku dan macam kena pukau sekarang ni. Rasa jatuh cinta tergolek-golek dengan lelaki ini.
“Macam mana awak buat semua ni? Awak berkomplot dengan siapa ni?” Suasana disekeliling dipandang lama. Ada lilin aromaterapi, ada kelopak bunga ros merah ditabur di sekeliling tempat dia berdiri dan ada jambangan bunga ros merah. Ya Allah, romantik sangat.
“Suka tak?”
Hesh, boleh pulak Razlan tanya dia suka ke tidak.
Bohonglah kalau dia kata dia tidak suka dengan semua ini. Perempuan mana yang tak suka dengan kejutan seperti ini? sumpah dia tak sangka yang Razlan akan melamar dia di KLCC pada malam ini. Sangkanya Razlan hanya ajak dia berjalan-jalan di sini ambil angin rupanya ada agenda tersembunyi!
“Zara, I tanya you ni, you suka ke tak dengan semua ni?”
Perlahan-lahan Azara angguk kepalanya. Suka gila okay. Suka gila!
“Thank you. I happy sangat sebab you suka semua ni.”
“Terima kasih jugak sebab terkejutkan saya dengan semua ni. Tak sangka awak ni pandai buat kejutan sampai macam ni sekali. Nasib baik tak gugur jantung saya tau tak!” Azara buat-buat marah dengan Razlan. Bukan setakat gugur jantung, air mata pun dah nak gugur tadi tapi malu sebab ada ramai orang pandang.
Razlan tergelak besar. “Kira you langsung tak boleh teka apa yang I nak buat malam ni?”
Kepala Azara digelengkan beberapa kali. “Tak boleh langsung. Awak ni memang hebat betul!
“Tahu takpe. I memang pandai buat kejutan.. Lepas ni ada banyak lagi kejutan untuk you. You pasti terkejut besar!”
Ala, ni yang dia tak suka ni.. “Kalau awak nak tahu, saya tak suka kejutan.”
Razlan menapak setapak ke hadapan. “Lepas ni you akan suka dengan kejutan sebab I akan selalu buat kejutan untuk you.” Bibir merah jambu milik Razlan mengukir senyuman manis.
Adoi, cair! Kenapa kacak sangat bakal suami dia ni? Kalau dah kahwin memang dia peluk-peluk Razlan tadi. Sumpah dia suka sangat malam ni. Hergh. Azara, jangan gatal sangat. Bakal suami konon, bertunang pun belum… Mak dengan abah pun belum tahu apa-apa lagi sekarang ini.
“I minta maaf sebab I sepatutnya jumpa dengan your parents dulu tapi I nak persetujuan daripada you sebelum I jumpa dorang.”
Azara angguk faham. Dia tahu Razlan serba salah selepas tahu yang dia adalah adik kepada bekas tunang dia sendiri..
Suara dibetulkan beberapa kali. Tidak mahu bercakap soal keluarga ketika ini. biarlah dia menikmati saat indah ini bersama Razlan buat seketika. “So.. Saya tak rasa awal buat semua ni seorang diri, kan?”
Wajah Razkan sengih. “Ramai yang tolong I kali ni.”
Azara angkat kenimg. Ramai orang yang tolong dia? Siapa?
“Lepas ni Abang Alan kena belanja kami semua makan malam.”
Spontan kepala Azara menoleh ke belakang apabila mendengar suara perempuan dari arah belakangnya. Seraut wajah comel menarik perhatiannya. Siapa ni?
“Hai Kak Zara, welcome to the family.” Perempuan berwajah comel itu memeluk Azara dengan erat. “Mel suka sangat bila tahu Abang Alan nak lamar akak. Akhirnya Abang Alan akan kahwin!”
Pelukan dirungkaikan dan seorang wanita lagi memeluk Azara. Azara hanya tersenyum dan membalas pelukan mereka. Memang dia tak tahu mereka berdua ini siapa..
“Kak Inas harap Zara jaga Alan dengan baik.”
Azara keliru. Siapa mereka berdua ni? Siap pesan supaya dia menjaga Razlan dengan baik lagi.
“Ini kakak I, Sofinas dan ini adik I yang paling nakal, Emelda.” Razlan memeluk bahu kedua-dua wanita kesayangannya itu. “Orang yang paling banyak berjasa pada malam ini. Kalau takde Kak Inas dengan Mel ni memang I tak tahu macam mana nak propose you.”
Wajah Azara sudah bertukar kemerahan. Adoi, segannya. Macamlah susah sangat nak lamar dia. Dia tak perlukan suasana romantik pun, cukup sekadar keikhlasan untuk memperisterikan dia. Kalau tak lamar dia ti taman cantik ini pun dia mungkin masih menerima Razlan sebab dia nampak keikhlasan lelaki itu mahu menjaga dia.
