Saturday 25 October 2014

Bab 23 Cinta Jangan Sakiti Aku


Suzuki Swift diletakkan di tempat biasa. Selepas mengunci keretanya, Alissa melangkah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan harinya pada hari ini.
Hampir seminggu dia bercuti dari kerja. Iyelah, ke Pulau Perhentian selama empat hari dan dua hari bercuti sakit kerana demam dan sakit kepala. Memang dia tak mampu nak bangun untuk ke pejabat pun selama dua hari lepas.
Masa dihabiskan untuk berehat di rumah sahaja. Ha, yang paling penting selama dua hari tu dia langsung tidak menjawab panggilan daripada sesiapa kecuali Husna, Tuti, umi dan abahnya. Orang lain nak telefon dia lantaklah. Memang takkan dijawab olehnya.
“Dah sihat?”
Alissa menoleh ke kanan. Zafril. Adoi, pagi-pagi dengan semangat kerja yang berkobar-kobar dia dah nampak muka Zafril. Memang pembunuh semangat dia betul! Sepatutnya awal pagi biarlah dia nampak pemandangan yang mendamaikan hati dia..
“Hm..” Balas Alissa.
Hmm? Itu aje yang Alissa balas?
Zafril menoleh ke arah Alissa. “Hmmm tu apa? Belum pernah lagi dengar bahasa hmmm atau perkataan hmm..” Ajuk Zafril.
Asha dan Linda yang turut sama menunggu lif tergelak kecil. Amboi, promoter dua orang ni pun sibuk nak naik ke pejabat juga nak buat apa? Bukankah kerja mereka berdua di bahagian bawah sahaja?
“Tengok, pekerja lain pun gelakkan you. Linda, you faham ke bahasa hmm yang Cik Lisa ni gunakan?”
Linda memang tak melepaskan peluang untuk berbual dengan Zafril. Sepanjang Zafril masuk bekerja dengan syarikat ini mereka hanya mampu memandang lelaki ini sahaja, nak berbual memang tidak pernah sekali pun.
“Tak tahu juga saya Encik Zafril. Mungkin Cik Lisa aje yang faham bahasa hmm dia tu..”
Alissa membuntang memandang Linda. Ooo, mentang-mentang ada bos kacak sekarang ni, semua benda nak menangkan bos baru ya? Kalau dulu bukan main lagi menyendeng dekat dia kalau nak mohon cuti daripada Roslan.
Pembelot ye sekarang ni. Alissa menjeling ke arah Linda dan Asha yang seolah-olah faham bahasa jelingan Alissa.
“Cik Lisa janganlah jelling macam tu. Bos saja je tu nak bergurau pagi dengan Cik Lisa. Nak ceriakan muka Cik Lisa yang monyok tu..” Asha pula menyampuk.
Ei, dua orang perempuan ni memang nak kena jugak ni! Saja je nak kenakan dia depan Zafril kan.
“Saya sihat. Terima kasih sebab tanya.” Balas Alissa tanpa menoleh ke arah Zafril.
Ting!
Lif sudah sampai. Kaki melangkah masuk ke dalam lif.
Eh, kenapa tiba-tiba aje punuh ni? Tadi tak perasan pun ada orang lain turut menunggu lif di belakang dia.
Alissa bersempit-sempit dalam lif yang penuh dengan manusia. Dia tersepit antara Zafril dan seorang lelaki yang seperti sengaja mahu menyendeng dekat-dekat dia. Alissa mahu bergerak ke kanan sedikit tetapi terlalu sempit. Nanti Zafril tersepit pula.
Tiba-tiba terasa ada tangan melingkar di pinggang Alissa dan menarik dia rapat ke arah kanan. Ya Allah, rapat betul dia dengan Zafril. Memang betul-betul berada dalam pelukan Zafril dari belakang.  
Zafril ni tak tahu ke dalam lif ni ada ramai pekerja yang sama tingkat dengan mereka berdua? Sengaja nak buat gossip di pejabat lagi? Nak biar orang bercakap mereka berpelukan dalam lif pula.
Tangan cuba menolak tangan Zafril yang melingkar di pinggangnya.
“Suka kalau lelaki lain menyendeng ke?”
Zafril!!!! Kenapa nak sakitkan hati dia pagi-pagi macam ini. Alissa menahan geram dalam hati. Habis tu Zafril bolehlah ambil kesempatan yang ada seperti sekarang ini untuk memeluk dia. Macam tu?
Konon! Padahal sama je macam lelaki lain, cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dia.
Ya Allah, makin dia lawan makin Zafril kuatkan pelukan dari belakang. Ni kes apa pula ni? Nak selamatkan dia dari lelaki miang yang cuba menyendeng dengan dia dan Zafril sengaja ambil kesempatan peluk dia dalam lif yang macam sardin ni?
