Sunday, 9 February 2014

Bab 27 Cinta Tak Akan Berakhir


Suasana sekeliling rumah diperhati dengan mata yang meliar ke sekeliling. Besar gila rumah keluarga Razlan. Perabut Harrods yang sama dengan Puan Nona di susun dengan cara yang berbeza. Lawa juga susun di ruang tamu utama macam ni. Nampak gah benar! Look so classics.
“Duduklah dulu, kejap lagi mama I turun.”
Bola mata Azara yang sedari tadi asyik memerhati suasana sekeliling teralih ke arah Razlan yang berdiri di sisinya.
“Ah, ya. Thanks!”
Punggung dihenyak di atas sofa berwarna coklat gelap di ruang tamu. Sofa yang Puan Nona pernah berkenan semasa mereka ke Londo suatu masa dulu! Dia ingat lagi sofa ni, Harrords. Hehehe. Maunya dia tak ingat, Puan Nona beriya-iya nak beli tapi Encik Idris tak benarkan. Tak tahu nak letak mana sofa lama yang masih elok.
Abah, kalau dah tak berkenan tu macam-macam alasan dia bagi. Kebanyakan hiasan rumah semuanya abah yang tentukan mengikut selera dia sendiri. Alih-alih beberapa minggu selepas dia pindah rumah, abah beli sofa baru ganti sofa yang lama. Padahal sofa lama tu elok aje lagi. Takde pula kena banjir atau digigit tikus.
“Nervous ke?”
Alamak! Dia terlupa pula yang dia ke sini untuk berkenalan dengan keluarga Razlan. Memanglah dia pernah jumpa dengan Puan Sofiah tapi tak pernah jumpa secara formal macam ini. Kali pertama jumpa em.. em.. sebagai kekasih Razlan.
Jantung tiba-tiba sahaja berdetak laju. Sebelum ini Puan Sofiah tidakpernah tahu di adik Izreen, kini semuanya sudah terbongkar. Masihkah wanita bergaya itu sukakan dia seperti sebelum ini? bagaimana pandangan Puan Sofiah terhadapnya?
“Mama awak okay ke dengan saya?” Bibir didekatkan sedikit dengan telinga Razlan. Berbisik ke telinga lelaki itu apa yang sedang bermain di kepala otaknya ketika ini.
“Hey, kan you dah pernah jumpa mama I few times. Pernah ke mama I layan you dengan buruk?”
Azara geleng kepala. Memanglah tak pernah sebab masa tu Puan Sofiah tidak tahu dia ni adik Izreen. Sekarang ni mungkin Puan Sofiah akan bandingkan dia dengan Izreen. Izreen biasanya lebih segala-galanya berbanding dia walaupun ramai orang cakap muka dia lebih lembut dan ayu berbanding muka Izreen.
“Itu lain.. Ini lain.”
“Ha’ah.. Ini lain kan.. Kali ni jumpa as bakal menantu. Kan?”
Mata Azara terbuka luas. “Hey, siapa cakap?”
“Kan I dah lamar you few days ago. Lupa?”
“Tak valid ya your proposal sebab I tak terima. I said try again next time kan?” Bibir mengukir senyuman manis. Teringat peristiwa beberapa hari yang lalu. Merepek! Mana ada dia terima lamaran Razlan pun ketika itu.
“Habis tu I kena lamar lagi sekalilah ni?”
Kepala diangguk bangga. “Mungkin beberapa kali lagi kot?”
Razlan tersengih kecil. Kuat main jugak Azara ni. Nampak aje lembut, ingatkan senang pujuk. “Takpe, I akan cuba sampai you cair dengan I.”
“Well, we will see that.”
Kehadiran seorang wanita separuh abad mengganggu perbualan Razlan dan Azara. “Ini Mak Siti, maid rumah I.”
Azara bangkit dan bersalaman dengan Mak Siti. “Apa khabar Mak Siti. Saya Azara.”
“Oh, inilah Zara yang selalu Razlan ceritakan dengan Mak Siti ya?”
Kepala ditoleh mencari wajah Razlan. “Apa yang awak cerita dengan Mak Siti ni, Raz?”
“Eh, mana ada cerita apa-apa.. Mak Siti saja je nak usik you.”
