Friday 23 August 2013

Bab 17 Cinta Tak Akan Berakhir


Azara memandang gelas di hadapannya. Langsung tidak berusik. Sebal melihat muka yang terhidang depan mata. Kata nak jumpa dia bincang soal hidup dan mati dah tu kenapa heret Zakri datang sekali. Saja nak tunjuk bahagia depan dia? Melentok liuk depan dia?

“Ada apa kakak nak jumpa Zara?”

Kalau nak senyap macam ni sampai lusa pun tak sudah. Kalau Izreen tak mahu memulakan perbualan taka pa dia mulakan sebab dah rimas dengan Zakri yang asyik pandang muka dia. Tak habis-habis ganggu dia di rumah sebelum ini sekarang Zakri nak pandang-pandang jeling-jeling pula?

Jangan harap Azara nak layan. Silap besar kalau Zakri ingat Azara akan terima dia semula. Takkan!

Rasanya sejak dia berpindah keluar lebih dua bulan lalu memang dia tak pernah berjumpa dengan Izreen secara berdua-duaan langsung. Kalau dia balik ke rumah pun Izreen akan berkepit dengan Encik Idris. Perli dia dari jauh. Menempik pun dari jauh. Tidak pula Izreen datang ke depan muka dia menjerit macam orang hilang anak.

Kalau tengah makan rasa butir-butir nasi yang masuk ke dalam mulut macam pasir. Maki-hamun dan herdikan memang tak lekang dari bibir Izreen. Macam mana dia tak terasa hati.. Memanglah dia akan terasa sebab hati dia bukan batu! Tapi rasa yang singgah akan cepat-cepat dia tepis sebab tidak mahu terlalu mengikut perasaan.

Puan Nona sahaja yang banyak membela dia ketika Izreen mengeherdik dia. Nak harapkan Encik Idris memang tak mungkinlah. Macam dia ni anak pungut ajelah padahal dia anak kandung Puan Nona dan Encik Idris. Alahai abah..

“Kenapa aku tak boleh jumpa kau ke?”

Azara mengeluh. Suara kasar Izreen menyapa gegendang telinga. “Boleh tapi ada apa yang penting ke kakak nak jumpa Zara?” Pandangan mata tepat ke wajah Izreen.

“Kau ada jumpa abah ke?” Azara menggeleng. “Kau ni memang anak derhaka kan Zara?”

Amboi-amboi Izreen ni siapa nak jatuhkan hukum sesuka hati dia aje. Nak gelar dia anak derhaka. Yang Izreen tu memekak, menempik Puan Nona ikut suka hati mak bapak dia aje, tak pula derhaka? “Kakak nak jumpa Zara sebab nak cakap pasal abah ke?”

“Tak, aku nak jumpa kau sebab aku memang tak puas hati dengan kau.. Kalau kau tahu abah tak suka kau balik rumah dia kenapa kau balik? Menyemak tahu tak?”

Lah, tadi kata dia anak derhaka sebab tak jumpa Encik Idris, sekarang ni marah pula bila dia balik rumah? Apa kena dengan Izreen ni. Kena sampuk?

“Rumah tu bukan rumah kakak sorang.. Zara pun ada hak kalau Zara nak balik atau tak..Bila-bila Zara nak balik pun ikut suka Zara lah. Kenapa kakak nak ambil tahu hal Zara? Sejak bila pula kakak ambil peduli?”

Izreen mendengus geram dengan sikap Azara. Kalau depan Puan Nona dan Encik Idris menikus! Bila takde mak dan abah bukan main lagi Azara berani menyembur dia. “Kau tak balik rumah tu pun abah tak kisah langsung pasal kau. Masa tiga tahun kau tinggalkan Malaysia aku ingatkan kau dah mampus!”

Azara menggengam tangannya kuat. Kalau dia tak boleh bersabar sekarang ni memang dia dah cubit-cubit pipi Izreen. Mulut… takde insurans langsung!

“Kalau Zara mati kakak seronok ke?”

“Memanglah aku seronok sebab kau dah mampus! Takde orang yang menyakitkan hati aku lagi..”

