Ashraff masih leka menunjukkan pelan di atas meja kepada Tan Sri Ahmad. “Ash rasa untuk projek kali ini mungkin lebih banyak unit rumah yang terjual.”
“Jadi Ash yakin yang Ash boleh uruskan projek ini?” Ashraff mengangguk yakin.
“Sangat yakin, pa.” Tan Sri Ahmad tersenyum bangga dengan anak tunggalnya.
Deringan telefon bimbit di sebelahnya menyebabkan perbincangan Ashraff dan Tan Sri Ahmad tergendala. Telefon bimbit di atas meja di capai.
“Kejap pa. Lia call Ash..” Tan Sri Ahmad mengangguk.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Kenapa Lia?”
Aulia diam. Tidak tahu kenapa dia menghubungi lelaki ini.
“Lia?”
“Awak balik lambat lagi ke?”
Ashraff bersandar di kerusi kulit. “Kenapa?”
Aulia kerling jam. Pukul 3.45 petang. Lambat lagi nak pukul enam. Dia tak boleh tahan lagi dah kalau kena tunggu sampai pukul enam. Boleh meleleh air liur dia.
“Lia.. Kenapa ni?”
“Awak boleh balik awal tak?” Ashraff tegak semula di kerusi kulitnya.
“What is wrong? You sakit ke? Nak pergi klinik?”
“Tak.. Tak. Bukan sakit. Saya nak makan Chicken Chop. Boleh tak kalau awak balik awal?”
Ashraff menarik nafas lega. Aulia ni buat terkejut dia aje. Ingatkan ada masalah apa tadi. Nasib baik dia tak meluru balik. “Malam nanti tak boleh ke?”
Aulia menggigit bibir bawahnya. Kalau malam nanti baik dia tunggu Ashraff balik baru dia bagitau. “Awak banyak kerja ke? Kalau awak banyak kerja tak apa lah..” Hampa dengan penolakan Ashraff. Dia memang teringin sangat-sangat nak makan chiken chop.
“Lia?”
“Yes.”
“Give me thirty minutes. Pukul 4.15 I balik ya? I ada meeting dengan papa sekarang ni.” Aulia bersorak gembira.
“Yay! Thanks Ash.”
Panggilan telefon ditamatkan. Aulia masih bersorak gembira.
“Kenapa dengan Lia?”
Ashraff tersengih memandang wajah Tan Sri Ahmad. “Lia teringin nak makan chicken chop. Terkejut Ash, ingatkan ada apa-apa dah berlaku dekat rumah tu.”
Melihat wajah Ashraff yang tampak gembira menimbulkan rasa kurang senang di hati Tan Sri Ahmad. “Ash, papa bukannya tak suka dengan Aulia tu.. Papa suka sangat. Budaknya baik, sopan dan bijak tapi dia bukan menantu pilihan papa.”
“Habis papa tak suka Ash kahwin dengan dia?”
“Bukan itu maksud papa. Papa suka dengan Aulia, papa suka Ash kahwin dengan dia tapi Ash kena ingat yang papa dah terlanjur berjanji dengan Tan Sri Faruk. Helinna perempuan yang paling sesuai dengan Ash. Kita ni orang korporat Ash. Orang korporat perlukan isteri yang bijak dan pandai membawa diri dalam pelbagai majlis.”
“Aulia pun selalu temankan Datuk Rahman ke pelbagai majlis. Ash tak nampak apa-apa masalah dengan Aulia.” Ashraff bingung. Jika Tan Sri Ahmad tidak bersetuju dia berkahwin dengan Aulia kerana Aulia kononnya tidak layak dengan dia, dia tidak nampak langsung sisi kekurangan Aulia tentang hal itu.
“Ash dah mula cintaknan dia?”
Ashraff tergelak kecil. “Papa, apa yang papa merepek ni? Dia kan calon pilihan mama. Ash kahwin dengan dia sebab Ash nak kahwin dengan Helly.”
“Ash tak jawab soalan papa. Ash cintakan Aulia atau tak?”
Ashraff kongket bahu. “Entahlah. Yang Ash tahu Ash cintakan Helly dan Ash akan kahwin dengan dia.”
“Lepas kahwin dengan Helly, Ash akan lepaskan Aulia? Macam tu?” Ashraff terkejut dengan soalan Tan Sri Ahmad. Sejauh itukah pemikiran papa dia?
“Pa, Ash belum fikir soal tu. Biarlah masa yang menentukan semuanya.Ash tak tahu apa hala tuju hubungan Ash dengan Aulia. Apa yan Ash tahu Ash buat semua ini untuk dapatkan Helinna. Ash sayangkan Helly.”
