Friday 14 June 2013

Bab 23 Aku, Dia dan Stiletto


Wajah mendung di hadapannya di pandang dengan pandangan tajam. Saat ini Aulia tidak tahu bagaimana dia harus mempamerkan ekspresi mukanya.

“Kenapa?”  Kalau asyik diam macam ni, sampai lusa pun takkan selesai masalah.

“Aku minta maaf sangat-sangat Lia. Aku memang nak cakap dengan kau tapi aku tak sampai hati.” Aulia tergelak sinis. Tak sampai hati?

“Lama betul rasa tak sampai hati kau tu kan.. Tiga bulan Faz, tiga bulan aku cari dia macam orang gila! Kau ingat aku anak patung? Tunggul kayu? Takde perasaan?” Biar Fazri tengok muka bengis dia sekarang ni.



Fazri menggeleng lemah. “Aku tahu aku salah.. Aku minta maaf. Aku tak sampai hati nak tengok kau terluka.”

“Habis kau ingat kalau kau diam aku takkan terluka? Kau ingat aku takkan tahu? Mana janji kau Faz? Kau cakap kalau Arul buat macam tu dekat aku, kau nak tumbuk muka dia.. Mana? Liar! Kau pun bersubahat dengan dia nak tipu aku kan?”

Fazri tunduk memandang rumput di atas tanah. Aulia masih tegak berdiri memandang tasik. Tidak betah memandang wajah kawan baik yang mengkhianati dirinya. “Aku ingatkan kau kawan aku Faz.. Tapi tak sangka kau tergamak buat aku macam ni.”

Fazri bingkas berdiri di sisi Aulia. Menarik Aulia supaya memandang wajahnya. Aulia tidak berganjak. Masih beku memandang tasik yang terbentang luas di depan mata.

“Pandang aku, Lia.” Sekali lagi Fazri menarik bahu Aulia memaksa gadis itu memandang dia.

Don’t touch me!” Fazri terdiam. Fazri melangkah ke depan Aulia. Aulia berpaling ke tempat lain.

“Kalau kau tak sudi pandang aku, aku tak boleh paksa kau. Aku cuma harap kau boleh maafkan aku sebab aku betul-betul takde niat nak rahsiakan semua ni daripada kau. Aku tak sampai hati nak tengok kau merana.”

Aulia melenting. “Tak sampai hati nak tengok aku merana? Kau tahu tak sekarang ni aku lebih merana daripada apa yang kau fikirkan! Aku rasa dikhianati. Kau tipu aku!” Kalau lah dia boleh beritahu kepada Fazri apa yang Ashraff dah lakukan terhadap dia.. Kalaulah dia boleh luahkan semua yang terbuku dalam hati.

“Lia, aku tahu kau sakit hati. Aku cuba cari kau di pejabat, aku pergi Sungai Buloh kot-kot kau ada dekat sana tapi aku tak dapat jumpa kau. Aku call kau banyak kali walaupun aku tahu kau takkan jawab panggilan aku. Tapi Allah makbulkan doa aku untuk jumpa kau semula.” Aulia menolak tangan Fazri yang cuba menyentuh bahu dia.

Tidak rela disentuh oleh sesiapa. Dia jijik! Dia kotor!

“Jangan sentuh aku, Faz!” Fazri melarikan tangannya dari bahu Aulia.

“Apa yang tak kena dengan kau Lia? Aku tahu kau ada masalah sebab tu kau dekat sini. Kalau aku punca kepada masalah kau, cakaplah dengan aku. Aku sudi dengar semua masalah kau.” Aulia mara beberapa tapak ke hadapan. Berdiri betul-betul di hadapan tasik. Selangkah sahaja lagi dia boleh terjatuh ke dalam tasik itu.

“Aku takde masalah.” Suara Aulia antara dengar dengan tidak.


“Kalau kau ada dekat sini, aku tahu kau memang ada masalah. Berapa lama aku kenal kau? Bukan baru setahun dua Lia, dah lama sangat. Siapa yang sakitkan hati kau? Mana kau hilang sampai sebulan? Aku cari kau merata tempat. Datuk cakap kau pergi bercuti.”

Aulia angguk. “Aku pergi Terengganu.”

Mata Fazri membuntang. “Kau buat apa ke sana?” Patut ke dia berkongsi masalah dia dengan Fazri? Ya Allah, aku buntu!

“Tenangkan fikiran.” Akhirnya Aulia sepakat untuk mendiamkan diri sahaja.

