Saturday 30 August 2014

Bab 22 Cinta Jangan Sakiti Aku

Bab 22 Cinta Jangan Sakiti Aku
Alissa memandang pintu bilik air. Rasanya dah hampir lima belas minit dia duduk di bucu katil dan memandang ke arah pintu itu. Tuala masih tersangkut di bahunya.
Nafas disedut dan dihembus perlahan.
Kata-kata Husna kembali ternginga di cuping telinga. Marah betul Husna dengan dia!
“Lisa nak dia layan Lisa macam dulu? Lisa tak reti serik ke Lisa? Tak belajar dari kesilapan?”
Mata dipejam lima saat.
“Syahmi berapa kali datang ke rumah cari Lisa! Lisa langsung tak cakap dengan dia yang Lisa ke PD! Lisa… Dia tu risaukan Lisa!”
Patutlah Syahmi tahu dia ke Port Dickson rupanya Husna yang memberitahu kepada lelaki itu. Bukan dia tak mahu cakap tapi bila difikirkan balik mereka bukannya ada apa-apa hubungan yang istimewa sehingga dia perlu melaporkan apa yang dia buat setiap hari kepada Syahmi.
“Kahwin dengan Syahmi.. Habis cerita! Umi pun dah tanya pasal Lisa.. Bila Lisa nak kahwin.. Lisa, Kak Una ni dah tiga puluh tahun Lisa. Sampai bila Lisa nak Kak Una jaga Lisa?”
Alissa menyeka air hangat yang tumpah ke pipi. Husna marahkan dia? Betul-betuk marahkan dia sebab Zafril?
“Lisa abaikan keluarga! Lisa tak telefon umi. Abah tu risaukan Lisa tapi Lisa buat acuh tak acuh. Lisa ingat abah tak tanya pasal diri Lisa, abah tak risau ke? Umi tu tunggu sangat bila Lisa nak kahwin. Umi nak Lisa ada teman… Jaga Lisa sampai tua!” Husna melepaskan geramnya kepada Alissa.
Dulu dia boleh lagi bersabar sebab Alissa memang tak timbulkan apa-apa masalah tapi sekarang bila Zafril muncul dia tak boleh bagi muka lagi kepada Alissa. Dia tahu betapa kuatnya pengaruh Zafril dalam diri Alissa.
Khairi tu kalau tahu Zafril dah kembali ke Malaysia pasti bersorak gembira bertepuk tampar. Suka bukan main. Dia yakin sangat dengan sikap Khairi!
“Kalau Lisa tak boleh buat keputusan dalam hidup Lisa, biar Kak Una yang tentukan hidup Lisa. Dengan siapa Lisa patut berkahwin..”
Alissa hanya dia mendengar Husna melepaskan rasa yang terpendam dalam hatinya. Dia memang tidak akan melawan Husna. Dulu pun Husna seperti ini juga semasa Zafril pergi, semasa dia meratap pemergian Zafril.. Semasa dia terkulai tanpa lelaki itu di sisi..Bebelan Husna langsung tidak dibidas. Tuduhan Husna kepadanya juga dia telan sahaja. Kononnya dia masih mengharapkan Zafril.
Dia masih mengharapkan cinta Zafril?
Alissa menyentuh dadanya ketika hati dia menyebut nama Zafril.
Berdebar.
Adakah cintanya terhadap Zafril masih utuh seperti dulu? Cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan? Cinta yang membuatkan Zafril meninggalkan dia seorang diri?
“Jujurlah sayang, aku tak mengapa..”
Kaki pantas diatur menuju ke meja solek. Beg tangan jenama Sembonia diselongkar.
Zafril.
Ish, menyesal pula ‘on’ telefon bimbitnya sebelum mandi tadi. Kalau tak pasti dia tidak akan menerima panggilan daripada Zafril.
“Hello.”
“Hello. You buat apa?”