“Zara jangan risau, semua yang Alan cerita semua benda yang baik-baik aje pasal Zara.” Senyuman terukir di bibir Mak Siti.
“Kalau Raz ni ada cerita yang tak elok, Mak Siti cakap dengan Zara tau.. Tahulah Zara nak ajar Raz ni.” Azara tertawa kecil. Ugutlah konon, padahal kalau Razlan naik angin dia menikus. Nak panggung kepala pun tak berani langsung!
“Sembang apa yang seronok sangat ni?” Azara berdiri tegak menyambut kehadiran Puan Sofiah ke ruang tamu. Tangan wanita berusia separuh abad itu disalam dan dicium lembut.
Rindu sangat dengan Puan Nona bila nampak Puan Sofiah sekarang ini.
“Auntie apa khabar?”
“Sihat, Alhamdulillah. Zara sihat?” Puan Sofian menyentuh lembut bahu Azara.
“Alhamdulillah. Sihat juga auntie.”
Bibir Puan Sofiah mengukir senyuman. “Auntie ajak Zara datang makan tapi maaflah anak-anak auntie semuanya sibuk hari ini. Takde sesiapa pula di rumah..”
“Eh, takpe auntie, Zara tak kisah pun. Nanti InsyaAllah boleh jumpa dengan mereka pula.” Suasana masih canggung namun Azara buat-buat nampak selesa. Padahal dalam hati dia sumpah rasa nervous bagai nak pecah jantung dia. Pam darah laju gila.
Azara kerling wajah kacak di sebelahnya. Tenang aje wajah Razlan.
“Alan jemput Zara di rumah umi ye tadi?”
“Haah ma. Umi kirim salam pada mama. Alan dah ajak tadi tapi umi ada janji dengan papa. Nak beli apa entah..” Razlan menjawab sambil tangannya membelek majalah Nona di hadapannya.
“Nak ke kedai perabutlah tu.. Papa ada cakap dengan mama tadi.”
Azara hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Sumpah memeng sempoi gila Puan Sofiah boleh tanya khabar madu dan siap tahu lagi mana suaminya pergi. Mana nak cari wanita yang tabah seperti ini!
“Eh Zara jangan pelik pula bila tengok auntie macam ni ya.. Auntie dengan umi tu memang rapat sangat. Dah berpuluh tahun Zara, tak guna kalau kita nak bermusuhan. Allah tak larang poligami tu..”
Azara angguk. Tidak tahu nak komen apa. Kalau suami dia yang minta kebenaran nak kahwin lain mungkin dia campak kuali atas kepala suami dia kot. Tak sanggup nak ada madu!
Azara menoleh ke sisinya apabila terdengar Razlan ketawa halus. “Kalau I nak kahwin lain, you izinkan tak?”
Nah! Sebijik soalan Razlan bagi dekat dia. Depan bakal mak mertua pula tu.
“Cubalah dulu baru tahu saya izinkan ke tidak.”
Meledak ketawa Puan Sofiah dan Razlan mendengar jawapan Azara. “Nampak gayanya bakal isteri Alan ni tamak orangnya. Takde peluang Alan nak buka cawangan lain ni!” Razlan tergelak-gelak lagi.
“Tak payah buka cawangan lain Alan, Zara ni pun dah cukup sempurna pada mata mama.”
Wajah Azara membahang menahan segan. Malu gila Puan Sofiah puji dia sampai macam ini sekali. “Takde yang sempurna auntie. Zara manusia biasa aje. Belajar dan terus belajar untuk menjadi yang lebih baik.” senyuman manis dihadiahkan kepada Puan Sofiah.
“Mak Zara sihat?”
Bibir yang masih tersenyum terasa beku. Entah sihat atau tidak Puan Nona dia pun tidak tahu. Setiap hari dia hubungi wanita kesayangannya itu namun Puan Nona lebih banyak mendiamkan diri berbanding berbual dengannya.
Kalau dulu Puan Nona selalu menghubungi dia sebelum tidur, sekarang senyap sunyi telefon dia. Langsung tiada panggilan daripada Puan Nona sejak dua minggu yang lalu.
