Friday 13 June 2014

Bab 16 Cinta, Jangan Sakiti Aku

Lengan Alissa dipegang kuat. Geram apabila wanita itu seperti malas melayan ni. Dengan Mukhriz boleh pula Alissa bergelak ketawa ya? Dengan dia langsung tak nak senyum pun!

“Apa masalah Encik Zafril ni. Tak malu ke pekerja lain nampak?”

“Tak.” Allah, rasa macam nak koyak mulut Zafril yang menjawab tanpa fikir. Kenapa dengan lelaki ini. Ada masalah mental ke?

You tanya apa masalah I?”

Alissa cuba menarik tangan kanannya yang digenggam kuat oleh tangan kiri Zafril. “Let me go!”

“Apa yang you bualkan dengan Mukhriz?”

“Hey, kenapa awak sibuk apa yang saya bualkan dengan dia! Jangan nak tunjuk kononnya awak tu ambil beratlah, Zaf.”

“Memang! Memang I ambil berat. I nak tahu apa yang you bualkan dengan dia!”

Mata dijeling sedikit. Geramnya dengan Zafril yang tak reti bahasa ni. “Apa yang saja buatkan dengan dia bukan masalah awak, Zaf! Jangan nak sibuk sangat boleh tak?”
“Tak boleh.”
“Zaf, Adelia ada dekat dalam. Please, jangan buat saya macam ni.” Dia memang tak mahu timbulkan apa-apa gossip lagi. Tak nak nanti orang buat cerita yang dia sengaja menggoda Zafril. Ya Allah, sumpah dia tak suka dengan apa yang sedang berlaku.
“Apa you berbual dengan Mukhriz?” Sekali lagi Zafril ulang soalannya.
“Takde apa-apa yang penting. Baliklah bilik awak..” Mata meliar ke sekeliling. Bimbang kalau ada pekerja yang bersiar-siar pada waktu senja untuk melihat pemandangan pantai. Adelia pula ada di dalam bilik sedang mandi.
“Jawab soalan I.”
“Saya cuma berbual pasal kakak saya aje.. Tolonglah balik bilik awak, Zaf!” Lengan yang dicengkam kuat oleh Zafril cuba direntap namun tidak berjaya.
“Kakak? Siapa kakak you?”
“Awak tak kenal kakak saya.”
“Apa yang korang bualkan? Apa kaitan kakak you dengan Mukhriz?”
“Mukhriz tu teman lelaki kakak saya!” Suara Alissa sedikit meninggi. Geram! Pasti Zafril ingat dia ada apa-apa hubungan dengan Mukhriz. Lepas tu cemburu tak tentu pasal.
Eh? Cemburu?
Betulkah Zafril cemburu atau lelaki itu memang saja nak sakitkan hati dia sekarang ni?
“Mukhriz teman lelaki kakak you?” Kening Zafril hampir bercantum. La, dia salah faham rupanya. Buat penat je rasa bengang tak tentu fasal.
Yes! Now boleh lepaskan tangan saya ke?”
Zafril segera melepaskan lengan Alissa. “Did I hurt you?” Rasa bersalah pula. Kesian Alissa. Tak pasal-pasal kena tempias angin kus-kus dia.

