Wednesday 31 December 2014

Part 5 - Bali Cintaku


Sejak pulang dari Bali sejak seminggu yang lalu, Eleena banyak mengurung dirinya di dalam bilik. Takut nak keluar dari rumah? Bimbang kalau-kalau dirinya terserempak dengan Zaidan dan dilamar oleh lelaki itu?
Eleena memeluk bantal peluk berwarna merah jambu dengan kuat. Perasaan geram masih bergumpal dalam hatinya. Geram dengan Zaidan yang sanggup menduakan Sherni. Apa Zaidan ingat dia perempuan perampas ke?
Telefon bimbit yang tiba-tiba sahaja bordering membuatkan Eleena mengurut dada. Terkejut bagai nak rak tiba-tiba sahaja telefon berteriak kuat.
“Hello! Ada apa Mil?” Eleena menyapa Muzammil di talian.
“El, susahnya nak telefon kau..”
Eleena berdengus kecil. “Ada apa-apa yang penting ke dekat kedai?”
“Bukan pasal kedai, bukan pasal kek.. Semua tu mama kau dah uruskan dengan baik.”
“Habis tu?” Pantas sahaja Eleena memotong.
Muzammil melepaskan keluhan berat. “Kau ada masalah ke El? Dah seminggu kau balik tapi langsung tak masuk kerja..”
“Aku tak sihat.”
Suara Muzammil berubah cemas. “Saki tapa? Kau demam kena air laut Bali ke? Kau dah pergi jumpa doktor? Kau nak aku bawa kau jumpa doktor tak?”
Eleena kalih tubuhnya yang menghadap ke arah kiri kepada keadaan terlentang. “Mil, aku okay.. Jangan risau ya?”
“Kalau kau sakit kau boleh suruh aku bawa kau ke klinik..”
“Kau tak payah risau. Papa aku ada dekat rumah. Kalau aku nak ke klinik aku boleh minta papa aku atau abang aku bawa aku.. Kau buat kerja kau, okay?” Eleena memandang kosong ke arah syiling berwarna putih.
“El..”
“Aku tak sihat sangat ni Mil.. Aku kena rehat.” Eleena mengakhiri perbualan telefonnya dengan Muzammil.
Nafas keluhan dilepaskan berat.
Muzammil pulak dah. Tak habis-habis nak ambil tahu tentang dia. Ini mesti kerja mama yang beritahu pasal dia dah balik dari Bali tapi asyik terperap dalam bilik sampai tak keluar makan.
Tok tok!
Eleena menyahut panggilan dari luar biliknya. “Masuk..”
“Anak dara papa asyik terperap dalam bilik ni kenapa?”
Eleena bangkit duduk bersila di atas katil. “Papa dah balik dari surau ke?”
“Dah lama papa balik..Tunggu nak makan malam sekali dengan El malam ni tapi El tak turun-turun pun..” Rugut Haji Zamarul kepada anak gadisnya. “Mama kata dah puas ajak El turun tapi El tak turun juga..”
“El rasa tak sihat..”
“Sejak balik dari Bali ni papa tengok El lain macam aje.. Apa yang tak kena dengan Bali?” Banyak kali sebenarnya Haji Zamarul  dan Hajah Arafah cuba mengorek rahsia Eleena namun Eleena banyak mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik.
“Kalau El ada masalah apa-apa, El tahu kan yang papa ni lebih memahami berbanding mama..” Tambah Haji Zamarul mengusik Eleena.
“Takde apa-apa.. Semuanya okay. Mama dengan papa janganlah risaukan El. Esok El pergi kerja macam biasa, okay?”
“Mil ada telefon El tak?”
Eleena mencari wajah Haji Zamarul. “Papa yang cakap dengan dia pasal El berkurung dalam bilik ya?”
Tubuh Eleena digosok perlahan. “Dia risaukan El. Dah banyak kali Mil tu singgah ke sini lepas habis waktu kerja, El langsung tak pernah turun.. El bergaduh dengan Mil ke?”
Perlahan kepala digelengkan. “Takde sebab langsung El nak bergaduh dengan Mil tu papa..”
“Habis tu?”
