Thursday 23 July 2015

Part 1 Special Aku, Dia dan Stiletto

Assalamualaikum wbt.
Firstly nak minta maaf sebab lama berbulan dan bersawang belog ni tak disentuh.. Maaf sangat-sangat! Thanks kepada yang masih sudi menanti entry yang baru. Bali Cintaku belum ada sambungan tapi ada dua part special entry untuk Aku, Dia dan Stiletto. Sambungannya insyaAllah sebelum habis syawal. Jika ada kesalahan ayat/tatabahasa dan salah ejaan maafkan daku kerana saya hanya menulis dan terus publish. Tidak membaca atau membuat editing.
Di kesempatan yang ada pada bulan Syawal yang mulia ini, Sri dengan rasa rendah diri memohon kemaafan daripada semua pembaca belog inimemori.blogspot.com sama ada yang pernah bersua atau pun tidak seandainya ada kekasaran bahasa, terbuat tak endah atau apa-apa kesalahan kepada kalian. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran dan sokongan kepada Sri selama Sri terbabit dalam bidang penulisan ini.
Sangat-sangat bersyukur dengan sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus daripada anda semua. Sungguh, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih kepada pembaca yang sudah mendapatkan semua keempat-empat koleksi Sri Sarah. MasyaAllah. Terharu.
Sri doakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat drp Allah swt dan sentiasa dalam lindungannya. Semoga Syawal kali ini memberikan berjuta pengertian dan membuka berjuta jalan kejayaan dan kekayaan kepada anda semua.
Salam Aidilfitri.
Love,
Sri Sarah.


----AKU, DIA DAN STILETTO ISTIMEWA AIDILFITRI----

Derap kaki yang sedang melangkah ke arahnya membuatkan Ashraff berpaling dan mengukir senyuman manis ke arah isteri tersayang. Perlahan-lahan Aulia meletakkan secawan milo di hadapan Ashraff. “Minum, bang.”
Thank you, sayang.”
Sunyi pulak rumah ni bila Alisya takde, kan?”
Tubuh Aulia yang duduk di sebelahnya dirangkul kemas. “Ala, sekali-sekala Lisya nak bagi can mummy dengan daddy bermesra lebih-lebih sikit..”
“Bagi can memanglah bagi can abang.. Tapi Lia ni rindukan dia.”
“Takpe, bagi Lisya duduk lama sikit dengan mama tu. Papa pun sekarang ni asyik busy aje memanjang. Mama pun dah mula cakap bosan seorang diri dekat rumah..”
“Hm, itulah. Lia pun perasan juga yang papa makin busy lately ni. Ingatkan Lia sorang aje yang perasan. Abang rasa papa ada sembunyikan apa-apa ke belakang mama?”
“ish, Lia ni.. janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Mama ada cakap apa-apa ke dengan Lia?”
Aulia menggelengkan kepalanya perlahan. Bukan dia mahu menuduh tetapi lelaki ni kalau tiba-tiba sahaja macam berubah pasti ada perkara yang sedang disembunyikan.
“Ha, buat m uka kerut-kerut tu mesti tengah fikirkan hal papa. Jangan nak fikirkan benda buruk sangat. Kalau selalu fikirkan benda negatif, negatiflah jadinya. cuba Lia fikirkan yang papa tu memang tengah sibuk bekerja, kan lagi elok..”
“Eii, abang ni bercakap macam Lia fikirkan benda jahat je tentang papa. Lia cuma harapkan hubungan mama dan papa elok-elok aje.”
“Hm, eloklah macam tu. Doakan yang baik-baik aje untuk mama dan papa kita.”
Iyelah abang tu. Ni pukul berapa nak masuk tidur? Lia dah mengantuk ni bang.” Sebalang kerepek yang tadinya berada dalam genggaman diletakkan di atas meja kopi di hadapannya. Asyik menguyah aje kerja nya malam-malam sejak dari berbuka puasa..
Berhenti untuk solat terawih kemudian sambung lagi untuk makan sampailah nak masuk tidur.
Tak sabar nak tidur nampaknya malam ni.. Nak apa-apa ke?”
Bantal berbentu empat segi yang sedia berada di tangan di campak ke arah Ashraff. “Abang jangan nak mengada ye! Esok puasa ke dua puluh lima, malam ni Lia nak bangun awal sikit solat sunat.. So, kena tidur awal.”
Nak tambah pahala lebih?” Mata dikenyit ke arah Aulia.
Spontan isterinya bangkit sambil tergelak besar. “Gatal! Abang tengoklah TV tu sorang-sorang. Lia nak masuk tidur.”
Kerepek ni belum habis lagi Lia makan. Biasanya habis sebalang baru Lia masuk tidur.. Tak nak makan lagi ke?”
Tak, lia dah kenyang awal pula malam ni.”
Ashraff segera mengambil remote televisyen dan memadamkan televisyen. Sekelip mata skirn yang tadinya berwarna-warni bertukar kelam. Kaki melangkah menuju ke bilik tidur utama. Bibir tersenyum mekar. Pasti Aulia mengomel itu dan ini sebentar nanti.





