Wednesday 7 January 2015

Part 6 - Bali Cintaku


Kaki melangkah malas menuju ke medan selera. Dia berjanji mahu berjumpa dengan Idayu di sini. Melihat seseorang melambai dari jauh, pantas langkah kaki di atur ke sana.
“Lambat macam biasa kau ni kan El! Penat aku tunggu.” Belum sempat Eleena melabuhkan duduk, Idayu sudah menyembur dia.
“Aku siapkan kek Datin Jamie tadi. Mak Fawwaz. Kau ingat Fawwaz tak? Budak sekolah kita dulu tu..”
“Oh my! Datin Jamie yang sumpah kerek nak mampus tu ke? Kau buat kek untuk anak dia?” Soal Idayu tidak percaya. Hampir bercantum kening gadis itu.
Eleena angguk meniyakan pertanyaan Idayu.
Seriously? Mak dia tak banyak songeh ke masa kau buat kek tu? Takde ke dia datang memantau setiap inci pergerakan kau?”
Eleena tergelak besar apabila Idayu menayangkan riak wajah menyampah sambil mengajuk Datin Jamie. “Tak.. Mungkin sebab dia percayakan kepakaran aku buat kek, jadi dia langsung tak ambil tahu pasal kek Fawwaz tu.. Banyak lagilah benda lain dia perlu handle selain dari kek kahwin anak dia.”
“Contoh benda dia kena handle ialah pemilihan menantu haruslah golongan setaraf.. Gituuu!” Sekali lagi Eleena menghamburkan tawanya apabila Idayu menyebut perkataan ‘gitu’ dengan siap dengung semua cukup.
“Tak baiklah cakap mak orang macam tu. Mana ada emak yang nak anak dia kahwin dengan kutu rayau. Semua mak nak anak-anak dia kahwin dengan orang yang elok.”
“Habis tu dulu Putri tu tak bagus ke? Dah elok lagi kerja doktor.. Mak ayah pun pula cikgu. Satu keluarga semua graduated.. Tak sekufu katanya. Pelajaran tinggi tapi kedudukan kewangan sederhana.. Kalau kau, tak sentap ke?”
“Ya.. ya.. aku tahu pasal Putri dengan Fawwaz putus cinta sebab mak dia tak izinkan dorang.. Maknanya takde jodohlah tu. Kau ingat nikah kahwin ni senang ke? Semua tu dengan izin Allah, tahu? Kalau Allah tak izin takkan berlaku walau satu apapun.”
Idayu berdengus. “Kau ni.. Ei, malaslah cakap dengan kau. Dah, tak nak cakap lagi pasal mak Fawwaz tu. Aku nak cakap pasal mak kau.”
“Kenapa mak aku?”
Idayu tayang sengih. “Mak kau okay ke kalau aku jadi menantu dorang?”
“Eiii, gediklah kau ni! Mama aku tak kisah langsung siapa menantu dia.. Kau ingat mama aku mata duitan ke?” Tempelak Eleena garang.
“Aku ni cikgu aje El.. Abang kau tu pulak lawyer. Kerja bagus. Lulusan luar negara pulak tu. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni macam semut dengan gajah tau tak?”
Eleena mengangkat sedikit punggungnya dari kerusi dan laju sahaja tangannya mengetuk kepala Idayu yang dilitupi dengan sehelai selendang panjang berwarna merah tua. “Kau jangan nak berdrama swasta pula dekat sini! Mama aku memang dah tahu pun hubungan kau dengan abang aku sejak dulu lagi.”
Idayu gigit bibir bawahnya sedikit. “Betul ke mama kau tak kisah kalau abang kau kahwin dengan aku?”
“Kau nampak ni?” Eleena tayang punumbuk depan mata Idayu. Pantas Idayu mengangguk. “Ha, kalau kau tanya sekali lagi pasal mama aku sukakan kau atau tak, haaa siaplah muka lawa kau tu aku tumbuk dengan penumbuk aku ni.”
“Coi! Ada hati nak tumbuk bakal kakak ipar!”
