Tuesday 25 June 2013

Bab 8 Cinta Tak Akan Berakhir


Lemah longlai Azara melabuhkan punggungnya di sofa rumah. Sekejap aje dah hari Jumaat. Esok dah kena temankan Razlan ke Melaka untuk majlis meraikan anak yatim. Ish, majlis apa la esok. Nak pakai baju apa pun belum fikir lagi.

“Hoi, termenung apa?!”


Pantas mata Azara melekat pada tangan Hanis yang menampar kuat pehanya. “Sakitlah, gila!”

“Eleh, tampar sikit pun dah sakit. manja!”

Anak mata Azara melekap tajam menikam wajah Hanis. “Kau tengok tangan kau yang berisi, gemuk-gemuk ni… Kau cakap aku tampar sikit pun sakit? Itu tampar peha, kalau kena muka mau tersembam aku di lantai tu, tahu?” Jari telunjuk lurus menunjukkan lantai di depan mereka yang dilapisi dengan sehelai permaidani berwarna coklat gelap.

Hanis tergelak besar. Tangannya di angkat ke depan muka. “Gemuk-gemuk eh jari aku?” Azara pantas mengangguk. “Ha, kau tunggu kau mengandung nanti, tangan kau besar macam gergasi!” Hanis ketawa seronok.

“Kepala hotak kau berjambul!”

Serentak dua sahabat baik itu ketawa mengekek.

“Zara, kau busy apa sampai tak sempat nak pergi rumah aku? Aku dah tiga kali tau datang rumah kau dalam masa sebulan ni.. Kau langsung tak pernah jenguk rumah aku. Sampai hati. Aku nak merajuklah dengan kau..” Muncung ditayang kepada Azara.

“Ala, sorry la Anis. Bukan aku tak nak pergi tapi sebab aku memang banyak gila kerja nak buat. Sumpah aku sibuk yang amat-amat sibuk!” Azara buat muka kerut sambil menekankan perkataan sibuk. “Ha, kau dapat rasa tak betapa sibuknya aku?”

“Iyelah, kau sibuk. Aku pun sibuk juga tapi ada aje masa nak datang rumah kau lepas kerja hari Jumaat.”
Azara tayang sengih. “Jumaat aku balik terus tidur. Tak nak buat apa-apa lagi dah.”

“Iyelah. Esok pergi beli barang baby nak tak?”

Mulut automatik mengeluh. “Esok aku ada kerja di Melaka. Bos aku memang kurang asam betul! Paksa aku temankan dia ke majlis apa entah dengan anak-anak yatim..” Lemah Azara bersuara. Dah janji dengan Azam tapi terpaksa batalkan.

Sudahnya Azam tarik muka lima belas inci. Merajuklah konon. Nak merajuk pun dia boleh buat apa, dah kena kerja takkan nak cakap no dekat bos. Yang membayar gaji dia Encik Latif, ayah kepada Razlan, kalau ingar arahan anak silap-silap tak bergaji dia bulan ini.

“Bos kau? Razlan yang kau cakap otak senget tu?” Azara mengangguk laju.

Hanis tayang riak tidak percaya. “Sejak bila kau menurut perintah sangat ni Zara?”

“Mak aku cakap kalau dah kerja tu biar ikhlas, jangan lawan arahan bos. Kalau bos kata warna hijau kena pilih hijau jangan ambil warna ungu pula.”

Hanis tergelak besar. Azara memang anak yang baik, sangat menurut kata-kata Puan Nona. Memang sangat-sangat sayangkan Puan Nona! “Mak kau bukan suruh kau ikut sebijik-sebijik arahan bos kau tu tapi jangan lah over melawan. Itu maksud mak kau tu, Zara oi..”