“Sihat, auntie. Mak dengan abah Zara sihat.” Bohong sunat. Eh, ada ke istilah bohong sunat? Bolehlah.
“Auntie tak pernah tahu yang Zara ni anak Nona dengan Idris. Bila auntie tahu Zara ni adik Izreen memang auntie setuju sangat Alan nak kahwin dengan Zara sebab auntie dah kenal dengan keluarga Zara. Auntie rasa senang dengan mak dan abah Zara.”
Senyuman di bibir Azara terasa kekok ketika ini. Kalaulah Puan Sofiah tahu sikap sebenar Izreen dan betapa mereka anak-beranak, adik-beradik berperang kerana hubungan dia dengan Razlan, agaknya pitam tak Puan Sofiah?
“Auntie rasa bersyukur sangat Alan berkenal dengan Zara, lega hati auntie ni bila Alan cakap dia dah jatuh cinta dengan wanita yang paling sempurna dalam hidup dia. Yes! You are perfect, my dear.”
Allahuakbar. Terlalu tinggi pandangan dan pujian Puan Sofiah terhadap dia. “Auntie, Zara hanya manusia biasa. Janganlah puji Zara tinggi melangit.. Zara takut Zara bukan perempuan yang auntie bayangkan..”
Puan Sofian bangkit duduk di sebelah Zara. “Auntie harap Zara akan membahagiakan anak auntie. The only my son.”
Parah! Dia belum pun terima lamaran Razlan. Apa yang lelaki ini dah cakap dengan Puan Sofiah ni?
Bibir yang bergerak-gerak mahu berkata-kata terdiam seribu bahasa bila Razlan bersuara. “Alan ni dah puas ajak Zara kahwin ma, Zara ni keras kepala. Entah apa yang nak dikejarkan lagi Alan pun tak tahu.”
Kurang asam! Razlan kenakan dia dengan cara macam ni. Siot betul.
“Tak, bukan macam tu auntie. Zara dengan Raz baru berkenalan.. Hubungan kami pun masih baru.. Zara rasa elok kalau kami kenal dengan lebih mendalam lagi..” Azara membela diri. Lamaran langsung tak romatik, ada hati nak dia terima lamaran Razlan.
“Alan ni tak cukup romantik kot. Macam mana Alanlamar Zara? Pakai daun?”
Razlan menggeleng. “Pakai mug air kopi.”
Tawa Puan Sofiah meledak kuat. “Nanti belajar dengan kakak dan Mel macam mana nak melamar perempuan, okay? Kalau setakat pakai mug mama pun reject!”
Bibir Azara sengih segan. Nampak mengada-ngada pula dia ketika ini. Nak dilamar romantik bagai. Mengada-ngada sungguh!
“Dah, jom kita makan. Nanti sambung berborak lagi. Kalau nak bersembang memang sampai esok pun tak habis nak bersembang ni. Banyak cerita auntie nak tanyakan pada Zara.”
Azara mememerhati keluar tingkap. Rasa malas nak berbual dengan Razlan ketika ini. Kepala otaknya lebih banyak melayang mengingati pertemuannya dengan Puan Sofiah sebentar tadi. Walaunpun hanya makan tiga orang sahaja, suasana cukup meriah dengan usikan Razlan. Tak habis-habis nak mengenakan dia depan Puan Sofiah.
“Zara ni kan mama, dia suka sangat kalau dapat masuk hutan. Nanti lepas kahwin Alan rancang nak bawa Zara panjat Gunung Kinabalu.” Sumpah Razlan memang kaki auta gila! Mana ada dia suka masuk hutan. Dia langsung tak suka masuk hutan. Tak sesuai dengan jiwa dia langsung.
“Betul ke Zara suka mendaki? Auntie tengok Zara ni lembut aje orangnya, tak sangka pula Zara suka aktiviti lasak. Melda dengan Inas langsung tak suka aktiviti macam tu. Takut kulit jadi hitam katanya.”
Tak tahu nak jawab apa, Azara sengih sambil cubit peha Razlan.
“Lagi satu mama, Zara suka berkayak rupanya! Zara, nanti bila-bila hujung minggu kita pergi berkayak.. Nak?”