Eleena sengih. “Tahu pun takut. Alah, pasal mama dengan papa aku jangan risau. Dorang tunggu green light dari kau dengan Abang An aje.. Kalau okay, nak masuk meminang.”
“Eh, belum lagilah El. Aku belum bersedia lagi..”
“Habis kau nak tunggu aku kahwin dulu daripada kau ke?” Sergah Eleena.
“Kakak aku pun belum kahwin lagi. Tunggulah kakak aku kahwin dulu lepas tu baru aku kahwin dengan abang kau pulak.”
“Ish, kalau kau kahwin dengan abang aku, nanti bila turn aku kahwin bolehlah kau tolong buat persiapan kahwin untuk aku.”
“Ada hati nak aku tolong.. Banyak cantik muka kau. Takde, aku sibuk nak isi data budak sekolah aku. Ada banyak kerja tau! Kau nak kahwin nanti kau buat semua sendir.. Aku malas nak tolong sebab kau tu cerewet. Kang ada aje benda yang tak kena!”
“Takpe, kau kahwin nanti nampaknya takdelah orang nak sponsor kek kahwin. Selamat aku.. boleh ambil tempahan kek yang lain.”
Spontan Idayu tergelak besar. “Balas dendam nampak!”
“Memang lah..”
“Dah la, merepek aje banyak kau ni. Apa cerita Bali? Shah ada ikut kau ke sana tak?”
Sekali lagi Eleena meninggalkan kerusinya. Tangan mencubit pipi Idayu. “Kau berpakat dengan Abang An nak kenakan aku ya? Korang yang bagitahu Shah yang aku ada dekat Bali?”
“Oi, sakitlah..” Idayu menggosok pipinya yang sakit dicubit halus oleh Eleena.
“Kau dengan Abang An memang jahat tau tak?”
“Ala, sorry la.. Aku terpaksa cakap dengan Abang An yang kau ke Bali sebab dia paksa aku cakap..”
“Eleh, kau boleh je tipu dia kalau kau nak tapi kau tak tipu.”
“Tipu kan berdosa. Kau nak aku buat dosa kering ke?” Balas Idayu laju.
“Dah la.. Aku memang ada jumpa dia tapi aku dah halau dia. Halau terus dari hidup aku. Lega gila sebab dah dua minggu lebih dia langsung tak ganggu aku.”
“El, kau kena bagi peluang Shah betulkan kesilapan dia. Mungkin dulu dia silap tapi dia ada hak untuk betulkan kesilapan dia. Semua orang buat silap, El.”
“Dan aku perlu menjadi pemaaf seperti sebelum ini?”
Soalan Eleena membuatkan Idayu terdiam seribu bahasa. Idayu tahu bagaimana terlukanya Eleena suatu masa dulu. Dia tahu bagaimana sukarnya Eleena untuk bangkit dari kedukaan lalu.
“Ayu, aku manusia biasa. Aku tak boleh maafkan dia. Aku rasa tak adil untuk aku menjadi pemaaf untuk kesalahan yang dia buat.. Untuk luka yang dia tinggalkan dalam hati aku.. Sakit di hati aku hanya Allah yang tahu.”
“Shah pasti dah menyesal dengan semua perbuatan dia.”
Eleena menggeleng rakus. “Kalau dua tahun pun aku masih belum boleh memaafkan, mungkin aku perlukan dua puluh tahun untuk lupakan semua itu. Kau kawan aku, Ayu. Kau sepatutnya sokong aku bukannya sokong abang aku yang nak satukan aku semula dengan Shahrin. Kau tahu apa yang Shahrin buat pada aku!” Eleena geram apabila Idayu seakan-akan mahu mengenepikan apa yang pernah dia lalui sebelum ini.
Pasti sahaja Shahrin menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka berdua. Pasti sahaja lelaki itu berjanji akan setia sampai hujung nyawa. Kalau setakat berjanji, orang gila di tepi jalan pun boleh cakap mereka janji akan setia.