“Kau ambil cuti seminggu sebab kau nak berehat di rumah, kemudian tiga minggu dan tadi tiba-tiba aje aku dengar kau lepaskan jawatan sebagai pengurus projek perumahan di Sungai Buloh tu. Kenapa? Sebab Hazrul salah seorang yang terlibat dalam projek tu?”

Aulia tunduk mengutip batu-batu kecil di hujung kaki. Tubuhnya berdiri tegak semula selepas beberapa saat. Tangan mula dihayun ke udara sebelum sebiji batu kecil melayang seketika di udara dan jatuh ke dalam air.

“Kau memang tahu Arul terlibat dengan projek tu?” Fazri menggeleng. Sumpah dia memang tak tahu yang Hazrul juga terlibat dalam projek yang sama dengan syarikat mereka. Memang Hazrul langsung tak pernah buka mulut tentang itu.

“Kau tahu kenapa Arul tinggalkan aku?” Aulia pandang wajah Fazri di sisi. Rakus lelaki itu menggeleng.  “Betul ke kau tak tahu?”

“Sumpah aku memang tak tahu!”

“Sebab nilai satu juta ringgit.” Aulia rasa dadanya sebak. Sakit sangat-sangat!

“Aku tak faham Lia. Nilai satu juta? Apa yang satu juta Lia?”

Daddy aku tanya dia apa yag dia nak, dia cakap dia nak satu juta ringgit.” Aulia tergelak kecil. “Satu juta harga cinta aku untuk dia selama ni?” Fazri rasa nak pitam. Hazrul minta satu juta dari Datuk Rahman? Sumpah memang dia tak boleh percaya semua tu! Hazrul bukan macam tu. Dia kenal Hazrul.

“Lia, kau mungkin salah info. Arul bukan mata duitan macam tu. Mungkin Datuk.. Aa.. Maksud aku mungkin ada salah faham dekat sini.”

“Maksud kau daddy aku yang tawarkan dia duit untuk tinggalkan aku? Macam tu?” Fazri angguk.

“Hazrul buat pengakuan tu depan mata aku sendiri. Aku duduk berbual dengan dia dan dia cakap dia dah tak cintakan aku lagi.” Fazri menjeling wajah Aulia. Tiada riak sedih di wajah itu.

“Kau masih cintakan dia?” Aulia jongket bahu.

“Dah jadi suami orang pun. Hidup perlu diteruskan. Sepanjang tiga bulan dia tinggalkan aku tanpa kata putus aku dah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Masa tu aku dah belajar untuk lupakan dia.” Aulia menarik nafas dalam-dalam. Dia harus terus melupakan Hazrul. Lelaki itu hanya kenangan lama.

“Dan dalam tempoh tiga bulan tu kau mula jatuh cinta dengan Ashraff?”

Thud!

Soalan luar jangkaan dari Fazri. Takkan Fazri perasan selama ini dia menyimpan perasaan terhadap lelaki jahat itu?

Aulia buat-buat ketawa. “Merepek! Mulut puaka macam tu tak layak jadi seseorang yang istimewa dalam hidup aku.”

“Lia, belajar beri peluang untuk orang lain. Aku tahu hati kau baik. Kita dah lama kawan.. Aku sayangkan kau macam adik-beradik aku sendiri. Be strong!” Ah, kenapa dia rasa tersentuh bila Fazri pujuk dia.

“Ni kenapa menangis pulak ni? Takkan aku pujuk sikit pun dah nangis?” Aulia pusing ke tempat lain.

“Mana ada aku menangis! Mata aku masuk habuk.”

Fazri tergelak besar. Tahu sangat tektik menipu Aulia tu. Aulia memang garang tapi hati gadis ini sangat lembut dan manja. Mudah dipujuk. Mudah tersentuh. Bertuah mana-mana lelaki yang berjaya memiliki sekeping hati Aulia. “Aku ada lagi satu soalan.”

Aulia gerak sedikit kepala dia ke atas. “Tanyalah.”

“Macam mana kau boleh muncul masa wedding Arul?” Mulut Aulia bergerak ke kiri dan ke kanan.

“Firasat aku kot. Alang-alang aku ke area sana, aku ajak Ashraff teman aku singgah ke rumah keluarga Arul. Aku pernah ke sana sekali masa aku kawan dengan dia dulu. Tak sangka aku masih ingat rumah dia.” Aulia terhenti seketika. Menarik nafas, mengumpul kekuatan.

“Aku ingat aku nak jumpa mak ayah dia aje, tapi tak sangka aku jumpa lebih ramai orang masa tu. Mula-mula aku cuba bersangka baik mungkin Kak Liana yang kahwin, rupanya Arul yang kahwin.” Aulia mengukir senyum. Rasa macam kelakar pula.

