Assalamualaikum & hi.
Di Hatiku Ada Dia Sri ganti dengan tajuk baru ye Dia Lelaki Idaman Hati.
Di Hatiku Ada Dia Sri ganti dengan tajuk baru ye Dia Lelaki Idaman Hati.
Spaghetti dalam pinggan dikuis perlahan. Rasa macam kenyang pula bila menghadap muka kacak Firhad malam ini. Lelaki itu nampak segak dengan kemeja lengan panjang berwarna merah hati dan seluar jeans. Santai dan nampak memang sangat-sangat kacak!
“Kenapa asyik kuis aje makanan Ria tu sejak tadi?”
“Ha?”
Firhad memandang wajah Riana. “Abang tengok Ria tak makan pun spaghetti tu. Tak sedap ke? Kalau tak sedap boleh tukar makanan lain..” Anak mata tepat memandang wajah Riana.
“Tak.. Bukan tak sedap. Sedap sangat.. Tiba-tiba rasa kenyang pula.” Manis sahaja senyuman Riana lemparkan kepada Firhad.
Tangan meletakkan garfu dan pisau di tangan ke atas meja. “Abang ada hal nak bincang dengan Ria..”
Dup dap dup dap!
Pantas sahaja jantung Riana bergerak mengepam darah. Rasa macam nak pitam pun ada sebab terlalu berdebar. “Ab.. Abang Ad nak cakap pasal apa?”
“Us.”
Dush!
Dengar sahaja perkataan ‘us’ lagilah buat Riana rasa mahu pengsan! Adakah Firhad mahu bercakap soal masa depan mereka? Adakah lelaki itu mahu melamar dia?
“Ria, abang tak pandai nak bermanis mulut atau senang cerita abang memang tak pandai nak buat ayat manis pada perempuan. Sepanjang Ria kenal abang, Ria sendiri tak pernah tengok abang bercinta.. Kan?”
Riana pantas mengangguk.
“Abang tahu kita dah kenal lama.. Lama sangat.” Firhad terdiam. Riana juga diam.. Tidak menyampuk dalam kata-kata Firhad. Biarlah lelaki itu menghabiskan ayat-ayatnya dahulu.
“Ria, selama ini abang mungkin tak pernah perasan kehadiran Ria. Abang terlalu sibuk uruskan kehidupan dan membina kerjaya abang sampai abang lupa tanggungjawab abang pada keluarga dan pada diri abang sendiri.”
Ya Allah.. Panjangnya mukadimah Firhad. Cepatlah lamar dia!
“Ria tahu kan yang keluarga kita memang rapat? Kita pun sangat rapat macam adik-beradik dan abang sangat-sangat sayangkan Ria.”
Debaran makin menggila. Terasa mahu menangis apabila Firhad menyebut perkataan adik-beradik. Adakah lelaki itu hanya menganggap dia sebagai adik sahaja selama ini?
“Ya.. Ria pun sayangkan Abang Ad jugak..” Bibir mengukir senyuman tipis. Sungguh dia memang ikhlas sayangkan Firhad sejak dulu! Sejak mereka di bangku sekolah lagi. Atau mungkin mudahnya sejak mereka kecil dia memang sangat sayangkan Firhad.
Tangan menyeluk kocek jeans yang dipakai olehnya. Tangan kiri dan kanan sibuk bekerja membuka sebuah kotak kecil berwarna biru. “Will you marry me?” Sebentuk cincin diletakkan di hadapan Riana. Melihat Riana yang terkedu Firhad menambah. “Abang tahu kalau Ria terkejut tapi abang nak Ria tahu yang abang sayangkan Ria. Mama dan papa sangat sayangkan Ria. Mereka nak sangat Ria jadi menantu dalam keluarga abang..”
“I do. Of course I want to be your wife..”
Tanpa sedar ada manik-manik mutiara gugur ke pipi. Sangat terharu. Dia langsung tidak menjangkakan yang Firhad membawa sebentuk cincin lain sedangkan dia sudah pun mendapat sebentuk cincin yang sangat cantik.
Dia ingat Firhad hanya akan melamar dia secara biasa-biasa dengan ayat sahaja. Ya, dia tahu lelaki kacak ini memang tidak pandai mengayat. Dia akui kelemahan Firhad namun usaha yang Firhad lakukan untuk dia malam ini sangat-sangat bermakna untuk dia.
“Abang Ad, Ria nak Abang Ad tahu yang Ria sangat sudi untuk menjadi isteri abang.”
“Thank you Ria! Thank sebab sudi terima abang dalam hidup Ria.” Bibir Firhad mengukir senyuman tipis.
Kalau ditanya adakah dia teruja? Yes, dia sangat teruja untuk menjadi isteri kepada Firhad. Dia tidak sabar mahu menggalas gelaran Puan Riana Sofea binti Tuan Amin. Alhamdulillah. Akhirnya dia akan bersatu jua dengan Firhad. Allah dengar semua doanya selama ini.
