Monday 17 March 2014

Bab 4 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Grill rumah dikunci semula selepas kaki melangkah masuk ke dalam rumah. “Baru balik ke Lisa?”
Alissa menoleh ke arah Husna yang mengunyah keropok Twisties sambil menonton rancangan FBI di kaca televisyen.
“Haah, kak. Baru habis kerja. Kak Una dah lama ke balik?” Kaki melangkah ke sofa berwarna coklat cair yang bercorak bunga-bunga besar.
“Dah lama dah Kak Una balik. Pukul 5.00 petang tadi lagi dah sampai rumah. Yang Lisa ni balik lambat sangat kenapa?”
“Banyak kerja..”
Husna menghulurkan twisties kepada Alissa.
“Tak nak. Lisa takde selera nak makan.”
“Eh, bukan Lisa suka ke makan Twisties tomato ni? Ni kenapa pula tak nak ni?”
Alissa menggeleng. Tubuh langsingnya direbahkan di atas sofa berangkai tiga. “Penatnya hari ni Kak Una. Lisa rasa macam nak berhenti kerja.”
Tawa Husna meledak kuat. “Lisa nak berhenti kerja kenapa pula? Bukan ke Lisa suka dengan kerja Lisa sekarang ni?”
“Suka tapi tak suka dengan orang-orang di pejabat tu..”
“Roslan tu bukannya ada apa-apa kesan pada Lisa pun. Tak payah nak ambil hati sangat sikap dia tu..” Husna memperlahankan suara televisyen. Mahu berbual dengan Alissa dengan lebih selesa. “Lagipun dia dengan Lisa bukannya sama hala kerja. Lisa lukis, dia pasarkan.”
Alissa mengeluh berat. Tubuh diangkat duduk bermalas-malasan di atas sofa.
“Zafril dah balik.”
Twisties yang baru mahu masuk ke mulut dicampakkan ke dalam plastiknya semula. “Siapa?”
“Zafril..”
“Dia balik ke mana? Malaysia? Mana Lisa tahu? Lisa jumpa dia? Dia buat apa pada Lisa? Ada dia ugut Lisa? Ada dia pukul Lisa? Ada tak dia cakap dia nak saman Lisa? Atau dia nak buat apa-apa lah pada Lisa? Ada tak?”
Dah agak dah reaksi Husna macam mana. Kalut. Macam inilah. Tanya soalan bertubi-tubi.
“Boleh tak kalau Kak Una tanya tanya satu per satu. Macam ni banyak sangat soalan.. Lisa pun tak tahu nak jawab soalan yang mana dulu.”
“Okay. Okay. Sorry. Terkejut dan teruja. Kak Una memang terkejut sungguh-sungguh ni! Kejap. Bagi Kak Una bernafas sekejap.” Husna meletakkan plastik keropok Twisties di atas meja kopi di hadapannya. Nafas disedut berulang kali. Penat juga dia menyoal tanpa henti sebentar tadi.
Alissa masih bersandar malas di sofa. Kipas siling yang sedang berpusing membuatkan kepalanya menjadi pening tiba-tiba.
“Bila dia balik?” Sekelip mata sahaja Husna sudah berada disebelahnya dan menyoal sambil menampar kuat peha Alissa.
“Kak! Sakitlah.”
“Ala, Kak Una minta maaf,. Kak Una tak sengaja tadi tertampar kuat.”
Alissa menggosok kuat pehanya. Pedih!
“Jawablah soalan Kak Una. Bila dia balik?”
Alissa jungkit bahu.
“La, tadi Lisa kata dia dah balik Malaysia. Macam mana Lisa tahu dia balik Malaysia?”
“Lisa kerja dengan dia sekarang.”
“What?!” Suara Husna bergema kuat. Alissa menekup telinga.
“Kak Una ni boleh tak kalau jangan menjerit?”