“Aku memang terkejut bila nampak kau keluar dari kereta Ashraff. Aku tak sangka kau boleh muncul dekat sana. Aku minta maaf sangat-sangat sebab Arul memang minta aku rahsiakan semua ni daripada pengetahuan kau.” Aulia angguk.

“Jangan risau, aku faham. Kau boleh diibatkan diluah mati emak, ditelan mati bapak, kan?” Ketawa Fazri yang meledak kuat menyebabkan Aulia kerut kening. “Kau gelak kenapa?”

“Gilalah kau! Siap guna peribahasa lagi. Adoi…” Fazri tekan perut yang senak akibat ketawa terlalu kuat.
Aulia tumbuk bahu Fazri. “Jangan nak perlekehkan aku, okay! Ini anak Malaysia.” Aulia tunjuk diri sendiri. Bangga dengan gelaran anak Malaysia yang disandang.

“Faz, aku nak tanya kau sikit.”

“Apa?”

“Arul cakap dia dah lama sukakan Herni, betul ke?” Fazri mengeluh kecil. Susah nak terangkan keadaan sebenar kepada Aulia.

“Aku tak pasti sangat pasal tu tapi yang aku tahu mak bapak Arul memang sukakan Herni. Dan kalau kau nak tahu Herni tu jiran sekampung dengan Arul.” Biar betik? Kenapa selama ini dia langsung tak pernah tahu?

“Ye ke? Arul tak pernah cakap dengan aku pun..”

“Mungkin Arul takut kau cemburu kot. Benda dah lepas, biar aje lah Lia. Yang penting hidup kau sekarang ni lebih penting.”

Aulia mengiyakan kata-kata Fazri. Betul, hidup dia sekarang ni yang lebih penting. Sebut pasal penting, dia ada sesuatu yang penting perlu dilakukan pada malam ini. Satu misi yang sangat-sangat penting!

“Lia, kenapa kau pergi Terengganu? Kau dah ada boyfriend ke dekat sana?”

“Bengong! Mana ada lah. Aku pergi sana sebab nak jenguk keluarga angkat. Kau ingat lagi tak Mak Siti dan Pak Ajis? Mak dengan ayah angkat kita masa kita pergi Terengganu dulu?” Fazri kerut dahi. “Dah lupa lah tu!”

“Allah.. Lia. Aku tak ingatlah. Yang mana satu ni?”

“Kau ni teruk betul. Kacang lupakan kulit!” Sekali lagi Fazri ketawa terbahak-bahak!

“Lia, tolonglah.. Tolong jangan gunakan peribahasa masa tengah cakap santai macam ni. Tak sesuai langsung!” Fazri terduduk di atas kerusi sambil menekan perutnya. Kelakar sangat ke kalau cakap sambil guna peribahasa.

“Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Aku rasa aku comel je bila gunakan peribahasa bila bercakap.”

“Dah.. Daripada kau sibuk nak guna peribahasa tu lebih baik kau baiki bahasa kau tu dulu. Hah, sambung cerita kau tu.”

Aulia mencebik. Orang bercakap sibuk nak mencelah lepas tu gelak macam orang gila! “Kau diam dan listen! Masa kita tahun dua dekat univerisiti kan kita ada pergi kem anak angkat dekat Terengganu. Kau, aku, Tini dan Iskandar satu kumpulan. Mak kita Mak Siti dan ayah kita Pak Ajis. Yang pakai tudung labuh tu.”

Fazri masih lagi menggaru kepala. Mencari lokasi memori yang masih tersimpan dalam kepala otaknya. Kot-kot boleh ingat semula. Setelah puas memerah kepala otak.. “Sorry Lia, aku memang tak ingat.”

“Hish! Gaya pegang kepala macam nak pecah terburai kepala otak kau tu befikir tapi habuk pun takde! Tak guna punya anak angkat.”

“Eleh.. Konon aku yang tak guna. Entah-entah kau tu pun kali pertama jejak kaki ke rumah dorang lepas bertahun-tahun kau tak pergi.”

Aulia sengih. Memang kali pertama pun. Nasib baiklah Mak Siti dan Pak Ajis masih ingat dengan dia. “Tapi dorang masih ingat aku tau! Ada gambar kita tergantung dalam rumah dorang. Mesti dorang rindu sangat dekat kita. Maklumlah orang takde anak.”

“Ha!! Aku dah ingat.”

