Monday 17 June 2013

Bab 29 Kau Perempuan Itu


Bibir merah jambu itu bersiul-siul kecil tanda senang hati. Hampir seminggu tidak bertemu wajah kesayangannya rindu bukan main lagi. Dia memang sudah tangkap cinta habis dengan gadis putih melepak itu. Volume radio dikuatkan sedikit lagi. Lagu Marry You nyanyian Bruno Mars yang sedang berkumandang di corong radio diikut nyanyi bersama. Jari-jemarinya sibuk mengetuk stereng kereta mewahnya.


It’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.


Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.


Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we’re trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it’s on girl.


Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.


If you’re ready, like I’m ready.

Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.


Telefon bimbit yang berdering dicapai laju. Kepala yang bergoyang-goyang kecil terhenti serta-merta.
“Hello.” Mentadar suara Ari Aqashah.

“Sayang! You dekat mana? Lama betul I tak nampak batang hidung you.”

I dekat luar ni. You nak apa?!” Ari Aqashah berdengus kasar. Langsung tiada mood mahu melayani model terkenal ini. Menyampah betul dengan Atilia yang kerap menelefonnya dua tiga hari kebelakangan ini. Dak takde kerja agaknya!

Atilia mengeluh kecil. Selepas hampir seminggu, ini kali pertama Ari Aqashah menjawab panggilan telefon daripadanya. Sakit betul hatinya dilayan seperti sampah oleh lelaki ini. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh hendakkan lelaki ini. Ah, memang ya pun dia mahukan lelaki ini! Mahu sangat-sangat!

I rindu you. Jom kita pergi lunch sama-sama hari ini. Lepas makan, I ingat nak ajak you tengok wayang.” Rengek Atilia.

Ah, rimas betul dengar suara manja Atilia kalau merengek. Naik berbulu telinga. “Sorry Ati, I can’t make it today. I ada hal hari ni.” Muncung panjang sedepa. Atilia mengeluh hampa. Pujukkannya kali ini tidak berhasil.

“I got to go. Talk to you later!” Panggilan dimatikan.

Atilia merenung skrin telefonnya yang sudah berubah menjadi kelam. Bibir diketap geram. Atilia menghempaskan tubuhnya ke tilam. Bantal tidur ditarik ke dalam pelukan. Dush! Dush! Dush! Bantal tidak bernyawa itu ditumbuk berkali-kali. Puas hatinya. Rasa macam tumbuk muka Ari Aqashah.

Teringatkan peristiwa di apartment Ari Aqashah beberapa minggu yang lalu membangkitkan kemarahan di hatinya. Tak guna punya perempuan! Teringat wanita yang memakai berbaju kurung keluar bersama Ari Aqashah dan beberapa orang lelaki dari perut lif. Bengkak betul hatinya ketika itu. Apa perempuan itu buat di rumah lelaki kesayangannya?!

“Siapa perempuan itu? Sial punya perempuan!” Marah Atilia seorang diri.

Sampai sekarang dia belum dapat menyiasat siapa sebenarnya perempuan itu. Kalau dia tahu memang dia cincang lumat perempuan itu!

Bunyi loceng di pintu menggangu lamunan Atilia. Dengan perasaan malas yang amat sangat dia bangkit untuk membuka pintu rumahnya.

Ari Aqashah membelok kereta ke kawasan perumahan mewah itu. Sudah beberapa kali dia sampai ke sini, tidak mungkin dia akan sesat. Kereta berhenti di depan pintu pagar berwarna coklat gelap.

Pinnn! Pinn!

Ternampak kelibat gadis yang hanya memakai dress singkat separas lutut itu keluar, Ari Aqashah membuka pintu keretanya dan bergerak ke tempat pintu penumpang.

“Sayang!” Tubuh tegas Ari Aqashah dirangkul manja. Pelukan Suzila dibalas lebih erat. Rindu! Anak rambut Suzila yang berjuntai di dahi ditolak ke tepi. Mahu melihat wajah kesayangannya dengan lebih jelas.  Suzila senyum meleret. Ikutkan hati Ari Aqashah, mahu sahaja dia mencium pipi gadis itu bertalu-talu. Ah, dia tidaklah sebebas itu. Bab pegang-pegang sikit aje. Alah, bukan luak pun.

“Rindu I tak?”

“Gila I tak rindu you? Mestilah I rindu.” Suzila ketawa mengekek. Senang hati melihat kekasih hati berada di depan mata. Rasa mahu peluk tak nak lepas-lepas lagi dah.

Ari Aqashah mengisyaratkan Suzila masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak soal, Suzila masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta ditutup perlahan. Ari Aqashah berlari-lari anak ke tempat duduk pemandu.