“Tak. Aku tahulah mak aku. Bila aku balik rumah cerita pasal Tuan Razlan atau aku mengumpat Tuan Razlan setiap hari dalam telefon mak aku menangkan Tuan Razlan bukan aku.. Sekali pun tak pernah menangkan aku sedangkan aku ni anak dia.. Kena buli dengan Tuan Razlan lagi. Mak aku cakap bukan buli tapi bos aku tu sengaja nak uji ketahanan mental dan emosi aku.”

Senyuman penuh makna terukir di bibir Hanis. “Mak kau berkenan kot dengan Razlan kau tu..”

Azara ketuk kepala Hanis dengan bantal segi empat ditangannya. “Berkenan apa benda kalau kenal pun tidak. Setiap hari dengar aku kutuk Tuan Razlan takkanlah nak berkenan dengan lelaki yang selalu buli anak dia. Gila kot.”

“Manalah tahu naluri keibuan mak kau tu kuat.. Sampai bila rasa dialah jodoh untuk anak kesayagan aku! Ha, gitu.”

“Merepek! Tak ingin aku dengan lelaki yang sombong macam tu..” Azara tayang muka seriau. Dia dan Razlan? Oh, tidak sanggup jadi kuli Razlan! “Kau tahukan yang bos aku tu perangai dia pelik. Tak naklah aku!”

Hanis membetulkan duduknya. Terasa lenguh dengan kedudukan sekarang. Biasalah ibu mengandung dah tujuh bulan lebih memang rasa sengal-sengal seluruh badan. Kadang-kadang rasa nak bersalin sekarang juga!

“Zara, bos kau tu nak pikat kau agaknya.”

“Kau… merepek! Bos aku tu sewel. Sekejap baik sekejap lagi meroyan. Kau ingat aku nak dengan lelaki macam tu? Muka memang handsome gila Anis tapi perangai tak betul. Tak mahulah aku!”

“Kau juga yang cakap dia tiba-tiba belikan kau makanan masa kau tak keluar lunch hari tu kan.. Ha, bukan ke tu menunjukkan dia nak pikat kau?”

Kepala Azara digeleng laju. Berulang kali sambil bibirnya menyebut perkataan merepek. “Anis, aku ni sihat dan otak aku boleh berfikir dengan baik lagi. Tak cukup gila lagi otak aku untuk jatuh cinta dengan bos aku tu.”

“Tak baik tau kau cakap macam tu. Mungkin Razlan sengaja nak curi perhatian kau sebab tu dia layan kau macam tu.. Padahal dalam hati dia dah mula syok dekat kau. Kan?”

Azara rasa mahu mencubit pipi Hanis namun dia tahan.  “Dah la, tak nak la cakap pasal ni lagi.”

No, aku nak cakap lagi. Kau layan la aku sebagai ibu megandung.” Heh, apa kaitan mengandung dengan Razlan pula.

“Kau cakap perkara takde kaitan dengan kandungan kau tu ya. Jangan merepek!”

Hanis tergelak kecil melihat muka garang Azara. Bukan main lagi tak suka berbual pasal Razlan dan cakap Razlan nak pikat dia. Cuba kalau sama-sama kutuk Razlan, semangat Azara nak bercerita pasal Razlan.

“Zara.. Kau tak rasa macam aku rasa ke?” Hanis menepuk bahu Azara.

“Ish! Rasa apa?”

“Rasa yang Razlan tu sukakan kau..”

Laju Azara membalas kata-kata Hanis. “Tak!”

“Cuba kau fikir balik kenapa dia ajak kau ke Melaka sedangkan setiausaha dia kan ada. Kak Haleda yang kau pernah kenalkan dekat aku tu bukannya tak lawa. Lawa.. tua sikit aje daripada Razlan.. Kalau dia nak ajak Kak Haleda tu dah lama dia ajak tapi dia ajak kau. Kan?”

“Mungkin sebab Kak Haleda dah selalu temankan dia ke majlis agaknya. Nak ajak muka lain pula.”  Azara membela diri walaupun otaknya ligat memikirkan kata-kata Hanis. Dia pun ada terfikir juga kenapa dia yang menjadi pilihan Razlan sedangkan Haleda yang sering menemani dia ke majlis sebelum ini.