Ini sumpah kelakar! Dia suka berkayak? Kepala hotak berjambul. Dia naik kayak pun tak pernah, bila masa pula dia suka berkayak. Auta gila.
“Saya bukannya tak suka pergi dengan awak, tapi macam tak manis pula kalau kita pergi berkayak sama-sama. Saya ni bukannya ada kawan sangat dekat Malaysia ni..”
Ewah, ayat takde kawan sangat tu bajet macam duduk Amerika sampai liam belas tahun sampai tak sempat nak berkawan dengan orang Malaysia aje kan. Padahal duduk Amerika tiga tahun aje pun.
“Haleda tak suka ke?”
Azara geleng kepala. “Kak Leda mana suka aktiviti macam ni.. Apa kata kalau awak ada masa free awak bawa saya ke Melaka, boleh juga saya lawat anak-anak yatim di sana. Lagi baik dari pergi berkayak, kan?”
Puan Sofiah turut bersetuju dengan cadangan Azara. “Betul tu Alan.. Buat apa ajak Zara ni pergi berkayak.. Nanti hitam muka bakal menantu mama ni.”
Bibir Azara mengukir senyuman.
“You ingat apa ni sayang?”
Kepala ditoleh ke arah Razlan yang sedang memandu. “Ingatkan awak kenakan saya tadi. Awak memang sengaja cakap dengan mama awak saya ni suka aktiviti lasak kan?”
Razlan melepaskan tawa besar. Geli hati melihat mimik muka merajuk Azara, “Saja je nak kenakan bakal isteri I ni.”
“Perasan! Siapa nak kahwin dengan awak?”
“You.”
“Never!”
“Mulut je cakap tak nak tapi hati nak, kan?”
Azara menjeling tajam ke arah Razlan. Suka sangat kenakan dia!
“Boleh tak kalau awak tu jangan nak perasan sangat? Mak dengan abah saya belum tentu lagi sukakan awak tau..” Azara mengingatkan Razlan tentang realiti perhubungan mereka. Mak dan abah belum lagi memberikan restu dalam perhubungan dia dan Razlan.
Izreen masih lagi mencaci dia kerana menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya.
“Zara, I sayangkan you not your sister. I akan yakinkan your parents I boleh bahagiakan you. I akan jaga you sampai bila-bila.”
Hati mana yang tidak tersentuh dengan kata-kata ikhlas daripada lelaki yang dia cintai.. Hati mana yang tidak tersentuh dengan janji seperti ini..
“Saya tak boleh bagi awak jawapan sekarang Raz.”
“Take your time. I can wait.” Pandangan kembali fokus ke arah jalan raya yang mulai sibuk dan hari yang kian kelam.
p/s : Siapa rindu Azara dan Razlan? Kihkihkih.
Okay, two down!
Love you all.


Thursday, 23 January 2014

Bab 29 Aku, Dia dan Stilleto

Aulia pandang Ashraff dengan pandangan ingin tahu. Sumpah dia mahu tahu kenapa Ashraff beriya-iya mahu berkahwin dengan dia sedangkan Ashraff tidak tahu dia mengandung.
“Cakaplah apa syarat Auntie Lydia.”
“Kahwin dengan you dan I boleh kahwin dengan Helinna. You know how much I love her, kan?!” Aulia terlopong. Jadi Ashraff menjadikan dia sebagai cukup syarat untuk memperisterikan Helinna? Gila!
“Takde kaitan dengan saya. Jom balik.” Aulia sudah berjalan ke hadapan padahal langsung tak tahu di mana Ashraff letak keretanya.
Ashraff geram dengan tingkah Aulia. Apa pulak yang takde kaitan, memang berkaitan dengan Aulia pun! “Siapa cakap takde kaitan dengan you?”
“Hubungan awak dan Helinna takde kaitan dengan saya.” Ashraff ketap gigi rapat-rapat. Adoi, geram sangat dengan Aulia ni.
“Yang you menonong ke depan ni kenapa?” Aulia kalih ke belakang. Ashraff sudah berhenti di depan sebuah kereta berwarna putih. Selumber badak Aulia mendekati Ashraff. Ah, kisah apa dia.
“Tekanlah alarm tu, saya nak masuk dalam kereta. Kepala dah pening.”