Nafas dilepaskan perlahan. Mengeluh kecil. “Pa, macam mana El nak cakap ya.. Hubungan El dengan Mil hanya sebagai rakan sekerja. El takde apa-apa perasaan pada dia. Mama dengan papa jangan;ah berharap apa-apa daripada El.”
Giliran Haji Zamarul pula mengeluh. “El masih juga nak tunggu Shahrin?” Anak mata Haji Zamarul menikam anak mata coklat pekat milik anaknya. “El tak tahu serik ke?”
Eleena membetulkan posisi duduknya yang bersila di atas katil. Kaki dilunjur ke bawah. Bantak peluk dibawa ke dadanya. “El jumpa dengan Shahrin di Bali.”
Ternyata Haji Zamarul terkejut dengan pengakuan Eleena. “Jadi betullah telahan mama yang Shahrin memang ke Bali dengan El? El tipu papa dengan mama selama ni?”
Pantas kepala digeleng. “Dia yang ikut El sampai ke sana.. Bukan El yang beritahu dia El akan ke sana.”
Riak wajah Haji Zamarul menunjukkan dia belum berpuas hati dengan jawapan Eleena. Dia yakin Eleena ada menyembunyikan sesuatu daripada dia dan isterinya. “El jangan cuba buat benda yang bukab-bukan ya. Kita tahu siapa Shahrin tu.. jangan cuba conteng arang di muka mama dan papa.”
Tidak betah duduk,Eleena bangkit. “El takkan buat benda yang bukan-bukan. Papa percayakan El, kan?”
“Tak ada apa-apa yang buruk berlaku di Bali?”
Soalan Haji Zamarul membuatkan otak Eleena memproses semula kenangan di Bali. Lambat-lambat Eleena menganggukkan kepalanya. “Kalau ada mesti El dah cakap dengan papa dan mama..”
Haji Zamarul angguk. “Kalau ada apa-apa yang buruk jadi pada El, papa tak sanggup nak hadapi semua tu. El satu-satunya anak perempuan yang papa ada. El tahu yang mama dan papa sangat sayangkan El, kan?”
Tubuh dua beranak itu bersatu dalam pelukan. ‘Maafkan El sebab tak ceritakan tentang Zaidan.. Tapi percayalah yang takde apa-apa yang berlaku antara El dan Zaidan..’ Bisik Eleena dalam hatinya.
Hajah Arafah yang tiba-tiba muncul di muka pintu menyebabkan Eleena terkejut beruk. “Ada sembunyi apa-apa ke dari mama dua beranak ni?”
“Mana ada ma..” Eleena lekas-lekas tayang muka selamba. “Mama suka kan tuduh El yang bukan-bukan.”
“Apa yang tuduh bukan-bukan.. Balik rumah terperap dalam bilik macam orang ada masalah, mama tuduh yang bukan-bukan lagi ke?” Sergah Hajah Arafah.
“Allah.. Pah oi. Awak ni suka sangat nak menuduh anak kita kan. Janganlah asyik nak salahkan El aje..” Bela Haji Zamarul.
“Abang, El ni dah berapa hari balik ke Malaysia.. Langsung dia tak bercerita tentang percutian dia ke Bali. Ada ke sebelum ni anak abang buat perangai macam ni?”
Iya tak iya juga. Biasanya Eleena bersemangat dengan setiap kali percutiannya. Balik sahaja dari percutian Eleena akan bercerita tentang pengalamannya di negara orang. Berbeza kali ini, Eleena hanya cakap semuanya okay.
“El tak sihat agaknya. Lagipun dia bukannya ke sana nak berseronok tapi nak tenangkan fikiran dia tu.. Awak ni pun sudah-sudahlah nak menuduh anak saya ni..” Sekali lagi Eleena dibela oleh papanya.
“Mama, seriously memang El takde simpan apa-apa rahsia dari mama. Kan dulu El dah pernah ke Bali. El dah cerita semua yang ada di Bali dekat mama.. Dulu dengan sekarang sama aje.”
“Lama mama tak nampak kereta Shahrin dekat depan rumah kita. Mana pergi budak tu?”
Aduh. Mama pula yang sebut pasal Shahrin. Dia kalau boleh nak hapuskan terus sebaris nama yang paling dia menyampah itu dari hidupnya.
Eleena hanya menjongket bahu menjawab pertanyaan mamanya. Malas nak cerita lebih-lebih.