Firhad senyum gembira. Betullah kata Fitriyati selama ini Riana memang menyimpan perasaan cinta terhadap dia. Hanya dia sahaja yang buta tidak nampak perkara itu. Patutlah Riana selalu merajuk dan manja dengan dia. Rupanya gadis itu mahukan perhatian daripada dia. Sangkanya Riana mahu bermanja dengan dia seperti adik yang manja dengan abangnya.
“Mama dah tak sabar lagi nak buat majlis. Semuanya tunggu abang dan Ria sahaja..”
Riana angguk. “Ria tahu,, Auntie Ani dah hantar cincin tanda sebenarnya tapi Ria aje belum terima sebab Ria tunggu keputusan Abang Ad.”
“Abang tahu sebab itulah abang lamar Ria malam ni. Abang tak mahu hampakan harapan keluarga kita.”
Mekar senyuman Riana. “Terima kasih sebab sudi terima Ria dalam hidup Abang Ad.”
Ya Allah, bahagianya!
Riana menutup pintu kereta Firhad. Makan malam dia dengan Firhad yang paling istimewa dalam hidupnya. Tak sabar rasanya mahu berkongsi perasaan gembira dia dengan keluarga.
“Assalamualaikum semua. Ria dah balik.” Laung Riana dari pintu utama.
“Iye, tuan puteri baru pulang makan malam dengan putera idaman ke?” Ruzanna memerli dari jauh.
“Kak Zana jeles kan Ria keluar dengan Abang Ad..” Sengaja mahu mencari pasal dengan kakaknya.
Ruzanna menjuihkan bibirnya. “Kalau Kak Zana cari suami, Kak Zana cari yang lagi kacak daripada Ad tu tau!”
Puan Zaimah dan Tuan Amin tergelak melihat telatah dua beradik itu. “Dah besar pun nak mengusik lagi kan.. Zana tu pula bila nak kahwin?” Tuan Amin mencelah. Riana tergelak-gelak apabila kakaknya teka tembak dengan Tuan Amin.
“Kak Zana tunggu Tan Sri masuk meminang dia ayah..”
Buk!
Sebiji bantal di ketuk di kepala Riana. “Kak Zana! Aduh, sakitnya. Jahat betul Kak Zana ni tau..”
Riana menampar lengan kakaknya. Geram betul.
“Manja lagi ni macam mana nak kahwin dengan Ad? Ad tu dah la gila kerja.. Kalau kena tinggal sebab Ad pergi out-station mesti menangis aje kerja Ria nanti kan.”
Riana menjeling Ruzanna. “Malas cakap dengan Kak Zana. Ria ada hal sikit nak cakap dengan ayah dan ibu..”
Tas tangan Gucci Soho dibuka. Satu kotak cincin diletakkan di hadapan orang tuanya dan Ruzanna terkebil-kebil memandang Riana. “He asked?”
Riana tersenyum dan seraya menangguk. “And I said yes!”
Wajah Tuan Amin dan Puan Zaimah teruja dan melepaskan nafas lega. “Alhamdulillah. Tercapai juga impian ibu nak berbesan dengan Auntie Ani tu Ria..”
“Soal bila tarikh kahwin dan di mana majlis kahwin semuanya Ria serahkan pada ibu dan ayah. Ria hanya nak kahwin aje.” Nampak sangat gatal dia! Haha! Biarlah. Dia memang nak kahwin dengan Firhad pun.
“Ya Allah, gediknya adik Kak Zana ni. Ibu tengok budak ni.. gatalnya!” Ruzanna mencubit Riana.
“Kak Zana!!!” Kuat Riana menjerit. Sakitnya hati dengan kakak dia. “Tangan tu jangan asyik nak ketam orang sangat boleh tak? Sakit tau tak..”
“Iyelah. Sorry.”
“Soal majlisnya nanti ibu dan ayah akan bincang dengan keluarga uncle Musa dulu.. Kalau Ria tak kisah baguslah. Senang sikit kerja ibu dengan Auntie Ani nanti. Pasal barang hantaran?”
“Yang tu nanti Ria akan uruskan dengan Abang Ad. Kami beli barang ajelah nanti ibu gubahlah ya?”
Puan Zaimah lega hati melihat sikap Riana yang teruja dengan perkahwinan sendiri. Iyelah sebelum ini puas dia memujuk Riana menerima pinangan dari keluarga Firhad namun Riana kata dia ada caranya sendiri. Dia mahu tahu perasaan Firhad terhadap dia sebelum dia memberikan keputusan
Akhirnya Riana setuju juga. Dia sangat sayangkan Firhad. Dah anggap seperti anak sendiri dan kalau boleh memang dia mahu Riana bersatu dengan Firhad sejak dulu lagi. Suami dia aje yang selalu menghalang kerana Riana masih belum tamatkan pengajian ketika itu.
