Tuesday, 3 February 2015

Part 9 - Bali Cintaku


Awal pagi Eleena sudah tercengang di hadapan bakeri miliknya. Ah, sudah.. Bala apa pula hari ini?
Melihat begitu banyak bunga yang dihantar masuk ke dalam kedainya, Eleena tidak betah untuk berdiri dan diam sahaja. Dia bergerak mendekati seorang pekerja yang mengeluarkan sejambak bunga ros dari perut lori.
“Bunga ni untuk saya ke?”
“Memang Cik ni Cik Eleena kan?” Soal lelaki itu teragak-agak. Tadi dah tanya, gadis ini mengaku bahawa dia adalah Eleena, sekarang bertanya seolah-olah dia tersilap menghantar bunga pula.
Eleena angguk menjawab pertanyaa lelaki muda itu. “Kalau macam tu memang bunga ni untuk cik lah sebab saya diarahkan untuk menghantar selori bunga ini kepada Cik Eleena binti Zamarul.”
Eleena menggaru kepala yang tidak gatal. Takkan Shahrin romantik sampai tahap macam ni? Macam tak percaya aje.
“Siapa yang hantar bunga-bunga ni dekat saya?”
“Saya perlu keluarkan semua bunga ni dulu Cik Eleena lepas tu baru saya boleh sampaikan pesanan dari sender untuk Cik Eleena.” Manis senyuman pekerja itu dilemparkan untuk Eleena.
Sudahnya Eleena mengalah juga apabila lelaki muda itu bertegas untuk tidak memberikan pesanan daripada pengirim selagi bunga dari perut lori tidak habis dipunggah keluar.
Tubuh disandar lemah pada kaca pintu. Menanti dengan penuh tidak sabar untuk semua bunga diturunkan. Lelaki mana yang sanggup berhabis sebegitu banyak duit untuk membeli bunga untuk dia?
Zaidan ke?
Tiba-tiba kening Eleena hamper bercantum.
Zaidan?
Tak mungkin! Takkan lelaki itu pula yang membeli bunga untuk dia? Sebanyak ini? Mereka bukannya ada apa-apa hubungan pun.
“Dah habis?” Soal Eleena tidak sabar apabila melihat lelaki muda itu mendekati dirinya yang sedang bersandar lesu di pintu kedainya.
Melihat keringat yang terbit di hati lelaki itu, hati Eleena di sapa perasaan kasihan. Iyelah terpaksa menurunkan entah berapa puluh jambangan bunga dari lori sebentar tadi. “Nak minum dulu ke?”
“Cik Eleena nak belanja ke?” Soal lelaki itu sambil tersengih. Sengaja berjenaka. Eleena nampak seperti gadis yang bertimbang rasa dan lemah-lembut. Tadi semasa dia mengeluarkan jambangan bunga dari lori pun Eleena asyik bertanya kepada dia sama ada dia penat atau tidak. Mana tahu kot-kot lawak jenaka dia boleh dapat air percuma dari Eleena.
“Duduklah dulu, saya ambilkan awak air. Panas dekat luar tadi tu..”
Tidak menanti lama, lelaki itu duduk di meja bahagian hadapan kedai. Kemudian Eleena muncul membawa segelas jus oren. “Minumlah. Mesti dahaga kan..”
Eleena duduk di hadapan lelaki itu. “Err, boleh saya tahu apa pesanan pengirim?”
“Kejap lagi saya bagitahu.”
“Lah, tadi awak kata bila bunga habis awak keluarkan awak nak bagitahu..” Hampa.
“Belum habis lagi Cik Eleena, ada lagi satu jambak saya belum keluarkan lagi.. Sekejap lagi saya keluarkan.”
Eleena menahan geram. Main-main pula budak ni. Tengok muka macam masih belasan tahun. Kalau tak pun mungkin dua puluh tahun macam tu lah umurnya. Nampak muda lagi.
Eleena senyap menemani lelaki muda itu minum.
“Ok, dah habis. Saya gerak dulu.”
“Eh, habis kata ada lagi sejambak bunga. Mana?”