“Apa yang Zara sakitkan hati kakak? Apa perbuatan Zara yang tak kena pada pandangan kakak?” Kenapa kakak dia doakan dia pergi mati? Mati itu memang akan berlaku tapi tak perlu doakan yang bukan-bukan untuk dia. Lebih elok kalau Izreen mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia seperti mana dia selalu doakan untuk Izreen walaupun Izreen sering menyakiti dia.

“Kau ni memang teruk kan Zara.. Ingatkan setakat anak derhaka aje tapi lagi teruk daripada tu. Kurang ajar! Dengan aku ni kau tak boleh ke cakap baik-baik sikit?” Jari telunjuk Izreen menunding ke dada sendiri. Menunjuk aku kepada diri sendiri.

Nak Azara cakap baik-baik tapi Izreen tak pernah pun cakap baik-baik dengan dia!

“Kalau Zara ni anak derhaka apa kaitan dengan kakak? Kakak nak tolong terima azab dari Allah ke?” Memang dengar kurang ajar tapi siapa Izreen untuk menilai dia anak derhaka atau pun tidak? Puan Nona pun tak pernah menggelar dia sebagai anak derhaka, inikan pula Izreen dengan mudahnya menjatuhkan hukuman kepada dia.

“Ei, kurang ajar betul kau ni! Sayang, you tengok bekas kekasih you ni… I rasa nak tampar-tampar aje mulut dia!” Tangan Zakri digoncang manja.

Azara mengetap giginya rapat. Menyampahnya! “Kakak, kalau Zara kurang ajar sekalipun Zara belajar dengan kakak sebab kakak tak pernah hormat Zara.”

“Kau tu adik memang wajib kau hormatkan aku sebab aku kakak kau!”

Bibir tersenyum sumbing. Mana ada yang muda wajib mentaati yang tua. Tak jatuh hukum wajib kepada yang muda sahaja sebaliknya semua manusia mesti saling menghormati antara satu sama lain.“Wajib? Kalau kita nak orang lain hormatkan kita, kita tu wajib sangat-sangat hormatkan orang lain dulu.”


Izreen mencebik. Kalau tanya dia sekarang ni sumpah dia memang menyampah gila dengan Azara tahap nak bagi penampar di muka Azara.

“Zara nak tahu kenapa kakak nak jumpa dengan Zara?” Sekali lagi soalan yang mengasak mindanya dimuntahkan. Pelik sebab Izreen tak pernah pun nak jumpa dengan dia sekarang ni tiba-tiba aje nak jumpa dengan dia. Apa kes?

“Ha, aku memang ada hal nak jumpa kau. Kau takde hal memang aku tak hingin nak mengadap muka kau tu!” Amboi, menyombong sangat Izreen ni. Macamlah Azara hadap sangat nak tengok muka dia!

“Kenapa?”

“Kau kerja di mana?”

Azara kerut kening. Apa kaitan tempat kerja dia dengan Izreen? Ha, jangan kata Izreen nak mengorat Razlan pula. Izreen ni bukan boleh kira sangat. Jenis pendengki! Kalau apa yang Azara ada semua dia nak ada jugak. Apa yang Azara lebih dia mesti lebih lagi.

“Hey, aku tanya kau ni bukan aku tanya tingkap! Kau kerja di mana?”

“Kenapa kakak tanya?”

Meja di depan ditampar oleh Izreen geram. “Aku tanya kau ni jawab ajelah!”

Terkejut dengan tindakan Azara yang tiba-tiba menjerit nyaring, Azara pantas mengambil beg di atas kerusi sebelah dan mahu meninggalkan Izreen dan Zakri.

“Ni kau nak ke mana pulak ni?”

“Zara nak balik pejabat. Kalau kakak datang sini nak terjerit terlolong macam orang gila dekat Zara kakak silap banyak. Zara bukannya perempuan bodoh macam dulu yang hanya ikut telunjuk kakak aje. Zara dah besar dah pandai jaga diri Zara.”

Nafas Izreen turun naik menahan geram. Mulut Azara bukan main lagi. Itu baru tiga tahun pergi Amerika Syarikat, kalau sepuluh tahun agaknya lagi kurang ajar sikap Azara. “Kau ni baru tiga tahun pergi luar negara kurang ajar bukan main lagi ya. Apa orang sana ajar kau? Ajar supaya kau kurang ajar dengan kakak sendiri?”

