Wednesday 11 June 2014

Bab 30 Cinta Tak Akan Berakhir

Remote suhu penghawa dingin diturunkan sedikit. Rasa panas pula di dalam bilik ini. Lama Azara mengurung dirinya di dalam bilik. Azara memicit dahinya yang terasa pening. Sejak dia balik dari bersarapan pagi dengan Razlan, dia terus mengurung diri sehinggalah sekarang. Hampir pukul dua belas tengah hari.
Bibir menghela nafas berat.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Berikan aku petunjukMu.

Dia perlu keluar dari rumah Puan Melati. Dia perlu bertemu dengan beberapa orang untuk menyampaikan apa yang terbuku di hatinya. Kalau tak bercakap dengan mereka masalah ini takkan selesai dan dia sendiri tidak akan berasa tenang.
Azara bangkit duduk di birai katil. Tak boleh jadi ni. Kalau asyik duduk rumah dan fikir tapi tak berani nak berdepan dengan masalah tak guna juga. Dia sudah pun memberikan jawapan kepada Razlan dan keluarga Razlan, takkan dia nak tunggu sampai Puan Sofiah dan Encik Latif ke rumah baru dia berani buka mulut kepada emak dan abah dia.
Buatnya emak dan abah dia mengamuk depan Puan Sofiah dan Encik Latif  tak ke naya di nanti. Izreen satu lagi, bukan boleh kira sangat dengan kakak dia tu. Kalau dah dasar pendengki memang sanggup buat apa sahaja untuk pastikan dia gagal bersama Razlan.
Rambut di atas kepala di selerakkan. Serabutnya!
Tok! Tok!
Tangan pantas membetulkan rambut yang berselerak di atas kepala. “Siapa?”
“Umi.. Boleh umi masuk?” Puan Melati melaung dari luar bilik Azara.
Azara lekas-lekas membetulkan duduknya. “Masuklah umi. Pintu tak kunci...”
Tombol pintu bilik berwarna coklat ditolak perlahan. “Umi ganggu Zara rehat ke?”
“Eh takdelah umi.. Mana ada umi ganggu Zara. Zara ni yang ganggu umi tau!” Masih terasa menumpang di rumah Puan Melati walaupun puas Puan Melati berterima kasih kepada dia kerana sudi tinggal di sini. Kononnya ada peneman setiap hari.
“Zara, kan umi dah cakap Zara bukan ganggu umi tapi teman umi.. Kalau takde Zara, sunyi hidup umi ni tau.”
Bibir mengukir senyuman manis ke arah Puan Melati yang sudah melabuhkan punggungnya di sisi Azara. “Terima kasih sebab sudi terima Zara di rumah umi.”
“Ish budak bertuah ni.. Zara tu macam anak umi. Memang akan jadi anak umi tak lama lagi. Lepas Zara kahwin dengan Alan, Zara tu memang menantu umi. Menantu tu kan macam anak sendiri jugak. Ha, kiranya Zara tu anak umilah..” Panjang lebar Puan Melati membebel kepada Azara. Tidak suka setiap kali Azara berasa terhutang budi kepadanya sedangkan bukannya dia buat apa-apa untuk Azara. Setakat sediakan rumah, rumah pun rumah suami dia.
Azara terdiam tidak tahu hendak membalas apa. Menantu konon. Kalau mak dan abah dia pun belum beri resti macam mana nak jadi menantu keluarga ini. Siapa nak walikan dia semasa majlis pernikahan nanti. Dia anak kandung Encik Idris, haruslah abah yang mewalikan dia.
“Umi.. Zara tak tahu macam mana Zara nak cakap dengan umi..”
Puan Melati memeluk lembut bahu Azara. Dia tahu semua tentang kisah Azara berbanding Puan Sofiah. Jika Puan Sofiah tidak tahu masalah keluarga Azara, dia tahu kerana Azara bercerita kepadanya.
“Mak dengan abah Zara tak setuju Zara kahwin dengan Alan?”
Azara menggeleng perlahan.
“Habis tu?”
Mata merenung jari-jemari yang bertaut antara satu sama lain. “Zara belum cakap dengan mak dan abah pasal rombongan meminang..”
Puan Melati mengeluh kecil. Dia memang harap sangat Azara jadi menantu dia. Memang dia sayang sangat-sangat dengan wanita jelita ini. Bodohlah dia kalau dia tak setuju dengan pilihan Razlan sedangkan dia memang berkenan yang amat sangat dengan Azara.
“Zara, sampai bila Zara nak diam macam ni? Kalau Zara tak cakap macam mana masalah nak selesai? Zara nak umi jumpa dengan mak dan abah Zara?”
Pantas Azara meningkah cadangan Puan Melati. “Jangan! Jangan umi. Zara tak mahu libatkan umi dalam masalah keluarga Zara. Zara tak mahu mak Zara susah hati bila dia tahu yang ada orang luar tahu tentang masalah keluarga kami.. Zara tak mahu mak fikir Zara sengaja memburuk-burukkan keluarga Zara.”
Bahu Azara diusap lembut oleh Puan Melati. Dia faham perasaan Azara. Faham perasaan seorang perempuan yang ingin berkahwin tetapi niat sucinya ditentang oleh orang tua. “Umi pernah lalui benda yang sama macam Zara lalui.. Ibu dan ayah umi pun tak setuju semasa umi nak kahwin dengan papa.”