Lelaki itu senyum. “Sekejap lagi sampailah. Yang itu special delivery untuk Cik Eleena. Mungkin lambat sikit kot.”
“Awak ni main-mainkan saya ye?”
Melihat riak Eleena yang nampak sedikit tegang, lelaki muda itu segera menafikan. “Tak.. Cik Eleena.. Saya tak main-main. Sungguh saya memang diarahkan untuk hantar bunga kepada Cik Eleena.”
“Entah-entah bunga yang awak hantar ni ada bom agaknya?” Eleena rasa nak tampar mulut sendiri. Cabul betul mulut dia. Kalau betul ada bom dia boleh buat apa? “Baik awak cakap betul-betul dengan saya sebelum saya lapor kepada polis.”
Lelaki muda itu sudah menggaru kepalanya. “Takkanlah sebab dapat bunga pun Cik Eleena nak buat laporan polis.. Ini bukannya jenayah pun.”
“Siapa cakap bukan? Jenayah lah ni.. Salah satu sebagai gangguan. Ini saya boleh katakan sebagai ancaman keselamatan ke atas saya.. Saya tak kenal siapa pengirim ni. Tiba-tiba hantar beratus kuntum bunga ros untuk saya. Gila ke apa?”
“Pelik betul Cik Eleena ni.. mana ada orang perempuan yang melenting bila dapat bunga. Kenapa Cik Eleena nak bengang dengan saya pula sebab tolong hantarkan bunga untuk cik.”
“Kalau awak tak nak cakap takpe.. Saya akan cari sendiri siapa pengirim bunga yang gila ni!” Eleena terus melangkah masuk ke bahagian dapur. Sakit hati!!
Ingatkan kalau dia tunggu sampai bunga habis di angkat ke dalam kedainya dia akan dapat tahu siapa yang kirimkan bunga rupanya ada lagi helah si pengirim!
Idayu berkebil-kebil beberapa kali melihat kedai Eleena yang penuh dengan bunga. “Kau bukak kedai bunga pulak ke sekarang ni El?”
“Ada orang gila hantarkan aku bunga pagi tadi. Penuh kedai aku dengan bunga sampai aku tak boleh nak terima customer untuk duduk langsung! Semua kena take away!” Jawab Eleena geram.
Atas kerusi, meja semua penuh dengan bunga. Hanya sebuah meja dan tiga buah kerusi di bahagian paling hadapan sahaja langsung tidak mempunyai bunga. Dekat kaunter pun ada jambangan bunga. Bayangkan betapa banyaknya jambangan bunga dalam kedai dia sekarang.
“Siapa yang kaya sangat sampai hantar bunga belambak macam ni dekat kau? Oh.. untungnya kau El!” Idayu senyum bahagia. Membayangkan lelaki yang mengirimkan bunga itu pasti seorang lelaki kacak, kaya dan romantis.
“Aku tak tahu siapa.” Jawab Eleena malas.
Mulut Idayu terlopong seperti yang dijangka.
“Kau tak payah nak terlopong sangatlah Ayu!”
“Macam mana kau tak kenal siapa dan orang tu boleh hantar bunga dekat kau? Jangan nak berdrama sangatlah.. Siapa hantar bunga ni? Shahrin?”
Mendengar Idayu memetik nama Shahrin, Eleena mencebik. “Masa bercinta sekuntum bunga pun tak pernah bagi, takkan sekarang nak bagi bunga sampai beratus kuntum?”
“Eh, mana tahu.. Dia nak pujuk kau tu.. Dia kira banyak hari yang dia dah kenal kau, dari awal bercinta sampailah sekarang ni.. Mungkin itu jumlah bunga yang dia hantar untuk kau. Cuba kira ada berapa ratus kuntum..” Idayu sengih-sengih mengusik.
“Ew, tolonglah. Kalau aku tahu Shahrin yang hantar bunga ni, aku bakar semua bunga ni!” Ujar Eleena bersungguh-sungguh.
