Tuesday 11 March 2014

Bab 2 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Alissa hanya buat tidak tahu sahaja apabila Roslan bangkit mengalu-alukan kedatangan VVIP Datuk Ibrahim. VVIP konon. VVIP apa bendanya kalau lelaki tersebut turut sama bekerja dalam syarikat ini.
“Selamat datang!”
Mata Alissa masih melekap pada fail di hadapannya. Tidak angkat kepala langsung walaupun Mukriz mencuit lengan dia supaya bangkit. Apa? Apa? Kenapa pula nak kena mengalu-alukan kedatangan orang ini. Sudahlah lambat, maaf pun tak ucap!
“So, where I have to sit?”
See. Orang lain tunggu selama dua puluh minit!
You can sit next to Miss Alissa.”
Duduk sebelah dia?! Sebaik sahaja nama dia dipetik, Alissa angkat kepala. Bola mata berlaga dengan lelaki yang merenung dia dengan garang.
“Cik Alissa..”
“Zaf boleh duduk sana. Kita nak mulakan mesyuarat sekarang.” Arah Datuk Ibrahim.
Zafril bergerak ke kerusi kosong di sebelah kiri Alissa. Alissa terasa tangannya menggigil. Ya Allah, dugaan apakah ini? Nafas sudah berlari tempo entah ke mana. Tempo apa nafas dia berlangsung sekarang ini pun dia tidak pasti. Rasa nak semput dengan nafas yang naik turun seperti tidak cukup nafas sekarang ini.
Langsung dia tidak menoleh ke arah sebelah kirinya. Zafril cukup sifat. Boleh menarik kerusi sendiri dan boleh duduk sendiri. Walaupun Mukriz bangun untuk bersalam dengan Zafril, Alissa masih keras membatu.
“Mukriz.”
“Zafril.”
Zafril menarik kerusi dan duduk. Alissa hanya buat tidak tahu. Langsung tidak bertegur sapa dan Zafril juga sama.
Ya Allah, dia nak genggam tangan dia sendiri pun terasa menggeletar! Tak boleh nak cari sumber kekuatan lagi sekarang ini. Alissa hanya berzikir dalam hati moga-moga ini kembar Zafril yang pernah dia kenal dulu. Ini bukan Zafril Irham. Oh, Datuk Ibrahim.. Tolonglah sebut nama lelaki ini. I want to know his full name!!
“Alhamdulillah, dah sampai pun kerja baru kita, saya pertama sekali memohon maaf atas kelewatan pekerja baru kita untuk sampai..”
Alissa terdengar Zafril tergelak kecil semasa Datuk Ibrahim memulakan mesyuarat. Eii, bos pula yang minta maaf untuk pihak dia! Tak sopan betul.
“Baiklah, kenalkan ini anak saya, Zafril Ilman bin Ibrahim. Puas kena paksa ni baru dia sudi bekerja dengan saya, sebab itulah saya gelar anak saya ni VVIP.” Datuk Ibrahim ketawa besar sambil diikuti oleh pekerja lain di dalam bilik mesyuarat itu.
Alissa terasa seperti matanya mahu tersembul keluar. Jadi Zafril ialah anak majikannya? Ya Allah, sumpah dia tidak tahu! Langsung tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu.
Kecilnya dunia ini. Dalam banyak-banyak manusia, dia akhirnya bekerja dengan Datuk Ibrahim? Bapa Zafril?
Alissa terasa seperti mahu menangis. Sudah dua tahun bekerja di sini dan pada hari ini baru dia tahu hubungan Zafril dan Datuk Ibrahim?
“Anak saya ni baru pulang dari Canada. Masih single but not available. Right Zaf?”
“Hahaha, always single, papa.” Kenyataan Zafril disambut dengan gelak tawa yang kuat daripada pekerja-pekerja di dalam bilik mesyuarat.
“Ha, tuan badan sendiri yang cakap ya, saya tak cakap. Kepada yang single bolehlah mencuba nasib.” Lawak Datuk Ibrahim langsung tidak lawak pada pendengaran Alissa. “Mungkin Cik Alissa kita yang masih single ni nak mencuba nasib?” Datuk Ibrahim tersenyum-senyum. Lawak? Tak lawak langsung!
“Wah, berikan tepukan gemuruh...” Roslan sengaja mahu menghangatkan suasana.
Nak cari gaduh dengan dia?
Alissa langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam mesyurat itu. Langsung tidak boleh! Pandangan mata garang Zafril masih lagi terbayang-bayang dalam ingatannya. Masih marahkah lelaki itu terhadapnya?
Dia ketakutan!
Bayangan Zafril yang dulunya menghantui dia kini muncul real di hadapannya! Real! Ini bukan main-main atau mimpi tapi kenyataan!
Sumpah dia rasa tak sabar nak balik ke rumah untuk berjumpa dengan Husna. Nak luahkan semuanya kepada Husna. Hanya Husna yang memahami gelodak hatinya pada waktu ini. Ya Allah, berikan aku kekuatanMu..
“Lisa, awak dengar ke tidak apa yang saya cakap ni?”
“Ha?”
Alissa kalut apabila namanya dipetik tiba-tiba.
Are you still in this meeting room? With us?” Soal Datuk Ibrahim lagi.
Sorry Datuk. Saya tak perasan apa yang Datuk cakap tadi. Saya minta maaf..”
“Awak ni nampak macam bermasalah aje. Ada apa-apa masalah ke dengan pekerja baru saya Lisa?”
Aduh! Kenapa tembak dia dengan pekerja baru pula. Memang dia ada masalah besar pun dengan pekerja baru Datuk Ibrahim ni dan kalau boleh dia nak aje cakap yang dia tak suka pekerja baru Datuk Ibrahim bekerja di sini..
Kalau boleh... Memang dia akan cakap. Masalahnya memang tak boleh cakap macam tu..
“Takde lah. Saya takde apa-apa masalah pun Datuk. Lagipun saya belum kenal siapa pekerja Datuk ni..” Alissa senyum manis. Manis gila walaupun senyuman palsu.
“Baguslah kalau awak takde apa-apa masalah dengan anak saya ni sebab pada masa akan datang mungkin banyak projek terbaru yang perlu awak bekerjasama dengan anak saya nanti.”
Alissa angguk sahaja. Malas nak menjawab. Takde tenaga pun nak jawab..