Tan Sri Ahmad duduk bersandar di kerusi kulit miliknya. “Sebenarnya sampai sekarang papa masih belum faham kenapa Ash kahwin dengan Aulia. Papa pelik dengan sikap Ash.”
“Kan itu syarat yang mama tetapkan kepada Ash..” Ashraff membela diri.
“Itu yang papa pelik sebab Ash selalunya akan bantah benda yang Ash tak suka tapi kali ini Ash setuju dengan cadangan mama. Ash tak pelik ke?”
Ashraff menggeleng laju sambil ketawa kecil. “Papa kot yang fikir banyak sangat. Mana ada Ash selalu bantah cakap mama. Itu kan mama kesayangan Ash.”
Tan Sri Ahmad ketawa besar. “Sejak bila Ash dah mula geng dengan mama ni? Mentang-mentanglah mama dah dapat geng baru, Ash pun bukan main lagi nak masuk geng mama ya?”
“Mama tu suka sangat dengan Lia kan, pa.”
Tan Sri Ahmad mengangguk setuju. “Papa pun suka dengan Aulia tu tapi hati papa tetap terpaut dengan Helinna. Kalau papa jumpa dengan Aulia dulu mungkin papa akan jodohkan Ash dengan dia tapi Ash fahamkan yang papa dah berjanji dengan Tan Sri Faruk?”
Ashraff angguk. “Jangan risau, Helly tetap akan jadi menantu papa.”
“Papa percayakan Ash. Hebat anak papa ni.. Muda-muda lagi dah nak pasang dua. Papa yang dah tua ni pun belum pernah terfikir nak buka cawangan lain.” Ashraff tergelak besar.
“Kalau papa nak rasa kena campak kain baju di luar rumah, papa bolehlah cuba. Mama dah pesan dengan Ash yang dia akan halau papa keluar.” Giliran Tan Sri Ahmad pula gelak sakan.
“Pa, Ash nak minta balik awal sikit. Nak bawak Lia keluar makan. Kesian Lia, mati kutu dia dekat rumah tu.”
“Kirim salam dengan Lia. Harap-harap cepatlah papa dengar khabar berita daripada kamu berdua,” Ashraff sengih kelat. Sabar.. Suatu hari nanti dia akan umumkan juga.
Melihat Aulia makan dengan berselera, Ashraff tersenyum gembira. Bukan senang nak tengok isteri dia makan banyak. Satu hari sekali aje makan, itu pun jenuh kena paksa.
“Kenapa tak makan?”
“I dah makan dengan Adi tengah hari tadi.” Dia kenal Zaidi, kawan baik Ashraff. Dia dah habis selongkar semua barang-barang peribadi Ashraff pagi tadi. Kecuali satu, bilik bacaan. Ashraff melarang keras dia masuk ke bilik itu.
Memang ada niat mahu membantah tapi malas nak cari pasal dengan Ashraff. Dia tak boleh jangka apa yang akan Ashraff lakukan kepada dia kalau dia tunjuk keras kepala yang melampau-lampau.
“Adi tu dah kahwin kan?”
Ashraff nampak terkejut dengan soalan Aulia. Pelik. “Mana mana you tahu?” Perasan yang dia sudah terlepas cakap, Aulia cepat-cepat menukar topik lain.
“Macam mana perbincangan awak dengan papa? Bincang pasal apa?”
“Bincang pasal projek terbaru di Nilai tu lah. Mungkin minggu depan I kena ke Nilai untuk lawat tapak projek dekat sana. Nak ikut? Boleh kita tidur dekat sana.” Aulia terlopong. Ashraff ajak dia ke nilai? Gila ke apa Ashraff ni!
“Tak payahlah nak terlopong sangat. Nanti I hantar you ke hotel dulu baru I ke site. Lagipun ada Salina dekat sana. Rimaslah perempuan tu asyik mengekor I ke hulu ke hilir.”
“Kenapa dengan Salina?” Aulia tanya soalan bodoh. Memang dia tak tahu apa kaitan Salina dengan Ashraff.
“La, takkan you tak tahu yang sepupu you tu tergila-gilakan I? Oh my God, tolonglah!”
Salina? Ei, memang perempuan tak tahu malu betul Salina ni! “Nak ikut!” Dia tidak boleh membiarkan suaminya ke sana seorang diri. Dia tidak tahu apa yang boleh Salina lakukan untuk mendapatkan suami dia.