“El, kau kalau tak nak bunga ni, bagi aku sejambak. Aku ni nak dapat bunga tunggu setahun sekali aje dari abang kau.. Itu pun baru tiga kali aku dapat bunga.”
“Aku bagi kau sepuluh jambak. Kejap lagi sebelum kau balik jangan lupa minta Ija tolong masukkan dalam kereta kau..” Balas Eleena membuatkan Idayu menjerit kegembiraan. “Bunga aku dapat pun percuma, bagi kau pun percumalah.”
“Aku dengar Shahrin gaduh dengan mama kau minggu lepas. Apa kes?”
“Ei, kau tahu tak.. Bengang betul aku dengan mamat gila tu! Dia gaduh dengan mama aku sebab paksa mama aku terima dia sebagai bakal suami aku. Oh man! He is so crazy. Kau tak boleh bayangkan betapa gila dan annoying Shahrin tu.” Riak wajah Eleena jelas menunjukkan betapa dia meluat dengan Shahrin.
“Habis mama kau cakap apa?”
“Nak cakap apa lagi, bengang lah. Dia cakap Shahrin memang kurang ajar langsung tak reti nak ambil hati dia lepas tu ada hati nak kahwin dengan anak dia. Anak dia tu akulah.. Wei, Ayu.. kalau aku ni mak orang, ada lelaki macam si Shahrin tu nakkan anak aku, aku pun tak hinginlah! Duit harta benda dia tu tak boleh bawak mati pun. Takde jamin kebahagiaan aku pun..”
“Sabar ajelah El.. Kau kena kuat. Bukan apa, Shahrin tu pandai memujuk bimbang juga kalau lama-lama dia pujuk kau cair juga nanti..”
“Ei, tak nak lah aku! Kalau ada mana-mana lelaki pinang aku, aku sanggup terima asalkan bukan Shahrin!”
“Sembang ajelah kau tu.. Nanti ada yang datang meminang kau tolak dengan seribu satu alasan!”
“Masalahnya takde lagi yang datang meminang.. Yang asyik muncul si Shahrin tu.. Naik muak aku kau tahu tak?”
Jelak! Dia jelak dengan Shahrin yang tidak tahu erti putus asa. Ni nasib baiklah Shahrin senyap aja sepanjang minggu ini. Selepas kejadian dia, Shahrin dan Zaidan bertengkar di bakeri miliknya minggu lepas, langsung kelibat Shahrin tidak muncul. Langsung tidak mencari dia.. Lega jangan cakaplah! Hanya Zaidan sahaja sekali sekala menghantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.
Sekadar bertanya khabar dan mengucapkan selamat malam.
Tiba-tiba Eleena mengeluh.
“Dah kenapa pula kau mengeluh ni El?”
“Takde apa-apa.. Teringatkan kawan aku pulak.”
“Siapa kawan kau? Lelaki?”
Eleena pandang wajah Idayu. Dia masih tidak membuka mulut tentang Zaidan kepada sahabat karibnya ini. “Ayu, kalau ada lelaki lain pinang aku, kau rasa aku patut terima ke tak?”
Idayu menolak kopi ais dihadapannya ke tengah meja. “Kau sebut apa tadi dekat aku? Mana-mana lelaki yang berani pinang kau, kau akan terima kan?”
“Ish, tadi tu sebab aku geram dengan Shahrin, jadi aku cakap-cakap aje. Macamlah ada lelaki yang nak pinang aku betul-betul.” Masih lagi Eleena mahu merahsiakan tentang lamaran Zaidan. Ah., dia sendiri berasa ragu-ragu dengan lamaran itu. Bersungguhkah lelaki itu mencintai dia? Benarkah mahu memperisterikan dia?
Semuanya dia tak pasti. Hati masih cuba menolak kehadiran semula Zaidan yang sedikit sebanyak menganggu konsentrasi kehidupan dia.
“Kalau kau rasa lelaki tu baik, boleh jaga kau, bertimbang rasa.. Why not? Tak cuba kita takkan tahu, kan?”
“Takkan kahwin pun boleh cuba-cuba kot?”
Idayu jongket bahu. “Kau ada sembunyikan apa-apa daripada aku ke?”