“Cakap dulu yang you akan buang budak tu.” Ya Allah, takde perasaan ke Ashraff ni? Langsung tak berhati perut. Suka hati aje nak bunuh jasad yang sedang bernyawa dalam rahim Aulia.
“Ash, saya takkan buang anak ni. Anak ni anak saya dan saya akan jaga anak ni elok-elok.” Aulia sentuh perlahan perut dia. Walaupun belum hadir rasa sayang terhadap anak dalam kandungannya, Aulia yakin dia boleh menjadi ibu yang baik.
“Kenapa you nak serabutkan kepala you? Kalau budak ni takde, senang kita nak bercerai nanti!”
“Kalau bukan sebab anak ni, saya sendiri takkan setuju untuk kahwin dengan awak. Semuanya sebab anak yang ada dalam perut saya.”
“Fine! Kalau macam tu, baik, kita akan kahwin but you ingat dalam kepala otak you yang budak dalam perut you tu bukan anak I dan sampai mati pun I takkan mengaku yang budak tu anak I, faham?”
“Sampai mati pun awak tak boleh nafikan hakikat yang sebenar, Ash. Apa yang awak dah buat pada saya, sampai bila-bila pun saya takkan lupa.” Air mata yang mula bertakung dikesat laju. Tidak mahu kalah dan mengalah lagi dengan Ashraff.
Dia bersetuju untuk berkahwin pun kerana orang tuanya. Aulia bertekad yang dia tidak akan mengalah dengan Ashraff. Cukuplah sekali.
“Make sure you tandatangan borang kebenaran poligami dan pastikan Helinna takkan tahu pasal kita.”
Aulia angguk setuju. “Saya dah pening sangat. Sekarang boleh bukak pintu?” Tak sampai hati pula tengok keadaan Aulia yang memang tak sihat.
Alarm kereta ditekan. Pintu sebelah penumpang dibuka untuk Aulia masuk.
Aulia duduk bersandar di kerusi kereta. Kepala dia berpusing-pusing sekarang ni. Rasa pening sangat!
“Dah makan ke tadi?” Aulia menggeleng sambil memejamkan matanya.
“Kenapa tak makan?” Suara Ashraff sedikit meninggi sambil menarik pintu kereta.  Enjin kereta dihidupkan. “Nak makan apa?”
“Tak nak, nanti muntah.”
Suasana dalam kereta senyap sunyi. Kalau sebelum ini pantang ada peluang pasti bertengkar. Melihat muka Aulia yang pucat dan tidak bermaya, tak sampai hati pula mahu bergaduh dengan wanita di sebelahnya.
“Nak makan burger?”
Aulia buka matanya perlahan-lahan. Rasa lapar memang lapar sangat tapi kalau makan nanti muntah.
“Nak tak?”
Aulia masih berperang dengan perasaannya. Nak makan ke tak nak?
Ashraff memberhentikan keretanya di bahu jalan. “I beli burger untuk you. Ayam ke daging?”
“Ayam.”
Ashraff yang baru sahaja mahu melangkah keluar terhenti apabila Aulia memanggil namanya. “Ash!”
“Apa?” Aulia serba salah. Segan pun ada juga tapi dia lapar gila sekarang ni.
“Nak burger ayam, tapi daging ayam tu nak dua keping, salut dengan telur. Mayonnaise nak lebih, bawang tak nak.”
“Makan mengalahkan badang. Haish!” Dalam masa yang sama Ashraff sembunyi senyum. Comel pula bila Aulia pesan macam-macam seperti sekarang ni. Rasa macam tengah layan kerenah isteri yang sedang mengandung pula.
Hampir lima belas minit menunggu Ashraff membeli burger, Aulia sempat terlelap di dalam kereta. Memang parah kalau pening kepala teruk sampai macam ni selama sembilan bulan. Memang tak boeh buat kerja apa pun.
Harap-harap dia takde lah teruk sampai macam tu sekali. Semoga selepas trimester yang pertama dia akan lega dari sakit kepala dan tak lalu makan macam sekarang ni.
Telefon bimbit yang tiba-tiba berbunyi mengejutkan Aulia yang hampir terlena.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Babe, aku dah nak masuk dalam kapal. Aku ingatkan flight aku esok rupanya company dah tukar, malam ni aku dah kena pergi.”