“Kita pergi awal sehari jadi takdelah I kelam-kabut nak keluar awal pagi hari Isnin minggu depan. Okay?” Aulia angguk. Dia memang takde masalah nak berjalan ke sana ke sini sebab dia bukan ada kerja lain nak buat.
“Lia!” Aulia dan Ashraff kalih serentak.
“Hai Faz.” Aulia senyum manis kepada Salma di sebelah Fazri. “Duduklah sekali.” Sekadar ajak-ajak ayam tapi tak sangka Fazri anggap dia serius. Slumber badak aje tarik kerusi duduk di sebelah Ashraff.
“Sal, awak duduk di sebelah Aulia ya.” Salma tarik kerusi di sebelah Aulia. Aulia kelam-kabut mengangkat beg tangan yang diletakkan di atas kerusi sebelahnya.
“Korang dari mana ni?”
“Aku dari pejabatlah. Baru habis kerja terus lepak makan kejap dengan Salma. Tak sempat makan tengah hari cakap kau… Bongok punya Salina. Sakit betul hati aku.” Salina lagi.
“Salina buat apa dekat kau?”
Fazri berdengus geram. “Dia tak bagi aku dengan Salman pergi rehat sebab dia nak tengok laporan pembelian barang-barang untuk projek di Nilai tu. Aku dah bagi report tu dua hari lepas tapi hari ni dia mintak lagi.”
“Ala Faz, bukan kau tak kenal macam mana perangai Lina tu kan. Dia tu memang suka campak fail merata tempat lepas tu salahkan orang tak serahkan fail tu kepada dia. Kau jangan ambil hati sangatlah dengan dia tu, ya?”
Fazri melepaskan keluhan berat. “Aku dah tak sanggup lagi nak kerja bawah dia, Lia. Baran dia dengan menggedik dia tu memang sama level. Aku ni dah rasa muak level lapan belas dah dengan perangai dia tu.”
“Sikit lagi nak level dua puluh. Kau kontrol sikit tahap muak kau tu aku takut kalau-kalau ada yang masuk wad Tampoi kang..” Fazri, Salma dan Ashraff gelak serentak.
“Kalau gila senang, tak payah aku kerja dengan dia lagi.”
“Janganlah cakap macam tu. Kau dah lama jadi tulang belakang Megah Holdings takkan macam tu aje kau nak angkat kaki?”
“Habis kau tu?” Fazri memulangkan paku buah keras kepada Aulia.
“Aku lain, special.”
“Apa yang special sangat pasal kau tu?”
Aulia kerdip matanya beberapa kali. “Ha, see. Kau pun terpukau bila aku kerdip mata aku. Aku cantik jadi senang nak dapat kerja.”
Fazri buat riak mahu muntah. “Tolonglah Lia, tolong jangan perasan sangat. Nak muntah aku!” Aulia ketawa besar.
“Dah..dah. Merepek aje kau ni. Tu pesan makanan cepat. Hari ni kau pulak belanja makan. Kan Sal?”
Fazri ketuk kepala Aulia dengan buku menu di tanganya. “Kau sengaja nak kenakan aku depan Salma kan?”
Aulia gosok kepalanya perlahan. “Jahat!”
Ashraff hanya menjadi pemerhati kemesraan Aulia dan Fazri. Nampak sungguh rapat dan boleh berbual dengan sangat mesra!
“Macam mana korang boleh keluar bersama?” Aulia dan Ashraff terkedu dengan soalan Fazri dan saling berpandangan. Haa, siapa nak jawab.
“Lia?” Adoi, kenapa Fazri petik nama dia!
“Aa…em…” Aulia garu kening. “Aku terserempak dengan Ashraff tadi jadi dia ajak aku makan. Mula-mula memang aku tak nak tapi dia ugut nak call Helinna kalau aku tak temankan dia. Biasalah, kawan baik kan..” Aulia tayang sengih supaya penipuannya tidak dapat dikesan oleh Fazri.
“Ye ke? Kau ke dari mana?”
“Shopping!” Laju Aulia menjawab soalan Fazri.
“Mana barangnya?”
“Dah simpan dalam kereta tadi.” Fazri angguk. Aulia melepaskan nafas lega. Fuh..janganlah tanya dia apa-apa soalan lagi. “Dah la cepat pilih makanan kau tu. Aku nak balik pulak lepas ni. Nanti mummy aku bising.”
“Ala, kalau kau takut dia bising biar aku hantar kau sampai rumah. Sal boleh bawak balik kereta aku. Nak?”