Mata Azara kalut melilau sekeliling restoran. Tak malu ke Izreen ni terpekik-pekik macam ni dekat tempat awam? Ya Allah, malunya dia ada kakak macam ni! Tak tahu jaga maruah diri langsung. Buat malu aje.

“Kakak, kita ni di tempat awam kalau nak bercakap tu pandanglah sekeliling sikit. Zara nak balik pejabat semula, malas nak bertekak dengan kakak lagi dah.” Azara mula menolak kerusi dan berkira-kira mahu melangkah meninggalkan meja.

“Zara!” Azara berpaling semula ke arah Izreen sebelum segelas jus tembikal miliknya sebentar tadi disiram di atas kepalanya.

“Reen apa you buat ni?” Zakri menarik tangan Izreen supaya menjauhi Azara yang tergamam kerana sudah bermandi jus tembikai.

“Amboi, you nak menangkan bekas kekasih you ke Zack?” Suara Izreen menempik tinggi. Tidak peduli dengan beberapa pasang mata yang asyik memandang drama sebabak mereka. Tayangan percuma siapa yang tak nak tengok.

“Zara, abang minta maaf bagi pihak kakak. Zara tak apa-apa?” Sebatang penyedut minuman yang terlekat di atas kepala Azara diambil dan dicampak ke lantai.

“Saya okay awak jangan risau.” Kalau dia nak sakitkan hati kakak dia boleh aje dia layan Zakri sebab dia yakin Zakri memang masih sayangkan dia. Kalau tak tak mungkinlah Zakri nak hantar mesej pujuk rayu dia supaya kembali ke pangkuan lelaki itu bagai.

Tapi dia takkan buat macam tu sebab dia tahu Izreen kakak dia. Dia ada perasaan sayang terhadap Izreen walaupun Izreen layan dia macam sampah! Layan dia dengan teruk sampai kadang-kala dia rasa mahu lari jauh daripada Izreen.

“Zara, abang minta maaf.. Abang tak sangka akan jadi macam ni.” Azra pantas menarik tangannya yang diraih oleh Zakri. Gila! Depan kakak dia kot… Kalau nak kena nanti dia bukannya Zakri.

“Dasar perempuan gatal! Kau ni adik aku ke tak ni Zara? Kau sanggup goda bakal abang ipar kau sendiri?”

Apa? Dia goda bakal abang ipar dia? Hello! Kakak dia ni sedar ke tidak apa yang kakak dia tengah cakap ni? Siapa goda siapa ni? Takkanlah Izreen lupa yang dulu dia menggoda Zakri? Dan dia juga takkan lupa Zakri yang bodoh ni sanggup tinggalkan dia untuk Izreen.. Tersilap langkah konon! Pergi daaa.

“Baiklah, Zara perempuan gatal, Zara jahat dan Zara perampas. Sekarang kakak puas hati?”

“Tak, aku tak puas hati dengan kau selagi kau boleh berdiri dengan megah! Aku nak tengok kau tersungkur sampai tak boleh bangkit lagi Zara!” Izreen tunjal kepala Azara sebelum Azara menepis kuat tangan Izreen.

“Apa kakak ni? Tak puas hati apa lagi? Apa yang kakak nak daripada Zara?” Ujar Azara dengan suara tertahan-tahan kerana mengenangkan mereka berada di tempat awam ketika ini. Kalau di rumah dah bergaduh tarik rambut dah rasanya.

Pang!

Azara menyentuh pipi kanannya yang terasa perit akibat ditampar oleh Izreen. Kalau mereka ada di rumah memang dia dah tarik-tarik rambut perang Izreen! Sakitnya hati dia sekarang ni. Sumpah sakit hati!

“Kau menjawab eh?”

“Reen, apa you buat ni? Ni adik you!” Zakri menarik tangan Izreen menjauhi Azara. Bengang juga dengan sikap kekasih dia yang melampau ni. “Dah, jom kita balik.”