“Zaf, any comment?
“I have no problem to work with anybody.”
Tiba-tiba Roslan bangun dan bertepuk tangan. “Bagus, Encik Zafril! Pekerja yang berdedikasi seperti inilah yang kita mahukan. Saya rasa saya sangat sukakan cara kerja Encik Zafril! Bagus!”
Apa benda ni Roslan oi? Kalau nak ambil hati anak bos pun agak-agaklah sikit. Kau tu belum kenal lagi siapa Zafril ni, kalau kau dah kena dengan dia nanti baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.
“Sudahlah tu Roslan, anak saya belum pun kerja lagi.. You dah puji melebih-lebih ni..” Roslan duduk sambil tersenyum segan apabila ditegur oleh Datuk Ibrahim. Alissa tidak tahu sama ada mahu ketawa atau tidak. Takde mood nak layan meeting pagi ini.
“Lisa, macam mana dengan rekaan abju terbaru? Dah siap?”
Alissa pandang wajah Roslan dengan garang. Apahal mamat ni pula yang sibuk pasal rekaan baju dia?
“Saya tahu kerja saya, Encik Roslan.”
“I tanya aje, bukan apa kalau you belum siapkan nanti makin banyak kerja you.”
Ya Allah, mamat ni nak cari gaduh dengan dia ke apa ni? “Encik Roslan boleh buat kerja Encik Roslan dan saya buat kerja saya. Ya?”
“Ye lah, kalau macam tu I harap you tak susahkan Timie aje nanti.”
“I won’t.”
Timie yang turut serta dalam mesyuarat itu tersengih-sengih apabila Roslan membela dirinya. Oh my God! Kenapalah dia kenal dengan orang-orang yang menyakitkan hati dia macam ni. Sabar ajelah!
“Datuk, saya rasa elok kalau saya bentangkan rekaan terbaru saya ni kepada Datuk pada waktu yang lain sahaja.”
“Tak nak bentang pada hari ini?”
Alissa menggeleng. Jangankan nak bentang, kalau nak berdiri sekarang ini pun belum tentu dia mampu. Rasa lemah lutut. Rasa longgar seluruh urat sendi. Belum lagi mata dia berlaga pandangan dengan Zafril. Maunya dia pitam di depan nanti.
“Kalau macam tu baiklah. Lagipun memang dah biasa awak bentangkan di depan saya seorang sahaja. Saya mahu pembentangan dilakukan pada esok pagi, jam 9.30.”
Soalan Datuk Ibrahim hanya dibalas dengan anggukan kecil.
Alissa bersandar lesu di kerusi pejabatnya. Ya Allah, sakit kepala otak dia. Puas dia berdoa agar Datuk Ibrahim menyebut sebaris nama yang berbeza, rupanya lelaki itu masih Zafril Irham. Zafril akan bekerja di sini?
Maknanya dia akan berjumpa dengan Zafril setiap hari?
Kenapa Allah jadikan hidup dia sesukar ini? Kenapa?
Lima tahun dia jauh dari Zafril, kenapa lelaki ini muncul semula pada hari ini?
Sudah padamkah dendam Zafril kepada dia?
Ketukan di pintu membuatkan Alissa tersentak.
“Coming!”
“Ganggu ke?”
Alissa melemparkan senyuman. “Takde lah. Awak nak apa?”
“Nak kacau awak, boleh?”
Alissa mengacah mahu ketuk kepala Mukriz dengan pensel lakaran yang berada di atas mejanya. “Nak apa, cakap cepat.”
“Amboi, garangnya anak dara ni hari ni...”
“Mukriz, awak jangan main-main sangat boleh tak?” Geram betul dengan sikap Mukriz ni. Tak habis-habis nak mengusik.
Weekend ni buat apa?”
Dating!”
Mulut Mukriz berubah menajdi bentuk O. “Sorang?”
Spontan tawa Alissa meletus. “Dating ada ke seorang diri? Mestilah berdua. Kalau bertiga tu bukan dating lagi tu.. Mengacau aje!”
“Nak ikut.”
Mata Alissa membulat. “Awak jangan nak mengada-ngada ye Mukriz! Tak mahulah saya bawak awak. Mengacau aje kerja awak nanti..”
“Takdelah.. Saya je nak mengusik awak tu. Ingatkan weekend ni takde program, baru nak ajak awak dengan Husna pergi main baseball. Memandangkan awak tu ada program dengan buah hati, tak jadilah.”
“Alaaa, lain kali ya?” Alissa rasa serba salah pula.
“Small matter je tu Lisa. Kalau awak free cakap aje, nanti saya ambil awak dan Husna di rumah. Okay?
Sure!”
“Saya keluar dululah. Saja je nak mengacau awak yang muka masam ni..”
“Bila muka saya masam?” Tangan naik menyentuh muka yang kononnya dikatakan masam oleh Mukriz.
“Tadi dalam meeting. Awak marahkan siapa? Roslan ke?” Mukriz berdiri di belakang pintu. Kononnya nak keluar tapi tak jadi keluar lagi.
“Takde lah.. Saya tak marahkan sesiapa pun. Mungkin tak sengaja termasam muka tadi.”
“Iye lah tu... Muka macam cuka! Langsung tak boleh nak senyum.”
“Merepek aje awak ni Mukriz. Dah, pergi keluar.”
“Jap, satu lagi soalan.”
“Apa?”
“Bila awak nak kahwin?”
Alissa mengagah mahu mencampakkan pasu bunga di atas meja ke arah Mukriz. “Jangan tanya soalan merepek boleh tak?”
Mukriz tergelak besar sambil disambut oleh Alissa.
“Dah, get out now. Saya ada banyak lagi kerja nak buat ni tau tak..”
“Tak boleh tanya soalan lagi ke?”
No!” Alissa hempas punggung di atas kerusi sambil tergelak kecil. Bukan boleh layan sangat Mukriz ni. Makin dilayan makin merepek soalan yang terbit dari mulut lelaki kacak itu.
“Merajuklah.”
Alissa tergelak besar sambil melihat Mukriz keluar dari biliknya.
Mukriz.. Mukriz. Tak habis-habis buat dia tergelak! Dah tua bangka pun masih mahu merajuk. Patutlah tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang ini. Umur bukannya muda lagi, sudah angka 30.
Tiba-tiba pintu bilik Alissa dikuak dari luar.
“Apa lagi?” Soal Alissa tanpa mengangkat kepalanya. Yakin Mukriz datang kembali.