Aish, mana ada.. kenapa kau tanya macam tu pula…” Gelabah tak tentu pasal dengan pertanyaan Idayu.
Tiba-tiba mata Idayu menangkap satu susuk tubuh manusia yang memegang sejambak bunga masuk ke dalam bakeri Eleena. Lelaki itu dibelakangkan oleh Eleena. “El, kalau lelaki yang hantar bunga tu bukan Shahrin tetapi orang lain yang lagi handsome daripada Shahrin kau nak tak?”
“Eh, kau gila tak nak? Kalau handsome gila memanglah aku nak..” Eleena ketawa terkekek-kekek dengan lawak bodoh sendiri. Saja mahu melawak dengan Idayu yang nampak seperti sangsi dengan dia.
Mungkin Idayu agak bahawa dia sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.  
“Kau takde sembunyikan apa-apa daripada aku, kan?”
“Eh, mestilah.. Mana ada apa-apa pun. Merepek sangat kau ni Ayu!” Debaran halus yang melantun di dada sedaya-upaya disembunyikan. Riak wajah yang sedikit kalut lekas-lekas di maniskan.
“Siapa tu?” Jari telunjuk menunjuk ke arah belakang Eleena. Serta-merta Eleena menoleh.
WILL YOU MARRY ME?
Itu ayat pertama yang berjaya ditangkap oleh pandangan matanya. Tulisan berwarna merah berlatar belakangkan kanvas berwarna putih. Mata menyorot ke wajah Hafiza dan Najah yang memegang banner kiri dan kanan sebelum Eleena bangkit berdiri mencari siapa pemberi lamaran ini kepada dia.
Degupan jantung macam nak pecah jangan cakaplah. Rasa macam baru selesai membuat larian pecut 100 meter.
Melihat pintu kedai yang tertutup rapat, Eleena yakin pekerja dia ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku ketika ini. Eleena masih senyap. Paluan jantung kian mendebarkan. Rasa sesak mahu menarik dan melepaskan nafas.  
Wajah Zaidan yang tiba-tiba muncul dan melutut di hadapan dia sekali lagi membuatkan wajah Eleena pucat lesi tidak berdarah. Kali ini lelaki ini melutut di hadapan dia dengan disaksikan oleh Idayu, kawan karib dia sendiri.
“Eleena binti Zamarul, will you marry me?”
Eleena senyap. Menelan air liur yang terasa seperti pasir ketika ini. Tangan sempat memaut bucu meja. Ah, dia boleh tumbang akibat terkejut bagai nak gila ni. Dengan pekerja dia sekali Zaidan boleh berpakat?
This is crazy!
“El, apa ni? Who is this guy?”
Suara Idayu memecahkan suasana sunyi sepi. Menghilangkan moment romantis yang diciptakan oleh Zaidan.
“Ayu, erm.. No, nothing.”
“Apa maksud kau nothing? Kalau nothing takkanlah dia lamar kau dekat sini?” Soal Idayu bengang. Apa yang dia tertinggal? Apa yang Eleena rahsiakan daripada dia? Siapa lelaki kacak yang melamar Eleena?
“Eleena, I love you. Kenapa awak tak pernah bagi saya peluang?”
“Eden please go! Saya dah cakap dengan awak yang takkan ada peluang untuk awak.” Tegas Eleena. “Please, leave me.”
Leave you? Just like that? Awak ingat semudah itu ke saya nak lupakan awak? Lupakan kenangan kita dulu?”
“Kenangan kita dulu? Kenangan apa yang dia cakap ni El? Apa yang kau rahsiakan daripada aku? Kau cakap dengan aku terus-terang siapa lelaki ni dalam hidup kau? Apa hubungan kau dengan dia?” Sampuk Idayu bengang. Membayangkan Eleena bercinta dengan lelaki ini tanpa pengetahuan dia, membuatkan dia rasa dipinggirkan.
“Apa awak merepek ni Eden? Saya takde apa-apa kenangan dengan awak.. Langsung! Tolonglah jangan buat kacau dalam hidup saya. Jangan huru-harakan hidup saya, boleh tak?”
