Monday 19 August 2013

Bab 24 Aku, Dia dan Stiletto

Sehelai blouse longgar berwarna putih ditarik keluar dan dipadankan dengan seluar berwarna kuning. Tak cantik. Aulia memasukkn semula blouse tadi ke dalam almari. Sehelai lagi blouse berlengan panjang berwarna cream lembut ditarik keluar.

Perfect!

Selepas bersiap ala kadar, Aulia capai tas tangan jenama Celine yang berada di atas almari solek. Amboi, macam berjanji pula hari ni. Beg pun warna cream jugak.  Kaki melangkah laju menuruni anak tangga.

“Good morning mummy. Good morning daddy.” Aulia cium pipi Datin Zahrah dan Datuk Rahman.

“Cerianya anak mummy pagi ni. Ada apa-apa ke? Jumpa Ashraff di Terengganu?” Alahai, takde nama lain ke nak sebut?

Mummy, mummy jangan risau, Lia akan cari lelaki lain yang lebih kacak dari Ashraff tu untuk jadi menantu mummy. Okay?”

“Dah la, makan cepat. Lia cakap nak pergi dengan daddy, kan?” Aulia capai sekeping roti bakar depan mata.

“Mee?”

Aulia menggeleng. “Takde selera nak makan benda berat.”

Jam strawberry disapu atas roti. “Sejak bila Lia suka makan roti bakar dengan jem ni? Bukan Lia suka makan dengan mentega ke?”

“Ye ke?” Entah, dia pun tak perasan sejak bila dia makan roti dengan jem. “Sejak hari ni kot.” Aulia sengih.

Datuk Rahman tidak membalas sebaliknya menyumbat suapan mee yang terakhir ke dalam mulut. “Cepat sikit makan.”

Done.” Aulia meletakkan baki separuh lagi roti dalam pinggan.

“Aih, sikitnya Lia makan? Roti pun tak habis lagi tu.”

“Ala mummy, Lia dah kenyang. Tak lalu nak makan la. Nanti lunch Lia makan banyak-banyak.” Aulia menolak kerusi dan menyalami tangan Datin Zahrah. “Lia pergi dulu. Love you.”





Atiya memandang Aulia yang nampak sungguh berselera menikmati makan tengah harinya. “Kenapa pandang saya macam tu?”

Atiya sengih. Segan pula bila Aulia perasan yang dia asyik merenung wajah anak majikannya itu. “Takde apa-apa. Seronok tengok Cik Aulia makan..”

Aulia pandanga nasi goreng ayam dalam pinggan. Hampir licin. Matanya menyorot pula ke pinggan nasi depan Atiya. Masih berbaki separuh. “Tak sedap ke makan dekat sini?” Atiya pantas menggeleng.

“Tak, bukan tak sedap. Sedap!”

“Habis tu kenapa lambat sangat awak makan?” Atiya tayang sengih.

“Cik Aulia yang makan laju sangat kot.” Sebenarnya dalam hati dia pelik bagai nak gila bila Atiya ajak dia makan bersama. Sumpah sepanjang setahun bekerja dengan Aulia, hubungan mereka hanya sekadar majikan dan pekerja. Aulia COO Megah Holdings dan dia hanyalah setiausaha kepada Aulia sahaja.

Dan yang paling pelik ialah Aulia mana pernah makan di gerai macam ni. Kalau nak makan pun Tony Roma’s, TGI Friday atau paling kurang restoran yang ada meja kayu. Bukannya gerai macam ni.

“Cik Aulia tak kisah ke makan dekat sini? Maaflah saya tak tahu nak bawak Cik Aulia makan di mana.”

“Ehhh, tak pe. Saya langsung tak kisah. Lagipun memang dah lama saya teringin nak makan dekat tempat macam ni cuma saya takde kawan aje.” Fazri si mulut puaka tu kalau nak ajak makan pun boleh tahan juga cita rasa dia. Tak nak makan dekat gerai sebab panas lepas tu nanti kerusi meja bergoyang sebab atas jalan tar aje. Konon!

“Lagipun makanan dekat gerai ni sedap. Nanti bolehlah saya ikut awak pergi makan selalu, kan?” Atiya angguk laju. Gila tak boleh. Mestilah boleh.

“As you wish, Cik Aulia.” Aulia senyum meleret. Suka dengan sikap Atiya yang senang dibuat kawan untuk berbual. Selama ini dia langsung tidak pernah cuba mendekati Atiya sebagai kawan. Semuanya berlandaskan kerja sahaja.