Izreen menrentap pergelangan tangannya kasar. “You nak bela sangat perempuan ni kenapa?  You masih cintakan dia ke? Hah?”

Sah memang Izreen dah meroyan!

“Dah la kakak, Zara dah tak kuasa lagi nak layan kakak. Zara balik dulu.” Azara terus melangkah pergi meninggalkan Izreen dan Zakri. Memang tak toleh ke belakang lagi dah.

You ni kenapa Reen? Apa yang tak kena?” Garang anak mata Zakri menikam wajah Izreen. Bengang betul!

You tanya apa tak kena? Semua tak kena sejak perempuan tu balik sini! Semua tak kena!” Zakri mula hilang sabar. Pujuk elok-elok nak melenting. Cakap tak pernah berlembut melainkan kalau nak minta tolong.

Kalau marah atau ada benda tak kena sikit terus sembur tak kira perasaan orang lain lagi dah. Zakri memang menyesal memilih Izreen.. Kalaulah dia bersama Azara pasti mereka sudah bahagia. Sangat bersopan dan lembut bila bercakap, tak pernah pun meninggikan suara. Kalau marah Azara lebih suka mendiamkan diri dan membiarkan perkara itu berlalu.

Kalau Izreen jangan haraplah. Memang dia nak memang sepanjang masa. Dengan Puan Nona pun bercakap lebih kurang aje, inikan pula kalau dengan orang lain yang tidak berkaitan dengan dia.

Azara. Sehingga kini wanita itu masih lagi berada di tempat paling kukuh dalam hatinya. Dia memerlukan Azara. Dia mahu cinta Azara semula.

“Reen, kalau macam inilah perangai you, I memang tak boleh nak tahan dengan you lagi dah.” Zakri meninggalkan Izreen terpinga-pinga.

“Jadi you nak putus dengan I sebab Azara?”

Langkah Zakri terhenti apabila Izreen menarik kuat lengannya dari belakang. Memaksa dia berhenti melangkah. “Reen, I memang sayangkan you tapi I perlukan Zara!”

No! Tak boleh. You ingat I akan lepaskan you macam itu aje lepas apa yang pernah kita buat?”

Zakri mengeluh lemah. Dia tahu Izreen pasti akan membangkitkan tentang perkara itu. “I tak mahu komen pasal tu tapi I yakin Zara boleh maafkan I kalau I berterus-terang dengan dia..”

Bibir tergelak kecil. Zakri.. Zakri. “I bukan bodoh untuk lepaskan you macam itu aje. I akui I memang pernah curang dengan you dan pilih Raz sebelum ini tapi I menyesal berpisah dengan you. I cintakan you sebab tu I berpisah dengan Raz.”

Tangan naik mengusap lembut pipi Zakri. Dia tahu kelemahan lelaki ini.

Bibir Zakri yang bergerak-gerak mahu menyatakan sesuatu terhenti apabila Izreen mengakul erat tubuhnya. “Kita balik apartment you, ya?”

“Reen, jangan macam ni. Please.”

“I tahu you dah rindukan I. Jom!” Izreen menarik tangan Zakri supaya mengikutnya. Bukan sekejap dia berkawan dengan Zakri, dia tahu apa yang lelaki itu inginkan dan hanya dia yang boleh memenuhi keinginan Zakri.

Membiarkan Zakri kembali ke pangkuan Azara? Tak mungkin. Dia tidak mungkin akan membiarkan perkara seperti itu berlaku. Dia tidak mahu kalah dengan Azara.





Hello, Tuan..”

“Raz.”

Azara menggigit bibir. Orang tengah kalut dia masih sibuk nak betulkan panggilan mereka. Kisah apa entah Tuan ke, Raz ke, Alan ke atau apa-apalah janji panggilan untuk Razlan juga. Saja aje Razlan nak betulkan.

“Ada apa Zara?”

“Saya masuk kerja lambat sikit ya sebab nak balik rumah sekejap.”

“Kenapa?” Ada riak terkejut dalam nada suara Razlan. Tiba-tiba sahaja Azara nak balik ke rumah haruslah dia terkejut. Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepada wanita itu.