“Saya masuk dulu.” Alissa menghilang ke dalam bilik. Zafril pula terpinga-pinga di hadapan bilik Alissa.
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Alissa naik meluat. Mesti Zafril tak habis-habis ketuk pintu bilik dia! Ei, geramnya kalau bercakap dengan orang tak tahu bahasa ni!
Alissa bergerak mendekati meja solek. Suis pengering rambut ditutup. Adelia yang sedang tunduk ke bawah mengangkat wajahnya. Mungkin terkejut tiba-tiba sahaja pengering rambut berhenti berfungsi.
“Kenapa Cik Lisa?”
Tok!
Tok!
Masih ada lagi manusia di depan pintu bilik dia. Ingatkan dah pergi sebab lama sangat menunggu dia atau Adelia membuka pintu. “Delia, awak buka pintu. Mungkin ada orang nak jumpa awak tu..”
Pengering rambut jenama Panasonic yang masih berada di tangan diletakkan di atas meja. “Siapa?”
Alissa jongket bahu. “Kalau Roslan, nak?”
Mimik muka menyampah ditayangkan kepada Alissa. “Tak nak saya. Cil Lisa! Apa kata Cik Lisa yang buka pintu? Mungkin ada orang cari Cik Lisa agaknya.”
“Awaklah buka.. Mungkin bos?”
Adelia berdiri di depan cermin. “Serius?”
Kepala diangguk laju. Dia yakin Adelia mesti teruja gila bila buka pintu nampak muka Zafril depan pintu. “Pergilah. Mungkin jodoh awak..”
Adelia sengih panjang.
Pintu bilik dikuak luas. “Ada apa?” Hampa melihat manusia yang berdiri di hadapannya. Buat penat aje dia terus melemparkan senyuman manis! Ingatkan Zafril tadi rupanya Helmi.
“Ada orang kirim barang pada saya..” Satu ber kertas berwarna merah dihulurkan kepada Adelia.
For me?”
Nope. Cik Lisa..” Helmi senyum sedikit. Mungkin terasa lucu melihat keterujaan Adelia ketika beg kertas itu dihulurkan tadi.
“Ish.. Awak ni Helmi, buat saya teruja aje tau! Ingatkan saya ni ada peminat misteri dekat sini..”
“Jangan nak perasan sangat ye Cik Adelia.. Nah, berikan pada Cik Lisa ye. Saya balik dulu. Nak bersiap untuk majlis makan malam kejap lagi.”
Huluran beg kertas oleh Helmi disambut Adelia. “Untuk saya memang takde ke?”
“Kalau awak nak esok saya hantarkan sekali lagi.. Khas untuk awak.” Helmi tergelak kecil. Terasa lucu pula melihat gelagat Adelia yang membuat mimik muka sedih.
“Kalau dari awak tak naklah. Kalau dari bos nak jugalah.”
“Dah, jangan nak berangan sangat pasal bos ye. Baik awak tu kerja elok-elok. Pergi masuk bersiap. Bye!” Helmi terus berlalu sebelum Adelia menutup pintu biliknya.
Kurang asam punya Helmi!
Adelia mengetap giginya geram sebelum dia menutup pintu dan menyerahkan beg kertas kepada Alissa yang sedang duduk di meja solek.
“Untuk Cik Lisa.. Yang datang tadi Helmi. Ei, buang masa saya aje tau!”
Alissa menyambut beg yang dihulurkan oleh Adelia. “Siapa bagi?”
“Helmi kata dari peminat misteri. Saya tak tahu.. Mungkin ada kad dalam beg tu kot.” Adelia duduk semula di tempatnya sebentar tadi. Belum selesai mengeringkan rambutnya. “Saya nak sambung keringkan rambut saya.. Nak bersiap untuk majlis makan kejap lagi.”
Alissa duduk di atas katil. Memang ada kad dalam beg ini. Kad kecil itu ditarik keluar.
Wear this tonight. If not you know what I can do.
From,
ZI.’
Zafril Ilham?
Tak guna! Nak ugut dia menggunakan Khairi sekali lagi? Kad kecil itu dikeronyokkan dengan tangan kanan. Ya Allah, geramnya dengan Zafril!
Sabar Alissa, sabar! Adelia pun ada dalam bilik ni juga.
“Apa tu Cik Lisa? Baju ya?”
“Ah.. ya.”
“Dari siapa? Bos ke?” Memang ada gaya seorang penyibuk juga Adelia ni. Tapi biasalah perempuan memang ada sifat ingin tahu yang tinggi macam Adelia. Kalau nampak depan mata lagilah mereka nak tahu.
“Ish, awak ni…Bukanlah. Saya tak tahu daripada siapa. Mungkin orang sekitar sini agaknya.” Sengaja tidak mahu berterus-terang. Untuk apa? Menguatkan lagi gossip pasal dia dengan Zafril?
Tak kuasa!
Adelia bergerak kea rah Alissa. “Bukalah baju tu.. mana tahu sesuai untuk pakai malam ni..”
Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sehelai dress labuh di tarik keluar.
“Oh my God! Lawanya Cik Lisa!!!”