“Sayang I ni nak lunch dekat mana?” Soal Ari Aqashah sebaik sahaja kereta meluncur meninggalkan kawasan perumahan mewah itu.

“Kalau I nak lunch di bulan, you sanggup ke bawak I ke sana?”

Ari Aqashah tergelak besar. “Kalau you nak lunch di Pluto pun I sanggup bawak you ke sana. Anything for you, baby!” Suzila mencubit lengan Ari Aqashah.

“Kalau sampai ke Pluto you sanggup bawak I, memang I sayang you sangat-sangat!”

“Kalau sayang I sangat-sangat maksudnya you dah bersedia untuk jadi isteri I?” Sengaja mahu menduga Suzila. Mana tahu kalau-kalau kali ini berjaya. tidak sanggup gadis ini jatuh ke tangan lelaki lain.

Suzila terdiam. Mencari nafas yang hilang seketika. Bibir mengukir senyuman kelat. “Laparnya! By the way, lama betul tak nampak you. Siap ambil leave for ten days! Mana you pergi?” Anak mata Suzila mencari wajah Ari Aqashah.

Ari Aqashah mencapai tangan Suzila yang terletak elok di atas pehanya. Dielus lembut tangan gadis itu sebelum dibawa ke bibirnya. Suzila tersenyum segan. Bukan tidak biasa dengan semua ini cuma kali ini sedikit segan sebab hampir seminggu tidak bertemu dengan Ari Aqashah.


“Mana ada I pergi mana-mana. I sengaja ambil cuti nak rehat di rumah.” Berdebar sebenarnya mahu menjawab soalan Suzila.

“Ye ke sengaja ambil cuti? Ke you ambil cuti kahwin?” Terkejut dengan dengan tekaan Suzila, Ari Aqashah tertekan pedal brek secara tiba-tiba! Suzila menjerit ketakutan.

“Sayang!” Jerit Suzila.

Terdengar hon kereta secara bertubi-tubi, Ari Aqashah bergerak ke kiri jalan. Kereta dihentikan sebentar di bahu jalan. Tangan naik melurut dadanya yang terasa sempit. Terkejut dengan tekaan Suzila dan terkejut dengan tindakan drastik yang dilakukan secara tiba-tiba.

You okay?” Cemas suara Ari Aqashah. Pipi, tangan dan bahu Suzila disentuhnya kalut untuk melihat kalau-kalau ada terluka di mana-mana.

You ni kenapa? Dah gila ke?  You nak bunuh I ke?  Hey, I belum nak mati lagi okay!” Tengking Suzila. Dah macam orang hilang akal gayanya. Mungkin terkejut yang amat sangat.

“Sayang. Im so sorry. I tak sengaja.” Jari-jemari Suzila sekali lagi dibawa ke bibir. Belum sempat bibir Ari Aqashah menyentuh bibirnya Suzila pantas menarik kasar tangannya.

“Hantar I balik. Hilang selera I nak makan.” Ari Aqashah berubah riak. Terkejut dengan perubahan Suzila secara tiba-tiba.

“Sayang.. baby. Apa salah I? I am so sorry pasal tadi okay. I tak sengaja. You lapar kan, jom kita pergi makan.”

Suzila membuang pandang ke luar tingkap. Terkejut betul dengan tindakan Ari Aqashah. Gila ke break tengah-tengah jalan? Nak mampus? Sakit betul hatinya. Hilang rasa selamat bersama lelaki kacak ini. Ohh, tak sanggup mati awal!

Tanpa menunggu lebih lama, Ari Aqashah memberi singal untuk membuat pusingan-U. Biarlah Suzila menenangkan dirinya dahulu. Kalau pujuk sekarang pun bukan makan saman gadis ini, dah kenal sangat. Esok-esok beli hadiah sikit senyumlah semula.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah Suzila, Ari Aqashah tidak putus-putus memohon kemaafan daripada gadis tersebut. Bukan main mahal lagi maaf gadis itu, langsung tidak dilayan. Siap ajak nak belanja makan ais krim pun tak sudi. Ish! Keras hati pulak kali ini. Sabar Ari Aqashah, Sabar! Bukan senang nak dapatkan gadis ini dulu, jadi kali ini dia perlu bersabar sedikit.

Tidak sanggup Suzila meninggalkan dia. Dia memang sayang sangat-sangat dengan Suzila. Habislah kehidupannya tanpa Suzila. Ohhh Suzila!

Sampai sahaja di hadapan rumah, Suzila turun dan menghempas pintu kereta Ari Aqashah dengan kuat. Bukan main lagi merajuk dia kali ini. Nasib baik Suzila, kalau orang lain yang menghempas pintu keretanya macam itu, memang siaplah orang itu!