“Macam mana Kak Una tak menjerit? Lisa tak jawab apa yang Kak Una tanya pada Lisa mestilah Kak Una menjerit sebab terkejut.”
Ish. Leceh betul Husna ni. Alissa membetulkan duduknya. Rambut panjang yang dibiar lepas dicekak sedikit demi sedikit dan disanggul ke atas kepala seperti orang sedang berpantang.
“Lisa pun baru terserempak dengan dia padi tadi..”
“Lepas tu?”
Alissa memandang wajah Husna dengan garang. Dia nak bercerita, Husna sibuk nak mencelah.
“Okay.. Okay. Kak Una diam, Lisa cerita.” Husna mengangkat tangan menyerah kalah. Dia tahu Alissa geram dengan dia sekarang ini.
“Dia tu rupanya anak Datuk Ibrahim.” Wajah Husna yang terlopong memang tidak dapat disembunyikan lagi. “Lisa pun baru tahu yang Datuk Ibrahim ialah bapa Zafril. What a small world. Dua tahun Kak Una, dua tahun Lisa kerja dengan Datuk Ibrahim, Lisa tak pernah tahu yang dia ada anak lelaki.. Dan yang paling penting ialah anak lelaki dia ialah Zafril!”
“Lisa okay?”
Nafas dihembus berat. “Lisa buat-buat okay. Tapi Lisa bukannya Lisa yang dulu, lemah dan tak bersemangat. Lisa dah kuat.”
“Lisa, kalau Lisa tak mampu nak berdepan dengan dia Kak Una rasa elok kalau Lisa berhenti kerja. Kak Una bukannya apa, Kak Una takut dia apa-apa kan Lisa. Orang macam tu bukannya boleh buat kawan Lisa.”
Alissa senyum nipis kepada Husna. “Tak semudah tu kak. Kalau Lisa berhenti kerja, Lisa lari dari kenyataan. Mungkin Allah nak temukan Lisa dengan dia semula..”
“Untuk apa?”
Alissa jongket bahu. Malas mahu berfikir.
“Kerja hari ni okay?”
“Zaf sengaja nak kenakan Lisa. Dia suruh Lisa bancuh kopi untuk dia.”
Husna duduk bersila atas sofa. Tidak berpuas hati dengan layanan Zafril kepada adiknya. “See, itu baru sehari Lisa kerja dia dah suruh Lisa bancuh kopi. Kalau sepuluh hari nanti entah apa pula yang dia akan aniaya Lisa.”
Alissa tergelak kecil teringatkan peristiwa siang tadi. “Tapi Lisa masukkan garam dalam kopi dia kak. Tiga sudu besar garam Lisa letak. Padan muka dia!”
Tangan Husna automatik mengambil sebiji bantal berbentuk silinder dan diketuk ke kepala Alissa. “Ya Allah, nakalnya adik Kak Una ni!!”
Kedua-dua mereka tergelak besar.
“Kalaulah Lisa boleh tengok muka dia masa dia minum kopi tu memang Lisa akan gelak guling-guling atas lantai waktu tu. Tapi Lisa tak berani pula nak tunggu dalam bilik Zaf. Lepas hantar aje kopi tu terus Lisa keluar. Tak sampai sepuluh minit, setiausaha Zaf dah cari Lisa lagi.” Alissa masih menekan perutnya yang terasa senak.
Memang bengang habis muka Zafril ketika dia masuk.
“Tak marah ke?”
“Maunya tak marah. Memanglah dia marah Lisa, siap suruh buatkan kopi yang lain tapi Lisa berkeras yang Lisa tetap tak nak bancuh kopi baru sebab Lisa ada urusan lain. Padan muka dia!”
“Nakalnya adik Kak Una ni!”
Husna mengesat air mata yang mengalir keluar bersama tawa besarnya tadi. Memang dia gelak gila-gila. Ada ke Alissa boleh letak garam dalam kopi Zafril. “Kalau abah tahu perangai Lisa macam ni, habislah Lisa kena ceramah percuma dengan abah nanti.”