What?”
Tersentak dengan suara yang berbeza dari sebelum ini, Alissa angkat kepala.
Tidak sedar mulutnya ternganga sedikit.
“Tak payah nak ternganga sangat, tutup mulut tu.”
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Zafril?” Alissa bangkit. Melayani Zafril secara formal. Lelaki ini anak majikannya dan secara automatik lelaki ini adalah majikannya juga.
“Kau kerja bahagian apa dekat sini?”
Bongok! Mahu aje dia jeritkan perkataan itu kepada Zafril. Tak perlu tanya dia kerja bahagian apa, soalan itu boleh dijawab oleh pintu! Depan pintu bilik dia sudah tergantung perkataan PEREKA FESYEN! Buta ke apa Zafril ni?
“Kerja kerani. Kenapa?” Buat lawak bodoh? Tak. Lawak meluat! Lawak menyampah dengan lelaki ini.
“Oh. Sesuailah dengan kau.”
Alissa menjeling dengan kata-kata Zafril. Sombong macam dulu.
“Ada apa-apa yang Encik nak saya tolong?”
“Buatkan aku kopi.”
Sorry, bukan kerja saya tu.. Encik Zafril ada setiausaha sendiri kan? Kenapa tak minta Nora buatkan untuk Encik?”
“Aku nak kau buatkan untuk aku, salah?”
Yes! Yes! Yes, salah! Nak aje dia tengking Zafril macam tu.
“Tak salah tapi bukan bidang tugas saya.”
“Kerani buat apa?”
“Pemfailan.” Nah, main jawab aje. Laju pulak tu.
“Bukan bersihkan pejabat?”
“Tu tugas pembantu pejabat. Kalau dekat tempat lain mungkin orang panggil cleaner. Tapi di syarikat ni kita panggil cleaner sebagai pembantu pejabat.” Alissa menerangkan serba sedikit tentang syarikat kepunyaan bapa Zafril. Nampak macam Zafril ni otak udang. Kosong. Langsung tidak tahu apa-apa tentang syarikat bapa sendiri.
“Tak payah nak terangkan bidang tugas orang lain. Aku nak kau buatkan aku kopi sekarang.”
“Kan tadi saya dah cakap tu bukan kerja saya..”
“Aku bos ke kau tu bos?”


