Thursday 18 December 2014

Part 3 - Bali Cintaku



Eleena memerhatikan Zaidan yang berjalan perlahan menuju ke tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan tandas. “Sure ke awak okay lagi ni? Kalau tak larat kita boleh balik je.”
“Saya nampak macam orang sakit ke?” Soal Zaidan semula.
“Memang sakit pun kan.. Saya rasa eloklah kalau kita balik. Tarian kecak pun dah tengok tadi kan..” Jujur dia kasihankan Zaidan yang nampak lemah sahaja. Mungkin lelaki itu benar-benar sakit tetapi masih mahu menemani dia ke Garuda Wisnu Kencana kerana bimbangkan keselamatan dia seorang diri.
“Eden, dekat Bali ni ramai je mat salleh yang melancong seorang diri. Saya tak kisahlah kalau kena datang sini sorang-sorang.” Dah memang dia melancong ke Bali pun seorang diri, takkan dia harapkan tiba-tiba muncul seorang kawan pula di sini. Memang taklah.
“Itu mat salleh. Awak ni bukannya mat salleh.”
Rengusan kecil terbit dari bibir Eleena. Boleh tahan degil juga. “Habis tu sekarang ni awak okay tak nak berjalan?”
“Kita lepak minum kejap, boleh?” Mata Zaidan menyorot ke tempat makan yang disediakan dihujung jalan berhampiran jalan keluar dari GWK.
“Sure.”
Eleena menyentuh lembut tangan Zaidan. Bimbang jika lelaki itu tiba-tiba sahaja pengsan. Muka Zaidan nampak pucat sangat!
“Awak nak minum apa? Biar saya belikan.” Laju Eleena menawarkan diri untuk pergi membeli air untuk Zaidan. Dia mahu lelaki itu berehat dahulu.
“Eh. Takpe, awak duduk je. Saya belikan untuk awak.”
“Awak duduk dan rehat. Kejap lagi kita nak pergi Uluwatu pula.. Banyak lagi tempat nak berjalan tau tak?”
“Saya nak hot tea.”
Eleena menghilang dan kemudian muncul semula dengan dua cawan air di tangannya. Satu cawan diletakkan di hadapan Zaidan dan satu lagi di hadapannya.
“Awak tahu Shahrin intip awak sampai sini?”
Pantas Eleena memusingkan kepalanya laju ke kiri dan ke kanan.
“Dah hilang..” Balas Zaidan.
“Awak nampak dia? Apa dia buat? Oh my God! That guy is crazy.”  Geram betul dengan sikap Shahrin yang kebudak-budakan. Takkanlah tak boleh nak faham bahasa paling mudah dia tuturkan? Dia kata dia tak mahu, tak mahulah!
“Shahrin akan dapatkan apa yang dia nak.. Saya tak rasa dia akan lepaskan awak macam tu aje El.”
“Orang gila memang macam tu Eden. Malas nak layan dia!”
“Saya tak faham.. apa yang dia buat sampai awak tak boleh maafkan dia?”
Nafas dihela perlahan. Kopi dalam cawan disisip perlahan. “Awak tak perlu faham apa-apa pun Eden.”
“Habis tu awak nak biar dia terus-terusan ganggu awak? Kalau sampai ke Bali dia boleh cari awak, tak mustahil dekat Malaysia pun dia akan ganggu awak, El.”
“Malaslah saya nak fikir. Lantaklah dia nak buat apa pun.. Orang gila macam tu makin awak layan, makin dia suka! Lebih baik ignore aje dia.” Cadang Eleena.
“Saya tak tahu apa masalah awak berdua tapi saya bimbang keselamatan awak dekat sini El. Bahaya kalau dia terus ganggu awak.”
“Awak kan ada dengan saya dekat sini.”
Deng!
Eleena rasa nak cili mulut sendiri. Kenapa dia boleh cakap macam tu dekat Zaidan? Oh.. mana nak sorok muka ni? Itulah mulut ni laju aje nak menjawab setiap patah kata-kata orang. Eleena.. kenapa suka buat malu kaum?!
“Er.. tak.. Maksud saya awak boleh tolong saya kalau dia ganggu saya lagi, kan?”
Cover balik ayat tadi biar nampak senonoh sikit. Aduh! Jangan gelojoh sangat boleh tak Eleena?
Sure.”
Sure? Itu aje Zaidan jawab? Aloh! Tak gentleman langsung. Jawablah ayat-ayat jiwang sikit biar hati dia berbunga.
Oh, Eleena, apa kau harapkan ni? Kau baru kenal dia kurang dari 48 jam tahu tak? My God!
Eleena membiarkan rambut panjang miliknya berterbangan ditiup angin petang. Zaidan yang berdiri samping menompang tubuhnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya dibiarkan melayan perasaan sendiri.
Keadaan dia lebih baik berbanding ketika di GWK tadi. Tadi dia memang rasa letih dan sakit-sakit badan semua ada tetapi sekarang dia sudah bertenaga dan boleh berjalan dengan elok berbanding tadi.
Feeling better?”
Zaidan mengagguk dengan pertanyaan Eleena.
Terasa seperti dia mahu mengenali lelaki ini dengan lebih mendalam, Eleena kalih kepalanya memandang Zaidan yang berdiri malas di sebelah kirinya. “Awak memang melancong ke sini seorang diri?” Antara percaya dan tidak.
“Yep.”
“Why?”
“Maksud awak apa dengan ‘kenapa’?” Pertanyaan Eleena dibalas dengan pertanyaan juga daripada Zaidan.
“Lelaki ke Bali seorang diri.. Macam pelik. Bali ni kan tempat untuk orang berhibur malam hari.. Tinggal di Hard Rock pulak tu.. Banyak hiburan waktu malam dekat sana. Ada agenda tergendala dekat sini sebab saya ke?”