Alissa mengangguk laju. “Rahsia okay. Kalau abah tahu memang kerja Kak Una sorang aje!”
“Kak Una boleh dipercayai. Takkan membocorkan rahsia pada sesiapa!”
Husna dan Alissa sambung ketawa.
“Dah la Kak Una, Lisa nak naik atas nak mandi lepas tu nak call umi kejap. Dah tiga hari tak telefon ke rumah..”
“Kak Una dah cakap dengan abah tadi, dah merajuk dah dengan Lisa..”
“Abah merajuk sebab Lisa tak call ke rumah ke?”
Husna mengangguk.
“Lisa tak sempat nak call mak dengan abah hujung minggu hari tu sebab Lisa kerja sampai lewat malam. Kak Una mesti tak bela Lisa langsung kan?” Alissa mencampakkan sebiji bantal kecil ke arah Husna.
“I did! Kak Una dah cakap yang Lisa banyak kerja tapi abah cakap lebihkan kerja sampai lupa pada umi dan abah..”
Alissa menggigit bibir bawahnya. Tak sukanya kalau abah dia merajuk. Nanti mesti dia kena perli habis-habisan. Suami tak ada tapi dah lupakan mak abah, nanti dah ada suami terus tak balik kampung. Abah dia memang macam tu, kuat merajuk! Mudah sangat terasa hati.
“Lisa naik dululah. Nanti lewat sangat takut abah tidur pula.”
Husna mengangguk laju.
“Good night, Lisa.”
“Hmm..”
Husna memandang Alissa yang memanjat anak tangga. Lesu sahaja Alissa hari ini,
Kesian adik dia terpaksa berdepan dengan Zafril sekali lagi. Ingatkan kisah mereka berdua sudah tamat sejak lima tahun yang lalu rupanya masih ada sambung. Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah temukan mereka berdua semula.
Setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Husna hanya mendoakan yang terbaik sahaja untuk adiknya. Dia yakin Alissa sudah membina kekuatan yang utuh dalam dirinya. Husna yakin Alissa boleh berdepan dengan Zafril kali ini.
Zafril menghempaskan beg kerja dan kot di atas sofa. Baru sehari dia bekerja dengan Datuk Ibrahim, dah terasa tekanan yang menggila. Kalaulah dia bekerja dengan papa dia selama bertahun-tahun, agaknya boleh gila dia menghadap muka Alissa.
Damn it!
Tak sangka dia akan berjumpa dengan Alissa selepas lima tahun! Ingatkan wanita itu sudah menghilang ke dunia yang lain rupanya masih ada di Malaysia. Paling tidak boleh blah ialah Alissa bekerja untuk keluarganya selama ini!
Jam Marc Jacob yang tersarung ditangan ditanggalkan rakus dan diletakkan di atas meja. Tubuh yang keletihan dihempas ke atas tilam.
Alissa!
Tangan mengepal penumbuk.
“Tak guna kau Alissa! Kau nak kenakan aku ye?”
Teringat air kopi yang diminum pagi tadi. Memang angin satu badan dia kepada Alissa. Ikutkan hati mahu aje dia koyak mulut Alissa yang menjawab setiap kali dia bercakap. Bukan main lagi wanita itu menjawab!
Lima tahun tidak bertemu dengan Alissa ternyata banyak yang berubah pada Alissa. Wajah itu bertambah ayu dan cantik pada pandangan matanya. Namun sifat lembut dan takut Alissa mulai hilang. Alissa pada mulanya nampak gentar semasa bertemu kali pertama dengan dia.
Ah, dia ingat Alissa masih seperti dulu. Menikus!
“You are wrong, Zaf.. Kau silap!” Zafril berbisik sendirian.