“Apa yang umi buat masa tu?”
“Kuatkan semangat. Jangan berputus asa, Zara dah buat solat istikharah?”
Kepala dianggukkan beberapa kali.
“Zara yakin dengan keputusan Zara.. Sejak kali pertama Raz lamar Zara, Zara buat solat istikharah. Zara minta Allah berikan Zara jawapan terhadap persoalan Zara.. Zara yakin Raz adalah lelaki yang terbaik Allah berikan kepada Zara, umi.”
Kali ini tangan Puan Melati menggenggam tangan Azara. Erat. Cuba menyalurkan kekuatan kepada Azara.
“Kalau Zara yakin ini adalah yang terbaik dalam hidup Zara, Zara kena berani berdepan dengan keputusan yang Zara buat. Life is about decision my dear. Zara kena berani. Embrace it!”
“Umi yakin mak dan abah Zara akan setuju?”
Pipi Azara disentuh lembut. Memaksa sepasang anak mata Azara bertentang mata dengannya. “Zara, ibu mana yang sanggup tengok anak dia terseksa? Takde ibu yang nak tengok anak dia menderita Zara.. Umi yakin hati mak Zara pasti akan lembut kalau Zara pujuk mereka dengan lembut. Jangan mudah mengalah.”
Air mata yang tertahan sejak tadi menitis jua ke pipi. Kalah dengan kata-kata lembut daripada Puan Melati.
“Shuu, jangan nangis macam ni sayang. Umi tak suka kalau anak umi menangis. Umi nak tengok anak-anak umi senyum. Nak anak-anak umi bahagia.”
“Apa yang perlu Zara buat umi? Zara takut nak balik rumah...” Bibir bawah digigit kuat. Sumpah dia tak berani nak berdepan dengan abah. Hari minggu macam ni memanglah abah ada di rumah. Kalau ada Izreen lagi susah!
“Balik rumah, minta restu emak dan abah Zara. Doa umi sentiasa mengiringi Zara.”
Ahhh, kenapa wanita ini terlalu baik? Ya Allah, semoga kau mengurniakan syurgaMu kepada Puan Melati kerana mempunyai hati yang sangat suci dan mulia.
“Zara sayang umi. Thanks umi!”
Tubuh Puan Melati dirangkul erat ke dalam pelukannya.
Belakang tubuh Azara digosok lembut. “Be strong. Kalau Zara kuat, semangat sentiasa bersama Zara. Kalau Zara lemah, semangat takkan ada dalam diri Zara. Kalau takde semangat, macam mana nak mempertahankan keputusan yang Zara dah buat?”
I love you, umi..” Sekali lagi suara serak Azara meluahkan rasa kasihnya kepada Puan Melati. Rasa macam emak sendiri. Tiada beza dengan Puan Nona. Rasa kasihnya tumpah kepada wanita ini. Sumpah dia sayang sangat dengan Puan Melati.
“Umi sayang Zara lebih lagi..”  Dahi Azara dikucup lembut.
“Kau bukan anak aku Zara kalau kau tak putuskan hubungan kau dengan Razlan.”
Azara kesat kasar air mata yang turun ke pipi dengan belakang tangannya. Sampai hati Encik Idris mahu membuang dia.  Salahkah dia jika dia ingin mencari bahagia dia sendiri? Salahkah dia jika dia mahu menerima jawapan yang Allah berikan terhadap istikharah yang dia lakukan?
Azara menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu berusaha dengan sedaya-upaya untuk meyakinkan Puan Nona dan Encik Idris bahawa Razlan ialah lelaki yang berbaik dalam hidup dia. Razlan ialah cahaya dalam hidup dia. Dia yakin Allah swt menjawab pertanyaan yang dia kirimkan melalui istikharahnya. Dia yakin Razlan adalah jodohnya.
“Mak, percayalah cakap Zara.. Zara memang tak tahu langsung pasal hubungan kakak dengan Razlan. Zara tak pernah kenal dia sebelum ini mak.” Dahi diletakkan di atas lutut Puan Nona yang hanya diam membisu sedari tadi. Tidak memberikan apa-apa respons kepada dia.
Sudah sejam dia bergerak ke kaki Puan Nona dan kaki Encik Idris. Memohon restu dan doa daripada kedua orang tuanya.
“Mak, cakaplah sesuatu dengan Zara. Zara perlukan restu mak.”
Puan Nona tarik nafas dan menghembus nafasnya perlahan. “Kalau Zara mahukan restu mak, tinggalkan Razlan.. Mak akan restu perjalanan hidup Zara.”
Sampai hati mak buat dia macam ni!
Masa dia dengan Zakri dulu pun dia tidak pernah merayu sampai macam ini sekali, untuk sekali ini sahaja dia mahu mendapatkan hak dia.. kebahagiaan dia. Apa salah Razlan? Apa salah dia? Tak bolehkah dia bercinta dengan lelaki itu walaupun Razlan ialah bekas tunang kakak dia? Salahkah?
“Abah, jangan layan Zara macam ni bah... Zara mohon restu abah.. Izinkan Zara kahwin dengan Raz. Zara ikhlas cintakan dia.. Zara tak pernah berniat nak balas dendam pada kakak. Sumpah abah.. Zara memang tak tahu dia tunang kakak!
Encik Idris berdengus kasar. “Kau memang anak derhaka! Kau saja nak cabar aku eh Zara?”