“Kau gila ke apa tiba-tiba menjerit macam orang meroyan ni?” Aulia terlompat sambil mengurut dada. Nasib baik dah duduk jauh dari tasik kalau tak dah tenggelam dalam tasik.

“Lia, aku dah ingat dah Mak Siti dan Pak Ajis. Aku ingat! Aku ingat! Pasangan yang takde anak tu kan? Ya Allah… macam mana aku boleh terlupa dekat dorang?” Fazri tepuk dahi. Memang dia tak patut lupakan dua orang tua itu kerana Pak Ajis yang menyelamatkan nyawanya yang hampir lemas dalam laut.

“Kau mesti ingat kenangan Pak Ajis selamatkan kau dari lemas, kan?”Fazri angguk. Aulia ni memang macam pakai magik! Boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang dengan tepat.

“Kau ni ada magik ke sampai boleh baca apa yang ada dalam fikiran aku?” Aulia mendabik dada.
“Tengok oranglah.”

“Dah, jangan nak bangga sangat. Apa khabar Mak Siti dengan Pak Ajis? Ya Allah, lama sangat tak jenguk dorang. Lepas kita balik Kuala Lumpur semula memang aku langsung tak pernah ke sana.”

“Dorang masih sihat, Alhamdulillah. Seronok aku tengok dorang tu..Bahagia aje walaupun takde anak. Dah tua-tua pun hidup berdua aje.”

Fazri pandang wajah Aulia. Dia pelik.. Aulia ke Terengganu seorang diri? This is so not Aulia. “Macam mana aku boleh terfikir nak ke sana?”

“Entahlah.. Aku ikut kata hati aku. Aku nak tenangkan fikiran, nak tengok laut, nak berjalan-jalan di pantai. Bila aku sampai Terengganu baru aku teringat dekat Mak Siti dengan Pak Ajis jadi aku ke sana. Tak sangka dorang masih ingatkan kita. Mak Siti dengan Pak Ajis kirim salam dekat korang semua. Kau, Tini dan Is.”

“Kau ada masalah, kan?”

Aulia tunduk meletakkan siku di lututnya. Dagu diparking sebentar di atas tapak tangan. “Mana ada. Aku saja nak ke sana untuk tenangkan fikiran. Bukan sebab Arul lah.”

Fazri angkat kedua-dua belah tangan naik ke udara, “Okay.. Okay. Kalau kau kata macam tu aku percaya cakap kau tu.”

“Dah la, jom balik. Dah lewat petang ni. Kalau tahu kau ke sini petang ni memang aku tak datang sini tau!” Fazri gelak besar.

“Aku kan kawan baik kau, aku pun ada instinct mana kau pergi.” Aulia menjeling manja ke arah Fazri yang masih ketawa.

Drive elok-elok. Jumpa kau di pejabat esok pagi. Assalamualaikum.” Aulia jawab soalan di dalam hati.



Alat penguji kehamilan digenggam kemas dalam tangannya. Tidak berani mahu melihat keputusan yang tertera pada alat itu. “Ya Allah.. Tolonglah negatif. Tolonglah..”

Tubuh Aulia bergoyang ke depan dan ke belakang. Mahu menenangkan diri sebelum keputusan diketahui. Rasa macam nak menang piala dunia pulak sekarang ni. Sumpah dia rasa berdebar macam nak gila!

Aulia tunduk memandang lantai. Alat penguji kehamilan disorok ke belakang badannya. Empat minggu dia rasa hidup dia tunggang langgang! Baru hari ini dia ada kekuatan untuk membuat ujian kehamilan.

Itu pun sebab haid dia dah lewat lebih dari dua minggu. Dan untuk menenangkan fikiran yang dibelenggu rasa takut kalau-kalau dia mengandung, Aulia mengambil keputusan untuk terbang ke Terengganu selama tujuh hari. Selebihnya dia duduk di rumah mengurung diri dalam bilik. Kononnya mahu menenangkan fikiran kerana ketika itu dia tidak berani mahu membuat ujian kehamilan.

Hari ini masuk hari yang enam belas belas dan haid masih belum juga datang. Bagaimana jika dia mengandung? Apa yang perlu dia buat? Macam mana dia nak cakap dengan mummy dan daddy? Siapa yang buntingkan dia? Ya Allah, kusutnya kepala otak dia!

“Kau tak mengandung, Aulia.”  Aulia sedapkan hati sendiri. Alat penguji masih kemas dalam genggaman.

“Macam mana kalau mengandung? Dah dua minggu lebih tak datang bulan..” Ahh, Aulia sengaja mahu menakutkan-nakutkan dirinya sendiri. Buat cuak aje. Tengok ajelah keputusan dalam tangan tu!