“Baju saya kotor, nak balik rumah tukar baju dulu lepas tu baru saya masuk pejabat semula. Boleh ya?”

“Balik rumah umi ke?”

Azara terdiam. Rasanya tadi dia cakap dengan pemandu teksi ni dia balik rumah dia di Casa Tropicana Residence.

“Zara?”

“Er.. tak. Saya balik rumah saya sendiri.”

Why nak balik rumah waktu kerja?”


Azara terdiam sendiri. Memanglah hari bekerja tapi kan pukul 1.40 tengah hari sekarang ni. Waktu rehat dia masih belum habis lagi, masih berbaki dua puluh minit.

I am talking to you Azara not to a table or chair!” Suara Razlan sedikit garang.

“Sekejap aje nak tukar baju. Lepas tukar baju saya terus masuk office semula.”

“Kenapa dengan baju you?”

Ish! Banyak tanya betullah Razlan. Dia bukannya telefon nak cerita masalah peribadi, dia telefon cuma untuk memberitahu tahu Razlan yang dia masuk lewat. Takkan sebab apa semua nak kena tanya kot?

“Air tumpah terkena baju tadi.”

Azara dengar Razlan mengeluh panjang. Agaknya mesti Razlan fikir dia ni cuai makan pun tak reti sampai air tertumpah kena baju. “Where are you now?”

“Dalam teksi nak balik rumah..” Terpaksalah dia naik teksi sebab dia tak bawa kereta ke pejabat hari ini. Jadi mem besar!

“Kenapa tak balik rumah umi tadi?”

Hoh? Balik rumah umi buat apa jauh kot! Dari Mutiara Damansara dia nak ke Ara Damansara pula? Baik dia balik rumah dia lagi dekat kot! Ei, agak-agaklah sikit Razlan ni pun..

“Rumah umi jauh. Saya makan dekat-dekat Mutiara Damansara aje.. Badan dah melekit tak tahan nak mandi.”

“Suruh driver teksi tu berhenti sekarang. I want you to get out from the taxi, tunggu I ambil you.”

What?” Suara Azara separuh menjerit. Terkejut beruk dengan permintaan Razlan. Gila kot! Dia dah separuh perjalanan nak sampai rumah. Kalau tunggu Razlan bila kala dia nak tukar baju? Badan dah melekit gila kot! Tak sanggup..

You dengar apa I cakap Zara jadi jangan tanya I ‘apa’..”

“Saya tanya sebab terkejut. Raz, saya dah nak sampai rumah dah. Sejam lagi saya sampai office semula. Assalamualaikum.”

“Zara, I said stop right now!”

Tanpa menghiraukan Razlan yang menjerit memanggil namanya dihujung talian, Azara menamatkan panggilan telefon. Iphone 5 miliknya disimpan semula ke dalam tas tangan. Ah tak kuasa dia nak melayan Razlan. Memang boleh gila kalau dia nak ikut semua kemahuan Razlan!

“Terima kasih pak cik!” Pintu teksi ditutup dan kaki melangkah menuju ke rumahnya. Sumpah rasa macam badut sarkas sekarang ni. Lalu aje ada orang akan pandang dia. Maunya tak pandang blouse warna putih kena simbah dengan jus tembikai haruslah bertompok-tompok baju dia!

8 comments :

  1. ala.. pendeknye..
    dah lme tggu update tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek ke yang? Hahaha.
      Sorry la lambat reply komen.
      Kat sini internet slow banget.
      Bukak untuk up entry baru jer. ;p
      Thanks sudi membaca karya Sri.

      Delete
  2. mmg gile meroyan si izreen neh
    nak lagi sambungan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar Izreen meroyan jangan Yoo Zara meroyan. Hikssss

      Delete
  3. x suka kakak dia... tumbuk bgi mmpos bru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar sabar. Jangan tumbuk kakak dia. Sian kakak dia. hihi

      Delete
  4. Izreen ni kenapa? Mcm org sakit jiwa jer. apa yg dia tak puas hati sgt dkt Zara. geram + menyampah + meluat la pulak. cian Zara. takmo Zara dgn Zakri naa. Mau Zara sama Raz. hehe

    ReplyDelete