“Awak nak kan jadi kawan saya?” Mata Atiya terbeliak sedikit. Tak salah dengar ke? Atau telinga dia ni silap dengar sikit-sikit?

Tidak mahu tersilap cara, Atiya memohon penjelasan. “Maksud Cik Aulia?”

Suapan nasi terakhir masuk ke dalam mulut. “Maksud saya awak sudi kan jadi kawan saya? Kalau saya takde kawan saya boleh hubungi awak, kan?”

“Ish, apa yang tak bolehnya Cik Aulia. Saya kan setiausaha Cik Aulia.. Bila-bila masa aje Cik Aulia boleh hubungi saya.” Aulia senyum lega. Dia dah ada kawan baru.

Sejak Kartini pindah ke United States sebulan yang lalu kerana mengikut suaminya sambung belajar, Aulia rasa hidup dia sunyi sepi. Helinna pula sibuk dengan misi mengembangkan kerjayanya dan dia terpaksa menyibukkan diri dengan kerja pejabat.
“Boleh saya tanya Cik Aulia sikit?”

“Tanyalah.”

Atiya menarik nafas sedikit. Bimbang juga jika dia tersalah tanya soalan sehingga menampakkan yang dia ni macam penyibuk gila. Orang baru kasi can untuk jadi kawan terus nak menyibuk!

“Tanya je, saya tak kisah.”

Lega dengan sikap terbuka Aulia. “Kenapa Cik Aulia serahkan jawatan untuk pengurus projek di Sungai Buloh tu kepada Encik Rafidi?”

“Kenapa, awak rasa dia tak layak?”

Atiya terkejut. Siapalah dia untuk menilai orang layak atau tidak. “Eh.. Tak.bukan macam tu maksud saya. Maksud saya, Cik Aulia uruskan projek tu dengan sangat-sangat baik, kenapa tiba-tiba nak berhenti?” Sebab dia tak mahu dekat dengan Ashraff dan dia tak mahu terserempak dengan Hazrul lagi. Itu jawapan yang sebenarnya.

Tapi kalaulah itu jawapan yang dia boleh beri kepada Atiya, memang dia lega. “Sebab saya nak berehat. Banyak sangat kerja yang saya kena uruskan.”

Pelik betul Aulia. Kalau banyak kerja lain, tolaklah projek baru dan teruskan aje dengan projek yang sedia ada.

“Mesti awak fikir kenapa saya tak tolak projek baru, kan?” Atiya terkejut. Aulia tahu apa yang ada dalam fikiran dia? Hebat!

Atiya sengih kelat. Segan dengan Aulia. “Atiya, Encik Rafidi memang layak untuk uruskan projek tu.”

“Tapi kan projek tu dah hampir lapan puluh lima peratus siap. Sayang sangat. Nanti Encik Rafidi yang dapat nama sedangkan Cik Aulia yang bertungkus-lumus untuk projek tu.”

Aulia tergelak kecil. Dapat nama? “Bukan nama yang saya cari dalam bidang ni Atiya tapi kepuasan bekerja. Kalau awak tak gembira bila buat sesuatu, tak guna juga awak nak teruskan. Betul? Ibarat macam awak bercinta, kalau tak gembira bersama lebih baik putus.”

Atiya rasa tercengang-cengang mendengar bebelan Aulia. Bos di ni ada masalah dengan Encik Ashraff ke? “Cik Aulia bergaduh dengan Encik Ashraff?”

Aulia tolak gelas yang masih berbaki separuh air laici ke tengah meja. “Takde sebab saya nak bergaduh dengan dia.”

Atiya rasa mahu mengusik. “Manalah tahu kot-kot Cik Aulia ada hati dengan kekasih model jelita tu ke.” Model jelita? Maksud Atiya, Helinna?

Ah,kenapa dia nak fikir macam mana Atiya tahu sedangkan satu Malaysia memang tahu Ashraff ialah kepunyaan Helinna. Selepas Anugerah Selebriti Malaysia kira-kira seminggu lepas, Helina sendiri yang buat pengakuan kepada media yang dia berkasih dengan Ashraff.

“Model jelita yang awak maksudkan tu kawan baik saya. Helinna.” Atiya rasa matanya mahu tersembul keluar, Aulia berkawan dengan model jelita tu?

Oh em jay! Kawan cik Aulia? Nanti bolehlah saya minta Cik Aulia bawa saya jumpa dia, kan?” Hah.. Bukan main teruja lagi Atiya bila dengar yang Helinna tu kawan baik Aulia. Seronok sangat ke kalau dapat jumpa dengan orang terkenal?