Namun malam ini segalanya hampir selesai. Bolehlah dia mula menguruskan majlis perkahwinan Riana dengan Firhad selepas ini.
“Ha, Ria dah nak kahwin. Zana tu bila lagi?” Tuan Amin mula mengalihkan topik perbualan.
“Zana belum lagi.. Belum ada rasa nak kahwin lagi ayah.”
Mulut melepaskan keluhan berat. “Zana dah umur 30 tahun. Bila lagi Zana.. Ayah ni bukannya makin muda, makin tua adalah. Setiap hari umur makin bertambah..”
Riana diam mendengar. Tidak mahu menambah tekanan kakaknya. Dia tahu Ruzanna tertekan asyik diasak dengan persoalan bila nak kahwin? Bukannya keluarga di sahaja yang menyoal, nenek dan datuk juga mula bertanyakan tentang Ruzanna.
Alahai, bukannya kakak dia tak mahu kahwin, mungkin luka di hati belum sembuh agaknya. Iyelah ada tunang tetapi tunang tak guna main kayu tiga. Enam bulan sebelum kahwin tiba-tiba sahaja tunang kakak dia minta putus sebab nak kahwin dengan orang lain. Kalau dia berada dia tempat Ruzanna pun dia akan kecewa dan tidak percayakan cinta lagi.
Dia faham luka yang ditinggalkan oleh bekas tunang kakaknya itu. Dia tahu hati Ruzanna masih terluka walaupun sudah hampir dua tahun lebih perkara itu berlalu.
“Zana takde calon lagi..”
“Kalau dalam hati tu takde ruang untuk orang lain macam mana nak jumpa calon?” Tuan Amin harap sangat Ruzanna berubah. Memberi sedikit ruang dalam hatinya untuk orang lain. “Nedri tu bukan selalu keluar dengan Zana ke?”
Ruzanna tergelak kecil. “Zana takde apa-apa hubunganlah dengan Nedri tu ayah. Kawan sekerja aje.”
“Kalau ada pun tak salah sebab ayah tengok Nedri pun elok aje budaknya. Bila-bila lapang nanti ajak Nedri tu datang ke rumah kenalkan pada kami.”
“Ayah. Nanti-nanti ajelah..”
Kali ini giliran Puan Zaimah pula menembak Ruzanna. “Umur dah 30 Zana.. Bila lagi baru nak bersedia? Kena tunggu ibu pejam mata dulu ke baru nak bersedia?”
Ah, sudah. Mula dah.. Mula dah ceramah percuma versi tak perlu dijemput penceramahnya. “Ria nak naik atas. Nak mandi dan nak rehat..” Baik cabut awal sebelum dia sekali terseret dalam ceramah percuma ini.
“Nak berangan sebenarnya tu..” Ruzanna mencelah. “Kak Zana nak ikut Ria ke atas. Nak sambung cerita dengan Ria macam mana cara Ad lamar Ria tadi.”
“Kak Zana!”
“Ibu, ayah.. Zana naik hantar Ria sampai bilik ya. Nanti kita sambung lagi sesi ceramah tadi..” Ruzanna menarik tangan Riana mengikutnya naik ke atas.
“Kak Zana jahatnya tak nak dengar cakap ibu dan ayah.. Kesian tau!”
Ruzanna melabuhkan punggungnya di atas katil. “Bukan tak mahu dengar tapi dah selalu sangat dengar. Dah boleh hafal skrip dah.. Letihlah kalau asyik kena paksa kahwin. Lagipun Kak Zana memang takde apa-apa hubungan dengan Nedri tu.”
“Kalau ada pun tak salah. Handsome apa Nedri tu. Muka ala-ala korean gitu.”
“Jangan nak mengada-ngada ya!” Ruzanna merebahkan tubuhnya di atas katil Riana. “Macam mana Ad lamar Ria tadi? Ceritalah dekat Kak Zana..”
“Dia lamarlah.. Dia ajak Ria kahwin.”
“Melutut di kaki Ria?”
Bibir tergelak kecil. Dia banyak sangat baca novel dan tonton cerita romantik. Memanglah dia harapkan ada lelaki yang melutut di kaki dia tetapi tidak ada pula adegan itu sebentar tadi walaupun dia berharap juga Firhad berbuat demikian. “Tak. Dia cuma lamar Ria sambil makan.”
“Just like that?”
Riana angguk.
“Habis kenapa Ria terima semudah itu?”
“Life is simple Kak Zana. Kita harapkan sesuatu dan kita tak semestinya dapat apa yang kita harapkan. Ria memang berharap yang Abang Ad jadi lelaki yang romantik macam hero dalam movie yang kita selalu tonton tapi Ria kena realistik. Ria harap dia cintakan Ria dan Ria dapat apa yang Ria harapkan..”