“Awak nak apa?” Kasar suara Alissa. Dah la tadi kena marah dengan Husna sebab lelaki ini, sekarang lagi dia nak layan Zafril dengan baik.
“Garangnya..”
“Zaf, awak nak apa? Saya takde masa nak layan awak.”
“Ubat you ada dalam beg pakaian you.. I masukkan siang tadi. Jangan lupa makan ubat sebelum tidur nanti.”
Zafril masukkan ubat dalam beg pakaian dia? Baiknya! “Okay.”
“Esok kalau still rasa demam atau tak sihat tak payah masuk pejabat ya. Rehat aje di rumah. I akan luluskan cuti untuk you nanti.”
Alissa pantas menolak. “Takpe, dah sihat. Esok saya masuk kerja. Banyak lagi baju yang perlu disiapkan..”
Zafril mengeluh kecil. “Kerja ni sampai mati pun takkan habis Lisa. You rehat aje di rumah..”
“Tengoklah dulu. Okaylah, saya nak solat Isya. Kalau ada apa-apa jumpa di pejabat aje esok.”
Belum sempat Zafril membalas apa-apa Alissa terlebih dulu menamatkan panggilan telefon.
Nak solat Isya konon.. Padahal dia sudah bersolat sebentar tadi. Lepas tu terduduk di katil sambil memikirkan kata-kata Husna. Kahwin dengan Syahmi? Allah, dia tidak pernah terfikir sejauh itu.
Dia tidak pernah berikan apa-apa peluang atau harapan kepada Syahmi tetapi lelaki itu sahaja yang perasan sendiri. Berkali-kali dia cuba mengelak untuk berbual tentang masa depan dengan Syahmi tetapi lelaki itu tetap juga galak membina angan-angan antara mereka.
Ketukan di pintu mengembalikan Alissa ke dunianya yang sebenar.
“Lisa..” Laung Husna dari luar bilik.
“Yes. Kejap..” Alissa bergerak pantas ke arah pintu yang dicat dengan warna putih. “Ada apa Kak Una?” Soal Alissa sebaik sahaja membuka pintu.
“Syahmi ada di bawah. Nak jumpa dengan Lisa katanya..”
“Buat apa?”
“Lisa! Apa salahnya kalau dia nak jumpa dengan Lisa? Selama ini pun memang Lisa keluar dengan dia kan?” Husna menyoal dengan sedikit geram. Oh, sejak Zafril balik pandai pula mahu mengelak dari Syahmi! Nampak sangat Alissa ni memang masih ada hati dengan Zafril.
“Dah, siap. Pergi turun jumpa dengan Syahmi. Dia nak ajak Lisa keluar..”  Arah Husna.
“Tak naklah. Lisa turun sekejap ajelah jumpa dia.”
Alissa yang baru bergerak keluar sedikit dari bilik terhenti bila lengannya dipaut oleh Husna. “Lisa nak akak beritahu kepada umi yang Zafril dah pulang ke?”
“Kak Una..”
“Siap sekarang. Kak Una minta Syahmi tunggu sekejap sementara Lisa siap.” Husna berlaru turun ke bawah semula.
Tiada pilihan lain, Alissa masuk ke bilik semula. Pintu almari dibuka dan beberapa helai pakaian ditarik keluar. Nak pakai baju apa?