“InsyaAllah kalau ada masa saya ajak Helinna makan sekali dengan kita.” Atiya rasa mahu melompat dekat gerai ni. Sumpah dia rasa teruja gila nak jumpa dengan Helinna. Padahal bila dapat berjumpa pun tak tahu lagi.

Audi TT berhenti di hadapan Megah Hodings. “Atiya, awak balik office dulu ya. Saya nak pergi suatu tempat. Kalau ada orang cari saya ambil pesanan.” Atiya angguk kepala sebelum keluar dari perut Audi TT milik Aulia.

“Hati-hati memandu.” Amboi, sejak berkawan sebentar tadi bukan main lagi dah pandai pesan dekat Aulia. Atiya tergelak dalam hatinya.

Aulia menekan pedal minyak. Dia perlu mengesahkan sesuatu yang masih belum pasti.
Rasa serba tidak kena dengan riak wajah dia sekarang ini. Gusar, sedih, takut semuanya dalam satu rasa.



“Dah berapa lama puan berkahwin?” Aulia kerut dahi. Apa kaitan dia kahwin berapa lama dengan keputusan ujian ni?

“Saya tak faham apa maksud doktor.” Aulia terkelip-kelip memandang wajah Doktor Elia. Doktor muda dihadapannya ini membuatkan jantung dia rasa nak pecah! Berdebar semacam aje.

“Saya rasa puan mungkin dah lama tunggu saat macam ni. Tahniah, puan mengandung tiga minggu.” Aulia tahan air mata yang mahu menitis. Jadi, keputusan dalam alat penguji kehamilan malam semalam memang tepat?

‘+- 3 weeks pregnant.’ Belum sempat dia berfikir apa-apa semalam, akibatnya dia mencampakkan alat itu dalam tong sampah di dalam biliknya kerana terkejut bila pintu bilik air diketuk oleh Datin Zahrah.

“Puan?” Aulia rasa kepala otak dia dah melayang sampai ke Indonesia.
“Ya. Saya.”

“Puan okay? Saya harap puan jaga kesihatan diri puan. Dalam usia kandungan yang macam ni, kandungan puan masih lemah dan perlukan banyak rehat.” Aulia angguk. Tidak senyum dan tidak berkata apa-apa.

“Er.. Doktor. Boleh saya tanya sikit?”

“Silakan puan.” Rasa sakit hati pula bila Doktor Elia asyik menggelarkan dia sebagai Puan. Dia masih bujang tapi sudah mengandung. Haruslah doktor panggil dia puan kerana perempuan yang mengandung ialah perempuan yang sudah berkahwin.

“Dalam usia berapa bulan perut saya akan nampak membuncit?” Aulia nampak doktor Elia tergelak kecil. Kelakar ke soalan dia? Ini tak kelakar doktor! Saya perlu susun perancangan saya untuk menyembunyikan kehamilan ni.

“Untuk anak pertama biasanya bila kandungan mencecah usia tiga hingga empat bulan baru boleh nampak. Masa tu insyaAllah puan akan teruja bila tengok baby bump.” Ah, kalaulah dia boleh seronok macam Doktor Elia sekarang ni, kan bagus!

Tapi sekarang ni dia tak boleh rasa seronok. Anak dalam perut dia akan membesar. Dia dah tak tahu nak kata apa lagi sekarang ni.

Nak kata apa lagi? Anak dalam kandungan dia sekarang ini ialah anak Ashraff. Anak haram. Ya Allah.. Apa perlu dia buat sekarang ni? Ke mana harus dia menghilang sehingga anak ini lahir? Atau dia perlu buang anak ini sebelum ada sesiapa yang perasan.

Semalam dia rasa tak puas hati dengan ujian sendiri. Dia rasa alat itu mungkin silap. Tapi ternyata dia yang silap kerana meragui kebenaran yang ada di depan matanya. Kenapa hati dia degil sangat tidak mahu terima keputusan itu sejak semalam. Akibatnya hari ini dia tidak boleh menumpukan perhatian dalam mesyuarat!

“Aulia!” Terkejut apabila namanya dilaung, Aulia spontan berdiri.

“Ya?” Seluruh mata dalam bilik mesyuarat tertumpu kepada dia. Aulia rasa mukanya berona merah. Perlahan-lahan Aulia duduk semula.

What is your problem, Aulia? Awak tak bagi tumpuan dalam mesyuarat kita. Kenapa?” Aulia pandang wajah garang Datuk Rahman. Takkanlah ralit sedikit pun nak marahkan dia sampai macam ni sekali kot?

“I am so sorry.”