“Betul ke Ria memang dah habis fikir soal kahwin dengan Ad ni? Ria takde calon lain selain daripada Ad?”
Riana memandang ke arah kakaknya. “Kenapa tanya macam tu?”
Anak mata Ruzanna melekat pada wajah Riana. Memandang wajah itu dengan pengharapan agar Riana jujur dengannya. “Betul takde apa-apa nak cakap dengan Kak Zana?”
“Nak cakap apa?”
“Pasal lelaki yang kerja dengan Ria sekarang ni.”
Wajah Riana kalut! Apa yang Ruzanna dengar tentang Raffael? Dari mana kakak dia dengar? Seingat dia tak pernah dia buka cerita tentang Raffael kepada sesiapa kecuali Asma sahaja. Itu pun dia hanya berbual secara tidak langsung yang dia berkenalan dengan seseorang yang menarik perhatian dia waktu dia makan tengah hari bersama Asma siang tadi. Itu sahaja. “Ria dengan dia atas urusan kerja ajelah.. Siapa pula yang sampaikan berita tak betul dekat Kak Zana ni?”
“Apa nama dia?”
“Adalah. Rahsia! Siapa yang cakap dengan Kak Zana ni? Ayah ke?”
“Hey, kata atas urusan kerja aje, kenapa nama pun tak boleh cakap?”
“Ya Allah, entah dari mana Kak Zana dengar benda merepek ni. Ria dengan dia baru kenal aje tau! Mana ada pergi buat benda lain. Tak masuk akal langsunglah soalan Kak Zana ni.”
“Dia tu takde ciri lelaki idaman Ria ke?”
“Oh, tolonglah jangan merepek! Ria baru aje terima lamaran Abang Ad tau sekejap tadi.. Takkan lah Ria nak berubah hati pula.”
Ruzanna tergelak kecil. “Hati kita ni boleh berubah sekelip mata aje Ria.”
“Kak Zana janganlah samakan semua orang dengan bekas tunang Kak Zana tu. Memanglah hati manusia boleh berubah tapi kita kena belajar untuk setia.”
“Okay, kalau Ria cakap takde apa-apa, Kak Zana tak boleh paksa. Mungkin lepas ni akan ada apa-apa kot?”
“Hoo, itu merepek! Ria baru aje terima lamaran Abang Ad tadi, sekarang ni dah nak bercakap pasal lelaki lain pula? Merepek betul!”
“Kalau Ria cakap macam tu, okeylah. Kak Zana doakan Ria bahagia sampai bila-bila aje. Tak nak benda lain dah.”
“Memang takde apa-apa hubungan pun. Kak Zana janganlah fikir yang bukan-bukan. Lelaki tu sekadar kawan sekerja dan Ria pun baru aje berkenalan dengan dia.”
“Ye ke? Tapi ayah cakap nampak macam rapat aje. Bukan berkenalan di luar negara dulu ke?”
Riana menggeleng. “Taklah.. Ayah silap ni.”
“Sure?”
“Yes, very sure. Kawan sekerja sahaja. Ria memang tak kenal dia sebelum ini.” Dua kali pertemuan dia dengan Raffael sebelum ini biarlah rahsia. Tidak perlu dia membuka cerita itu kepada Ruzanna kerana Raffael bukannya lelaki penting dalam hidup dia pun.
“Itu kata Ria, Kak Zan apercaya ajelah.”
Sri , Kak Zana mcm perasan je Ria dgn Rafa ada smthing tp dek tersemat dlm hati yg Firhad is the one , Ria terlepas pandang ke . Btw, rindu dgn zaidan dan Eleena 😄😄😄 .
ReplyDeleteHehehe tapi Kak Zana tak kenal pun siapa Raffael tu sebenarnya. Dia main agak-agak aje.
Deletenak lagiii
ReplyDeleteOkay kite bagi awak dua entry malam ni. <3
DeleteAlahai dh nk kahwin Ria dn Ad
ReplyDeleteKesian plk dgn si Raff tu..
Ala kenapa bukan kesiankan Riana.
DeleteKESIAN RIA KENA TIPU.
ReplyDeleteNangis.
DeleteI dah read all entries dari aku, dia & stiletto bab 1 and omg im completely in love with your writings, Sri! Very realistic and sempoi especially Azara and Raz's story (hehe sorry tau i tak ingat the titles sebab banyak sangat karya sri i baca at once) Cuma satu je yg i've been waiting, sambungan cerita Yasmin.. what happenes to her.. :'(
ReplyDeleteHi Syaf. Thank you for reading all my e-novel here. :P
DeleteOMG. Nak sangat sambung cerita Yasmin tu tapi asyik tergendala aje. Okay, nak fokus dan sambung semula pasal Yasmin tu.