“Encik Zafril bos..”
“Dah tu kau nak melawan aku lagi? Aku nak kopi atas meja aku sekarang!” Zafril berlalu keluar dari bilik Alissa.
Gigi diketap geram! Tak guna punya Zarfril! Nak balas dendam pada dia ya? Baik! Kau ingat kau boleh menang kalau gunakan cara macam ni? Nak kopi? Nak sangat kopi kan..
Alissa berlalu ke pantry dengan hati yang sebal. Berbakul-bakul dia menyumpah seranah lelaki bernama Zafril.
“Tak guna!”
Sebiji cawan bercorak bunga-bunga diambil dari dalam rak. “Nak kopi ya? Kau ingat aku ni tak reti bancuh kopi ke?” Alissa masih bercakap seorang diri. Tangan mengacau air kopi dengan kasar. Marah ni! Marah!
Kalau dia nak air kopi boleh aje dia bancuh sendiri. Anak bos nak air kopi arahkan aje. Sedangkan dia yang tidak berkaitan dengan Zafril pun terpaksa membancuh kopi untuk lelaki itu. Habis Nora tak payah jadi setiausahalah kalau dia yang kena bancuh kopi untuk Zafril.
“Tak guna punya lelaki!”
“Kau marahkan siapa ni Lisa?”
Alissa tersentak apabila sesorang menengurnya di dalam pantry. “Kau ni buat terkejut aku je Zul!”
“Kau tu bebel apa sorang-sorang ni? Cakap dengan cawan?” Zulfahmi menarik sebuah kerusi dan menghenyakkan punggungnya di atas kerusi putih itu.
“Takde apa-apalah. Nak kopi?”
“Kau nak buatkan untuk aku, aku sudi aje minum..”
Alissa mengambil sebiji lagi cawan dari dalam rak dan membancuh kopi untuk Zalfahmi.
Done. Ini kopi untuk kau. Sorry lah tak boleh temankan kau minum. Aku ada banyak kerja nak buat.”
“Thanks for the coffee.”
“Small matter.”
Alissa berlalu meninggalkan pantry.

p/s : Okay entry kedua.Tunggulah esok lusa Sri rajin Sri up entry seterusnya ye!
Ala, korang semua janganlah tanya bila KPI nak terbit ye sebab Sri ada bertanya kepada yang terlibat, belum sampai turn. Banyak lagi novel yang terawal dari Sri akan diterbitkan dulu, jadi kita sama-sama doakan ye?
Jangan lupa doakan juga Sri berjaya dalam bidang penulisan ni walaupun ini adalah sekadar suka-suka sahaja.. Doakan Sri sentiasa diberikan kelapangan untuk menulis dan idea mencurah-curah ke ladang gandum! ;)
Kepada semua reader, Sri doakan walau di mana kalian berada semoga sihat dan dirahmati oleh Nya selalu. Diberikan kesihatan yang baik dan kelapangan dalam beribadah. InsyaAllah.
Jumpa lagi dalam entry akan datang. :)

p/s/s : Bila tinggalkan nota kaki macam ni rasa macam tengah berbual dengan semua readers Sri tau! Nak nak bila ada yang membalas komen dan menjawab nota kaki Sri ni. Heheh, happy pulak rasanya!

Love dan peluk untuk semua,
Xoxo,
Sri.

7 comments :

  1. Replies
    1. Kita pun best jugak bila ade orang komen! ;)

      Delete
  2. Please2 dont stop writing!follow all ur work :) good luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.
      Terima kasih sudi membaca dan tinggalkan komen,
      Tengah berusaha untuk menerbitkan karya-karya saya..
      Doakan ya! ;)

      Delete
  3. Replies
    1. Waaa, sukanya!
      Terima kasih sangat-sangat! ;)

      Delete
  4. Ade keluarkn novel x best la cerita nie. .

    ReplyDelete