“El, aku minta maaf.”  Ada riak mendung pada wajah Idayu. Pasti gadis ini rasa sangat sebersalah.  
“Kau kawan aku kan?”
Melihat anggukan Idayu, Eleena menambah lagi. “Kalau kau kawan aku, kau sepatutnya berada di pihak aku bukannya Shah. For the last time aku cakap dengan kau, aku takkan kembali ke sisi dia semula. Tak akan!” Eleena membuat penegasan dalam dua patah perkataan akhir.
“Shah langsung takde peluang?”
“Aku nak bagi hati aku peluang untuk orang lain. Orang yang layak terima cinta aku.”
Dahi Idayu berkerut seribu. “Don’t tell me kau dah ada pengganti!”
Eleena senyum penuh makna. Sengaja mahu mengusik sahabatnya sejak di bangku sekolah menengah lagi. “Kalau ada, kau terkejut tak?”
“El! Who is that lucky guy? Oh my God!”
Tidak sampai hati melihat keterujaan sahabatnya. Eleena mengalah juga. “Aku main-main ajelah. Mana ada aku kenal sesiapa. Kau nampak muka aku macam muka tengah bahagia ke?”
“Benci betul aku dengan kau ni!”
Eleena ketawa seronok apabila dapat mengenakan Idayu. “Kau jangan susah hati kalau aku takde boyfriend sekarang sebab kalau aku jumpa mr right aku tu, aku akan terus ajak dia kahwin je. Bercinta lepas kahwin kata orang.”
“Eleh! Iye aje kau tu.”
“Sabarlah.nanti aku bagi kad jemputan.”
“Dah.. Merepek betul kau! Malas sembang dengan kau.”
Suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit. Zaidan menarik tali leher yang masih menjerut lehernya agar longgar sedikit.
Tubuh yang masih keletihan baru pulang dari Taipei memang memerlukan rehat. Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan tilam. Dia bekerja seawal jam 4.30 pagi hari ini.
Mata yang sedikit kuyu memaksa Zaidan menguatkan volume radio. Kang ada juga yang tidur sambil memandu. Nasib dia lah hari ini tiada pengangkutan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jadi dia terpaksa memandu ke sana. Semasa keluar awal pagi tadi pun mengantuk, balik sekarang pun masih juga mengantuk.
Ini kes menemani anak saudara di menonton cerita Frozen di kaca televisyen lewat malam semalam. Sudahlah kerja awal pagi, tidur lewat pula.
Zaidan lekas-lekas menyumbat ear phone ke dalam telinga apabila telefon bimbitnya berdering. “Assalamualaikum bonda.”
“Waalaikumusalam. Eden ada dekat mana tu?”
“On the way balik. Mungkin 20 minit lagi sampai rumah kalau jalan tak jammed.”
“Ha, baguslah. Ni abang ngah ada dekat sini. Bonda dah ajak Kak Zati dengan abang ngah makan malam sekali dengan Eden.”
“Boleh bonda. Takde masalah. Kejap lagi Eden sampai. Dah lama tak jumpa anak-anak buah. Eden pun dah rindu dengan dorang semua.” Teringat pula dekat anak-anak buah dia. Anak-anak Rahimi dan Izati.
“Iyelah. Adif dengan Insyirah pun tak sabar nak jumpa dengan Uncle Eden dorang. Hati-hati memandu.”
“InsyaAllah bonda. Jumpa sekejap lagi ya. Assalamulaikum.”
Panggilan ditamatkan oleh Puan Hirdawati. Zaidan masih dengan senyuman mengenangkan anak buahnya. Pasti gamatlah rumah mereka malam ini. Anak-anak abang long dan anak-anak abang ngah bertemu.