“Lagi satu kau juga yang cakap Razlan saban malam ada di pejabatnya sampai kau habis kerja. Kau tak fikir ke dia temankan kau buat kerja sampai malam? Bila kau balik baru dia balik?”

Azara meningkah pendapat Hanis. “Tak betul. Dia buat kerja dia la sampai malam bukan temankan aku.
“Tapi dia balik bila kau balik, kan?”

“Memanglah balik sama-sama dengan aku. Mungkin sebab dia takut kot nak tinggal di pejabat sorang-sorang. Tapi kadang-kadang dia balik awal juga. Jadi terbuktikan yang dia bukannya temankan aku buat kerja sampai malam.”

Hanis ketawa besar. “Tak mungkinlah dia takut sebab dia dah biasa dengan semua tu.. Aku rasa dia cuma buat alasan aje ada kerja sampai malam sedangkan dia nak temankan kau kerja.. Nak dekat dengan kau.”

Argh! Hanis merepek! “Kau jangan nak pengaruhi aku dengan pendapat kau yang merepek tu ya!”

“Terpulanglah dekat kau.. Hati aku yakin yang dia dah terpikat dengan kau. Dia saja je layan kau dengan kasar dan garang sebab dia nak buat kau ingat dia selalu. Nak kau selalu cakap-cakap pasal dia.”
“Dah la. Duduk sini kejap aku hidangkan kau spaghetti.”

“Ala, tak payahlah. Dah pukul sepuluh malam ni makan apa lagi. Gemuk nanti.”

“Kau memang dah gemuk pun. Lepas bersalin boleh diet semula. Aku dah masak sebelum kau sampai tadi ya. Kena makan jugak. Wajib! Duduk sini diam-diam mak buyung.” Tangan menampar perlahan peha Hanis.

Kalau bukan sebab Khairul perlu kerja lewat malam memang Hanis tak sampai ke rumah dia malam ini. Terima kasih kepada bos Khairul yang menyuruh Khairul siapkan kerja sampai siap juga. Haha.




“Anis, seronok tak mengandung?” Rasanya ini dah kali berjuta-juta Azara menyoal dia perkara yang sama.

“Zara, kalau kau tu teringin nak mengandung kau kahwin la cepat-cepat. Kalau Razlan tak lamar kau, apa kata kau aje yang lamar Razlan?”

Azara rasa spaghetti yang masuk ke dalam mulut terlekat di dadanya. Lamar Razlan? Sumpah tak nak! “Apa kaitan aku dengan Razlan?”

“Kau kan selalu sebut nama dia, mungkin dia dah terlekat dalam hati kau kot. Baik kau semak semula manalah tahu kot-kot dia ada dalam hati kau tu..”

Azara menggosok hidungnya perlahan. “Tak lama lagi kau dah ada anak kan.. Macam tak percaya aje.” Azara mengubah topik perbualan.

“Seronok sangat mengandung ni Zara. Rasa macam magik. Perut kau yang kecil tu boleh mengembang sampai macam sekarang. Allah Maha Besar.. Ini anugerah tak ternilai Zara. Satu perasaan yang sangat-sangat menakjubkan!” Hanis menarik tangan Azara yang duduk di hujung meja sebelah denganya.

“Tak sangka jodoh kau dengan Khairul yang kau menyampah sangat dulu tu..” Azara tergelak mengenangkan layanan Hanis terhadap Khairul dulu-dulu. Bukan main menyombong lagi sikap Hanis dengan Khairul. Layan tak layan aje semasa Khairul mengorat dia dulu. Kelakar!

“Aku pun tak percaya.. Dulu bukan main lagi aku menyampah dengan Khai tu.. Tak sangka dia jodoh aku. Lelaki yang terbaik pernah aku kenal selepas ayah aku.” Ceria wajah Hanis. Seri ibu mengandung agaknya.
“Aku doakan jodoh kau dengan dia sampai akhir hayat.”