Aulia pejam mata. “Bismillahhirrahmanirrahim.” Mata dibuka semula perlahan-lahan.

Terkejut dengan keputusan yang terhidang di depan mata, alat pengujian terlepas dari tangan. Dan jatuh ke lantai. Aulia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini. Melompat gembira atau menangis sedih.

Aulia terduduk di atas mangkuk tandas.

“Lia!” Tersentak dengan laungan dari luar,Aulia bingkas bangkit mengutip semula alat penguji kehamilan.

“Yes, mom!”

“Lia buat apa lama sangat dalam toilet tu? Jom turun makan nasi. Dah lama daddy tunggu Lia nak makan sama-sama.”

“Kejap.. Kejap. Lia dah sudah.”

“Lekas sikit keluar. Mummy tunggu Lia ni.”

Mummy turun dulu, kejap lagi Lia turun.”

Mummy tunggu Lia, cepat sikit.” Adoi, kenapalah degil sangat mummy dia ni. Kan dah suruh turun dulu.. Aulia kalut.

Alat penguji kehamilan segera dicampak ke dalam tong sampah. Gila nak tinggal atas sinki? Kang mummy fikir yang bukan-bukan pula. Iye lah, dia kan belum berkahwin, buat apa dia beli alat penguji kehamilan.

Pintu tandas di kuak dari dalam dan Aulia melangkah keluar dengan senyuma terukir di bibirnya. “Jom turun.”




Fuh, nasib baik sempat buang dalam tong sampah. Lega. 

12 comments :

  1. Homaiiiiii aulia preggie ke??? Saya suka hidden child plot. So drama Latina sesgt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahaha.. Alamak,pregnant ke tidak ni?!
      Kena tunggu laa next chapter. Hiks

      Delete
  2. Replies
    1. Entah.
      Bhahaha.. Tunggu apa jadi seterusnya okehhh.

      Delete
  3. Ha suspen nye.. Nk lagi... Yesterdy bru jumpe ur blog... Marathon all story... Mmg best
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sweetheart87.
      Marathon habis ke tidak?
      Lepas ni bookmark belog ni tau! Senang nak bukak nanti. Hahah!Okay, just joking.
      Thank you fr your comment. (menghargai sangat)

      Cerita apa yang paling syiokkk? ;p

      Delete
  4. Baru jumpa blog awak
    Citer you best dan tahniah sebab buatkan pembaca sakit hati dengan hero2 awak...
    Dlm citer ADDS, mmglah saya sangat menyampah dengan Ashraff
    Tetapi saya sangat tak bersetuju kalau Ashraff berkahwin dengan Aulia sama ada pregnant atau tidak
    Novel dan realitinya di Malaysia slalu ambil penyelesaian mudah dengan mengahwinkan perogol dengan mangsanya untuk menutup malu
    Pernah terfikir trauma mangsa untuk hidup sepanjang hayat dengan orang yang memberi noda hitam dlm hidup mangsa
    Mentaati seorang lelaki bergelar suami yang merosakkan hidupnya
    Tidak cukup mangsa melalui penyeksaan fizikal, seterusnya berkahwin untuk meneruskan tekanan emosi dan mental
    Mungkin sebab itu orang rilek jer merogol then kahwinlah dgn mangsa...macam kes budak bawah umur dirogol tahun ini..lelaki itu xder rasa insaf pun..siap heads news di paper "it's mutual n I'm married. So?"

    Saya lebih rela Aulia kahwin dgn Fazri kl Aulia pregnant
    Walaupun orang cakap ashraff patut bertanggungjawab. At the first place dia mmg tak bertanggungjawab kerana merampas sesuatu yang bukan haknya
    Walaupun orang mungkin cakap setiap orang perlukan peluang kedua
    Tp ashraff tue mmg xberhati perut boleh rileks n tanpa bersalah bercakap dgn ayah kepada mangsa rogolnya
    Saya lebih suka Ashraff dihantui dosanya seumur hidup pada Aulia dan keluarga dan tiada peluang menebusnya kerana Aulia bahagia dengan Fazri atau orang lain walaupun sejarah hitam pernah terpalit dalam hidupnya

    ReplyDelete
  5. Tahniah atas karya2 yg berjaya menarik minat pembaca..karya2 dlm blog ini memang best dan lain dari yg lain.. Tidak menghampakan. Saya percaya anda seorang penulis yg bagus. Selamat maju jaya. Seronok baca blog ini.

    ReplyDelete