Melihat Suzila hilang ke dalam rumah, Ari Aqashah memandu tanpa hala tuju. Hajat mahu melepaskan rindu bersama Suzila sepanjang hari ini nampaknya tidak kesampaian. Sang kekasih merajuk lah pulak!



Gugusan kunci ditarik keluar dari poket seluar. Kunci berwarna perak itu dimasukkan ke dalam lubang pintu. Dua saat kemudian pintu terbuka. Mata meliar mencari kelibat seseorang dalam rumah itu.

“Sarah!” Laung Ari Aqashah kuat.

“Sarah!!!” Suara naik terus ke oktaf yang keempat.


Mendengar namanya dilaung kuat, Sarah terkocoh-kocoh keluar dari biliknya.

“Pekak?” Sarah menggeleng perlahan.

Malas mahu melayani muka ‘baik’ Sarah, Ari Aqashah berdengus kasar. Muka baik hati busuk!

“Masak apa?” Sarah menggigit bibir. Masak apa? Kan baru pagi tadi mereka berpindah masuk ke rumah ini, mana sempat beli apa-apa dan masak apa-apa.

Melihat Sarah yang hanya diam membisu memandang lantai, Ari Aqashah sakit hati. Kebisuan Sarah pun boleh mengundang perasaan meluat di hatinya. Kalau dah benci, buatlah apa pun dia tetap akan benci!


“Aku lapar. Pergi masak.” Sarah rasa mahu ketawa. Pergi masak? Aik? Kata kita buat hal masing-masing, kenapa pula hal ‘perut’ dia kena jaga?

Sarah sembunyi senyum. Kalau menjawab mampus kena bambu dengan ‘suami kesayangannya’ ini.

“Hoi! Pergi masak!” Dahi Sarah ditunjal kasar. Sarah membuang pandang ke tempat lain. Rasa sakit hati dibuang jauh-jauh. Itulah, masa duduk dengan Puan Khalisah sibuk nak pindah, sekarang dah menggagau cari makanan!

“Peti ais kosong..” Jawab Sarah lambat-lambat.

“Habis takkan kau tak reti pergi beli! Kan Pak Razak dah hantar kereta kau dekat bawah tu, bodoh!” Bodoh?

Sarah menarik nafas dalam-dalam. Sedalam yang mungkin untuk bertenang. “Saya takde keizinan suami saya untuk keluar.”

Ari Aqashah terasa mahu gelak berguling-guling di atas karpet biru gelap yang sedang dipijaknya ketika ini. Tiada keizinan suami? Geli betul!

“Kenapa kau suka sangat tunjuk baik, hah? Aku meluat tau tak? Meluat dengan gaya kau konon-konon baik sangat! Kau ingat kau selalu pakai baju kurung, kau baiklah? Alimlah? Macam tu?”

Sarah terasa tercabar. Boleh tahan juga mulut lelaki sombong ni! “Siapa kata pakai baju kurung alim? Mana Encik Ari dengar fakta tu?”

Err, melawan suami ke kalau macam ni? Alamak! Nanti kena minta ampunlah macam ni? Sarah bermain dengan jari-jemarinya. Terasa menyesal dengan kata-kata yang meluncur keluar dari bibirnya. Kenapa bibir comel ini sering sangat mendustai tuannya?

“Kalau dah perangkap aku sampai macam tu, kau nak kata apa lagi? Baik ke? Kau ni berlagak alim je!”

“Jadi, terbuktikan berbaju kurung tak semestinya baik. Saya perangkap Encik Ari, bermakna saya jahat.”

“Kau jangan mencabar kesabaran aku, Sarah! Jangan sampai tangan aku naik ke muka kau!” Sarah menapak dua langkah ke belakang. Takut dengan Ari Aqashah yang mara setapak ke hadapan. Kalau terkena penampar Ari Aqashah, boleh berdarah bibirnya. Dah pernah rasa.

Kepala masih tunjuk melihat lantai. Kalau boleh mahu berkurung aje dalam bilik. Bukankah Ari Aqashah yang suruh dia jangan keluar dari bilik kecuali dipanggil? Okay, memang dia panggil tadi.

“Kalau Encik Ari nak makan, izinkan saya keluar ke kedai untuk beli barang.” Skema ke ayat dia ini? Izinkan saya? Ah, macam minta kebenaran guru kelas untuk ke tandas aje gayanya!

“Aku makan dekat luar. Kau boleh mampus dalam rumah ni!”

Ari Aqashah berlalu keluar. Pintu rumah dihempas sekuat hatinya. Tak pernah dia menghempas pintu rumah sendiri. Kali ini marah betul dengan Sarah. Sarah mengeluh hampa. Layanan Ari Aqashah tidak pernah berubah. Makin teruk adalah.