Aulia rasa seperti mahu menangis. Helinna akan pergi jauh sekali lagi. “Helly, jaga diri.”
“Aku sihat walafiat, aku tengok kau tu yang sakit. Kau tu yang kena jaga diri!” Aulia kesar air mata yang meleleh di pipi.
“Helly, walau apa pun yang terjadi, kau kena ingat yang aku sayangkan kau sangat-sangat.”
Helinna terdiam di hujung talian. “Kau ni suka cakap macam tu. Aku tahu la yang kau sayang aku, aku pun sayang kau jugak! Aku nak mintak tolong sikit ni.”
“Apa dia?” Pantas Aulia menjawab. Apa sahaja untuk Helinna.
“Tolong tengokkan bakal suami aku, boleh? Kau jadi mata-mata aku. Kira macam spy lah!” Tawa Helinna di talian sana menjerut tangkai hati Aulia. Jagakan Ashraff untuk Helinna? Aulia pejam mata. Dia tak sanggup! Dia tak sampai hati malu melukakan hati Helinna!
“Lia! Kau dengar tak aku cakap ni?”
“Aa, ah. Aku dengar. Mata ni dah terpejam-pejam sebab mengantuk sangat. InsyaAllah aku tolong kau. Jangan risau, kalau Ash nakal-nakal aku rotan dia untuk kau.”
“Bagus! Kau rotan aje kuat-kuat sikit. Kau kan garang.” Helinna ketawa besar. Aulia rasa pipinya kebas sampai nak senyum pun tak boleh lagi dah. “Lia, aku dah nak masuk ni. Aku sayang kau sangat!”
“Aku sayang kau jugak.”
Talian ditamatkan. Aulia merenung skrin telefon bimbitnya yang perlahan-lahan berubah menjadi kelam.
“Maafkan aku Helly.. Maafkan aku!” Telefon bimbit ditarik rapat ke dadanya.
Bunyi ketukan ditingkap mengejutkan Aulia. Segera kepalanya menoleh ke arah bunyi yang datang. Tangan Aulia spontan menarik kunci pada pintu.
“Your burger.” Ashraff menghulurkan satu plastik berwarna merah yang berisi sebiji burger kepada Aulia.
“Thanks.” Selera makan yang tadi membuak-buak hilang bersama air mata yang mengalir di pipi. “Helinna dah pergi London.”
“I tahu.” Aulia pandang wajah Ashraff. Tak tunjuk riak sedih pun. Yang dia ni bukan main lagi menangis bagai nak gila sedangkan Ashraff selumber aje.
“Dah tu awak tak sedih ke?”
Ashraff pandang wajah Aulia. Lama. “You sedih?”
Aulia pantas mengangguk. Memang dia rasa sedih sangat-sangat. Rasa macam tak cukup air mata nak menangis sekarang ni. Kalau boleh dia tak mahu Helinna pergi meninggalkan dia kerana dia memerlukan Helinna ketika ini tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu Helinna tahu tentang kandungan dia.
“Kalau you sayangkan Helly, kenapa you sanggup rampas I dari dia?”
Thud!
Aulia rasa soalan Ashraff merentap tangkai hati dia. Tergamak Ashraff tanya dia soalan macam tu? Manalah dia tahu yang daddy nak jodohkan dia dengan Ashraff. Dia main setuju aje sebab dia nak menjaga hati kedua orang tua dia.
“Kalau saya tahu daddy nak minta tolong awak, saya takkan setuju. Sampai mati saya takkan setuju.” Ashraff tergelak kecil. Rasa macam tak logik jawapan Aulia. Takkanlah Aulia tidak tahu calon suami sendiri.
“Takkan you tak tahu yang Uncle Man pilih I as his son-in-law?” Aulia menggeleng.
Ashraff membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja. Plastik merah yang masih dipegang oleh Aulia ditarik semula. Sebiji burger yang sudah dibuka bungkusannya dihulurkan kepala Aulia. “Makan ni.”
“Saya dah takde selera nak makan. Nanti dekat rumah saya makan.” Aulia menolak huluran Ashraff.