“Saya takkan pergi sampai awak cakap yes.” Zaidan berdiri mendapatkan Eleena. Memegang bahu Eleena dengan kejap. “Jangn seksa hidup saya lagi El. Saya tak boleh hidup tanpa awak.”
No! No! No! Jawapan saya still no!”
“El! Kau cakap dengan aku siapa lelaki ni dalam hidup kau. Apa hubungan korang?” Idayu menarik tangan Eleena. Menjauhkan Eleena dari Zaidan.
“Ayu, please percaya cakap aku. Kami takde apa-apa hubungan langsung! Aku tak kenal dia..” Ahhh, kenapa mulut dia masih mahu berdusta. Kenapa tidak mahu mengakui bahawa dia mengenali lelaki ini berbulan yang lalu.
“Awak tak kenal saya El? Sampai hati awak buat saya macam ni..”
“Kau cakap berbelit-belit kan El.. Dia cakap kenal kau, kau cakap tak kenal dia. Apa ni?” Celah Idayu.
“El.. Saya..”
“Dah! Dah! Jangan buat saya pening dekat sini. Eden. Please go! Jangan muncul depan saya lagi. Please.. Bunga-bunga awak semua ni, awak boleh ambil balik. Saya tak nak semua ni!” Separuh merayu suara Eleena.
I will come back. Saya takkan give up.. Saya akan tunggu sampai awak terima saya, El.”
“Apa yang sedang berlaku ni? Siapa ni?”
Zaidan menghulur tangan kepada lelaki separuh abad yang tiba-tiba muncul. Tunduk tertib menyalami tangan Haji Zamarul.  
Eleena menggelabah apabila melihat papanya tiba-tiba sahaja muncul di bakeri petang ini. “Ah, takde apa-apa papa. Ni ada orang tengah melamar Ija..”
Hafiza yang sejak tadi hanya menunduk memandang lantai terkejut apabila nama dia tiba-tiba sahaja dipetik.
Zaidan keras berdiri di antara Haji Zamarul dan Eleena. Perlukah dia memperkenalkan dirinya? Wajah Haji Zamarul Nampak sedikit tegang.
“Em. Tutup kedai ke hari ni? Apasal CLOSED dekat depan tu?” Soal Haji Zamarul tegas.
“Eh, tak.. Tak. Mungkin angin kot.. Benda tu terkalih waktu orang keluar masuk dalam kedai tadi, pa..”
“Pak cik, sebenarnya saya..”
Belum sempat Zaidan menghabiskan ayatnya, Eleena sudah memotong terlebih dahulu. Gila nak biarkan Zaidan melamar dia dihadapan papa pula? Nak mati?
“Papa ada hal penting ke datang ke sini? Tiba-tiba aje muncul..” Eleena sengih.
“Jumpa papa dalam office. Ada benda nak cakap dengan El. Urgent!” Eleena pandang wajah Idayu sebaik sahaja Haji Zamarul menghilang ke tingkat atas. Tak pernah-pernah papa dia muncul di kedai dia waktu sebegini, kenapa hari ini tiba-tiba muncul dengan wajah garang seperti tadi?
“Kau buat salah apa kali ni El?”
Eleena jongket bahu tanda tidak tahu sebagai menjawab soalan Idayu.
“Aku balik dululah El. Jumpa kau nanti.. Ingat, kau tu masih hutang sejuta penjelasan dengan aku..” Idayu mengambil tas tangan dan mahu melangkah keluar dari kedai Eleena.
“Ayu! Bunga kau?”
“Ah, lupa pula aku. Ija, tolong Kak Ayu..”
Hafiza lekas-lekas mencampakkan banner yang sedari tadi dipegang olehnya dan segera mendapatkan Idayu.
“Jannah tolong sekali ya!” Jannah juga turut meninggalkan Eleena dan Zaidan. Kemudian diikuti oleh Asfar dan Muzammil.
“So, awak nampakkan tadi papa saya datang, dia nak jumpa saya.. Jadi awak dipersilakan balik.” Eleena menunjuk ke arah pintu keluar.