Thanks! Aku pun doakan kau cepat-cepat berjodoh dengan Razlan.” Azara membuka mulutnya sedikit luas. Hanis ni kenal dengan Razlan pun tidak suka hati aje doakan dia dengan Razlan.

“Kau bukan kenal Razlan tu, kalau muka dia hodoh kau nak dia jodoh dengan aku?”


“Kan kau juga yang cakap dia kacak gila.”

Betul juga, setiap kali berbual pasal Razlan dia akan sebut ‘He is so handsome! “Muka kacak tapi perangai hodoh tak seronok juga.”

“Kau ubahlah perangai hodoh dia kepada yang elok. Muka mungkin tak boleh diubah tapi akhlak tu boleh diubah Zara. ” Malaslah cakap dengan Hanis ni, memang ada saja yang nak dibalas. Sudahnya Azara terdiam.




Hanis memaksa diri menjegilkan biji matanya. Kalau boleh tongkat mata dengan lidi memang dia dah ambil lidi letak di kelopak matanya. Jam di dinding putih itu dikerling. Dah pukul 11.20 malam ni. Mana suami dia pergi tak balik-balik lagi!

Tadi janji nak jemput dia pukul 11.00 malam dia rumah Azara tapi sampai sekarang belum sampai. Tubuh Azara yang sudah terbaring di atas sofa panjang di perhatikan sekilas. Mengantuk sangatlah tu.

Lepas makan mereka menonton telemovie Mama Mama Mia dia Astro, belum habis cerita lagi Azara dah terlena. Sah penat gila kerja di pejabat tu. Azara.. Azara!

Telefon bimbit Azara yang tiba-tiba nyaring berteriak mengejutkan Hanis. Iphone 5 berwarna putih itu segera di capai. “Tuan Razlan?” Skema gila Azara save nama Razlan sebagai Tuan Razlan. Bibir Hanis spontan mengukir senyuman. Memang Azara anggap Razlan sebagai bos dia rupanya.

Butang hijau pada telefon di swipe. “Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Azara esok I ambil you pukul 7.30 pagi. You tunggu di bawah rumah you, I malas nak tunggu lama-lama.” Razlan terus memberikan arahan.

Sorry ye Encik Razlan. Zara dah tidur.”

“Ni siapa?” Nada suara Razlan sedikit terkejut. Itulah cakap main sembur aje. Tak tanya khabar langsung!

“Saya Hanis, kawan Zara. Encik nak bercakap dengan Zara ke?”

“Oh.. Tak perlulah. Tolong sampaikan pesanan saya pada Azara ya.”

“InsyaAllah..”

Panggilan ditamatkan oleh Razlan. Hanis meletakkan semula telefon bimbit Azara di atas meja. Rugi tak sempat berbual dengan Razlan pasal Azara. Kalau tak boleh juga dia tanya sama ada Razlan ada menaruh hati pada kawannya atau tidak. Manalah tahu kot-kot Azara boleh naik pelamin tahun ini juga.

Dari segi percakapan Razlan dengan dia selepas Razlan tahu dia bukan Azara sebentar tadi, dengarnya macam lembut saja. Tak sombong macam Azara gambarkan pun dan sungguh dia langsung tak rasa yang Razlan tu orangnya kejam atau sombong. Mungkin Azara yang bersikap prejudis terhadap bosnya kot.

Mencintaimu tak mengenal waktu.. Tak mengenal puitis.. Hanya tulusnya hati.. Selalu..” Hanis segera menyeluk beg tangannya. Telefon bimbir Samsung S3 ditarik keluar.

“Assalamualaikum, abang.”

“Sayang, abang ada dekat depan pintu rumah Zara ni.” Hanis terkial-kial untuk bangun.

“Sekejap bang, Zara tertidur. Anis nak kejutkan dia kejap.”