“Eh mama tanya ni.. Apa jongket bahu aje? Shahrin mana?”
“Manalah El tahu.. Bukannya El yang jaga dia..”
“Baguslah kalau dia dah tak ganggu El. Mama tak suka dia ganggu anak mama dan keluarga kita.” Balas Hajah Arafah.
“Kalau macam tu mama pesan dengan Abang An sekali jangan bagitau apa-apa pasal El dekat kawan baik dia yang tak guna tu!” Eleena tahu selama ini Abangnya Emran yang banyak menyalurkan maklumat tentang Eleena kepada Shahrin. Tak guna betul abang dia!
“Mama dah cakap dengan Abang An pasal tu.. Yang mama risau El tu kalau jumpa dengan Shahrin.. Mama cakap dengan El sekali lagi yang mama tak mahu menantu yang bernama Shahrin. Faham?”
Eleena hempas punggung atas tilam. “Ma, El pun tak hingin la berlakikan Shah tu.. Langsung tak nak!” Tegas Eleena geram. Berapa kali nak kena ulang yang dia tak mahu Shahrin lagi dah. Tak mahu!
“Sudah la tu Pah.jom kita keluar.. Biar El berehat.” Haji Zamarul menarik tangan isterinya yang keberatan mahu keluar dari bilik anak dara mereka. “Jom..jom..”
“Abang,Pah belum habis cakap dengan El lagi..”
“Sudah.. Sudah. Esok sambung membebel. Penat dah telinga Eleena nak dengar awak punya bebelan tu..”
Haji Zamarul menutup pintu bilik Eleena. Lega!
Tangan menguis telefon bimbit. Terasa sayang pula mahu memadam gambar kenangan dia bersama Zaidan semasa di Bali. Alah, gambar aje pun.. Apa salahnya kalau dia simpan gambar mereka berdua. Bukannya dia simpan gambar Zaidan seorang.
Perlahan air matanya gugur.
“El! Kau bukan macam ni.. Jangan menangis!” Tangan menepuk dadanya yang terasa sakit. Sumpah dia sedih mengenangkan hubungan dia dengan Zaidan yang terputus begitu sahaja.
Mata dipejam perlahan.
“Betul ke awak ni memang takde girlfriends?” Eleena memandang ke arah air laut yang kuat memukul tebing.
“Kenapa.. Muka kacak macam saya ni wajib ada kekasih ke?” Zaidan menyoal semula.
“Macam tak percaya.. Awak jangan tipu saya tau.. Berdosa!”
“Kalau saya takde kekasih, awak nak ke jadi kekasih saya?”
Eleena lekas-lekas melarikan pandangan matanya dari Zaidan. Gila boleh cair hati dia kena panahan mata Zaidan. Kecut hati! “Memang tak nak lah..”
“Shahrin tu kekasih awak ke?”
“Bukanlah.. Awak ni, berapa kali saya dah cakap dengan awak.. Dia bukan kekasih saya, bukan suami saya atau pun bukan juga bekas suami saya.”
“Saya pelik sebab sampai ke sini dia cari awak. Saya nak awak tahu yang kalau awak perlukan kawan, saya sedia menjadi pendengar yang setia untuk awak.” Pujuk Zaidan lagi. Dia mahu tahu hubungan Eleena dengan Shahrin. Buatnya dia jatuh cinta dengan isteri orang kan naiya aje nanti.
“Awak ni memang suka menyibuk, kan?” Getus Eleena geram.
Zaidan ketawa kecil sebelum membuka mulutnya membalas soalan Eleena. “Kalau pasal awak memang saya suka sangat nak ambil tahu..”
Eleena pantas menggeleng kepalanya. Membuang ingatannya tentang Zaidan. Tangan mengetuk kepalanya kuat. Jangan ingat pasal lelaki itu!! Tolonglah Eleena, kau bukan macam ni..
Eleena berkali-kali mengingatkan dirinya tentang dirinya yang dahulu. Dia kebal dengan cinta. Dia boleh menolak Shahrin yang beratus kali datang menyendeng, takkan Zaidan baru cakap ‘I think I fall in love with you’ terus dia boleh cair?
Dia baru fikir.. Dia baru rasa macam jatuh cinta.. Belum pasti pun benar-benar jatuh cinta.