Aulia yang sudah keletihan meliar sahaja memerhati sekeliling bangunan. Kot-kot ada kerusi kosong bolehlah dia melabuhkan punggungnya. Sebaik sahaja matanya menangkap ada satu tempat duduk kosong di hadapan sebuah kedai wangian. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah sana sambil tangannya menarik tangan Ashraff. “Abang jom, ke sana.”
Tanpa banyak soal, Ashraff hanya menuruti sahaja langkah Aulia.
Lia letih ke?” Soal Ashraff sebaik sahaja Aulia melabuhkan punggung di bangku berwarna coklat.
Languh kaki lah bang jalan lama-lama.” Tangan sibuk memicit betisnya yang terasa sengal-sengal.
Tidak banyak soal, tangan Ashraff turut memicit kaki isteri kesayangannya. “Abang tengok Lia macam letih-letih aje sejak dua menjak ni. Nak ke klinik ke?”
Letih puasalah abang.. Dan letih sebab mencari baju abang seharian ni tak jumpa-jumpa lagi. Baju macam mana yang abang nak ni?” Berjalan sejak pukul 11 pagi tadi sekarang dah pukul 2 petang memanglah dia rasa nak mengamuk tengah jalan aje. Macam belikan baju untuk anak kecil tahu tak? Cerewet sangat!
Biru sangatlah, kuning macam terang sangatlah.. Nak menangis hentak-hentak kaki pun ada!
Err, susah ek cari baju melayu untuk abang?” Soal Asharff dengan wajah yang bersalah.
Bukan susah tapi abang tu cerewet sangat. Kan senang kalau beli kain dan tempat aje sejak dari awal haritu.. Masa Lia pergi ukur baju dengan lisya abang sibuk ke hulu ke hilir pasal projek baru tu. Sekarang ni dah takde baju raya. Nak cari exactly same dengan warna Lia dan Lisya memanglah susah bang.” Panjang lebar bebelan Aulia.
Yelah, abang beli warna ungu yang tadi tu ajelah. Cair sikit daripada Lia dengan Lisya punya warna baju kan?”
Aulia mengangguk pantas.
Kasut Lisya nak beli yang tadi ke?”
Abang, Lisya punya kasut dah ada empat pasang dah.. Hari ni dia keluar dengan tok mama dia, entah apa pula yang dibeli nanti.. Tak payahlah membazir lagi.” Sanggah Aulia.
Sungguh, kalau boleh dia tidak mahu terlalu memanjakan anaknya dengan harta dunia. Dia pernah berada dalam situasi itu. Membeli tanpa memikirkan apa-apa yang lain. Apa yang dia tahu, dia mesti mendapatkan apa yang dia hendakkan ketika itu. Kalau boleh biarlah Alisya didik dengan cara yang sederhana dan tidak mementangkan diri sendiri.
Kalau itu kata Lia, okaylah. Jom, kita beli baju Melayu tadi dan baliklah ya?”
Aulia bangkit sambil memaut pada lengan Ashraff. Entah kenapa ya dia asyik berasa lenguh badan dan keletihan sahaja semenjak awal berpuasa. Memang terasa lain sangat berpuasa pada kali ini. Letihnya macam tak makan berhari-hari. Lemau dan tiada tenaga. Bila malam menjelma, dia makan bukan main lagi.