Telefon bimbit yang berteriak menyebabkan Zafril tersentak. Kelam-kabut dia menyeluk poket seluar slack hitam jenama Givency yang dipakaianya untuk mencari telefon bimbit. Iphone 5S Gold ditarik keluar.
Yes, Ju?”
Baby.. Where are you?”
Tubuh yang terbaring tegak duduk di atas katil. Jam di atas meja di capai laju. Pukul 10.30 malam! Dahi ditepuk kuat.
Sorry, babe. I memang terlupa sangat yang kita ada janji nak celebrate birthday Hanifa malam ni!”
Sumpah dia memang terlupa gila! Sibuk sangat membelek fail-fail kewangan pejabat sehingga lewat malam.
You dekat mana now?”
“Rumah.”
“Betul ke rumah atau you keluar dengan perempuan lain?” Ada nada curiga dalam suara Juliza..
“Jue, jangan nak tuduh I bukan-bukan boleh tak?” Zafril mula tidak senang dengan tuduhan Juliza. Bukan dia tidak suka dengan soalan seperti itu, dia tahu Juliza mengambil berat pada dia tapi kalau asyik sangat menuduh dia yang bukan-bukan memang dia akan panas hati.
“I tanya aje.. Manalah tahu kalau you memang curang dengan I.
Zafril mendengus kasar. “You nak I ke sana sekarang ke?”
“Tak perlulah. I dah minta Izzat temankan I malam ni. I hope you tak kisah..”
Zafril melepaskan nafas lega. Ingatkan Juliza akan memaksa dia ke sana juga malam ini. Bukannya tidak suka berkumpul dengan rakan-rakan yang turut sama belajar sewaktu mereka di England, tapi sekarang bukan masa untuk dia bersuka ria. Mommy dan papa sudah mual bising dengan corak kehidupan dia dan cara Juliza bersosial.
“Send my regard to Izzat.”
“Zaf!”
“Ha, Kau Jat.”
“Kau tak nak datang sini ke? Kesian Jue sorang-sorang kat sini takde teman..”
Zafril berbaring semula. Telefon masih melekap di telinga kiri. “Kau kan ada, kau temankan Jue, takkan tak boleh tolong member kot?”
“Kau ni asyik harapkan aku aje. Kalau asyik aku berkepit dengan Jue ni bila masa aku nak tackle awek lain?”
Zafril melepaskan tawa mendengar kata-kata Izzat.
“Aku tak laratlah malam ni Jat. Banyak kerja di office. Kau tahulah ini hari pertama aku masuk, papa aku bagi fail kewangan bukan main banyak lagi pada aku.”
“Iyelah, aku cover kau malam ni. Kalau Jue merajuk malam nanti dengan kau, urus sendiri okay.”
Zafril melepaskan nafas kelegaan. Nasib baik ada kawan macam Izzat. Kalau tak, memang terpaksalah dia bersiap-siap untuk keluar menemani Juliza di parti hari jadi Hanifa.
p/s : Still no news pasal MH370. Readers, please never stop pray fr them ya! Doakan dorang semua selamat walaupun takde saudara/keluarga kita dekat dalam kapal tu. Doa.Doa.Doa. Itu sahaja yang kita boleh bantu dorang. Jangan berputus asa selagi takde hitam putih pasal kejadian itu ya.
Btw, kepada yang siapa minta KPI tu Sri minta maaf ye sebab tak boleh nak layan lagi. Ihik. Ala, korang ni... Layan laaa cite baru ni. Hiks! :)
Sri akan cuba up selalu okay..
Love,
Hugs.

2 comments :

  1. Ttp tgu KPI dgn penuh kesabaran... Hihihi
    Suka dgn cerita baru awak ni so far.. Cpt2 la naikkan n3 lg supaya saya x rasa sgt rindu kt KPI... Tq

    ReplyDelete
  2. Sabar ye!
    Thank you.
    InsyaAllah akan selalu ada entry baru. Hiks!

    ReplyDelete