“Kalau nak berangan awak boleh keluar. Pintu keluar di hujung sana.” Lurus tangan Datuk Rahman menunding ke arah pintu. Kenapa dengan daddy dia ni? Garang macam singa tiba-tiba aje!

Aulia perasan Ashraff gelakkan dia. Kau jangan nak gelak sangatlah. Kalau aku buat pengumuman yang aku mengandungkan anak kau, mahu menangis kau dekat kaki aku!

Sakit hati tengok muka Ashraff dalam bilik mesyuarat petang ini. Kata jangan muncul depan dia lagi, tapi kenapa sekarang ni Ashraff yang asyik muncul depan dia? Kenapa libatkan diri dalam projek perumahan terbaru di Nilai? Dah takde orang lain ke dari The Legacy nak uruskan projek ni?


Rasanya lebih dari tiga minggu tak nampak muka Ashraff dia rasa lega walaupun sekali–sekala dia rasa rindu dengan seraut wajah kacak itu.

“Aulia, saya rasa elok kalau awak tinggalkan mesyuarat ini sebab awak tak diperlukan dalam mesyuarat kali ini.” Aulia tergamam. Tak diperlukan? Apa maksud daddy dia?

“Saya tak faham.apa maksud Datuk?” Tubuh Aulia berdiri tegak memandang anak mata Datuk Rahman yang kelihatan mendung.

“Tempat awak akan diambil alih oleh Salina. Salina akan mengetuai projek perumahan di Nilai.” Apa salah dia?

Why?” Salina tersenyum sinis. Apa yang sepupu dia reka cerita tentang dia kali ini? Apa lagi yang Salina tak berpuas hati dengan dia?

“Takde sebab selain saya rasa dia layak untuk mengendalikan projek terbaru kita.” Kenapa daddy nak malukan dia macam ni? Apa yang tak kena sekarang ni? Takkan tak boleh berbincang berdua sahaja macam selalu?

Dan Salina.. Dah lama rasanya dia tidak bertegur sapa dengan Salina, kenapa tiba-tiba Salina pula yang jadi pengurus projek tu? Takkan sebab dia bercuti empat minggu, projek tu terus tukar orang?

“Pintu keluar di sana.” Sekali lagi tangan Datuk Rahman lurus menunding ke arah pintu. Tidak menunggu lebih lama kali ini, Aulia mengutip fail di atas meja dan terus keluar dari bilik itu.

Fail di tangan diletak di atas meja. Ikutkan hati yang panas memang dia nak menjerit dan campak semua barang dalam bilik dia sekarang ni tapi rasa pening kepala yang menyerang menyebabkan Aulia tersandar lesu di kerusi kerjanya.

Tetttt tett.

Aulia tekan Iphone 5 miliknya. WhatApps dari Ashraff. Jari-jemari laju menekan skirn telefon.

“Nasib baik ada kaki berjalan keluar.”  

Hati Aulia terbakar. Apa masalah lelaki ni? Semakin dia melarikan diri semakin dekat Ashraff cuba kejar dia. Semakin dia elak, semakin galak Ashraff tertandang.

Tidak berniat mahu membalas mesej itu, Aulia bersandar semula ke kerusi kulit berwarna hitam itu. Tangannya naik mengurut kepala yang pening. Tekak dia rasa mual tiba-tiba. Kenapa sekarang baru dia rasa meloya ni?

Takkan lepas tahu dia mengandung terus alahan datang menyerang kot?

Aulia pejam matanya seketika. Rasa nak muntah memang membuak-buak sekarang ni. Pantas Aulia berlari ke dalam tandas di dalam pejabatnya. Segala isi perut dimuntahkan ke dalam mangkuk tandas.

Aulia melutut di tepi mangkuk tandas berwarna putih. Peritnya tekak dia sekarang ni. Tangan naik memicit dahi. Pening, nak muntah, nak pitam semua ada sekarang ni.

Selesai memuntahkan segala isi perut, Aulia keluar dari tandas sepuluh minit kemudian. Nasib baiklah ada tandas dalam pejabat dia kalau tak jenuh juga dia nak berlari ke tandas di luar sana tu.

Interkom ditekan. “Atiya, boleh buatkan saya air oren?”

“Boleh Cik Aulia.”

“Er.. Masam sikit ya. Saya rasa mual.”

“Lima minit saya sampai.” Aulia menyandar semula ke kerusi. Rasa macam nak balik rumah pun ada jugak sekarang ni tapi memandangkan dia pun salah seorang pekerja di sini maka terpaksalah dia tunggu sampai pukul 6.00 petang.