Okay, abang tunggu sayang. Rindu nak tengok muka sayang abang ni..” Hanis tergelak mendengar kata-kata Khairul. Dah kahwin pun masih lagi dengan sikap romantis dia tu. Ayat tak pernah nak menyakitkan hati, sentiasa membuatkan hatinya berbunga dan gembira.

“Zara..” Lengan Azara yang diletakkan di atas dahi ditampar lembut. “Zara..”

Masih tidak berkutik. Tidur mati ke Azara ni. “Zara!”

Perlahan-lahan Azara menggerakkan tubuhnya. “Emm, kenapa?”

“Khai dah sampai tu. Aku dah nak balik ni.”

Tubuh Azara duduk tegak di hadapan Hanis sambil menggosok matanya. “Khai dah sampai? Awalnya Khai sampai.” Tangan mencekak sedikit demi sedikit rambut panjang yang berselerak di kepala dan disanggul tanpa menggunakan getah.

“Awal apanya, dah pukul 11.45 malam ni.. Apa yang awalnya. Dah, kau tu bangun pergi tidur dalam bilik. Aku nak balik ni.”

Azara memimpin tangan Hanis ke muka pintu. Tangan ligat membuka grill pintu berwarna putih. “Sorry Khai, aku tertidur tadi. Nak masuk dulu?”

“Ish, tak perlulah. Dah lewat ni. Aku datang ambil Anis aje. Nantilah aku datang rumah kau lagi..” Khairul menolak perlawaan Azara tanpa berfikir panjang. Lagipun tadi Hanis dah cakap yang Azara terlena di sofa. Kesian pula dengan Azara yang sudah letih.

“Lewatnya kau balik hari ni.”

“Biasalah kerja banyak. Kalau tak siap agaknya esok baru boleh balik.” Azara tayang senyum. Dia faham kerja banyak tahap rasa tak mahu balik ke rumah tu macam mana sebab kerja dia pun sama, banyak gila!

“Korang berdua ni sama aje kan.. kerja banyak memanjang. Aku pun kerja juga tapi takde la banyak sangat kerja aku macam korang tu.”

Azara tergelak melihat muka merajuk Hanis. “Kau arkitek, lain. Duduk di pejabat lukis pelan aje. Tak sama macam kami yang kena lawat tapak projek, buat laporan yang entah apa-apa dan nak kena buat macam-macam ni. Nasib kau lah Anis kahwin dengan orang macam Khai yang gila kerja juga.”

“Ah, sama je skop kerja aku dengan skop kerja kau tu.. dah la aku nak balik ni. Sengal dan pinggang aku.. Rasa macam nak patah je. Nak balik dapatkan urutan percuma dari tukang urut aku ni.”

“Untunglah kan orang tu ada tukang urut, aku ni takde siapa nak tolong urut.”

“Ada, bos kau tu boleh tolong urutkan kau. Jangan lupa kirim salam pada bos kau ya!”

“Dah.. dah. Pergi balik.” Azara menolak tangan Hanis supaya meninggalkan rumahnya. Khairul dan Hanis tergelak besar melihat Azara yang menghalau mereka.

“Aku baliklah ni. Jaga diri.” Hanis memeluk Azara dan mencium pipi sahabatnya itu. “Bye!”

Grill rumah dirapatkan kembali. Pintu kayu di kunci dari dalam. Kaki melangkah ke ruang tamu. Telefon bimbit di atas meja di capai laju dan melangkah masuk ke dalam bilik.

Tubuh langsingnya dihempas ke atas tilam. “Selamat malam wahai duniaku.”

Perlahan-lahan mata dipejam rapat dan Azara terus terlena. 

4 comments :

  1. alalalalallaa sukanya bila razlan dengan azara~ :D vote for azara having happy ending with razlan~ :D

    ReplyDelete
  2. A bit hambar la bab ni Sri. Hanis tu tak abis2 gn spekulasi die tang razlan suke Zara.
    Tpi for sure looking fwd nx chap. Agak2 Zara bgun awal idak? Hehe

    ReplyDelete