Zafril melepaskan pelukan apabila lif kian lengang. Tahu pun takut! Ingatkan nak terus peluk sampai ke tingkat lima!
Kaki lekas-lekas keluar dari perut lif sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat lima. Tak sabar nak keluar dari lif!
Laju sahaja langkah kaki diatur ke biliknya. Tidak mahu menoleh ke arah belakang lagi. Biarlah Zafril berjalan sendiri ke pejabatnya.
Pintu bilik ditutup sedikit kuat. Tubuh dihempaskan ke kerusi kulit.
“Haish!”
Pagi dah buat dia naik angin. Banyak sangat kesempatan yang Zafril gunakan ke atas dia. “Alissa, apa kau buat ni Lisa… Apa kau dah buat ni?!” Mulut becok bercakap sendirian. Memarahi diri sendiri yang lemah sehingga membuka banyak peluang keoada Zafril.
Come on Lisa wake up! He will make you suffer. Again!” Tangan digenggam kuat. Cuba menguatkan hatinya. Allah, hebat betul dugaan  Allah swt kepada dia. Lemah betul diri dia.
Kepala yang baru sahaja sepuluh saat dijatuhkan ke atas meja diangkat kembali dalam keadaan tersentak. “Lisa.”
Bodoh punya Zafril!
Ha, terkejut beruk dia. Nasib baik jantung tak lompat ke bawah meja. Sumpah terkejut.
“Awak ni tak reti ketuk pintu ke?”
Alissa sudah berdiri di hadapan mejanya sambil mengurut dada. Kalau dia tengah buat benda lain tadi, Zafril masuk dalam keadaan terkejut seperti ini dia juga yang malu.
“Pejabat I kan.. Suka hati I lah nak ketuk pintu ke tidak.”
Ya Allah.. Bahasa! Takde manners langsung.
Kalau dia ada anak nanti, manners yang akan dia terapkan dalam diri anak dia ialah mengetuk pintu sebelum masuk dalam bilik sesiapa. Itulah, kalau tak dididik dengan betul macam inilah jadinya.
“Saya tak tahu nak salahkan siapa sebab tak berjaya didik awak dengan elok Zaf.. Mungkin salahkan diri awak sendiri kot.” Alissa kembali duduk di atas kerusi kerja sambil membebel. Terbayang wajah lembut Datin Maheran. Rasa bersalah pula menuturkan ayat berbaur kurang ajar kepada Zafril.
Zafril jongket bahu. Tidak mahu memanjangkan rasa ketiakpuashatian Alissa terhadapnya. “Mana baju-baju terbaru yang I minta you siapkan dua minggu lepas?”
Alissa kecut perut! Mati. Dia belum siapkan lagi sepasang. Sumpah dia ingat nak siapkan dua hari lepas tapi dia jatuh sakit.
Err…”
Nafas terasa lintang-pukang. Kacau-bilau sistem pernafasan dia.
“Apa err?”
“Saya tak sempat nak siapkan semua koleksi..” Tergagap-gagap suara Alissa.
Fail ditangan dicampakkan ke atas meja Alissa.
Mata Alissa terpejam rapat ketika fail itu bergerak laju di atas meja kerjanya dan jatuh ke pehanya.
You jangan ingat I buat baik dengan you, you boleh pijak kepala I Lisa!” Keras suara Zafril melantun ke telinga Alissa. Marah betul lelaki itu.
“Saya..”
“I want it by today! Tak tak kira macam mana you nak siapkan, I nak semuanya siap hari ini juga! Faham?”
Kepala diangguk perlahan. Ya Allah, nasib baiklah fail tu dicampak ke atas meja. Kalau dicampak ke muka dia?
Macam inilah Zafril mengamuk semasa hari pertama lelaki itu meminta dia membuat kopi. Sengaja dia masukkan garam dalam minuman lelaki itu. Siap campak cawan lagi. Kali ini memang salah dia tak siapkan kerja. Nak melawan lebih-lebih pun tak berani sangat.
Nafas dihela perlahan apabila Zafril keluar dan menghempas pintu. Kenapa Zafril bengang sangat.. Tak pasal-pasal dia kena marah.
Gagang telefon berwarna putih diangkat. Beberapa butang di atas telefon ditekan. “Adelia, tolong masuk ke bilik saya.”
Adelia adalah pembantu Alissa. Gadis berusia sebaya dengan Nora iaitu setiausaha kepada Zafril banyak membantu Alissa walaupun mereka berdua masih lagi baru di syarikat ini.
Tiga minit kemudian Adelia muncul dengan beberapa fail ditangan.”Awak bawa fail apa ni Delia? Saya tak suruh bawa apa-apa fail pun..”
“Encik Zafril bagi kerja dekat saya Cik Lisa.”
Mata Alissa terbeliak besar. Gila! Zafril suruh Adelia buat apa pula?