Melihat hidangan lauk-lauk di atas meja makan di rumah emak mertuanya, Aulia telan air liur berkali-kali. “Banyaknya mama masak.. Lapar betul Lia sekarang ni.”
Lagi lima belas minit lagi Lia. Kejap lagi Lia boleh makan semua lauk-lauk tu.”
itulah yang buat Lia tak sabar-sabar nak berbuka ni, ma..”
Puan Sri Lydia mengerutkan keningnya. “Lia makan banyak betul sejak bulan puasa ni.. Jangan layan sangat nafsu makan tu Lia, kalau gemuk nanti susah nak turun berat badan..”
Serta-merta Aulia terdiam. Sentap. Mama Ashraff cakap dia gemuk ke?
Ha, sentap dengan mamalah tu. Mama nasihatkan aje sebab Lia tu nampak berisi sikit sekarang ni. Pipi tu dah macam pau..”
Tangan menyentuh pipinya. Ashraff takde pula kompelin apa-apa pada dia. Dia pun tak berasa langsung yang dia sudah gemuk. “Betul ke ma?”
Ye Lia.. Perut tu nampak buncit. Gemuk mengandung takpe.. Kalau gemuk sebab suka makan, janganlah diikutkan sangat.” Nasihat Puan Sri Lydia. “Orang perempuan ni kenalah juga jaga badan walaupun dah kahwin. Lia tu pula baru anak sorang tau. Takkan dah malas nak jaga badan?”
Mama ni.. Ada pula cakap macam tu. Manalah Lia perasan yang Lia dah naik badan sebab abang takde cakap apa pun. Takpe, lepas raya nanti Lia diet.”
Bukan mulai sekarang?” Usik Puan Sri Lydia.
Kalau Lia diet sekarang rugilah ketam masak lemak depan mata ni takde orang makan ma.. Samal tempe.. Ayam masak cili padi.. Rugilah diet hari ni. Lepas rayalah ma.”
Puan Sri Lydia tergelak besar. “Dah, pergi panggil Ash dengan Lisya bersedia untuk berbuka puasa. Dah nak masuk waktu ni. Papa berbuka dengan kawan dia di luar.”
Tidak banyak soal, Aulia melangkah ke ruang tamu untuk mengaggil suaminya yang sedang menemani Alisya menonton televisyen. Tahun ini anak kesayangan mereka sudah menginjak tiga tahun. Dalam diam, siapa sangka sudah masuk empat tahun perkahwinan dia dengan Ashraff.
Sebaik sahaja azan berkumandang, sebiji kurma terus dimasukkan ke dalam mulut. Aulia memang bersikap seperti orang tidak makan berhari-hari ketika di meja makan untuk berbuka puasa. “Abang, hulurkan Lia ketam masak lemak tu. Dah rasa macam nak jatuh air liur Lia ni dsri tadi lagi tau..”
Puan Sri Lydia menggelengkan kepalanya. Besar betul selera Aulia sejak akhir-akhir ini. “Lia ni cakap dengan mama dia nak diet lepas raya.. Entah ye ke tidak.” Puan Sri Lydia tergelak kecil.
Betul abang. Lia rasa lepas raya nanti Lia nak dietlah. Tiba-tiba rasa macam gemuk pulak.” Seketul ketam masak lemak cili api diletakkan dalam pinggan suaminya. “Lisya nak apa?”
Ayam goreng..”
Segera Aulia mencapai kepak ayam goreng dan diletakkan dalam pinggan anak kesayangannya. Laju sahaja Alisya mahu menyentuh ayam goreng yang diletakkan dalam pinggan miliknya. "Hot, sayang.. Biar mommy cariikkan dulu, okay?”
Alisya Cuma menganggukkan kepalanya. “Tok mama, do you have ticap?”
Ish, cucu tok mama ni memang tak boleh tinggal kicap dia ye. Bukan ticap, tapi kicap.” Bibir tergelak kecil mendengar pelat cucunya menyebut kicap menjadi ticap. “Jangan biasakan anak tu becakap pelat sangat Lia. Kalau salah, betulkan aje perkataan dia.”