“Awak nak saya jumpa dan minta izin daripada papa awak?”
“Awak ni memang gila kan? Awak nampak tak muka papa saya tengah bengang tadi? Awak tak boleh ke faham keadaan saya?”
“El, saya boleh faham keadaan awak tapi saya tak boleh faham apa yang menghalang awak untuk terima saya?”
Please, go! Just go!”
“Baik.. Kalau awak nak saya pergi, saya boleh pergi but I swear, I will come back! I won’t easily give up!”
Eleena angkat tangannya sedikit ke udara tanda ‘apa-apalah..’
Beberapa keeping gambar di campak ke muka Eleena. Marah betul Haji Zamarul terhadap anaknya yang sanggup menconteng arang ke muka mereka suami isteri.
“Jawab dengan papa siapa jantan tu? Siapa jantan yang El peluk beriya-iya tu?!” tempelak Haji Zamarul kuat. Sanggup Eleena menipu dia kononnya dia diikuti oleh Shahrin sampai ke Bali.. Rupanya Eleena pergi bersama lelaki lain!
“El cakap Shahrin yang ke sana tetapi dalam gambar yang papa pegang ni… Lelaki ni tak nampak macam Shahrin. Siapa dia ni?!” Sekali lagi Eleena terkejut dengan jerkahan Haji Zamarul.
“El tak kenal dia papa..”
“Siapa budak lelaki yang dekat bawah tadi? Dia ke budak dalam gambar ni?”
“Tak. Bukan. Bukan..” Eleena yakin papa dia tak perasan sangat wajah Zaidan sebentar tadi. Kalau tak pasti habis Zaidan dikerjakan oleh papanya sebentar tadi.
Haji Zamarul bingkas menuju ke meja yang menempatan monitor CCTV. Selepas menekan beberapa benda, tangan naik menyilang ke dada. “Masih nak menipu papa? Macam ni ke cara melamar anak orang, El?”
Eleena menggeleng perlahan. Air mata yang mula meleleh ke pipi dikesat perlahan dengan belakang tapak tangannya. Rasa bersalah menyerang bertubi-tubi apabila dia dituduh cuba memeblakangkan kedua orang tuanya.
“El dah takde mama dan papa ke untuk dia minta kebenaran?”
“Tak.. Bukan macam tu papa. El yang tak izinkan dia ke sana sebab El taknak kahwin dengan dia.”
“Dah berpeluk sakan dekat belakang mama dan papa, sekarang El cakap El tak nak kahwin dengan dia? El ingat ada lelaki lain nakkan El ke kalau tahu perangai El macam ni?”
Air hidung yang mula meleleh dikesat lembut. “El minta maaf tapi semua ni salah faham. El takde buat apa-apa langsung dengan Eden papa.. Sumpah!”
“Papa nak jumpa budak lelaki tu! Kalau El tak bawa dia jumpa papa, biar papa yang cari dia!”
Eleena menggigit bibir bawahnya. “El tak salah papa.. Eden pun tak salah. Shahrin yang perangkap kami. Shahrin pukul Eden masa dekat Bali.. He just save me from Shahrin! Tu je..”
“I still want to meet him. Biar papa ajar dia macam mana nak jaga maruah anak orang lain.”
Habislah. Papa pula nak pukul Zaidan ke? Eleena debar bagai nak gila.
“Papa nak balik rumah. Kalau mama tahu pasal gambar ni, papa tak tahulah apa reaksi mama.. So, before mama find out pasal gambar-gambar El dekat Bali dengan budak lelaki ni, you better bring him to meet me!”
Eleena hanya memerhati tubuh Haji Zamarul yang sedang menuruni tangga hilang dari pandangan matanya.
Nafas dilepas berat.

4 comments :

  1. hehe best.. lama tunggu new update tapi berbaloi. kenapalah Eleena nie main tarik tali...kan dah masuk campur tgn papa dah tak boleh tarik balik. Untung zaidan dan yang rugi shahrin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, terima kasih sebab tunggu! :)

      Delete