“Sini saya tengok fail tu. Dia suruh awak buat kerja apa ni Delia?” Pelik lah, kenapa pula Zafril serahkan fail kepada Adelia sedangkan gadis berusia dua puluh tiga tahun ini ialah pembantu dia dalam membuat lakaran pakaian terbaru untuk syarikat mereka.
Mata bulat lagi. “Delia, bila dia bagi awak kerja ni?”
“Baru je Cik Lisa..” Adelia menarik kerusi dan duduk di hadapan Alissa.
“Ish, dia memang sengaja nak cari pasal dengan saya ni…” Alissa mula geram. Mesti Zafril tahu yang dia akan meminta pertolongan daripada Adelia sebab itulah Zafril sengaja bagi kerja lain kepada Adelia.
Tak guna!
“Delia, awak abaikan dulu kerja yang bos bagi dekat awak ni ye. Saya nak kita siapkan koleksi yang saya tunjuk dekat awak minggu lepas..”
Mata Adelia bersinar. “Boleh Cik Lisa. Boleh!”
Kalau dah namanya pereka fesyen mestilah suka kalau diberi kerja berkaitan dengan bidang tugasnya tapi kalau diberikan tugas menaip seperti setiausaha takkanlah suka pula! Kalau tengok muka monyok Adelia masa masuk tadi memang kasihan sangat.
“Saya dah gunting dress yang kita nak combine gold dan hitam tu tapi sekarang saya nak minta awak tolong jahitkan, boleh? Saya tak berapa sihat nak turun ke bilik jahitan dekat tingkat tiga. Awak boleh ke tak boleh tolong saya?”
Dress yang cantik tu kan Cik Lisa! Boleh sangat. Sangat-sangat boleh..”
Alissa membuka laci mejanya. Segugus kunci yang digantung dengan key-chain Eiffel Tower diambil dari dalam laci tingkat pertama dan dihulurkan kepada Adelia. “Okay, awak turun ke tingkat tiga, buka loker saya.. Memang ada sepasang aje lagi yang belum dijahit. Yang lain semuanya saya dah siapkan sebelum kita ke Perhentian hari tu.”
“Kunci yang mana Cik Lisa?” Adelia tayang segugus kunci kepada Alissa.
“Oh, yang ini.” Kunci yang bertanda dengan sticker berwarna oren ditunjukkan kepada Adelia.
“Saya turun dulu Cik Lisa.” Alissa mengangguk sebelum memanggil Adelia semula.
“Delia, jangan silap jahit ya?”
Dia percayakan Adelia tapi bimbang juga kalau gadis muda itu tersilap.. Bukan tak percaya tapi kalau ada buat kesilapan mati dia dimarahi Zafril nanti.
“Jangan risau Cik Lisa. Zero defeat.” Adelia mengangkat tangan menunjukkan tanda ‘OK; kepada Alissa agar jangan bimbang sebelum keluar dari bilik Alissa.
Alissa melepaskan nafas kelegaan. Nasib baiklah dia mempunyai Adelia yang boleh diharapkan. Kalau nak minta tolong Nora memang kirim salam ajelah. Gadis itu bukannya pandai menjahit. Lulusan ijazah kesetiausahaan memanglah bidang dia menjadi setiausaha dan menguruskan perjalanan kerja Zafril setiap hari.
“Nora, bos awak ada?” Fail-fail ditangan diletakkan di atas meja Nora. Lenguh hoi angkat lima biji fail tebal-tebal macam ni.
“Bos kita ada Cik Lisa. Nak jumpa bos ke?” Alissa rasa mahu ketawa kecil mendengar perkataan ‘bos kita’ yang disebut oleh Nora. Nak kenakan dia nampaknya Nora ni..
“Sibuk ke dia?”
Nora mengetuk perlahan pen di tangan ke dahinya. Berfikir sebentar sebelum menjawab. “Takdelah sibuk pun.. Tadi saya hantar kopi bos duduk termenung aje dekat sofa.. Macam merenung nasib..”
Merenung nasiblah sangat Zafril tu! Nasib apa yang dia nak renungkan entah.. Perangai macam budak-budak! Dah tua bangka pun jenis nak berdendam nak berdengki lagi.
p/s : Homaiii rinfunya dekat u ols! Rindunya nak baca komen u ols! Love you u ols so much okeh!! Terima kasih sebab sudi jenguk belog bersawang ini walaupun lepas tu mengomel dalam hati sebab hampaaaaagas Sri tak update update! Heeehe. Ampun pak!
Nanti kalau ada event kita jumpa peluk cium reramai okeh! I love you olsssss so much. Jangan lupa beli KPI dan ADDS nahhh! 
Mmmmuah ciked! 

Love,
Sri Sarah. 

3 comments :

  1. PANJANG nye bab kali ni....
    Hope lepas ni sis cepat2 update next entry...#^_^

    ReplyDelete
  2. Hmmmm masih samar2 lagi napa zafril anti ngan Lisa dan sebaliknya. Whyyyyyyy

    ReplyDelete
  3. Mmm lama nya nk wait sambungan..cepat2 wat novel tau sis

    ReplyDelete