Ha, itulah ma, Lia dengan abang pun memang selalu juga betulkan bahasa dia tu. Main sebut aje ikut suka hati dia. Haritu tu abang ingat tak dia sebut koko crunch jadi apa?”
Ashraff tergelak besar. Alisya pula terpinga-pinga dan sengih menampakkan barisan giginya yang comel dan putih bersih. Tahulah mereka yang lain sedang bercakap tentang dia.
Apa yang Lisya sebut?” Soal Puan Sri Lydia tidak sabar. Iyelah beriya sangat anak menantu dia gelakkan Lisya.
Koran, mama.”
Koran?” Ulang Puan Sri Lydia sekali lagi.
Aulia mengangguk sambil mengesat air matanya yang tumpah kerana terlalu banyak ketawa. “Mama tahu tak, kami berdua ni puas pusing satu rumah cari koran. Ingatkan Quran, pelik juga Lisya tiba-tiba minta Quran. Ingatkan sebab dia selalu nampak Lia baca Quran, so dia pun nak jugalah membacanya. Tapi bila ambil Quran bukan main kuat mengamuk cakap no..no..no.. I want koran not koran (Quran).
Habis tu macam mana tahu Koko Crunch?” Puan Sri Lydia turut sama ketawa membayangkan anak menantunya penign melayan telatah Alisya yang sedang membesar.
Daddy dia dah malas nak layan Lisya mengamuk, pergi dapur ambil sampah nak buang. Sekali tengah pegang kotak Koko Crunch nak buang. Lisya jerit koran.. koran sambil ikut daddy dia. Masa tulah baru tahu dia nak Koko Crunch.”
Ya Allah cucu tok mama ni.. Its Koko Crunch, not koran.”
Alisya yang sedang mengunyah ayam goreng ketawa mengekek-ngekek seolah-olah faham apa yang sedang dibualkan tentang dirinya.
Papa berbuka dengan siapa, mama?”
Entahlah Ash. Mama pun tak sure sebab papa cakap kawan aje tadi.. Papa tak balik pun after kerja tadi, terus ke hotel berbuka di sana.”
Ye ke.. Ash saja ambil cuti hari ni sebab nak beli baju melayu raya nanti.. Takde masa nak pergi beli.. Kalau nak keluar on weekends mama tahu-tahu ajelah jalan area KL ni macam mana kalau weekend. Jem sana sini.”
Jumpa ke bajunya tadi?”
Jumpa tapi takdelah sama sangat dengan dorang ni..”
Bolehlah tu asalkan ada baju nak pakai okaylah tu.. Kalau tahu susah nak cari baju, nanti awal-awal tempah sekali dengan Lia dan Lisya dekat Efendi tu. Ini tak, sibuk kerja sangat sampai tak sempat nak cari baju.”
Itulah mama, Lia tadi asyik nak cari bangku aje nak duduk. Jalan sikit aje dah letih.. Tak tahulah kenapa puasa tahun ni asyik letih aje.” Adu Aulia kepada Puan Sri Lydia.
ha Ash, bawalah Lia ni pergi jumpa doktor. Kalau malas panggil Adi tu datang rumah. Bukannya susah pun. Sekali-sekala kena juga check tahap kesihatan kita ni. Nak-nak bulan puasa macam ni, mungkin kurang air atau terlebih makan ke.. Kena check tu, Lia.”
InsyaAllah mama. Kalau Lia masih rasa tak sihat nanti Lia ajak abang pergi jumpa doktor. Lagipun puasa dah nak habis ni. Tinggal lagi empat hari aje pun.. Mungkin lepas puasa nanti Lia okay.”
Hmmm, iyelah. Tapi ingat pesan mama.. Makan tu kena jaga sikit. Mama tengok Lia banyak sangat minum Nescafe.. Kafien tu tak elok untuk badan.”
Baik doktor mama.” Aulia senyum kepada mamanya. Tahu Puan Sri Lydia sayangkan dia dan Ashraff serta Aulia. Satu-satunya anak menatu dan cucu yang dia punya di dunia ini.




