Wednesday 1 April 2015

Part 13 - Bali Cintaku


Laju sahaja langkah kaki Eleena diatur kepada wanita yang sedang melambaikan tangan kepadanya. Wajah Eleena masih langsung tidak melemparkan senyuman.
“Dah lama ke tunggu?”

Wanita itu menggelengkan kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman manis menampakkan kecomelan di wajah yang agak mendung itu. “Baru lima minit. Duduklah El. Lama tak jumpa.”
Perlahan-lahan Eleena memaksa bibirnya mengukir senyuman terpaksa. Hambar rasanya senyuman yang dia lemparkan ketika ini.
“Ada apa nak jumpa aku ni?” Soal Eleena tanpa selindung. Dia tidak mahu menghabiskan banyak masanya di sini kerana dia sudah pun berjanji dengan Zaidan untuk makan tengah hari bersama lelaki itu dan membeli beberapa keperluan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
“Order lah dulu El. Baru sampai aje ni kan..” Fatyn melambaikan tangannya memanggil pelayan. “Nak makan?”
No thanks. Minum aje. Apple juice ya.”
“Bagi saya teh ais.”
Sebaik sahaja pelayan berlalu, Eleena memandang ke luar tingkap. Membuang pandangan ke luar tanpa memandang wajah di hadapannya.
“El, aku tahu kau tak suka jumpa aku, kan?”
Mata dipejam beberapa saat. “Kau tahu aku tak suka jumpa kau tapi kau nak jumpa aku, kenapa ya?” Lebih elok dia berterus-terang daripada bermain tarik tali. Kalau boleh Eleena tidak mahu berlama-lama di sini.
“Aku ada hal sikit nak minta tolong dengan kau.. Aku tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau, El.”
Eleena memandang wajah comel tetapi nampak pucat dan muram di hadapannya. Bohonglah kalau ketika ini hati dia gembira apabila disajikan dengan wajah yang nampak cekung dan muram. Wajah ini tidak langsung menunjukkan sinar kebahagiaan sebaliknya menunjukkan betapa berat kesengsaraan yang sedang ditanggung.
“Fatyn, kalau kau jumpa aku sebab nak minta tolong aku jauhi Shahrin, aku minta maaf banyak-banyak dengan kau pasal hal tu. Aku memang dah jauhi dia tapi dia yang datang cari aku. Aku malas nak bergaduh dengan kau pasal benda yang tak penting dalam hidup aku.”Panjang lebar Eleena meluahkan apa yang terbuku di dada. Dia penat nak melayani tuduhan demi tuduhan yang langsung bukan salah dia.
“Bukan pasal tu..”
Suasana tiba-tiba senyap apabila pelayan datang membawa air yang dipesan oleh mereka.
Thanks!” Ujar Eleena.
“Kalau bukan pasal Shahrin pasal apa?”
Fatyn mengerutkan keningnya menahan sebak yang menebal di dalam dadanya. “Aku tahu aku banyak buat dosa dengan kau.. Aku rampas bakal tunang kau..”
Come on lah Fatyn, tu hal lama. Dah dua tahun. Aku pun dah move on. Dia cuma bakal tunang aku, bukannya suami aku sampai kau nak kesal macam ni sekali. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua ditangan Tuhan. Kita hanya merancang aje.”
“Aku terlalu mengikut perasaan. Aku cemburukan kebahagiaan kau dengan Shahrin. Aku cemburu sebab kau berjaya dapat hati dia.. Aku yang goda dia sampai dia jatuh cinta dengan aku dan kahwin dengan aku.” Hidung Fatyn mula kemerah-merahan akibat menangis.
“Hal lama. Aku tak suka nak ungkit benda yang lepas.” Ringkas sahaja jawapan Eleena. Sungguh. Dia ikhlas apabila dia mengatakan bahawa dia tidak mahu mengungkit hal lama. Bukannya dapat mengubah apa-apa keputusan pun dan kalau boleh memang dia tidak mahu mengubah apa-apa keputusan.
Fatyn mengusap perutnya yang memboyot.
“Dah berapa bulan anak kau tu?”
“Tujuh bulan lebih..”
Eleena mengangguk kecil. Tak tahu nak respons apa. Dia bukannya rapat sangat dengan Fatyn. Dia hanya berbual sekali-sekala sahaja dengan wanita ini ketika zaman persekolahan mereka.