Kepala digeleng laju. “Tak.. Zara tak cabar abah. Zara cuma mohon restu daripada abah. Zara nak kahwin dengan Raz. Kami saling mencintai. Raz tak tahu Zara dengan kakak adik-beradik.  Tolonglah abah..”
Betis Encik Idris dipaut dan dipeluk erat. “Zara rayu pada abah..”
“Aku tak izinkan! Aku takkan restu hidup kau kalau kau kahwin dengan dia, Zara. Kau sanggup lukakan hati kakak kau sebab seorang lelaki?”
“Tak.. Zara tak sanggup lukakan hati sesiapa pun tapi kali ini aje Zara mohon semua orang terima keputusan Zara. Sekali ini je abah..” Azara cium betis Encik Idris.
Demi cintanya pada Razlan, dia duduk melutut di kaki kedua orang tuanya. Demi cinta dia yang ikhlas terhadap lelaki yang bernama Adeeb Razlan.
“Mak..” Tubuh Azara bergerak ke arah Puan Nona yang sedang duduk di sofa. Wanita kesayangannya itu sedang mengesat air mata.
“Baliklah Zara. Mak tak mahu tengok muka Zara dekat rumah mak. Baliklah.” Puan Nona tolak tangan Azara yang sedang menarik tangannya.
“Jangan halau Zara mak.. Jangan layan Zara macam ni, Zara sayangkan mak..”
“Kalau Zara sayangkan mak, Zara pergi balik. Putuskan hubungan Zara dengan Razlan.. Berhenti kerja.”
Air hidung yang meleleh dikesat dengan tangan kiri. “Mak tak suka tengok Zara bahagia?”
“Zara suka tengok mak terlantar sakit mengenangkan keluarga kita yang berpecah belah kerana lelaki?”
Azara menggelengkan kepalanya. Dia tak sanggup kalau Puan Nona jatuh sakit. Dia rela dia yang sakit untuk menggantikan tempat Puan Nona.
“Zara balik dulu. Zara minta ampun dengan mak dan abah. Halalkan makan minum Zara..” Tubuh Puan Nona dipeluk dan pipi Puan Nona dikucup lembut. “Zara sayangkan mak. Sayang mak lebih dari nyawa Zara sendiri.”
Tasik yang terbentang luas di hadapannya diperhati lama. Beberapa biji batu dicampak ke dalam tasik. Tengah hari tadi dia cakap dengan Puan Melati. Sekarang dia tidak sanggup lagi mahu membebankan Puan Melati dengan masalah baru.
Puan Nona dan Encik Idris masih berkeras menghalang dia berkahwin dengan Razlan. Masih berkeras mahu dia berpisah dengan Razlan. Kalaulah Puan Melati tahu Puan Nona sendiri berkeras tidak mahu merestui dia, pasti Puan Melati sedih sangat-sangat.
Bukan Azara tak tahu harapan Puan Melati selama ini. Mengharapkan dia menjadi menantu keluarag Encik Latif.
Sekali lagi batu yang masih berada di tangan di campak berkali-kali ke dalam tasik. Campak sekuat-kuat hatinya. Biar batu pergi jauh membawa bebanan yang ada dalam hati dia. Membawa rasa sedih ternggelam ke dasar tasik dan jangan timbul-timbul lagi.
Tangan naik menyanggul rambut panjang miliknya. Terasa bahang walaupun angin sepoi-sepoi menyapa lembut pipi mulusnya.
Satu keluhan dilepaskan.
Berat.
Terbeban.
“Menangislah Zara kalau itu yang boleh menenangkan awak.. Saya tahu awak sedih.” Suara Azam menyapa gegendang telinga Azara.
“Saya tak tahu saya nak bercakap dengan siapa sekarang ni Zam. Saya minta maaf sebab ganggu waktu rehat awak.. Saya banyak menyusahkan awak, kan?”
‘Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak, Zara sebab saya terlalu cintakan awak.’ Mahu sahaja dia meluahkan kata-kata seperti itu kepada Azara. Mahu sahaja dia meluahkan rasa cintanya yang amat sangat kepada wanita itu ketika ini.
“Zara, tabahkan hati, setiap apa yang Allah berikan kepada kita adalah ujian. Anggaplah ini merupakan salah satu ujian yang Allah berikan kepada awak dan Razlan. Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (Al-Baqarah 286)
Jadi Zara, saya harap awak kuat. Jadikan ini sebagai satu cabaran untuk awak dan Razlan mengukuhkan lagi rasa cinta yang ada dalam hati kalian untuk terus berusaha ke arah kehendak Allah.”
“Saya tak tahu Zam.. Hati saya hancur bila mak dan abah saya halang niat suci saya untuk bersama Razlan. Apa salah saya? Salahkah saya kalau saya nak kahwin dengan bekas tunang kakak saya? Berdosakah saya, Zam?”
Dia tidak segan untuk menitiskan air mata di hadapan lelaki ini. Azam adalah lelaki yang paling rapat dengan dia selepas Razlan. Tak mungkin dia mahu mengadu kepada Firdaus pula. Nanti apa pula kata Razlan kalau dia terlalu rapat dengan Firdaus.
“Zara, banyakkan bersolat. Mohon petunjuk daripada Allah. Allah akan berikan jawapan kepada semua pertanyaan awak. Beranikan diri awak untuk terima jawapan daripada persoalan yang awak minta. Allah tidak pernah menghampakan hamba-hambaNya, Zara.”