Eleena hanya memerhatikan sahaja Zaidan yang tergelak kecil. “Awak ingat saya ke sini sebab nak pergi ke bar ke?”
Bahu dijongket malas. “Who knows.Bar dekat sini mungkin lebih happening berbanding dekat Malaysia.”
“El, setakat nak melepak dekat kelab.. nak tengok perempuan menari bagai tu dekat Malaysia pun bersepah El. Saya tak perlu datang sejauh ini nak buat semua tu.”
“Habis tu buat apa dekat sini sorang-sorang?”
“Awak pula buat apa dekat sini sorang-sorang? Nak pergi berlibur di kelab malam juga?” Sindir Zaidan kepada Eleena.
“Jangan nak merepek ya! Saya bukan perempuan macam tu..”
And I also not that type of guy!”
“Okay, saya percayakan awak.. Kalau awak tipu pun saya still percayakan awak.”
Zaidan ketawa kecil. “Awak ni memang paranoid ya El? Awak takut saya buat bukan-bukan pada awak?”
“No. Saya tak cakap macam tu ya.. Saya Cuma pelik aje bila lelaki melancong seorang diri.. Mesti ada sesuatu yang dia cari.”
“Awak rasa saya cari apa, El?”
Sekali lagi Eleena jongket bahu. “Entah.. manalah saya tahu apa yang awak cari..”
“Cari menantu untuk bonda saya.” Serentak itu Zaidan ketawa besar. Confirm Eleena akan cuak!
“Jumpa ke tidak?”
Amboi, berani Eleena ya..
“Hampir jumpa tapi stuck dekat sini dengan awak pulak.. Kalau tak mungkin dapat berkenalan dengan dia lebih mendalam malam tadi masa dekat Jimbaran Bay.”
Eleena pandang wajah Zaidan. Bukan ke semalam lelaki itu cakap dia ke sana seorang diri? “Awak nampak perempuan tu semalam?”
Kepala diangguk perlahan. “Tegur tak?”
“Mestilah tegur dan sempat berkenalan sedikit tapi ada hal pula lepas tu.. Tak boleh nak teruskan perkenalan.”
“Masa tu awak dah jumpa dengan saya ke belum?”
“Wahhh, awak macam berminat dengan saya aje El?”
Eleena membetulkan ton suaranya sedikit. Berdehem beberapa kali untuk menutupi rasa gusar diriak wajahnya. Nampak dia macam berlebih-lebih pula menyoal Zaidan. Ah, dia bukannya jatuh cinta dengan lelaki kacak ini tetapi dia bimbang jika dia berkenalan terlalu rapat dengan Zaidan sehingga ada pula yang terluka nanti.
Iyelah, di Bali dia hanya ada Zaidan seorang sahaja. Dia masih berbaki dua hari di sini sebelum dia pulang ke Malaysia. Tadi semasa di GWK pun Shahrin ikut dia, kalau ada Zaidan sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa takut sangat.
“Awak tak nak jawab soalan saya ke El?”
“Soalan apa?” Eleena buat-buat bodoh.
“Awak berminat dengan saya ke?”
“Awak memang suka perasan kan, Eden?” Eleena mengalihkan pandangan matanya ke arah laut. Dari bahagian atas sini dia boleh melihat pemandangan laut di kawasan Uluwatu dengan sangat-sangat cantik! Subhanallah. Melihat ombak yang kuat memukul tebing, Eleena mengucap panjang. Betapa indahnya cipataan Allah. “Lepas ni kita boleh balik, kan?”
“Tunggu matahari terbenam, lepas tu boleh balik ke Kuta semula.. Dari sini tak jauh pun nak ke Kuta.. Mungkin empat puluh lima minit macam tu aje.”
Eleena angguk perlahan.
“Cantik sangat pemandangan laut dari atas sini, kan?”
Sekali lagi Eleena angguk.
“Pandang camera. Biar saya ambil gambar awak.” Eleena kalih ke belakang. Zaidan sudah terpacak elok beberapa meter di belakangnya. “Smile.”
“Eh, Eden... Tak perlulah.”
“Stop talking and just smile!”
Eleena mengukir senyuman manis selepas dipaksa oleh Zaidan.
One more. Smile.”
Sekali lagi Eleena tersenyum manis ke arah Zaidan.
Excuse me sir, can you please take a photo of us?”
Mata Eleena membuntang saat Zaidan meminta pertolongan seorang mat salleh untuk mengambil gambar mereka. “Eh, tak nak lah Eden..”
“Jangan risau, takde sesiapa yang akan serang awak sebab saya..” Zaidan berdiri dekat dengan Eleena. “Look at the camera lah, bukan at me.. Just smile.”
Eleena mengukir senyuman paksa. “Girlfriend awak tak marah ke nanti?” Ewah, ayat nak pancing Zaidan ada girlfriend ke takde.
“Kalau dia nampak gambar kita berdua mungkin dia akan marah kot.. Just wait and see.”
Hati Eleena mula berdebar kencang. “Awak biar betul sikit Eden! Jangan main-main.. Nanti saya kena serang pula.”
Kamera dari tangan mat salleh bertukar ke tangan Zaidan. “Is that okay?”
Melihat Eleena wajah Eleena yang ditangkap dengan mimik muka yang tidak berhenti-henti bercakap di dalam gambar itu, Zaidan menghulur kamera DSLR sekali lagi kepada mat salleh itu. “Er, can you please snap one more, sir?”
Eden!” Eleen terjerit kecil. Tadi kan dah tangkap, sekarang nak tangkap gambar apa lagi.
Yeah sure!” Bersungguh-sungguh mat salleh itu mengangguk dan mengambil huluran kamera dari tangan Zaidan.
“Gambar tadi tak jadi. Muka awak senget sebab cakap banyak sangat.”
Eleena pantas senyap. Buruk sangat ke muka dia sebentar tadi?
“Smile guys. One.. two.. three.”