Biasalah zaman sekolah dulu masing-masing ada geng sendiri. Jadi jelas mereka bukan berada dalam geng yang sama tetapi tidaklah mereka berdua bermusuhan sesama sendiri. Kalau Fatyn memusuhi dia, tidak tahulah pula.
“Kau boleh tolong aku tak?”
“Kalau kau nak suruh aku pujuk Shah untuk kembali ke sisi kau atau cakap dengan Shah jangan ganggu aku, aku rasa kau tahu yang aku dah buat semua tu. Selebihnya terpulang kepada kau dan Shah untuk mainkan peranan masing-masing.”
“Aku tak pernah curang dengan dia, El. Sekali pun tak pernah. Aku betul-betul sayangkan suami aku..”
Eleena mula tidak senang duduk. Fatyn mula teresak-esak. “Kalau kau asyik menangis macam ni Fatyn, masalah kau takkan selesai. Kau kena duduk berbincang dengan Shah tentang masalah rumah tangga korang berdua.”
“Aku dah tak tahu lagi macam mana nak terangkan pada dia, El. Berbuih mulut aku cakap benda yang betul.”
“Apa masalah kau dengan dia sebenarnya?”
Nah, terluah juga soalan itu. Kononnya tak nak ambil peduli masalah rumah tangga orang yang pernah menghancurkan hatinya, dia juga yang nampak seperti menyibuk ketika ini.
“Ni anak dia.. El, I swear. Tapi dia tuduh aku curang dengan dia.. Shah cakap ni anak lelaki lain.. Aku tak pernah curang belakang dia El.. Tak pernah. Aku memang cintakan dia sejak dulu lagi.”
Eleena terkejut besar. Shahrin tuduh Fatyn main kayu tiga? Tak guna punya jantan! Shahrin memang sengaja cari alasan untuk memburukkan Fatyn sebab nak tutup kesalah diri sendiri. “Shah tuduh kau macam tu?”
Ya Allah, Ya Tuhanku, kau sabarkanlah hatiku ini.. Ikutkan hati memang nak aje dia tumbuk muka Shahrin. Lelaki kurang ajar seperti itu memang patut diajar. “Kau banyak sangat bagi muka dekat laki kau sebab tu dia pijak kepala kau, Fatyn.”
“Aku tak tahu macam mana nak cakap.. tapi aku sedih sangat sebab Shah cakap dia nak ceraikan aku dan kahwin dengan kau.”
“Dia cakap nak kahwin dengan aku tapi apa yang aku nak cakap dengan kau, kau simpan elok-elok dalam kepala kau.. Betul kau pernah rampas dia daripada aku, pernah sekali.. Tapi aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung berdendam dengan kau dan berniat untuk rampas Shahrin daripada kau. Tak pernah langsung!”
Eleena menyelit rambut yang berjuntai ke celah telinga. “Aku tak pernah ada apa-apa hubungan dengan suami kau. Kalau dia cakap dengan kau kami nak kahwin, semua tu tak betul. Sumpah, Fatyn. Aku tak pernah ada apa-apa hubungan dengan Shah sepanjang dia jadi suami kau.”
“Aku tak tahu nak percayakan siapa.. Aku keliru. Aku tertekan. Shah seolah-olah sengaja menuduh aku ada hubungan sulit dengan lelaki lain sebab dia nak selamatkan diri dia.”
Exactly!”
Fatyn mencapai tisu yang dihulurkan oleh Eleena. Mengelap pipinya yang basah dek air mata. “Tell me what should I do?”
“Kau sayangkan dia?”
Fatyn angguk lemah. “Sepenuh hati aku.”
Eleena mengeluh. Malang betul Fatyn sebab jatuh cinta dengan lelaki tak guna sperti Shahrin. Dah ada isteri sebaik Fatyn masih lagi menggatal di luar. Masih nak mengejar dia yang sudah pun selamat menjadi tunangan Zaidan.
“Cubalah untuk pujuk dia semula. Aku tak tahu macam mana tapi aku yakin kau lebih tahu apa yang terbaik untuk rumah tangga kau, kan?”