Jika dia berkahwin dengan Arif Shah, mungkin dia akan berbahagia seperti Marliana. Bukan main romantik lagi Arif Shah. Siap suapkan makanan, tarikkan kerusi dan bukakan pintu kereta lagi. Bertuahnya Marliana.


Andai saja dia ditempat Marliana…



p/s : Siapa rindukan Ari Aqashah, nah ini untuk anda semua. 

36 comments :

  1. Replies
    1. Baby mio geram dekat siapa ni??? Ari ke Sarah? hihi

      Delete
  2. huarghhh...xckp kak sri
    want more .. sob sob

    -yoozara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, kita baca citer lainlah pulak Yoozara. Hahaha.

      Delete
  3. Replies
    1. Ruunna Qizbal,
      Sabau nahh. Hihihi, Ari ni memang jenis suka marah-marah pun sejak awal dia kenal dengan Sarah, haruslah dia bengis. haha

      Delete
  4. Ek eleh pokcik bengis ni.. Penting perut dia je. Dahla duit tak kasi.. camne nak beli brg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, kata nak keluar makan dengan Suzila buat apa balik rumah lagi. Hihi.
      Ingatkan makan dekat luar aje, saja je dia nak cari pasal dengan Sarah ni kan.

      Delete
  5. Huhu....sabar sarah.... Sedihnye.... Bilala rahsia nk terbongkar... Xsbar nk bc next n3... Best la sume cite writer... Thumbs up
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam & hi sweetheart87,
      Terima kasih sudi singgah baca semua karya saya. Segan saya! :)
      Masih banyak lagi yang kena belajar ni. ;p

      Delete
  6. Replies
    1. Woa, apa yang ganasnya ni Kiki Wafa? :P

      Delete
    2. Mr ari kite ler.... Bile nak smbung...

      Delete
  7. Replies
    1. Assalam joijoi80,
      Belum lagi. Takde apa-apa berita lagi.
      Diriku juga masih sabar menanti. :P

      Delete
  8. alaaa..sri syg...sikit nya cite yg ada bab sarah ni..tak leh nk lepas rindu kat sarah lg ar...huhuhu.....apa2 thanks utk entry ni....tak sabar nk tahu bile la si ari ni nk jatuh cinta kat sarah....wuaaa...wuuaaa...tak sabar tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi, Ari ni ada banyak agenda tersembunyi. :)

      Delete
    2. apa la agenda tersembunyi ari tu sri..huhu

      Delete
  9. lepas juga rindu kt sarah...tp skt je entry kali ni..xpuas baca..;)

    ReplyDelete
  10. harap sarah jgn lah diperbodohkan oleh ari tu..tak suka tau..mcm nampak lemah je si sarah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya Sarah ni ingat pesan ayah dia agaknya. :p

      Delete
  11. Replies
    1. Cik Anon doakan Sri dapat terbitkan karya ni ya! :)Lepas tu boleh peluk buku. Hihi

      Delete
  12. bila lg nak continue..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni Sri tengah tulis enovel ketiga, Cinta Tak Akan Berakhir.
      Bila nak continue lagi cerita ni mungkin lambat lagi kot. Sebab Sri tengah tunggu keputusan dari manuskrip yang Sri hantar. :)

      Delete
  13. xsbar nk tggu novel kuar..cita yg menarik...sambung lg cik writer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon.
      Terima kasih..
      Sri masih tengah belajar menulis lagi. Ini karya pertama yang Sri tulis & publish di blog. Hihi.

      Delete
  14. bila nak sambung lg niee....

    ReplyDelete
  15. ni bakal jd novel ke atau enovel..huhuhu

    ReplyDelete
  16. ya allah bestnya cita nie akak .. bila nak smbung blik bleh jadi gila duk tnggu eheheh... atau dah nk kluaq ke kak .. nak sngt best sngt ...

    ReplyDelete
  17. Sambung larh lagi.....best sangat.....

    ReplyDelete
  18. Salam, saya sgt3 suka cerite ni. Bila nk keluar lagi? Atau dh ada buku novel? Please,mcm craving food pulak tggu cerita ni.hehehe

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Kak bila nak keluar novel ni. Penantian itu satu penyiksaan. Kak next chapter kat sini ada lgi tak......

    ReplyDelete
  21. Sakit sakit sungguh dgn Ari & mama dia & kecewa dgn Jihan,abah Sarah...knpa la Sarah tk ckp perkara sebenar kt Arif kn Arif dh benci kt Sarah...emmm

    ReplyDelete
  22. Sakit sakit sungguh dgn Ari & mama dia & kecewa dgn Jihan,abah Sarah...knpa la Sarah tk ckp perkara sebenar kt Arif kn Arif dh benci kt Sarah...emmm

    ReplyDelete