Aulia melirik ke arah jam dinding. Baru pukul 4.30 petang. Lambat lagi nak balik rumah. Satu keluhan berat dilepaskan. Rasa dah tak sabar-sabar lagi nak balik tengok katil. Dah tak larat sangat dah sekarang ni.
“Masuk!” Wajah Atiyah dengan segelas air oren membuatkan Aulia tersenyum sedikit.
“Air oren Cik Aulia.” Aulia meneguk rakus oren di dalam gelas itu.

“Nanti kalau boleh buat masam lagi.” Mata Atiya membuntang. Rasanya dah habis masam dia rasa tadi. Langsung tak masukkan gula.

“Cik Aulia nampak pucat. Cik nak ke klinik?” Mata Aulia yang terpejam terbuka sedikit. Rasa fobia dengar perkataan klinik.

No.. No. Saya okay. Awak ada panadol?” Elok ke kalau makan panadol ketika mengandung? Ada kesan dekat bayi tak? Adoi, tapi dia memang tak tahan sangat dengan sakit kepala dia sekarang ni. Mungkin sebab tension dengan Salina.

Atiya menghilang di sebalik pintu sebelum kembali semula beberapa minit kemudian. Aulia menyambut huluran dua biji panadol yang dihulurakan oleh Atiya. “Kalau masih tak sihat saya boleh bawa Cik Aulia ke klinik.”

“Tak.. Saya okay. Jangan risau.”

“Muka Cik Aulia nampak pucat sangat. Risau pulak saya tengok Cik Aulia macam ni.” Aulia paksa senyum.

“Saya rehat sekejap lepas tu dah okay. Awak keluar dulu.” Atiya melangkah keluar dari bilik Aulia. Membiarkan Aulia berehat.

p/s : Maafkan saya kalau lepas ni lambat nak post entry. Dah habis cuti raya, maka kita mula bekerja yuk! Selamat bekerja & selamat menghadiri open house. :)

19 comments :

  1. kesian lah kat dia... nnti klau daddy and mummy dia tau lagi teruk.. x suka dekat Asyraf, nvl ni mesti konflik bnyak kan.. huhu, agak dah kata dia mesti pregnent..

    ReplyDelete
  2. Sri..jgn lame2 sgt!weinduuu nnt..sume novel Sri best2...KPI trnnt2, ADS trtggu2...haisssh parah Ni...huhu...cpt2 ler publish, leh peluk puas2 nnt:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, kite kan nak buat novel yg terus siap dalam blog je. Sabar ye syuhada syuu, nanti akan ada novel habis dalam blog jer. Tak ternanti-nanti dah..
      Tapi for this time being minta maaf sangat sebab Sri sibuk amat sangat! memang tak sempat nak tulis. ;p

      Delete
  3. best nak lagi.jahatnya ashraff bila la nak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar la, Ashraff tk boleh sedar cepat sangat sebab nanti pendek je cite ni. hiks

      Delete
  4. cian alia..benci kat ash...mcmana ni...adakah rahsia alia akn diketahui oleh parents alia

    ReplyDelete
  5. cian alia..benci kat ash...mcmana ni...adakah rahsia alia akn diketahui oleh parents alia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jeng!
      Akak, i miss you.
      Hahaha, lama tak tegur akak. ;)
      Sri busy giler sekarang ni. Cepatlah hujung tahun. Hahaha

      Delete
  6. Oh noooo maybe daddy aulia dah tau tu pasal la aulia kena gugurkan dri project tu? Jgn la aulia kena buang keluarga sebabkan pregnant.. Takde hero lain ke seri? Sian nye aulia asyik2 disiniskan ole mamat perasan bagus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, cik anon dh mula meneka ye apa akan jadi pada Aulia?
      jeng jeng jeng.
      Kena tunggu tau!

      Delete
  7. Knpe daddy die mrh? Da kntoi ke? Aarrgghh geram ngn ashraff... Cian aulia... X sbr nk bc next n3
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aulia ni jadi mangsa keadaan. Sian Aulia kan. ;)
      Tq baca sweetheart87

      Delete
  8. Nak lagiiiii. Nak adds, kpi n ctb. Seri dh try approach small publication house ke? Like love novel or idea kreatif mungkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai anon!
      Sri masih menanti lagi.
      Kalau takde mungkin cuba yang lain pula.
      Doakan ye

      Delete
  9. Tak guna betul lah asyraff tu!!!

    ReplyDelete
  10. Rindu sesangat dgn aulia... bila nk update story ni sis? PLEASE lah update...

    ReplyDelete
  11. Hi Reena.
    Ala, kalau up entry baru nanti tak saspen lah...

    ReplyDelete