Kereta Mazda 6 yang menghampiri lampu isyarat diperlahankan dengan menekan brek kaki. Zaidan masih lagi senyum mengenangkan anak-anak buahnya sekejap lagi. Adif yang akan melangkah masuk ke tahun satu tidak lama lagi pasti riuh bercerita tentang persiapan persekolahan oleh mama dan papanya.
Jari mengetuk stereng kereta perlahan-lahan. Zaidan menggerakkan kepalanya perlahan-lahan mengikut rentak muzik yang sedang berputar di radio. Lagu ‘All of Me’ nyanyian John Legend. Ah, kalau dia sebagai lelaki pun sangat menyukai lagu ini, apatah lagi perempuan.
Terasa lehernya sedikit lenguh, Zaidan memalingkan kepalanya ke sebelah kanan. Saat itu matanya menangkap seraut wajah yang sering dia impikan.
“Eleena..”
Tersedar dia hanya menyeru nama itu dari dalam keretanya yang tertutup tingkap, Zaidan lekas-lekas membuka pintu keretanya. Dia mahu mendapatkan gadis itu.
Lampu bertukar kepada hijau.
Ponn. Ponnn.
Bunyi hon yang menderu-deru memaksa Zaidan masuk ke dalam keretanya semula. Kereta Honda Jazz yang dipandu oleh Eleena bergerak meninggalkan Zaidan tanpa langsung menyedari kehadiran lelaki itu.
Zaidan lekas-lekas menukar gear, dia mahu mengejar Eleena. Dia mesti mendapatkan Eleena walauapapun yang berlaku.
Tubuh dihempas malas ke atas sofa di dalam biliknya.
Kecewa.
Itulah perasaan yang boleh dia gambarkan apabila dia tidak berjaya menjejaki Eleena selepas mereka berpisah di lampu isyarat yang kedua. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dia terpaksa berhimpit dengan banyak kenderaan lain lagi untuk mendekati kereta Eleena.
Akhirnya dia kehilangan jejak kereta Eleena. entah ke mana Eleena pergi langsung dia tidak dapat jejaki lagi.
Adakah Eleena perasan akan kehadiran dia dan gadis itu sengaja memandu dengan lebih laju?
Zaidan memicit kepalanya yang terasa disengat-sengat. Sakit kepala memikirkan Eleena. Dia cuba juga menyibukkan dirinya dengan kerja namun setiap kali dia melangkah kakinya masuk ke dalam kapal terbang, setiap kali itulah wajah Eleena menjengah. Dia rindukan Eleena.
Puas kepala otaknya memproses di mana harus dia mulakan untuk mencari Eleena. Memanglah Saujana Putra, ingat Saujana Putra sebesar biji sawi?
Zaidan bangkit duduk sambil menongkat kepalanya. Berat kepala memikirkan Eleena. Dia mahukan Eleena. Eleena mencuri hati dia. Dia mahu Eleena tahu betapa dia sangat mencintai gadis itu. Dia bukan sekadar ‘rasa seperti jatuh cinta’ tetapi dia benar-benar cintakan Eleena.
Kaki melangkah mendapatkan kamera DLSR yang berada di atas meja bersebelahan dengan rak televisyen. Gambar-gambar Eleena dalam kamera itu dilihat satu per satu.
Wajah gadis itu ketika dipaksa senyum oleh Zaidan semasa di GWK membuatkan bibir Zaidan senyum tanpa sedar. Wajah lembut itulah yang memenuhi ruang hatinya ketika ini.
Where can I find you, Eleena..” Zaidan bertanya kepada dirinya sendiri. Ada nada kecewa yang teramat sangat dalam soalannya.
Butang kiri dan kanan pada kamera ditekan berulang kali. Kamera DLSR miliknya hanya dipenuhi dengan gambar-gambar Eleena yang diambil secara sembunyi-sembunyi ketika mereka bersama di Bali.
Muka Eleena yang tanpa secalit mekap dan tanpa senyuman pun sangat menarik. Gadis ini memang mempunyai wajah fotogenik.