Wow, very nice. Thank you so much sir!” Puji Zaidan kepada mat salleh itu sebaik sahaja matanya menangkap kepingan gambar dalam kameranya itu.
Your wife so beautiful. Lucky you.”
Zaidan sengih kelat. Amboi-amboi mat salleh ni, bukan main manis lagi ayatnya. Depan dia pun nak menggatal juga.
“Thank you.”
Mat Salleh itu beredar dari tempat Eleena dan Zaidan.
“Ha, nampak tak tu ada mat salleh yang gatal? Bayangkan kalau awak dekat sini seorang diri mesti ada yang mengacau..”
“Saya pergi Krabi dulu sorang-sorang aje takde siapa pun yang kacau.. Masa pergi Singapore pun takde siapa yang kacau..” Ekeena membela dirinya.
“Itu tempat lain.. Bali tempat lain.”
“Sama juga.. Tetap tempat orang.”
“Tak elok sebenarnya orang perempuan ni berjalan seorang diri. Tak ingat ke zaman sekolah dulu cikgu selalu pesan kalau nak ke mana-mana mesti berteman?”
“Ke mana? Tandas?”
Spontan Zaidan tergelak dengan jawapan Eleena. “Tau pun.. Orang perempuan masa zaman sekolah dulu kalau nak ke tandas aje mesti berdua.. kan?”
“Itu zaman kecil-kecil.. Sekarang dah besar. Kalau boleh nak ke mana-mana pun sorang diri.. Baru ada privacy.”
“Degil betul awak ni. Esok kalau nak keluar tunggu saya sekali. Saya nak ikut awak.”
“Hey! Awak kan datang sini seorang diri kenapa pula nak ikut saya?”
“Nak temankan awak yang takde kawan tu..” Zaidan bergerak dari kedudukan sekarang ke sebelah kanan Eleena.
“Tak payah temankan saya pun tak apa.. Baik awak berehat dalam bilik aje.”
“Tak nak. Nak ikut awak.”
“Saya nak mandi pantai ajelah esok! Itu pun nak ikut ke?”
Pantas Zaidan membalas. “Nak.”
Eleena berdengus kuat. Geram betul!
“Wow! Cantiknya pemandangan matahari terbenam. Subhanallah.” Ujar Zaidan yang terkesima dengan pemandangan pada petang itu.
Mata Eleena memandang ke langit. Sumpah, memang amat cantik! “Cantik sangat..”
Eleena senyum tanpa sedar. Kagum dengan pemandangan yang dilihat olehnya. Zaidan mengambil peluang itu merakam wajah Eleena yang tersenyum tanpa paksaan. Eleena yang sangat cantik dan asli.
Rambut hitam pekat yang diterbangkan oleh angin, bibir merah jambu dan hidung mancung milik Eleena sangat cantik! Ditambah pula dengan pemandangan di bahagian belakang yang indah menjadikan semua ciptaan Allah sangat cantik dalam satu gambar.

p/s : Weeeheee, tak jadi keluar siang tadi, malam baru nak keluar. So sebelum keluar Sri post satu entry untuk semorang okeh!
Nantikan part seterusnya. Wink wink!

7 comments :

  1. so sweet....tak sabar nak tunggu next entry..

    ReplyDelete
  2. smbng lagi sis ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sambung banyak bab ni..., Dah baca ke?
      Hehe

      Delete
  3. Best jgk cite ni...

    ReplyDelete
  4. sweet couple. Both cari jodoh harap both end up with each as they make a sweet couple.. Best cite nie teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harapnya begitulah.
      Hihi...
      InsyaAllah tq syg!

      Delete