“No! Makan sekarang jugak. Depan I.” Ni apasal tiba-tiba buat caring sangat ni?
“Awak ni kenapa ni? Kena sumpah dengan abang jual burger tu ke?”  Ashraff tergelak besar. Ada ke patut soalan Aulia ni. Ish, merepek betul!
“Abang tu tanya you mengandung ke makan banyak sangat macam dinosaur.” Aulia membulatkan matanya sambil memandang Ashraff. Abang jual burger tu panggil dia dinosaur?
“Hey, ini dinosaur comel tau tak!” Ashraff tergelak kecil. Kali pertama dia rasa senang bersama dengan Aulia. Mungkin sebab Aulia tak sihat jadi mulut Aulia tak banyak bunyi yang menyakitkan hati dia. Kalau tak mesti ada sahaja benda yang nak digaduhkan.
“Makanlah. Makan sampai habis sebiji ni.” Sekali lagi burger dihulur kepada Aulia.
Dalam penuh keterpaksaan Aulia menyambut juga huluran burger di tangan Ashraff. “Ada bawang tak?”
“Takde bawang, mayo lebih.” Aulia sengih melebar. Memang tak suka makan bawang.
“I pun tak suka makan bawang jugak.” Aulia tidak menghiraukan kata-kata Ashraff. Tidak mahu mengambil tahu apa yang Ashraff suka atau apa yang Ashraff tak suka. Dia tidak mahu Ashraff mendapat tempat yang kukuh dalam hatinya.
Aulia menikmati makan malam dengan berselera. Sedap sangat burger jalanan macam ni berbanding burger KFC atau burger mcDonald. Harga pun jauh lebih murah dan siap boleh request nak itu ini lebih lagi.
“Tak nak dah.” Aulia membungkus semula separuh burger yang tidak larat untuk dihabiskan.
“Sikit je lagi ni.. Makan lah sikit, energy nak bergaduh dengan I ni.” Aulia masih menggeleng. Dia tiada masa mahu bergaduh dengan Ashraff.
“Awak boleh bergaduh sorang-sorang sebab saya tak larat nak bergaduh. Kesian baby dalam perut ni dengar saya bertekak aje kerjanya.”
Mendengar perkataan anak, mood Ashraff serta-merta berubah. Dia tidak bersedia mahu menjadi ayah.
“I hantar you balik.” Lampu kereta dinyalakan sebelum pedal minyak ditekan kuat.
“Ash.. Ada plastik tak?”
“Nak buat apa plastik? Mana ada plastik dalam kereta I ni.” Asharff masih fokus dengan jalan raya. Langsung tidak memandang wajah Aulia.
“Berhenti tepi jalan ajelah.”
“Nak buat apa?”
“Ash, please. Saya nak muntah.”  Mendengar perkataan muntah, Ashraff segera memberi lampu isyarat untuk ke kiri. Kalau Aulia muntah dalam kereta dia, ohhh tak sanggup!
Sebaik sahaja kereta Ashraff berhenti di bahu jalan. Aulia terus menolak pintu kereta dan berlari ke tepi.
Uwek!
Ini yang dia malas nak makan ni, kalau makan aje memang dia akan muntah semula. Kalau dalam perut takde isi kurang sikit perit masa nak muntah.
Uwek!
Ashraff hanya memerhati dari dalam kereta. Tidak berniat mahu turun menjenguk Aulia yang membongkok mengeluarkan isi dalam perut melalui mulutnya.
Uwek!
Akhirnya Ashraff mengalah juga. Tidak sampai hati membiarkan Aulia melalui semua ini seorang diri sedangkan dia adalah punca kepada semua ini. Dia yang menyebabkan Aulia menjadi seperti ini dan dia pula yang mahu melepaskan tangan.
“Okay tak?” Aulia tidak menjawab. Okay ke kalau duk uwek tak berhenti-henti. Allah dah bagi mata tu tegoklah sendiri okay ke tidak!
Uwek!
“Kalau tak okay I bawak you pergi klinik, nak tak?” Aulia menggeleng lemah. Buat apapergi kinik, bukannya boleh hilangkan pening dan muntah-muntah dia pun. Semua ini memang perkara biasa untuk ibu yang baru mengandung.
“Tak apa, sikit aje ni.”