Kata-kata Azam menusuk ke dalam hatinya. Positif dan tenang! Memberikan dia keyakinan untuk terus berusaha dan jangan berputus asa.
“Terima kasih, Azam. Kalau awak takde, mungkin saya dah terjun dalam tasik ni...”
Azam tergelak kecil. Bertuahnya Razlan mendapat cinta Azara. Wanita jelita ini sanggup mati kerana lelaki itu. “Bertuah bos kita dapat kekasih macam awak. Setia dan sangat-sangat mencintai dia.”
Azara angguk. “Sangat mencintai dia.. Dan rasa cinta itu daripada Allah. Allah yang pinjamkan rasa cinta itu kepada saya, Zam.” Mata dipejam seketika. Mahu menikmati angin sepoi-sepoi yang menyapa pipi mulusnya.

p/s : Minta maaf semorang sebab menghilang dengan lamanya. Saya kembali. Saya kembali. Maaf lepada yang masuk ke laman ini dan keluar dengan rasa kecewa. Sobs.
MSS CTAB ni tak tahu apa cerita lagi, sama-sama doakan yang terbaik supaya dapat peluk Azara dan Razlan. Ahaks! Mana tahu rezeki Sri kan.. Doakan ya!
Untuk Cinta, Jangan Sakiti Aku (CJSA) insyaAllah Sri akan up entry baru sehari dua lagi ya. Sabar.. Sabar. Bawak bersabar. Sini semorang, nak pelu setiap orang yang selalu komen dan baca karya picisanku ini.. Terima kasih tidak terhingga! Andalah penguat semangat saya yang kadang-kala terbantut untuk menulis. Membaca komen dan melihat viewers yang masuk ke belog ini membuatkan Sri kembali bersemangat untuk menulis.. Terima kasih ribu-ribu lemon!
Tak kurang juga kepada yang menghantar emel kepada Sri mendoakan agar semua karya Sri dapat dibukukan.. Alhamdulillah, rasa happy sangat ada readers yang sanggup melayan Sri di emel. Terharu kejap. (Lap air hidung dengan tisu).
Cakap awal-awal, bulan puasa nanti mungkin akan sedikit sibuk dengan kerja-kerja jadi kalau lambat sikit up entry maaf yer semorang. Sri tengah cari idea nak menulis satu cerita pendek.. I suka tulis cerita cinta ye. Kalau ada sesiapa nak berkongsi idea dengan Sri, boleh emel memorimaya@gmail.com. Manalah tahu kot-kot nak Sri tulis kisah hidup anda ke. Hiks! I boleh kembangkan lagi bakat mengarang ayat bunga-bunga I ni. Kehkehkeh!
Okay, serius, sesiapa yang nak berkongsi idea dengan Sri boleh emel ye. Sri nak tulis cerita pendek yang habisnya di belog sahaja, insyaAllah. Jadi takdelah semorang bosan cerita asyik tergantung. Syok baca tiba-tiba tergantung kena tunggu berbelas puluhan bulan baru dapat baca sambungan... Kecewa tau! Jadi, Sri nak tulis cerita yang habisnya di sini juga..
Ha, kalaua da idea tu jangan lupa email ya! Email!
Ok, datang lagi dua hari kemudian... erm, atau mungkin esok!
Love,
Sri Sarah.