“Segan betul Zara dengan Kak Inas dan Melda.”
“Apa yang nak segannya, you will be a part of our family. Kami semua sukakan Zara, jangan nak segan-segan lagi.” Sofinas bergerak mendekati Azara. Dia tahu Azara masih kekok dengan mereka..
Iyelah kali pertama berjumpa memanglah agak kekok. Nanti bila dah jadi sebahagian daripada keluarga okay lah tu. Awal-awal memang malu lagi. Sama macam dia awal-awal masuk dalam keluarga Najib memang sumpah segan gila. Serba tak kena nak berbual. Kalau terlebih mesra nanti kata nak ambil hati pula, tapi lama-kelamaan semua dah kenal perangai masing-masing senang nak berbual.
“Kalau ada yang tak kena dengan sikap Zara, Zara harap Kak Inas boleh tegur Zara.”
Sofinas merangkul bahu Azara. “Dalam hidup berkeluarga ni yang penting sekali ialah tahu bawa diri dalam kalangan ahli keluarga. Kalau orang sembang pasal bola kita celah lah sikit-sikit. Buat-buat macam tahu aje. Jangan sesekali menyinggung perasaan orang lain dengan mulut laser tu.”
Amboi, Sofinas ni bagi nasihat sambil menyindir Izreen ke?
“Kak Inas tahu Zara adik Izreen tapi akak takkan bandingkan Zara dengan dia. Janji!” Sofinas angkat lima jari ke sisi bahunya persisi bersumpah.
“Zara tak kisah pun kak. Asalkan Raz terima Zara seadanya.” Mata Azara mengerling wajah Razlan yang duduk bersandar di bangku. Amboi, dah habis dah romantik dia.
“Hey, mana ada I bandingkan you dengan kakak you tau. I terima you seadanya. Semua pasal you I suka.” Razlan bergerak mendekati Azara, Emelda dan Sofinas.
Melda tergelak besar mendengar pengakuan abangnya. “Abang Alan! Mel tak pernah tengok abang macam ni. Abang ni salah makan ubat ke?”
Razlan mendekati ibu beranak satu itu. “Kau jeles kan bila tengok abang dengan Kak Zara ni bencinta. Kau jeles sebab abang romantik sampai macam ni kan?”
Melda menampar kuat bahu Razlan. “Ini semua Mel dengan Kak Inas yang plan okay. Kalau nak harapkan abang memang apa pun tak jalan.”
“Abang Alan memang nak buat surprise untuk Kak Zara Cuma Abang Alan tak tahu nak buat apa.. Kau nak pandai.” Kepala Emelda digosok manja dan Emelda menjerit menahan geram kerana Razlan merosakkan rambut kerintingnya.
“Rosaklah rambut Mel! Abang Alan ni jahatlah.” Lengan Razlan ditumbuk tiga kali melepaskan geram.
Melihat adik-beradik ini bertekak manja Azara tergelak kecil. Dia tidak pernah bergelak manja seperti ini dengan Izreen. Yang dia tahu ialah bertekak dan bergaduh. Kalau tak puas hati Izreen akan menggunakan kekasaran ke atas dia. Pukul dia, tampar muka dia, sepak kaki dia atau merentap rambut dia dengan kuat.
Memang macam budak-budak tapi nak buat macam mana dah memang perangai Izreen macam tu. Nak ubah pun susah sebab Encik Idris manjakan sangat Izreen tu. Bila Puan Nona tegur aje kena marah balik kononnya jangan sibuk nak tegur sikap anak kesayangan Encik Idris. Lama-lama memanglah Izreen tu naik lemak.
“Zara, tadi mama ada cakap mama akan ke rumah Zara secepat mungkin. Kak Inas harap Zara boleh cakap dengan mak Zara ya?”
Liur ditelan terasa kesat. Sejak dia bergaduh dengan Izreen dan Encik Idris beberapa minggu yang lepas, dia langsung tak pernah balik lagi ke rumah Encik Idris. Kalau balik pun masing-masing nak buat muka menyampah dekat dia, baik dia tak payah balik langsung!
“Zara?” Sekali lagi suara Sofinas menerpa ke telinga.
“Yeah. Yeah. Zara akan cakap dengan mak Zara. Nanti Zara akan cakap dengan Razlan bila boleh datang rumah Zara.”
Sofinas mengangguk setuju.
“Kenapa muka masam aje ni?”
Wajah diangkat mencari tuan empunya suara. “Takde apa-apa lah.. Mana ada muka saya masam pun. Pandai-pandai aje awak ni.” Razlan ni saja aje nak buat dia rasa segan dengan Emelda dan Sofinas tau. Kalau nak tegur pun tegurlah perlahan sikit, ini sampai meja sebelah pun boleh dengar teguran dia tadi.
“Apa yang tak masamnya, I cakap tadi you takde bagi respons pun.”