“Sikit apa kalau makan burger aje you boleh muntah.”
Kalaulah Ashraff tahu yang dia makan epal sebiji pun boleh muntah, agak-agak terkeluar tak biji mata dia?
“Memang macam ni, makan apa pun muntah. Baru 3 weeks.”
“Three weeks?” Aulia angguk sambil membongkok. Bersedia untuk muntah lagi. “So, that baby considered as mine?”
Thud!
Aulia rasa hati dia macam kena tembak pecah berderai. Ashraff mempersoalkan anak ini? Jadi Asharff tak percaya yang budak ni memang anak dia?
“Anak saya.”
“You tak menjawab soalan I. I bukan tanya ini anak you ke tidak, soalan I anak ni anak I ke?” Samalah tu! Tak kisah anak ni anak siapa pun yang penting ini anak Aulia!
“Kalau awak rasa ni bukan anak awak, terpulang.”
“Jadi you tidur dengan lelaki lainlah selain I?”  Aulia tegak memandang Ashraff. Sejak tadi dia tahan mulut ni daripada melawan kata-kata Ashraff tapi mulut Ashraff langsung tidak mahu menjaga hati dia.
“Kalau awak boleh tidur dengan banyak perempuan, kenapa saya tak boleh?” Ashraff tergelak besar.
Ashraff menepuk tangan. Bukan main suka lagi dengan kenyataan Aulia. “Hebat. Tak sangka you perempuan murahan.”
“Habis awak tu lelaki murahanlah?”
Ashraff menggelang. “Perempuan yang tidur dengan banyak jantan orang panggil jalang tapi kalau lelaki yang tidur dengan banyak perempuan orang cakap hebat!”
Aulia rasa mahu tampar pipi Ashraff. Ya Allah, kenapa dia akan berkahwin dengan lelaki yang mulut puaka bin longkang ni! “Terpulanglah awak nak cakap apa pun. Saya perempuan jalang sekali pun tak kacau hidup awak.”
Memang Aulia nak balas benda lain yang lebih baik dan membela diri tapi lantaklah Ashraff nak kata apa pun. Dia dah tak fikir lagi dah apa pandangan Ashraff terhadap dia.
“Siapa cakap tak kacau? Sebab perangai jalang you tu you dah menyusahkan daddy you. Kesian Uncle Man sampai terpaksa datang minta tolong dengan mama I suruh kahwin kan I dengan you.”
Aulia rasa mahu koyak mulut Ashraff. Kalau takde iman dan takde sabar dalam hati dia sekarang ni, memang dia dah bunuh Ashraff!
“Kalau awak tak nak, awak boleh tolak. Saya tak perlukan awak untuk tolong saya.”
“Demi Helinna, apa sahaja I sanggup buat. Kalau mama buat syarat suruh you lahirkan cucu untuk dia pun I sanggup buat asalkan I dapat Helinna.”
“Tak sangka Helinna berkenalan dengan lelaki keji macam awak ni.” Dan Tak sangka Aulia sendiri jatuh cinta dengan lelaki perangai buruk macam ni!
“I keji dengan you seorang sahaja. Dengan perempuan lain semua I lembut sebab you seorang aje yang tolak kemahuan I.”  Aulia menepis kasar tangan Ashraff yang mengelus pipinya. Benci dengan sentuhan Ashraff!
“Rindu?”
Aulia merengus kasar sebelum melangkah mahu meninggalkan Ashraff.
“Kalau you rindu, I free malam ni.”
“Sorry, I busy malam ni. Boleh kita balik?” Aulia pandang tepat wajah Ashraff. Ada api kebencian yang sedang marak dalam hatinya terhadap lelaki ini.
“Oh, dah ada orang lain booking dulu sebelum I?” Ya Allah, kalau dia boleh hempuk kepala Ashraff dengan batu memang dia buat.
“Yes. Jadi boleh kita balik sekarang ni?”
“I hope you enjoy your last moment dengan jantan lain sebelum jadi isteri I sebab once you dah jadi isteri I, I akan ikat kaki you dalam rumah.”
“Whatever, Ash.”

p/s: Mungkin yang terakhir di belog. Doakan cerita ni cepat keluar ye! ;)