Mata Aulia spontan membesar. “Ha, tak payah.. Tak payah. Aku boleh balik sendiri. Kau ni suka tau nak menyusahkan diri sendiri.”
“La, nak susah apa nya? Kau kan kawan aku, kalau mummy kau marah biar aku yang jawab.”
Aulia menggawang tangannya ke udara. “Tak payah.. Tak payah. Lepas makan ni kita balik, okay?”
“Ala, dah lama tak lepak dengan kau. Jom la kita tengok wayang sama-sama. Aku, kau, Ashraff dengan Salma. Nak?” Aulia pantas menggeleng tidak setuju.
“No.. No.Aku tak setuju dengan cadangan kau. Ash mungkin ada hal lain. Kan Ash?”
“Nak tengok cerita apa? Boleh aje. Lepas Maghrib kita tengok dekat Cineleisure. Okay?” Fazri tepuk tangan gembira. Aulia terlopong dengan cadangan Ashraff dan Salma hanya senyum sahaja. Ikut apa kata majoroti agaknya.
“Set! Boleh…boleh. Kejap aku google ada cerita apa yang seronok sekarang ni. Lia suka tengok horror movie tapi dia suka tidur bila cerita macam tu. Jadi kita tengok cerita aksi kalau ada.” Ashraff tergelak kecil. Aulia suka tengok cerita seram? Patutlah Aulia langsung tidak menjerit ketika mereka menonton cerita hantu tidak lama dahulu. Menarik!
“Kalau macam tu kita tengok Iron Man?” Cadangan Ashraff membuatkan hati Aulia bimbang. Kalau tengok wayang pukul 8.00 malam bermakna dia akan balik ke rumah lebih kurang pukul 10.30 malam. Mesti Fazri akan risaukan dia. Macam mana kalau Fazri berkeras mahu menghantar dia pulang ke rumah? Gila!
Aulia sepak kaki Ashraff di bawah meja.
“Hoi, siapa sepak kaki aku bawah meja ni?” Aulia ternganga. Alamak, salah kaki. Ingatkan kaki Ashraff tadi rupanya kaki Fazri.
“Aku.. Aku tersepak tadi.” Aulia perasan yang Ashraff tergelak kecil. Gelakkan dia ya.. Gelakkan dia. Suka sangat Ashraff sekarang ni ya.
Aulia kembali memandang chicken chop di dalam pinggan. Makanan ini sudah tidak menarik lagi sekarang ini. Fazri.. Fazri. Kau memang cari pasal! Nak tengok wayanglah, nak makan malam sama-samalah.. Siap kau Faz!
“Banyak lagi makanan you tu, cepat habiskan semua.” Bagaikan satu arahan daripada Ashraff, Aulia memegang semula garpu dan pisau.
p/s : Alhamdulillah uodate jugak!! Sambungan ADDS dah boleh baca ye dalam versi cetakan. Syukur sangat-sangat tetiba aje dua buku keluar. I is so tak sangka and so thankful! Terima kasih sangat kepada yang sentiasa menyokong dan membaca karya Sri.. Maaf sebab lama tak update dan tak mereply komen/mesej dan email. Sri busy dengan butik yang baru bukak. InsyaAllah doakan agar sentiasa diberi kelapangan dan waktu untuk menulis.. Amin!
Dear darlings, jangan lupa dapatkan ADDS terbitan KaryaSeni di kedai-kedai buku ya. Kalau takde awak sayang semua boleh beli dari karyaseni punya laman web tau! Sekejap aje dah sampai. :)
Love,
Sri Sarah.
Dah order dr KS, tggal tggu posmen hntr p dpn rumah je..skrg kan cuti..xsabarnya nak baca... :)
ReplyDeleteSri oh Sri... Rindu gila (1000000x)dgn A & A ni...! Tq sbb up tis n3 sementara tgu Sri dpt order ADDS ni... Jgn lupa pm tau bila dh dpt.. Akak nak order ;)
ReplyDeleteTamak ah ash ni.. Lia lari baru tau! Huh!!!
ReplyDeleteSalam Sri. Akak dah dptkan novel adds..best, 3 x khatam. Memang x rugi beli. Kpi pun dah jadi koleksi. Sekarang tunggu kemunculan novel sri yg seterusnya..x sabar2 nak baca cinta jgn sakiti aku.
ReplyDeleteya Allah, dah keluar dalam versi cetakan rupanya.. erm,takut pulak xde duit nak beli.apa2pun,tahniah kak sri. insyaa Allah akan memiliki both of ur book x lama lg.
ReplyDelete