“Aku dah hilang arah. Aku patah semangat bila dia asyik cakap dia nak kahwin dengan kau. Aku bimbang kalau dia tinggalkan aku suatu hari nanti dan betul-betul kahwin dengan kau, El.”
Eleena tegelak sinis. Kahwin dengan Shahrin? Allah! Kalau pupus semua lelaki di muka bumi pun dia belum tentu mempertimbangkan Shahrin sebagai bakal suami. Lelaki itu pernah mengecewakan dia. Cukuplah kekecewaan dulu. Dia serik!
“Aku pernah bercinta dengan dia, cukuplah sekali dulu Fatyn. Aku tak minta kau percayakan aku tapi aku harap sangat kau percayakan aku sebab aku takkan pernah ambil Shahrin dari hidup kau.”
Tiba-tiba telefon bimbit Eleena berdering. Laju sahaja tangan Eleena menyeluk bag tangan jenama Coach itu.
Zaidan.
“Assalamualaikum, awak.”
“Ha, saya keluar makan dengan Fatyn, isteri Shahrin.”
Eleena senyap apabila Zaidan membebel kepadanya kerana keluar makan dengan isteri Shahrin. Kononnya berjanji takkan ada apa-apa hubungan dengan Shahrin, tiba-tiba keluar makan dengan isteri Shahrin pula.
“Jumpa awak kejap lagi ye sayang.” Sengaja dia menyebut perkataan sayang untuk menyejukkan hati Zaidan yang sedikit panas.
Panggilan ditamatkan. Iphone disimpan semula ke dalam beg tangan. “Sorry, tunang aku call tadi.”
Riak wajah Fatyn jelas berubah apabila Eleena menyebut perkataan tunang.
“Someone yang kau tak kenal. Bukan Shahrin, jangan risau.”
“No. Bukan pasal tu.. Aku tak tahu pun kau dah bertunang.”
“Shahrin tahu cuma dia tak cakap dengan kau pasal hal ni. Dia sengaja nak sakitkan hati kau.”
“Shahrin tahu? But semalam dia baru cakap dengan aku dia nak lamar kau..”
“Kan aku cakap tadi dia sengaja nak sakitkan hati kau. Sorry ya Fatyn, aku kena gerak sebab aku nak pergi beli barang untuk majlis aku tak lama lagi.”
“Aku betul-betul tak sangka kau dah bertunang. Aku minta maaf kalau ada kata-kata aku tadi yang menyakitkan hati kau. Kalau aku ada tuduh kau yang bukan-bukan.”
Eleena senyum segaris. “Small matter. Aku tak terasa apa-apa langsung sebab aku memang takde apa-apa hubungan dengan suami kau. Aku doakan semoga Shahrin cepat sedar yang dia ada isteri sebaik kau.”
Tangisan Fatyn kian menjadi-jadi. Rasa bersalah menyerang bertubi-tubi. Baiknya hati Eleena! Dia pernah menyakiti sekeping hati itu tanpa mengambil peduli perasaan Eleena ketika itu. Dia pernah menayangkan foto-foto bahagia dengan dia Shahrin tanpa secalit pun rasa bersalah terhadap gadis itu suatu ketika dulu.
“Aku banyak salah dengan kau El. Aku sakitkan hati kau.. Aku dera perasaan kau. Sekarang baru aku rasa semua yang kau pernah rasa dulu.”
“Benda kecil aje tu. Anggaplah ini semua ujian dari Allah untuk menyedarkan kesilapan kita semua.”
Fatyn masih lagi teresak-esak menangis.
“Menangis dan tertekan ni tak elok untuk baby kan?” Eleena tidak  mahu Fatyn terus diselubungi rasa bersalah kerana dia sudah lama memadamkan kisah lalu. Dia sudah lama membuka buku baru.  
“Aku harap kau maafkan aku.”
“Aku dah lama maafkan kau.”
Zaidan menghempas tubuhnya ke atas tilam empuk. Eleena jujur dengan dia? Zaidan mengetuk dahinya sedikit kuat. Kenapa dia perlu meragui Eleena? Syaitan sengaja mahu menggangu hubungan dia dengan Eleena.
Sengaja mahu meruntuhkan masjid yang bakal dibina tidak lama lagi.
Come on Eden. Dia tunang kau. Kau kena percayakan dia.”