Riuh suara Adelia memenuhi ruang bilik.
“Nak ke?” Soal Alissa.
Bulat mata Adelia mendengar soalan Alissa. “Saya main-main aje. Janganlah terkejut sampai macam tu Delia..”
Adelia tergelak besar. Boleh tahan juga kalau buat lawak Alissa ni. “Saya ingat Cik Lisa serius nak bagi baju tu dekat saya tadi tau!”
Alissa sengih meleret. Bagi baju ni dekat Adelia? Nak mampus! Memang dia menyampah dengan cara permainan Zafril tapi dia tidak mampu untuk menentang lelaki itu. Alissa membelek dress labuh berwarna ungu gelap yang berada dalam beg kertas berwarna merah tadi.
Pakai malam ini untuk majlis makan malam formal?
Ya Allah, apa permainan lelaki ini! Kenapa Zafril buat dia macam ni..
“Cik Lisa, cepatlah mandi dan bersiap. Nanti kita lewat pula. Saya nak tunggu bos datang! Nak tengok bos kacak ke tidak malam ni..”
Lambat-lambat Alissa melangkah ke bilik air. Malasnya! Malasnya nak menghadap muka Zafril. Malasnya nak duduk makan semeja dengan lelaki itu!
Semua malas!
Sudu di tangan diletakkan ke dalam pinggan. Takde selera nak makan. Telinga ni asyik mendengar usikan nakal dari rakan kerja. Ingat lawak kot!
Zafril pun satu, dah tahu bagi dia baju warna ungu kenapa pakai lagi baju kemeja warna ungu?! Memang sengaja nak buat bahan untuk diperkatakan oleh rakan sepejabat.
“Janji ke malam ni?”
Alissa hanya mampu tersengih kepala Mimie. Tak tahulah sama ada wanita itu memerli dia atau bersungguh-sungguh bertanya.
“Kebetulan aje..” Bibir masih meleret dengan senyuman. Takkan nak tayang muka masam? Dalam hati Alissa hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“I dengan Lisa ni ada instinct kot?” Senyuman nakal terukir di bibir Zafril.
Bukan main lagi Mimie, Helmi, Adelia, Muiz, Fitrah dan beberapa orang lagi pekerja yang duduk semeja dengan Alissa dan Zafril ketawa. Suka bukan main ye bila bos bagi jawapan!
Alissa buat-buat seronok. Kalau ikutkan hati nak aje dia hempuk pinggan atas kepala Zafril.
“Esok semua orang ready ke dengan aktiviti berkayak?” Soal Zafril tiba-tiba.
“Saya okay je bos. Small matter kalau nak berkayak ni..” Muiz nampak yakin. Dia akan berpasangan dengan Fitrah esok. Sama kumpulan.
“Helmi, you dengan Adelia, I dengan Alissa tau esok.”
“Beres bos!”
Sekali lagi Alissa bengang! Pandai-pandai buat keputusan.
“Encik Zafril, biarlah saya kumpulan dengan Helmi.. Encik dengan Adelia aje. Saya ni bukannya pandai berkayak..” Sumpah memang dia tak tipu. Dia tak pandai berkayak. Dia tak sukakan sukan air.
Nope. I nak sama kumpulan dengan you esok.”
Adelia diam sahaja. Dalam hati berdoa sahaja supaya Zafril berubah fikiran.
“Adelia, you tak kisah kan kalau sama kumpulan dengan Helmi? Lagipun Helmi ni nak sangat sama kumpulan dengan you..”
Helmi yang sedang meneguk air kosong tersedak. Nasib baik air kosong! Kalau air coke mau meleleh air hidung.
“Bos, jangan buat cerita buat malu company bos!” Balas Helmi selepas tersedak beberapa kali.
Zafril tergelak kecil. “Bukan you ke nak berpasangan dengan Adelia sebab dia comel?”
Kembang kempis hidung Adelia dipuji comel oleh Zafril. Rasa nak pitam! Kepala otak rasa macam melayang-layang. Kaki yang tidak berpijak di bumi yang nyata pun ada juga.
“Bos ni.. Buat segan saya aje lah.”
Sekali lagi meja mereka gamat dengan gelak ketawa. Lauk-pauk yang dihidangkan mulai susut dan ada juga yang hanya tinggal pinggan sahaja. Makan malam tamat lebih kurang pukul 10.15 malam.
Zafril mahu semua pekerja berehat malam ini dan bersedia untuk aktiviti berkayak pada pukul 8.30 pagi esok dan majlis barbeque malam esok.

6 comments :

  1. Sri, tq for tis n3. Makin menarik nih. X sbr nk tau kisah lanjut Zafril & Alissa :D

    ReplyDelete
  2. sri nak lagi..x sabar for next entry..
    jgn lambat ye..;)

    ReplyDelete
  3. Oho.. Cayunk sri... Ade new en3... Ok crita ni mmg sgt mnrik. Ape game yg zafril nk main sbnrnye... Gme hti n prasaan huhu... Cian alisa.

    ReplyDelete