Akhirnya sehelai blouse longgar dipadankan dengan skirt berwarna hijau pekat. Baju warna biru laut skrit warna hijau pekat. Memang kontra habis tapi dia kan pereka fesyen. Apa dia kisah dengan pilihan warna yang digunakan, janji dia suka dengan fesyen yang dia gayakan. Asalkan selesa!
Angin sepoi-sepoi yang bertiup di taman permainan itu membuatkan hati Alissa lebih tenang. Perut pun dah kenyang, hati pun makin senang dan tenang.
“Lisa ke mana siang tadi? Bersama siapa?”
“Kan Lisa dah cakap itu bos Lisa.. Syah tak puas hati lagi ke?”
Syahmi bangkit berdiri berdepan dengan Alissa. “Memang tak puas hati sebab Syah tak tahu siapa bos Lisa.”
Bibir tersenyum kecil. “Ingat tak dulu Lisa pernah cakap yang I hate my boss but Syah cakap tak baik.. Berdosa. Sekarang bila Lisa keluar dengan bos Lisa, Syah pula nak cemburu?”
“Yes Syah rasa cemburu sebab Syah tak sangka yang bos Lisa ialah Zafril!”
Jadi Husna memberitahu semua ini kepada Syahmi? Husna memang tak sukakan Zafril sangat-sangat?
Husna belum pernah sekali pun bertemu dengan Zafril dan Husna sudah membuat kesimpulan tentang lelaki itu?
“Oh.. Jadi Kak Una dah cakap dengan Syah?”
“Tak. Zaf sendiri yang cakap dengan Syah dia tak sangka terjumpa dengan Lisa di pejabat papa dia.”
Astaghfirullah hal’azim!
Dia sudah menuduh Husna yang bukan-bukan sedangkan kakak dia tidak mempunyai niat jahat terhadap dia.
Astaghfirullah hal’azim.
“Bila Syah jumpa dia?”
“Minggu lepas.. Syah tunggu Lisa cakap dengan Syah but sampai sekarang Lisa senyap. Langsung tak berterus-terang dengan Syah yang Zafril dah balik ke Malaysia. Yang paling utama ialah Lisa dan dia kerja di bawah satu bumbung!” Suara Syahmi naik sedikit. Bengang!
Mungkin lelaki itu tidak boleh menerima apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Situasi banyak yang sudah berubah.
“Syah. Benda tu tak penting pun. Lisa masih juga Lisa yang sama..”
Syahmi tergelak sumbing. “Pada Lisa mungkin benda tu kecil tapi pada Syah benda yang berlaku sekarang ni besar! Lisa mungkin harapkan Zaf cinta Zaf lagi..”
Giliran Alissa tergelak kecil. Dia tidak pernah memikirkan perasaannya terhadap Zafril secara mendalam sejak Zafril kembali semula dalam hidup dia.. Dia tidak mahu memikirkannya. Seboleh-bolehnya nak mengelak dari berfikir tentang hal itu.
“Merepek!”
“Pada Lisa mungkin merepek tapi bukan pada Syah! Kita semua tahu betapa kuatnya pengaruh Zafril dalam hidup Lisa! Lisa juga tak mungkin lupa apa yang Lisa dah buat pada dia dulu..”
“Lisa nak balik. Dah lewat ni..”
Alissa bangkit. Tas tangan yang diletakkan di atas bangku dicapai.
“Lisa, kita kahwin?”
“Syah!”
I am serious. Kita kahwin?”
Kepala digeleng beberapa kali. Tak sangka Syahmi akan bertindak sampai macam ni sekali. “Kita dah lama kenal.. Syah sendiri tahu yang Lisa belum bersedia untuk semua ni..”
“Lisa belum bersedia untuk terima Syah atau tak pernah bersedia untuk terima Syah?” Ada nada marah sedikit dalam lantunan suara Syahmi.
“Lisa tak bersedia untuk terima sesiapa pun dalam hidup Lisa.”
“Lisa tak bersedia untuk lepaskan Zaf dari hidup Lisa, kan?”
Zafril! Zafril! Zafril!
Tak habis-habis nama Zafril yang meniti di bibir Syahmi dan Husna malam ini.
“Tolonglah jangan kaitkan Zafril dalam hal kita. Lisa dah terangkan dengan Syah banyak kali yang Lisa memang tak boleh terima Syah. Kita kawan. Lisa anggap Syah macam abang Lisa.”
Bahu Alissa dicengkam kuat. Rasa amarah membuak-buak dalam hatinya mengenangkan Alissa bersama Zafril berhari-hari di Pulau Perhentian. Menghabiskan masa bersama. Mungkin Alissa terpaut kembali kepada lelaki itu..
“Lisa masih cintakan Zaf?”
“Lepaskan Lisa!”
“Jawab soalan Syah. Lisa masih cintakan dia atau tak?”
“Lisa takde jawapan untuk soalan Syah. Lisa nak balik!” Alissa bergerak ke kereta selepas dia berjaya merungkaikan cengkaman Syahmi di bahunya.
Tersedar dia sudah berkasar dengan Alissa, Syahmi berlari-lari anak mengejar Alissa dari belakang. “Syah minta maaf. Syah tak sengaja berkasar dengan Lisa. I am so sorry!”
“Kita balik. Please, Lisa rasa tak sihat.” Rasa pening nak mahu demam kembali menyerang tubuhnya. Rasa macam nak terkulai dekat sini pun ada juga.
Syahmi membuka pintu kereta. Muka pucat Alissa membuatkan hati dia bimbang. Mana mungkin dia mahu wanita kesayangannya jatuh sakit. Dia sayangkan Alissa. Sayang sangat!

5 comments :

  1. Best! Tak sabar nak tahu apa yg jadi sebenarnya sebelum ni, lessor zafril salahkan Lisa and Lisa salahkan zafril. Looking more for this story. Harap2 Sri cepat update hehehe lg 1, cerita ni habis di blog ke akan ke versi cetakan?

    ReplyDelete
  2. Syahmi ni over pulak....
    Lisa xde feeling pun,syahmi perasan je lebih...
    Eh geram pulak rasa... hehehe

    ReplyDelete
  3. Thanks Sri... x sabar nak tau aper jadi between zafril & Lisa...

    ReplyDelete
  4. Tq, Sri sbb up n3 ni... *senyum lebar2

    ReplyDelete