Azara tayang riak terkejut. Bila masa pula Razlan cakap dengan dia? Tak dengar pun lelaki ini sebut nama dia tadi. Rasanya Razlan berbual dengan Emelda dan Sofinas ada lah..
“Bila masa awak cakap dengan saya? Tak dengar pun.”
“Ada tadi I tanya you nak baju nikah warna apa?”
Nasi goreng ikan masin yang baru sahaja disumbat masuk ke dalam mulut rasa mahu keluar semula. Azara terbatuk-batuk beberapa kali sebelum Razlan menghulurkan air milo ais kepadanya.
Air milo ais disedut sehingga separuh gelas. Lega sikit sekarang ni. Tadi rasa macam nak terkeluar hidung dia. Nasi dah masuk dalam hidung agaknya tadi. Razlan ni tak boleh sabar sikit ke? Baru aje dia terima lamaran Razlan sebentar tadi sekarang ini lelaki itu dah tanya pasal warna baju nikah?
Tak menyempat langsung!
“Ni kenapa pula sampai tersedak ni? You fikir apa ni sayang?”
Pergh! Sayang Razlan panggil dia depan Emelda dan Sofinas? Wajah Azara sudah berubah nora kemerah-merahan. Ei, kenapalah Razlan ni suka sanat buat dia rasa malu yang amat sangat!
Sofinas dan Emelda tergelak kecil melihat Azara menjeling tajam ke arah Razlan. “Zara janganlah segan.. Ini kali pertama Kak Inas tengok Alan ni bukan main romantik tau. Bertuah Zara dapat layanan macam ni daripada Razlan.”
Tidak tahu nak kata apa, Azara sengih sahaja.
“Kak Zara, Abang Alan ni bukan apa.. Dia dah tak sabar lagi nak kahwin dengan Kak Zara sebab tu lepas lamaran diterima aje dia nak tahu akak nak pakai baju nikah warna apa.. Kan Kak Inas kan?”
Sofinas tergelak kecil sambil menyokong kata-kata Emelda. Ei, ibu-ibu muda dua orang ni memang tak habis-habis nak menyakat dia. Kalau Razlan minta tolong Firdaus kuranglah sikit tahap segan dia tapi dengan Sofinas dan Emelda ni memang dia segan tahap gaban. Sampai mati agaknya bakal kakak dan adik ipar dia ni ingat kenangan malam ini.
“Kak Inas dengan Mel ni buat Zara rasa segan aje. Raz, awak ni pun satu.. Boleh tak jaga sikit tingkah laku tu depan kakak dengan adik awak ni?”
“Biarlah.. Nanti bila you dah sekepala dengan Kak Inas and Melda ni baru you tahu betapa gilanya kepala otak dua orang manusia ni tau..” Razlan membela dirinya di hadapan Sofinas dan Emelda.
Ish, susah betul cakap dengan orang yang asyik nak menang sepanjang masa. Tak mahu kalah sikit pun.
“Zara, nanti Zara kena sabar sikit dengan perangai keras kepala di Alan ni. Kak Inas ni dah hidup dengan dia dua puluh lapan tahun tau, akak kenal sangat dengan kepala otak dia yang tak reti nak mengalah ni.”
Bibir senyum segaris. Dia dah tahu dah semua tu Kak Inas oi, tak perlu ingatkan dia lagi dah. Bukannya dia tak tahu sikap Razlan ni, memang sejak kali pertama jumpa dengan Razlan dia dah boleh baca perangai keras kepala dan tidak mahu kalah Razlan ni.
“InsyaAllah Zara akan cuba bersabar dengan Raz..”
“Oh my God Abang Alan.. I just can’t wait for your wedding day!”
Wajah Azara sudah berubah kelam-kabut. Emelda pun sama juga macam Razlan tak sabar nak tengok dia kahwin? Kenapa semua orang kalut sangat ni? Bawaklah bersabar sikit. Dia ada banyak perkara nak diselesaikan terutamanya mak dan abah. Juga Izreen.
Kepala otak Azara sudah melayang ke tempat lain. Membiarkan perbualan tiga beradik itu.
p/s : Hai korang semua! kepada yang drop comments tu kan Sri nak habaq yang Sri baca all your comments tapi Sri tak sempat nak balas komen tu sebab kalau nak membalas memang lama nak loadingnya. Sri boleh baca aje. Slow sangat internet Sri ni. Ada satu atau dua bar aje. Lepas tu hilang-hilang pula. Sorry yeah!
3 down. Tapi mana KPI?
Coming soon! ;D
Yalah...mana KPI? 2 lagi tu KPI kan or 3 lagi?
ReplyDeleteNape bab 27 xde yek?apapun...best..nak lg..
ReplyDelete-lia-
NAK LAGI ... :(
ReplyDelete