Ibu jari spontan menyentuh skrin kamera. Menyentuh wajah yang berada disebalik skrin kameranya.
Zaidan pantas menyembunyikan kamera ke bawah sofa sebaik sahaja pintu biliknya di kuak oleh Puan Hirdawati.  “Hai, kelam-kabut sembunyi apa tu?”
“Eh, mana ada bonda.. Eden simpan majalah tadi. Kenapa bonda belum tidur lagi?” Zaidan mengerling ke arah jam dinding yang berwarna hitam tergantung di dinding biliknya. Hampir pukul 11.00 malam. Bonda biasanya pukul 10.30 dah masuk tidur.
“Saja nak berbual dengan Eden dulu.”
Zaidan membetulkan duduknya. Tahu dah bondanya akan membuka cerita tentang apa. “Eden dengan Sherni memang takde apa-apa bonda. So, kalau bonda nak cakap yang Sherni tu bakal menantu bonda, Eden malas nak bincang soal ni lagi.”
Puan Hirdawati melepaskan hela panjang. “Eden tak kesian ke dengan Sher?”
Zaidan tersandar lesu ke sofa. “Eden belum hilang letih balik dari kerja, bonda dah nak tambah letih Eden pasal benda macam ni..”
Rasa bersalah menyerbu Puan Hirdawati. “Sorry.. Sorry. Bonda tak cakap pasal ni lagi. Kalau Eden nak kahwin bagitau dengan bonda. Bonda akan pinang sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Eden.”
“Ayah dah masuk tidur ke?”
Puan Hirdawati menganggukkan kepalanya.
“Bonda pun pergilah tidur. Eden pun nak tidur juga ni lepas mandi.. Esok kerja pukul 10 pagi.”
“Anak bonda ni terbang ke mana pula esok?”
“Manila satu malam.”
Puan Hirdawati mengeluh lagi. “Kalau asyik terbang sana sini macam ni, susahlah bonda nak dapat menantu. Eden asyik sibuk aje.”
Zaidan mengukir senyuman nakal. Kalaulah bonda dia tahu hati dia sudah terpaut pada Eleena dan pertemuan mereka pun dalam kapal terbang, pasti bonda dia teruja. “Mungkin jumpa jodoh dengan penumpang Eden nanti..”
“Nak berjodoh dengan penumpang konon, dengan rakan sekerja pun awak tak mahu.” Perli Puan Hirdawati. Zaidan hanya senyum meleret. Makin dia menjawab nanti makin dia tersepit.
“Bonda, Eden nak rehat ni.. Esok kerja siang. Bonda pun pergilah rehat ya?”
“Ni acah-acah halau bonda keluar kan? Sebab nak tengok benda yang Eden sembunyikan tadi daripada bonda ye?” Tebak Puan Hirdawati.
Zaidan berdehem kecil. Betul ke bonda dia nampak dia sembunyikan kamera di bawah sofa tadi? Aduh. Janganlah bonda dia tunduk tengok ke bawah pula. “Mana ada apa-apa pun bonda..”
“Sembunyi gambar bakal menantu bonda ke?”
Pang!
Zaidan rasa macam kena tampar. Patutlah orang kata firasat seorang ibu tidak pernah salah. Ini pun bonda dia main hentam aje, betul pula. Dahsyat!
Barisan gigi yang tersusun lawa ditayang kepada bondanya. “Kalau ada gambar nanti pasti bonda orang pertama yang tengok.”
“Iye ke ni?”
Yes!”
“Hmm, iyelah. Bonda keluar dulu. Eden tu tidur, jangan nak berangan ingatkan anak dara orang pula. Kalau teringat sangat, biar bonda pergi pinangkan budak tu untuk Eden..”
Sekali lagi Zaidan tertawa kecil. Kalaulah dia tahu di mana Eleena pasti dia sudah menghantar rombongan meminang Eleena.
Melihat pintu biliknya yang kembali rapat selepas Puan Hirdawati meninggalkan bilik itu, tangan Zaidan pantas mengambil kamera di bawah kerusinya. Wajah Eleena dipandang sayu. Ahh, mana nak cari Eleena?!

8 comments :

  1. Tolong update entry cinta jangan sakiti aku. Please

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Rindu Zafril?
      Sabar ye.. Lepas Bali Cintaku habis sambung CJSA pulak.

      Delete
  2. Wah! Panjang entry kali nih. Best!
    -miEza-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nak tulis habis sekaligus tapi takut jem otak pulak. Haha!
      Joking.
      Enjoy ya

      Delete
  3. Sampai part berapa ? Tak sabarnya nak tunggu eleena terima eden . Btw nak novel razlan dengan azara . Hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semorang dah rindu Razlan dengan Azara dan Alissa dan Zafril ni. Aduh.
      Bawak bersabar ye sayang.

      Tak banyak.. Mungkin belas-belas atau dua puluh lebih shj

      Delete
    2. best,, tak sabar nak tunggu ending cite nie.

      Delete