12 comments :

  1. Assalamualaikum Sri,
    Finally ada n3 arini. Penat dok tekan bookmark kat screen tiap2 hari... :p

    Sabar menanti good news dr Sri. Tgu2 juga n3 yg lain utk lepas rindu.

    Keep up d gud work, Sri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha, kesian Kak NA. Sri akan cuba up entry sebanyak mungkin. Maaf ya Sri sibuk sangat-sangat sekarang ni. :(

      Delete
  2. Tq sis... Hope nvl sis dpt dibukukan, serius xsbr nak tahu ending dia ;)

    ReplyDelete
  3. Lov U too Sri....buat pmbakar smangat utk up n3 byk2..huhu :)

    ReplyDelete
  4. Akak... best sgt... bila nk sambung lagi... zara nga raz ni...

    ReplyDelete
  5. Dah ada dlm versi cetak ke belum yer???

    ReplyDelete
  6. Dah ada dlm versi cetak ke blum????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada di pasaran lagi. InsyaAllah April masuk ke kedai buku ya.

      Delete
  7. ada tak bab 31?? best giler da crta ni tp tkde continiued plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi unknown. Sambungan adalah dalam bentuk versi cetakan buku. Kalau nak boleh email kepada saya memorimaya@gmail.com
      Thanks!

      Delete