Oh, Eleena. Stop dreaming!
You might hurt yourself.
Eleena mengumpulkan semangat. Semangat untuk dia masuk bekerja semula. Kononnya takut keluar dari rumah, andai terserempak dengan Zaidan dan dia mungkin dipinang lelaki itu, namun jauh di sudut hatinya dia memang berharap akan perkara tersebut.
Ah, no! Eleena! No!
Kau nak lukai Sherni?
Eleena menyembamkan mukanya ke bantal. Kenapa dia jadi macam ni? Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku. Dia tak boleh terlalu mudah membenarkan perasaan cinta membenih dalam hatinya. Dia tak kenal sangat pun dengan lelaki bernama Zaidan itu.
Love at the first sight?
This is so nonsense!
Kalau ada lelaki datang kepada dia dan cakap pada dia ‘saya jatuh cinta pada pandangan pertama’ memang dia takkan percaya. Sejak dulu lagi. Apa ingat ini zaman sekolah menengah ke nak cinta monyet?
Cinta pandang pertama maksudnya jatuh cinta pada paras rupa bukannya pada sikap. Dia tak percayakan cinta pandang pertama. Dia akui memangdia tergoda dengan Zaidan semasa kali pertama terpandang lelaki itu. Memang kacak gila! Rasaj macam hati dia nak pecah pun ada. Kalau boleh dia nak sentuh muka kacak Zaidan. Ah bukan sahaja kacak tapi muka itu terlalu cantik!
Ah, susah dia nak gambarkan Zaidan. Memang sangat kacak tapi takdelah sampai dia nak jatuh hati kepada lelaki berhidung mancung itu. Dia terasa tertarik kepada Zaidan saat lelaki itu menjadi penyelamat kepada dia daripada cengkaman Shahrin.
Mungkin terasa suka sebab Zaidan sanggup membiarkan dirinya dipukul oleh Shahrin hanya kerana mahu menyelamatkan dia.. Jadi Zaidan nampak seperti hero di mata Eleena.
Eleena menggaru kasar kepalanya yang berserabut.
“Zaidan adalah lelaki useless!”
“Zaidan adalah lelaki useless!”
“Zaidan adalah lelaki uselees!”
Eleena ulang ayat sama sebanyak tiga kali. Mengutuk Zaidan dan menambah dosa keringnya terhadap lelaki itu.  Dia terpaksa berbuat demikian untuk mengurangkan kepala otaknya memikirkan tentang lelaki itu lagi.
“Okay El, start from today no more Zaidan. Kau kena cari lelaki lain untuk buat suami. Kalau tak, nanti mama carikan kau calon suami..” Eleena bercakap kepada dirinya sendiri.
Kalau Hajah Arafah yang carikan dia calon suami. Pasti Muzammil berada dalam carta teratas. Wooo, tak mahulah dia kahwin dengan lelaki kening bersambung itu. Memanglah Muzammil baik tetapi hati dia langsung tiada ruang untuk lelaki itu.
Muzamil.
Yes! Yakin, hati dia langsung tidak tertarik dengan sebaris nama itu. Takde rasa apa-apa. Menyampah adalah kalau Muzammil kerap sangat ganggu dia.
Eleena menjeling ke arah telefon bimbit yang membuatkan dia tiba-tiba terkejut.
Eiii, Muzammil!
Baru sahaja dia sebut tentang lelaki itu, terus muncul. Panjang umur sungguh. Malas mahu menjawab panggilan Muzammil, Eleena menukar telefon bimbitnya kepada mode senyap. Puas hati dia!

p/s : Happy new yar! Alhamdulillah siap juga 2 entries yang dijanjikan. InsyaAllah akan bersambung di tahun baru ye.

Lof yaaa!

5 comments :

  1. wah thanks...smbng lagi !! ..hope dye jmpe jgk ngan zaidan

    ReplyDelete
  2. bila nk smbung cinta jgn sakiti aku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lepas habis Bali Cintaku nanti sambung pulak

      Delete
    2. ada sambungan lagi. suka2 hope dia jumpa dgn Eden lagi.

      Delete