Selepas berjumpa dengan Eleena, Sherni muncul di rumahnya petang tadi. Memberikan bukti kecurangan Eleena. Zaidan duduk menompang dagu di hujung katil. Serabut kepala dia. Tadi Eleena dah terangkan kepada dia bahawa pertemuan dia dengan Fatyn adalah atas dasar simpati dengna nasib wanita itu.
Dia hanya mahu memberikan Fatyn semangat untuk berjuang demi bayi dalam kandungan wanita itu. Fatyn perlukan sokongna daripada dia. Fatyn perlukan seseorang untuk bercakap dan terangkan perkara yang sebenarnya.
“Awak, sumpah saya jumpa dengan Fatyn sebab saya kasihankan dia. Saya hanya nak terangkan keadaan sebenar sebab saya tak mahu dia salah sangka dan salah sangka dia boleh menjejaskan kandungan dia nanti..”

Itu kata Eleena semasa mereka makan tengah hari tadi.
Ketika itu dia percayakan Eleena. Tetapi bila Sherni muncul dengan gambar Eleena menerima sejambak bunga daripada Shahrin, hati dia bagai nak meletup. Kalau Eleena tak sukakan Shahrin, kalau Eleena benar-benar menyampah dengan Shahrin kenapa Eleena masih terima jambangan bunga daripada lelaki itu?
Kepala yang berdenyut akibat tekanan dipicit perlahan.
“Eden, boleh bonda masuk?”
Tubuh Zaidan tersentak akibat disergah oleh Puan Hadrawati. “Bonda ni buat terkejut Eden aje.”
“Apa yang difikirkan tu sampai terkejut sangat ni?”
“Takde apa-apa.. Teringatkan pasal El petang tadi. Semua Eden nak beli dia tak nak. Kahwin sekali aje bonda. Mestilah Eden nak berikan yang terbaik untuk dia.”
“Alah, pasal hal tu ke. El tu memang merendah diri sangat orangnya. Janganlah fikirkan sangat pasal tu.. Ikutkan aje kerenah dia tu ye.”
“Tapi cincin tu nak pakai seumur hidup. Kalau boleh belilah yang mahal sikit lagipun Eden mampu untuk berikan semua tu..”
Puan Hadrawati menggosok belakang anak terunanya. “Harga cincin tu bukan ukuran cinta Eden untuk El. Walaupun El pilih cincin yang biasa-biasa aje, tapi bonda yakin cincin tu sangat  bernilai untuk dia, kan?”
“Bonda ni belum apa-apa lagi dah sebelahkan El nampaknya ye.”
“Mestilah lebihkan menantu.. Tengok Abang Ngah, selalu je merungut bonda lebihkan Kak Zati berbanding dia.”
Zaidan dan Puan Hadrawati ketawa serentak.
“Dah la, jangan runsingkan sangat pasal majlis perkahwinan tu.. Persiapan semua biar bonda dengan mak mentua Eden yang selesaikan. Eden buat kerja Eden aje.”
“Eden minta maaf sebab susahkan bonda. Sibuk terbang sana sini sampai tak sempat nak tempah pelamin dan katering semua tu..”
“Takpe, bonda gembira buat semua ni untuk anak bonda. Bonda buat yang terbaik untuk anak bongsu bonda. Lepas ni kalau nak buat majlis kahwin pun untuk cucu aje. Itu pun kalau panjang umur sempatlah nak tengok cucu bonda naik pelamin.”
Zaidan ketawa besar. “Budak-budak tu baru aje masuk sekolah, bonda dah fikir sampai ke situ.. Bonda ni kuat berangan betul!”
“Iyelah, bonda main-main aje tadi. Minggu depan jangan lupa ada janji dengan kawan bonda tu ya.”
“Janji apa pula ni?”
“Pasal baju kahwin Eden dengan El lah. Belum fitting lagi.. Nanti nak kahwin tak muat baju pula.”
“Oh. Boleh.. Nanti Eden cakap dengan El.”
“Bonda nak tengok abah pula ni. Eden jangan tidur lambat sangat. Esok kerja kan?”
Zaidan mengangguk. “Love you bonda.”
“Love you too, sayang.”
Puan Hadrawadi mencium pipi anak kesayangnya. Kaki melangkah keluar dari bilik Zaidan.

1 comment :