Hari ini sudah masuk Ramadhan ke dua puluh lapan. Pejam celik pejam celik esok sehari lagi sebelum semua umat Islam menyambut ketibaan Syawal. Tiga pasang baju kurung moden milik dia dan Alisya dibentangkan di atas katil. Turut dibentangkan ialah dua pasang baju Melayu milik suaminya. Nampak haritu macam tak sama sangat baju Melayu ungu suaminya dengan baju kurung dia dan Alisya tapi bila dah bentangkan macam sekarang ni nampak sama sangat. Memang sedondon pun.
Ha, apa yang ditenung lama sangat baju-baju tu? Tak sabar nak raya ke?”
"Tak sabar nak tengok Lisya pakai peplum ungu dia ni bang. mesti comel!" Aulia membayangkan Alisya dalam sepasang peplum ungu yang ditaburi sedikit manik pada bahagian lengan baju itu. Pasti anak dia sangat cantik pada hari raya nanti!
"Abang pun tak sabar sangat nak bagi duit raya pada Lisya." Ujar Ashraff sambil tersenyum.
Lia suka samping abang yang nak pakai dengan baju Melayu ungu ni.. Cantik sangat!”
Haa.. Itulah abang pun suka samping tu Lia. Thanks belikan untuk abang. Dah lama sangat rasanya tak sambut raya meriah macam kali ni Lia.. Sebelum ni abang cuma pakai kemeja dengan jeans sahaja. Lepas solat hari raya, abang akan singgah di rumah mama untuk bersalaman dan kemudian balik rumah tidur.”
Kali pertama beraya dengan abang dan Alisya sejak kita kahwin, kan? I don’t know what is Alisya’s feeling.. Iyelah sebelum ni beraya di UK. Dia pun masih kecil lagi.. Baru dua tahun lebih. Sekarang ni dah bukan main lagi pandai bercakap.” Aulia senyum manis.
Ashraff melangkah ke arah Aulia dan memeluk isterinya dengan erat. “Abang menyesal sangat sebab pernah tinggalkan Lia suatu ketika dulu.. Abang rasa bodoh sangat, Lia. Abang biarkan Lia mengandung anak kita sorang-sorang. Berdosa sangat abang terhadap Lia.”
Lia yang tinggalkan abang.. Lia yang lari pergi luar negara. Sepatutnya Lia pujuk abang sampai hati abang sembuh tapi Lia terlalu ikutkan emosi Lia waktu tu..”
Kalau kita terus nak ungkit pasal hal ni, sampai ke tua pun takkan habis, kan Lia? Jadi, di bulan Ramadhan yang mulia ni kita maafkan antara satu sama lain dan mulakan hidup yang baru. Paling baru, ya?”
Aulia menggelam dalam pelukan Ashraff. Memeluk suaminya dengan sangat erat seolah-olah dia seperti akan kehilangan lelaki ini sekali lagi. Ah, kenapa dengan emosi dia? Apa pula yang tidak kena kali ini?

p/s : Nantikan sambungan seterusnya. Thank you for reading this entry at this hour. Love you.





3 comments :

  1. Alieya preggy?? Oke la lisya pun dh 3 tahun... Besttt2... Tggu next n3...

    ReplyDelete
  2. Wow best² smbung la lagi....

    ReplyDelete